Akak homeroom aku ni jugak adalah yang first dalam homeroom aku yang telah berjaya melangkah ke alam baru. Hahah~~!! Sok adalah kenduri kawen beliau dekat Kedah sana. Kitorang2 adik2/ akak2/ abang2 beliau yang lain telah sepakat plan nak pegi beramai2...
Ni arr homeroom a.k.a kuarge pelajar 5 Nurani 2... See... Dalam gamba ni pun tetap nak duduk sebelah2.
Uhh...Tapi tatau la aku bleh pegi ke tak... Apa gila pakai lawa2 lepas tu bantai merempit ikut highway dengan kelajuan 140? Nanti sampai umah dia aku dah jadi roti canai kot?
Sikit flashback pasal aku ngan dier. Dier memang macam kakak aku lah. Sedih betul dia ada adik rebel macam aku. Haha. Since form 4 lah aku berkepit je dengan beliau. Kelas sama. Tapi masa form 4 first sem tak duduk sebelah2. Masa form 4 second sem, tukar kelas sebab masa tu dah pandai sikit, lagipun kelas baru kan... Tak brape kenal dengan dak2 kelas lain, so, duduk la sebelah aku...
Hari2 suka nasihatkan aku rajin belajar macam dia. Tapi aku macam biasa la. Sumpah time tu kalo aku study, arwah mak ngan arwah ayah aku akan buat kenduri 44 hari 44 malam. Tu sebab aku study je tu. Memang pemalas study yang amat dahsyat aku nih.
Lepas tu form 5 kami jugak sama2 kene down-grade kelas. Pun duduk sebelah aku jugak. Tapi aku menten la ngan perangai rebel aku. Tapi time ni dier da start berjiwang2 dengan Jimmy. Satu fakta menarik. Jimmy rajin belajar sebab dia. Serious. Sampai la masing2 further study dekat Jepun.
Dan skang dorang da nak berumah tangga. Kira long lasting jugak la relation dorang. So, sape2 yang terbace entry aku... Yang budak2 Beseri especially, sapa nak pi esok... Kalo rasa2 nak lalu Kuala Selangor, bleh la inform aku. Aku nak pi wey... Tapi tengok keadaan la cemana...
Nak2 plak skang dah masuk minggu ke-7 semester nih. Projek2 haram 1 apa pun tak start lagi. Takde mood gila la. Laptop pun tak elok2 lagi... Cemano la aku mau start wat keje?
Adesss... Stress!! Stress!!
Bila stress mula la kuat makan. Sekarang aku berjaya menjadikan berat aku kepada 63kg. Wahahahahhh~~!! Satu pencapaian yang membanggakan tuh. 7 tahun kot amik masa nak naik 13 kg. Hebat tak hebat? Orang lain berat naik sekelip mata je. Aku sampai 7 tahun nak cecah 63kg.
Tapi skang kene kurangkan balik ah. Sejak2 divisyen mechatronics mengeluarkan notis wajib pakai baju korperat tiap2 Isnin. Dah la gatal pegi order saiz M. Hahahhh... Mampos ahh... Tengah2 berharap yang baju tu lambat siap.
Sekarang aku tatau nak taip apa. Sebab aku tau citer awal2 dengan ending tu memang takde kene-mengene. Terima kasih kerana sudi membaca.
No comments:
Post a Comment