Friday, February 25, 2011

Perempuan Dan Beg Tangan

Pernah tak korang terfikir apsal pompuan suke sangat bawak beg ke sana-ke sini?? Tak kisah la handbag ke, bagpack ke, apa jugak jenis beg... Beg mengkuang pun buleh je join the club kalo korang sanggup nak usung ke sana- ke sini :D

Bukan pompuan dewasa atau bajet-bajet remaja je yang suka bawak beg... Kanak-kanak pompuan pun ada jugak suka bawak beg jugak. Macam ni; Angelina Jolie dengan anak angkat dia. Huhu. Stylo kan? Confirm beg mahai habaq hangggg~~~!!!

Gambar : Pakcik Gugel

Gambar : Pakcik Gugel

Ada tahap bawak sebesar-besar alam macam ni pun ada. Pernah tak korang terfikir kenapa?

Meh sini aku nak cerita sebab-musabab kenapa pompuan suka bawak beg pegi mana-mana. Sebab aku pun pompuan yang kadang-kadang suka jugak usung beg. Maka aku tau laa... *Sambil feeling-feeling gegerl*


SATU

Senang nak bawak macam-macam barang dalam beg tu. Pernah tak korang nak selongkar beg seorang pompuan? Macam-macam ada wooo... Macam ni... Ni contoh je tauuu... Kebanyakkan pompuan typical memang ada la semua-semua ni. Korang try la google pasal orang-orang yang terpaksa buat tag tunjuk apa benda dalam beg depa. Tapi aku tak camni... Never... Never... Not so me lehhh... Sebab aku punye beg bukan semua benda dimintak ada je... Tapi ada budak ni aku pelik gila tengok dia. Mintak laa apa pun semua ada dalam beg dia. Macam poket doremon pun ada. Mejik betul.

Gambar : Pakcik Gugel

Tapi sebab habit pompuan bawak beg ni laa yang lelaki pun kadang-kadang slambe je refer pompuan tu sebagai kaunter barangan. Tapi bila cakap mende yang dorang mintak tu takde... Kutuk bagai nak rak. Ape jenis tak reti nak bersyukur ke hapa? Huhu... Next entry aku citer pasal apa benda dalam beg aku... Nak cerita kat sini panjang sangat. Bahahahaa...!!


DUA

Sebab kedua pompuan suka bawak beg adalah....

Beg merupakan elemen penting kalo-kalo terpergi ke tempat yang tak pasal-pasal kene duduk. Tambah plak orang yang jenis ada extra tyre spare tang perut macam aku ni... Korang orang lelaki mana tau beg tu adalah penyelamat keadaan di mana tak semua umah orang atau tempat mana-mana ada bantal kecik untuk cover perut bila duduk. Bhahaha... Penampilan tu penting baiiii~~~!!!

Err... Selain tu untuk cover tido camni pun ade jugak. Nampak laa sopan sikit kannn... Tido bertongkatkan beg sambil mendagu. Phergh, nama!

Gambar : Pakcik Gugel


TIGA

Ada setengah orang tu dia rasa macam tak biasa kalo takde bende nak pegang/peluk. Kira untuk cover nervous laa nih. Terutama bila first time kuar dating dengan jejaka idaman Malaya. Takkan nak bawak buku kat perpustakaan plak kan untuk cover nervous? Lain la korang dating dekat library. Atau bawak bantal busuk tengah-tengah nak kuar dating dengan buah hati. Kau sanggup ke nak usung bantal busuk semata-mata nak cover nervous? Ada jugak setengah orang siap buat-buat masukkan kepala dalam beg kalo nervous. Konon-konon buat check-check barang. Heppp!!! Jangan gelak!!! Beliau bukan la keturunan burung unta, tapi segan habaq anggg... Dan salah sorangnya adalah aku. Mueheheh... Sebab tu aku suka bawak bagpack pegi mana-mana. Senang nak cover muka dengan buat-buat cari barang sampai terperosok kat dalam. :D

Gambar : Pakcik Gugel

Lebih teruk dari gamba ni pun biasa jeeeee... Hihi... Ye, aku memang cepat nervous... :D


EMPAT

Ok. Ini biasa-biasa je... Pernah tak korang beli-belah barang macam kecik-kecik tapi tiba-tiba budak cashier tu bagi beg plastik super besar? (Sebelum kempen kurangkan beg plastik dipraktikkan). Atauuu... Pernah tak korang beli barang, tapi barang tu dia bubuh dalam paper bag takde tangkai? (Setelah kempen kurangkan beg plastik dikuatkuasakan). Rasa tak best kan nak usung barang-barang dengan beg plastik sengal tu? Tambah plak kalo beg plastik warne merah tu. Macam transparent je. Macam senang kantoi je ko beli hapa kan? Pastu terasa orang usya-usya ko sambil mengumpat ko beli barang murahan. Sini laaa kegunaan beg... Beli, amik simpan je dalam beg yang kita senang usung ke hulu- ke hilir :D

Lebih-lebih lagi bulan puasa laa... Senang beli makanan nak sorok dalam beg. Eh, applicable untuk orang yang takleh puasa sebab alasan kukuh je tau??!!

Tak pun pegi kenduri bleh amik bunge telur banyak-banyak. Lebih-lebih lagi gule-gule. Buat stok tahan ngantuk dalam kelas. :D

Ok. Part ni lelaki juge suke hati mengambil kesempatan untuk menumpang simpan wallet atau apa juga barang yang dia bawak dalam beg pompuan. Ada jugak lelaki jenis suka bawak beg. Tapi sikit benau la. Majority suka berlengang-kangkung. Kecuali bila dibuli awek suruh bawakkan beg. Hihi. Padan muke :D


LIMA

Ok, ini feveret. Dan sebenarnye habit paling jahanam yang pernah wujud dalam sanubari ini. Eleh... Jangan cakap korang tak penah buat laaa... Tipu letteewww...

Antara kelebihan bawak beg besar-besar ni adalah...

Mesti korang pernah kan buat komplot konon-konon terambik sos cili Thai kat KFC??? Bhahaha... Kenangan tu beb... Membe aku selalu buat keje nih. Aku plak tukang offer beg je. Huhuh... Sebenarnye tak baik. Tapi tatau apsal ramai je suke wat hal camni. Tak baek la weh. Hehe.

Tapi aku ada habit lain. Beli makanan luar bawak masuk dalam panggung wayang menggunakan beg sendiri yang besar tu.

Jangan korang tatau yang aku ngan membe aku lagi 2 orang tu selambe je bawak nasik bungkus makan dalam panggung wayang kat Klang dulu. Elok plak time kitorang tengok citer tu memang kitorang 3 orang je dalam tempat tu. Apa lagi? Buat macam umah sendiri laa... Makan nasik bungkus tak tengok kiri-kanan. Aku rasa brader nak check hall cinema lepas orang blah mesti pelik bila masuk cinema hall tu lepas kitorang kuar. Bau kari kuat sangat tertinggal kat dalam. Wuahaha...

Memang true la kaki smuggle makanan. Banyak kali jugak la buat keje ni. Smuggle sushi, smuggle McD, smuggle KFC, smuggle yong tau foo pun penah. Bukan ada orang nak check pun. Cuma orang sebelah-menyebelah je la kot hangen je sebab kenduri makanan tak ajak dia. Hihi...

P/s: Entry ni sebenarnye takde faedah pun. Cume nak isi masa lapang mengupdate je. Hehe.
Post a Comment