Sunday, July 21, 2013

Kanak-kanak ditinggalkan

Lately, aku rasa dah 4 hari berturut aku dengar berita pasal kanak2 umo 6 tahun kebawah ditinggalkan bersendirian oleh parents dorang. 2 dalam keta, 2 kat rumah. Malangnya yang dalam keta ni sorang meninggal. Al-fatihah.

Yang kena tinggal kat rumah pulak, 2-2 kepala tersangkut kat jeriji besi tingkap, bermeter2 dari aras tanah. Punca dia sebab dorang bosan dalam rumah, pastu nak keluar. Itu pun mujur jiran terdengar dorang menangis sebab kepala tersangkut. Bayangkan kalau terlepas. Bayangkan apa yang orang ramai akan jumpa atas tanah nanti? Mayat dengan kepala bersepai.

Kite takyah la nak menuding jari siapa salah, kenapa jadi camni semua... Persoalannya, rapat ke tidak kita dengan jiran tetangga kita? Kenapa awal2 tak mintak tolong je tengokkan kalo emergency sangat... Apa la sangat hulur sikit2 sebab nama pun kecemasan kan, tak dapat hantar ke rumah pengasuh ke, sementara nak cari pengasuh ke... Hurmm...

Kalo alasannya tanak percayakan jiran, takut2 jiran adalah pedofile, pembunuh kanak2, etc, maka... Selamat lagi ke Malaysia ni? Mana nilainya hidup seorang kanak2... 
Post a Comment