5 April 2004, 3.15 petang
Yuki : Lina, esok U offday kan?? Tapi nanti I ganti offday U dengan hari Sabtu boleh? Esok U datang replace Ah Siong lohh... Dia ada hal sikit tak boleh masuk kerja... Ok?
Aku : Ok. No problem.
***************
6 April 2004, 6.05 pagi
Bapak : Ina... Na... Mangkit, subuh. [sambil ketuk pintu slow-slow]
Aku : Yeee... [mata bukak sebelah. Pastu sambung tido balik]
5 minit lepas tu.
Bapak : Ina! Ina! Mangkit! Mangkit! [ketuk pintu cemas-cemas]
Aku : Aaa?? Apa?? [mamai-mamai pun nyahut]
Bapak : Cepat la bukak pintu lekaih!! [macam nak pecah jugak la pintu bilik aku tu]
Aku time ni dah kucar-kacir bangun sampai tergolek-golek jatuh katil. Rasa-rasa macam ada langgar something. Tapi biar dulu. Sebab pelik apsal ayah aku cemas sangat ketuk pintu macam la rumah nak kene pijak dengan gergasi.
Rupanya arwah mama dah start merancau-rancau keliling bilik. Tendang habis semua dinding almari, pintu... Jiran-jiran pun ada datang nak tolong pegang. Tapi kuat sangat. Macam kena rasuk. Bayangkan la dekat 5 orang lelaki gagah-gagah cuba nak tenangkan arwah mama, tapi sudahnya, dorang semua muka tahap lebam-lebam macam kena pukul.
Aku tatau nak bagi reaksi apa. Campur macam-macam rasa. Ternganga pun ada tengok. Kuat gila mama aku. Sampai besi yang buat rak letak baju tu pun boleh bengkok kena tendang.
7.30 pagi.
Ambulan sampai. Rasanya masa ni arwah mama dah lemah-letih kot. Berapa lama pulak kan merancau-rancau macam tu. Attendan-attendan tu ikat mama aku dengan jaket spesel tu. Taknak bagi dia terus rancau-rancau. Abang aku ikut ambulan tu. Iring arwah mama pegi hospital. Tu la first time kejadian macam mana arwah mama boleh terlantar sampai dekat 5 tahun sebab tekanan darah terlampau-lampau tinggi.
10 minit lepas ambulan berambus, arwah ayah tegur. Apsal lantai merah-merah dan berbentuk tapak kaki.
Aku tengok kaki aku.
Dem! Kuku ibu jari kaki kiri dah ternganga. Terus menjerit sampai satu taman kot dengar. Dah la nanti kena pegi keja plak. Arwah ayah tengah siap-siap nak pegi hospital tu.
Tepon Kaiyo je la mintak tolong hantarkan pegi keja. Darurat dah ni. Gila apa dengan kaki cedera-cedera camni nak naik bas. Atau menapak? Mau 2 jam aku jalan kaki baru sampai tempat keja tu.
9.45 pagi
Kaiyo : Cepat la woi. Lambat kang takdan aku nak usya awek selalu-selalu beli asam tu.
Aku : Ha laa... Tak prihatin betul dekat kawan-kawan yang sakit nih.
Haritu aku pegi keje dengan perasaan tak best. Kaki berbalut. Pakai selipar. Sambil-sambil risau cemana la keadaan arwah mama.
6 April 2010.
Masuk ni dah 6 tahun aku tak merasa masakan arwah mama. Rasa-rasa nak makan apa-apa, sendiri bikin. Malas sangat, beli kat kedai. Tapi kalo makanan jenis eksotik yang gila babi punya mahal. Memang buat sendiri la save cost.
Kadang-kadang aku rasa nak lempang Cik Sal 3-4 tahun lepas sebab dia suka-suka hati je bikin hati aku panas dengan perancangan balik kampung dan suruh mak dia masakkan macam-macam. Bayangkan kalau 30 hari cuti, dia boleh bantai 30 jenis lunch untuk mak dia buatkan untuk dia.
Nasib baik la aku tak suka nak emo-emo sangat.
So, setakat tu la jawapan panjang lebar buat tatapan kawan-kawan aku mengenai topik masa lepak dekat gerai depan FITM semalam yang bertajuk "Kenapa aku tempah perencah laksa Sarawak dari Khairul Hafiz"
Serious mengidam dowh. Sapa suruh dia pegi cerita yang dia pegi Sarawak kan? Harus la tempah-menempah ni.
Pheww~~ Lama gila tak update. =)
No comments:
Post a Comment