Wednesday, March 10, 2010

Nasib Baik Kau Jauh

Sebenarnya Isnin haritu aku nak cerita pasal ini dan ini. Tapi sebab malas, dan bukan taip dekat laptop sendiri, jadi diamkan saja. Baca la pasal hari Ahad kami dekat blog mak tiri angkat aku ye.

Seperti hari2 yang lain, aku memulakan hari dengan penuh mengantuk dan rasa tak bleh blah sebab masih sakit kepala. Tiba2 aku rasa kepala aku macam benjol. Gila apa boleh mimpi terhantuk dekat kerusi, alih2 bangun tido rasa real punya sakit?

Nasib baik la kelas start tengah hari. Tapi harini adalah paling palat sekali yang penah aku lalui sebab ada sorang membe lama aku bleh plak call maki2 semua. Mula2 dia antar SMS. Ingatkan dia salah nombor sebab lain macam punya marah. FYI dekat setahun aku tak contact dia. Jangan kata SMS, call, balik Penang pun lalu depan umah dia pun tak. Malas. Sejak2 ada awek ni, membe baik yang rapat gila sejak kecik pun kau boleh tinggal camtu je.

Dulu pernah gaduh sampai nak bunuh2 bagai. Punca dia aku main2 je usik2 awek dier. Ala, bukan luak pun. Aku ngan awek dia sama2 pompuan apa? Cuma masa tu aku terlebih2 sikit kearah lesbian. Sejak zaman kadet lagi aku separa lesbian. Kalo tak, takde la sebab nombor 5 kenapa aku kene tendang tuh. Lesbian2 aku pun bukan serius sangat. Cuma kalo ko cabar, aku selambe sahut. Takde hal lah!

Tapi awek dia yang lebih2 mengadu. Dasar gedik. Sebab tu aku jelek berkawan ngan pompuan. Lebih2 yang suka berjalan2 dengan geng. Lepas tu buat2 gedik. Rasa macam nak bagi pelempang. Bajet hot la sangat kan? Padahal cun macam plastik. Harap mekap je lebih nak bagi nampak cun. Lain la kalau Lisa Surihani. =)

Sekarang aku tatau apa cerita... Dengan sapa dia couple, atau apapun pasal dier aku dah tak amik tau, alih2 boleh antar SMS macam tu. Bila aku tanya balik, terus call dengan maki2 yang memang dier tak puas hati ngan aku. Bengang jugak la aku. Abeh segala kisah2 zaman jahilliah aku kuar. Lebey aa lu, bro... Pastu aku lepas geram dekat status FB. Punya la marah sampai nak pegi kelas pun malas. Macam takde mood dowh!!

Punca dia maki2 aku kalini pun pasal pompuan gak. Sampai aku blur gila apa point dia maki2 aku. Sumpah dowh aku tak buat. Lagipun aku kan dah jadik baik sekarang? Tapi memang sengal ah. Dah la tak contact/jumpe dekat setahun walaupun umah aku ngan dier tak la jauh mana pun dekat Penang tu. Kentut kuat2 pun boleh je dengar kot sampai umah dia... Alih2 maki bukan2 pulak. Bikin hati aku panas je... Dah la cuaca pun dok panas2 sekarang.

Dah bertengkar lebih-kurang, aku pun dah berangkat pegi kelas dengan perasaan yang super-duper palat/geram/marah/malu, etc... Pastu, boleh tak kalau tiba2 last SMS dia masa aku dalam kelas Strength tu bunyi dia macam ni lebih kurang,

Beb! Gw bli nset bru. pastu gw ingt2 lpe r no lu sbb smkad gw da upgrd pki billng. Lbey-kurg halal r gw mki2 td k? Lu xkcik ht kn?

Translate: Beb! Gua beli henset baru. Lepas tu gua ingat2 lupa nombor lu sebab simkad gua pun dah upgrade pakai billing. Lebih-kurang halal la gua maki2 tadi okeh? Lu tak kecik hati kan?

Sekali lagi dalam kelas aku rasa macam nak baling je henset tu biar bersepai ke lantai. Nasib baik la Prof Ong pun tengah jeling2 manja tengok aku kucar-kacir kuarkan henset sebab tak tahan geli enset vibrate dekat poket seluar.

Macam lahanat punya perangai!