Sunday, February 13, 2011

Flora Da Ade Babies~~!!!

Mujur aku terasa nak balik jugak-jugak petang tadi dari Shah Alam. Mujur. Mujurrrr sangat...!!

Flora da beranak... So far baru 3 ekor laa... Mungkin memang 3 ekor pun kot anak dia seperti yang osmet aku predict haritu. Aku pulak mati idup balik laa tak berani nak pegang-pegang rasa perut Flora. Tunggu kandungan da besar nampak sikit macam ombak-ombak baru aku berani nak pegang.

Lepas tu jadi suka plak pegang perut dia sebab ada benda tendang-tendang.

Esok besdey Flora yang pertama. Esok dia berusia setahun. Bajet la dia setahun. Sehari sebelum setahun dah beranak.

Mujur jugak dia ni dalam kategori pandai jaga anak. Makan uri semua macam kucing-kucing lain buat. Rasanya lah. Sebab aku dekat-dekat nak pitam tengok dia makan uri anak dia depan mata. Lepas tu jilat-jilat anak dia. Orang yang berpengalaman cakap sepatutnya Flora buat ape yang tersenarai seperti di atas selepas beranak.

First time weh aku tengok kucing melahirkan anak depan mata. Takut wooo dengar Flora menjerit-jerit nak bersalin. Tapi dia menjerit-menjerit ala-ala cool gitu. Takde la melampau sangat macam orang bersalin dalam drama tv tu.

Nah, untuk tatapan korang. Sori gambar tak cantik. Guna henset biasa je tangkap pun.



Aku tatau la orang cakap kalo tangkap gambar anak kucing awal-awal nanti dia mati. Aku harap-harap tu tak la. Sayang woo aku dengan dorang ni :D

Lepas tu aku upload gambar kat wall fesbuk. Bertubi-tubi plak ucapan tahniah yang aku dapat macam aku plak yang bersalin. Bwahahaha...

Seronok tengok dorang ni, walaupun tadi aku la yang paling teruk rasa nak pitam tengok benda-benda yang kuar sekali dengan anak-anak kucing ni. Huhuhh...

Kene kawal abes keliling umah jangan bagi ada lubang untuk kucing jantan yang slim-slim shady masuk pi makan anak-anak kucing ni. Sayang sangat <3 <3

Korang nak tau jantina anak-anak dia?? Tunggu lagi sebulan dua. Mungkin lepas aku tanya yang pakar. Nak harap aku? Takyah la nak harap-harap sangat. Aku tau bagi kucing makan dengan manja-manjakan kucing je. Lain-lain aku harap dia pandai sendiri. Betul, tak tipu. Dulu-dulu masa kecik-kecik aku bela kucing semua jenis pandai-pandai hidup sendiri :D

2 comments:

Huda Luna said...

hahah tahniah la wehh
sama2 la kite mak kucen

Asfan Ash said...

huhu kucing nama hebat sgt tu flora....tahniah ah dpt anak