Monday, February 28, 2011

Quick Update.

Sebelum test DCS pukul 3 ni.

Actually ni life untuk student engineering yang jenis amik engineering course yang tahap berani mati.


Untuk semua bakal-bakal engineer... Kebanyakkannye macam ni lifestyle dier.
See... Bukti. Mana ada bakal-bakal engineer ade mase nak curang-curang atau kuar flirt dengan orang lain. Hehe. :P

Bleh klik untuk saiz sedap-sedap mata memandang.

Saturday, February 26, 2011

Random #60

Barang sape nak cari wife memang jenis super-duper pandai masak dan educated, sila la stalk-stalk kawan-kawan anda yang blaja nun jauh di luar negara. Nescaya tak mengecewakan perut dan tekak anda.

Wakakaka... Aku lupa sapa punya statement ni. Tapi sumpah memang takleh blah ah. :D

Friday, February 25, 2011

Perempuan Dan Beg Tangan

Pernah tak korang terfikir apsal pompuan suke sangat bawak beg ke sana-ke sini?? Tak kisah la handbag ke, bagpack ke, apa jugak jenis beg... Beg mengkuang pun buleh je join the club kalo korang sanggup nak usung ke sana- ke sini :D

Bukan pompuan dewasa atau bajet-bajet remaja je yang suka bawak beg... Kanak-kanak pompuan pun ada jugak suka bawak beg jugak. Macam ni; Angelina Jolie dengan anak angkat dia. Huhu. Stylo kan? Confirm beg mahai habaq hangggg~~~!!!

Gambar : Pakcik Gugel

Gambar : Pakcik Gugel

Ada tahap bawak sebesar-besar alam macam ni pun ada. Pernah tak korang terfikir kenapa?

Meh sini aku nak cerita sebab-musabab kenapa pompuan suka bawak beg pegi mana-mana. Sebab aku pun pompuan yang kadang-kadang suka jugak usung beg. Maka aku tau laa... *Sambil feeling-feeling gegerl*


SATU

Senang nak bawak macam-macam barang dalam beg tu. Pernah tak korang nak selongkar beg seorang pompuan? Macam-macam ada wooo... Macam ni... Ni contoh je tauuu... Kebanyakkan pompuan typical memang ada la semua-semua ni. Korang try la google pasal orang-orang yang terpaksa buat tag tunjuk apa benda dalam beg depa. Tapi aku tak camni... Never... Never... Not so me lehhh... Sebab aku punye beg bukan semua benda dimintak ada je... Tapi ada budak ni aku pelik gila tengok dia. Mintak laa apa pun semua ada dalam beg dia. Macam poket doremon pun ada. Mejik betul.

Gambar : Pakcik Gugel

Tapi sebab habit pompuan bawak beg ni laa yang lelaki pun kadang-kadang slambe je refer pompuan tu sebagai kaunter barangan. Tapi bila cakap mende yang dorang mintak tu takde... Kutuk bagai nak rak. Ape jenis tak reti nak bersyukur ke hapa? Huhu... Next entry aku citer pasal apa benda dalam beg aku... Nak cerita kat sini panjang sangat. Bahahahaa...!!


DUA

Sebab kedua pompuan suka bawak beg adalah....

Beg merupakan elemen penting kalo-kalo terpergi ke tempat yang tak pasal-pasal kene duduk. Tambah plak orang yang jenis ada extra tyre spare tang perut macam aku ni... Korang orang lelaki mana tau beg tu adalah penyelamat keadaan di mana tak semua umah orang atau tempat mana-mana ada bantal kecik untuk cover perut bila duduk. Bhahaha... Penampilan tu penting baiiii~~~!!!

Err... Selain tu untuk cover tido camni pun ade jugak. Nampak laa sopan sikit kannn... Tido bertongkatkan beg sambil mendagu. Phergh, nama!

Gambar : Pakcik Gugel


TIGA

Ada setengah orang tu dia rasa macam tak biasa kalo takde bende nak pegang/peluk. Kira untuk cover nervous laa nih. Terutama bila first time kuar dating dengan jejaka idaman Malaya. Takkan nak bawak buku kat perpustakaan plak kan untuk cover nervous? Lain la korang dating dekat library. Atau bawak bantal busuk tengah-tengah nak kuar dating dengan buah hati. Kau sanggup ke nak usung bantal busuk semata-mata nak cover nervous? Ada jugak setengah orang siap buat-buat masukkan kepala dalam beg kalo nervous. Konon-konon buat check-check barang. Heppp!!! Jangan gelak!!! Beliau bukan la keturunan burung unta, tapi segan habaq anggg... Dan salah sorangnya adalah aku. Mueheheh... Sebab tu aku suka bawak bagpack pegi mana-mana. Senang nak cover muka dengan buat-buat cari barang sampai terperosok kat dalam. :D

Gambar : Pakcik Gugel

Lebih teruk dari gamba ni pun biasa jeeeee... Hihi... Ye, aku memang cepat nervous... :D


EMPAT

Ok. Ini biasa-biasa je... Pernah tak korang beli-belah barang macam kecik-kecik tapi tiba-tiba budak cashier tu bagi beg plastik super besar? (Sebelum kempen kurangkan beg plastik dipraktikkan). Atauuu... Pernah tak korang beli barang, tapi barang tu dia bubuh dalam paper bag takde tangkai? (Setelah kempen kurangkan beg plastik dikuatkuasakan). Rasa tak best kan nak usung barang-barang dengan beg plastik sengal tu? Tambah plak kalo beg plastik warne merah tu. Macam transparent je. Macam senang kantoi je ko beli hapa kan? Pastu terasa orang usya-usya ko sambil mengumpat ko beli barang murahan. Sini laaa kegunaan beg... Beli, amik simpan je dalam beg yang kita senang usung ke hulu- ke hilir :D

Lebih-lebih lagi bulan puasa laa... Senang beli makanan nak sorok dalam beg. Eh, applicable untuk orang yang takleh puasa sebab alasan kukuh je tau??!!

Tak pun pegi kenduri bleh amik bunge telur banyak-banyak. Lebih-lebih lagi gule-gule. Buat stok tahan ngantuk dalam kelas. :D

Ok. Part ni lelaki juge suke hati mengambil kesempatan untuk menumpang simpan wallet atau apa juga barang yang dia bawak dalam beg pompuan. Ada jugak lelaki jenis suka bawak beg. Tapi sikit benau la. Majority suka berlengang-kangkung. Kecuali bila dibuli awek suruh bawakkan beg. Hihi. Padan muke :D


LIMA

Ok, ini feveret. Dan sebenarnye habit paling jahanam yang pernah wujud dalam sanubari ini. Eleh... Jangan cakap korang tak penah buat laaa... Tipu letteewww...

Antara kelebihan bawak beg besar-besar ni adalah...

Mesti korang pernah kan buat komplot konon-konon terambik sos cili Thai kat KFC??? Bhahaha... Kenangan tu beb... Membe aku selalu buat keje nih. Aku plak tukang offer beg je. Huhuh... Sebenarnye tak baik. Tapi tatau apsal ramai je suke wat hal camni. Tak baek la weh. Hehe.

Tapi aku ada habit lain. Beli makanan luar bawak masuk dalam panggung wayang menggunakan beg sendiri yang besar tu.

Jangan korang tatau yang aku ngan membe aku lagi 2 orang tu selambe je bawak nasik bungkus makan dalam panggung wayang kat Klang dulu. Elok plak time kitorang tengok citer tu memang kitorang 3 orang je dalam tempat tu. Apa lagi? Buat macam umah sendiri laa... Makan nasik bungkus tak tengok kiri-kanan. Aku rasa brader nak check hall cinema lepas orang blah mesti pelik bila masuk cinema hall tu lepas kitorang kuar. Bau kari kuat sangat tertinggal kat dalam. Wuahaha...

Memang true la kaki smuggle makanan. Banyak kali jugak la buat keje ni. Smuggle sushi, smuggle McD, smuggle KFC, smuggle yong tau foo pun penah. Bukan ada orang nak check pun. Cuma orang sebelah-menyebelah je la kot hangen je sebab kenduri makanan tak ajak dia. Hihi...

P/s: Entry ni sebenarnye takde faedah pun. Cume nak isi masa lapang mengupdate je. Hehe.

Thursday, February 24, 2011

Hahaha...

Ada jugak orang google "jantina ikan flower horn" dengan "contoh-contoh benda konkrit berbentuk kubus" bleh sesat sampai ke blog aku.

Bwahahaha...

Apa daaa... Ada penah ke aku citer pasal mende-mende ni semua dalam blog?

Bwahahah~~!!!

Monday, February 21, 2011

Runsing + Keliru

Tak suka termenung. Tapi macam kena termenung. Termenung pikir habis-habis untuk harini sampai pertengahan bulan Mac.

Berdebar, runsing, keliru semua ada. Dah la Khamis ni test lagi. Nasib baik tak sibuk macam semester lepas. Tapi dia punya penangan buat runsing tu macam lagi dahsyat dari semester lepas. Entah kenapa rasa betul-betul tertekan.

Da cuba tarik nafas panjang-panjang dan hembus, pejam mata, tapi masih jugak tak reda-reda. Time-time bermasalah macam ni apa benda plan nak buat pun semua berserabut...

Nak cuba cari ketenangan lagi.

Oh ye. Ada sorang awek tu muka dia buat aku rasa nak tumbuk-tumbuk je. Sama geram aku kat dia macam aku geram kat kucing parsi muka kemek. Tolonglah~!!

P/s: Sapa-sapa rasa dia banyak masa lapang dan rasa nak bagi nasihat, sila la tinggalkan nasihat secara bertubi-tubi dalam ruangan komen kat bawah tu. Akan ku akur segala jenis nasihat yang bakal diberikan. Yang mana ada no phone aku tu, bleh la cuba-cuba contact. Bebel la secara berleluasa. Aku tak marah. Korang jangan risau lebih-lebih je kalo aku takde nak cakap apape. Aku nak mendengar je.

Sunday, February 20, 2011

Wah... Wah... Wah...

Aku tak sure ade yang perasan atau tak pasal countdown tepi tu...

Itu namanya mengada-ngada buat. Maklum laa kan dalam tahun ni kan kemain sampai 4 tarikh cantik-cantik seperti 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, dan paling orang aim... 11/11/11... Dengar-dengar ramai je nak kawen time tu.

Touching tak kalo aku cakap aku countdown tarikh tu untuk kawan-kawan aku. Kawan-kawan skolah rendah plak tu. Yang uniknye dorang ni siap plan nak share buat majlis reception sama-sama walaupun sepanjang aku kenal dorang ni bukan la kawan baik sangat time skolah dulu. Bukan la dorang ni selalu bergaduh ke apa... Tapi tak la sampai tahap macam kawan baik jenis serba-serbi nak share. Cume agak terkejut bila dengar wedding dorang nak share reception skali... Tak marah ke wife dorang nanti? Hiks!!

Hah. Touching tak? Touching tak? Aku siap buat countdown untuk dorang lagi. Tapi saje la aku letak tarikh tu sebagai target aku ke-3. Apa benda aku target? Aku berharap sangat time tarikh cantik-cantik macam tu konon-konon ade la kot something yang best-best terjadi. Ok ini over. Sebab sebelum ni pun tahun-tahun lepas-lepas pun ada jugak aku countdown sampai ke tarikh cantik-cantik tapi saje senyap. Entah apahal tahun ni over plak.

Mungkin jugak bleh berfungsi sebagai reminder untuk pegi majlis kawan-kawan yang rata-rata da confirm sangat nikah tarikh tu. Tapi bila dah ramai sangat... Hmmm... Mampus aku nak buat pilihan mana nak pegi nih. Kene plak kalo aku da keje, tarikh tu plak kene keje... Adoyaiii... Ampun maap je la dapat ku pohon dari kejauhan.

Nak aku teruskan lagi?

Tarikh tu sebenarnye jugak aku da plan nak pegi bercuti. Dalam negara ke luar tu belum pasti lagi. Tengah survey-survey tempat mana best-best... Tak kisah la family abang aku nak ikut atau aku pegi sorang-sorang, terpulang. Tapi rasanya aku nak merasa merantau sorang-sorang :D Lagipun ada kawan aku dari dulu lagi suruh aku pegi melawat dier dan masalahnye aku tak sampai-sampai lagi ke tempat Cik Hajar tu. Jangan dia da abes study time tu sudah laa... Kempunan aku. T___T"

Atau... Mana best?? Hehe... Ramai je kawan-kawan aku bleh pegi melawat nih :D

Apape pun doakan aku abes semester ni dan dapat keje best-best supaye bleh pegi berjalan-jalan pade tarikh yang aku puja-puji sebab lawa tuh. :D

P/s: Mana ada aku yang nak kawen... Pandai-pandai je...

Wednesday, February 16, 2011

Random #59

Flora... Kucing... Aku tules babies ke?? Hahaha... Sebab aku rasa dia half-half manusia kot.

Patutnye kittens.

Ok la nak tido. Hujan ni. Syiok wooo... Tunggu orang online tak muncul-muncul... Sibuk sangat agaknye. Aku pun sibuk jugak. Tapi saja buat-buat free. Gila kan? Jangan tiru perangai aku :D

Sunday, February 13, 2011

Flora Da Ade Babies~~!!!

Mujur aku terasa nak balik jugak-jugak petang tadi dari Shah Alam. Mujur. Mujurrrr sangat...!!

Flora da beranak... So far baru 3 ekor laa... Mungkin memang 3 ekor pun kot anak dia seperti yang osmet aku predict haritu. Aku pulak mati idup balik laa tak berani nak pegang-pegang rasa perut Flora. Tunggu kandungan da besar nampak sikit macam ombak-ombak baru aku berani nak pegang.

Lepas tu jadi suka plak pegang perut dia sebab ada benda tendang-tendang.

Esok besdey Flora yang pertama. Esok dia berusia setahun. Bajet la dia setahun. Sehari sebelum setahun dah beranak.

Mujur jugak dia ni dalam kategori pandai jaga anak. Makan uri semua macam kucing-kucing lain buat. Rasanya lah. Sebab aku dekat-dekat nak pitam tengok dia makan uri anak dia depan mata. Lepas tu jilat-jilat anak dia. Orang yang berpengalaman cakap sepatutnya Flora buat ape yang tersenarai seperti di atas selepas beranak.

First time weh aku tengok kucing melahirkan anak depan mata. Takut wooo dengar Flora menjerit-jerit nak bersalin. Tapi dia menjerit-menjerit ala-ala cool gitu. Takde la melampau sangat macam orang bersalin dalam drama tv tu.

Nah, untuk tatapan korang. Sori gambar tak cantik. Guna henset biasa je tangkap pun.



Aku tatau la orang cakap kalo tangkap gambar anak kucing awal-awal nanti dia mati. Aku harap-harap tu tak la. Sayang woo aku dengan dorang ni :D

Lepas tu aku upload gambar kat wall fesbuk. Bertubi-tubi plak ucapan tahniah yang aku dapat macam aku plak yang bersalin. Bwahahaha...

Seronok tengok dorang ni, walaupun tadi aku la yang paling teruk rasa nak pitam tengok benda-benda yang kuar sekali dengan anak-anak kucing ni. Huhuhh...

Kene kawal abes keliling umah jangan bagi ada lubang untuk kucing jantan yang slim-slim shady masuk pi makan anak-anak kucing ni. Sayang sangat <3 <3

Korang nak tau jantina anak-anak dia?? Tunggu lagi sebulan dua. Mungkin lepas aku tanya yang pakar. Nak harap aku? Takyah la nak harap-harap sangat. Aku tau bagi kucing makan dengan manja-manjakan kucing je. Lain-lain aku harap dia pandai sendiri. Betul, tak tipu. Dulu-dulu masa kecik-kecik aku bela kucing semua jenis pandai-pandai hidup sendiri :D

Wednesday, February 9, 2011

Penjelasan

Dari hal semalam.

Knape la hati manusia tak macam kucing eh??

Kucing tu kalo dia sayang gila dengan tuan dia, tuan dia marah siap pernah pukul-pukul pun tapi tak sampai 5 minit lepas tu still datang manja-manja kat kaki tuan dia. Seolah-olah lupa tuan dier penah pukul-pukul atau tolak dier sebelum tu. Macam takde apape.

Hmm...

Tapi hati manusia ni senang dipujuk kan??

Apsal Selalu Camtu Ye?

Warning: Entry ni ade sikit-sikit unsur jiwang. Jadik kalo tak ske sangat, bleh la tekan [x] atas tu :D


Aku pun tatau apsal camni... Tapi semenjak-dua menjak ni, kadang-kadang aku jadik cepat terasa. Orang gurau pun aku bleh cepat terasa. Apa lagi bila tiba-tiba macam serius. Susah sebenarnya bila da start sayang orang lain hingga ke tahap agak-lebih dari diri sendiri. Apa benda pun nak terasa.

Tapi rasanya salah aku jugak la kan nak letakkan diri sendiri nak buat orang sayang lebey dari kawan. Padahal tak sedar diri pun diri sendiri ni macam mana. Kadang-kadang tu cepat la sangat perasan orang suke kite padahal orang tu rileks-rileks je takde ape pun.

Aku sangke aku da bese kot dikecewakan berkali-kali. Tanpe sebab pun kadang-kadang. Entah la. Bukan tak pernah nak cuba jadi terbaik. Tapi selalunya orang mesti nak compare dengan insan yang hadir dalam hati dia sebelum tu. Sama ada lebih baik atau lebih teruk dari aku. Aku da bosan la orang nak banding-banding ni kadang-kadang. Biarpun berkali-kali jugak cakap "Aku terima kau. Walau apa pun"... Tapi...??

Sebenarnye hati aku da lama pun macam kat bawah tu. Akibat orang-orang yang terdahulu. Cuma aku takde hati nak cerita ataupun nak bandingkan sape-sape dengan orang-orang yang da lepas tu. Biar rahsia kalo boleh. Biar aku sorang je simpan. Aku suka jaga hati orang tanak langsung sapa-sapa kecik hati. Kecuali kalo da mintak sangat memang la aku cerita. Tapi biasa tak semua. Separuh jalan je. Taknak orang terasa.


Maka walau sebaik mana pun siapa-siapa je yang muncul nak menceriakan hati aku (konon), tapi dier cuma deal dengan hati yang dah berkerut seribu tu. Tak mungkin dia akan deal dengan hati yang cantik macam mula-mula tu. Dan atas sebab itu jugak hati ini mudah sangat sensitif. Rapuh. Mudah hancur berkecai. Kalo da terubat pun, bukan recover 100%. Mungkin cuma 75% berfungsi dari yang asal. Mungkin kurang. Tak mungkin lebih dari itu.

Baik aku berhenti berharap je kan? Sebab sape la aku ni nak harapkan ape yang aku nak tu jadik kenyataan. Mungkin aku suke letak harapan tinggi-tinggi sangat kot. Sebab aku takde la mengharapkan harta tahap semua keturunan tak abes makan, rupe paras kacak bergaya macam Nabi Yusuf a.s, pelajaran tahap gempak-gempak takde tanggung hutang PTPTN... Takde plak aku nak demand camtu...

Tapi tak paham aku bile orang samakan aku dengan orang yang demand mende-mende yang aku state kat atas tu. Atau kalo tak samakan pun, anggap aku nak macam tu la sebab aku lahir kat dalam kawasan yang dalam kategori bandar. Ntah. Kadang-kadang orang senang je cakap sebab dorang takleh baca apa aku pikir. Tambah plak aku takde parents macam ni... Kadang-kadang senang je orang cakap macam-macam. Da la tak penah nak pikir ape aku rase kalo dorang cakap camtu.

Eh, watpe nak peduli apa aku rasa ye tak?

Takyah pun nak bermati-matian cakap takde layan orang lain selain aku. Sebab semua pun yang pernah cakap macam tu kat aku punya jalan cerita yang lebih-kurang. Bila rasa selamat sangat sebab aku tak kisah apa pun yang dorang buat, mudah je nak pasang jerat lain. Bila da senang dengan jerat baru, terus je aku ditinggalkan. Alasan mudah. Sapa suruh tak peduli? Sudahnya, tu la balasan.

Takyah pun nak jage hati aku. Bleh je jaga sendiri. Tinggal sendiri, tunggu masa kembali dengan orang-orang kesayangan kat dunia sebalik sana nanti. Aku pun tak suke nak kongkong orang. Sebab aku tau seksanya hidup terkurung. Aku pernah je jasad terkurung, hati terkurung, hilang kawan-kawan, tapi tak berbaloi sebab lepas tu aku hilang segala-galanya. Bukan mudah nak naik balik. Bukan mudah nak cari kawan balik. Macam kera sumbang. Setia la sangat. Setia pada sesuatu belum tentu menjadi hak adalah sesuatu yang sia-sia.

Sekarang aku rasa macam bakal nak ulang kesilapan yang sama. Cuma aku harap itu bukanlah satu kesilapan. Tapi camne nak tau itu kesilapan ke tidak? Sebab semua macam samar-samar. Lepas tu plak punya plot jalan cerita yang sama macam kesilapan yang pernah terjadi dulu... Cukup la dulu-dulu tu.

Phergh. Bunyi macam kecewa gila. Tapi kenapa pulak aku susah-susah nak kecewa. Kata kawan je pun. Kawan-kawan mana ada sibuk-sibuk nak jaga hati sangat.

Sunday, February 6, 2011

Woww~~ Public Phone.

Takde gamba.

Tadi kuar pegi nak isi minyak moto konon-konon supaya esok boleh pegi kelas on time. Tapi tak jadi sebab orang ramai. On the way balik nampak la ada orang masih lagi gune kemudahan public phone untuk bergayut.

Whoaaa... Sangat oldskool ok? Kat Kuala Selangor ni masih lagi terdapat 2-3 bijik public phone yang masih berfungsi dengan baik.

Phergh. Teringat kenangan kumpul kad phone dulu-dulu. :D

Saturday, February 5, 2011

Apa Afliate-Afliate Ni?

Berapa kali nak cakap aku allergic dengan nama-nama skim entah apa-apa tu. Letak la nama apa pun... Skang da dapat promotion atas nama 'affliate' pulak. Semua tu sama lahhh... Motifnya cari orang jugak. Atau orang yang over curious mencari tukang promo tu sebab dia display gambar duit. Lebih pada saiko je. Vice-versa.

Membe aku pun guna fesbuk jugak buat duit. Tapi dia jual shawl dengan jubah. Ada yang jual kek. Ada promote cup cake. Ada jugak jual contact lens online. Ada yang jual korset. Lantak la korset tu bleh buat ko jadik superman ke apa. Ada jugak yang jadik informer pelaburan hartanah dengan emas. Osmet aku plak promote hasil fotografi supaya orang berminat nak hired dier jadik fotografer. Janji ada barang dan perkhidmatan.

Tapi kau? Ape ko buat? Jadik pengemis? Mintak orang join program yang tak ketahuan hala jual apa bendanya sebab banyak gambar duit daripada gambar produk? Takde produk kan? Gila ke apa tiap-tiap bulan bayar RM100 untuk fesbuk ni? Padahal bendanya join free je kot. Mark Zukerberg takde letak annual fees pun?

Kalo katanya nak menolong orang agar semua orang pun boleh kaya... Kenapa mesti melalui inbox?? Kenapa takde nak war-warkan dekat wall je??? Ini kat wall nak emo-emo plak saiko orang tanak berubah idup la apa... Aku tanak la tuduh ko menipu ke apa... Tapi sepanjang pemahaman aku laa... Kalo dah bendanya banyak sangat nak berahsia... Tak ke menipu namanya??

Berkat ke kalo menipu cek oiii???

Tuesday, February 1, 2011

Hihihi... :D

Currently aku agak bz nak update blog satu lagi tu. Tapi nanti-nanti la kot baru reveal. Haha. Nak reveal blog baru tu bukan sebarangan bleh reveal. Kene mintak persetujuan ramai. Wahaha. Aku bukan macam Uncle Seekers tu berani-berani je nak dedahkan citer dier ngan mantan permaisuri. Huhu....

dengki tanak letak link Uncle Seekers sebab dia tiba-tiba da ada banyak follower

So... Nanti tunggu je la blog tu. Kalo takde apape, maybe lepas besdey aku kot baru reveal. Skang baru stage permulaan. Tapi takde best sangat pun blog tu. Cuma blog pasal sesebuah perjalanan je. Jalan-jalan mana? Apadia? Haa... Tunggu... Sebab memang takleh cerita kat blog kat sini.

Pasal kalo nak cerita kat sini nanti mampus korang muntah darah baca. Ngaku je la padahal punya liat nak cerita pasal jalan-jalan kat sini. Trip pegi Singapore tu pun dah setahun lebih tak update-update.Caring jugak aku kan nak elak korang muntah darah, atau bernanah mata baca. Hehe.

Jadik jangan plak nak merusuh kalo nampak blog ni terabai. Eh, buat statement macam la orang suka baca blog dia. Haha.

Punca lain takleh update sangat:


Enter key dah kene block.

Takleh nak buat apa dah. Huhu.