Sunday, February 20, 2011

Wah... Wah... Wah...

Aku tak sure ade yang perasan atau tak pasal countdown tepi tu...

Itu namanya mengada-ngada buat. Maklum laa kan dalam tahun ni kan kemain sampai 4 tarikh cantik-cantik seperti 1/1/11, 11/1/11, 1/11/11, dan paling orang aim... 11/11/11... Dengar-dengar ramai je nak kawen time tu.

Touching tak kalo aku cakap aku countdown tarikh tu untuk kawan-kawan aku. Kawan-kawan skolah rendah plak tu. Yang uniknye dorang ni siap plan nak share buat majlis reception sama-sama walaupun sepanjang aku kenal dorang ni bukan la kawan baik sangat time skolah dulu. Bukan la dorang ni selalu bergaduh ke apa... Tapi tak la sampai tahap macam kawan baik jenis serba-serbi nak share. Cume agak terkejut bila dengar wedding dorang nak share reception skali... Tak marah ke wife dorang nanti? Hiks!!

Hah. Touching tak? Touching tak? Aku siap buat countdown untuk dorang lagi. Tapi saje la aku letak tarikh tu sebagai target aku ke-3. Apa benda aku target? Aku berharap sangat time tarikh cantik-cantik macam tu konon-konon ade la kot something yang best-best terjadi. Ok ini over. Sebab sebelum ni pun tahun-tahun lepas-lepas pun ada jugak aku countdown sampai ke tarikh cantik-cantik tapi saje senyap. Entah apahal tahun ni over plak.

Mungkin jugak bleh berfungsi sebagai reminder untuk pegi majlis kawan-kawan yang rata-rata da confirm sangat nikah tarikh tu. Tapi bila dah ramai sangat... Hmmm... Mampus aku nak buat pilihan mana nak pegi nih. Kene plak kalo aku da keje, tarikh tu plak kene keje... Adoyaiii... Ampun maap je la dapat ku pohon dari kejauhan.

Nak aku teruskan lagi?

Tarikh tu sebenarnye jugak aku da plan nak pegi bercuti. Dalam negara ke luar tu belum pasti lagi. Tengah survey-survey tempat mana best-best... Tak kisah la family abang aku nak ikut atau aku pegi sorang-sorang, terpulang. Tapi rasanya aku nak merasa merantau sorang-sorang :D Lagipun ada kawan aku dari dulu lagi suruh aku pegi melawat dier dan masalahnye aku tak sampai-sampai lagi ke tempat Cik Hajar tu. Jangan dia da abes study time tu sudah laa... Kempunan aku. T___T"

Atau... Mana best?? Hehe... Ramai je kawan-kawan aku bleh pegi melawat nih :D

Apape pun doakan aku abes semester ni dan dapat keje best-best supaye bleh pegi berjalan-jalan pade tarikh yang aku puja-puji sebab lawa tuh. :D

P/s: Mana ada aku yang nak kawen... Pandai-pandai je...
Post a Comment