Wednesday, June 20, 2012
Blog Itu Diari
Rajin betul nak update...
Tapi rasanya update lebih kepada berserabut dalam kepala ni... Yelah, selain benda2 yang aku kena let go tu semua, tetiba ada benda merunsingkan kepala aku sejak2 dari zaman kelam dulu (zaman blaja) sejak2 dapat surat tu lah... Hurmm... Tetibe kene tukar plan 360 darjah plak rasanya...
Dari plan macam taknak pegi kepada pegi... Dari malas nak buat, malas nak pikir jadi kena pikir, kena buat, sudahnya cari online je... Pastu main order je... Apa bakal jadi, wallahualam... Janji ada...
Tatau la. Banyak kena planning. Serabut. Mark pun cerita life dia serabut jugak. Takpe la. Aku pun pening ni. Kalo dorang banyak songeh jugak... Tatau nak cakap la. Pedulik la kata guna kit ke hapa... Asalkan benda dah gerak depan mata cukuplah, nak bising lagi?
Ntah. Aku tak paham.
Aku nak benda setel je sebelum aku berangkat pegi tu. Nak bertangguh2 rasanya macam tak manis plak. Minimum gred pun lantak la... Aku dah malas nak pikir ni ha... Makin serabut rasanya... Iskk...
Wednesday, June 13, 2012
EL
Tuesday, June 5, 2012
Cerita Basi
Suruh aku pegi re-present balik 13 Julai nanti. Kalo tak nanti fail.
Malas ah aku. Fail pon bagus jugak. Pastu cakap TS tu untuk 1 semester je. Dah tu korang yang senyap dengan aku sampai 3 semester kenapa?? Takde inform apape. Aku pon slambe la buat takde apape. Blah keje dengan begitu bahagia sekali.
Nantilah aku register lain.
Sebenarnyakan, cakap awal2 kan senang?
Entah. Aku malas dah nak pikir... Ingat nak call je dorang tanye kenapa yang lagi sorang tu pun boleh lepas jugak padahal project dia pon sama jugak tak gerak... Siap dah konvo pun...
Malas nak gaduh. Nak call tanye kalo nak tukar project lain, ape option? Ke buat case study ke camne... Memang cannot go lah... Bende2 tu semua aku dah buang pon... Lempar je jejauh... Hahahah...
Tuesday, April 5, 2011
Kat Penang Dah :D
Smalam balik kul 10.15 pagi. Nak balik awal tak jadi sebab tunggu orang. Huhuhh... Sekali best-best pecut kat highway, tayar moto pancet plak. Nasib jugak la tak jadi apape... Sebab paham-paham je la aku bawak bape laju kan... Dah laju kau tetibe terhoyong-hayang... Mujur la sempat brek. Kalo tak, confirm langgar besi tepi jalan tu dah. T___T
Gamba aku stranded kat highway. Muka ketat pasal panas gilo sini.
Haha... Mula-mula aku macam pasrah je tayar pancet nih. Tengah-tengah panas weh tayar pancet... Tengah jalan raya plak tu... Dah la aku tatau no tepon Plus tu bape. Gelabah la mesej abang aku tanya... Dia pun reply no apa ntah. Lagipun aku cari-cari tepon warne oren hijau tu tak jumpe.
Pastu dengan tak larat-tak larat tu aku pun gigih tolak motor sebab depan sikit tu ada flyover. Bleh jugak berteduh. Tu gamba tu aku berteduh bawah flyover la tu... Masa aku pakai helmet lagi semua pandang-pandang je aku kat tepi jalan tu. Bila aku bukak helmet kemain la lagi ramai dok hon-hon. Aku pun selambe la lambai-lambai orang macam Usop wilca tu. Bahahaha... Punya selamba okeh. Seko pun takde berenti nak nolong.
Kebetulan kat tempat aku berteduh tu ada plak no. Plus Line... Ni dier...
Sile-sile save dalam henset masing-masing demi kesejahteraan masa depan. T__T
Mula-mula phone dorang cakap kalo antar Plus Ronda tu pun bukan bleh buat apa sebab aku pun takde tayar spare... Pastu dorang takde mende nak tolong motor-motor ni. Siap suggest aku amik no tepon sesape pasal tayar moto tepi jalan. Puas aku jalan dekat 300 meter. Tapi takde pun tulis.
Pastu dorang call aku balik cakap suh aku tolak moto sendiri je sampai ke kedai moto kat exit Behrang lebih kurang 2km dari tempat aku berteduh. Phergh. Mana la aku tau workshop tu kat mana... Last-last dorang tanya aku sorang ke beramai-ramai... Bila cakap aku sorang, dier suh tunggu situ sampai lori warne merah PROPEL sampai.
Merah?
Dekat 45 minit pastu baru la aku nampak kelibat lori yang takde sangat rupe lori warne oren datang. Hehe... Tak sempat plak snap gambar brader-brader gagah lagi hensem angkut Jonny naik lori sampai ke workshop tu. Nasib baik la aku sorang je. Maka bleh laaa naik lori tu jugak.
Comel kan lori ni? Takde gamba real, doodle macam blogger lain pun jadi laa... Hahaha...
Dah naik lori tu pun phergh sebenarnye bleh tahan jugak jauhnye kelibat workshop tu. Kalo aku tolak moto sorang-sorang rasanya lagi 2 jam baru sampai ke workshop tu. Dah la panas terik. Tah-tah aku pitam dulu. Sebab berak pagi-pagi tu pun belum. Main kuar umah terus jeee... Mau tak pitam jalan tengah-tengah panas terik sambil kerah tenaga tolak moto sambil banyak angin dalam badan pasal tak berak. Huhu.
Pastu da sampai kat kedai moto tu da ok dah. Bleh balik dengan gembira dah.
Sampai Penang dekat pukul 6 petang lebih. Dengan jem lagi. Kene tahan ngan polis trafik lagi. Kene tahan ngan polis trafik tu satu hal. Dia bleh bagi extra tazkirah plak. Sebab aku cakap aku balik naik moto dari Selangor. Wuwuwuwu... :-/
Asalkan selamat sampai sudah, kan? Alhamdulillah...
Thesis?
Gi mampos. Aku serah semua kat kawan-kawan suruh tolong setel. Pehal nak susahkan hidup orang lain lagi dorang nih? Pelik-pelik siot lecturer mechatronics yang bajet bagos ni.
Sunday, March 20, 2011
Kusut
Rasa nak lari je dari semua nih. Nak sembunyi-sembunyi mana-mana skejap. Bawak hati yang agak-duka-lara-parah-jiwa-merana akibat.... Hmm... Ntah laa... Pasal future ni.
Tolong la. Helpless. Dah tak larat dah. Let me go je bleh tak?
Nanti-nanti kalo kata ada interview ngan mana-mana tempat, kalo dorang nak tengok konon thesis tu... Takdenye nak paksa-paksa bawak sekali hardware yang super besar tu. At least report kot. My report not bad ape... Nampak macam best. Detail. Eh, bukan puji diri sendiri la... Ada orang lain cakapkan nampak macam detail. Tapi ntah la..............................
Ape dorang ni nak sebenarnye?
Nak lari-lari menyorok sementara waktu. I'll take the blame. Yeah. My fault.
Tengok la. Lari punya lari sampai kenduri si sepupu pun nda pegi... Bukan lari sangat pun. Need time la. Berapa kali Angah antar mesej bila mau balik. Sepupu lain pun tanya, bila nak balik. Hmm... Entah la. Takleh nak decide. Sendiri cari pasal kan. Mesti mengaku. Tapi, dalam masa yang sama dah taknak ni semua. Cukup lah.
Haish. Bikin serabut la ni kepala.
Orang yang sepatah haram tatau apa dia bikin pun lama sudah lepas. Lulus jugak walaupun buruk punya gred. Ye cacat, tapi tak la separah sakit jiwa aku ni. Bukan aku tak paham apa aku buat....
Hish. Kusut laaahhhhhhhhhhhh........!!!!
P/s: Thanks kepade mereka yang tak jemu-jemu tinggalkan jejak kat shoutbox sebelah tu dan jugak yang tinggalkan link kat bawah nun. Nanti bila aku da waras balik, free, aku balas balik kunjungan korang. :D
Friday, January 28, 2011
Malang Bertimpa... Mungkinkah Ada Berita Gumbira Disebalik Itu??
Mula dengan hari Rabu lepas. Pasal Skynet cari pasal antar Jonny dengan side mirror dan plet pecah. Huhu. Kata dorang nak call. Sampai harini takde call. Tatau la report ke tidak kerosakan tu. Gambar pun ade je... Citer dalam blog ni pun ade kat sini ha...
Pastu semalam tergolek tepi jalan. Hehe. Sebab nak elak kambing punye pasal. Dan lori. Huhuhh... Nasib baik la takde mende kecederaan teruk. Setakat lebam-lebam. Makan bleh lagi. Kira sihat la. Takde patah kat mana-mana. Cuma kambing tu... Kalo dapat, pastu wat barbeque kan... Mesti best...
Yang latest... Tadi la. Helmet ilang. Jumpe sisa-sisa je. Bekas kene gunting atau potong ngan pisau, wallahualam. Kalo ilang dekat tempat yang merepek-repek macam shopping complex ke... Tempat banyak orang curi moto/helmet ke... Kawasan perumahan ke... Aku tak heran sangat... Tapi ini dekat tempat menimba ilmu. Tempat aku letak tu pun tempat yang selalu-selalu aku letak. Ramai orang lalu-lalang. Sikit kecewa la kat situ. Tak sangke dalam strict-strict university aku tapis student masuk pun rupanya ada jugak beruk terlepas.
Cume makhluk-makhluk tu je tak reti nak mintak pinjam ke apa ngan aku... Bukan tak penah aku pinjamkan helmet... Siap Jonny pun penah aku pinjamkan... Pastu Jonny ni plak kategori glemer dalam FK tu. Hehe. Sape tak kenal Jonny tu? Hanye junior-junior atau orang luar je tak kenal kuda peliharaan aku ni. Tinggal kenangan je la helmet 'Power Rangers' aku ni... Takpe la... Rezeki aku dengan beliau setakat ni saje :(
Apakah aku bakal dapat helmet baru?
Hehehe...
Wednesday, January 26, 2011
Jonny's Journey
Takde la aku nak tunjuk plet depan tu camne rupe dier. Bukan tatau korang nih kang ade wat modal pegi tikam pasal ke-suwey-an yang terjadi ni. Eheh. Takde lah. Aku tau readers aku seme baik-baik tak layan mende-mende khurafat camtu.
Lepas tu borak lebih-kurang sebab boss dorang pun takde, aku blah la. Tapi ade ke Jonny merajuk tiba-tiba dengan aku. Da tamau start plak dah. Kalo dulu minyak setitik pun gagah lagi boleh start. Ok hyperbola la minyak setitik. Mana aku tau ye dok? Tapi selalu-selalu aku balik kelas tu minyak da lebih bawah dari E. Rileks je jalan. Maka dia merajuk dan aku pun gigih la tolak dia sampai ke Shell. Nasib baik la dekat. Tapi berpeluh jugak la.
Dah isi minyak aku terus dengan mission aku pegi workshop peribadi Jonny. Ewah. Jangan memain ko Jonny ada personal workshop tau? Haa... Sebab aku nak check, betul ke tidak apa yang mekanik kat Penang tu buat sampai seminggu Jonny tersadai kat workshop itu. Sebab abang aku cerita dorang wat wiring je. Padahal abang aku saspek coil. Apakah coil dalam moto? Adakah beliau begini?
Sebenarnya bukan la coil pun. Nama mendelah bermasalah itu adalah regulator & rectifier. Pandai-pandai korang la google pasal kegunaan rectifier dengan regulator ni. Bende ni da damage dan rusty sebab da dekat 3 tahun Jonny berskandal dengan aku. Maka bila dia dah tak berkeupayaan nak menstabilkan voltage motor, maka terjadi la bateri motor overcharged atau discharged, oleh sebab itu haritu electrical system Jonny cepat je out walaupun da tukar bateri baru. Sungguh merbahaya ok bawak moto takde signal semua. Dah tak pasal kene praktikkan apa yang test JPJ dulu. T__T. Dan mekanik Jonny tu sempat lagi mengutuk regulator tu kuar dari kilang bersaiz kecik. Hehe... Mau untung maaa.... :D
Dah jadi macam blog mekanik kan blog aku skang? Padahal background dengan header kemain ceria seperti gadis-gadis. Cewah. Gadis. *Muntahlajulaju*
Dan begini la rupanya bila dah pasang baru. Mana laa takde teroksida benda ni. Jonny ni da la lasak, Selasak tuan dia yang suka betul travel balik kampung dengan moto. Pulak tu bukan dekat perjalanan. Paling-paling busuk pun 343km. Itu pun bukan setakat habiskan sepanjang hari atas highway, kemain la pecut macam Valentino Rossi. Punya la feeling-feeling naik superbike padahal tak sedar diri kaki tak jejak tanah bila naik superbike. T__T.
Takpa. Nanti aku kaya tahap upline-upline unstopbebal tu semua, aku nak order custom made superbike mengikut ketinggian. Haha. Tu la masalah aku dengan abang aku. Kami ni comel sangat untuk naik superbike gempak-gempak tu. Tadi pun try-try naik Kawasaki ER-6f tu pun macam terkial-kial. Lepas tu kene gelak dengan wife tokey workshop tu. Aaa... Hampeh. :D
Saturday, January 15, 2011
Whoaaa...
Cantik betul screen henset aku skang. Ada effect ala-ala negative gitu. Sangat mencabar kalo nak bace SMS.
Wednesday, January 12, 2011
MLM - Mari Lingkup Melingkup
Ini setakat bergambar dengan keta company pinjam... Dengan duit bentuk kipas-kipas di tangan dah pandai bawak dakyah bukan-bukan, baik tak payah la dik oiii... Memang aku nak suruh budak ni tunjuk apa jenis harta yang dia ada. Pegi mampus la dengan statement taknak menunjuk-nunjuk apa semua... Sebab dia join MLM, so, dia kena la tunjuk apa hasil dia ada... Btol tak?
Kat sini aku nak bagi nasihat sikit...
Kau attend kursus-kursus ko bayar sampai 3-4-5 ratus tu... Tapi just a talk yang bodoh-bodoh seumpama kasik motivasi yang bersiaran di pagi hari tiap-tiap hari kat TV9 tu baik lupekan je la... Aku hari-hari pun dah termotivasi dengar ceramah-ceramah dekat Youtube. FREE tau FREE~~!!! Yang 3-4-5 ratus tu ko boleh buat simpanan dalam mana-mana pelaburan kat Malaysia ni. Buat la pelaburan hartanah. Pasti untung sebab harga tanah takkan turun.
Ok la untuk hiburan korang aku letak printscreen yang boleh buat budak-budak MLM mengamuk-ngamuk. Eh, berani meh laa... Aku tak letak watermark sebab aku tak hingin nak padam nama sape-sape berkenaan. Aku lebih suka biar terdedah dan baru orang tau sapa yang suka sangat promote skim piramid ni.
Tak nampak bleh klik kasik view besar-besar.
Mesti budak ni teringin nak pegi melawat piramid kat Mesir tu tapi tak dapat-dapat pegi lagi. Tak pun jejak Sunway Piramid pun tak lepas nak bershopping sakan di dalam... Oh, sungguh kasihan... Baidewey, aku tak remove budak ni sebab aku tertunggu-tunggu apa tindakan dier dalam usaha mem-promote-kan MLM kat aku. Fun beb!!
P/S: Oh ye... Ini profile budak ni. Sile la add kalo rasa nak berkenalan. Muka hensem dan masih single.
Semoga terhibur. Powered by UNSTOPBEBAL. Huahuahuaa~~
Friday, November 12, 2010
Friendster
Haha. Sekali ada mesej dalam tahun ni jugak yang datangnye dari "bekas membe" aku yang pernah aku cakap dier macam nak elak aku je sejak raya tahun lepas. Memang sampai tahap berpatah arang berkerat rotan la aku jadinye. Siap bagi no. fon lagi.
Kenapa la hidup aku skang ni jadik macam orang yang dulu penah jadi kawan baik, lepastu dengan tak semena-mena cuba nak elak-elak dari aku, sebijik macam dah buang aku dari jadi kawan... Tiba-tiba contact balik. Macam sorang minah lahanat berhutang ngan aku tu, siap dah janji nak jumpe la konon semua setel bende-bende yang tak bagus antara kitorang, tapi last-last? Senyap macam tu saja balik.
Patut tak aku percaya minah lagi sorang ni jugak?
Tapi aku reply mesej dia dengan cara paling lahanat jugak la. Kalo tak sedar diri tatau nak cakap apa dah la... Banyak la contact-contact. Hati aku dah tahap takleh terima apasal dulu dier macam buang aku dari jadik kawan tu takde plak nak consider nak mintak maaf ke apa...
Teruk betul...
Friday, July 9, 2010
Yang Ko Tibe-Tibe Nak Terasa Ni Apahal?
Eh, takdelah. Kelas kan lepas Jumaat, alang-alang balik masjid tu harus la terus ke kelas berbaju melayu. Sejuk mata memandang. Keh keh keh. Tapi yang tak pakai baju melayu tu pulak, kalo tak cari gaduh dengan aku, tak ceria hari beliau. Mujur la aku tak sampai hati nak sadung kaki dier masa lalu sebelah seat aku. Kalo tak, mesti rompong gigi pakcik tu bertabur. Dah la warga tua di dalam kelas. Heh.
Sori la kalo rasa tak bleh blah sikit baca entry aku kali ni. Pakcik yang aku nak sadung kaki dia tu bukan la intipati komplen aku pada kali ini. Makhluk yang berjaya menjadi bahan komplen aku pada harini adalah sorang budak kelas aku yang kalo aku sebut nama dia kat sini sumpah sape pun tak kenal. Padahal beliau adalah bajet glemes dalam campus.
Lepas kelas lecturer single tu, ada la lagi satu kelas lain. Entah berapa kali nak meeting tukar jadual aku pun tak paham la. Padahal ok je jadual tu. Sebab kelas lecturer jelita yang single tu pun dia takmo tukar ke hari lain. So, bagi manusia yang jenis tak reti nak sewa rumah dekat-dekat macam aku ni, satu perkara yang bagus la sebab aku takyah ulang-alik 2 kali pegi campus dalam satu hari. Jimat sikit minyak.
Kecoh la budak-budak ni nak tukar kelas. Aku sememangnye fedap dengan cadangan masa yang bukan-bukan dan alasan bukan-bukan sebab nak tukar jadual, paling takleh blah, bila tamau kelas pagi sebab malas nak bangun pagi. Lepas tu kau boleh dengar budak ni je dok bangkang kelas pagi-pagi pukul 8.30 tu. Lepas tu dah takleh blah lagi, ada pulak bagi cadangan nak buat kelas pagi-pagi pukul 7.30. Aku takde hal.
Tapi saje la terkuat sikit suara aku cakap,
"Eleh, alangkan yang duduk dekat-dekat tak pun duduk hostel pun datang kelas lambat... Ni kan pulak nak buat kelas awal-awal pagi..."
Alih-alih ada pulak laaa yang terasa kannn...
"Sape yang duduk hostel datang kelas lambat?" Katanya kan...
Aku jawap la budak semester lepas yang sekelas dengan aku. Sikit punya clear ke aku cakap budak-budak semester lepas, siap sebut la 2-3 nama budak kelas aku. Jelas langsung takde nama dia dan takde plak aku mention nama sapa-sapa dalam statement kat atas tu... Tapi mamat ni pulak terasa lebih-lebih apahal? Kau pernah datang lambat ke???
Aku sikit annoying la bila dia cakap, dia semester lepas mana ada dekat situ dan bukan dier yang datang lambat... Sebab masa tu kelas kelam-kabut kecoh-kecoh dok sibuk nak tukar jadual, jadik aku takde la amik pusing sangat apa bende dier cakap. Tapi boleh pulak gelak-gelak dengan budak sebelah dier cakap aku ni entah apape je cakap budak duduk hostel datang kelas lambat padahal semester lepas dier pegi praktikal... Macam laaa aku ade mention nama dia datang lambat...
HELLOOOOO... YANG KAU TIBE-TIBE NAK TERASA SANGAT NI APAHAL????
Haih, menyampah betul dengan orang camni. Aku cakap bukan semua budak-budak hostel datang lambat. Ala, nak kata semua pun boleh je. Foreigner tu semua duduk hostel, ada setengah tu rileks je lepas setengah jam kelas start, baru nampak muka.
Payah kan nak debate dengan orang yang bajet dia saja betul ni kan?
Monday, June 21, 2010
Bengong Buat Aku Teruja Seminit. Nak Tarik Orang Pun Agak-Agak Laa...
Friday, April 9, 2010
Pabila Bulan Mengambang Penuh...
Dia punya perasaan tu lebih kurang macam aku tonton cerita Daybreakers. Memang rasa nak maki2 la lepas tengok citer tu. Dah la citer tu pun penuh dengan maki-makian yang entah apape. Sikit2 kuar perkataan "shit!". Macam dorang je pandai maki2 macam tu.
Sebenarnye dari haritu aku tak puas hati sebab mana la aku tau punca Muaz mintak no matrik tu adalah untuk pencalonan GMK. Ingatkan main2 je. Pastu mintak gambar lagi. Memang ada aku bagi. Tapi gambar paling nampak macam lahanat la. Sumpah sapa2 tengok gambar tu, dia tak kenal aku. Muahaha...
Lepas tu semalam katanya konon2 ada meeting. Pukul 8.15 malam plak tu. Haa... Memang cari pasal la sebab aku dari pagi2 kot dekat fakulti. Sampai la ke pukul 7.30 malam bergelumang dengan kelas. Tak campur test lagi, pastu gaduh2 pasal lab report lagi. Berserabut betul life aku semalam. Lepas tu ada hati nak suruh stay lagi? Dah la petir2 kuar semua tanda nak hujan dalam kul 7.30 malam tu.
Memang laju je la aku balik umah. Pastu plak tambah lagi dengan rasa lain macam. Biasa la pompuan tiap2 bulan kan? Nak beli pad, duit plak tak cukup. Kalo dapat pad pun, macam la selesa nak pakai kan... Takkan nak pinjam underware orang plak kot... Budak2 sini bukan macam zaman2 dekat ATMA dulu. Selambe men rembat2 underware. Nak taknak memang aku balik la. Sorry kalo ayat aku memang kasar sebab aku betul2 tamau terlibat dalam apape bende pun dekat sini. Apa point aku dapat pun???
Nak plak Unisel adalah IPTS. Sepanjang pengetahuan aku, IPTS ni kalo mintak keje sekalipun, mana dorang tengok sangat aktiviti ko-kurikulum ko dalam campus. Paling bangsat pun semua pakai kabel. Laju je la diserap masuk dekat mana2 pun. Pointless ko bergelumang dengan macam2 aktiviti, tapi pointer kau hancur lebur. Pointer aku pun bukan bagus sangat. Well, its IPTS kan? Lagipun aku memang takde niat nak apply keje kerajaan. Maybe lepas aku dah puas keje dengan swasta pun aku akan bukak business sendiri. Takde hati langsung nak keje dengan kerajaan.
Lepas tu, tadi, katanya Isnin depan ada sesi pengenalan calon2. Fakap. Awal2 aku cakap aku takkan pegi. Tengok la cemana. Kalo hari Ahad aku nanti agak membahagiakan dan mendamaikan jiwa aku, insyaAllah aa aku pegi. Kalo Ahad tu macam cilaka... Gi mampus la. Tambah pulak Isnin depan aku memang free gila babi takde kelas. Watpe aku nak susah2 isi minyak moto untuk pegi campus semata2 untuk event duniawi camtu? (Ecehh... Dan2 duniawi, kannnn???)
Uhh... Camni la kan bile datang bulan. Semua benda pun nak emo. Cuma aku musyikil 1 benda je. Semalam masa area Taman Kilauan sampai ke Kg. Tanjong Siam tu, hujan agak lebat. Tapi aku gamble bawak moto lelaju jugak. Tiba2 aku rasa macam aku langgar something. Macam kuat jugak. Sampai umah, aku belek2 moto macam takdak apape. Kesan darah ke apa benda.
Sooo...
Apa benda yang aku langgar semalam ah???
Thursday, March 11, 2010
Wednesday, March 10, 2010
Nasib Baik Kau Jauh
Sekali lagi dalam kelas aku rasa macam nak baling je henset tu biar bersepai ke lantai. Nasib baik la Prof Ong pun tengah jeling2 manja tengok aku kucar-kacir kuarkan henset sebab tak tahan geli enset vibrate dekat poket seluar.
Friday, December 11, 2009
Unisel Pun Dah Start Nak Buat Saman Student?
- Aku memang tak pernah puas hati dengan apape peraturan baru UNiSEL sejak aku buat degree. Harap maklum. So, sape2 yang nak back up UNiSEL, sila tanya aku dulu berapa banyak duit aku dah barai untuk bayar yuran pengajian kat UNiSEL since aku diploma... Frankly speaking, happy time aku dengan UNiSEL hanya masa aku buat diploma sahaja. Masa tu admin masih bertimbang rasa dan teratur.
- Aku sangat2 percaya dengan motto: CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. Sebab UNiSEL TAK PERNAH treat student as a student. It is more to "pengguna yang bayar untuk mendapatkan perkhidmatan."
- Mana pegi janji2 PKR dulu masa pilihan raya nak bagi PENDIDIKAN PERCUMA? UNiSEL is not IPTA, bukan bawah kerajaan pusat, bahkan merupakan UNIVERSITI MILIK PENUH KERAJAAN NEGERI YANG PERTAMA...
- Aku bukan tak pernah tanye staff or anyone else di atas2 pasal hal2 macam ni, tapi jawapan dorang adalah dorang pun mengikut arahan orang yang lebih atas. Sape? Aaa...Lu pikir aa sendiri.
Saturday, December 5, 2009
Lesson Learn #2
Kenapa la kewangan UNiSEL ni tak pernah bagi student senang hati tengok balance terkini yuran pengajian? AT LEAST bagi aku rasa BAHAGIA tengok balance tak berganjak since awal semester hingga hari pendaftaran semester baru.
Ni balance baru sejak start final exam haritu. Demmm~~!!!
Bukan aku sorang je kene. Lain2 pun kene jugak (geng2 aku laa). Kemain la excited bercerita balance zero masa sebelum exam sebab masa mula2 PTPTN masuk, UNiSEL awal2 dah potong yuran ikut pre-registration subjects dan kami sangat2 yakin bahawa kebahagiaan mempunyai baki ZERO itu akan kekal sampai hujung sem. Tapi masing2 tiba2 ada outstanding sebanyak RM 500++ apabila selesai takbir Raya Haji.
Nilai tu maybe sikit dan korang for sure mesti ada yang kutuk aku sebab exaggerate hal ni. Tapi tahukah korang betapa aku mempunyai IMPIAN YANG SUPER BESAR untuk melihat baki zero dari awal2 masuk semester sampai la complete satu semester? At least once in a life time? Tak buleh ke? Ha? Ha? Ha? Takkan nak aku list kan definisi "BAHAGIA" plak bagi korang betul2 paham ape yang aku mau... Pegi bukak kamus dewan la cari, bai!
Nota kaki : Sehari sebelum Raya Haji, outstanding balance aku adalah [-RM 70]. Entah bila masa la dorang ni update. Update sambil sembelih lembu agaknya.
Tuesday, November 24, 2009
Geram
Apsal camni?
Geram punye pasal. Kalo takde nota alamatnye sampai tahun depan takde orang nak makan kek ini. Benda dalam peti sejuk adalah milik public. Kadang2 bagitau banyak kali suh makan kek atau ape je dalam peti sejuk tu, semua buat tatau je.
FYI, dalam umah aku 2 orang je tak pandai membaca.
Taktik ni juga membuatkan orang yang setahun sekali bercakap dengan aku last2 bercakap juga tadi. =)
Oh, ye. Kek ni beli kat Giant Bayan Baru. 3 pieces 5 hengget je. Sedap mengalahkan kek kat Secret Receipe. Banyak cawangan kek2 nih. Sedap gilaaa~~
Tuesday, November 10, 2009
Eh, Kau Kawan Aku Ke?

Aku pernah citer pasal dia kat sini, pasal dia dan boifereng serta benda pelik untuk teka-teki di sini, boleh kata sebelum2 ni memang aku antara kawan baik dier la. Dah la aku pendengar setia masalah dier dengan family laa... Masalah dier dengan bekas-suami-orang-merangkap-cinta-hati-dia-tapi-kadang2-taknak-mengaku-couple... Masalah dier dengan entah sapa2 yang nak cari masalah dengan dia la... Dan jugak pernah hampir2 offer dier duduk sementara dengan aku sebab konon tak tahan mak dier asik control life dier dan ex-wife buah hati dier tak habis2 ganggu dier. Pukul 3 pagi pun gigih call aku kalo dier nak citer pasal masalah dier.
Siap kalo aku masih di Kuala Selangor, beriye SMS aku tanya bila nak balik sebab boleh menggunakan aku sebagai alasan untuk kuar jumpe dengan buah hati dier. Sanggup datang umah aku jemput aku kuar dengan skuter siap belanja aku makan la semua sebab konon lama tak jumpa, jarang jumpa, etc yang sebenarnye ade maksud lain disebalik itu. Ok fine. Aku memang lemah sikit dengan kawan2.
Aku bodoh dan rela dipergunakan oleh kawan2 asalkan kawan2 aku bahagia. Aku suffer sikit takpe. Aku buat tak kisah je. FYI dier pernah buat arwah ayah aku rasa aku memang ade kawan untuk kuar berjalan2 dan tak hanye terperap kat umah masa cuti.
Last aku contact dier adalah ketika beberapa hari sebelum start praktikal, itu pun cuma SMS. Dia ada masalah sampai rasa nak lari dari umah. Tak matang betul perangai. Last jumpa pulak masa kitorang kuar lepak2 tepi laut. Tu pun 2-3 bulan lepas. Sebab aku rasa dier salah sorang trusted fren aku, so, ade la sikit personal matter aku share dengan dier. Aku rasa tu la kot punca kenapa dier terus buat2 tak kenal aku. Ok, fine. Dat time aku pressure. Sangat2 pressure. Memang aku perlukan seseorang untuk cerita masalah aku. Ingat selama ni aku hepi2 ni aku takde masalah ke?
Dah la dier adalah kawan aku yang paling dekat sekali dengan umah aku, tapi TAK PERNAH sekali pun datang melawat aku masa aku tengah sedih2 kehilangan both my parents. Walaupun masa tu aku nak sangat ada sorang kawan baik aku datang dan tolong comfort aku yang tengah sedih2. Aku tak perlu kawan berlainan jantina datang pujuk. Tapi aku nak orang yang selama ni aku anggap bestfren datang pujuk. Salah ke?
Kadang2 masalah aku lebih berat dari masalah remeh-temeh dia. Aku ada sharing past life aku. Sama macam aku share dekat Jumie. Becoz masa tu problem aku memang related dengan past life aku. Maybe dier tak boleh terima ada kawan yang teruk dan agak hina macam aku kan? Aku bukan nak mintak simpati, tapi masa tu aku tak pikir banyak. Pada aku, kalau dia boleh kadang2 bebankan aku dengan masalah dier, kenapa masalah aku dia takmau tolong dengar. At least?
Sekarang haram la nak contact aku. Aku ingat mula2 dier tukar nombor. Mana la tahu kan? Aku ada test kacau dia dengan nombor Celcom yang aku guna untuk online ni. Ada je reply. Tapi aku takmo la reveal aku sapa. Cukup la aku dapat confirmation yang dia masih guna nombor tu.
Pastu dalam minggu ni jugak, sebab aku miss pegi annual dinner kat E&O Hotel tu, dan aku lapar gila lepas bangun tidur walaupun tak sihat, aku gigih jugak pegi pasar malam cari makanan. Dan aku terserempak dengan dia. Selisih tepi je. Bukan dia tak kenal aku. Kalo dulu, nampak aku, dari jauh lagi sanggup lari2 datang dekat semata2 nak tegur. Ni memang buat bodo habis. Pada aku, maybe dier tak nampak kot sebab aku jalan laju sangat. Kata lapar kan?
Then kali kedua terserempak lagi. Kali ni memang aku jalan bertentang dengan dia. Haram taknak tegur aku walaupun aku tau dia perasan tu aku. Senyum pun jauh sekali. Aku pun buat bodo je la. Dah orang tak sudi nak tegur, buat apa aku terhegeh2 pulak nak tegur kan? Atau, kalo dier malu nak tegur aku, maybe dia boleh SMS je kat nombor aku. Tapi sampai sekarang. Takde ape pun.
Aku bukan nak ungkit. Tapi aku rasa ralat sangat sebab aku fikir aku dah buat silap sejak 9 tahun yang lepas kerana memilih dier sebagai salah sorang kawan aku. Nak mention nama dier kat sini pun aku taknak. Aku memang takkan mengaku dier kawan aku sampai bila2. Walaupun selepas ni kalo dia ada masalah, dier nak datang cari aku. Sorry. Go to hell.
Sekarang aku susah nak percaya orang nak jadik bestfren aku. Better aku sorang2 dan mempunyai ramai kenalan daripada mempunyai bestfren, tapi perangai macam celaka dan boleh dilucutkan taraf sebagai bestfren.
Sunday, November 1, 2009
Ape Perasaan Korang?
Dan masa yang korang tunggu tu pulak amat lah begitu lama sekali, siap boleh pegi kedai beli cekedis, balik, makan, lepas tu kuar balik beli air, nampak kuih pau, beli sekali, pastu pegi isi minyak, round2 kegembiraan sebab dah isi minyak Jonny full , balik, makan kuih pau, minum air, lepas tu lupa kene beli topap, kuar balik beli topap, pegi bank tekan duit, balik, lepak tengok tv katun Sepanbob, pastu tido sekejap, angkat kain jemuran sebab hujan, online, tengok sape ajak YM, tegur ala kadar, lepas tu siap boleh mandikan Aiman, siap2 bedakkan dier dan pakaikan baju tido...Tapi masih lagi tak abeh2 upload...
Last sekali kuar ayat ni,
"Upload fail. Please try again"
Hah. Ape nak buat?