Berapa kali nak cakap aku allergic dengan nama-nama skim entah apa-apa tu. Letak la nama apa pun... Skang da dapat promotion atas nama 'affliate' pulak. Semua tu sama lahhh... Motifnya cari orang jugak. Atau orang yang over curious mencari tukang promo tu sebab dia display gambar duit. Lebih pada saiko je. Vice-versa.
Membe aku pun guna fesbuk jugak buat duit. Tapi dia jual shawl dengan jubah. Ada yang jual kek. Ada promote cup cake. Ada jugak jual contact lens online. Ada yang jual korset. Lantak la korset tu bleh buat ko jadik superman ke apa. Ada jugak yang jadik informer pelaburan hartanah dengan emas. Osmet aku plak promote hasil fotografi supaya orang berminat nak hired dier jadik fotografer. Janji ada barang dan perkhidmatan.
Tapi kau? Ape ko buat? Jadik pengemis? Mintak orang join program yang tak ketahuan hala jual apa bendanya sebab banyak gambar duit daripada gambar produk? Takde produk kan? Gila ke apa tiap-tiap bulan bayar RM100 untuk fesbuk ni? Padahal bendanya join free je kot. Mark Zukerberg takde letak annual fees pun?
Kalo katanya nak menolong orang agar semua orang pun boleh kaya... Kenapa mesti melalui inbox?? Kenapa takde nak war-warkan dekat wall je??? Ini kat wall nak emo-emo plak saiko orang tanak berubah idup la apa... Aku tanak la tuduh ko menipu ke apa... Tapi sepanjang pemahaman aku laa... Kalo dah bendanya banyak sangat nak berahsia... Tak ke menipu namanya??
Berkat ke kalo menipu cek oiii???
1 comment:
kalau kat shah alam ni, MLM dah dapat perhatian sahol.
Post a Comment