Tuesday, April 27, 2010

30 April. Macam Nak Termeninggal Dah Rasanya.

List-to-do on 30th April 2010.

  • Last day submit report project micro.c yang bak kata lecturer itu lebih tebal, lebih baik-dan aku bercita-cita untuk taip cerita sang kancil dengan buaya di dalam dekat tengah-tengah muka surat, harap-harap dia tak sedar dengan tayang hardware. Tayang je la kot. Apa gila beli mahal-mahal barang lepas tu bagi kat lecturer terus? PIC tu adalah multipurpose dan boleh di-recycle untuk projek lain. Kan?
  • Submit assignment MCS yang super-duper taf dia punya soklan. Boleh bikin kau mereng dan langsung lupa apa benda Mr.Ahamed Khan tu ajar selama 1 semester sejak Januari haritu. Rasa-rasa kena layan cerita My Name Is Khan kot baru boleh dapat inspirasi.
  • Presentation pre-tesis. Siot betul tak buleh pospon buat 3rd May. Sekarang hampir semua makhluk mekatronik adalah bersesak-sesak napas nak siapkan slide dengan nak pahamkan betul-betul projek yang nak dibuat? Aku? Kelam-kabut belajar guna Visual Basic secara online. Sampai berpeluh-peluh ni. Mujur final draft report masih boleh nego untuk antar pada 3rd May (last). Lega sekejap sebab masa terserempak dengan Ee (budak mekanikal) dia cakap pre-tesis dia tak sampai 30 pages pun. Arhh... Lega. Sebab aku baru lepas delete SEMUA bab methodology.
  • Petang Jumaat yang mulia itu, pada jam 2.30 petang, ada test CIMLab. Mampus nak ingat command-command robot, axes dia, uhh... Nasib baik la ada soklan objective jugak. Boleh main tembak-tembak. Aku harap brader lab la yang jaga. Harap-harap Pn. Hashimah ada hal. Harap-harap lah.
  • Malam tu aku nak study signal betul-betul. Untuk test 3 pada keesokkan hari, 1 May jam 9.00 pagi. Gila kot aku takmau dah repeat paper ini. Terpaksa jadi rajin. 

Dan pada pukul 12 tengah hari, 1 May 2010... Aku nak tido sepuas-puas hati sampai ke 2 May 2010. Oleh itu, jangan kacau. Hahaha~~!!!

Doakan aku masih waras sampai hari sebelum final exam. Kalau agak-agak aku dah gila nanti, korang datang la melawat aku di hospital sakit mental sambil membawa 1 barrel KFC. Orang gila mana peduli dah pasal diet-diet ni, kan?

Monday, April 26, 2010

:'(

Aduiiii... Rupanya tarikh untuk presentation pre-tesis tu tak confirm lagi 3rd May. Kalo tak kasik 3rd May tu... Alamatnye musnah la hidup saye. 30th April tu present. Sosak napeh nak handle ni ha. Dengan test CIMLab lagi haritu...

Beza tu 30th April dengan 3rd May. Almost 48 hrs. Dalam idup saya sekarang, 1 minit adalah sangat berharga. Sikit-sikit set alarm. Sikit-sikit set alarm. Nak tau?? Masa untuk bersantai layan fesbuk dengan blog = 20 minit. Alarm dah bunyi nanti, back to task semula. Tengok la ada idea nak sambung pre-tesis, taip pre-tesis. Tu untuk next 40 minutes. Agak-agak tak sampai 40 minutes dah mati kutu, sambung buat assignment MCS pulak. Agak-agak takleh nak jawap MCS, sambung taip report project Micro.c plak. Agak-agak takde mood untuk semua, tarik nafas again, set alarm dalam 10 minit, lelapkan mata seketika.

Skang ni pun blog adalah taip secara laju-laju.

Tahu Dalam List Semalam Masih Banyak Benda Kena Selesaikan, Tapi Tetap Nak Taip Dekat Blog Untuk Luahan Perasaan Yang Betul-Betul Dalam Tekanan Yang Amat Sangat.

Ok? Itu je nak cakap pun.

Sunday, April 25, 2010

Makin Suntuk

26 April 2010 - Test 2 Micro.C 12.30 tengahari
27 April 2010 - Free (tapi pulun buat assignment MCS kot? Walaupun kelas MCS takde)
28 April 2010 - Free (tapi tatau lagi laa kann... Tah2 nak gi ngadap supervisor ke...Pegi bayar yuran kee...)
29 April 2010 - Menyibuk2 dekat Robocon. Tatau la robot sapa menang. Antar Micro.c project.
30 April 2010 - Test CIMLab 2.30 petang
1 Mei 2010 - Test 3 Signal (hahahhh... Aku tatau nak buat cemana niiii...)
2 Mei 2010 - Ahad. Haha... Pulun power point untuk pre-tesis presentation
3 Mei 2010 - Pre-Tesis presentation. 9.00 pagi
4 Mei 2010 - Konon baru terhegeh2 nak pi amik slip exam. Atau rileks. Mana bley rileks deyyy... Study2x!!
5 Mei 2010 - Start first paper final = Robot Dynamics. 2.30 petang.
6 Mei 2010 - Final Signal. 2.30 petang jugak. Aku tamau repeat dah ini paper.
7 Mei 2010 - Final Strength. 9.00 pagi. Aku harap2 pun takkan repeat paper ni jugak.
.
.
.
.
.
.
13 Mei 2010 - Final MCS. 9.00 pagi.
.
.
.
.
.
18 Mei 2010 - Final Micro.C.


Haha... Masa aku update ni aku rasa macam nak pecah kepala je pikir isi-isi nak goreng report-report yang kene antar. Mujur la lab report dah berkurun siap dan telah diantar dengan jayanya.

Teringat Jumaat lepas. Time aku tamau orang contact aku... Dan konon-konon nak menghayati hari untuk bertapa dekat library cari ilham buat pre-tesis sampai siap...

Dalam pukul 4 petang lebih aku balik umah. Bateri dah flat gila. Aku pun flat jugak haritu pasal skip makan. Pasal tatau nak makan apa sangat. Bila banyak benda nak kene pikir, dia jadi lain macam. Last-last minum air kotak cekelat je. Balik tengok budak 2 ekor tu macam sedih makanan dah abeh, aku pun refill makanan dorang. Pastu, charge enset, bupp!! Tido.

Pukul 6 petang lebih bila aku sedar-sedar je, on henset, tengok siap ada 11 miskol. Dari gaya nombor tu macam semua penting-penting. Kalo dulu masa zaman kapel-kapel, bila aku flight-mode kan enset, ex aku bagai nak rak cari aku sampai dapat notification dekat 78 miscall. Tapi haram aku nak return call. Sebab bukan penting pun. Kalo dier nak mati sekalipun, bukan aku yang kene tuntut jenazah dia, kan?

Tapi yang ni aku memang cuak gila. Ye la since minggu lepas ramai sangat orang cari aku. Entah apape alasan plak tu. EAC laa... Meeting sana-sini laa... Poyo gila macam aku Menteri Besar je nak cari-cari aku kann...

Last-last, nampak membe aku online. Pukul 10 malam lebih-lebih kot. Sebab dia salah satu manusia yang miskol aku. Bukan sekali. Sampai 3x. Apa tak gila ke rasa cemas di situ??

Aku tanya...

Apahal penting sangat sampai aku dapat banyak miskol-miskol ni?

Dia reply...

Takde ape pun sebenarnya. Balak aku nak tanya pasal result lab yang lepas je.

DANGGGG~~!!! Aku rasa macam kene panah petir.

Siot betul. Dia punya miskol tu... Macam orang tengah emergency gila kot nak bersalin tengah-tengah hutan di mana cuma line telepon je yang bleh diharapkan untuk call orang mintak bantuan.

Demm betul!! Penat aku rasa cuak je.

Sunday, April 18, 2010

Tekanan

Status YM aku : pre-tesis + micro.c = someone plz kill me.

Dr.E: Ok

Dr.E: Meh I kill u

Aku : anda sungguh rajin untuk membunuh orang. mentang2 aa doktor kan

Dr.E: Biasa laaa

Dr.E: Suka cucuk2 org ni

Aku : huiyyo... die instantly atau slowly??

Dr.E: Slowly la bru syiok

Aku : alaa...slowly sakit

Aku : tak best

Aku : takes time kot

Dr.E: Kepuasan maksima

Dr.E: Tgk org suffer

Dr.E: Best2

Aku : kejam...kejam

Dr.E: Besh2

Aku : ...

Aku : tunggu aku taubat dulu ah bley?

Dr.E: Boleyyy

Dr.E: Nnt bg tau

Last message received on 18/4/2010 at 6:39 PM

Perbincangan kami nampaknya begitu serius. What say you?

Wednesday, April 14, 2010

Ramai Jugak Pengikut Aku Rupanya...

Percaya atau tidak aku menang pilihanraya konon-konon untuk jawatan Timbalan Setiausaha Agung (konon-konon lagi) untuk fakulti aku tanpa berbuat apape untuk berkempen dan jugak tak attend meeting apa kejadah semua itu dengan undian tahap beratus.

Ala, seratus lebih je kot. Tapi tetap cemerlang, bukan?

Orang lain pun tahap puluh-puluh je kot.

Terima kasih kerana mengundi saya walaupun saya tak pernah menjanjikan apa-apa perubahan pada fakulti lebih-lebih lagi bagi mengatasi masalah banjir dalam fakulti ketika hujan lebat.

Tahun depan aku grad, aku nak try bertanding untuk wakil rakyat kawasan Batu Maung plak.

Monday, April 12, 2010

Terganggu

I used to story about this before. Dulu. Rasa macam suka sangat-sangat. Tapi biasa lah. Lama-lama hilang macam tu saja. Memang aku tak boleh stick dengan sapa-sapa kot. Haha. Aslina in relationship? Baik kau hantar aku masuk spaceship saja. Cepat sangat suka orang, cepat jugak rasa malas nak layan. Lepas tu ignore. Lepas tu buat orang patah hati. Suka tengok orang kecewa. Dan buat-buat innocent. Konon tak bersalah.

Sekejap suka. Tapi lama gila kot aku suka dia. Tak pernah jumpa pun. Face to face guna video call YM je. Tapi tetap ada rasa suka. Setakat suka je la. Lepas tu dia pun suka-suki pulak cakap aku adalah satu-satunya dalam hati dia dan buat aku rasa sangat-sangat-sangat-seronok-berada-diawangan. Walaupun aku dengan dia adalah totally stranger. Buat apa pun nak mesej. Buat apa pun tiba-tiba nak jeles. Tapi entah kenapa rasa masa tu macam sweet sangat. Macam gila jugak rupanya penangan kasih-sayang secara online ni. Masa tu saja lah. Masa sekarang? Lebih suka duduk diam-diam sambil konon-konon siapkan pre-thesis dan segala kerja-kerja konon-konon banyak-banyak tu.

SMS, selalu contact tu adalah punca aku rimas. Sangat-sangat rimas. Kecuali kalau Asrul yang SMS, tu kalo tak jawap, memang selamba kena cop "adik derhaka". Huhuh.

No legal relationship means you have no rights to control me.

Sejak hilang macam tu saja... Takde lagi YM macam selalu-selalu. Takde lagi mesej kacau-kacau atau komen-komen dekat fesbuk. Takde lagi SMS datang mengganggu. Takde lagi nasihat-nasihat macam dulu. Takde lagi merepek nak call-call.

Kecuali MMS. Entah. Aku pun tak paham kenapa. Tapi dia je la macam tu. Aku still silent selepas aku rasa aku dah rimas dan macam nak melarikan diri. Takde jodoh. Kot. Kalau ada pun, ignorance is the best option. Betul. Tak tipu.

Sekarang aku tengah tersenyum lebar bila tengok tiba-tiba dia "in relationship". Suka? Ye kot. Dengki? Takda. Dan seperti selalu, aku takkan komen apa-apa. Lagipun aku dah tukar nama. Kawan-kawan mana perasan aku siapa dah sekarang. Kalo sepupu-sepupu, saudara-mara tu memang kenal sangat la dengan nama macam tu dekat fesbuk.

Punca aku buat-buat in relationship dalam fesbuk konon-konon tu pun sebab dia (harap-harap orang yang jadik mangse tu tak la kecik hati baca statement ni). Kenapa? Takde motif pun sebenarnya. Dekat kawan-kawan lain aku cakap sebab aku nak ikut trend. Tapi dia bengang jugak tu. Cuma tak tunjuk sangat. Dan aku pun terus-menerus mendiamkan diri macam mengaku bende tu betul. Hey, c'mon la. Fesbuk je kan? Not necessary kita nak cerita benda-benda betul kat situ. Cuma ada setengah orang je kadang-kadang amik serius. Sebab amik serius la selalunya sumber-sumber dari fesbuk selalu sangat masuk tv. Macam takde cerita real dah nak letak dalam berita.

Oh, baru perasan. Fesbuk sebenarnya sikit-sebanyak dah ambil-alih almost 45% of my life. Latest status aku itu adalah untuk dia. As if la dia dapat detect aku siapa. Malas nak reveal diri sendiri kat orang itu.

Suka duduk diam-diam sekarang.

Itu juga adalah sebab kenapa aku tukar nama dekat fesbuk. Mula-mula saja suka-suka. Lepas tu, nak tukar balik ke nama asal kena reject pulak. Sekali tukar saja nama panggilan kaum-keluarga. Senang hati pulak bila kawan-kawan pun dah jarang kacau dengan fesbuk chat tu sebab pertukaran nama tu. Termasuk dia.

Pelik?

Siapa dia?

Tu pun aku malas nak cakap siapa. Biarlah. Biar.

Sebab dia jugak aku tukar link. Sorry semua. Aku tau dier baca jugak blog aku. Sebab selalu lepas baca, mesti dia buzz YM aku nak tanya macam-macam. Kadang-kadang sampai aku tak terjawap. Sebab aku takde alasan kukuh pasal apa-apa pun yang jadi dalam hidup aku. Nak merepek boleh la.

Life aku adalah 80% sarcastic. 10% serius. 5% real. 5% tipu.

Lagipun dalam soal suka-suka orang. Konon sayang-cinta-mati la kan... Takde dah kot dalam life aku. Sebab aku rasa aku tak layak sangat untuk semua-semua nih. Sape tahan ngan perangai merepek-merepek aku ni kan... Main ikut kepala sendiri je. Bila suka, suka la. Bila bosan, tinggal. Sebab? Dulu aku pernah kena macam tu. Mungkin aku berdendam kot. Walaupun pointless.

Tambah pulak sekarang aku dah tak larat nak jaga hati orang. Buat apa susah-susah padahal hati aku pun takde orang nak jaga. Paling bangsat pun orang buat aku ni adalah pilihan terakhir kalo pilihan awal-awal dorang tu reject dorang terang-terang. Itu pun kalo ada rasa nak amik aku jadik pilihan terakhir. Kalo tak, takde pilihan utama dorang, maka takde la apape pilihan lagi dah. Aku bukan salah satu option.

Sekarang baiknye aku jadi lebih pentingkan diri sendiri dan akan sikit mengalah kalau ada orang sanggup mengalah untuk aku. Atau paling mulia jadikan aku sebagai pilihan utama. Percayalah. Aku sangat-sangat hargai dengan sepenuh hati.

Sunday, April 11, 2010

i.will.remind.silent.until.19th.may.2010.


tapi.kalo.ada.rasa.nak.update.tak.salah.kan.

Semua Meyibuk Sama

Aku jarang main Cafe World dekat fesbuk tu. Tapi skang bila gi men balik, aku noticed yang sekarang ni semua pekerje2 aku pun duduk menyibuk sama dalam dapo. Tengah musyikil ni. Cemana la dorang antar makanan semua2 tu?

Main baling2 saja ka?

Betul la kot main baling2 saja. Nampak makanan terapung tu?

Friday, April 9, 2010

Pabila Bulan Mengambang Penuh...

Semalam aku rasa macam nak pukul orang. Bukan nak pukul je. Sape yang bantah sikit cakap aku ke, atau tiba2 nak suruh aku ikut arahan yang pada aku boleh mendatangkan amarah, rasa macam nak maki2 je orang tu balik.

Dia punya perasaan tu lebih kurang macam aku tonton cerita Daybreakers. Memang rasa nak maki2 la lepas tengok citer tu. Dah la citer tu pun penuh dengan maki-makian yang entah apape. Sikit2 kuar perkataan "shit!". Macam dorang je pandai maki2 macam tu.

Sebenarnye dari haritu aku tak puas hati sebab mana la aku tau punca Muaz mintak no matrik tu adalah untuk pencalonan GMK. Ingatkan main2 je. Pastu mintak gambar lagi. Memang ada aku bagi. Tapi gambar paling nampak macam lahanat la. Sumpah sapa2 tengok gambar tu, dia tak kenal aku. Muahaha...

Lepas tu semalam katanya konon2 ada meeting. Pukul 8.15 malam plak tu. Haa... Memang cari pasal la sebab aku dari pagi2 kot dekat fakulti. Sampai la ke pukul 7.30 malam bergelumang dengan kelas. Tak campur test lagi, pastu gaduh2 pasal lab report lagi. Berserabut betul life aku semalam. Lepas tu ada hati nak suruh stay lagi? Dah la petir2 kuar semua tanda nak hujan dalam kul 7.30 malam tu.

Memang laju je la aku balik umah. Pastu plak tambah lagi dengan rasa lain macam. Biasa la pompuan tiap2 bulan kan? Nak beli pad, duit plak tak cukup. Kalo dapat pad pun, macam la selesa nak pakai kan... Takkan nak pinjam underware orang plak kot... Budak2 sini bukan macam zaman2 dekat ATMA dulu. Selambe men rembat2 underware. Nak taknak memang aku balik la. Sorry kalo ayat aku memang kasar sebab aku betul2 tamau terlibat dalam apape bende pun dekat sini. Apa point aku dapat pun???

Nak plak Unisel adalah IPTS. Sepanjang pengetahuan aku, IPTS ni kalo mintak keje sekalipun, mana dorang tengok sangat aktiviti ko-kurikulum ko dalam campus. Paling bangsat pun semua pakai kabel. Laju je la diserap masuk dekat mana2 pun. Pointless ko bergelumang dengan macam2 aktiviti, tapi pointer kau hancur lebur. Pointer aku pun bukan bagus sangat. Well, its IPTS kan? Lagipun aku memang takde niat nak apply keje kerajaan. Maybe lepas aku dah puas keje dengan swasta pun aku akan bukak business sendiri. Takde hati langsung nak keje dengan kerajaan.

Lepas tu, tadi, katanya Isnin depan ada sesi pengenalan calon2. Fakap. Awal2 aku cakap aku takkan pegi. Tengok la cemana. Kalo hari Ahad aku nanti agak membahagiakan dan mendamaikan jiwa aku, insyaAllah aa aku pegi. Kalo Ahad tu macam cilaka... Gi mampus la. Tambah pulak Isnin depan aku memang free gila babi takde kelas. Watpe aku nak susah2 isi minyak moto untuk pegi campus semata2 untuk event duniawi camtu? (Ecehh... Dan2 duniawi, kannnn???)

Uhh... Camni la kan bile datang bulan. Semua benda pun nak emo. Cuma aku musyikil 1 benda je. Semalam masa area Taman Kilauan sampai ke Kg. Tanjong Siam tu, hujan agak lebat. Tapi aku gamble bawak moto lelaju jugak. Tiba2 aku rasa macam aku langgar something. Macam kuat jugak. Sampai umah, aku belek2 moto macam takdak apape. Kesan darah ke apa benda.

Sooo...

Apa benda yang aku langgar semalam ah???
Link blog ini telah bertukar menjadik

http://ninaneno.blogspot.com

harap maklum. =)

Tuesday, April 6, 2010

Sebak. Kot.

5 April 2004, 3.15 petang

Yuki : Lina, esok U offday kan?? Tapi nanti I ganti offday U dengan hari Sabtu boleh? Esok U datang replace Ah Siong lohh... Dia ada hal sikit tak boleh masuk kerja... Ok?

Aku : Ok. No problem.

***************

6 April 2004, 6.05 pagi

Bapak : Ina... Na... Mangkit, subuh. [sambil ketuk pintu slow-slow]

Aku : Yeee... [mata bukak sebelah. Pastu sambung tido balik]

5 minit lepas tu.

Bapak : Ina! Ina! Mangkit! Mangkit! [ketuk pintu cemas-cemas]

Aku : Aaa?? Apa?? [mamai-mamai pun nyahut]

Bapak : Cepat la bukak pintu lekaih!! [macam nak pecah jugak la pintu bilik aku tu]

Aku time ni dah kucar-kacir bangun sampai tergolek-golek jatuh katil. Rasa-rasa macam ada langgar something. Tapi biar dulu. Sebab pelik apsal ayah aku cemas sangat ketuk pintu macam la rumah nak kene pijak dengan gergasi.

Rupanya arwah mama dah start merancau-rancau keliling bilik. Tendang habis semua dinding almari, pintu... Jiran-jiran pun ada datang nak tolong pegang. Tapi kuat sangat. Macam kena rasuk. Bayangkan la dekat 5 orang lelaki gagah-gagah cuba nak tenangkan arwah mama, tapi sudahnya, dorang semua muka tahap lebam-lebam macam kena pukul.

Aku tatau nak bagi reaksi apa. Campur macam-macam rasa. Ternganga pun ada tengok. Kuat gila mama aku. Sampai besi yang buat rak letak baju tu pun boleh bengkok kena tendang.

7.30 pagi.

Ambulan sampai. Rasanya masa ni arwah mama dah lemah-letih kot. Berapa lama pulak kan merancau-rancau macam tu. Attendan-attendan tu ikat mama aku dengan jaket spesel tu. Taknak bagi dia terus rancau-rancau. Abang aku ikut ambulan tu. Iring arwah mama pegi hospital. Tu la first time kejadian macam mana arwah mama boleh terlantar sampai dekat 5 tahun sebab tekanan darah terlampau-lampau tinggi.

10 minit lepas ambulan berambus, arwah ayah tegur. Apsal lantai merah-merah dan berbentuk tapak kaki.

Aku tengok kaki aku.

Dem! Kuku ibu jari kaki kiri dah ternganga. Terus menjerit sampai satu taman kot dengar. Dah la nanti kena pegi keja plak. Arwah ayah tengah siap-siap nak pegi hospital tu.

Tepon Kaiyo je la mintak tolong hantarkan pegi keja. Darurat dah ni. Gila apa dengan kaki cedera-cedera camni nak naik bas. Atau menapak? Mau 2 jam aku jalan kaki baru sampai tempat keja tu.

9.45 pagi

Kaiyo : Cepat la woi. Lambat kang takdan aku nak usya awek selalu-selalu beli asam tu.

Aku : Ha laa... Tak prihatin betul dekat kawan-kawan yang sakit nih.

Haritu aku pegi keje dengan perasaan tak best. Kaki berbalut. Pakai selipar. Sambil-sambil risau cemana la keadaan arwah mama.


6 April 2010.

Masuk ni dah 6 tahun aku tak merasa masakan arwah mama. Rasa-rasa nak makan apa-apa, sendiri bikin. Malas sangat, beli kat kedai. Tapi kalo makanan jenis eksotik yang gila babi punya mahal. Memang buat sendiri la save cost.

Kadang-kadang aku rasa nak lempang Cik Sal 3-4 tahun lepas sebab dia suka-suka hati je bikin hati aku panas dengan perancangan balik kampung dan suruh mak dia masakkan macam-macam. Bayangkan kalau 30 hari cuti, dia boleh bantai 30 jenis lunch untuk mak dia buatkan untuk dia.

Nasib baik la aku tak suka nak emo-emo sangat.

So, setakat tu la jawapan panjang lebar buat tatapan kawan-kawan aku mengenai topik masa lepak dekat gerai depan FITM semalam yang bertajuk "Kenapa aku tempah perencah laksa Sarawak dari Khairul Hafiz"

Serious mengidam dowh. Sapa suruh dia pegi cerita yang dia pegi Sarawak kan? Harus la tempah-menempah ni.

Pheww~~ Lama gila tak update. =)

Friday, April 2, 2010

Picture Of The Day.


Di cilok dari sini


NOTA BANDINGAN

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673

Satu Malaysia bayar RM 66,799.97 untuk sebuah Waja di Malaysia !

RM31,126.97 lebih MAHAL!

Thursday, April 1, 2010

Gurau, Gurau Jugak...

Pn. Shimah dah macam bengang je sebab sikit sangat attendance ke CIM Lab tadi. Sempat jugak aa dier bebel2 sikit pasal mentang2 dier slalu masuk lambat, budak2 ni pun selambe je masuk lambat jugak...

Sekali datang sorang budak yang jenis cuak2 jugak. Tajam gile la pandangan Pn. Shimah terhadap beliau. Dengan muka serius gila Pn. Shimah bertanya,

"Kenapa kamu lambat? Tadi pagi pun tak datang kelas ye??"

Budak cuak tu pun menjawab,

"Saya ada hal tadi..."

Pn. Shimah dah jegil2 tengok dier,

"Ada hal, ada hal... Tu je la jawpan kamu kan... Ni tadi ada orang cari kamu..."

Budak cuak tu makin bertambah cuak jadinye...

"Who? Who?"

"Ada orang cari kamu tadi, dalam kelas saya..."

"Tapi sape, puan??"

"Dekan cari kamu. Ha, kamu ada buat apape ke??"

Budak cuak tu da pucat dah... Mesti dalam hati dia tengah debar gila babas la. Apahal plak Dekan nak cari dia kan...????

Pn. Shimah tengok dier lepas tu siap buat muke puas hati sambil senyum2...

"Saya tipu je."

Abeh berderai 1 kelas gelak... Tapi gile la. Aku pun cuak dowh kalo dapat lawak macam tu... Huhuhhh...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...