Saturday, July 20, 2013

Dia dan dinosaur

Hadiah yg aku pos dah selamat sampai kepade incik buah hati. Maka tadi facetime aku cuma mampu bercakap dengan dinosaur berbentuk pen yang dihadiahkan kepada beliau. =.="


Huhu... Ingatkan dia tak suka hadiah tu. Maklum la haritu iye2 je cakap tak suka sangat dapat hadiah besday, tapi orang yang suka bagi, nak plak hadiah pen kepala dinosaur kan macam bebudak sket. Huh, takleh blah statement. Tapi jauh kot pen tu datang. Dari Universal Studio Singapore. Penat tau pikir nak beli apa untuk dia haritu. 

So harini, dalam 10 minit pertama, aku tengok drama haiwan2. Rupanya dia ada banyak collection bende2 merepek camtu okey!! Kira tak silap pilihan jugak la aku bagi pen camtu... Hehe...

Ada harimau, monyet, princess, finding nemo, dan dinosaur yang aku bagi. Boleh imagine tak drama apa yang aku tengok sebenarnya? Haha. Tu memang misteri, sebab aku pun layan je tatau hujung pangkal. Tapi ending tu, dinosaur kissing ngan harimau. Memang aku tak paham =.="

Actually saje call. Sebab dari akhir bulan Jun haritu asik dier je call aku. Dah la call time aku baru pas mandi tengah siap2 nak pegi keje. Aku cakap jangan call lagi sbb aku baru nak cari baju, laju je dia call. Eleh, macam la dapat tengok aku berkemban. Bahahaha. Senget betol.

Dier menang another singing competition. Tu ape yg dia msg tengahari tadi la.


Msg aku dulu sebelum post kat fb. Post la kat fb, bila boring baru aku stalk wall dia. Memang nampak la selalu kalo kat fb dia, mcm aku la manusia paling lambat dapat info. Padahal apape, share ngan aku dulu. Hehe. Pastu kalo post apape, kalo dia perasan aku lom bukak fb ke hape, laju je antar reminder kat aku. Padahal aku rajin je bukak fb. Tengok timeline je la. Timeline aku kan agak fun. Ni semua pengaruh sukan star ngan persatuan salah cakap la nih. Tak pun slalu pegi merepek komen/like kat post kengkawan... Tapi malas ah nak layan fb sangat. Wat sakit jiwa je.

Best kan ade bakat nyanyi ni... Senang2 je menang... £500 lak tu. Kalo convert ke RM dah jadi +/-RM2500. Pastu next months sampai ke taon depan dia start busy. Aku pon terpaksa la pura2 busy jugak walaupon sebenarnya aku lebih busy main candy crush. Ye lah sampai kene sound dengan kengkawan. Whatsapp aku, 4 jam kemudian baru aku reply. Tu pun kalau ingat nak reply. Nasib baik incik Jep memahami kegilaan aku ngan candy crush. Reply msg esok pun takpa katanya... Haha. Sentap iolls!
Post a Comment