Friday, March 5, 2010

Kenapa Manusia Makin Kejam?

Last week Syafiah Humairah Sahari meninggal akibat kena sepak, pukul, kena tendang macam bola sampai mengalami beberapa kecederaan dalaman yang susah aku nak bayangkan.

Harini dalam surat khabar pun ada lagi kes pukul sampai mati. Yang kena pukul tu pulak kanak2 jugak. Kecik pun lagi... K. Hareswarral, setahun lebih umurnye. Lagi sadis kot. Tulang rusuk patah enam, hati hancur, kemaluan kene cekak... Eiii... ngeri2x!!!

Apa yang pelaku2 kes tu pikir? Kalo dah hebat sangat nak pukul2 orang, kenapa tak pegi pukul je orang yang sama saiz, sama besar, sama2 boleh fikir nak lawan balik tindakan ko? Kenapa mesti nak pukul budak2 kecik tu?

Tak pun datang je sini, tolong belasah sikit anjing2 liar yang bersepah2 kat sini. Tengok sapa handal kot2 boleh mampus semua anjing2 tu. Takyah dah buat aduan dekat majlis daerah ke, majlis bandaran ke untuk apply suh dorang datang tangkap/ tembak anjing2 liar tuh.

Kalau kata tak suka kanak2 sekalipun, boleh je ko blah pegi tempat lain yang takde kanak2. Ini, ko tak suka, ko men belasah, pukul2 sampai mampus.

Aku berharap orang2 yang tak layak dikurniakan akal sebagai manusia untuk berfikir secara normal macam orang lain kene hukuman yang kalau boleh, biar dorang rasa macam mana sakit budak yang dorang dera tuh. Sakit sampai mati!!

****************IKLAN***************

Aku rindu dekat budak nihhh... Huhuhh... Angah~~!!! Tolong pos beliau ke sini boleh? Sekarang beliau sudah pandai mengayuh basikal tricycle kanak2 tu.

24 Mac 2010 nanti adalah besday beliau yang ke-2. Bley tolong cadangkan tak nak beli hadiah ape? Nak pos ni kalau boleh...

2 comments:

epalejau said...

ko adiahkan dia beskal betul-betul la..ngehehehe..biar dia first naek beskal tu, beskal yang ko bgi..:)


--- durjana dan celaka orang yg mendera kanak-kanak. semoga diorang diberikan balasan yg setimpal bukan sahaja di akhirat, tapi juga di dunia. amin..

Aslina said...

::hadra::
kalo bleh bende bajet2 bawah RM50... aku pong shengkek shekarang nihhh...

hahaha...