Friday, March 30, 2012

Bawaku Pergi


Kecoh jap orang share kat fesbuk pasal kenyataan malique yang lagu bawaku pergi ciptaan dier tu kene banned tak pasal... ngan lagu tu takde kena-mengena pon dgn budak lari dari umah.

Mula2 dulu aku dengar lagu ni pon first impression aku adelah... lagu ni galakkan budak2 lari dari umah ke? Sebab yg nyanyi tu suara dia sangat la bunyi muda belia cam najwa latip.

Tambah lak tetibe lagu ni feat dlm citer hape tah ke atau saja2 org buat nk relate lagu tu ngan sikap rebel sorang remaja, aku pun tak sure... clip tu da add on satu benda negatif yg tak sepatutnya... tapi setakat tu je lah. Pastu lama2 dengar, aku pun layan je... nak plak bila stress dgn mcm2 masalah...

Tapi bila sampai ke statement sorg pakcik yg komplen anak dia lari dari umah sebab lagu tu... so...?? Terus aku terpikir... bebal betul anak dia ni, dengar lagu tak sampai 5 minit terus hilang waras lari dari rumah ikut boifren...

Pakcik, terima la hakikat yang anak awak tu sebenarnya kurang bijak dan sosial sangat time skolah nak berboifren bagai... dah lari dari umah, ikut boifren, nak salahkan lagu plak... abes tu kalo anak pakcik kenal2 boifren dia dari fesbuk, tanak plak salahkan lagu si najwa latip tu...??

Saturday, March 24, 2012

"Kawan Saya"

Awal gile aku bangun arini (aku start taip ni pukul 5.15 pagi) padahal weekend kot. Takpe la tunggu subuh je sambil taip mende nih. Nanti tu OT je. Takyah nak kalut sangat pegi awal ke hape.

Aku terserempak dengan "kawan aku". Dalam erti kata lain, bekas kawan baik. Sebab aku rasa aku masih lagi terasa hati giler dengan dia sebab dulu masa aku tengah murung waktu arwah ayah baru2 takde tu aku try contact dia untuk ajak lepak2 sebab aku sesangat perlukan sorang kawan mase tu... dia takde. Siap off phone, susah nak contact. Alasan? Kuarge dia pegang phone.

Pahal tah gelabah sampai camtu sekali. Padahal aku dengan dia sama2 pompuan kot. Takkan mak dia pikir dia selalu kuar ngan aku masa arwah ade tu tandenye kitorang lesbian? Adeih. Sempit pikiran.

Aku tak pasti berapa lama dia elak jumpa aku sampai aku dulu confuse apa salah aku sebab sebelum ni dia nak jumpa boyfriend dia mesti guna aku buat undercover. Makna dia kalo mak dia call, tak caya dia kuar dengan aku, so aku ade la kat2 situ tolong buat2 sibuk cakap bagi mak dia dengar suara aku dan confirm dia ada dengan aku.

Sebenarnya terserempak tadi pun tah camne tah leh jadi ok balik. Sembang2 semua... Cuma aku ngaku la sikit janggal sebab aku yang elak eye-contact ngan dia awal2. Ye lah. Dulu dia blah camtu je tinggal aku waktu aku mmg sangat2 perlukan sokongan sorang kawan... 2-3 orang pon boleh. Mujur gak time tu bleh tahan ramai kawan amek berat. Jadi dia ada takda sama je. Cuma terkilan sikit la.

Masih lagi dengan masalah yang sama.

Kena kawal dengan keluarga.

Aku pun tak paham kenapa keluarga dia macam tu. Mengenangkan akak dia pon belom kawen dan umo cecah 30, maka nampak ah memang kuarga kawal. Tapi dia lagi teruk kot sampai sekarang nak kuar dating ke ape sembunyi2 je. Sebab kuarge dia bantah hubungan dorang. Gara2 cerita lama laa... ex-wife boyfriend dia buat cerita minah ni punca dorang bercerai... padahal dorang dah cerai setahun pon sebelum boyfriend dia in relationship ngan dia. Cerita nak ala2 artis. Puiii~

Boyfriend dia ni status skang duda anak 2. Tapi anak2 semua ex-wife jaga. Boyfriend dia jugak bukan anak dato ke tan sri ke sape. Cuma manusia biasa. Seorang pemandu lori. Aku yakin gila family dia jenis demand nak bakal menantu kerja bagus-bagus. Aku rasa sejak dia hilangkan diri dari contact aku dulu, stay dengan orang yang sama... agak la dalam 3 tahun. Lama da tu. Jodoh kot.

Ntah. Sebenarnya banyak jugak problem family dengan sedara-mara dia demand teruk sebab nak terbaik sampai lengah2kan benda yang baik. Biasa la. Typical meleis. Haha. Sama macam makhluk yang cari gaduh dengan orang lain sebab judge orang tu mampu nak sara hidup anak dara orang melalui hantaran yang diberikan. Haha. Ada kat sini. Kau mampu tak jadi overrated typical macam dia?? Haa...

Tadi baru dia cerita sepupu dia baru selamat nikah di Siam. Sebab terlanjur ngan tunang dan da pregnant 6 bulan sembunyi2 sampai takleh nak sembunyi dah. Terkezut jugak aku dengar cerita dia dorang tunang tanpe tujuan untuk kawen sebab tak buat saving langsung. 3 tahun tunang takde saving. Bayangkan. Sebenarnya takde saving pun takpe, sekurangnya ada sesuatu untuk mempercepatkan benda baik iaitu nikah. Dia cakap dorang takde usaha di situ. Nikah kat Siam adalah pilihan terakhir sebab nak nikah secara legal dalam Malaysia ni, si lelaki tu belum lagi pegi kursus kawen. Ambik masa nak setel documentation semua sedangkan tunang dia dah ngandung 6 bulan.

Tapi aku nampak kuarga dorang la yang hmm... nak kata demanding pon boley jugak. Dan takde hal dorang nak tunang lama2 sampai bila2 pon. Lepas tu guna "lesen" dah tunang tu sebagai boleh buat macam2. Kuar pon takde sape amik kisah. Mungkin, biar la... Kuar dengan tunang...

Hello!!

Tunang je ok. Aku betul2 tak paham setengah orang/kuarga percaya berabis kalo anak pompuan kuar dengan tunang. Mungkin sebab dah kenal sangat dengan tunang tu? Mungkin la.

Aku ngaku... Aku pon bukan la baek sangat... Dulu pon bersepah jugak boyfriend... Bezanya aku tak suka kuar dengan dorang. Aku lebih suka kuar dengan kengkawan. Haha!! Aku tatau, aku rasa pelik bila kuar dating. Point pertama aku selalu clash adalah... semua boyfriend aku dulu cakap aku lesbian. Sebab aku tak sama macam pompuan lain yang kalo boleh nak boyfriend stick ngan dorang doplohpat jam. Eleh. Boyfriend je pon. Aku couple dulu sebab nak ikut trend. Dah duduk hostel, housemate semua sibuk bercerita pasal boyfriend, aku pon ade la jugak bende nak cerita join sama. Dorang sibuk bergayut ngan boyfriend, aku sibuk bergayut dengan arwah. Boyfriend aku dulu sampai ingat aku pasang 2-3 sebab asal time dia nak call je, samada aku tak jawap (sebab aku tertido buat assignment) atau line busy (aku sibuk gayut ngan anak buah aku) Haha.

Memang la sebab aku limited edition la aku jadi camtu. Haha. Tu pon takleh nak pikap. Sebab dorang IQ rendah, maka dorang pilih untuk curang dengan aku dan pilih pompuan lebih open-minded, gedik dan sosial dari aku. Yang jenis boleh dibawak pegi tengok wayang sesama, takkan gemuk makan fastfood lepas tengok wayang, boleh pegang tangan dan pegang2 yang lain... malang sekali aku takde pakej camtu. Aku adalah spesis sengal yang suka duduk kat umah, tido atau study lagi bagus dari kuar dating. Study kejadahhh. Main game kat fesbuk je kot... Ngan layan live streaming bola... Haha...

Dan sampai sekarang aku takde masa nak kuar dating ke hapa. Yelah, satu hari ada doplohpat jam. 6 jam dah guna untuk tido. Sejam guna untuk pegi-balik keje. Tinggal 17 jam. Dengan workload sekarang, aku suka stay di ofis paling kurang pun 12 jam. 10 jam betul2 keje, lagi 2 jam melepak buat kelas tambahan dekat staff2 lama yang masuk scope baru. Tinggal lagi 5 jam je dalam hidup untuk berehat2 depan tv ke, nak beli makanan kucing kat Giant ke, atau 5 jam tu burn camtu je bila dah balik, menghadap laptop, bukak fesbuk, like status orang dan bukak blog baca blog orang. 5 jam je untuk aku bersosial untuk 5 hari dalam seminggu. Sabtu ahad lak... Sabtu kena OT, minimum 4 jam, maximum 8 jam. Kdg2 aku exceed 6 jam. Lagi 18 jam aku balik umah, layan tv dengan tido. Ntah sampai bila la nak abes OT nye. Ahad adalah hari untuk cover tido dalam seminggu. Lepas pukul 3 petang hari ahad tu adalah masa untuk bersosial dengan keluarga.

Mujur jugak aku sekarang ade boyfriend baru yang lebih memahami. Sama2 sengal dan jauh di mata. Tak suka nak control, matang tapi kadang2 sama naik gile cam aku. Tak sibuk request dating hari2. Kitorang skype sebulan sekali je. Tang hari skype tu selalunya dekat 2-3 jam la jugak tengok muke memasing depan laptop.

Kalo nak dating pon aku takyah susah2 siap2 cantik2. Selebet gile pon takde hal. Dating pon pakai skype je. Kejadah nak mekap cecantik. Nanti kalo aku kawen ngan dia, hari2 pon dia akan ngadap muka selebet camni jugak... Tak kuase aku lepas bangun tido terus nak berdandan cecantik sebelum mandi... lepas mandi lain la citer... baru ade mood nak melawa sket walaupon dalam umah. Haha.

Eh macam lari topik je kan. Takpe lah. Cukup la kot aku taip ni. Nanti aku buat lagi tajuk lain dan boleh lari topik lagi. Sekian.

Wednesday, March 21, 2012

Wordless Wednesday #7

Angau =..="


Friday, March 16, 2012

Merajuk

Semalam merajuk.

Harini sambung lagi merajuk.

Apa ntah nak jadi. Padahal orang tu memang sibuk kot. Saja mengada-ngada ja aku ni nak merajuk bagai. Dasar attention seeker! Puiii~!!

Harap la dia nak pujuk lebih-lebih... Wuuu :'(