Tuesday, July 30, 2013

Kad Kahwin

Ni semua gara2 Mardziah la ni post gamba kad kahwin berbentuk bil elektrik. Maka terus aku kemain semangat google macam2 jenis kad kahwin untuk sepanjang tahun 2013 ni... 

Semua gambar2 adalah hasil pencarian dalam Google. Aku tak edit langsung, so terima kasih bebanyak kepada yang share dalam Google agar senang mencari. Ni saje suka2 je pun.

Kad kahwin bil elektrik.

Kad kahwin Google inspired (tapi da tukar daa)

Kad kahwin berbentuk pasport + tiket flight

(MAS tak mintak komisyen ke gune logo ni?)

Kad kahwin instagram

Kad kahwin fesbuk 

Kad kahwin twitter

Kad kahwin youtube

Kad kahwin skype

Kad kahwin pembalut coklat




Kad kahwin kipas


Kad kahwin puzzle (jenuh ok!)

Kad kahwin scrabble

Kad kahwin google chrome tab

Kad kahwin disket (gila olskool)

Kad kahwin tuxedo

Kad kahwin BBM

Kad kahwin buku skolah 

Kad kahwin tiket bola

Kad kahwin tiket F1

Kad kahwin wayang gamba

Kad kahwin poskad/sampul surat


Kad kahwin surat khabar

Kad kahwin versi CD

Kad kahwin iphone

Kad kahwin bentuk cek



Kad kahwin bentuk road-tax

Paling tak tahan...

Kad kahwin angry bird pon ade!!

Tapi tak celen kad kahwin zaman2 abang aku dengan kakak ipar dulu... Aku la tukang design kerawang2 semua. Alaa jenis guna kertas A4 pastu lipat 4 tu... Tapi takde dah contoh. Haha. 

Memang sep gila la kad zaman abang aku dulu. Pegi print satu cantik2 dalam kertas warna putih, pastu antar gi kedai fotostet bebanyak dekat kertas kaler. Kertas kaler tu lak bawak sendiri. Kalo orang buang pun tak ralat sangat. Masa tu fotostet baru 2 sen sekeping. 

Cuma aku terfikir... Aku baru je buang kebanyakkan surat2 atas meja aku ni include kad kahwin orang. Banyak kot aku buang. Nak simpan buat apa ye tak? Agak2 korang ralat tak kalo buat kad kahwin cecantik, tapi orang buang je lepas kenduri abes.

Tetiba aku rasa macam pembaziran. Hurmmm...

Monday, July 29, 2013

Pemandu Biadap

Sape jumpe atau pemandu bodoh tu sendiri terbaca blog ni, sila contact aku dengan kadar segera. Nak buat perhitungan sebab keta aku calar kerana kebodohan dan kedegilan dia. 

Pemandu bodo je menyelit dari tepi, tak bagi signal, main himpit2. Macam la dia sorang je yang puasa kat dalam Penang ni...

Ni la rupe si bodoh terbabit. Keta jenis wira kaler gelap, staff USM kot, mungkin, coz aku nampak sticker USM kat keta tu, no plet keta DBH 6981. 

Sorry, so far aku tak penah label orang bodoh, tapi pompuan ni bodoh tahap maximum. Dah la buat keje bangang himpit keta sebab nak potong line, signal tak bagi. So, aku pun hon mcm orang gila. Ada aku kesah dia malu? 

Ni kesan calar kat keta aku sebab kebodohan dia... 
Mesti malu gila sapa yang penah ajar pompuan ni memandu. Skolah memandu mana tah ajar dia boleh menyelit untuk potong line. Orang lain beratur kemain panjang lagi. Macam la dia sorang je nak cepat. Dia ni kira nasib baik la sebab aku tengah charging phone masa tu. Kalo tak, masuk keek pasal pemandu biadap dah dia ni.

Sunday, July 28, 2013

Edit gamba lagi


Haha. Paling latest. Actually banyak gamba yang da edit. Maklum la. Mana dapat nak bergambar bersama2. Edit pon jadi lerr...

Perit jugak kekadang long distance relationship bila aku free, dia bz, dia free, aku lak bz... Haish... Kalaula Newcastle Upon Tyne tu dekat macam Singapore, dah tentu tetiba aku hilang ke sana. Atau dia ke sini. Ini... 19 hours flight... Cost??!!! 

Bleh bikin aku gile. Hihi. Aku bukan la kaya sangat pun. Marilah kita teruskan perjuangan kumpul duit sampai hujung tahun ni. InsyaAllah ade rezeki, sape yg follow instagram aku, leh la layan gamba kalo2 aku dapat jumpe dier. Hehe ;-P

Hari yang Bosan

Actually banyak nak share kat sini... Lebih2 lagi pasal trip2 yang aku dah pegi. Hehe. Trip bajet orang cakap. Tapi cam malas plak. Haha. Aku gile gak berjalan2 ni. Cuma tahun ni, dari bulan ni sampai bulan December nanti aku senyap sket kot tak pegi memana. Haha. Bajet lari sikit weh :'(

Penat lak harini. Semalam sampai pukul 3 pagi kemas baju kekonon nak bagi kat orang, nak minimize baju2 dlm almari... Tapi satu plastik besar kuar pun macam tak surut pun baju kat dalam almari tu. dah la ada 6 pasang kain blom jadi baju ni ha. Adeihh... 

Harini masih lagi tinggal aku ngan Meow tu. So memang bosan la. Dia pun bosan. Tengok tv je harini. Haish bosan... Bosan...

Nak kuar, redup lak kat luar macam nak hujan. Da la ade moto je. Haish... Incik Jep lak maybe tengah tido lagi. Baru pepagi sangat kot kat sana. Semalam gig dia sampai pukul brape... Haishhh...

Gila la bosan harini.

Sunday, July 21, 2013

Kanak-kanak ditinggalkan

Lately, aku rasa dah 4 hari berturut aku dengar berita pasal kanak2 umo 6 tahun kebawah ditinggalkan bersendirian oleh parents dorang. 2 dalam keta, 2 kat rumah. Malangnya yang dalam keta ni sorang meninggal. Al-fatihah.

Yang kena tinggal kat rumah pulak, 2-2 kepala tersangkut kat jeriji besi tingkap, bermeter2 dari aras tanah. Punca dia sebab dorang bosan dalam rumah, pastu nak keluar. Itu pun mujur jiran terdengar dorang menangis sebab kepala tersangkut. Bayangkan kalau terlepas. Bayangkan apa yang orang ramai akan jumpa atas tanah nanti? Mayat dengan kepala bersepai.

Kite takyah la nak menuding jari siapa salah, kenapa jadi camni semua... Persoalannya, rapat ke tidak kita dengan jiran tetangga kita? Kenapa awal2 tak mintak tolong je tengokkan kalo emergency sangat... Apa la sangat hulur sikit2 sebab nama pun kecemasan kan, tak dapat hantar ke rumah pengasuh ke, sementara nak cari pengasuh ke... Hurmm...

Kalo alasannya tanak percayakan jiran, takut2 jiran adalah pedofile, pembunuh kanak2, etc, maka... Selamat lagi ke Malaysia ni? Mana nilainya hidup seorang kanak2... 

La Tahzan

Aku post bende ni kat fb. Share dari org lain. Tah berapa layer dah share pun tatau ler...

....
Pastu ade lak kan like, dan komen. 


PHD - perasaan hasad dengki kot bukan pizza hut delivery (sorry kalo sesape terbaca post ni tengah2 hari buta)

Pastu aku terfikir... Eh, bukan yang komen tu pun penah tanye bende yg lebih kurang ke? Hurmmm... Hihi!

P/s: Aku dah pandai edit nak hide nama orang dan muka orang. Tak semua orang suka kena expose dalam blog, ye tak...

Saturday, July 20, 2013

Dia dan dinosaur

Hadiah yg aku pos dah selamat sampai kepade incik buah hati. Maka tadi facetime aku cuma mampu bercakap dengan dinosaur berbentuk pen yang dihadiahkan kepada beliau. =.="


Huhu... Ingatkan dia tak suka hadiah tu. Maklum la haritu iye2 je cakap tak suka sangat dapat hadiah besday, tapi orang yang suka bagi, nak plak hadiah pen kepala dinosaur kan macam bebudak sket. Huh, takleh blah statement. Tapi jauh kot pen tu datang. Dari Universal Studio Singapore. Penat tau pikir nak beli apa untuk dia haritu. 

So harini, dalam 10 minit pertama, aku tengok drama haiwan2. Rupanya dia ada banyak collection bende2 merepek camtu okey!! Kira tak silap pilihan jugak la aku bagi pen camtu... Hehe...

Ada harimau, monyet, princess, finding nemo, dan dinosaur yang aku bagi. Boleh imagine tak drama apa yang aku tengok sebenarnya? Haha. Tu memang misteri, sebab aku pun layan je tatau hujung pangkal. Tapi ending tu, dinosaur kissing ngan harimau. Memang aku tak paham =.="

Actually saje call. Sebab dari akhir bulan Jun haritu asik dier je call aku. Dah la call time aku baru pas mandi tengah siap2 nak pegi keje. Aku cakap jangan call lagi sbb aku baru nak cari baju, laju je dia call. Eleh, macam la dapat tengok aku berkemban. Bahahaha. Senget betol.

Dier menang another singing competition. Tu ape yg dia msg tengahari tadi la.


Msg aku dulu sebelum post kat fb. Post la kat fb, bila boring baru aku stalk wall dia. Memang nampak la selalu kalo kat fb dia, mcm aku la manusia paling lambat dapat info. Padahal apape, share ngan aku dulu. Hehe. Pastu kalo post apape, kalo dia perasan aku lom bukak fb ke hape, laju je antar reminder kat aku. Padahal aku rajin je bukak fb. Tengok timeline je la. Timeline aku kan agak fun. Ni semua pengaruh sukan star ngan persatuan salah cakap la nih. Tak pun slalu pegi merepek komen/like kat post kengkawan... Tapi malas ah nak layan fb sangat. Wat sakit jiwa je.

Best kan ade bakat nyanyi ni... Senang2 je menang... £500 lak tu. Kalo convert ke RM dah jadi +/-RM2500. Pastu next months sampai ke taon depan dia start busy. Aku pon terpaksa la pura2 busy jugak walaupon sebenarnya aku lebih busy main candy crush. Ye lah sampai kene sound dengan kengkawan. Whatsapp aku, 4 jam kemudian baru aku reply. Tu pun kalau ingat nak reply. Nasib baik incik Jep memahami kegilaan aku ngan candy crush. Reply msg esok pun takpa katanya... Haha. Sentap iolls!

Sunday, July 14, 2013

Rindu...

Rindu pada yang dah takde ni kemain sakit rasanya... 

Hari2 aku rasa erghhh tengok update2 kat fb cakap berbuka mak masak itu ini, satu family...

Aku?? 

Hurmmm...

Agak2 kalo raya kalini aku buat gile sikit kan, kene kuntau dengan Angah tak?

Seriously aku rinduuu sangat nak beraya dengan orang yang bergelar mak ayah...

Nak plak dengan situasi aku ni kan... Sape yang tau tu, tau lah... Mana penah aku amik cuti raya... Boleh agak kan apesal? 

Maklum la, raya kedua je aku terus jem sebab kena beraya sesorang. Cuti raya kali ni lama weh!!! Sampai ahad la aku blur atau meroyan kang... 

Sunday, July 7, 2013

Kaki tido tegar.


Mana2 pon aku bleh tido. Lama ni. Sejam aku lena camni. Abang aku pon salute sebab biasa paskal je buat camni. Dia tatau adik dia ada talent tido di mana2. Kat opis je aku jarang tido. Tipu la kalo cakap tak penah kan? Haha. 

Abaikan kaki yang huduh. 

Serious stress semua hilang. Cuba la belajar apungkan diri kalo tak pandai berenang pun. Banyak benefit okeh!

P/s: orang GEMUK je pandai terapung camni. Semulajadi. Orang kurus? Mana boleh terapung senang2 camni... Paling2 pon kne kayuh2 kaki dalam air. Bahaha. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...