Monday, November 30, 2009

Yeayyy!!!

Akhirnye abeh jugak la seksaan buat final report praktikal ni...

2 hari berturut2 beb tak tido nak siapkan mende nih...Haa...Sila kagum sikit ye...Final report aku tu cecah 72 page termasuk cover...Dan ni la first time aku taip bende2 ilmiah sampai cecah 60 page tau. Anggap je lagi 12 page tu kopi-pes dari intelpedia, wikipedia, google dan jugak report contoh. =)

Sila kagum sikit. Maklum la sebelum2 ni report project semua main share2 buat atau edit2 report orang lain. Cheh!! Plagiat gila babi btol...Bila la nak insaf ni =)

Ni la hasilnye nak tayang kat sini. Lepas ni pulun untuk pre-tesis & tesis plak. Doakan aku tak melakukan apapa plagiat yang membawa kepada hal2 yang tak brapa nak menyenangkan seperti repeat paper.


Sunday, November 29, 2009

Lesson Learn #1

Kaunter ekspress (biasanya 10 barang ke bawah) yang terdapat di mana2 pasaraya adalah kaunter yang membolehkan pengguna yang MEMBELI 10 BARANGAN DAN KE BAWAH untuk bayar cepat2 dan blah...

Konsep lebih-kurang macam touch-n-go la jugak...

Bukannya BELI 10 JENAMA BARANG dalam kuantiti yang sesuka-suki hati jek...

Haishh...Len kali konsep kaunter ekspress ni kene lebih jelas lagi la. 

Aku tiba2 rasa nak buat thesis pasal scanner kat kaunter ekspress nih. Bila dah detect 10 barang, nak masuk barang ke-11 akan kuar error. Kene bayar dulu baru boleh proceed dengan barang2 lain. Kira limited dier bleh scan harga sampai 10 barang je. 


Haishhh...Moody betul aku aaa bile ader manusia yang beli barang banyak2 tapi pegi bayar kat kaunter ekspress. Takde hati dan perasaan betul.

Saturday, November 28, 2009

Bye-Bye [Update Sikit =)]

Setelah 4 bulan + seminggu (17  minggu) berkubang di sini...


Tiba la masa untuk mengucapkan selamat tinggal...Hehehhh!!
[bleh klik untuk pemBESARan lebih jelas :)]

Snapshot ucapan aku kat dorang semua...

Amacam? 

Hebat tak?


Dannnnnn...

Yang betul2 pasti tu...


Aku akan rindu sama dorang ni nanti =)

UnderFill team memang best [ayat bodek xP]


P/S: Korang caya ke yang awek cun sebelah aku tu umo sama dengan aku? Orang2 kat sini ramai confuse bila dia cakap kami pernah sekelas. :p

P/Ss: Jangan coba2 nak tanya aku macam2 pasal dia. Nanti marka [boifreng] dia marah. :)

P/Sss: Baru aku sedar... Aku keje dalam environment ramai lelaki lagi. Nanti lepas grad kalo boleh nak cari keje yang ramai pompuan. Any suggestion? ---> FYI, aku tamau jadi lecturer!!

Kejutan Pagi2 Buta

Harini aku balik ke "beloved place" 

Beloved la sangatttt~~

Mula2 plan nak balik hari lain je agar boleh beronggeng bersama2 dengan Kak Syima.

Tapi ada banyak hal plak mau setel [kalo boleh] sebelum berangkat ke Singapore =). Pastu plak sebab kesian dengan kawan aku nih, tak paham IA. So aku dengan baik hatinye la nak memperturunkan segala ilmu2 tahap dewa subjek IA kat dia... Sharing is caring bukan?

Sesampainye aku kat Klang, aku dah pelik dah...Apsal lain macam je tempat ni? Pastu orang pakat2 turun plak tu. Rasa macam dah sampai air port pun ada. 


Last2 aku call balik membe aku tu untuk kepastian. Hmm...Rupenye stesen bas dah pindah ke situ... Tu baru satu semester aku tak jejak Klang ni. Bila dah bertahun2 macam mana la agaknye. Lost contact betul aku dengan perkembangan2 terkini ni hah... =(

Friday, November 27, 2009

Laa...Lupaaa~~

Huhh...Salam Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia.

Sorry la aku bz sampai lupa nak update blog. Bz sungguh nak siapkan report final praktikal ni. Dah siap sikit, tiba2 rasa nak tambah lagi-lagi-lagi-lagi dan lagi. Lepas tu suruh supervisor aku check pulak dier pun suggest suruh tambah lagi-lagi dan lagi sebab beliau beranggapan lecturer aku langsung blur pasal process kitorang di sini.

Mana tak blur, masa sesi academic visit dulu lecturer aku tengok log book aku, dia blur nak pikir apa sebenarnya aku buat kat situ. Adakah aku saja2 menyibuk atau sebaliknye. 

Aku tak kisah pun asalkan isi2 report aku tak mengganggu-gugat confidential Intel cukup. So far alhamdulillah la semua dah lepas tentang tugas2 aku kat situ. Aku risau tugas2 tu kalo dia reject, mampus aku dah tatau nak describe apa lagi dah.

Tapi apa pun abes dah azab aku kelam-kabut prepare weekly report yang ada 5 jenis sebelum pukul 11 pagi (yang biasanya aku terbabas2 pegi ke 12 tengah hari...Hehehhh)

Terharu siot last day kat sana. Paling takleh blah bila aku baca komen supervisor aku dalam log book, " Longer period of internship is strongly recommended"

Padahal masa academic visit tu hangguk je cakap time frame praktikal aku selama 15 minggu tu cukup untuk aku absorb environment pekerjaan pada masa depan. Dah la aku terlebih 2 minggu dari orang lain menjadikan total praktikal aku 17 minggu @ 4 bulan... 

Hahaha~~ Okeh aku nak sambung deco2 report aku sebab jap lagi nak pegi print. Ada tak kedai binding yang bukak harini?

Tuesday, November 24, 2009

Geram


Apsal camni? 

Geram punye pasal. Kalo takde nota alamatnye sampai tahun depan takde orang nak makan kek ini. Benda dalam peti sejuk adalah milik public. Kadang2 bagitau banyak kali suh makan kek atau ape je dalam peti sejuk tu, semua buat tatau je.

FYI, dalam umah aku 2 orang je tak pandai membaca. 

Taktik ni juga membuatkan orang yang setahun sekali bercakap dengan aku last2 bercakap juga tadi. =)

Oh, ye. Kek ni beli kat Giant Bayan Baru. 3 pieces 5 hengget je. Sedap mengalahkan kek kat Secret Receipe. Banyak cawangan kek2 nih. Sedap gilaaa~~ 

Sunday, November 22, 2009

Weekend Tanpa Internet Adalah Satu Dari 10 Benda Ajaib Dalam Dunia.


Cabaran Seminggu Tanpa Internet?

Camping?

Macam cilake!

Saturday, November 21, 2009

Ini Bukan Iklan Twisties Lurve

Balik dari beli tiket bas tadi...Tiba2 je rasa nak mengunyah multigrain chips tu. Sangat tak sihat kan malam2 makan kopok camtu... Pecut la moto balik umah. Singgah kedai runcit Imsona tu. Carinye cari, tak jumpe. Kecewa gila. Pegi kedai runcit Sinda plak. Cuma ada perisa lain. Packing pun cam dah berzaman je... Pegi Ara Mini Mart kat sebelah dia. Kecewa jugak. Takde.

Pecut pegi 7E Bayan Baru sebelah CIMB. Dan ini diaaa...

Rasa heaven, ok 3-3 perisa ada. Packing pun tak meragukan... :)

Beli la dengan gumbira. Aku suka yang "Hot 'N' Spicy". Gigih ok tangkap gamba dalam gelap dalam raga Jonny nih. :)


...Dan ye. Aku beli INI semata2. On the way balik, baru aku teringat. Bukan ke kat Sungai Ara pun ada jugak 7E?

Ngongnye keje. Bermotosikal sejauh 5km semata2 nak beli mende alah ni sebungkus. Itulah. Craving bukan2 sangat. Nasib baik la ade Jonny. Cayang Jonny! ♥♥♥

Friday, November 20, 2009

Siapa Baik Hati Nak Hadiahkan Aku Benda Ni?

Haritu jalan2 kat BJ ngan Atin...Bosan tatau nak tengok movie apa sebab situ tiba2 banyak cerita tamil. Padahal Deepavali dah seminggu lepas. Tak pasti sebab apa.

Ajak dia cuci2 mata di kedai enset. Sesungguhnya jika enset slide aku ni tak buat hal, aku buat2 tak nampak je kedai2 enset yang bersepah2 kat Winter Wing BJ tu. Tapi dah selalu sangat buat2 taknak detect memory card...

Aku cakap ngan Atin, "Kalo aku nak tukar enset, kalo tiba2 ade enset yang luar biasa, nak jugak aku planning2 nak tukar,"

Sekali amik ko...


Atin cakap, "Jom bet, brapa lama ko bleh kontrol bila nampak bende ni tanpa ada langsung rasa nak tukar enset,"

Skang?

Makan tak kenyang, mandi tak basah, tido tak lena walaupun tengah2 bz nak siapkan report semua jadah tu.

Oleh itu...

ADA TAK SAPA2 BAIK HATI NAK ADIAHKAN AKU ENSET NI?

Untuk maklumat lanjut, pegi ke sini. Site tu juga merupakan punca utama untuk aku lebih ANGAU dengan enset nih. :)

Thursday, November 19, 2009

Semalam -Update Sikit-

Sumpah aku bz. Konon2 la kan... Dengan final report praktikal ni la, dengan macam2 plan laa... Plan apa? Tunggu tahun depan aku update. Tu pun kalo berjaya la...

Punyala bz ahli2 dalam umah aku tu nak plan macam2 sampai depan pintu umah pun ada kalendar. Umah korang ada ke camni?
Takleh Nak Update Sangat. Bz. [eom]

Sunday, November 15, 2009

Jom Diet Bersama Cik As. Miahahaha~~!!

Sebenarnye bukan la diet sangat pun. Kalo dah spesis kuat melantak tu, buat la cemana pun tak jalan jugak diet. Cuma biasa2 tu bila duit dah bersusut tahap gampang baru teringat nak diet. By the way, harini aku nak citer pasal Pisang Kaki atau nama omputehnye Persimmon. Sapa penah makan buah ni? Angkat tangan! Apa? Tak penah makan?

Rugi wohhh...
Ni la rupe Pisang Kaki a.k.a Persimmon

Selalu orang2 Cina suka la buah ni. Aku dulu pun tak brapa makan sangat. Senang citer kenal pun tak. Tapi ada sekali tu pegi Johor, umah Mak Cik aku, dia jamu kami semua makan buah tu. Tapi tak brapa best dah sebab entah apape je buah tu. Pastu Mak Cik aku citer buah tu mahal. Yang elok2 lagi la mahal. Kadang2 sebijik pun orang jual RM3. Gila bukan?

Tapi Jumaat lepas, sebelum balik umah, aku pegi la PG8 cafe. Nak minum air sebelum balik. Dahaga gila. Pastu aku nampak la orang jual buah2. Aku punya la teruja sebab nampak buah Kiwi. Dah pi dekat2 baru la sedar buah Kiwi tu sebenarnye buah Ciku. Cheh! Dah pakai spek pun gampang punya rabun lagi kan?

Belek punya belek... Last2 takde banyak soal, aku pun beli buah mata kucing RM4. Wat makan sambil naik moto balik umah. Haha. Pastu nampak la Pisang Kaki ni. Kaler cukup cun. Nak kata lembik sangat pun tak, keras sangat pun tak. Kalo yang ni memang confirm la sedap. Tak macam aku makan kat umah Mak Cik aku tu. Paling best, 4 bijik RM5. Kira murah la kan?

Balik tak makan terus. Simpan dulu. Siap lupa la aku simpan dalam peti sejuk tu. Dah la takde sape nak makan kat umah tu. Pastu sebab lapar sangat tadi, dan aku pun memang malas nak makan nasik wiken2 kat umah. So, selongkar peti ais nampak la buah ni. Amik, potong2 la...

Asalnye ade 6 potong, tapi sebab kekurangan sabar nak rasa buah ni menguasai diri, tu pasal tinggal 5 potong je. Huhu.

Ngap sepotong, sekali ngan kulit2. Pherhhh...Sedap gila weyyy~~!! Rasa macam Tomato+Buah Plum. Huhu. Aku memang gila sikit, masa duduk ngan Kak Syima dulu macam2 campuran buah2 dengan sayur2 aku blend dengan pengisar buah dier untuk wat jus.

Tapi kali ni sebab kat umah aku ni blender pun aku tak jumpa, entah mana kakak ipar aku sorokkan sebab takut Aiman capai pastu hempas2. So, aku pun buang kulit dan potong kecik2. Sebenarnya tak buang kulit pun takpa. Tapi dasar mengada2. Macam tu la. Pastu campur dengan Nestum Cereal perisa madu tu. Kat umah aku ni jugak takde Oat. Sebab orang2 dalam umah ni tak layan sangat Oat. Beli banyak2 pun nanti aku jugak yang kena perabih sorang2. Lain la kalo duduk ngan Kak Syima. Kata nak diet, itu la yang rajin kitorang makan untuk snack or supper. Heh! Tambah2 aku bila arwah ayah belum masukkan duit dalam akaun [time2 sengkek la senang citer]. Lagi kenyang dan berbaloi2 dari makan megi tau!

Inilah hasilnye. Breakfast pagi yang simple lagi sedap dan berkhasiat. Jom la cuba beramai2. Hehehe~~!!
Sorry la kalo korang takde rase terliur dengan gambar ni. Tapi sedap. Percayalah!!

Sini aku nak list beberapa tips nak cari buah Pisang Kaki yang dijamin sedap dan manis untuk panduan korang.
  • Pilih yang kaler oreng ang2. Jangan amik kaler kuning sangat, atau oreng pucat. Untuk rujukan, tengok gamba first aku bubuh kat atas tu. Tapi tu Korean Persimmon ye kawan2.
  • Pastu picit sikit. Jangan picit kuat2. Marah plak tokey buah tu kang. Picit biasa2 je. Macam selalu pilih2 tomato tu la. Kalo keras sangat jangan amik. Tak brapa manis tu. Amik yang sedang2 saja. Tak keras sangat, tak lembik sangat.
  • Pilih bentuk comey2 sikit. Nak bagi sedap mata memandang.
  • Kalo orang yang jenis deria bau kuat, kalo yang betul2 manis, bau dia ada sikit2 macam buah Peach. Siyes. Wangi je.
  • Amik yang kulit licin la. Tak best kalo amik yang nampak buruk. Mungkin mudah pecah kalo tindan2 dengan buah2 lain bila nak simpan dalam fridge.

Saturday, November 14, 2009

Kenapa Aku Takleh?

Saje2 bloghopping secara random ke blog2 yang tinggal pesan kat shoutbox dikala connection internet sangat cemerlang. Tiap2 blog aku tengok tengah bekerjasama tolong2 klik2 Nuffnang masing2. Tapi apsal la bila time connection internet aku cemerlang, nak tolong dorang klik ads dorang balik, sure takde ads untuk aku tekan? Ni rasa nak marah ni...

Tak tolong kang, aku pun ade gak tinggal2 link kat tempat orang dok promote2 gerakan klik Nuffnang ni, nanti dorang cakap aku tipu plak, sombong ke, amik kesempatan ke, saje2 ke...

Huhu. Bila sebenarnye iklan2 ni kuar ah?

Lagi 2 Minggu~~

Hasil penabungan yang berhemah selama 4 bulan praktikal. Korang pun sedia maklum kan makanan kat cafe tempat aku praktikal tu sangat2 murah dan hari2 ada baki dalam bentuk sen2. Lagi 2 minggu boleh la nak mula mengira. Oh, tak sabarnye~~!!!

P/S: Tabung ni dah penuh pun. Kecik molek je tabung ni macam tuan dier. =)

Friday, November 13, 2009

Mutiara Kata Hari Ini

"Siapa yg tidak marah pd masa sepatutnya dia marah itu kaldai & siapa yg tidak menghapuskan kemarahannya pada ketika dia mampu utk itu, dia adalah syaitan."

Mesej ini dibawakan oleh Selkom Biru. Hari2 aku dapat SMS mutiara kata lebih-kurang macam ni. Harini yang ni plak. Saja nak share. Sapa2 pengguna Selkom Biru mesti penah dapat kan?

P/S: Sebenarnya aku tatau cemana nak stop mende nih. Dah tau aku duduk Penang, wat susah2 je bagi waktu solat KL. Wat penuh inbox saje.

Thursday, November 12, 2009

Kena Letak Tajuk Ke?

Malam ni final episode Tower 13.
Aku takmo miss...

Pastikan takde awan2 yang tebal menutup capaian Astro kat umah.
Walaupun malam ni dah start hujan2 sikit2.

Kalo tak, aku frust.

Huhu...

Wednesday, November 11, 2009

Kecik2 Dah Celik IT

Aiman suka sangat dengan laptop aku. Siap dah pandai tekan button 'ON' lagi. Abang ngan kakak dier pun blur je pasal laptop ngan segala gadget2 hak aku. Tak berani sentuh pun takut rosak. Tapi yang si kecik ni memang dahsyat la. Mana belajar aku pun tatau la. YM pun dah pandai skang. Haritu sibuk2 nak webcam dengan Azmi. Huhuhh...

Tengah sibuk YM dengan Hanis Babjee...Entah ape dorang tengah borak aku pun tatau...

Alkisahnye, masa dier tengah sibuk2 YM ngan membe aku yang dalam gamba tu, aku pun belek2 la enset aku tengok betapa banyaknye gamba Aiman ni dalam enset aku. Memang banyak gile la. Pastu sampai kat satu gamba ni, aku gelak sorang2. Mana taknya, gamba tu ade citer disebaliknye. Masa kat aku ikut dorang balik kampung raya aritu.

Masa tu semua tengah sibuk2 kemas barang nak balik Penang balik la, dia plak memang takde keje ape, main2 la ngan enset aku yang ada atas meja tu. Enset aku kan jenis slide, jadik bila dier tolak slide, keypad otomatik la unlock. Entah ape la dier tekan2 kat enset aku tu, aku biar je la. Sebab selalunye lepas dier boring, dier nanti bagi balik kat aku.

Tiba2 masa on the way balik Penang tu, tengah syok2 dengar MP3 dari enset aku aku dapat SMS dari membe lama aku. Sumpah lama gila aku tak contact dier ni.

Oit makcik. Slm. Tanya khabo pun jrg, tbe2 ko antar MMS gambar budak kecik kat aku ni, apahal? Nak ajak aku kawen ke?

Sentap la aku wey. Bila pulak aku antar MMS kat dia? Dah la lain2 provider. Nasib baik masa tu kredit aku banyak. Aku pun tak brape perasan sangat penyusutan kredit aku tu. Dengan penuh budi bahasa, aku pun reply la...

Oit. Wslm. Ko pun berzaman tak msg aku. Ingatkan dah padam. Bilenye aku antar MMS kat ko? Aku baru je pegang enset aku balik ni hah. Jap la aku check sent item.

Bukak je sent item.... Jeng...Jeng...Jenggg...

Memang ade pun ha MMS sent kat Poknik. Gambar pun takleh blah. Macam promote diri sendiri plak. Tau gambar pe?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
[Scroll bawah lagi]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ni hah...

Ni la gambarnye. Dah la jambu gile pose. Bajet manja la camtu. Huhu... Baju raya je dah sama kaler dengan Sepanbob.

Aiman...Aiman...[Sambil geleng2 kpala]

Isk!

Sampai skang aku tertanya2 camne dier boleh sent gambar ni kat Poknik. Padahal kalo nak ikutkan, kalo dier tekan button tengah tu dari mula sampai ke nak add recipient, dah tentu akan ke favourites dulu. Dalam favourites tu plak cuma ada nama ayah dier je. Abang aku la. Pastu plak kalo dier pegi tekan Recently Used, dah tentu sampai kat Azmi. Sebab sebelum tu kitorang memang tengah antar2 msg.

Memang aku musyikil gila lah!! Tau pulak dier ni cari long lost contact fren aku. Huhuhu...

Tuesday, November 10, 2009

Eh, Kau Kawan Aku Ke?

Lama dah aku nak bukak citer ni. Tapi insiden baru2 ni sangat menjeruk perasaan aku untuk declare kat sini yang orang itu bukan lagi kawan aku. Bukan kawan baik je aku dah reject. Nak buat kawan biasa pun aku TAK HINGIN!

Aku pernah citer pasal dia kat sini, pasal dia dan boifereng serta benda pelik untuk teka-teki di sini, boleh kata sebelum2 ni memang aku antara kawan baik dier la. Dah la aku pendengar setia masalah dier dengan family laa... Masalah dier dengan bekas-suami-orang-merangkap-cinta-hati-dia-tapi-kadang2-taknak-mengaku-couple... Masalah dier dengan entah sapa2 yang nak cari masalah dengan dia la... Dan jugak pernah hampir2 offer dier duduk sementara dengan aku sebab konon tak tahan mak dier asik control life dier dan ex-wife buah hati dier tak habis2 ganggu dier. Pukul 3 pagi pun gigih call aku kalo dier nak citer pasal masalah dier.

Siap kalo aku masih di Kuala Selangor, beriye SMS aku tanya bila nak balik sebab boleh menggunakan aku sebagai alasan untuk kuar jumpe dengan buah hati dier. Sanggup datang umah aku jemput aku kuar dengan skuter siap belanja aku makan la semua sebab konon lama tak jumpa, jarang jumpa, etc yang sebenarnye ade maksud lain disebalik itu. Ok fine. Aku memang lemah sikit dengan kawan2.

Aku bodoh dan rela dipergunakan oleh kawan2 asalkan kawan2 aku bahagia. Aku suffer sikit takpe. Aku buat tak kisah je. FYI dier pernah buat arwah ayah aku rasa aku memang ade kawan untuk kuar berjalan2 dan tak hanye terperap kat umah masa cuti.

Last aku contact dier adalah ketika beberapa hari sebelum start praktikal, itu pun cuma SMS. Dia ada masalah sampai rasa nak lari dari umah. Tak matang betul perangai. Last jumpa pulak masa kitorang kuar lepak2 tepi laut. Tu pun 2-3 bulan lepas. Sebab aku rasa dier salah sorang trusted fren aku, so, ade la sikit personal matter aku share dengan dier. Aku rasa tu la kot punca kenapa dier terus buat2 tak kenal aku. Ok, fine. Dat time aku pressure. Sangat2 pressure. Memang aku perlukan seseorang untuk cerita masalah aku. Ingat selama ni aku hepi2 ni aku takde masalah ke?

Dah la dier adalah kawan aku yang paling dekat sekali dengan umah aku, tapi TAK PERNAH sekali pun datang melawat aku masa aku tengah sedih2 kehilangan both my parents. Walaupun masa tu aku nak sangat ada sorang kawan baik aku datang dan tolong comfort aku yang tengah sedih2. Aku tak perlu kawan berlainan jantina datang pujuk. Tapi aku nak orang yang selama ni aku anggap bestfren datang pujuk. Salah ke?

Kadang2 masalah aku lebih berat dari masalah remeh-temeh dia. Aku ada sharing past life aku. Sama macam aku share dekat Jumie. Becoz masa tu problem aku memang related dengan past life aku. Maybe dier tak boleh terima ada kawan yang teruk dan agak hina macam aku kan? Aku bukan nak mintak simpati, tapi masa tu aku tak pikir banyak. Pada aku, kalau dia boleh kadang2 bebankan aku dengan masalah dier, kenapa masalah aku dia takmau tolong dengar. At least?

Sekarang haram la nak contact aku. Aku ingat mula2 dier tukar nombor. Mana la tahu kan? Aku ada test kacau dia dengan nombor Celcom yang aku guna untuk online ni. Ada je reply. Tapi aku takmo la reveal aku sapa. Cukup la aku dapat confirmation yang dia masih guna nombor tu.

Pastu dalam minggu ni jugak, sebab aku miss pegi annual dinner kat E&O Hotel tu, dan aku lapar gila lepas bangun tidur walaupun tak sihat, aku gigih jugak pegi pasar malam cari makanan. Dan aku terserempak dengan dia. Selisih tepi je. Bukan dia tak kenal aku. Kalo dulu, nampak aku, dari jauh lagi sanggup lari2 datang dekat semata2 nak tegur. Ni memang buat bodo habis. Pada aku, maybe dier tak nampak kot sebab aku jalan laju sangat. Kata lapar kan?

Then kali kedua terserempak lagi. Kali ni memang aku jalan bertentang dengan dia. Haram taknak tegur aku walaupun aku tau dia perasan tu aku. Senyum pun jauh sekali. Aku pun buat bodo je la. Dah orang tak sudi nak tegur, buat apa aku terhegeh2 pulak nak tegur kan? Atau, kalo dier malu nak tegur aku, maybe dia boleh SMS je kat nombor aku. Tapi sampai sekarang. Takde ape pun.

Aku bukan nak ungkit. Tapi aku rasa ralat sangat sebab aku fikir aku dah buat silap sejak 9 tahun yang lepas kerana memilih dier sebagai salah sorang kawan aku. Nak mention nama dier kat sini pun aku taknak. Aku memang takkan mengaku dier kawan aku sampai bila2. Walaupun selepas ni kalo dia ada masalah, dier nak datang cari aku. Sorry. Go to hell.

Sekarang aku susah nak percaya orang nak jadik bestfren aku. Better aku sorang2 dan mempunyai ramai kenalan daripada mempunyai bestfren, tapi perangai macam celaka dan boleh dilucutkan taraf sebagai bestfren.

Monday, November 9, 2009

Kenapa Orang Sibuk Sangat Nak Komplen Kau Dah Gemuk?

Sepanjang jalan balik dari misi membuat pasport di Seberang Perai haritu, aku dengar la Fly.fm. Kalo tak aku layan mp3, tapi tiba2 enset aku start buat hal plak kan... Layan je la radio. Terpaksa. Lama dah lost contact ngan radio nih. Topic petang tu menarik jugak. Sampai ke umah aku layan Fly.fm tu. Topic dorang adalah pasal gemuk. Atau lebey precise lagi, dorang mau share citer2 pasal cara orang tegur kita dah gemuk. Huhuhu.


Dah la beberape minggu lepas aku baca kat blog ini , ini , dan ade la blog2 lagi yang aku tak ingat sangat bercerita pasal gemuk. Paling best korang letak keyword "Gemuk" kat Google saja pun bersepah2 kuar suggestion pasal gemuk ni.

Tapi ni aku nak citer pasal topik kat Fly.fm tu. Dalam banyak2 citer pendengar tu, aku bleh terima lagi bile salah sorang tu citer mak dier komplen suh dier beli baju baru. Hehe. Berkias la kunun2 yang mamat ni dah gumuk. Paling takleh blah dan aku sangat2 sokong skali adalah sorang pendengar pompuan ni.

Citer dier, ada 2 orang lelaki nak purpose dier IF ONLY SHE`S SLIMMING DOWN. Korang tau ape dier cakap? "If I`m slimming down, do I want U anymore?” Haha. Aku sokong gile. Itu jawapan paling seswaiiii untuk spesis2 boyafren yang tak sedar diri dapat awek-ala2-comel-pun-dah-kire-ok-nak-demand-lebih2-plak. Bagi aku kan, gemuk itu comel. So far kawan2 aku yang gemuk, tak penah plak aku jumpe gemuk yang buruk. Tapi buruk perangai macam “pig yang pinjam duit tak reti nak bayar tu” ade la. Dan yang latest ni yang aku pun malas nak mengaku dia kawan aku. Next entry aku citer ok?

Tak paham aku la lelaki2 yang nak awek2 perfect/cun2/solid macam Maya Karin atau Fazura, tapi taknak cermin muke DAN POKET senirik stendet mane je dorang tu nak tekel awek2 camtu. Entah. Tapi aku dulu ade la ex2 yang dah kapel brape lama dah, pastu sibuk2 nak suh aku kurus. Padahal time tu asal aku balik Penang je mesti arwah ayah aku komplen kenapa aku dah kurus. Bersungguh2 la dier buat gerakan membeli makanan secara besar-besaran 2-3 hari pertama aku balik Penang.
Bagi aku, gemuk ke kurus ke, tak kisah. As long as ko takde penyakit serius, rileks je la hepi2 dengan body senirik. Maintain je la kan? Kalo nak kurus, kang kene beli baju baru plak. Kalo tergemuk pun kene beli baju baru jugak. Aku kan particular bab2 beli baju ni... maklum la kedekut! Dan kalo ko gemuk gile, ko nak kurus sebab nak elak penyakit berantai tu, tu aku bleh terima. Tapi kalo gemuk, pastu nak kurus sebab sorang lelaki...lupekan je. Bersepah lagi lelaki yang berkenan pompuan comel.


P/S: Sepanjang awal tahun ni itu hari, kebanyakkan gambar2 kawen yang aku tengok kat blog photographer, semua pengantin pompuan comel2. Elok je dorang kawen dan takde pun sape2 slim macam model.

Sunday, November 8, 2009

Pet Baru!

Semalam mase balik dari Airport Penang sebab nak tanya tiket AirAsia, tibe2 muncul seko kumbang terbang entah dari mane hinggap kat beg aku. Huhuh...Kumbang tuu... Cantik pulak tu kaler beliau. Nota: Kumbang hanya hinggap kat insan2 yang masih single saja.

Aku tepis2 la kumbang tu. Konon2 macam, Pegi laa...I tak suka U~~!!

Tapi tak blah pun. Makin suka lagi ade la hinggap kat aku. Aku pun malas nak tepis2 dah. Tapi sibuk2 tangkap gambar dia pulak. Siap cakap ngan Angah nak bela dia buat pet. Angah pun layankan je perangai sengal adik dier ni siap suggest letak nama JayJay The Jetplane (mampus takde kaitan)

Nak jugak kan key-chain Unisel tu enterframe sama kan?

Kumbang ni duduk kat seat belt sebab takut kene saman. Kebetulan ada plak road block kat depan tu. Ikut aku sampai ke Queensbay Mall laa... Sebab nak pegi tanye status kad Maybank aku tu. Maklum la dah berzaman tak guna Maybank. Huhu.

Aku ada baca sign "Pets Not Allowed". Tapi kisah ape aku. Bukan guard nampak pun aku bawak dier masuk dalam mall. Oh, ye...Atin pun ikut jugak sepanjang mission kitorang pegi Airport-Queensbay Mall tu. Dan dier sibuk2 elak2 dari jalan dekat2 dengan aku sebab dier geli dengan kumbang.

Aksi aku bergambar bersama2 pet baru. Sangat mesra bukan?

Oppss... Nampak pulak double-chin kat gambar ni...Huhuh...

Malangnye pet baru aku ni dapat bertahan beberapa jam je. Lepas balik rumah, aku kuar balik dengan Atin. Dah balik lepas kuar dengan Atin, tengok2 si JayJay ni dah ilang. Takde la sedih sangat. Sebab dier cuma sekor kumbang je pun. Kumbang kan bukan seekor? (Mati la lari maksud!!!)

P/S: Tu kumbang spesis ape ye? Sapa2 tau tak? Sebab mula2 aku ingat dier jenis kumbang busuk tu.

Misi Membuat Pasport

Skang aku dah ade pasport.

Pengorbanan menunggang moto dalam keadaan hujan renyai2 ke Seberang Jaya beserta selsema yang kritikal, agak sesat2 jalan sampai hampir habis minyak moto sebab nak cari umah Mak Andak Che Jah, gambar kene reject sebab tudung warna cerah, pastu kene reject lagi sebab spek mata berwarna, pastu kene tinggal sorang2 kat sana sebab orang lain malas nak tunggu, balik umah dah pukul 6 petang lebih terus tertido dan sedar2 dah pukul 9 malam dan secara otomatik terus miss annual dinner Intel kat E&O Hotel tu terbalas jua...

Wahahah~~!! Pasni sape2 yang duduk kat luar negara yang berkeinginan nak sponsor trip aku ke negara mereka boleh la wat permohonan segera. Validity pasport aku adalah selama 2 tahun saje. Sampai tahun 2011. Keh3x!!

Teruja weh nak share gambar pasport yang valid untuk 2 tahun punye ngan korang. Dah la RM100 jek. Kene la ngan tagline Air Asia. Sesiapa pun bleh terbang. Sebab dah ade pasport.

Ni aa rupe pasport untuk 2 tahun.

Haa...Jangan coba2 nak zoom tengok brape ketinggian aku letak kat situ. Awal2 lagi aku dah cover. Hahaha...Sila take note kat besday aku yang bersepah2 tayang kat situ je. :)

Dalam ramai2 yang pegi buat pasport tu... Ada satu pasport paling comel antara semua. Yang ni korang boleh zoom, nak save as, wat wallpaper pun buleh. Amik perhatian jugak kat besday beliau. Tahun depan wajib pos adiah kat dia. Ok?

Mesti korang tertanya2 kan camne dier boleh duduk elok tangkap gambar untuk pasport ni kan? Well...Dia memang suka bergambar. Lebih2 lagi kalo kamera menghadap betul2 kat muka dia. Sebab dia tau dia comel. Hihik~~!!

Tuesday, November 3, 2009

Email Spam Pun Kadang2 Berguna Juga

Kadang2 datang mood sengal aku... Aku bukak spam email satu2. Bukan ape kot2 ade offer best2 ke kan? Tapi banyaknye hampeh semata2. Cuma kadang2 tu letak tajuk bukan2, lepas tu guide link ke site MLM dorang. Mana dapat mailing list banyak2 antar secara rawak, aku pun tatau. Tapi dalam banyak2 tu aku tertarik dengan yang ini;




Kecelakaan Maut PLUS 16 Mati, 5 Cedera,5 Merayau

Berita yang sungguh menyayat hati… pastikan anda kuat iman sebelum melihat gambar-gambar yang akan ditunjukkan nanti. Kami tidak tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sesuatu pada diri anda akibat gambar yang akan ditunjukkan nanti...



.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Penat ke scroll bawah? Belum? Apa kata sambung lagi...


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Ok2 nanti korang bosan...Hehe...Jeng3x!!




Haha~~!! Lori babi terbalik...

CREDIT TO Oh! Tidak!!!

p/s: Thanx kepada sender spam email tersebut. Aku gelak gila2 harini.

Sunday, November 1, 2009

Ape Perasaan Korang?

Ape korang rasa bila tengah2 meng-upload dalam 200 pics menggunakan java application untuk upload banyak2 gambar sekaligus kat FESBUK, dan korang tengah menanti dengan sabar sebab broadband korang jenis prepaid yang nyata amat lah lembap seperti kura-kura kerana provider itu sangat la pilih kasih...

Dan masa yang korang tunggu tu pulak amat lah begitu lama sekali, siap boleh pegi kedai beli cekedis, balik, makan, lepas tu kuar balik beli air, nampak kuih pau, beli sekali, pastu pegi isi minyak, round2 kegembiraan sebab dah isi minyak Jonny full , balik, makan kuih pau, minum air, lepas tu lupa kene beli topap, kuar balik beli topap, pegi bank tekan duit, balik, lepak tengok tv katun Sepanbob, pastu tido sekejap, angkat kain jemuran sebab hujan, online, tengok sape ajak YM, tegur ala kadar, lepas tu siap boleh mandikan Aiman, siap2 bedakkan dier dan pakaikan baju tido...Tapi masih lagi tak abeh2 upload...

Last sekali kuar ayat ni,

"Upload fail. Please try again"

Hah. Ape nak buat?

Advance Siot Dak2 Skang.

Smalam, akibat kecewa pasal pegi pejabat Imigresen, dorang tak bukak sebab hari Sabtu, aku pun ajak la kazen aku kuar makan2. Bila marah, dari pagi tak makan, lapar la jadinye. Barai jugak la duit aku blanje dier makan kat Kenny Rogers. Huhu. Untuk pengetahuan korang jugak, sejak aku praktikal, elaun dan duit loan aku banyak habis ke makan.

Itu belum lagi aku up entry 100 km/j dan 6 ketul nugget KFC. Tiap2 minggu buat macam tu. Apa gila bawak moto sambil makan nugget. Lebih rempit dari Mat rempit. Mana tak makin comel? Tu la pasal aku dah malas nak webcam dengan orang itu. Dier pun dah tak brape rajin nak YM. Masing2 buat2 bz. Sesi balas2 SMS pun dah bertukar ke 6.15 pagi-6.45 pagi saje. Selalu2 tu tak kira masa.

Masa makan tu topik kitorang berkisar tentang sesi menghasut kazen aku tu agar join aku berpoye2 ke Singapore bulan 12 nanti. Lepas tu entah camne boleh terbabas pegi ke bab2 couple. Dari citer2 dier ahh...Aku bajet advance jugak budak2 sekarang nih. Laju je citer bab2 kapel. Tu belum campur perasaan nak kawen yang membuak2. Adoi laa...Aku yang lagi tua dari dier pun kalo boleh nak elak je bab2 munakahat ni...

Entah ape yang menarik tah la. Tapi yang aku tau kazen aku ni memang tak berani la nak citer ngan mak dier. Mampus kene bebel kang. Ape pun aku rase selagi dier takde terlibat dengan mende bukan2 macam dalam laporan surat khabar, aku rasa ok lagi. By the way, terpulang la pade budak2 tu sendiri kan samade dier nak biar diri terpengaruh dengan mende2 tak sihat tu atau tidak. Ye lah, aku bace dalam surat khabo harini pasal luahan sorang ibu yang agak kontrol anak dier pun tak boleh nak buat apape walaupun dier rapat dengan anak2 dier. Dalam kene pantau camtu pun anak dier tetap bebas lagi SMS bende bukan2 dengan kawan2 berlainan jantina. Bila dier check phone. Masya-Allah! Seram kalah citer Tower 13.

Apsal budak2 skang sibuk sangat nak kapel awal2 ni eh? Macam la dah sure sangat tu jodoh dorang. Sampai bleh buat macam2 lagi plak tu. Pastu bile dapat hasil, kene tinggal camtu je. Tak ke bodoh namenye? Berkorban la sangat. Jaga diri elok2 tak boleh ke? Nak komen lebih2 pun aku bukannye baik sangat. At least aku takde la bangang sangat sampai camtu. Kalo ade pun sengal sikit2 je. Tapi dah berubah sikit pun. Agak insaf jugak la. Yang lepas, biar je dah lepas.

Huhuhhh...Bosan nih. Tu bebel pepanjang. Padahal banyak je keje lain nak kene buat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...