Sunday, February 28, 2010

Siapa Lebih "Binatang"?

Sorry kalo tajuk macam celaka...

Bleh tekan gambar untuk bace berita penuh. Aku bet korang2 semua pun dah baca kan?

Semalam aku baca, lelaki tu cakap budak tu "anak tiri" dier. Harini statement mak arwah budak tu, "teman lelaki" dier. 6 tahun punya relationship. Lepas tu perenggan bawah2 pulak cakap, pompuan tu belum bercerai ngan husband dier, tapi bersekedudukan dengan "lelaki yang dikatanya binatang" sampai ade anak umo setahun lebih.

Confuse aku.

Lebih2 lagi dengan statement "rumah mangsa dan teman lelaki ibunya yang bekerja sebagai pemandu teksi dikatakan terletak di kawasan perumahan sama di Kampung Batu 30, Batang Kali, di sini, dan hanya dijarakkan dengan 10 rumah"...

Hapa cerita ni sebenarnya? Knape tak ayah arwah je yang take care, jaga arwah sama2 dengan ibu arwah tu? Katanya belum bercerai...

Ish3x!! Pelik2 la orang sekarang nih. Yang halal ade, taknak... Nak jugak yang haram tu. Bila dah jadi macam ni baru tau pulak nak menyumpah2 kata orang tu binatang la semua. Cuba kalo pompuan tu sendiri TAK CARI MASALAH... Takkan jadik macam ni.

Kesian kat arwah Syafia Humairah Sahari...

Al-fatihah.

Sesungguhnya, Dia lebih mengetahui apapun yang terjadi pada keluarga ini. Aku pun tamau percaya bulat2 dengan apa yang aku baca kat situ. Masing2 nanti dapat la habuan masing2. Kalo bukan dekat akhirat pun, kat sini pun Allah bleh bagi cash.

Majlis Kawen

Penuh betul event dekat fesbuk aku dengan jemputan kawen dalam bulan Mac ni. Macam mana nak kira ni sampai satu hari ada dua-tiga. Nasib baik la kazen2 aku takde letak RSVP jugak...


Rasa macam YB pulak. Maju betul skang, jemput kenduri kawen pakai fesbuk je. Datang, datang la... Tak datang, nasib...

Semua aku tibai maybe attending. Takut dorang kecik hati.

Alaaa... Aku buat event reunion kecik2 tu pun yang confirm attend pun tak datang. Sumpah kecik hati beb!!!

Tapi aku tetap rase segan2 la nak pegi kalo jemput dekat fesbuk je. Macam tak ikhlas je jemput. Tak proper. Kang pegi kang, tibe2 masuk dalam surat khabar pulak kata muke tak malu pegi kenduri tak di jemput. Dah la semua2 tu lama tak jumpe tu... Tiba2 watnye tuan umah buat2 tak kenal aku? Malu ahh~~!!!

Korang plak rase cemana?

P/S: Kawan2 aku dalam fesbuk kemain la ramai cecah ratus2... Itu pun lepas buat filter sape yang aku tak kenal, aku remove dari frenlist. Camne kira bajet untuk makan2 tu? Ke suka hati je main jemput... Ada kira sekali ke kawan2 yang dalam fesbuk?

Saturday, February 27, 2010

Terpaksa Update Kot. Kena Tag Punya Pasal.

Senang2 hati je Piston Pecah tu meng-tag aku tanpe belas kesian. Nasib baik la tag simple nak mati je...

  1. You have to print screen wallpaper that you are using right now.


  2. Tell us why you like the wallpaper.

    Takde sebab kot aku suka wallpaper nih... Sebab dier sangat abstract. Lepas tu kaler merah. Aku sangat addict dengan kaler merah lately. Kat wallpaper aku takde icon sangat sebab aku pening tengok icon banyak2 dekat desktop. Yang ade pun semua stardock punya sampah-sarap. Haha... Lagi satu aku buat camtu supaya orang gagap sikit nak tekan2 suka2 hati kat laptop. Kecuali Aiman. Dia je berani2 buat onar dekat laptop aku. Abang aku pun cuak2 je nak guna...


  3. Tag 10 peoples.
  4. Mari2 kita tengok siapa yang kenaaa...
... Lagi 4 aku dah malas nak pikir... Haha...

LOGIN FACEBOOK = RM100

Sape amik serius pasal group LOGIN FACEBOOK = RM100 memang super-duper moron.

Admin2 group sekalian, tahukah anda bahawa yang join group tu semua semata2 nak condemn group korang je? Tu pasal kuar abeh statement pasal lagi kaya dari CEO Petronas la... Entah apape lagi laa... Merepek2 kuar statement menghanjengkan korang... Tak sure la korang sedar ke tak... Hahaha...

Tapi ada jugak yang lurus bendul percaya mende2 yang merepek2 yang kawan2 aku PERLI bagai nak rak tu... Tolong la... C'mon laa... Bukak minda sikit...

Memang la sekarang zaman moden, bro... Tapi, mana ada jalan mudah nak dapat duit. Jalan paling2 mudah pun dengan cara tipu orang join MLM. Lepas tu semua orang benci kau. Nak ke macam tu? Benda2 melibatkan sistem piramid ni... Nampak je senang gila, tapi sebenarnya, bila kau join, pastu pikir balik, tanpa ada produk ko betul2 nak jual sebenarnya, takde maknanya orang nak ikut... Tambah plak kau dalam golongan kat bawah. Ulang suara, DI BAWAH.

Yang kaya dan makin kaya, yang atas2 kau je. Rugi beb! Balik2 kau jugak terkena... Malas dowh nak citer banyak2 camnih... Sebab aku sendiri tatau ape yang orang2 tamak nak cepat kaya ni fikir. Terang2 dah segala rezeki, semua2 tu takkan datang senang2 tanpa usaha...

Kalaupun kau nak backup diri sendiri cakap kau dah usaha, biar la logik sikit, bro... Ini setakat register something, lepas tu ko influence orang pulak ramai2. Yang ko boleh buli, teruk2 pulak kau paksa. Gila ape macam tu...

Ok la, cakap banyak tak guna la... Baik korang pegi ke LINK INI dan cuba renung2kan apa yang cuba disampaikan di sini...

This Is Scheduled Entry & No Entry Till Sunday

Aku marah dengan orang? Tak...
Aku pressure? Tak...

Aku cuma risau. Tah. Aku pun tak pasti apa yang aku risau sangat tu... Cuma aku tau aku tengah risau. Sorry kalo buat semua orang pun gelabah pasal aku.

I just need time to be alone.

Alone yang betul2 alone.

No connection with outsiders. Sebab tu enset dalam flight mode, YM off, fesbuk chat pun off. Semua yang orang senang contact aku pun aku off. Sebab Kak Syima balik Johor, dengan wayar2 telepon umah pun aku cabut. Bila rasa senang je aku kuar, bercakap2 dengan sape2 yang aku terjumpa. Others? Let it remind silence.

Hope takde apape emergency bila aku taknak apape pun mengganggu...

Tapi tu lah...

Bila aku on enset pun, enset aku tetap silent jugak apahal? Baik biar je flight mode sampai bila2... Sape je pun nak contact aku kan?

Abang aku? Family dia? Takde ape yang penting sekarang.

All My Friends Dearie...

P/S: Saje bagi korang pening2 kepala baca... Apepun, aku sayang semua kawan2 aku. Thanks for being my friends, all!!

Friday, February 26, 2010

Dia Hebat

Berapa ramai antara kamu-kamu-kamu sekalian yang impikan ade anak macam Rahma ni, dan sanggup plak nak luangkan masa ajar beliau tentang agama lebih dari ajar benda2 lagha? Macam yang bersepah2 dekat tv tu... Menyanyi la... Berlakon la bagai semua2 tu...


Sori ye video nih ada salah translation. Nama budak ni actually Rahma, dia translate jadi Fatima... Pastu soklan: 'Aina-Allah? (Di mana Allah?) Jawapan: fi as-samaa' (Di Langit) not in the heaven. Actually unknown, but above all. Allah is selfsuficiant =)

Jangan la sebab budak ni bangsa Arab je dier patut tahu semua. Tapi dia pun Islam macam kita2 jugak kan? Renung2kan la sebab sesetengah soalan dan jawapan tu, ada di antara kita sendiri pun tak tahu menjawab. C'mon, beb! Dia baru 2 tahun...

Subhanallah, her parents raise her very well to know about Islam.

Paling suka sekali part dia baca doa lepas bangun tidur... Comel sangat, ok?

Ada Berani?

Gile dowh skang... Asal stalk kawan2 yang aku baru add dekat fesbuk je, mesti ada 1 album kawen dalam photo dorang. Ramai dowh dah kawen sebenarnye...

Dah la ramai yang dah lepas... Yang akan datang pun ramai jugak. Tu belum kira yang paksa aku pegi majlis dorang. Ingat aku ade jet peribadi sendiri2 ke nak attend 4-5 kenduri kawen dalam satu hari. Pulak tu lokasi kemain la dekat2 semua. Penang lah, Negeri Sembilan la, KL la, Melaka la, Johor la...

Paling sakit jiwa adalah bila orang lain pun sok-sek2 tanye bile plak turn aku.

Jawapan aku sekarang simple je. Takyah langsung membabitkan 10 alasan yang macam dulu tu.

"Apa kata kau sponsor aku pegi kursus kawen dulu..."

Hah! Betul pe... Punya la sibuk skang sampai nak pegi kursus kawen pun takde masa. Bila ada masa, takde duit plak. Bila tengah2 kaya tu, mana tempat kursus semua pun penuh. Maka lepas tu duit aku pun mula la terbazir ke arah yang bukan2. Seperti ke KFC, moto, projek2 bangang dan laptop.

Ada berani nak sponsor?

Bukan aku je tengah mental... Kak Syima lagi la mental. Bende2 berkaitan kawen seperti paper bag, kad kawen, bunga telur kenduri lepas2, semua dah masuk dalam tong sampah. Pendek kata telah pupus di dalam umah.

Random #30

Ais kosong taknak gula satu. Dengan muka yang tenang gila. Demm!! Bleh plak tak sedar salah cakap kan?

Oh, ye. Salam Maulidur Rasul buat semua.

Thursday, February 25, 2010

Engineer = Pemalas

Statement dari Rahmat. Sebab? Moto dia la paling style skang. Dari dalam kelas lagi masa sibuk2 packing barang lepas habis kelas, selamba je dier tekan remote unlock moto dia, lepas tu siap auto start.

Kalo aku ade dekat2 dengan moto dia masa tu, laju dah aku naik kot balik umah. Tapi memang style la. Pemalas betul bakal engineer tu sampai nak start moto pun pakai remote je.

Jangan cakap dia lah. Aku pun sama kot. Cuma nasib baik je aku takde barang2 sampai tahap gila buat projek macam geng2 dier tuh. Kalo ade kot, semua hobby kit aku pegi borong. Tak pun reka sendiri2 je... Huhuhh...

Laptop Oh Laptop

Harini kelam-kabut gila. Mula2 pegi amik "haiwan peliharaan" tu balik. Dah macam sembuh nampaknye beliau. Amount beratus duit aku terbang lagi. Takpe la, dari nak sumbangkan beribu semata nak extend warranty kan?

Lepas tu speeding pegi kelas. Rasa macam dah lambat da pegi kelas Zul tu. Tapi nasib baik la dier blom datang lagi sebab nampak dak2 kelas tengah bersidai depan kelas. En. Zul ni habit dia pelik sikit. Suka sangat tengok budak2 bersidai depan kelas. Kalo pegi menyorok ramai2 dalam kelas lain, mau kecik hati dia... Lepas tu mula la feeling2 student masuk kelas lambat. Menyampah!

Abeh kelas dier, pegi la lab. hari Khamis camni kelas sumpah penuh tak hengat... Bley plak kan masa lab tu balik2 nama aku kene petik untuk ajar group lain. Habis dorang diajar ajaran sesat sikit2 oleh aku. Programming robot je pun. Apa la sangat kan?

Sebabkan ade kelas kul 2 petang tuh, aku pun cadang2 nak belek2 balik "haiwan peliharaan" aku tu kalo2 ada cacat sikit2 ke kan sambil lepak2 dekat Study Room tu... Sekali cacat sungguh beb! Benda paling penting dalam hidup aku takleh berfungsi. Bluetooth dengan sound takde. Adehh... Tak bleh jadi nihh... Tak pikir ape aku terus naik moto pegi Kuala Selangor balik nak antar mende tu ke habitat sementara beliau. Takpe la, lepas tu pasrah je pegi kelas pukul 2. Sebab masih percayakan jam di kedai tu...

Rupanya aku memang dah lambat pun. Sampai je kelas, Prof da kunci pintu. Tebalkan muke pegi ketuk2 pintu pun dia buat tak layan je. Siap tunjuk jam mahal dia lagi. Konon2 aku dah lambat masuk kelas la. Padahal kan, masa tu aku baru nampak Pn. Shimah melenggang kangkung pegi kelas dia. Maknanya tak la melampau lambatnye aku... Tapi pasrah je la takleh masuk kelas. Dari dalam kelas aku da nampak Fazar dengan Din tengah sengih2 tengok aku yang terkebil2 kat luar kelas...

Frust punya pasal, pusing jauh2 tamau bagi Prof nampak, terus pecut balik. Ha, balik lagi. Siap tido la bagai. Lepas tu dah plan nak call Prof Ong plak cakap aku malas nak pegi kelas. Konon2 ada hal. Tapi tah cemana, pukul 4.30 ptg tu rasa rajin sangat nak pegi kelas dia. Terus cancel nak call cakap tak dapat datang kelas. Menonong la pegi kelas lagi.

Kira kerja gila jugak la harini sampai 6x pegi ulang-alik dari Kuala Selangor ke Unisel tu. 6 x 32km... Dalam 192km gitu... Bayangkan... Haha... Bleh sampai balik Penang kot lepas ni... Tapi satu benda aku lupa...

Dalam 6x ulang alik pegi Unisel - Kuala Selangor tu... Rupanya aku pegi naik moto yang road-tax dah mampus semalam. Nasib baik la takde roadblock ataupun pak guard gatal2 buat roadblock... Kalo tak... Melayang lagi kot duit aku... Haihhh...

Tapi heran la. Kenapa harini time2 aku kelam-kabut camtu berkejar2 pegi kelas, time tu la segala macam haiwan2 seperti lembu la, kambing la, angsa la, anjing semua sibuk2 nak melintas jalan elok bila turn moto aku lalu?

Wednesday, February 24, 2010

Jalan2 Cari Pasal

Semalam buat keje gila. Konon2 mula2 nak pegi pasar malam je. Kak Syima macam biasa la nak berjimat kan, bawak je RM10. Aku plak da biase usung wallet. Lagipun target awal nak beli air je. Malas nak makan. Tatau ape pun yang best kat tekak.

Sampai kat pasar malam, bleh teringin nak makan satay. Tapi Kak Syima suggest pegi layan satay dekat Warisan Satay Kajang dekat2 Tesco tu. Takpe la. Nanti2 je la. Lagipun dier nak pegi umah opismate. Nak amik gambar2 katanya.

Lalu la depan restoran tu. Skali tutup plak. So, ajak beramai2 pegi Satay Hut terus. Macam ramai la sangat, padahal 4 orang je. Best jugak makan satay sampai tak larat. 20 cucuk yang kecik seumpama makan 40 cucuk. Bapak la besar satay yang kecik. Yang besar tu entah berapa besar pulak saiz dia.

Lepas tu masing2 boleh plak plan gila2 kan nak turun KL. Pegi lepak dekat bukit yang dekat Ampang tu. Aduhh... Ampang... Dekat 6 tahun kot tak jejak Ampang. Mental jugak sebenarnya aku ni bila cerita pasal Ampang. Lebih2 lagi lalu dekat kawasan yang 6 tahun lepas aku kerap lalu-lalang, lepak2 kat situ.

Ah, malas ah nak layan cerita hati lebih2. Cerita 6-7 tahun lepas, watpe nak flashback. Walaupun sebab dier sorang la aku wat layan tak layan je orang lain. Sampai konon couple dengan orang2 selepas dier pun macam takde perasaan je. Sebab masih sayang dier. Sayang? Ah, pegi jahanam laa...

Tapi... Aku takleh lupe dier ah. Sebab? Dulu semua orang suka dia, semua orang sayang dier, arwah sayang dier, atok-nenek semua kaum kerabat dier pun sayang aku. Tapi sebab manusia yang same jantina dengan aku punye pasal, semua tu hancur berkecai. Takpe la. Its over.

Skang aku nak try lupekan dier. Lupa tahap hilang ingatan betul2 punya. Memang semua2 bende berkaitan dier aku dah lama musnahkan pun. Tapi last year adik dier bleh contact aku plak kan citer pasal personal problem. Aduh... Tapi aku yakin sekarang takde apape pun berkaitan dier yang bleh contact aku skang. Bukan pasal tukar no fon... Tapi sebab... Haritu aku ada sekali terpadam semua contact dalam phone memory dan simkad. Hambik kau. Haha...Abes lupa terus pada siapa2 pun...

Sekarang aku malas nak layan pasal hati ke, ape ke... Yang penting skang, asal aku ade kawan2 yang sangat2 caring, memahami, hari2 selamba membahankan aku dengan crocs pink, lepak2 sama2 pun dah cukup. Cukup la kot, kalo setakat bleh suka dekat orang je dalam diam2. Lama da suka sejak tahun lepas. =) Kak Syima tau kot sape, tapi sila diam2 dan jangan komen dekat tempat komen. Kalo tak, nanti kena gores dan menang kereta anda nanti. Hah! Ugut tu...

Ah, paling horror pasal sesi jalan2 cari pasal ini adalah, Kak Syima sangat gamble apabila sebenarnye perjalanan kitorang yang melarat2 sampai ke Ampang sebab jiwa kacau adalah tanpa IC dan lesen memandu beliau. Hah!! Best tak best? Mujur la tak jumpe mana2 road block semalam.

Tuesday, February 23, 2010

Random #29

Tahniah kepada yang berjaya "disaman" oleh Pak Guard Unisel. Semoga group "Membenci pak Guard Unisel yang bercita2 menjadi cikgu disiplin" akan diwujudkan kembali dengan jayanya dalam fesbuk. Terima kasih.

Maggi Saya Sudah Kembang

Lately aku blur dengan statement kat atas. Ramai sangat pakai. Padahal bukan masak megi pun. Sampai seseorang yang serius pun boleh pakai statement kat atas tu, walaupun dia takleh cakap bahasa melayu sangat. Heran betul aku.

Sekarang update slow sikit sebab "haiwan peliharaan" aku sakit tenat. Boleh imagine tak sepanjang 9-10 bulan lepas tukar motherboard baru rupanya dia takde fan? Ajaib tak ajaib la sebab pernah sekali aku biar dia on selama 3 hari direct sebab buat diafragmentation hard disk tanpa menggunakan external fan... External fan aku pun dah jahanam skang. Kena cari solder nak betulkan balik.

Horror bila ingat.

Adeh.

Walaupun banyak komen suh tukar je "haiwan peliharaan" aku tu, tapi sayang ouh. Banyak berjasa kat aku. Dan Aiman. Kalo ada laptop baru tu, aku tatau la bleh tahan lasak ke tidak dengan perangai pelik2 si Aiman. Siap ada sekali dia pegi berdiri atas laptop aku, konon2 tengah timbang berat badan. Adoiyai... Belum lagi cerita dia pegi tekan macam2 dekat laptop aku tu.

Sunday, February 21, 2010

The Story Of Budak Busuk Takde Hidung



Budak busuk yang takde hidung ni telah berjaya diangkut dari Penang ke Kuala Selangor. Sekarang nih full time dier tinggal dengan aku. Mungkin pegi mana2 pun aku heret dier jugak kot. Takde makne nak tinggal dier dekat Penang. Sebab...

Kat Penang tu takde sape da nak peluk dier. Aku suke peluk budak busuk ni sebab aku sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat rindu kat ayah aku. Sebenarnye budak busuk ni aku punye. Tapi bila aku takde kat Penang, Hasni citer arwah selalu berebut ngan dier nak tido dengan budak busuk ni.

Okeh. Ni kire macam bende2 yang tinggal untuk aku hilangkan rindu dekat arwah. Arwah mama tinggal kain batik kot. Ade dalam beg tu. Kadang2 pakai jugak (^_^) Haha...

Apapape Saje

Semalam, 20 Feb 2010... Jonny berjaya menjejakkan tayar ke Klang Parade. Haha... Terlebih 10km dari jarak yang selalu2 aku lalu pegi kelas. Dan park moto dekat tempat yang boleh tahan horror. Terpulas minyak sikit je, dah boleh buat stunt terjun2 bersama2 moto dari 1st floor ke bawah. Lain2? Malas nak cerita.

Kalah bowling. Tsk~ Teruk gila pulak tuh. Paling teruk dalam sejarah idup ah. Kalo mak tiri angkat tengok tu, sumpah dia gelak bersepah2. (>.<)

Lane no. 11 memang suwa-suwey-ka-moningggg~~!!

Ah! Janji adiah untuk pemenang BLANK ini dah selamat dengan tuan baru. Takde dah la pepagi subuh2 buta aku terkejut tengok sekor anak singa dekat hujung2 bilik tu lepas bangun tido. Boleh membawa kepada tekanan mental yang serius dowh... Lama2 boleh lemah semangat.

Nanti dah lemah semangat, dah tak berani nak bawak moto malam2 time balik kelas Robot tu, dah kene susahkan orang pegi tumpang2 umah plak. Nanti mak tiri angkat bising sebab tak balik umah. Susahhhh~~~~

Sekarang singa tu adalah masalah ko plak, Rezan... Hahaha...

Lain kali aku pegi melawat tempat2 lain plak dengan Jonny. Seperti ke Seksyen 19 Shah Alam. Rehana! Sila buat sambutan besar-besaran jika saye mentiba di sana bersama2 Jonny. (^_^)

Jalan jejauh tuh, baru aku perasan bunyi Jonny tiba2 dah macam bunyi keretapi. Tapi bila balik umah takde apape plak. Main2 ye ko Jonny... Sumpah jadi kapal selam kang... Haa... Terpaksa la Asrul Akmal membelikan saye sebuah moto baru. xP

Saturday, February 20, 2010

Pagarku Pagarmu Jua...

MDKS!!!! Atau pemaju perumahan yang sekutu dengannye... Len kali tambah pagar 2-3 layer untuk umah belakang nih. Selambe je sidai baju dekat pagar rumah paling vogue nih. Huhuhh...

Friday, February 19, 2010

Takde Keje #2



Seriously "desperate". Takut seyhh~~

LOL~

Sumpah Aku Confuse Walaupun Aku Kenal Korang Da Lama...

Hobi aku pade mase lapang adalah stalking photo album kawan2 dalam fesbuk. Tapi hobi aku tu rasa2nya dah membawa padah bila tiba2 aku rasa aku tak bleh nak beza kawan2.

Hah!! Camne tu?

Aku pun tak sure sejak bila aku jadi macam ni, tapi yang aku tau, kalo dalam fesbuk ke, YM ke, atau apape la kan memang aku agak rapat dengan budak berdua ni.

Adeh2... Aku terpakse curik gambar korang dalam fesbuk untuk membuktikan muke korang lebey kurang sama sampai buat aku kadang2 berbuih2 mulut sebab confuse... Lepas tu tiap kali nak reply komen ke hape, terpakse pikir 2-3 kali takut salah orang.

Ini adalah Matun.

Aku kenal Matun mase form 5 kan? Kita sekelas kan? Ko pun memang ade kembar kan Matun, walaupun tak same tarikh lahir, but still kira kembar sebab lahir dalam taon yang same... (^_^) Tapi pun skang da lama tak jumpe. Haritu plan nak pegi Bukit Tinggi pun tak jadik sebab tak cukup orang,kan? =)


Ini adalah Hadra.

Aku kenal Hadra ni plak mase zaman2 lepak2 dalam group dekat frenster tuh... Tak penah la plak jumpe, sebab dulu nak jumpe konon2 gathering tu, tapi tak jadik kan? Sebab aku sikit krisis dengan tempat korang assign untuk gathering tu. Heheh~~

Tapi sekarang, rasa2 kalo tibe2 2-2 korang muncul depan aku, mau pitam aku confuse... Serius dowh~~ Sedangkan sepupu aku yang kembar tu, si Hafiz ngan Hanif pun aku bleh beza... Tapi korang memang buat aku confuse~~

Da la 2-2 pun cikgu skang. 2-2 pun nama start dengan huruf H. Name betul Matun adalah Halimatun Saadiah kan? Nama cik Hadra ni plak Hadrahwati kan? Mati la aku confuse... Harap2 korang jangan marah sudah laa...

Ampun sebab curik gamba korang dekat fesbuk. (>_<")

Pam Angin

Hahaha.... Mesti ramai kan kenal menatang apakah ini.... Selalu terdapat di stesen2 minyak... Kadang2 macam2 rupa adanya... Kaler pun macam2... Paling antik adalah kaler merah karat2 tu... Haha... Harini nak citer pasal menatang ni plak...

Dalam ramai2 bloggers sini, mesti kebanyakkan tau guna menatang ni kan??? Ok la, secara jujurnye aku nak confess sini bahawa aku memang tak pandai guna menatang ni... Tak pandai dari segi nak set bacaan brape... Tak kira la apape display sekalipun... Haa... Brape ramai berani buat pengakuan berani mati macam ni kan? Semua pun yang tatau guna pun buat2 tau je kan...

Tapi kalo tatau guna tu kan... Baik pegi tanye je sape2 yang tau...Bangla2 yang keje stesen minyak tu pun bley tolong... Takde hal laa... Kalo tak kan, malu je weh...

Ada satu hari masa cuti2 dekat Penang masa tengah jalan2 dengan abang aku (sebab bini dengan anak2 dier balik kampung) masa nak pegi Queensbay sebab nak tengok wayang, abang aku singgah la ke satu stesen minyak ni sebab nak check angin tayar kan... Pastu ade satu keta hijau nih aku tengok punya la gigih kau pegi pam 4-4 tayar keta dia konon2 kan... Tapi dok sibuk buat muka macam marah konon2 knape menatang tu takde bunyik "Ktang! Ktang!" tu... Abang aku bajet mamat tu tak reti guna menatang tu... Tapi takpe la... Kitorang pun tunggu la dengan sabar sampai mamat tu abeh dengan tayar2 dier...

Dah dier setel, tapi takde nampak perubahan dekat tayar dier... Tetap nampak tak cukup angin macam sebelumnye... Lepas tu abang aku pun pegi la check tayar dier plak... Ko tau ape terjadi sebenarnye dekat pam angin tu?

2-2 pam angin kat situ rosak la weyyy... Yang antik kaler merah tu takleh mengeluarkan angin, yang digital tu asik display ERR2 je... Maknanya error... Wah2... Bijak betul abang kereta hijau depan kitorang tadi pegi gigih try sampai 4-4 tayar keta dia kan... Padahal pam2 situ rosak... Adoila... Keras perut aku dengan abang aku bergelak dalam keta...

Lepas tu kitorang pegi dekat stesen minyak lain plak... Macam biasa la kena tunggu lagi. Kali ni pengguna sebelum kitorang adalah penunggang basikal. Sini bangla naik basikal ramai... Tapi yang ni pun buat kitorang confuse. Dia bukan tengah belek tayar ke hape, tapi tengah pose atas basikal konon2 macam memikirkan mase depan siap dengan sengih2 macam tengah berbual dengan orang di depan...Bukan sekejap tu... Dekat 15 minit jugak la dier pose camtu... Sangat takleh blah ok?

Lebih kurang camni la pose beliau...

Aku ngan abang aku da cuak langsung nak pusing pegi dekat lagi satu pam angin dekat hujung2 tu baru dia pun gerak pegi ke tempat lain... Sambil nyanyi2 dengan senang hati... Wawawww~~ Gila confuse sekejap kitorang...

Tengah2 abang aku check tayar2 kereta dier, aku tengok2 jugak la sorang brader bermoto dekat pam angin hujung sana tu... Usya2 sambil feeling2 rindu kat Jonny la konon2 kan... Wakaka... Sekali brader tu pun saje2 park moto double stand depan tu lepas tu dibantainye baring atas seat sambil sengih2 bace SMS awek kot. Hah! Tu lagi takleh blah. Tengah2 panas tu beb...

Tak paham betul aku perangai manusia dekat2 dengan pam angin sepanjang haritu...

Abang aku ade jugak la bebel2 pasal cemana gune menatang tu kat aku kan siap bagitau tyre pressure moto berapa bagai... Tapi sumpah aku buat2 tak paham... Maklum la kan sejak Jonny tukar tayar ke tubeless... Buat2 tak reti sudah... Abes2 kuat pun pegi je kedai tayar sambil buat2 muke comel kalo rase tayar Jonny buat hal... =)

Wakakaka~~ Kalo ko ade adik macam aku, rasa2 patut tak lempang je laju2?

Thursday, February 18, 2010

Cerita 1 Malam Di Giant Bayan Baru

Semalam sebelum balik Kuala Selangor nih, aku ngan abang aku pegi la mencari troli kecik untuk angkut beg aku tu. Sama berat dengan aku kot beg tu. Sebab isi macam2 kat dalam tu... Abang aku takut aku tergolek2 je angkut beg tu... Maklum la comel.

Siap membayangkan peragut beg pun kalo nak ragut beg tu, sumpah menyesal seumur hidup. Ada besi2 almari kat dalam dengan nota2 plus buku2 lama aku. Penting wohh~~!! Ikut kepala abang aku, dengan printer2 aku tu dia nak suruh letak dalam beg tu.

Kitorang pun gerak la pegi Giant Bayan Baru tu. Dah itu paling dekat. Cari punye cari, jumpe la satu troli yang selalu memakcik bawak pegi pasar tu. Meriah kot kaler merah gitu kan. Tapi takde tande harge. Abang aku suh amik yang dalam plastik tu. Yang lain. Tapi besar la. Aku tamau. Nak yang aku suka tu jugak. Dasar degil. Tatau ikut perangai sape la...

Mangsa keadaan yang innesen lagi tatau apape.

Pastu gegeh la angkut pegi nak bayar dekat kaunter. Sekali akak kaunter yang cun tu cakap takley nak scan lagi pasal takde tande harge. Dier pun mintak la kawan dier pegi carikan barcode menatang troli tu. Membe dier datang balik, tanye aku, amik dekat yang troli2 berharge RM29.99 tu kan? Aku cakap la ye... Tapi kan troli tu kecik sikit, suppose lebey murah la...

Takpe la, aku tunggu lagi kan. Abang aku pun lepak2 kat depan tu tah belek2 ape tah. Tapi dalam tunggu2 tu... Rasa macam lama je aku tunggu, mula la aku buat ketuk2 meja situ la... Tendang2 troli laa... Bosan tu tunggu... Tapi akak tu buat2 tak nampak je kan... Lantak kau lah.

Dah bengang pasal tunggu lama sangat, aku pun slambe je cakap kat akak tu nak balik dulu la kan. Lembap pulak buat keje. Padahal cari barcode je pun. Takkan takde stock checklist kan? Menatang tu pun tinggal 2 ketul je. Suppose senang je kalo nak search... Macam la aku tak penah keje kat kedai yang HARI2 kene buat stock checklist? Dah la Giant tu pulak feymes. Dah tentu2 lebih teratur pengurusan kan? Bukan macam kedai runcit Imsona tu. Kecik2 je.

Kuar je, aku ajak abang aku pegi makan2 dulu... Pegi usya2 dekat kedai lain, siap pegi kedai borong2 tepi kilang dengan yang dekat jalan pasar malam tu lagi. Ha, kan lama tu kitorang kuar? Cari2 situ pun takde jumpe gak, pegi la balik Giant dengan harapan dorang dah cari. Rupenye hampeh.

Akak kaunter tudung hitam ni da cuak2, terus2 buat2 sibuk layan customer lain.

Akak kaunter tu cakap ingatkan aku taknak datang balik dah. Bengong ape... Kalo aku tak datang balik pun, suppose dorang kene cari jugak kan? Sebab mane la tau, bukan aku sorang je nak beli, kot2 orang lain pun nak beli jugak... Lepas tu dia panggil kawan dia yang lembap tu cari lagi skali. Siap pegi masuk stor la konon, pegi dekat tempat supervisor la, pegi rak troli tu balik la...

Aku ade la follow pegi rak troli tu balik. Tapi 2-2 troli dah lesap. Senang cerita la kan, kau tamau jual, kenapa display? Bila orang mintak, tak dapat nak pastikan harga, kau sorokkan pulak. Ape punye tak professional la perangai? Melayu kite tu. Kang aku kutuk lebih2 kang, entah makhluk anonymous datang komen kat blog aku, katanya aku hina bangsa sendiri pulak. Tapi bila masanya aku ni "pure melayu" aku pun tak brape nak pasti. Sebab macam2 dah mix kaum kuarge aku. Kalo tak, takde la jadik 1 Malaysia punye family kan? Dalam MyKad atau apape application, aku confirm part agama je betul. Bangsa? Aku suka letak Hispanic. Haha...

Lepas tu da tau aku follow, buat2 sibuk kan mencari troli lain yang sama bentuk bagai, lepas tu jumpa kawan2 lain, ingatkan nak search dekat checklist stock... Kan boleh access je? Kau tau dorang boleh bantai borak2 mengadu kena jalan2 cari itu-ini la sesama sendiri. Aku pun dengan muke ala2 berlagak sikit pegi la tanye, dah jumpe ke belum? Ke taknak jual? Masing2 macam diam lepas tu kembali buat2 sibuk.

Aku jarak sikit dari dorang pastu call abang aku yang tengah tunggu dalam keta. Suh datang sini nego, nak biar aku nego kang bleh terbalik pulak pasaraye tu aku kejekan. Aku nak cakap dengan manager, katanya manager takde malam2. Lepas tu nak jumpe supervisor, Semua buat2 tak reti. Mentang2 la aku ni kecik. Suke2 korang je eh?

Tiba2 ade sorang akak nih datang, cakap tak jumpe jugak barcode barang tu. Suh aku beli yang besar sikit tu. Kau expect aku nak ikut cakap kau? Selambe je aku cakap,

Peduli apa saya. Saya nak yang ni jugak. Ala2 jerit sikitkan...

Dia cakap, tak jumpe barcode, nak buat cemana...

Haha. Lepas tu abang aku handle. Entah ape abang aku nego secara tenang aku pun tak sure. Tapi yang pasti lepas tu memang kelam-kabut dorang bukak PC cari benda tu jugak dalam stock list. Hah! Ada pun stock list nye. Tadi tu apa? Pemalas! Menggelabah je.

Baru tau menggelabah dorang mencari2 troli tu dalam stock list

Sekali ada pun. Harganya RM25.99. Sampai 10 keping stiker harga dorang print semata2 untuk barcode tu. Haha! Bongok!

Dalam keta aku tanye la ape abang aku kelentong sampai pucat gelabah masing2... Abang aku cakap dier nak report dekat Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Siap detail lagi abang aku huraikan salah dorang. Tak letak tanda harga yang betul2... Lembap buat keje... Menafikan hak pengguna... Pherghhh...

Aku syak abang aku ni mesti lepas baca buku pasal hak2 pengguna yang aku dapat masa aku join kelab pengguna masa skolah2 dulu2. Pengerusi tu aku. Wahaha...

Gile tak gile.

Lepas tu beg aku pun dah senang di bawa ke sana- ke mari. Bahagia gila la rasa tak payah nak angkut beg tu. Eleh, konon aku tergolek2 la kalo kene galas beg tu. Abang aku nak angkat bawak masuk dalam kereta pun terhuyung-hayang jadinye. Haha... Kalo abang aku pun goyang angkut beg tu, ape lagi la adiknye yang comel ni kan... Terus bergolek2 bersama2 dengan beg agaknye...

Gini la rupe beg yang tak menyusahkan tuan dier dengan bantuan troli

Haha... Nasib baik la ade abang aku... Kalo tak, sure aku dah bertekak dengan akak2 pemalas nak cari barcode. Padahal masa dorang access supervisor tu punya PC, tak sampai 5 minit pun dah jumpe detail pasal barang tu dengan code dia. Kenapa sebelum tu taknak terus je search situ kan? Saje nak suh aku tunggu lama2 situ...

Bengang betul aku la semalam!!

Wednesday, February 17, 2010

Takde Keje

... Rasa sayang plak nak potong rambut nih... Kalo dah pendek nanti takleh buat pose ala2 cendawan tiram camni dah... Haha... Sengal betul... Sah2 takde keje la nih... Hahahaha~~

Dah 4 tahun ni simpan tak kerat2... Kalo kerat pun kat ujung2 je...

Kalo kerat... Ade sape2 tak nak beli rambut ikal "ombak2" yang ori nih? Kot2 korang nak buat extension ke... Jangan risau, takkan jadik macam citer antu Korea pasal rambut2 tu... Apa nama dia? Entah... Tak ingat!! Kalo buat di kedai style macam ni sah2 la mahal kan...??

Haha... Ade tak? Ade tak?

At least aku nak jual rambut je kan? Takde la macam student mana tu nak jual dara. Huhuhhh...

P/S: Mak aihhh... Chubby nya akuuuuuu~~~~~

Random #28

How much deception can you take?
How many lies will you create?
How much longer until you break?
Your mind is about to fall...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Baru panas kat dunia dah tak tahan...

Damn!

Buku Kegemaran Saya


Ada sapa2 rasa nak pinjam?

Random #27

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before...

Tuesday, February 16, 2010

Resistance

Gila aku mood untuk dengar lagu Muse je arini sebelum kuar beronggeng dengan Atin tengahari nanti... Citer pasal pakcik teksi tu lain kali je la aku citer. Rasa macam sakit hati dan nak bunuh orang pulak bila ingat balik... Salah ke jadik single? Hah? Hah? Tell me... Tell me!!


Resistance

Is your secret safe tonight?
And are we out of sight?
Or will our world come tumbling down?

Will they find our hiding place?
Is this our last embrace?
Or will the walls start caving in?

(It could be wrong, could be wrong)
But it should've been right
(It could be wrong, could be wrong)
Let our hearts ignite
(It could be wrong, could be wrong)
Are we digging a hole?
(It could be wrong, could be wrong)
This is outta control

(It could be wrong, could be wrong)
It could never last
(It could be wrong, could be wrong)
Must erase it fast
(It could be wrong, could be wrong)
But it could've been right
(It could be wrong, could be...)

Love is our resitance
They keep us apart and they won't stop breaking us down
And hold me, our lips must always be sealed

If we live our life in fear
I'll wait a thousand years
Just to see you smile again

Quell your prayers for love and peace
You'll wake the thought police
We can hide the truth inside

(It could be wrong, could be wrong)
But it should've been right
(It could be wrong, could be wrong)
Let our hearts ignite
(It could be wrong, could be wrong)
Are we digging a hole?
(It could be wrong, could be wrong)
This is outta control

(It could be wrong, could be wrong)
It could never last
(It could be wrong, could be wrong)
Must erase it fast
(It could be wrong, could be wrong)
But it could've been right
(It could be wrong, could be...)

Love is our resistance!
They keep us apart and won't stop breaking us down
And hold me, our lips must always be sealed

The night has reached its end
We can't pretend
We must run
We must run
It's time to run

Take us away from here
Protect us from further harm
Resistance!

Undisclosed Desires

For 4567543897865 times I confess I love you, Matt!!!

Walaupun kau dah tua gila... Tapi kau maseyh cool...

Ngahahahaa....

UNDISCLOSED DESIRES

I know you suffered
But I don't want you to hide
It's cold and loveless
I won't let you be denied

Soothe me
I'll make you feel pure
Trust me
You can be sure

I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty is not just a mask
I want to exorcise the demons from your past
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

You take your lovers that you're wicked and divine
You may be a sinner
But your innocence is mine

Please me
Show me how it's done
Tease me
You are the one

I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty is not just a mask
I want to exorcise the demons from your past
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart

Please me
Show me how it's done
Trust me
You are the one

I want to reconcile the violence in your heart
I want to recognize your beauty is not just a mask
I want to exorcise the demons from your past
I want to satisfy the undisclosed desires in your heart


Aku Pun Addict Akhirnye...

Asrul Akmal la ni punye keje. Dier da introduce aku dengan game rileks2 sama taraf ngan Zuma dulu. Mula2 ingatkan aku balik cuti ni dier nak pinjam laptop aku sebab ape kan... Rupanya tumpang main game... Huhuhh...

Last2 skang aku pun addict dengan game tu. Adoiyaiii...

Leka beb main game ni. Oleh itu, kawan2... Kalau nampak fesbuk on, YM on, tapi korang antar mesej satu pun aku tak balas, kalo waktu pagi - petang2 kemungkinan aku tengah sibuk berperang dengan zombie2... Tapi kalo malam2 plak... Maybe Asrul Akmal yang tengah memerintah tumbuhan2 tu attack zombie...

Haha... Gila beb!! Tapi sepanjang aku kat Penang, laptop ni kire hak milik bersama la ngan abang aku. Lepas ni, Rabu malam aku balik Kuala Selangor balik, start Khamis, aku sorang je la ngadap game ni... Muahaha~~~

Addict la wey. Ada cure tak?

Monday, February 15, 2010

Kenapa Saya Agak Cerewet Naik Bas Di Penang

Ada 2 company bas kat sini. Satu RapidPenang... Satu lagi entah apa nama tapi dia amik alih Penang Yellow Bus dulu. Dan nama yang display tepi2 bas adalah Milan. Bajet macam Italy la kan... Wakaka...

Tapi sumpah aku tak berkenan naik bas ni. Nak tau kenapa? Tengok sini.

Apa? Tak cukup jelas? Meh kita zoom sikit...


Over kau kannn...???? Mesra la sangat tambang tuhhh... Cuba kau bayangkan kalo kau first time naik bas dalam Penang nih... Tak ke sakit jantung kau tahan bas lepas tu tengok tambang dia display kat tepi pintu...

Kalau orang yang dah biasa tu paham la harge2 tu refer RM1.00 dengan RM1.50. Cuba kena yang lurus bendul macam pembaris tu? Mau bershuffle beliau sambil berbuih2 mulut tengok tambang naik bas dalam jarak yang bangsat2 je tu... Dari QB kau berlari sampai Bukit Jambul tu pun belum sempat berpeluh dah sampai... Tak sampai sejam kot berlari...

Tolong laaa letak titik biar orang paham dengan jelas. Aku pun hampir2 pitam semalam.

Post Mortem: Reunion Kecil-Kecilan Yang Betul2 Kecil

Seperti yang aku hebah2 haritu pasal excited gila nak balik sebab nak jumpa kawan2 yang tahap 13 tahun tak jumpe tu kan? Haa... Ni la dier hasilnye.

Layan je gambar2. Nanti bawah2 aku buat summary sikit2. Kalo lupa dunia, korang baca la summary tahap karangan BM PMR punya panjang. Sekali menaip takmau kalah dengan esei SPM sekarang.

Lokasi : Pantai Miami dekat2 Batu Ferringghi sana yang penah kena tsunami dulu tu.

Subhanallah cantik Pantai Miami. Lain kali aku ajak korang geng2 blogger piknik sini, ok?


Penganjur la konon2... Merangkap pengerusi. Gila kuasa budak ni. Jumpa kalo, benam je dalam laut.


Baju hitam: Fikri... Baju biru: Kamil... Kamil adalah pen-sponser sesi minum2 haritu (sebab aku petik nama dia dalam event dekat fesbuk).


Tudung putih: Iryani. Strategik betul seat kitorang berempat ni sebenarnye.


Sila jangan percaya mata anda. Iryani berdiri atas batu masa nih.
Fikri dengan Kamil tengah membahankan ketinggian Iryani dengan aku.

4 orang je yang berjaya menghadirkan diri. Bincang pun secara kecil-kecilan. Balik tu terus aku buat group dalam fesbuk untuk batch aku contact2 balik bila2 rasa senang. Next gathering konon2 bulan Mac. Aku pun tak pasti la aku available atau tak. Sebab masing2 plan nak terjah kenduri kawen Helmi.

Itu je lah kot. Alhamdulillah summary aku memang betul2 summary pendek. Kalo tak, jenuh muntah hijau kot korang baca.

Gosip2 baru paling hot disebalik gathering:
  1. Banyak kuar nama2 exotic kawan2. Haha! Sumpah aku baru tau nama glemer dorang. Selama ni aku tau nama penuh je. Lepas tu masing2 kebanyakkan telah mengalami perubahan yang mendadak dari segi saiz. Aku rasa aku sorang je maintain dari segi saiz dan ketinggian. Jangan gelak! Nanti aku kecik hati...

  2. Ramai jugak rupanya dah kawen serta mempunyai anak 3-4 orang.

  3. Kami 4 orang masih takde apape planning terdekat untuk tukar status. Status dekat fesbuk tu adalah merapu saje. Tapi kalo betul2 pun, aku tak kisah. Haha!

  4. Kebanyakkannya dengar2 khabar keja dekat tempat Kamil buat masters. USM. Tapi sumpah dia tak penah jumpe walau sorang pun.

  5. Fikri selalu jumpa/contact dengan ramai orang sebab dia peniaga burger yang berjaya. Masih takde plan nak bukak cawangan lain.

  6. Dalam ramai2 yang kami kenal/jumpe balik, takde sorang pun pegang profession doktor. Iryani adalah optometris. Beliau banyak kali menegaskan bahawa dia bukan doktor mata.

  7. Dalam ramai2 jugak, majoriti menjadi tenaga pengajar. Tak kira la kat skolah atau politeknik.

  8. Aku sorang masih study degree. Dan takde cita2 untuk masuk dalam mana2 bidang melibatkan sesi ajar-mengajar. Aku lebih rela ajar robot2 beb! Ajar orang adalah satu benda yang boleh buat aku hilang sabar dan hilang segala2nya.

  9. Kembar aku, Lan (sebab nama ayah sama) sekarang buat side income kereta sewa + hotel bajet kot. Tak pasti plak kat mana.

  10. Dalam ramai2 tu, Yus sangat hebat. Fikri kata dia kawen 2. Haha. Padahal orang lain baru nak kawen pun terkial2 lagi. 2-2 wives dia masing2 ada sorang anak. Gosip terbaek sepanjang zaman yang pernah aku dengar.

Sunday, February 14, 2010

Pengubat Kebosanan

Oleh sebab aku macam emo gila pagi tadi... Tak tentu hala punya mengamuk dalam hati konon2 la kan... So, masa abang aku kuar pegi antar akak ipar aku dengan anak2 dier balik kampung naik bas dekat stesen bas Sungai Nibong tuh, aku pun dengan senang hati bersiap2 sambil seludup2 kuar pegi stesen bas berhampiran untuk pegi Queensbay Mall tuh.

Memang tepu punya bosan duduk umah. Nak menapak pegi umah cousin aku tu tau pula segan sebab kena pakai elok2 bagai. Lagipun aku da janji mau bagi hadiah. Rasa tak best plak kalo pegi dengan tangan kosong...

Cadang2 tu keluar jumpa si Atin dengan kawan2 dier dan sekaligus pegi cari hadiah buat Darweena yang nikah harini (pagi tadi). Hmm.. Tau2 saja la kan... Kawan2nye si Atin tu dah tentu2 la satu kelas dengan dia kan? Jadik tak sepasal pulak aku jadik macam sebaya dengan dorang. Siap pegi bergambar beramai2 dekat dalam toilet tu lagi.

Sila muntah tengok gambar2 di bawah. Muahahaha~~~

Yang atas tu lupa padam flash. Yang bawah tu gedik sangat kan? Ngahaha...

Sekali-sekala aku berlagak muda2 macam dorang sikit apa salah kan? Padahal awak tu 10 tahun lagi tua dari dorang. Tak fun la budak2 skang... Berebut nak matured. Entah apa yang best sangat kalo matured aku pun tak paham. Bukan kau boleh kawen awal pun kalo berlagak matured awal2 dari umur. Btol tak?

Dan kitorang tengok cerita ini. Best wohh... Aku terpaksa bias sikit bagi rating sampai 8 bintang untuk cerita ni pasal budak2 ni semua pakat2 bagi 9-10 bintang dari full 10 bintang...

Ye lah kan, hero jambu. Suka la dorang tuh. By the way, cerita ni action dia semua cool abeh wa cakap lu. Takde romance2 menyampah seperti cerita New Moon. Wakaka... Mati la sampai sekarang aku masih kutuk cerita New Moon tu.

Sesungguhnye tibe2 aku berhajat nak bela sekor Satyr yang fun seperti Groove. Haha~~

Lepas tu pegi cari hadiah untuk orang yang dah berubah status dari Cik kepada Puan tu. Tapi kedai2 souvenir dekat QB tu semua tutup harini. Dah la tutup kan. Lepas tu aku dah confuse. Kenapa ramai sangat Chinese dekat QB nih? Semua stok2 datang 1 family. Siap angkut2 nenek2 bagai. Beraya beramai2 dekat QB agaknye mereka nih. Unik gila. Style gathering ramai2 dalam shopping complex.

Couple2 pun ramai jugak. Lepas tu kau boleh dengar budak 3 orang tu meroyan sebab masih single. Cheit!! Baru form 3 kau dah risau masa depan. Aku tahun ni 25 pun masih chill lagi. Haha. Amik peduli? Jauh sekali. Masih pening2 pikir tesis tu adalah.

Pastu merayau dekat BJ pulak. Sebab kedai souvenir semua dah tutup. Aku pening2 lagi nak cari souvenir nih. Mula2 ingat nak cari benda2 yang datang dalam bentuk pair2. Rasa tak best la kan beli 1. Last2 aku beli menatang ni. Lampu ni ajaib weh. Boleh ketuk2 je nak tambah tahap terang lampu nih (banyak la kau punya ajaib, Aslina oii... Padahal menatang ni pakai touch sensor je pun)... Pastu siap ada tempat letak mende2 yang wangi2 tu.

Saya sangat malas nak rotate gambar ni tau?

Harap2 Darweena bace entry ni lepas bukak adiah tu. Haha... Bukan tamau tangkap gambar hadiah yang siap dibalut, tapi terlalu terkesima bila tengok amoi tu sangat cekap membalut hadiah. Nak harap aku macam tu? Sampai tahun depan pun belum tentu hadiah tu berbalut. Lagipun aku takut kalau2 bulan Mac nanti aku tak balik. Baik prepare hadiah awal2 kan? So nanti dia takleh komplen kalo adiah aku ni sama macam orang lain. Lepas ni kalo ada orang bagi lampu meja lagi... Aku boleh la berlagak cakap orang tu tiru aku. Haha... Keji kan?

Aku pegi umah Darweena ni pun dah malam2 dah. Setakat bagi hadiah n lepak2 sekejap sambil makan malam kat umah dier. Phergh. Btol2 kenyang la. Haha.. Sampai malas2 rasa nak balik umah.

Tapi bila pikir abang aku nak pegi keja sok nak guna moto... Kena la balik. Siap dapat souvenir 2 biji epal siap ada reben lagi ha. Sampai nak bukak reben tu pun sayang. Duduk la kau dalam peti sejuk tu sampai esok. InsyaAllah esok selamat korang dalam perut aku ni... Huhu... Len kali tiap kali aku balik, kalo tamau xtvt terganggu... Kena la Jonny pun ikut balik sama walaupun cuti sekejap je. Maknanya.... Korang pandai2 la tafsir kan?

Panjang siot entry ni. Sambung esok pulak la aku cerita pasal pakcik teksi yang aku naik untuk balik tu. Malas betul aku nak tunggu bas sebab hari dah malam. Lagipun bas mesti ramai punya... Aku dengan hadiah ni lagi. Nanti rosak? Dah tak seprais dah... Rugi je kan?

Ngantuk nih. Esok aku sambung pasal pakcik teksi dan gambar2 reunion kecil-kecilan yang aku beriya organize, tapi bilangan yang hadir adalah sungguh kecil sekali.

Harini Bosan~~

Eeeeeeeeeeeeeee......

Rasa patah kaki tanpe Jonny.

Ok. 3 sebab kenapa aku balik Penang kali ni. 3 sebab je ok?
  1. Reunion secara kecil-kecilan tu. Hasilnye? Sungguh la kecil-kecilan sebab yang datang cuma aku, Iryani, Kamil dengan Fikri. Tapi at least jadi juga la sebab kitorang spent lebih 2 jam lepak2 tepi pantai sambil flash back citer 13+6 tahun lepas. Gila beb! Sambil update2 cerita terkini kawan2. Dan salah sorang kawan kitorang adalah mantap sebab orang lain kebanyakkan masih single, tapi dia dah buat collection 2 bini. Serious. Bapak la hebat. Tak sangke bai... Apa reason kawen sampai 2 tu masih lagi misteri bagi kitorang sebab dengan 2-2 bini dier pun dah ade anak. Betul2 buat collection agaknye...

  2. Walaupun harini Chinese New Year, dengan Valentines day ape kejadah sebab aku malas nak amik port itu, tapi harini cousin aku nikah. Ye. Aku memang nak menyelit2 dalam majlis akad nikah beliau sebab masa dier tunang, aku takde di tempat kejadian. Agak kecewa sebab agak rapat dengan beliau. Tapi tengok la sekarangggg!!!! Balik sehelai sepinggang tanpe Jonny. Cemana nak pegi umah cousin aku tu? Moto lagi sebijik kat umah tu sumpah la aku tak berani nak bawak sebab brek dia lain macam punya style. Silap2 hari bulan tersungkur lagi aku macam haritu. Takkan nak berbaju kurung jalan kaki tengah terik2 matahari ni kan... Sorang2 pulak tu. Baik pegi dengan moto... Kang tak pulak sampai umah cousin aku. Tiba2 kena kidnap di tepi jalan? Sape mau tolong? Arghhh... Kalo ade arwah laa... Lepas subuh lagi dah antar aku ke sana kot suh tolong apape yang patut. Ini duduk umah dengan internet macam celaka serta suara orang tu marah2 berpuaka terhadap anak2 beliau. Cakap elok2 dengan dorang takley ke? Over garang la akak ipar aku niehh... Huhuhhhh...

  3. Jumpe anak buah aku yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaling aku sayang. Aiman. Dier pun rindu kat aku. Sobs! Sobs! Terharu... Tapi cuma dari semalam, sampai pukul 12.45 nanti je aku bleh bergusti dengan beliau. Selebihnye sampai hari Sabtu nanti kot balik kampung di Perak. Bukan tamau ikut. Tapi. Abang aku bukan ikut pun. Aku ikut pun dah sah2 aku macam jadik kera sumbang di situ. Selama ni pun dah cukup jadi kera sumbang. Tah. Macam takleh mix la ngan dorang. Entah kenapa. Dengan orang lain rileks je aku join macam takde apape. Ok. Fine. Aku agak berubah sikit sejak arwah takde. Dah jadi diam sikit. Jadi aku tatau macam mana nak communicate dengan orang lain balik. Aku blur macam mana nak jadi peramah macam dulu2.
Menyesal balik? Ada la jugak. Nasib baik dapat jumpa kawan2. Kalo tak, penat2 aku balik tu blom hilang, terus aku dah balik Kuala Selangor balik. Ni pun nama je kemungkinan aku nak balik Kuala Selangor Jumaat ni. Itu pun kalo aku tahan la. Kalo tak tahan, mungkin Rabu nanti Kak Syima dah nampak muka aku kat umah.

Sekarang... Kalo tak kerana 3 sebab kat atas tu, aku pun dah tatau ape yang fun sangat balik kampung pada musim perayaan. Baik aku celebrate sorang2 je. Dah memang tinggal sorang2 pun. Nak harap tumpang family abang aku? Atau family sedara2 aku yang lain? Takpe la. Rela aku bersorang2. Macam la tak biasa sorang2. Abeh2 kuat pun aku menangis je. Itu pun mungkin untuk 10 saat lebih-kurang. Lepas tu normal balik.

Last skali untuk tatapan korang. Aiman telah menangkap gambarnye sendiri dengan menggunakan henset aku. Serious beb dia tangkap sendiri. Tak tipu punye.

Saturday, February 13, 2010

Selamat

Banyak yang selamat esokkk~~

First skali selamat tahun baru cina kepade sume chinese yang terbace blog aku niehh...

Second dan seterusnye adalah selamat menempuh alam baru buat kazen tercayang Ainee Darweena sebab sok dier akan disatukan dengan pilihan hati beliau...

Next year kene bagi duit raye kat kami ehh... Pasal kami masih single blom kawen. =)

Yeayyy~~!!!

Loooooooooong Journey

Kenapa semenjak-dua menjak nih asal aku naik bas je... Mesti berjam2 perjalanan mengalahkan perjalanan dari utara ke selatan je jauhnye. Padahal dari Klang je pun. Pegi Penang.

Mula2 dekat Kuala Selangor lagi dah takleh blah insiden. Kak Syima lupa mau isi minyak keta kan... Sungguh ramai makhluk dekat Shell tu. Asal weekend je mesti ramai orang. Padahal banyak je lagi stesen minyak lain. Shell tu jugak jadik tumpuan. Punya la berebut nak isi minyak dorang tu sampai salah2 side tank. Pastu tak sampai. Sampai kene buat gaya macam gambar bawah ni. Mujur la tempat tu macam luas. Haha.

I gegeh ok uolls... Melintang pun takpe... Janji bley isi minyakk... Kau bleh lalu keee??

Pastu entah apape je on the way pegi Klang tu. Kereta, lori, macam2 perangai betul. Aku plak try call agent yang aritu Rezan belikan tiket. Wah. Busy sungguh beliau marah2 dekat orang sekitar. Bunyik macam kerek je bile suh pegi kaunter dulu. Aku dah cuak. Kau apahal kan... Aku nak tanye nombor bas je. Memandangkan da nak sampai sana pun. So, takpe la.

Siap singgah drive-thru mekdonal lagi sebab aku ngan Kak Syima masing2 da tahap pelarian punye kebuluran. Lambat bona la nunggu nye. Siap orang kat drive-thru tu sempat wat2 pose ala2 Tyra Banks gitu. PERLU KE?!!! Tang amik duit laju je...

Pastu pegi kaunter, tengok2 kaunter konsortium takde orang. Pulun la plak pegi sana-sini tanye kan... Masing2 suh pegi kaunter itu la... Kaunter ini laa... last2 call balik agent tu. Dia suh pegi kaunter 2. Pegi kaunter 2 plak, ingat bley la dapat nombor bas. Sekali dier panggil aku ikut dier pegi jauh sikit dari kaunter lepas tu bagi tau suh turun bawah, then cari je bas kaler merah ade cop konsortium tu. Wah! Kenapa kaooo?? Macam la takleh bagi penerangan dekat kaunter je. Gegeh la ajak pegi jejauh kan semata2 nak tunjuk rupe platform kat bawah tu... Adoiyaiii... Mental sekejap aku dengan perangai beliau.

Dah turun, jadik cam batak jap. Sebab terpegun nampak skrin ada tulis2 bas depart segala. Uihh... Moden ok? Rasa macam dekat terminal kapal terbang sekejap. Wakaka~~!!


Sebelum ni aku ingatkan dorang letak tu untuk hiburan pengunjung macam kat stesen bas Sungai Nibong tu. Tiap kali aku pegi nak amik nombor bas je mesti pasang cerekarama. Cuba la bawak2 pasang cerita National Geographic ke... Huhuhh... Tapi takde pun tuleh bas konsortium. Aii sudah cuak mampos niehh... Pegi tanye brader2 dekat2 situ. Dorang cakap mati kutu plak tatau nombor bas. Tak handle la. Call balik agent. Dier suh pegi kaunter. Ha'ah. Yang kaunter tu suh turun bawah. Tapi aku masih cool down lagi. Citer la kaunter tu suh turun bawah. Last2 dier pun cakap, tunggu je bas yang ade cop konsortium kaler merah kat situ.

Knape ko tak cakap awal2 je kan... Suruh pegi kaunter la bagai... Kau ingat ni Explorace ke hapee.... Da la lapar niehh... Pas da sure sangat bas tak nampak rupe lagi... Aku pun catwalk la pegi ke keta Kak Syima. [Catwalk? Matilah aku catwalk kan?] Tengok beliau baek punye makan yang kitorang beli kat mekdi tadi. Siap buat ulasan pasal couple gado laa... Ade orang tak puas hati dier park situ laa... Haha. Apape hal pun, melantak dulu. Lapar menguasai kewarasan dah ni.

Borak2, ngutuk2 pasal pengunjung situ lebih-kurang, aku pun blah la kan sambil makan nugget sambil berjalan2 dengan minum coke yang besar punya. Wakaka. Pegi tinjau2 ala kadar, malas nak berdiri, aku pun pegi la duduk dekat kerusi tu. Pastu datang sorang budak kecik ni. Aku rase sebaye Aiman kot, datang sengih2 kat aku. Eh, kau kenape pulak kan? Dah la sengih2 kat aku. Aku pun layan je kan. Sebab budak tu comel. Haha. Siap tumpang coke aku lagi weh. Adoiyaiii... Nasib baik la aku ni baik budaknye. Kalo tak, aku dah kidnap dia dah bawak balik Penang.

Bas pun sampai. Legaaaaaaaaaaaaaa~~~

Naik2 je bas. Aik? Kenape aku sorang je nih? Pastu naik lagi sorang brader boleh tahan hensem naik bas duduk seat blakang. Entah belakang mane aku pun tatau. Gembire betul aku, dengan RM36 dapat book 1 bas ala VIP gitu. Wah! I loike! Haha! Berangan sungguh!



Amik kau depan blakang kosong. Tapi gembira berangan tu tak le lama. Sebab dier pegi angkut manusia2 dekat Shah Alam rupanya. Tekanan perasaan lagi sebab da la ramai naik. Macam2 bau plak tu. Confirm dorang ni da lama tunggu bas. Huhu...

Dah setel semua... Aku pun bajet la kurang2 pukul 4.30 pagi sampai la Penang. Sekali, pukul 3 pagi aku terjaga. Kau tau kat mana lagi? Ipoh pun tak masuk lagi beb! Dier nak berenti dekat Simpang Pulai arah utara tu pun macam tak jadi je. Sumpah ramai.


Ramainye balik kampung. Bukan chinese pun semua tu. Wakaka~~ 1 Malaysia betul dorang niehh... Sampai nak kuar pun sangkut2. Last2 driver bas tu berenti sekejap dekat Petronas situ je. So, sape2 nak pegi toilet pegi situ je. Taknak la aku. Mesti ramai. Kene beratur. Huhu... Sambung tido lagi bagos.

Last2 sampai dekat pukul 6.15 pagi. Hambek kau. Jalan dari 11.30 malam. Sure kat mana2 jem teruk ni...

Pastu malas nak tunggu abang aku. Balik naik teksi. Haha. Bukan teksi biasa beb! Teksi Sapu tu. Honda Accord baru kau. Haha. Ingat dia nak caj mahal. Sekali RM15 je. Aritu aku naik teksi yang betul2 teksi yang seat longgar2 pun dier caj RM20. Wawawaww... Pas ni harus la naik teksi sapu je. Da la murah. =)

Abeh da pengalaman aku balik untuk kali ni. Mungkin jugak kali terakhir naik bas. Lepas ni balik dengan Jonny je...

Friday, February 12, 2010

Fhewwwhhh~~

Ngahahaha~~~!!!

Best gilakkk dah abeh present proposal pre-thesis. Aku rasa bukan present sangat pun. Lecturer masa tu sibuk bersembang pasal budak2 yang buat tesis pasal Cansat. Haha. En. Faisal sorang je kot yang tengok slide aku present. Tapi dia tak komen apape. Lepak je.

Siap berzaman jugak aku kat dalam tu tunggu lecturer bagi green light suh aku present. Tatau kenapa setiap kali giliran aku present, tak kisah la ape pun, mesti lecturer macam sibuk2 buat benda lain la... Borak2 kat telepon laa... Macam malang gila la. Tu pasal antara aku dengan kawan2 aku... Aku cuma nervous bila present individual project masa amik subjek Research & Development dulu. Sebab Prof. Khafilah adalah seorang yang takkan buat benda lain bila sapa2 pun present kat depan. Atas stage lagi kau. Ha...

Tengah2 present pun aku bleh stop sebab aku rasa macam tak best pulak aku tengah cakap... Orang lain pun nak cakap2... Terganggu skejap. Tapi lecturer suh sambung je. Lepas aku present tu banyak jugak persoalan dorang. Tapi slambe je aku jawap. Haha. Entah apape kot siap related dengan pengalaman aku praktikal haritu. Wakaka...

Dan skang dorang tak percaya betul ke aku nak buat mende tu. Betul ke aku nak buat full automated drill tu. Ingat aku memain ke? Huh. Degil jugak aku nih. Tatau ikut perangai sape degil2 ni. Yang penting ape aku nak... Mesti dapat tak kira apa pun terjadi. Dorang nampak tak caye. Mungkin sebab aku jenis rileks2 kot. Tapi ape aku aim, mesti aku buat. Result belakang kira. Janji aku dah buat betul2.

I'll never stop maa~~



P/S: Dulu aku ade crush dengan Chris walaupun rambut dia masa tu macam mop lantai. xP

Malam ni aku balek Penang... Yeayyy~~!!!

Hmmm...

Baru aku perasan... Bleh kata blog2 yang aku ter-follow secara tak sengaja skang kebanyakkannya update cerita pasal anak2 sendiri yang baru2 lahir. Comel2 sume.

Haih. Ape nak bebel lagi dah lupa. Ni la akibat buat 2-3 keje dalam 1 masa. Haha. Pagi ni pukul 10 pagi dah nak kena present proposal pre-thesis, skang baru terhegeh2 nak buat. Tadi petang lepak je manjang. Siap sempat mendobi lagi.

Hoh!! Arini tak rugi pegi menyibuk2 kat opis Kak Syima. Dapat makan pizza ouhh~~ Beshhhh...

Haha. Da tak betul skang.

Cepat2 la abeh hari Jumaat...

*****UPDATE*****

Oh, ye... Aku baru teringat nak taip ape...

Citer camni... Mujur la dorang tu suma jaooohhh... Dan hanye kenal dikalangan blogger2 je pun... So, takde la aku susah2 kene pikir nak bagi adiah barang baby kalo pegi melawat dorang... Sebab aku takkan pegi melawat pun...

Huhuhh...

Bunyi macam kedekut gila bukan?

Thursday, February 11, 2010

Whoaaa~~

Tengah jengah2 blog sendiri kan... Tibe2 radio online yang aku tempek kat sini mengeluarkan lagu Back Street Boys...Show me the meaning of being lonely plak tuh...

Layan kot tiba2...

Lepas tu lagu up town girl plak. Westlife.

Gila beb. Masa zaman skolah menengah dulu femes owh lagu2 nih... Hari2 dok dengar dalam bas masa pegi skolah petang2 dulu... Erm, dulu skolah form 1 & form 2 adalah sesi petang =)

Hoih! Hoih! Buat presentation untuk esok laa... Memain plak bukak blog bagaiii... Adeiiii~~!!!

Tuesday, February 9, 2010

Ini Adalah Tag


Sila buat ayat sendiri. Ayat aku adalah:

I pissed on Santa Claus because I hate my life.


Keh Keh Keh... Lama gila tak kena tag!! Wohooo~~ Sape2 rasa nak buat, nah amik je...