Monday, February 21, 2011

Runsing + Keliru

Tak suka termenung. Tapi macam kena termenung. Termenung pikir habis-habis untuk harini sampai pertengahan bulan Mac.

Berdebar, runsing, keliru semua ada. Dah la Khamis ni test lagi. Nasib baik tak sibuk macam semester lepas. Tapi dia punya penangan buat runsing tu macam lagi dahsyat dari semester lepas. Entah kenapa rasa betul-betul tertekan.

Da cuba tarik nafas panjang-panjang dan hembus, pejam mata, tapi masih jugak tak reda-reda. Time-time bermasalah macam ni apa benda plan nak buat pun semua berserabut...

Nak cuba cari ketenangan lagi.

Oh ye. Ada sorang awek tu muka dia buat aku rasa nak tumbuk-tumbuk je. Sama geram aku kat dia macam aku geram kat kucing parsi muka kemek. Tolonglah~!!

P/s: Sapa-sapa rasa dia banyak masa lapang dan rasa nak bagi nasihat, sila la tinggalkan nasihat secara bertubi-tubi dalam ruangan komen kat bawah tu. Akan ku akur segala jenis nasihat yang bakal diberikan. Yang mana ada no phone aku tu, bleh la cuba-cuba contact. Bebel la secara berleluasa. Aku tak marah. Korang jangan risau lebih-lebih je kalo aku takde nak cakap apape. Aku nak mendengar je.

2 comments:

syufaa said...

sbr2..huhu..syufa klau tension suke men game, on9 smpai lebam..xpun tido..

epalejau said...

aku nak meset ko, nak bebel (macam yang ko arahkan)...

tapi aku taktau masalah ko ape. so aku nak bebel, aku taktau nak bebel ape.