Showing posts with label kawan-kawan saya. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan saya. Show all posts

Monday, December 26, 2016

Jemputan Kawen untuk Kengkawan Opis. LOL.

Yeah harini semangat aku bercerita sampai 2 post keluar sekali. LOL.

Jumaat lepas dengan perasaan bercampur-campur, aku bagi kad jemputan kat semua orang dalam office. Okey tak semua... Sebab ade lagi yang aku tertinggal... Nanti Selasa aku sambung bagi lain... Huhu...

Seperti yang dijangka, ada yang terkejut sebab senyap-senyap je kan... Tau-tau je nak kawen. Haha yang ni memang expected. Watpe nak kecoh-kecoh kan couple ke, tunang ke apa ke... Nak pulak aku memang shut off personal life aku dari orang lain... Except supervisor aku jelah. Sebab kadang-kadang kena mintak pendapat yang pelbagai dari sudut kerja. Termasuk la pandangan tentang drama "putus tunang" sebelum ni. Haha.

Dan dengan supervisor aku jugak laa aku cakap yang aku tunggu tunang aku selamat touch down Malaysia dulu baru aku invite semua dalam opis aku. Haha. Keji? Sebab tunang aku antar message cenggini:



 Ha gila tak sentap dapat message cenggitu???

*nampak tak punya keep secret kat sini & still crop nama*

Yang aku tak kecoh-kecoh sangat tu sebab, ye lah... Time zone lain-lain... So nak expect apa kan... Melainkan nampak aku kadang-kadang mata panda dalam office je la sebab stay-up bersembang entah apape dengan tunang tersebut. Kata nak call sembang-sembang ke, keluar dating sampai update merata-rata ke memang tak laa... Tahun 2012 je kot tahun aku galak sikit update sini yang aku tak habis-habis rindu la kejadah dengan dia sampai kena stalk dengan sorang makcik psiko dan tak puas hati dengan aku. LOL.

Tapi ada jugak yang tau "sikit" cerita pasal aku dengan dia. Aku syak mungkin yang tau tu stalk blog ni jugak selain ada makcik psiko tu. Makcik tu suka sangat petik nama aku nak mengadu apape dekat tunang aku. Konon nak bagi nampak dia baik, aku jahat sebab cerita apa semua kat dia. LOL. Sedap sangat ke nama aku sampai selalu kena petik ni? Sembang dengan aku pun tak pernah, lagi nak buat cerita mengarut petik nama aku. LOL. Berbalik pada stalker tadi... Hmm dia cakap sebab dia nampak aku pakai aksesori tambahan. Haha. Kecik beso kecik beso je aku pandang dia. Siap beriya ni follow nak bergosip kata aku dah lama kawen baru buat kenduri...

LOL.

Takde la kak. Sebelum ni tunang je. Aksesori tambahan tu sebab masa tunang tu, tunang tak dapat balik. So, dia wakilkan je la kat sedara-mara dia prepare apape yang patut untuk bertunang. Nak dijadikan cerita, 2 bulan lepas tu dia balik. Pastu dia jumpa la dengan sedara dia yang terlibat dalam majlis bertunang haritu. Punchline paling menakjubkan adalah, abang dia cakap, kalau dia tak bagi aku apape tanda "sendiri", maknanya aku ni definitely akan kawen dengan "orang yang belikan cincin tanda untuk bertunang haritu la". Okey? Geddit? Punchline tak kelakar? Memang pun. Aku sendiri amik masa 10 minit nak  pahamkan.

Maksudnya abang dia yang belikan cincin mase majlis tunang yang sempoi terhamat haritu... So, kalau dia takde bagi aku apape, maknanya aku akan kawen dengan abang dia la. Melepas la dia. Haha. Boleh lak abang dia buat lawak kasar cenggitu. So, sudahnya dari dia aku dapat rantai tangan halus dan kebal ni, dan cincin jenis rare, dia ada 2, satu kosong satu berbatu. Kalau combine, nampak macam sebentuk cincin biasa. Tapi ada dua. Eh complicated pulak explanation dia. Malas pulak nak tangkap gambar. LOL. Tu pasal banyak sangat aksesori aku. Bukan bermakna aku dah kawen. LOL.

Cuma mungkin orang ingat aku dah kawen mase kes aku hilang 2 minggu dari office tahun 2014 kot. Nikah kat Thailand senyap-senyap... Ade ke? Sape ye yang ikut kitorang mase tu? Hakimin? Hmm... Yang tu pun jadi issue jugak. Gaduh adik-beradik sikit kot pasal gambar instagram. Tapi takde link takde apape kalau tak report, pastu kitorang still terpisah tak tinggal sekali... Maka, benda tu boleh ignore. Biarlah rahsia yang tu.

Skarang ni yang bakal berlangsung ni, ikut peraturan Malaysia pulak. TAKDE APAPE DECLARATION on previous status. LOL. Dah macam cerita Wawa Zainal dengan Aeril Zafril la pulak kan...

Dan lepas tu terpisah untuk 9 bulan lagi... Sampai aku confirm dapat funding untuk further study kat tempat dia. Hmm...

Thursday, October 6, 2016

Tunda Kawen

Sedih jugak la sebenarnya... Sepatutnya bulan lepas aku nikah & kenduri. Tapi chill, sambut kenduri sepupu-sepupu je pun ape ade hal kannn?? :D

Terpaksa tunda kawen. Next date mungkin 7 Januari 2017. Mungkin la. Kalau aku takde apape aral melintang. Sebab? Mungkin orang cakap dugaan orang bertunang. Huhuhh... Ape dugaan sangatnye? Kitorang jauh, si dia tak dapat nak balik, cuti tak approve, aku pun duit entah ade takde je. Haha. Janji hepi.

Dengan sape aku kawen masih lagi menjadi misteri dan akan jadi misteri sampai bila-bila.

Sedih jugak baca kisah aku dengan Incik Jep dulu tu. Dengan suwit sawit nya... Tapi aku kena admit yang dia ada orang lain yang lebih baik dari aku dalam hidup dia. So, nak buat camner kan? Chenta mudah bertukar ganti dan mudah jua dijual beli. Eh.

Alaa... Yang penting hidup mesti diteruskan. Aku pulak skarang ni agak sibuk nak selesaikan urusan nak konvo. Yaaa... Setelah merajuk 5 tahun, konvo jua akhirnya. Sekali la konvo dengan geng repeat paper seperti Zef, Apis, Puva... Layan je laa... Bukan senang. Walaupun terpaksa telan je ape orang cakap... Kan aku dulu time sekolah bukan main cemerlang. Chill la weh. Aku bukan tak pandai. Malas je. Lagipun asyik kat atas je kan, sekali sekala kat bawah boleh jugak bawak-bawak sedar diri...

P/S: Post ini back dated.

Monday, September 15, 2014

Terima Kasih Kerana Melayan Saya :)

Terima kasih kepada:
1. Mardziah - dari explain pasal game, terus melarat ke isi hati...
2. Huda Luna - tetengah malam pun sudi layan whatsapp aku :*
3. Kak Syima - walaupun tengah sopping kat Langkawi sampai exceed 129kg lugages, tapi sudi lagi layan call saye ;P
4. My beloved cousin, Fatin - yg emo bagai nak rak, tapi jangan risau... Takde benda buruk jadi.
5. Iryani - hang ade bagi pendapat 2-3 ayat je haritu...

Sebab rajin melayan aduan aku haritu... Rasa macam first time ever rasa sedih sebab tergugat dengan kehadiran orang lain dalam relationship... Thanks sebab suruh aku fikir betul2 & siasat abes2... Yang ending dia malam ni, saat ni, aku baru tersedar sesuatu...

Memang selama ni aku tak pernah ambil pusing pasal apa yang dia buat, life dia, aku tak pernah gaduh sekali pun dengan dia for the sake of "open minded" thingy... Sekali sebab satu mesej suruh accept friend request kat facebook tu betul ubah 100% siapa aku selama ni, apa perasaan aku kat dia.

Maap la kalo entry ni rasa macam "babilah apa pompuan ni tulis"... Tapi ada aku kisah pasal pendapat orang... Hewhewhew...

Tadi aku antar mesej macam merajuk2 kekonon nak tarik diri la bagai (apa gila lepas celebrate 1000 days in relationship nak tarik2 diri pulak) kekonon tanak lukakan hati perempuan lain yang beriya2 mengaku tunang (padahal cikgu je pun) kekonon abes pasrah laa kan... Macam2 la ayat pasrah tahap poyo nak mampus aku bagi kat dia... Last2 dia suruh aku pikir balik apa gila dia nak bertunang dengan bini orang...

Skang aku betul2 sedar yang aku dah pandai jeles, pandai takut kehilangan dia, pandai risau sampai tak jadi nak buat apapun sebab kes tu amik alih hampir 100%  kapasiti otak aku yang tak berapa nak cerdas ni...

Selalunya kapasiti otak aku terbahagi kepada 3 seksyen:
1. Jeffri Ramli - 60%
2. Kereta - 25%
3. Kerja - 15%...

Tapi sebab cikgu bahasa korea dia tu punye mesej kat aku, maka partition otak aku otomatik berubah menjadi:
1. Cikgu bahasa korea yg gedik - 85%
2. Jeffri Ramli - 10%
3. Kereta - 2.5%
4. Kerja - 2.5%

Tu pasal Jumaat lepas memang aku pissed off gila2 dalam opis. Kebetulan pulak Mark Orman (entah apa dia dendam sangat pasal technical TPNI dengan aku pun aku tak pasti laa) cari pasal gila2 ngan aku... Dia attack keje salah orang operator yg berpotensi tinggi sampai orang tu rasa nak resign time tu jugak... Memang gile ah. Sampai nak nangis aku cakap, audit dia bagi semua beyond our capabilities. Dulu masa zaman aku join production, Barry Walker rajin attack aku. Skang bertambah sorang lagi saiko... Tambah dengan 85% masalah peribadi time tu. Perfect combo!!

Now aku lega sangat2 dah cerita abes pasal kerisauan aku pada dia... Syukur laa dia paham kenapa tetiba aku tak jadi diri aku bila sungguh2 upset dengan hal nampak remeh camni. Remeh ke? Satu perkataan tu pun dah cukup buat aku rasa mcm loser gila kot...

Yep now aku mengaku aku takut gila kehilangan dia. Memang gila2 takut kehilangan dia ditangan orang lain. Walaupun ada something yang kitorang tak berapa boleh nak share in common... Misalnye aku dengan kereta, dia dengan muzik. Tapi aku boleh lagi layan muzik bila aku tukar option favourite aku ke art & craft. Kira boleh align lagi la...

Seriously aku nangis okey bila dia cakap, holiday kali ni memang dia nak spend masa dengan aku sebab nak kenal aku dengan lebih rapat lagi, since long distance relationship ni sebenarnya sakit sangat2 untuk dihadam... Dan bila dia cakap aku sebagai best thing ever happens in his life...

Rasanya sekarang no more independent woman, strong girl dalam diri aku... Makin mudah sensitip pulak sekarang. Abes la dia. Moga2 dia takkan pernah jemu dengan aku...


Saturday, October 26, 2013

Wedding Dress

Memang awesome gile kawan aku, Dr. Emyliana Su'aif punye wedding dinner dress... Its totally simple yet gorgeous :)


In love with her dress. Kalo lepas ni dia ada event apape pun macam tak rugi je ade dress ni. 

Aku tanye dier, takde bende2 lain yg sarat2 atas kepala tu ke utk match dengan dress ni? Dia cakap no, ini je. Simple as that. I was like whoaaa... 

So later for my wedding reception, I'm definitely going for dress like this! No hanky panky swarovski, manik, liplap patches, and whatnots.

Aww... Anyway, congrats, darls :)

Tuesday, July 30, 2013

Kad Kahwin

Ni semua gara2 Mardziah la ni post gamba kad kahwin berbentuk bil elektrik. Maka terus aku kemain semangat google macam2 jenis kad kahwin untuk sepanjang tahun 2013 ni... 

Semua gambar2 adalah hasil pencarian dalam Google. Aku tak edit langsung, so terima kasih bebanyak kepada yang share dalam Google agar senang mencari. Ni saje suka2 je pun.

Kad kahwin bil elektrik.

Kad kahwin Google inspired (tapi da tukar daa)

Kad kahwin berbentuk pasport + tiket flight

(MAS tak mintak komisyen ke gune logo ni?)

Kad kahwin instagram

Kad kahwin fesbuk 

Kad kahwin twitter

Kad kahwin youtube

Kad kahwin skype

Kad kahwin pembalut coklat




Kad kahwin kipas


Kad kahwin puzzle (jenuh ok!)

Kad kahwin scrabble

Kad kahwin google chrome tab

Kad kahwin disket (gila olskool)

Kad kahwin tuxedo

Kad kahwin BBM

Kad kahwin buku skolah 

Kad kahwin tiket bola

Kad kahwin tiket F1

Kad kahwin wayang gamba

Kad kahwin poskad/sampul surat


Kad kahwin surat khabar

Kad kahwin versi CD

Kad kahwin iphone

Kad kahwin bentuk cek



Kad kahwin bentuk road-tax

Paling tak tahan...

Kad kahwin angry bird pon ade!!

Tapi tak celen kad kahwin zaman2 abang aku dengan kakak ipar dulu... Aku la tukang design kerawang2 semua. Alaa jenis guna kertas A4 pastu lipat 4 tu... Tapi takde dah contoh. Haha. 

Memang sep gila la kad zaman abang aku dulu. Pegi print satu cantik2 dalam kertas warna putih, pastu antar gi kedai fotostet bebanyak dekat kertas kaler. Kertas kaler tu lak bawak sendiri. Kalo orang buang pun tak ralat sangat. Masa tu fotostet baru 2 sen sekeping. 

Cuma aku terfikir... Aku baru je buang kebanyakkan surat2 atas meja aku ni include kad kahwin orang. Banyak kot aku buang. Nak simpan buat apa ye tak? Agak2 korang ralat tak kalo buat kad kahwin cecantik, tapi orang buang je lepas kenduri abes.

Tetiba aku rasa macam pembaziran. Hurmmm...

Thursday, December 13, 2012

Best la ada korang!

Aku bukan la spesis yang suka amik tau hal sekeliling, hal orang lain atau hal sape2 je. Aku lebih suka dengan dunia sendiri. Best hape... Buat hal sendiri, tak kacau orang.

Tapi masalahnye orang yang suka share macam2 dengan aku. Share in terms of friend la kan. Kat luar je. Dalam opis, sorry, aku kan takde kawan2 sangat. LOL. Anyhow bagus gak sbb aku pon malas sebenarnye nak amik tau pasal gosip sekitar.

Apepon, gembira gila ade kawan2 jenis dari macam2 bidang yang berkaitan dengan minat aku sekarang. Elok la haritu sembang2 pasal ni jugak ngan Om. Pastu dapat info baru lagi. Rasa macam... Awww... Bestnye tak terperangkap dalam dunia sendiri sangat sebenarnya. Haha.

Aku percaya yang kalo aku positif macam ni, ape pun terjadi, takkan jadi hal untuk buat aku down. Aku tau kekuatan aku. Kalo tak, sia2 la pengalaman setahun kena hell masa kat ATMA dulu. Haha.

Cakap pasal kene hell... Adoii tetibe rindu kat membe2 skuadron bravo. Baru aku ingat kenapa aku pilih kaler keta as biru. Semangat bravo tu masih ada. Hehe.

Sebenarnya nak cakap, aku cuti arini ngan esok... Jap lagi nak gerak p kenduri budak sebilik mase form 4-5, pastu pegi KL. Malam sabtu ni ade reception Hajar lagi. Sampai aku takde idea nak kena buat apa kat sana tu. Kata jadi pengapit ke pengiring ke tah la. Blur.

Yang mane yg kad kawen bertempek kat board, takyah risau... Aku mmg xdpt pegi pon kenduri korang. LOL.

Saturday, August 25, 2012

Kenangan

Seronok lak layan fb harini... Tengok gelagat kawan2 yang time skolah dulu yang dah kawen beraya dengan suami/isteri dan anak2 masing2.

Congrats juga kepada yang sambut raya dengan gelaran baru sempena kelahiran orang baru. Hehe.

Tak tahu kenapa, seronok tengok gamba2 raya dorang yang banyaknye dengan gamba keletah anak2, dan juge fesyen baju raye anak2. Haha. Comel je...

Bile tengok dorang ngan pasangan sekarang ni, tetibe teringat kat sesapa yang rapat dengan aku dan share kisah cinta monyet dorang. Macam tak sangka kan tengok depan mata sendiri jodoh memang rahsia Allah. Ye lah, siyes aku teringat ada yang nangis berguling2 sebab merajuk, gaduh, olololoo... Semua bagai nak rak dengan orang lain time zaman blaja2 dulu...

Tapi sekarang dengan orang lain yang lebih baik, boleh hargai dorang dan boleh membimbing dorang. Alhamdulillah... Seronok sangat tengok. Tak kurang jugak yang jodoh panjang dengan cinta monyet tu. Alhamdulillah lagi, sangaaaattt sweet :)

Bukan nak bukak kisah lama dorang, bahkan tak mention pun sapa, tapi kalo ada diantara korang baca ni, mesti tersenyum sendiri kan? Well, aku pun sama... Teringat2 balik segala apa dah aku lalui tu... Rasa macam... Hmm... Macam2 dah aku belajar, dan semakin kuat untuk terus jadi diri sendiri.

Kenapa ya aku bukak citer ni tiba2?

Haha... Sebab isnin ni Incik Jep dan membe rumahnye datang melawat Penang. Kebetulan lak aku cuti Isnin tu... Dan yang paling penting.... Aku berjaya gak cakap nak introduce Incik Jep sebagai bakal adik ipar kepade Angah. Tapi kan... Hmm je respon dia? Adeihh... Nasib baik sms je...

Alahai...

Saturday, August 4, 2012

Jamming

Harini sehari layan lagu2 Muse yang lama tu... Yang jenis pumpang2 bising tu...

Lalu terkenang zaman2 dulu kemain meriah sibuk buat "Battle of the Band"... Opkos la kat tempat aku study dulu... Meriah kot... Bukan setakat Battle of the Band yang gig kat mini stadium tu je... Siap battle sampingan sepanjang sem dekat kedai makan area mesin ATM tu... Aku pon dah lupa apa nama bangunan tu... Dah la tetiap malam situ ala2 candle light dinner :)

Candle light dinner sebab ade lilin je menerangi tetiap meja... Tapi hiburan kau jangan harap la dapat lagu stock mellow2 bagai... Hari2 layan lagu pesen pop rock, indie la, ntah apape jenis lagi ah... Sambil2 tu tengok la band mana nak jamming... Sape2 nak tunjuk bakat pon boley... Masa tu k-pop pon tak in lagi... Jadi boleh tengok la budak2 campus tu menyerlahkan bakat indie dorang...

Oh ye... Apa khabar ntah jamming studio tuh... Aku rase salah sorang membe aku tengah teruskan perjuangan handle jamming studio yang actually bukak secara kecik2 sampai jadik lengkap masa blaja subject Entrepreneurship... Hoho... Universiti lain ade ke blaja subject tu, bukak bussiness terus jalan sampai sekarang?? Setahu aku kebanyakkan U semua just buat proposal macam nak meniaga, tapi tak jadi ape pon...

Wah, rindu kot pegi jamming... Dari berkaraoke je kan... Tak mencabar langsung. Hehehehehehh :P



Antara lagu feveret untuk jamming, yang paling evergreen lahhh... Tapi masalahnye sorang pun takde bersuara sedap macam Matt Bellamy ni hah... Serta merta jeles nak mampus dengan Kate Hudson sebab ade tunang cam Matt nih...

Takpelah aku ade Incik Jep. Walaupon tak la rock sangat, tapi nantikan next year tengok dier perform dalam Voice of UK, untuk taon 2013 nanti. Cheerio!!

Tuesday, July 31, 2012

Wahh!! Juniorku!!

Tadi tengok2 kat chatbox tu, lalu ternampak ini,

Laa... Sayangnye takde tinggal link ke apa kan... Boleh jugak melawat2 balik dan untuk pastikan betul ke tidak...

Sebab since aku pernah duduk Kuala Selangor, pastu dulu pernah ade sejarah sket dengan orang belah2 Sungai Besar sana nun, lalu dulu kerap la merayau2 area2 sinun sampai ke Sungai Nibong, Selangor tu... So, aku discover di Selangor pon ade Sungai Nibong dan Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong...

Tapi aku Sekolah Kebangsaan Sungai Nibong kat Penang... Malangnye junior aku ni takde tinggalkan link untuk aku pegi menjejak dia... Kat fesbuk aku ade buat group untuk batch aku je... Tapi yang aku kenal je la aku boleh biar orang add... Yang aku tak berapa nak kenal... Perlukan penyiasatan lebih terperinci... Hehe...

Anyway, kalo bace post ni, datang la balik, tinggal2kan la link. Boleh saye pegi melawat :)

Thursday, July 26, 2012

Support Kawan2

Tengah best2 tido kan tetiba terjaga, lepas tu susah nak tido balik memang rasa sangat tak best. 2-3 hari dah aku kene camni... Nak kata terjaga sebab nightmare, takde mimpi ape pun... Tah laa... Pastu terkebil2 takleh sambung tido...

Dah takleh tido, kite pon cuci mata tengok2 sandal yang dijual oleh sorang kawan kat UK... Waaa... berkenan kottt... Cantik... Plus matching dengan baju raya... Hahaha... Cuma, saiz kaki sendiri je tak diketahui utk place order...

Sape2 minat leh aa search UK clarks sale kat fesbuk... Sori takleh letak link fesbuk kat sini sebab online gune laptop sendiri dan still takleh access bukak fesbuk macam haritu.... Wuaa sadis... BTW, tolong la support membe aku tu eh? Kasut2 dia lawa2 habaq hanggg...

Lebih2 lagi yang ni


Contoh je lah... Kaler yg ada ngan membe aku pon cam lain sket dari gambar ni... Dan bukan dier jual ikut website tu pun... Korang kene cari kat fesbuk... Alahai, kenapa la payah betul nak dapat url fesbuk page tu haa... Sebab, phone aku bukak fesbuk gune application, jadi payah sket nak copy url. Web browser phone aku plak asik hang je kalo bukak fesbuk...

So, sape2 yang tengah cari2 kasut raya, sila la bukak page tu... Dijamin harga lebih rendah dari original Clarks outlet dalam Malaysia ni :)

P/s: Tengah plan nak suruh Incik Jep belikan sepasang direct terus dari kawan tu :P

Thursday, May 17, 2012

Smoker Lagi

Haha... Ni entry pasal rokok lagi buat kali ke-3 sejak aku ade blog...

Entry first

Entry second

Best rupanya kumpul duit ikut harga rokok...Dan dekat setahun aku keje ni, memang cecah RM3k aku kumpul... Wahahaha... Kaya sebenarnya perokok ni...BTW, kali ni aku nak cerita yang sekarang ni aku takde hal nak bercampur dengan perokok... Kalo perokok nak jadik kawan2 aku pon takde hal... TAPIII...!!!

Kalo smoker nak jadik kawan2 aku, mestilah spesis yang isap rokok mahal je. Maksud aku, aku tak layan la spesis2 yang tumpang rokok membe, jenis beli rokok sekali sebatang je kat kedai... Tu pesen kedekut dan sengkek namanya... Macam ex aku dulu... Muahahaha... Clash pasal isap rokok murah... Busuk, selekeh, etc... Aku tengok pon pening... Tu pasal agaknye dulu aku tak suke nak kuar dating ngan dorang... Now I realize why...

Walaupon tarikh post ni 2010, tapi aku rasa harga rokok nampak macam ni je kat kedai runcit kat umah tu... [link]

Jenis2 beli rokok RM10 ke atas je layak jadik kawan2 aku... Kalo ko jenis isap rokok murahan... Lagi pantang aku kalo isap surya, terus aku tanak kawan... Kalo cuba2 nak ngorat pon aku tak layan... Muahahahaha... Kejam tak? Kejam tak? Nasib lahh... Sape suruh jadi perokok??

Tapi lantak laa... Buah hati aku sekarang adalah bukan perokok... Dia pon nyampah bau rokok busuk... Lagi2 rokok murah... Lagi laa busuk... Kat opis aku pon, aku blacklist dah orang2 yang jenis suka isap rokok, pastu suka duduk rapat2 nak tanya soklan... Huishhh... Keep your distant please...

Dari aku nak demand environment bebas rokok, confirm tak dapat punya... Last2 kena la adapt dengan environment yang ade perokok... Walaupon fatwa cakap rokok tu haram, tapi nampak la dorang ni macam, "Ada aku kesah?" Terpaksa laa adapt... Tapi nak adapt pon secara bersyarat... Takleh terima, pegi mampos...

Fair and square kan request aku? Hahahaaa...

Tuesday, April 24, 2012

Kenapaaaaa???!!

Cuti da abes :(

Gambar pegi bercuti haritu tak berapa nak ada sangat sebab aku jadi kureng minat nak guna phone sendiri tangkap gambar. Banyak dalam kamera orang lain.

Tunggu je la dorang upload, pastu nanti aku bagi link je. Tu pon kalo boleh tengok la.

Aku EL harini. Tu la, dah bajet bende2 camni akan terjadi... Tapi beriya lah amik cuti sehari je.

Untuk trip pegi KK nanti bulan 9, kene amik cuti lebih sikit nampaknye.

Saturday, March 24, 2012

"Kawan Saya"

Awal gile aku bangun arini (aku start taip ni pukul 5.15 pagi) padahal weekend kot. Takpe la tunggu subuh je sambil taip mende nih. Nanti tu OT je. Takyah nak kalut sangat pegi awal ke hape.

Aku terserempak dengan "kawan aku". Dalam erti kata lain, bekas kawan baik. Sebab aku rasa aku masih lagi terasa hati giler dengan dia sebab dulu masa aku tengah murung waktu arwah ayah baru2 takde tu aku try contact dia untuk ajak lepak2 sebab aku sesangat perlukan sorang kawan mase tu... dia takde. Siap off phone, susah nak contact. Alasan? Kuarge dia pegang phone.

Pahal tah gelabah sampai camtu sekali. Padahal aku dengan dia sama2 pompuan kot. Takkan mak dia pikir dia selalu kuar ngan aku masa arwah ade tu tandenye kitorang lesbian? Adeih. Sempit pikiran.

Aku tak pasti berapa lama dia elak jumpa aku sampai aku dulu confuse apa salah aku sebab sebelum ni dia nak jumpa boyfriend dia mesti guna aku buat undercover. Makna dia kalo mak dia call, tak caya dia kuar dengan aku, so aku ade la kat2 situ tolong buat2 sibuk cakap bagi mak dia dengar suara aku dan confirm dia ada dengan aku.

Sebenarnya terserempak tadi pun tah camne tah leh jadi ok balik. Sembang2 semua... Cuma aku ngaku la sikit janggal sebab aku yang elak eye-contact ngan dia awal2. Ye lah. Dulu dia blah camtu je tinggal aku waktu aku mmg sangat2 perlukan sokongan sorang kawan... 2-3 orang pon boleh. Mujur gak time tu bleh tahan ramai kawan amek berat. Jadi dia ada takda sama je. Cuma terkilan sikit la.

Masih lagi dengan masalah yang sama.

Kena kawal dengan keluarga.

Aku pun tak paham kenapa keluarga dia macam tu. Mengenangkan akak dia pon belom kawen dan umo cecah 30, maka nampak ah memang kuarga kawal. Tapi dia lagi teruk kot sampai sekarang nak kuar dating ke ape sembunyi2 je. Sebab kuarge dia bantah hubungan dorang. Gara2 cerita lama laa... ex-wife boyfriend dia buat cerita minah ni punca dorang bercerai... padahal dorang dah cerai setahun pon sebelum boyfriend dia in relationship ngan dia. Cerita nak ala2 artis. Puiii~

Boyfriend dia ni status skang duda anak 2. Tapi anak2 semua ex-wife jaga. Boyfriend dia jugak bukan anak dato ke tan sri ke sape. Cuma manusia biasa. Seorang pemandu lori. Aku yakin gila family dia jenis demand nak bakal menantu kerja bagus-bagus. Aku rasa sejak dia hilangkan diri dari contact aku dulu, stay dengan orang yang sama... agak la dalam 3 tahun. Lama da tu. Jodoh kot.

Ntah. Sebenarnya banyak jugak problem family dengan sedara-mara dia demand teruk sebab nak terbaik sampai lengah2kan benda yang baik. Biasa la. Typical meleis. Haha. Sama macam makhluk yang cari gaduh dengan orang lain sebab judge orang tu mampu nak sara hidup anak dara orang melalui hantaran yang diberikan. Haha. Ada kat sini. Kau mampu tak jadi overrated typical macam dia?? Haa...

Tadi baru dia cerita sepupu dia baru selamat nikah di Siam. Sebab terlanjur ngan tunang dan da pregnant 6 bulan sembunyi2 sampai takleh nak sembunyi dah. Terkezut jugak aku dengar cerita dia dorang tunang tanpe tujuan untuk kawen sebab tak buat saving langsung. 3 tahun tunang takde saving. Bayangkan. Sebenarnya takde saving pun takpe, sekurangnya ada sesuatu untuk mempercepatkan benda baik iaitu nikah. Dia cakap dorang takde usaha di situ. Nikah kat Siam adalah pilihan terakhir sebab nak nikah secara legal dalam Malaysia ni, si lelaki tu belum lagi pegi kursus kawen. Ambik masa nak setel documentation semua sedangkan tunang dia dah ngandung 6 bulan.

Tapi aku nampak kuarga dorang la yang hmm... nak kata demanding pon boley jugak. Dan takde hal dorang nak tunang lama2 sampai bila2 pon. Lepas tu guna "lesen" dah tunang tu sebagai boleh buat macam2. Kuar pon takde sape amik kisah. Mungkin, biar la... Kuar dengan tunang...

Hello!!

Tunang je ok. Aku betul2 tak paham setengah orang/kuarga percaya berabis kalo anak pompuan kuar dengan tunang. Mungkin sebab dah kenal sangat dengan tunang tu? Mungkin la.

Aku ngaku... Aku pon bukan la baek sangat... Dulu pon bersepah jugak boyfriend... Bezanya aku tak suka kuar dengan dorang. Aku lebih suka kuar dengan kengkawan. Haha!! Aku tatau, aku rasa pelik bila kuar dating. Point pertama aku selalu clash adalah... semua boyfriend aku dulu cakap aku lesbian. Sebab aku tak sama macam pompuan lain yang kalo boleh nak boyfriend stick ngan dorang doplohpat jam. Eleh. Boyfriend je pon. Aku couple dulu sebab nak ikut trend. Dah duduk hostel, housemate semua sibuk bercerita pasal boyfriend, aku pon ade la jugak bende nak cerita join sama. Dorang sibuk bergayut ngan boyfriend, aku sibuk bergayut dengan arwah. Boyfriend aku dulu sampai ingat aku pasang 2-3 sebab asal time dia nak call je, samada aku tak jawap (sebab aku tertido buat assignment) atau line busy (aku sibuk gayut ngan anak buah aku) Haha.

Memang la sebab aku limited edition la aku jadi camtu. Haha. Tu pon takleh nak pikap. Sebab dorang IQ rendah, maka dorang pilih untuk curang dengan aku dan pilih pompuan lebih open-minded, gedik dan sosial dari aku. Yang jenis boleh dibawak pegi tengok wayang sesama, takkan gemuk makan fastfood lepas tengok wayang, boleh pegang tangan dan pegang2 yang lain... malang sekali aku takde pakej camtu. Aku adalah spesis sengal yang suka duduk kat umah, tido atau study lagi bagus dari kuar dating. Study kejadahhh. Main game kat fesbuk je kot... Ngan layan live streaming bola... Haha...

Dan sampai sekarang aku takde masa nak kuar dating ke hapa. Yelah, satu hari ada doplohpat jam. 6 jam dah guna untuk tido. Sejam guna untuk pegi-balik keje. Tinggal 17 jam. Dengan workload sekarang, aku suka stay di ofis paling kurang pun 12 jam. 10 jam betul2 keje, lagi 2 jam melepak buat kelas tambahan dekat staff2 lama yang masuk scope baru. Tinggal lagi 5 jam je dalam hidup untuk berehat2 depan tv ke, nak beli makanan kucing kat Giant ke, atau 5 jam tu burn camtu je bila dah balik, menghadap laptop, bukak fesbuk, like status orang dan bukak blog baca blog orang. 5 jam je untuk aku bersosial untuk 5 hari dalam seminggu. Sabtu ahad lak... Sabtu kena OT, minimum 4 jam, maximum 8 jam. Kdg2 aku exceed 6 jam. Lagi 18 jam aku balik umah, layan tv dengan tido. Ntah sampai bila la nak abes OT nye. Ahad adalah hari untuk cover tido dalam seminggu. Lepas pukul 3 petang hari ahad tu adalah masa untuk bersosial dengan keluarga.

Mujur jugak aku sekarang ade boyfriend baru yang lebih memahami. Sama2 sengal dan jauh di mata. Tak suka nak control, matang tapi kadang2 sama naik gile cam aku. Tak sibuk request dating hari2. Kitorang skype sebulan sekali je. Tang hari skype tu selalunya dekat 2-3 jam la jugak tengok muke memasing depan laptop.

Kalo nak dating pon aku takyah susah2 siap2 cantik2. Selebet gile pon takde hal. Dating pon pakai skype je. Kejadah nak mekap cecantik. Nanti kalo aku kawen ngan dia, hari2 pon dia akan ngadap muka selebet camni jugak... Tak kuase aku lepas bangun tido terus nak berdandan cecantik sebelum mandi... lepas mandi lain la citer... baru ade mood nak melawa sket walaupon dalam umah. Haha.

Eh macam lari topik je kan. Takpe lah. Cukup la kot aku taip ni. Nanti aku buat lagi tajuk lain dan boleh lari topik lagi. Sekian.

Tuesday, February 7, 2012

Minggu Yang Kalut

Selesai sudah minggu yang kalut dan penuh lakonan semata2...

Tak sangka Echorian semua pandai berlakon buat2 tekun bekerja walaupon sebenarnya sabtu haritu all day SYSTEM DOWN!!

Yang aku plak... Penat je pakai cecantik konon nak kena present. Tapi nan hado... Client nak tengok job yang cepat dan senang. Dah tu memang patut pon la sebab connection pon cam hampeh je.

Dah la cam hampeh... Sesape yang pakai YES dongle tu je leh access server tanpe putus2... termasuk la aku. Aku plak kene jadik ala2 SME haritu sebab SME sebenar kalut lak pi kursus kawen minggu tu. Adoiyaii... Pening gak aku nak handle sebab aku mana reti nak paksa2 orang ke hapa... Assign job pastu dengar rintihan team mates pandai la haku. Nak plak start esok aku dah join team lain...

Gambar bawah ni konon2 kenangan terakhir bersame team 7.1 (sekerat je yg follow ber-bowling) yang berjaya jadik pelakon terhebat mase lawatan client orang Aussie nun. Tapi ni gambar time bersuka-ria main bowling... konon release tension. Ahaha... Celah mana tension tah... tension takleh cuti ada laa...


Macam biasa, aku paling kecik dan terselit kat situ. Tudung hijau tuh. Wakakakaka...

Yeeeayy... Sok dah team lain. Tapi gaji tak naik2 jugak. Haish... Beban makin banyak.

P/S: oh ye, hepi besday atin... my lil sis! :D

Thursday, January 12, 2012

Ke-awal-an.

Tak pasal je terbangun awal pagi ni. Haha. Pukul 7 pagi consider awal la sebab aku balik keje smalam pon dekat pukul 2.45 pagi sampai umah...

Tido best je semalam pas balik keje... Cuma apsal ntah pagi ni tadi ley teringat pasal keje semalam... so, terus bangun dan antar email kat supervisor pasal semalam... Haha... Mesti dia terkejut tengok email dari aku masuk pukul 7 pagi...

Ada aku merepek-repek pasal suka orang aritu... kan???

Memang tatau nak cakap camne kan suke tuh... Tapi bile si Sol suh dengar lagu dier Christina Perry yang dier cover tu, aku pon saje la ngade-ngade sket amik separuh dari lirik tuh letak kat status aku... Pastu sesaje suke hati je tag orang yang aku suke tuh... Mujur gak la aku rase cam sedara-sedara aku yang terdekat takde yang tengok kot... Sebab takde lak komen-komen like ke ape... Tapi mungkin sekali laaa kot-kot kenduri sesape yang terdekat nih aku da nampak tanda-tanda akan menjadi bahan oleh kuarge-kuarge terdekat... Haha... Nasib baik la kenduri paling dekat pon dalam bulan March... Sempat kot dorang lupa...

Masalahnye skang status tu stuck kat timeline fb for few days... Siap aku takde idea nak up status baru... Huhuhh...

Ape pon... Orang tu cam bagi respon je walaupon dekat komen merepek-repek yang kawan-kawan aku tambah. Err... Siap cerita pasal hantaran lagi. Aku plak blushing sorang-sorang kat umah bace. Huhu. Siot betul. Eleh tapi dalam hati tu suke letteww...

Sangat la "mommy" aku tuh letak sampai RM35k hantaran katanya... Mati la sampai bebile pon aku single... Haha... Cuma aku plak pegi susah-susah pm dier cakap "mommy" tuh memang begitu... Not necessary hantaran aku sebanyak tu. Deyy... Apa nih kan... Susah-susah jak pi explain...

Aaaaa...

Taon ni dier balik Malaysia lagi. Katanya ah. Tatau ah bile... Tak sure lagi... Nak jumpe, memang nak jumpe aku... Cuma aku... Err... Ye lahh... Bab lain mungkin sekali lahh aku berani... Tapi selalunya soal hati nih, setakat tekan-tekan keyboard je la aku berani... Depan-depan? Sila sediakan stretcher dan ambulan sebab belum tentu aku berani nak berdepan dengan orang yang aku suka tu bila dah kantoi...

Taon 2010 masa bulan puasa tu lain... Minat, addict ke hapa tak terkantoi lagi... Sekarang da kantoi pon... Camne tah nak berdepan... Merepek-repek menaip berani lah aku... Huhuh...

Tuesday, January 10, 2012

Lama kan tak update?

Yaaa...

Sangat lama. Tatau nak tulis apa da nih... Tapi ntah...

Eh agak-agak kan kalo kite ske orang tu... Orang tu tau tak kite ske dier?? Dier amik serius tak kite ske dier?? Sebab da terkantoi kot suke dier... Tapi... Ermm... Nampak macam dier layan kite camne dier layan kite dari dulu jeee...

Ini bukan masalah rebound love ke atau dah menyampah jadik single sebab asik dipermainkan je... Tapi masalah skang baru nampak dan sedar betapa dekatnye aku dengan orang tu walaupon dia jauh beribu batu...

Orang tu ada kat sini. Aku penah buat entry pasal dia di sini dan sini... Banyak pasal camne kenal dan selalu keep in touch. Sampai ada komen cakap tu citer tipu lah. Only both of us knows how far the truth is :)

Huuu...

Serius ahh...

Ke aku je feeling sorang-sorang nih?

Sebab both of us start mcm adik-beradik... Beza umo pon 5 tahun... Masa zaman skolah dulu, he was my inspiration... sebab dier further study jejauh. Haha... Pastu lost contact, then bleh catch up balik thru email la, even dier penah je call dari jauh... Terharu kot... Skype pon ade jugak... Tapi da jarang sangat sebab time zone lain-lain...

Aku ngaku gak kekadang aku jeles ya amat tengok gambar-gambar dier ngan pompuan omputeh laen-laen yang mesra bukan main... So ade laa kan aku nyakat-nyakat pasal calon sister-in-law omputeh la bagai kan padahal saje jeee coverrrr...

Aku sebenarnye tak penah tau history dier kapel ngan sesape ke hape within these few years dia kat luar negara tu ha... Tak nak amik tau pon nanti aku jeles teruk-teruk lagi... Aku pon jarang cerita pasal aku kapel ngan sesape ke kat sini... Cuma pasal study ngan life serabut sebab study life memang berserabut... Haha...

Cuma masa first time jumpe dulu, bulan puasa... Sebab nak berbuka puasa kat umah adik-beradik dier kat Shah Alam... Ye lah sampai sesat-sesat jalan semua... Haha... Sebelum gerak tu ade la kan soalan pasal aku ade boyfriend ke tak... Mane la ade... Hidup manjang serabut ngan study... Bendenye ended up situ je. Takde nak tanye lebih-lebih ke apa, tapi aku rasa dier tak caye kot aku single... HAHAHAHA...

Until last month aku memang bengang sangat ngan sorang budak Sabah ni sebab dia sangat-sangat-sangat hipokrit. Eh budak Sabah lain jangan terasa... Aku tak suka mamat ni sorang je... Aku bengang sebab dia guna banyak cara nak bagi aku sakit hati...Mula-mula aku cool, tapi bila da tahap touch personal life kawan-kawan aku... Aku block terus kat fb... Budak Sabah ni jugak antara sebab aku applied filter call dlm phone. Reject unknown number. Haha.

Aku tak sure start dari mana tapi memang kantoi la aku suke dier.

Tapi cam gila lah aku lak ngaku aku suke dier.

HAHAHAHAHA....

But I'm just scared. Aku takot aku je feeling-feeling sensorang... Padahal orang tu anggap kita ni biasa je... Ke sebab kadang-kadang aku yang extreme sangat kat fb tuh??

Tapi camne yeh... Korang rase camne?

Sunday, October 16, 2011

Gambar Best

Gambar-gambar kat kem Jati Diri yang 3 hari 2 malam tu sebenarnye dari minggu lepas-lepas lagi kot dah ada. Aku je lambat pegi tengok sebab tatau nak tengok kat mane... Ehehe...

Nah klik je gambar bawah tu untuk tengok semua gambar-gambar yang ada. Haha. Layan...


Gamba ni adalah pekakas untuk main waterfall rapelling. Memang mencabar habes la habaq hang... Turun waterfall dengan air deras-deras... Berapa kali aku tergolek. Tapi bagus gak gambar aku tergolek takde dalam nih. Muahahaha...

Tuesday, September 20, 2011

Charlie

Ini bukan pasal "Charlie bit my finger" tu. Charlie tu comel. Lain.

Aku sejak-sejak keje nih banyak bergaul ngan orang-orang utara yang tinggal sebelah Seberang Perai sebab orang sana banyak keje kat company aku... So sikit sebanyak terlekat la loghat utara yang pure punye kat aku. Bukan setakat loghat utara je... Macam-macam bende la aku blaja dari dorang nih.

Contohnya pasal CHARLIE.

Aku ni nama je penah duduk kampung. Tapi serangga yang aku kenal cuma nyamuk tiruk, nyamuk aedes belalang dengan mentadak je. Lain-lain fail. Kumbang pon bagi aku semua pon kumbang kecuali kumbang busuk tu dia special sebab aku pernah muntah teruk sebab bau dia memang macam jahanam.

Tapi ni Charlie nih. Nama kemain nak omputeh je...

Aku mula-mula musyikil jugak menatang ape Charlie nih... Siap gigih lagi google... Rupenye camni je rupa dia... Tapi jangan memain menatang ni orang cakap bisa...


Kat tempat korang panggil menatang ni apa??

Maklumat lanjut pasal serangga ni bleh pegi sini. Aku malas nak citer panjang-panjang. Cukup la dah berkenalan dengan rupa beliau yang penuh dengan kaler feveret itu. Kredit to:



Baca lah korang kalo rajin. Malas pulak aku nak taip lebih-lebih... Aku google web ngan image "Serangga Charlie" kuar 3-3 site nih. Bleh tahan seram baca pasal serangga nih. Bleh bawak maut.

Next time sape2 rase nak bunuh diri tapi takut nak gantung diri, kelar tangan atau minum racun, boleh la try duduk kat tempat-tempat yang banyak semak-samun tapi cerah terang benderang... Tak pon seru-seru je Charlie nih... Sampai la kot beliau... Nasib baik la aku ni memang spesis suka kegelapan...

Tuesday, September 13, 2011

Masalah.

Semorang pon ade masalah. Tak kire la masalah mende pon asal memeningkan kepala je tu consider masalah la kan... Mana ada masalah buat hati senang... Kalo sapa penah ada masalah tapi buat hati senang tu, ok bleh geng ngan aku. Meh sep sket. *high five*

Haha. Tu lah situasi aku skang.

Ada masalah, tapi masalah yang menyebabkan hati sikit lega.

Sebab ape eh??

Pasal... Erm... Bende paling pantang aku sebut. Pegi link sini kalo nak tau.

Haritu... Aku ni cepat panik sikit... Tambah plak budak-budak opis kemain sibuk lagi plan cuti beramai-ramai... Ye lah kan ade event penting dalam hidop... Aku plak da ala-ala panas hati dah dengar bende-bende camni... Tapi standard la kan orang baru grad, memang camtu pon perangai... Aku je keras sikit buat tak layan...

Sebab aku join program government wat tu kan... Tak mau-mau la aku panik sebab takut orang cakap aku tipu, padahal blom abes lagi. The truth is aku memang da abes da... Cuma ada la makhluk yang saje buat palat bagi 1001 alasan tanak bagi aku lepas. Aku pun tak sure kenapa.

Paling aku panas hati terbakar jiwa raga adalah masa dekat-dekat nak raya tu hari. Ada la budak nih ske menyemak dalam geng aku (phergh, geng la sangat kan) sebab dia tau masuk group sama ngan aku dah takyah risau mende... Semua keje gerenti setel. Hebat tak hebat blakang kira, tapi hasil memang mantap. Budak ni mesej aku... Dah la awal-awal kantoi aku memang dah delete no fon dia dari list aku... Tah apsal aku memang panas hati dengan dia sebab dia baik dengan budak-budak berlagak yang aku tak suka tuh... Siap jadik abang angkat dorang lah konon-kononnye...

Sebenarnya payah aku nak benci orang, tapi budak-budak tu start cari pasal dengan aku... Memang sampai harini la aku takkan suka nak berkawan ngan dorang... Lantak ah nak cakap perangai aku cam bebudak skolah rendah ke hape, janji hati tak sakit.

Ok berbalik pade mamat tadi... Dier sesaje la mesej aku konon da lama tak jumpe kan, nak jumpe ah time konvo nanti... Nasib baik ah dalam mesej je... Kalo depan-depan dah kene sound direct kot ngan aku... Celah mana aku nak konvo tesis pon tarak markah lagi... Tak lepas-lepas.... Sebab nak jaga tatasusila kan, aku jawap ah aku tak konvo kot taon nih... Pasal masalah tu tak setel...

Sekaliii... Ambikkkkkk... Dia bukak citer project dia pon bukan bergerak pon, tapi sebab supervisor dia adalah pompuan saiko tuh, so elok je dier dapat B+. Aku dah terbakar da hati dengar pengakuan dier. Adalah 78% pahala puasa aku haritu terbang sebab hati tengah panas... Aku ni sampai dekat RM2000 duit abes ke bende menyusahkan idup tu haram singget pon takley claim, siap extra laptop jahanam lagi... Lebih dari RM2k jugak kalo kira kos laptop jahanam sekali... Mamat tuh? Project hantar kedai, report pon consider nipis. Yang aku report setebal-tebal alam boleh plak pompuan saiko tu cakap result meragukan... Nasib baik la duit ptptn. Kalo duit aku sendiri memang aku straight pegi bakar je campus aku tu tanpe banyak soal.

Aku penah mintak abang aku call supervisor aku sebab aku takleh call sesape secara formal pasal gatal sangat buat private number yang sudahnya kalo aku call orang time office hour, sapa pon takkan jawap call aku. Semua ingat bank cari. Abang aku cakap, supervisor aku bagitau dia panel penilai tanak lepaskan. Weyyyy... Panel penilai tu 25% je pon dari markah penuh... 60% dari supervisor kot... 10% jumpa supervisor... Cuma 5% je presentation... Yang korang nak menyusahkan idup aku suruh pegi present sampai lebih pat-lima kali tu buat apa dowwww... Ingat campus aku tu dengan umah aku sama jarak macam USM pegi umah aku ke???

Nak aku fail, tukar tajuk kan senang inform awal-awal... Ini tidak... Bila aku nak jumpa, siap buat appointment semua, bila time aku sampai campus, time tu la jugak kan tiba-tiba ada meeting tergempar la, emergency leave la padahal masa aku nak bertolak dari umah sewa pegi campus tu bukan main lagi cakap ada dalam opis. Bila aku tanak jumpa bersepah pulak muka dia melepak kat cafe macam takde keje dah nak dibuat.

Solution dia, sebab aku nak clarify betul-betul tanak orang cakap aku lari dari university, aku tanya la HR aku pastu citer semua apa terjadi kat aku... Apsal palat sangat ade lecturer camtu, pasal konvo semua... Then rupanya HR tu tak kisah pon... Once aku dah sign dengan dorang, dorang consider aku undergrad yang da setel pengajian, tapi kalo ada apape lagi belum selesai, aku boleh carry on apply apape yang patut kalo nak untuk sure aku betul-betul tamat pengajian. Phuh. Selesai satu hal.

So, aku just mintak kejesama dorang buat surat je. Konvo tak konvo pegi mampos. Ada aku kisah pasal konvo nih?? Aku nak konvo dengan kawan-kawan baik je. Biar la budak-budak tu konvo tahun ni. Macam la aku nak sangat konvo dengan dorang... Bikin panas hati jeeee...

At least ada la jugak masalah yang menyenangkan hati aku lepas dah citer dengan orang yang sepatutnye. Gile takut woo aku kalo orang sangka aku tipu ke lari ke apa ni... Dah la payah nak dapat kerja dengan status tak pasti macam ni... Syukur sesangat aku dengan keje sekarang ni... Asalkan tak menyusahkan orang dan bleh pegang duit sendiri tu pon dah cukup bagi aku... Janji aku tak memilih keje... Lagipun aku bukan ah dalam golongan best student ke hape... Agak-agak boleh score pon ikut nasib je... Nak letak aku dalam kategori student nakal, bermasalah... Hmmm... Tu lagi ok kot...

Abes je aku consult problem aku dekat HR kan... Rasa macam 75% beban di kepala terbang begitu saje...

Wednesday, August 31, 2011

Raya & Merdeka...

Raya taon ni aku perasan ramai gila orang berbaju raya tema warna merah terang ang ang atau merahnya mak ngah... Terasa seperti boria plak bila singgah tiap-tiap umah je mesti ada tetamu dorang jugak satu family tema warna merah... Sebelum-sebelum ni susah woo nak jumpa orang decide tema yang sama... Semua ni bila tanya je dorang salahkan esoknye (harini) merdeka. Ade kee...

Takde sangat gamba raya taon nih... Kalo ade pon da selamat jadik default pic kat fesbuk. Muahahaha... Satu tu je la gamba aku ade. Ngan lagi satu gamba ngan baju konon-konon dan paling kontroversi... Inai kat jari... Yang tu aku malas nak upload sebab eksklusif aku sent MMS kat sorang je sebab kemain sibuk lagi nak tengok baju raye warne merah aku pasal tak sama tema warna kuning macam dia lalu sampai ugut-ugut takmo jadik bff dah. Ape ke siot punye ugutan...

Pe hal salah ke raya-raya pakai inai... Kemain laa kan spekulasi kuar tibe-tibe... Tapi aku chill je... So far disebabkan taon ni first year aku beraya sebagai seorang pekerja... Maka soklan paling top yang orang tanye kat aku adalah kat mana aku keje... Muahahaha... Rasa macam ramai je caring... Ohh tacing gilaa...

Buat raya taon ni selamat ah takde tanye soklan pelik-pelik lain... Tunggu la tengok raye taon depan... Mau menggelupur aku cari alasan. Wahahahaha...

Cuma taon ni aku macam segan-segan je nak bagi duit raya kat orang... Sebabbbb...

Tetibe je aku dapat duit raya lagi.

Adoyaiii... Sikit punya vogue aku raya-raya tu pon orang still ingat aku budak-budak lagi. Aiyayayayaaa... Tapi apa ada hal ye tak... Orang bagi, amik je laa... Selagi orang nak bagi kannn... Sila salahkan saiz aku yang agak mini ni. :D

Anyway, tu je la raya aku taon ni... Selamat hari merdeka seme... Pasni da aku beraya sorang dan nak sambung pegi beraya umah kawan-kawan yang tak balik kampung...