Katering
Katering ni aku start cari dalam bulan hujung bulan Febuari 2016. Masa tu untuk majlis September 2016 tu... Itu pun bukan berdasarkan pergi kenduri sapa-sapa kutip name card catering... Taaakkkk...!! Nehiii...!! Aku bukak instagram je cari... Cari punya cari, sebab bajet nak buat kenduri kecik-kecik je dalam kurang dari 500 orang, so terjumpa la catering ini...
Mar Catering...
Instagram: @mar.catering
Facebook: https://www.facebook.com/marcateringsg2
Sebabnye? Dalam banyak-banyak yang aku survey, dorang ni je offer paling murah sekali pakejnya untuk 500 orang. Siap tak payah pening nak cari khemah la, kuih-muih la dan sebagainye. Ni pakej yang aku ambik.
Not bad la kan... Yang handle catering ni pun friendly... Sebab takde nak bising-bising masa aku mesej cakap nak tengok harga dulu, pastu baru nak book. Mahupun bila aku mesej cakap yang kenduri postponed ke 7 Januari 2017. Haa... Kalo katering lain, mau berjela aku kene bebel dulu sebab bagitau tukar tarikh dalam masa kurang dari 3 bulan sebelum tarikh awal rancangan majlis.
Dan katering ni jugak flexible sebab awal-awal masa book, dia mintak deposit RM300 je. Aku rasa aku just whatsapp dia nak book dalam 25 atau 26 Febuari tu, pastu nak bayar, dalam 2 atau 3 Mac kot baru bayar deposit. Aku tak bank-in, in fact, abang aku pergi usya-usya dulu... Dah yakin sikit baru bayar... Pastu awal April aku topup lagi RM200. Pastu cerita tangguh. Pastu aku ignore...
Bulan Ogos camtu abang aku pulak sambung bayar RM1000. Pastu bulan December dekat nak hujung-hujung jugak la baru settle lagi RM2200. Pun ihsan abang aku jugak... Hihihi... Dorang still tenang je dengan client yang spesis apa benda pun dekat last minute baru settle... Adoiyaii... Serious la kalau katering lain mau dah kena hingaq kaw-kaw dah... Macam IIUM Confession punye page haritu kata katering depa nak duit 2 bulan sebelum majlis musti settle semua...
Masa bulan Nov-Dec 2016 kecoh jap pasal katering lari, katering menipu, tapi aku bolayan... 100% aku percaya catering ni. Food testing pun tak pergi. Haha. In the end,
ALHAMDULILLAH, SEMUA ORANG PUJI SEDAP...!!
Terliur aku dengar biras-biras dan adik ipar aku cerita karipap sedap laa... Lauk-lauk semua best-best la... Mee kari pun sedap. Eh mee kari tu mak ndak aku yang buat. Hehe... Aku je tak dapat rasa sangat semua tu sebab kelaparan dari subuh sampai ke malam. Masa makan beradap pun tak lalu nak makan sangat sebab perut dah masuk angin ðŸ˜
Mar catering memang best. Abang aku siap mintak name card dorang lebih-lebih sikit untuk recommend kepada sepupu-sepupu, saudara-mara yang nak buat kenduri... Harga dorang ni serious berbaloi. Nak pulak time-time camni orang cari jalan nak jimat belanja je...
Makan beradap dan kek juga katering ni sediakan. Nampak pengantin yang kelaparan... Hahaha... Sampai kamera pun tak pandang. Tu yang kena bahan sampai tergelak-gelak tapi cover tu...
Sebab tu aku tak guna khidmat wedding planner. Sebab kita boleh mix-match ikut budget. Tapi not advisable. Bapak ah letih habaq hanggg... Pasalnye handle almost 80% secara sendiri. Nak harap husband, dia boleh bagi pandangan je lah. Nak harap family abang aku, abang aku sorang je yang rajin follow-up. Itu pun sebab aku bercerita. Orang lain mana ambik port sangat...
Henna
Henna ni pun aku gigih heret tunang aku pegi kedai henna dekat Little India sana. Maaf la aku lupa nama kedai dia. Tapi dia ada 2-3 file corak-corak henna untuk tangan. Hehe. Aku buat kat tangan jeee... Pastu amik yang simple tapi nampak la jugak ada henna ditangan... Kalau tak nanti orang bising pulak... Awal-awal aku plan nak cari kat pasar malam je, tapi takleh expect kan, entah-entah orang lukis henna tu tak datang haritu ke pasar malam kan dah haru??
Lagipun petang tu pukul 6-7 malam kitorang ada fitting baju sanding, so tak sempat la kot nak terkejar-kejar ke pasar malam...
Ni la dier henna yang dah siap dilukis, tunggu kering, maka boleh kopek-kopek dia punya yang kering-kering tu... Harga untuk sepasang ni cuma RM20 je. Sebab kau cakap kat dia suka-suki nak lukis henna sambil berlagak ala-ala tourist. Biasa untuk kahwin-kahwin aku dengar ada sampai RM50 pun ada... Huu...
Yang atas tisu tu yang aku kopek-kopek sebab geram tengok dia terangkat-angkat sebab dah kering. Haha... Masa ni husband aku sibuk nak makan nasi kandar. Aku macam biasa tak lalu nak makan... Punca dia, order roti canai, roti canai takde, pagi je... Order megi goreng, takde, lepas Jumaat baru start buat goreng-goreng... Huhu... Lapar laa akuu... Sudahnya pukul 7 malam baru makan mee sizzling kat Giant Bayan Baru...
Cincin
Cincin ni kitorang beli last minute dekat Kompleks Bukit Jambul. Itupun asal ada je orang cakap. Sebab kitorang dah malas nak fikir, budget pun macam dah tahap maximum je pasal masa tu baru lepas bayar RM600 untuk baju sanding dan mekap...
Ni je la gambar cincin yang nampak pun. 2-2 silver. Malas nak fikir. Jangan kecam pulak sebab cincin kitorang katanya macam takde nilai, masa kedepan-kedepan takleh gadai. Gile ape walau sengkek camner sekalipun, aku takkan gadaikan barang-barang pemberian orang kat aku... Sebab aku ni sentimental sikit orangnya... Tengok la kasut yang husband aku bagi 5 tahun lepas, walaupun dah rosak, aku simpan lagi (sebenarnya tatau bila nak hantar pegi repair)...
No comments:
Post a Comment