Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Saturday, July 29, 2017

Aku Bertunang Dulu Pun Long Distance Jugak... Nahh Throwback :D

Hai!

Lama tak menulis kat sini. Sibuk sampai blog ni pun dah macam terabai... Konon nak buat diary...  Peeegidah! 😅

Baru-baru ni viral pasal orang bertunang siap video call sebab tunangannya jauh... Haha langsung aku pon teringat mase aku bertunang dulu pada 25-April-2015. Kirenye throwback laa nih...

Al-kisahnye aku rileks-rileks je, walaupun semua bab-bab tunang tu last minute gila - family dia inform 3 hari sebelum confirm tarikh nak ke Penang, okeh? Haha takde laa aku sempat nak plan ambik mak andam, mini pelamin grand-grand ape bagai ... In fact, dia yang menggelabah lebih-lebih. Hahaha. Tapi tak kata la dia menggelabah sebab nak bertunang ke atau menggelabah sebab nak kena lalui final paper bahasa Korea dia... Paper tu masa tu dalam pukul 10 pagi waktu UK, so, mungkin family dia datang ke Penang dalam pukul 12.00 tengah hari atau 1 petang, kiranya kat sana baru pukul 5 atau 6 pagi gittew...

Dia punya menggelabah tu sampai hantar message kat FB aku pukul 6.45 pagi tanya family dia dah sampai ke belum... Kat tempat dia sana baru pukul 1 pagi 😁


Nampak dia punya menggelabah tu? Hahaha...

Entah la kenapa aku cool gila bab bertunang ni. Sebenarnya aku tak nak bertunang pun sebab dulu antara kawan-kawan aku, aku je yang jenis blur-blur sikit dalam hal-hal macam ni... Maklum laa aku masa tu dah takde mak untuk refer hal-hal camni... Ayah pun dah takde jugak, tinggal abang aku je yang handle semua ni...

Abang aku pun menggelabah la jugak sebab 3 hari nak datang baru nak inform. Dia pun tak tahu nak panggil sape orang-orang tua untuk bawak berbincang & bercakap bagi pihak aku ni ha. Sudahnye mak su la yang volunteer bercakap. Nasib baik la sebab wakil dorang yang bercakap pun perempuan juge. Sebab kebetulan hari yang sama, anak saudara Jep ni pun nak bertunang jugak. Hmm...

Disebabkan semua benda last minute decision, maka hantaran pun sikit-sikit aje. Tapi alhamdulillah, ramai sepupu aku sponsor benda manis-manis... Nampak sedap-sedap pulak tu... Hehe...



Mana satu hantaran aku, mana satu hantaran dorang pun aku dah tak ingat dah hahaha 😂 Cukup la majlis simple-simple camtu. Oldskool sangat bak kata orang. Kawan-kawan aku yang datang cuma sorang je. Tu pun aku mesej senyap-senyap dan kebetulan dia offday haritu. Huhuhu... Susah jugak sebab aku jenis tak banyak kawan sangat. Kawan-kawan sepejabat pun tak rapat. Even yang satu opis dengan aku mana tau aku bertunang dulu.

Dan hal bertunang ni aku punya la rahsiakan sampai la hari aku bagi kad jemputan kat opis. Memang terkedu la sorang-sorang sebab tak berapa nak percaya aku nak kawen. Hehe...


Ni suasana kat luar. Masa menaip ni pun air oren tu nampak sedap... Huuuiiihhh... Haha... Makanan pun abang aku minta maktam tolong sediakan. Gulai ikan kering, nasi putih, ikan termenung goreng garing, sambal belacan, kicap, ayam goreng sikit (semua lauk favourite abang aku, okeh? Haha) untuk lebih-kurang 40 orang tetamu. Jiran-jiran pun buat kuih-kuih sikit. Okey la last minute pun tetap meriah...

Aku?

Hahaha...

Dengan baju pun asal boleh, mekap ala-kadar, selamber je la... Tunang je kan? Bukannya pertandingan ratu cantik. Dan aku takde gambar family-family semua sebab elok settle, dorang pun kalut-kalut nak balik. Ahahah...


Make up sendirian berhad. Ni pun kira nasib baik la jiran aku tak suruh aku pegi cuci balik. Kira lulus la ujian mekap secara suka-hatinya... Takde primer, takde foundation, takde moisturizer, aku bedal je bb cream pastu ha lukis la apa yang aku nak. Sebab tu la nampak tak heavy sangat. Ni pun aku dah malas nak touch-up. Kang lebih-lebih macam badut pulak. Personally aku tak suka mekap.


Ni la  satu-satunya kawan aku yang aku jemput ke majlis bertunang tu. Yang lain-lain? Sorry guys, aku memang malas nak kabor kat orang... Yelah, aku rase  macam segan-silu pulak... Umo dah 30 tahun baru nak bertunang. Hahahahh... Jadi kita simpan aje la ye...


Ni kerja kawan aku yang tu lah. Mujur laa ade pin besor gedabak tu... Dia cakap at least ada la  jugak aksesori tambahan. Sebab aku memang jenis ignorance nak mati pasal hal kecantikan ni...  Haha. Ini pun pada aku da tahap  terpaksa sangat dah ni 😌


Boleh debor nak tau dorang bincang ape. Haha. Sungguh entah apape betul aku ni... Dan yes, sesi sarung cincin tunang kat luar tempat dorang bincang-bincang tu. Tanpe adenye mini pelamin, memang togel camtu je. Haha. Kata last minute kan? Harus la nampak macam last minute.


Acara menyarung cincin pun bermula... Ini kakak Jep ye. Bukan mak dia... 


Pose setelah cincin disarungkan. See? Rileks-rileks je kan majlis tunang aku? Haha. Malas nak panggil ramai-ramai masa tu. Kan bertunang perlu dirahsiakan... Sebab terlebih rahsia la  aku takde sangat dugaan bertunang macam orang lain. Kalau ada pun bab jarang-jarang didengar contohnya masalah duit. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar je walaupun setahun lebih jugak la kitorang bertunang...


Sempat laa facetime dengan dia sebagai officially tunang dia 😃

Ni je la kenangan bertunang secara ringkas dan punya laa berahsia. Paling best skali, memandangkan family dia orang Selangor, jawa pulak tu, maka sesi suap gula yang diamalkan di utara ni takde. Dan takde sape pon peringat. Alhamdulillah la aku tak kene makan gula... Patut la orang tak perasan yang aku ni berdarah manis  untuk setahun lebih... Haha... Tapi tu cerita tahun 2015 la... Sekarang ni dah kawen pun... Cuma blom ade peluang duduk sekali je. 

Pantang ada masa free, facetime je kejenye... Ate rindu benor katenye... Sekali facetime, dekat 2-3 jam bergayut... Kalah couple bercinta. Hahahahh... Pastu kene pulak time weekend yang esoknye Isnin kene pegi kerja... Pegi kerja dengan mata panda laa jawabnya... Kadang-kadang tu dalam opis pun kitorang bergayut sambil aku tengah buat kerja. Thanks la sebab tempat duduk baru sangat strategik untuk kitorang bersantai-santai sembang facetime 😆

Oh ye, kadang tu ade jugak officemate buat lalu-lalang kat blakang semata-mata nak lambai-lambai abam Jep ni. Abam Jep ni memang peramah orangnya... Nak jugak tegur-tegur orang kat blakang walaupun sah-sah la orang blakang tu tak dengar sebab aku pakai earphone 😂😁😁


Saturday, February 18, 2017

Post Review Akad Nikah

Erkk... Lama jugak tak update lepas last update pasal baju sanding tu. Rasanya tu saja la kot nak share pasal save cost ni. Hehe. Dan pada aku majlis tu meriah, walaupun aku nampak ade beberapa manusia macam dah tarik muka... Kau expect nak layanan cemaner? VVIP? LOL... Kau sape nak VVIP ni?

Majlis aku haritu 100% aku punya plan, tapi flow majlis, lantak kome la janji orang datang dapat doorgift, dapat makan, bab masa memang takleh nak jangka sebab awal-awal lagi time nak nikah dah spoil. Hahaha... Antara kejadian paling aku takleh lupa adalah... Part nikah tu la. Hehe. Kronologi citernye camni...


Khamis 22/12/2016
Husband aku (mase tu tunang lagi) touch down Malaysia pukul 9.00 malam. Kau ader, nak nikah lagi 2 minggu, tapi bakal suami baru sampai. Yang best tu, borang apa semua tak siap lagi. Orang lain biasanya 3 bulan sebelum nikah dah siap semua dokumen. Kitorang memang takleh nak elak sebab nak siapkan awal-awal adalah extremely terlalu awal. HIV test kan valid 6 bulan je... Last dia balik sini, bulan June 2015. 2 bulan selepas kitorang bertunang secara koboi. Hahahaha...


Jumaat 23/12/2016
Pukul 7.50 pagi lagi dia dah call tanya apa kena bawak untuk HIV test. Aku gelak-gelak cakap bawak diri je la... Pastu nurse situ buat pening pulak dah nak kene ada borang ke tak... Siap cakap ngan aku kot... Haha... Aku cakap, tak kisah, janji Pejabat Agama Selangor dapat keluarkan borang kebenaran nikah pihak lelaki dah cukup. LOL. Pastu aku teruskan buat keje aku kat opis, pukul 11.45 pagi camtu, bakal suami call cakap surat semua dah dapat. Mak oiii pantas betul Pejabat Agama Daerah Kuala Selangor ni... Siap tanya aku camner nak buat dengan borang ni supaya sampai kat aku at least hari selasa. Angah suggest pos laju je. So dia pun pos lajukan saje. Siap staff situ cakap insyaAllah sampai hari selasa kat aku. Yelah, isnin tu kan cuti ganti hari natal...

Harini jugak aku baru berani nak bagi kad jemputan kepada budak-budak opis aku. Semata-mata sebab mesej dalam post ini. Ha kau tak gile dapat mesej whatsapp camtu. Dah la macam musim kapal terbang terhempas je masa tu...


Selasa 27/12/2016
Takde nampak kelibat pos laju pun... So aku cancel cuti aku.


Rabu 28/12/2016
Ingat nak cuti untuk pergi pejabat agama, sekali aku tanya anak buah aku ade surat tak untuk aku, tiap sejam dia update... Tau pukul berapa dia update baru sampai? Pukul 4.50 petang. Esok je la aku EL untuk pegi pejabat agama... Okey la at least confirmed benda dah sampai. Aku sorang je kot dalam opis ni yang tiba-tiba je bagi kad kawen Jumaat lepas tanpa share dengan sape-sape bile tunang, bile kawen... Supervisor aku je la yang tau dan tak penting pun untuk dia sebarkan kat orang lain. Hehe.

Budak-budak yang lain pun ingat aku main-main je masa bagi kad tu. Semua macam biar betul minah ni. Stalk instagram, takde gambar dating. Stalk FB pulak asyik cerita main dengan kucing. Kerja kat opis, kalau kena stay, rileks je stay, takde masalah. Entah bila masa cari boifren pun tak tahu ler... Dengar gosip putus tunang pulak tu. Tetiba bagi kad jemputan? Sapa tak confuse...?


Khamis 29/12/2016
Aku pun pegi la pejabat agama. Tawakal habis ni, kena marah ke, kena reject permohonan ke redho jeee... Sebabnya tarikh submission ni cuma lebih kurang 5 hari bekerja untuk dorang proses. Padahal dalam SOP, paling lewat dia cakap boleh 7 hari bekerja. Itulah bulan 12 ni banyak benor cuti hujung tahun. Aku ingat dah kena reject dah sebab takde interview takde mende. Tapi alhamdulillah... Ustaz tengok tarikh settle borang yang lelaki tu pun macam terkejut sebab dari Selangor and baru settle last week. Agaknye dia pun rasa, nak marah sebab lambat pun, benda dah jadi.

Pastu ustaz yang handle daerah aku tu semalam ada la dia bertugas. Harini ustaz daerah lain bertugas, so dia cop abes semua, aku nampak aku dapat pengecualian temuduga... Fhewwwhh selamat beb. Haha. Kat Penang ni bakal pengantin yang pergi submit borang kena temuduga. Tapi aku pelik ah apesal aku dapat pengecualian... Balik rumah aku google kenapa... Rupanya sebab aku pegi kursus kahwin yang Majlis Agama Islam Penang anjurkan. Hihi.

Thanks la Iryani sebab heret jugak-jugak aku pergi kursus kahwen tu walaupun dalam hall tu masa tu aku sorang je join kursus tanpa hala-tuju yang jelas. So, dah cop semua, staff pejabat agama bagi resit bukti pembayaran proses kebenaran nikah dan dia cakap nanti borang semua time nikah tu, ustaz bawakan. Siap bagi no fon pendaftar nikah daerah aku lagi kat resit tu, minta wali aku call dan arrange tarikh nikah & masa nikah.

Okey. Part ni aku dah lega sikit. SIKIT je tau? Hahahaha... Angah pun call pendaftar dan arrange dengan orang kat masjid tu insyaAllah majlis nikah tu akan berlangsung pukul 10.00 pagi. Katanya ada 2 pasangan haritu...

Dan tibalah hari nikahnye...

Sabtu 7/1/2017


Nampak? Gembira drive sendiri okeh? Dari rumah pukul 6.45 pagi keluar, pegi jemput 2 manusia ni kat Vistana Hotel, terus pegi ke Kompleks Bukit Jambul untuk make up. Nasib baik la aku jenis muka takde masalah. So tak sampai sejam Kak Ani mekapkan aku, sebab actually Kak Ani pun macam lambat sikit sampai ke butik dia. Hahaha...

Lepas makeup dalam pukul 8.15 pagi tu, dapat berita yang rombongan yang bawak duit mas kahwin stranded dekat highway sebab ada eksiden. Estimate lambat la sampai, mungkin 11.00 pagi kot dorang sampai. So aku bawak kereta pegi rumah, tanya Angah, cemana... Duit lain ada la tapi dalam matawang lain... Boleh tak guna? Haha... Angah cakap, haritu dalam borang tulis ringgit Malaysia, maka baik pegi airport gi tukar kat money changer. Aku pun macam hah? Perlu ke? So berangkat la aku, bakal suami dengan "pengapit-la-sangat" bakal suami ke airport untuk tukar duit...

Ni la antara punca aku tak amik photographer. Kalau tidak, mau pening dia nak follow aku ke hulu-ke hilir untuk buat mini movie persiapan nak nikah. Aku sendiri pun rasa dah macam Fast and Furious dah aku drive ke sana ke sini... 

Pastu kitorang terus ke masjid sebab mase tu dah pun pukul 9.30 pagi. Kat masjid tu yang ramainye yang rombongan pengantin yang lain. Siap dengan photographer, berdulang-dulang hantaran... Huntung laa ade hantaran... Tapi aik? Dah ada 2 pasang pengantin. Campur kitorang dah 3 pasang. Bakal suami aku dah cuak-cuak siap pegi menyibuk kat majlis orang nak tengok penolong pendaftar tu tanya soalan macam-macam ke tidak. Hahahaha... Sampai la 2 pasang pengantin tu siap, tapi kitorang ni takde apape terjadi.

Untuk isi masa lapang menunggu, kitorang bergambar... Hahahaa...


Aku siap layan sama kursus haji kat situ masa tu. Yang family aku plak dari ramai-ramai datang sejak pukul 9.45 pagi untuk akad nikah yang dijangka pukul 10.00 pagi tu, sudahnya tinggal Kak Syima, Kak Lina, Kak Ti dengan anak buah aku Hasni je sebagai wakil family aku. Bapak sedih kan? Orang lain family belah pompuan biasanya ramai semua, tapi aku time nikah hanya dorang je yang teman. Actually sebelum tu ada la beberapa orang lagi, tapi sebab dah lama sangat tunggu. Sampaikan yang stranded kat highway tu sempat datang sebelum kitorang akad nikah...

Plan pukul 10.00 pagi kononnya last-last pukul 11.30 pagi baru akad nikah. Yang paling style, pendaftar tu cakap staff pejabat agama tak inform apa-apa pun kat dia pasal kitorang, pasal akad nikah dan pasal borang kitorang yang dia kena bawak. Sebab tu la dia ada kat situ ajar kursus Haji sampai pukul 11.00 pagi baru habis. Haaaa mabeles bukan? Aku tak sure ada orang rakam ke tidak part pendaftar tu cakap dia boleh nikahkan kitorang sebab aku bawak resit bukti pembayaran proses kebenaran nikah. First time ever katanya. Nasib baik la aku bawak! Hahahaha...

Aku masa tu tatau nak gelak ke nak nangis. Sebab nampak sangat badi "terabai" aku yang dari Unisel terbawak-bawak sampai ke hari nikah. Angah yang akadkan suami aku. Hehe. Comel gila... Sebab suami aku confident je, Angah yang tergagap sikit. Hehehe... Kesian kat semua family husband yang ada kat situ. Mesti kebosanan tunggu sampai sejam setengah, pastu ada masalah camtu plak... So, basically aku tak sempat nak berlakon nangis-nangis masa time baca taklik sebab borangnya takde. Pendaftar tu suruh pegi Pejabat Agama hari Isnin nanti je untuk sign dan ambik. LOL.

Lepas majlis selesai, kitorang check-in hotel juga secara tawakal jugak. Dorang dah stay situ, aku je la pompuan sorang tiba-tiba ikut sekali lepas majlis tu. Sebab surat nikah sementara yang warna hijau tu pun takde. Haha. Survive la jugak sampai hari isnin tanpa kena tangkap basah. Mujur duduk hotel 5 star. Kalau duduk hotel bajet, honeymoon dalam lokap kot agaknye. LOL. Kira kalau kena tangkap basah tu, aku taktau nak salahkan sapa. Sebab pejabat agama pun tak buat keje inform ustaz tu pasal hal kitorang. Dan masa submit tu, aku rasa aku berjaya push the limits untuk Pejabat Agama Daerah Barat Daya Penang. Yelah, SOP kata seminggu baru dapat surat kebenaran. Tapi terbukti sebenarnya kurang dari 5 hari pun boleh. Eleh. Gelabah. Selangor boleh approve dalam masa sejam... Apehal kau ambik sampai 5 hari kan? Aku rasa 3 hari je sebenarnya boleh siap bende tu... Sebab ustaz bertugas ikut kawasan rotate bertugas kat pejabat agama tu selang 3 hari... Anyway, pada bakal-bakal pengantin luar sana, jangan buat kerja gila last minute macam aku. Hahahaha...


Isnin 9/1/2017
Hari Isnin tu seperti yang diminta oleh pendaftar pada Sabtu haritu, perkara pertama sebelum bertolak ke KL adalah ke Pejabat Agama Daerah Barat Daya nun di Balik Pulau. Hmm... Aku la drive sebab aku je tau jalan nak ke sana. Kesian kawan dia pening sebab jalan Balik Pulau tu berbukit dan berlingkar-lingkar. Sampai je kat Pejabat Agama, kena tunggu sekejap sebab pendaftar @ ustaz tu tengah buat sesi kaunseling untuk pasangan lain. Haha. Masa bagitau kat kaunter tu kata ustaz suruh datang, orang lain dah pandang semacam je...

Yelah, selalunya yang datang ni atas sebab sesi kaunseling. Kat tangan aku ade inai lagi kot. Pejadah kaunseling. Haha. Siap dengar ade couple cakap-cakap lagi macam tertanya-tanya eh dorang ni kene kaunseling ke ape? Layan je.  Lepas inform kat kaunter tu, kawan dia sibuk tangkap gambar kitorang kat pejabat agama tu... Tak lama pun duduk depan tu... Pastu kitorang pun dipanggil ustaz masuk dalam pejabat dia untuk "sesi kaunseling".

Ustaz tu pun keluarkan la segala borang-borang yang sepatutnya diserah masa hari akad nikah haritu. Kene baca taklik pe semua lah, depan ustaz. Jep gedik nak baca taklik dalam bahasa inggeris. Haha. Ustaz tu pun layankan je la... Pas habis tu dah sign semua, check nama & ic kat surat nikah sementara, ustaz tu pun bagi la sepatah-dua kata. Sebenarnya best jugak ada pengalaman macam ni sebab bukan senang kita dapat dengar nasihat-nasihat dan tazkirah daripada ustaz secara peribadi lepas baca taklik... Ustaz tu siap cakap kitorang sebenarnya special & bertuah sebab masuk "sesi kaunseling" awal-awal sebelum ada masalah. Masa ego masing-masing masih rendah dan masih baru nak belajar kenal antara satu sama lain.

Rasa insaf la sekejap lepas masuk "sesi kaunseling" tu. Siap Jep pun tanya soalan-soalan berkaitan taklik yang dia baca... Sebab kitorang kan ade masalah lain yang menyebabkan kena duduk berjauhan buat sementara waktu... So far takde masalah sangat pun... Cuma dia cakap komunikasi tu penting. Jangan sampai hilang hormat antara satu sama lain. InsyaAllah kitorang takkan lupa segala nasihat ustaz sampaikan tu...

Apepun, terima kasih la pada yang sudi hadir walaupun buat muka sebab tak dapat layanan VVIP. Ye lah, nak raikan aku, aku la pengantin, aku la driver kereta sendiri, dengan pengapit takde semua, dengan letih organize doorgift, pasang pelamin, settle baju semua... Rasanya masa kenduri tu more to fake smile kot. In fact betul-betul letih gila... Memang aku style tak ikut apape pantang dah kot untuk seri pengantin la whatsoever. Wedding ni memang sempoi gila, jangan kata bridesmaid, pengapit pun tak sempat nak assign sebab memang dalam 2 bulan sebelum wedding, aku pulun habis buat semua doorgift sendiri macam  dalam post ni. Siap movie marathon kau punya menggunting tracing paper tuh...

Pesanan lain pada bakal pengantin, agak-agak kalau duit memang lebih untuk buat majlis, please la suruh orang yang terdekat dengan korang yang paling korang percaya untuk handle majlis. Tolong la jangan buat semua SENDIRI. Aku dah lalui dan memang letih gila babi. Nak spend time dengan suami pun rasa macam... Boleh tak satu hari nak off whole day? Haha gitu... Dah la macam kes aku ni, lepas akad nikah tu, 8 hari je 24 jam aku boleh disisi suami. Lepas tu dah kne tinggal sebab dia kena balik UK balik. Wuuu... Long distance relationship again...

Apepun, thanks sebab sudi baca and seriously walaupun dah sebulan lebih, tapi aku still takleh move on dengan cerita kahwin aku. Hehehehehe...

Wednesday, February 8, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Katering, Henna & Cincin

Ini part paling kritikal dalam list majlis aku haritu. Sebab apa kritikal? Katering ni pasal makan-makan... Orang kata antara perkara yang akan orang ingat sampai bila-bila dalam satu-satu majlis kahwin tu mesti pasal makanan dia... Yang ni je la yang aku deal dengan orang paling awal pun. Lain-lain semua last minute... Hehehe


Katering

Katering ni aku start cari dalam bulan hujung bulan Febuari 2016. Masa tu untuk majlis September 2016 tu... Itu pun bukan berdasarkan pergi kenduri sapa-sapa kutip name card catering... Taaakkkk...!! Nehiii...!! Aku bukak instagram je cari... Cari punya cari, sebab bajet nak buat kenduri kecik-kecik je dalam kurang dari 500 orang, so terjumpa la catering ini...


Mar Catering... 
Instagram: @mar.catering
Facebook: https://www.facebook.com/marcateringsg2

Sebabnye? Dalam banyak-banyak yang aku survey, dorang ni je offer paling murah sekali pakejnya untuk 500 orang. Siap tak payah pening nak cari khemah la, kuih-muih la dan sebagainye. Ni pakej yang aku ambik.


Not bad la kan... Yang handle catering ni pun friendly... Sebab takde nak bising-bising masa aku mesej cakap nak tengok harga dulu, pastu baru nak book. Mahupun bila aku mesej cakap yang kenduri postponed ke 7 Januari 2017. Haa... Kalo katering lain, mau berjela aku kene bebel dulu sebab bagitau tukar tarikh dalam masa kurang dari 3 bulan sebelum tarikh awal rancangan majlis. 

Dan katering ni jugak flexible sebab awal-awal masa book, dia mintak deposit RM300 je. Aku rasa aku just whatsapp dia nak book dalam 25 atau 26 Febuari tu, pastu nak bayar, dalam 2 atau 3 Mac kot baru bayar deposit. Aku tak bank-in, in fact, abang aku pergi usya-usya dulu... Dah yakin sikit baru bayar... Pastu awal April aku topup lagi RM200. Pastu cerita tangguh. Pastu aku ignore...

Bulan Ogos camtu abang aku pulak sambung bayar RM1000. Pastu bulan December dekat nak hujung-hujung jugak la baru settle lagi RM2200. Pun ihsan abang aku jugak... Hihihi... Dorang still tenang je dengan client yang spesis apa benda pun dekat last minute baru settle... Adoiyaii... Serious la kalau katering lain mau dah kena hingaq kaw-kaw dah... Macam IIUM Confession punye page haritu kata katering depa nak duit 2 bulan sebelum majlis musti settle semua...

Masa bulan Nov-Dec 2016 kecoh jap pasal katering lari, katering menipu, tapi aku bolayan... 100% aku percaya catering ni. Food testing pun tak pergi. Haha. In the end,

ALHAMDULILLAH, SEMUA ORANG PUJI SEDAP...!!

Terliur aku dengar biras-biras dan adik ipar aku cerita karipap sedap laa... Lauk-lauk semua best-best la... Mee kari pun sedap. Eh mee kari tu mak ndak aku yang buat. Hehe... Aku je tak dapat rasa sangat semua tu sebab kelaparan dari subuh sampai ke malam. Masa makan beradap pun tak lalu nak makan sangat sebab perut dah masuk angin 😭

Mar catering memang best. Abang aku siap mintak name card dorang lebih-lebih sikit untuk recommend kepada sepupu-sepupu, saudara-mara yang nak buat kenduri... Harga dorang ni serious berbaloi. Nak pulak time-time camni orang cari jalan nak jimat belanja je...


 Mana gambar makanan dalam ni?? Maaf, takde plak gambar makanan-makanan dari katering ni kat majlis aku. Gambar orang dah habis makan je ada.


Makan beradap dan kek juga katering ni sediakan. Nampak pengantin yang kelaparan... Hahaha... Sampai kamera pun tak pandang. Tu yang kena bahan sampai tergelak-gelak tapi cover tu...

Sebab tu aku tak guna khidmat wedding planner. Sebab kita boleh mix-match ikut budget. Tapi not advisable. Bapak ah letih habaq hanggg... Pasalnye handle almost 80% secara sendiri. Nak harap husband, dia boleh bagi pandangan je lah. Nak harap family abang aku, abang aku sorang je yang rajin follow-up. Itu pun sebab aku bercerita. Orang lain mana ambik port sangat...


Henna

Henna ni pun aku gigih heret tunang aku pegi kedai henna dekat Little India sana. Maaf la aku lupa nama kedai dia. Tapi dia ada 2-3 file corak-corak henna untuk tangan. Hehe. Aku buat kat tangan jeee... Pastu amik yang simple tapi nampak la jugak ada henna ditangan... Kalau tak nanti orang bising pulak... Awal-awal aku plan nak cari kat pasar malam je, tapi takleh expect kan, entah-entah orang lukis henna tu tak datang haritu ke pasar malam kan dah haru??

Lagipun petang tu pukul 6-7 malam kitorang ada fitting baju sanding, so tak sempat la kot nak terkejar-kejar ke pasar malam...

Ni la dier henna yang dah siap dilukis, tunggu kering, maka boleh kopek-kopek dia punya yang kering-kering tu... Harga untuk sepasang ni cuma RM20 je. Sebab kau cakap kat dia suka-suki nak lukis henna sambil berlagak ala-ala tourist. Biasa untuk kahwin-kahwin aku dengar ada sampai RM50 pun ada... Huu...


Yang atas tisu tu yang aku kopek-kopek sebab geram tengok dia terangkat-angkat sebab dah kering. Haha... Masa ni husband aku sibuk nak makan nasi kandar. Aku macam biasa tak lalu nak makan... Punca dia, order roti canai, roti canai takde, pagi je... Order megi goreng, takde, lepas Jumaat baru start buat goreng-goreng... Huhu... Lapar laa akuu... Sudahnya pukul 7 malam baru makan mee sizzling kat Giant Bayan Baru...


Cincin

Cincin ni kitorang beli last minute dekat Kompleks Bukit Jambul. Itupun asal ada je orang cakap. Sebab kitorang dah malas nak fikir, budget pun macam dah tahap maximum je pasal masa tu baru lepas bayar RM600 untuk baju sanding dan mekap...


Ni je la gambar cincin yang nampak pun. 2-2 silver.  Malas nak fikir. Jangan kecam pulak sebab  cincin kitorang katanya macam takde nilai, masa kedepan-kedepan takleh gadai. Gile ape walau sengkek camner sekalipun, aku takkan gadaikan barang-barang pemberian orang kat aku... Sebab aku ni sentimental sikit orangnya... Tengok la kasut yang husband aku bagi 5 tahun lepas, walaupun dah rosak, aku simpan lagi (sebenarnya tatau bila nak hantar pegi repair)...

Tuesday, January 31, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Baju Nikah dan Veil

Sampai la kita ke part yang haru-biru jugak sebenarnye. Kenapa haru-biru?? Sebab tiap kali Kak Lina (sepupu aku dari Singapore) mesej aku je mesti benda utama yang dia tanya mesti pasal baju. Aku rasa sejak aku officially bertunang (25 April 2015) dekat beratus kali dia tanya pasal baju...

Tanya pasal preparation baju la, saiz la (sebab asalnye dia cakap nak sponsor), tema la ape barang lagi semua. Aku pulak yang stress dan pening sebab aku jenis malas nak fikir, so aku malas nak jawab. Begitu juga kawan-kawan aku macam Iryani, Kak Syima dan lain-lain pompuan yang concern tentang hal-hal baju ni. Malang betul dorang ada kawan macam aku, aku malas nak fikir semua tu. Hahaha...

Baju Nikah

Baju nikah aku ni sebenarnya plan paling asal nak mintak kawan husband aku je buatkan. Total cost RM 400 untuk sepasang baju aku dengan husband. Baju husband aku dengan aku adelah jubah, yang mana warna untuk baju tu akan ikut kain yang aku ada. Kain tu ada corak pokok kelapa yang Kak Lina bagi kat aku dengan Fatin masa  kitorang pegi Singapore tahun 2013 dulu. Hambik hang lama kot aku peram kain tu tak jadi baju lagi. Hahaha...


Tapiii tak jadi sebab masa November 2016 tu tetiba husband aku jadi bercelaru macam mana ka, terus dia decide nak cancel nikah. So aku pun jenis tak fikir panjang jugak terus mesej kawan dia cakap takyah la proceed buat baju tu. Kitorang dah call off. Takde jodoh la kononnye...

Pastu tup-tup pujuk la ape semua last-last kitorang tak jadi putus. Teruskan je...

Actually aku ada banyak option baju untuk nikah ni. Cuma kena cari baju melayu je untuk husband aku supaya match dengan baju aku. Antara baju yang aku usaha taruh manik dan tempek lace banyak-banyak adalah baju ni... Segala manik dan jugak lace yang ada kat baju tu semua aku tambah sendiri okehhh... Hahaha gigih tak gigih kauuuu...


Tapi... Mulanya aku nak match dengan veil aku warna kuning, tapi masa tunjuk kat Kak Syima, dia dok awkward la apa la... So, aku dah bersusah payah jahit lace dan manik-manik situ, maka lupakan je laa... Yang jadi punca aku nak match dengan veil kuning aku tu sebab husband aku cakap dia nak pakai sampin warna kuning diraja match dengan baju melayu yang bakal kitorang cari untuk match dengan baju aku tu... Asalnya aku nak guna baju ni dan tudung + veil kuning, cari baju melayu warna ni untuk husband aku, so dia boleh pakai dengan warna kuning diraja sampin dan tengkolok dia...

Pastu dah beberapa hari husband aku duduk kat kampung dia, tetiba dia call aku bagitau kawan dia yang offer nak buatkan baju haritu nak bagi baju jubah free je kat dia untuk nikah... Aku dah pucat dah sebab terfikir warna apa la pulak tu kan... Dia whatsapp aku baju nikah yang dia bakal pakai...


Dalam gambar nampak ni warna cream... So aku selongkar almari aku dan dapati aku ada sepasang baju warna cream yang salah saiz, tak pernah pakai sebab besar dan kurang manik-manik cuma batu-batu besar...


Tengok dalam gambar eh macam match je kan... Baju kurung aku tu belah atas je memang banyak batu-batu manik tu. Kat bawah dia kosong je. Dengan kain dia pun kosong takde batu... Kena plan tambah manik-manik lagi... Mujur aku borong banyak manik-manik untuk veil haritu...


Problem solved! Buat masa tu laa... Sebab kitorang tak jumpa lagi face to face tengok baju apa sebenarnya yang aku dan dia ada... Hahaha... Yang Kak Syima tak habis-habis push suruh jumpa sebab nak match baju. Apa dia ingat Kuala Selangor dengan Penang ni macam Sentul pegi IKEA ke dekat? Aku banyak kali kot bagitau, aku cuma boleh jumpa dia start aku cuti 5 Januari 2017 dan masa tu baru husband aku dapat turun Penang nak tengok baju apa dan nak tengok apape persiapan yang kitorang kena settle kan... To be honest memang aku rasa macam nak campak je phone bila dia keep on hantar mesej suruh kitorang jumpa untuk match baju...

Sudahnya aku diam 1000 bahasa sambil bertenang tunggu je 5 Januari 2017 tiba... Whatsapp sapa pun aku tak layan sangat sebab masa tu aku pun sibuk ngan kerja.

Bila dah bertentang mata, Rupanyaaa warna baju aku lebih pada cream, baju dia warna putih. Emm... Lantok lerrr... Nanti bile bergambar tak nampak sangat kan? Haha...


Ni la hasilnye baju nikah aku. Manik-manik belah bawah tu aku tambah sikit-sikit je. Tanak la nampak sarat sangat. Nak pakai berapa jam je pun kannn... Tudung ngan veil tu warna kuning lembut. Lantokkan ajerrr...




Veil

Yang ni aku memang 100% buat sendiri derrrhhh... Hahaha... Gigih takkk??? Tengok je la gambar kat atas tu labuh mana veil aku... Sebabnye? Sebelum ni aku plan nak pakai veil warna hitam. So, gigih la beli kain transparent hitam lepas tu potong ikut apa yang aku baca kat blog b2b lain... Pastu herot la senget semua ada. Sudahnya sebab husband aku hantar mesej nak cari apape baju yang match dengan sampin kuning diraja dia, so aku pun decide beli kain lain warna kuning lembut. Takkan kuning terang kan sebab nak buat veil... So zass... Pegi Kamdar Bukit Jambul cari...

Dah beli tu semeter gitu, bidang 60, aku pun terus beli gunting kain sekali sebab gunting kain kat rumah dah uzur sangat dah. Pastu ingat nak balik je potong kat tempat rata kat rumah... Tapiii... Masa tu aku park kereta betul-betul depan kedai yang boleh jahit tepi dan jual manik-manik. So aku nekad je potong kain tu dalam kereta.

Panjang pendek aku tak kira dah... Bantai je potong... Hantar jahit tepi... Balik rumah baru sedar yang veil tu sangat la panjangnye... Hahahahhh... Tapi aku kan kental... Terus je jahit manik-manik dengan lace atas kain tu... Ni la hasilnye... Baru bahagian atas je yang siap time ni...


Ni pulak detail tepi-tepi dan keliling veil... Itu pun kalau korang nampak laa kan...


Memang saje aku susun 3 manik belah kiri-kanan... Mencabar jugak nak susun sebenarnye... Tapi orang kata usaha tangga kejayaan. Jadi la veil yang macam tu... Aku rasa kat gambar atas yang baju nikah tu jugak boleh tengok kat belakang veil aku letak manik cemana... Tak nampak pun buat-buat je la nampak... 

Ni rupa sebenar veil aku setelah layout atas katil tadi untuk snap gambar kasik orang tengok;


Oh ye sebelum korang tegur, yes, gambar-gambar dalam ni memang kebanyakkan gambar nampak muka aku macam bengkak... Punca? Aku takde pantang-larang macam pengantin lain... Rehat la apa la... Mana sempat weh, semua benda aku buat sendiri, organize sendiri, memang tersangat la letih dan takde masa langsung nak berehat.

Masa aku menaip kat sini je la satu-satunya masa aku berehat. Serious. Dan post ni sebenarnye scheduled post. Hahaha... Okey la aku  nak pegi tido dulu, babaiii...

Thursday, December 29, 2016

Countdown?

9 hari lagi.

Tapi guess what? Aku baru nak submit form untuk dapat kebenaran nikah dengan interview esok. Ye esok. Hahaha keje gila kan? Hopefully semua orang kat JAIPP tu lembut hati laa keluarkan kebenaran berkahwin sebelum 7 Januari 2017.

So, for time being, aku memang takde mood langsung nak buat apape persiapan pun. Walaupun hakikatnye doorgift lagi 100 (atau lagi 200 kot kalau rajin) tak siap... Baju pun last minute tukar warna pe bagai sebab ade kawan tunang aku baik hati bagi jubah arab suruh tunang aku pakai. Hahaha... Tapi nasib baik aku discover aku ade baju lain yang nak dekat sama warna. Itu pun lepas mak andam  bising-bising.

Tak habis-habis nak suruh jumpa. Celah mana nak jumpa dia dekat KL, aku pulak kat Penang ni ha. Tadi petang aku inform aku nak cuti esok pun bukan main bersilat lagi team lead tu. Orang lain takpe la wedding lagi 6 bulan ke depan dah start kecoh nak cari tu cari ni buat persiapan... Aku? Dengan status pun kejap-kejap macam biskut, dapat jumpa tunang pun setahun sekali, ni pun paling awal aku dapat nak jumpa dia dalam 5 Januari nanti. 2 hari sebelum majlis. Tu pun sebab aku baru start cuti masa tu.

Dia pulak baru ada masa nak datang sebabnye.................. Time ni la nak tukar IC baru, time tu laa nak settle entah ape bende lagi yang dia kena settle... Dia balik haritu pun tak sempat nak layan jetlag lepas 14 jam dalam flight, dah berkejar ke klinik kesihatan buat HIV test, settle document untuk nikah semua... Nasib baik la dia penyabar, layan je benda penting.

Orang lain? Sibuk pulak suruh aku fikir pasal majlis la baju la, tanak majlis aku caca-marba la... Eeehh... Aku tak sempat dah nak fikir semua tu. Alangkan benda paling utama pun selagi tak settle pun dah buat aku serabut... Memang tak la aku nak fikir pasal majlis. Asal orang datang dapat makan, dah. Lain-lain lantak kau la. Walaupun orang tegaskan kahwin ni sekali seumur hidup.

Eleh, macam la lepas ni kalau rasa-rasa teringin nak mengimbau kenangan, boleh je pegi sewa baju apa semua pastu tangkap gambar kat studio... Tak semestinya hari kau nikah tu la hari tu nak kena spend  habis masa, duit, tenaga untuk raikan la ape semua. For me, it is not necessary... Aku dah cakap dah dulu, aku memang jenis yang simple. Peduli apa aku majlis kahwin aku tak semenggah... Yang penting lepas akad nikah aku boleh spend masa dengan husband aku. Nak pulak kali ni, dari lepas akad nikah tu, cuma 8 hari je aku boleh spend dengan dia sebelum  dia balik ke negara pemastautin dia. Dan dia dah dapat kerja baru (Alhamdulillahhh...)

Aku ikut dia? Tunggu laa aku dapat offer funding duluuuu... Berapa kali entah aku nak cerita. Bosan jugak aku bila orang ingat dah dapat offer belajar lepas tu senang-senang akan dapat funding apa semua, dulu aku pun bajet macam tu... Cakap, cerita process flow memang senang... Nak ikut flow tu... Kau rase satu malam boleh settle semua? Takde kannn??? Camtu la jugak aku... Bukan semudah lepas tido, bangun esok semua dah ready... Taaakkk... Macam-macam aku kena settle lagi...

Yang paling kritikal, bukan kecik-kecik nilai duit yang aku kena korbankan... Sebab tu aku berkira gila dengan majlis yang sehari ni. Aku spend hampir-hampir RM 5k pun aku dah rasa macam bazir gila. Jadi aku tatau la pengantin-pengantin lain yang aku bloghopping sana-sini baca majoriti paling minimum spend RM 10k. RM10k bagi kat aku, memang buat pegi bayor PTPTN nu... Itupun habis budget aku baik hati letak budget kenduri RM5k. RM2k aku keluar duit, RM3k abang aku cover catering.

Budget untuk further study? Up-to-date aku dah spend dalam RM18k untuk semua keperluan-keperluan sebab aku bukanla top student punnn... Tu belum cerita berapa ribu pulak aku dah habiskan untuk maintenance kereta kesayangan... Itupun tak cukup nak cover pakej hilangkan calar-balar kat kereta... Untuk benda-benda aku minat memang laju je spend beribu... Untuk majlis ni yang sebenarnye aku tak minat sangat nak amik tahu ni, nak keluar sikit pun berkira. Haha

Letih? Memang aku sampai tahap nak give up punya letih.

TAPI ORANG YANG TAK ALAMI SEMUA NI TAKKAN FAHAM...!!

Lagi pulak typical meleis yang kalau kata majlis kahwin je nak cenggitu cenggini... Membe aku dulu Merico kawen time blajor, rileks je... Jamu orang makan-makan je. Skarang da jadi antara Pencetus Ummah yang femes. Usahawan pizza yang berjaya. Rileks je...

So, please, untuk kenduri kahwin aku ni, memang lantakkan saje sempoi simple-simple. Aku pun malas jugak bab-bab nak bergambar la ape semua... Takde hired mana-mana photographer pun. Sebab takde mood. Yes, serious takde mood selagi semua document tu tak settle-settle lagi.

Doakan aku esok dan hopefully boleh laa dapat surat kebenaran secepat mungkin.
*tangan dibahu, mata keatas*


Monday, December 26, 2016

Jemputan Kawen untuk Kengkawan Opis. LOL.

Yeah harini semangat aku bercerita sampai 2 post keluar sekali. LOL.

Jumaat lepas dengan perasaan bercampur-campur, aku bagi kad jemputan kat semua orang dalam office. Okey tak semua... Sebab ade lagi yang aku tertinggal... Nanti Selasa aku sambung bagi lain... Huhu...

Seperti yang dijangka, ada yang terkejut sebab senyap-senyap je kan... Tau-tau je nak kawen. Haha yang ni memang expected. Watpe nak kecoh-kecoh kan couple ke, tunang ke apa ke... Nak pulak aku memang shut off personal life aku dari orang lain... Except supervisor aku jelah. Sebab kadang-kadang kena mintak pendapat yang pelbagai dari sudut kerja. Termasuk la pandangan tentang drama "putus tunang" sebelum ni. Haha.

Dan dengan supervisor aku jugak laa aku cakap yang aku tunggu tunang aku selamat touch down Malaysia dulu baru aku invite semua dalam opis aku. Haha. Keji? Sebab tunang aku antar message cenggini:



 Ha gila tak sentap dapat message cenggitu???

*nampak tak punya keep secret kat sini & still crop nama*

Yang aku tak kecoh-kecoh sangat tu sebab, ye lah... Time zone lain-lain... So nak expect apa kan... Melainkan nampak aku kadang-kadang mata panda dalam office je la sebab stay-up bersembang entah apape dengan tunang tersebut. Kata nak call sembang-sembang ke, keluar dating sampai update merata-rata ke memang tak laa... Tahun 2012 je kot tahun aku galak sikit update sini yang aku tak habis-habis rindu la kejadah dengan dia sampai kena stalk dengan sorang makcik psiko dan tak puas hati dengan aku. LOL.

Tapi ada jugak yang tau "sikit" cerita pasal aku dengan dia. Aku syak mungkin yang tau tu stalk blog ni jugak selain ada makcik psiko tu. Makcik tu suka sangat petik nama aku nak mengadu apape dekat tunang aku. Konon nak bagi nampak dia baik, aku jahat sebab cerita apa semua kat dia. LOL. Sedap sangat ke nama aku sampai selalu kena petik ni? Sembang dengan aku pun tak pernah, lagi nak buat cerita mengarut petik nama aku. LOL. Berbalik pada stalker tadi... Hmm dia cakap sebab dia nampak aku pakai aksesori tambahan. Haha. Kecik beso kecik beso je aku pandang dia. Siap beriya ni follow nak bergosip kata aku dah lama kawen baru buat kenduri...

LOL.

Takde la kak. Sebelum ni tunang je. Aksesori tambahan tu sebab masa tunang tu, tunang tak dapat balik. So, dia wakilkan je la kat sedara-mara dia prepare apape yang patut untuk bertunang. Nak dijadikan cerita, 2 bulan lepas tu dia balik. Pastu dia jumpa la dengan sedara dia yang terlibat dalam majlis bertunang haritu. Punchline paling menakjubkan adalah, abang dia cakap, kalau dia tak bagi aku apape tanda "sendiri", maknanya aku ni definitely akan kawen dengan "orang yang belikan cincin tanda untuk bertunang haritu la". Okey? Geddit? Punchline tak kelakar? Memang pun. Aku sendiri amik masa 10 minit nak  pahamkan.

Maksudnya abang dia yang belikan cincin mase majlis tunang yang sempoi terhamat haritu... So, kalau dia takde bagi aku apape, maknanya aku akan kawen dengan abang dia la. Melepas la dia. Haha. Boleh lak abang dia buat lawak kasar cenggitu. So, sudahnya dari dia aku dapat rantai tangan halus dan kebal ni, dan cincin jenis rare, dia ada 2, satu kosong satu berbatu. Kalau combine, nampak macam sebentuk cincin biasa. Tapi ada dua. Eh complicated pulak explanation dia. Malas pulak nak tangkap gambar. LOL. Tu pasal banyak sangat aksesori aku. Bukan bermakna aku dah kawen. LOL.

Cuma mungkin orang ingat aku dah kawen mase kes aku hilang 2 minggu dari office tahun 2014 kot. Nikah kat Thailand senyap-senyap... Ade ke? Sape ye yang ikut kitorang mase tu? Hakimin? Hmm... Yang tu pun jadi issue jugak. Gaduh adik-beradik sikit kot pasal gambar instagram. Tapi takde link takde apape kalau tak report, pastu kitorang still terpisah tak tinggal sekali... Maka, benda tu boleh ignore. Biarlah rahsia yang tu.

Skarang ni yang bakal berlangsung ni, ikut peraturan Malaysia pulak. TAKDE APAPE DECLARATION on previous status. LOL. Dah macam cerita Wawa Zainal dengan Aeril Zafril la pulak kan...

Dan lepas tu terpisah untuk 9 bulan lagi... Sampai aku confirm dapat funding untuk further study kat tempat dia. Hmm...

Monday, December 14, 2015

Kenangan & kekangan

Last post aku pun bulan September haritu... Ape eh yg aku cerita? Entah la... Tak perlu kot nak recall balik dlm post baru ni... Mungkin kot kiranya blog ni update 3 bulan sekali. Skarang pun dah Disember... Cepat je masa berlalu skarang ni...

Sebenarnya takde apa yang aku nak cerita sangat. Bukan sebab semuanya okey, tapi sebab terlalu banyak cerita, jadi aku tak tahu nak mula kat mana. Serious sekarang hidup aku kelam-kabut & agak serabut...

Serabut sampai banyak benda yang aku tengah fikir & plan tu boleh ke tidak akan aku jayakan nanti... Memang dah jadi tabiat aku akan plan semua awal2... Tapi selalunya apa yang aku plan memang akan menjadi... Cumanya, akan ada banyak pengorbanan dan side effect disebalik plan aku. Bukan semuanya akan berjalan dengan lancar.

Aku dah biasa dengan semua tu... Cuma kadang2 (selalunya lah senang cerita) kekangan tu datang dari segi kewangan. Ye lah, bukan rezeki aku punya duit lebih kan... Tapi tetap aku usaha nak cukupkan apa yang kurang. Mungkinlah.

Hmm...

Apa ye update baru? Rasa macam tak percaya je tinggal lagi 9 bulan untuk aku lepak di bumi Malaysia yang tercinta ni...

Well, yeah. Tak ramai yang tau aku akan berambus dari sini untuk selamanya (tengok la kalau rajin, balik la). Aku saje nak coretkan kat sini sebab sebelum ni, blog ni je la penghibur hati duka nestapa akibat selalu kena marah dgn Prof Syed Kadir. 

Rasa macam lama gila kan aku tak mention nama tu dalam blog ni. Ada la dekat 5 tahun gitu. Macam tak caya je pejam celik dah dekat 5 tahun kenangan terindah dalam hidup aku di Unisel tu dah berlalu... 

Tak rindu pun kat kawan2. Ye lah, budak nakal macam aku mana ada whatsocalled "bff" kat sana. I'm just a normal engineering girl yang comot & tah apape. Peminat pun takde. Yang minat moto aku ramai la dulu. Aku rindu life dulu je. Lepak rumah budak kelas, main kad sampai subuh, tak ngaku diri sendiri pompuan, dan lain2... Masa tu memang takde sorang pun budak kelas aku berkenan nak introduce kat mak dorang sebagai bakal menantu. Hahaha...

Tapi skang lagi la aku tak percaya yang aku dah jadi bini orang. Long distance pun, long distance la... Orang lain long distance kurang2 pun sebulan sekali boleh jumpa mesra2... Aku? Harap facetime je lah... Pastu manjang syahdu layan lagu jetlag... Its okay, 9 bulan lagi je tak lama :)

Again! Aku macam tak percaya... What? 9 bulan lagi... For real and finally I will be waking up next to my beloved husband. Tapi selain bangun pagi sebelah husband, kena jalankan tugas sebagai student balik. Thank you so much to Northumbria University because they're still holding my application due to some circumstances during my documentation preparation... They've been notified by the way.

Tak sabar pulak rasenye nak jadi student balik, di tempat orang, dengan husband sendiri, ishh... Kene sabar banyak2 Aslina... Tak lari gunung dikejar. Kekadang rasa nak skip semua, dan terus je ke chapter disisi suami. Haha gedik sial... 

Aku tak tahu siapa yang akan baca ni, tapi tak mustahil korang yang baca akan muntah warna pelangi kalau aku teruskan elaborate perancangan aku untuk yang lepas bulan September taon depan... 

Camtu lah aku. Kejap excited, kejap takut, kejap nervous. Tiap2 hari, first thing in the morning, kalo husband tak call, confirm aku akan bangun dengan muka confuse tanya diri sendiri... What the hell am I thinking and is this the right choice that I've been made? Tak tahuuuu... 

Entahla nok, just go with the flow je lah. 
Eh ngantuk plak tetiba. Kite tido dulu k, papapai....