Sunday, April 25, 2010

Makin Suntuk

26 April 2010 - Test 2 Micro.C 12.30 tengahari
27 April 2010 - Free (tapi pulun buat assignment MCS kot? Walaupun kelas MCS takde)
28 April 2010 - Free (tapi tatau lagi laa kann... Tah2 nak gi ngadap supervisor ke...Pegi bayar yuran kee...)
29 April 2010 - Menyibuk2 dekat Robocon. Tatau la robot sapa menang. Antar Micro.c project.
30 April 2010 - Test CIMLab 2.30 petang
1 Mei 2010 - Test 3 Signal (hahahhh... Aku tatau nak buat cemana niiii...)
2 Mei 2010 - Ahad. Haha... Pulun power point untuk pre-tesis presentation
3 Mei 2010 - Pre-Tesis presentation. 9.00 pagi
4 Mei 2010 - Konon baru terhegeh2 nak pi amik slip exam. Atau rileks. Mana bley rileks deyyy... Study2x!!
5 Mei 2010 - Start first paper final = Robot Dynamics. 2.30 petang.
6 Mei 2010 - Final Signal. 2.30 petang jugak. Aku tamau repeat dah ini paper.
7 Mei 2010 - Final Strength. 9.00 pagi. Aku harap2 pun takkan repeat paper ni jugak.
.
.
.
.
.
.
13 Mei 2010 - Final MCS. 9.00 pagi.
.
.
.
.
.
18 Mei 2010 - Final Micro.C.


Haha... Masa aku update ni aku rasa macam nak pecah kepala je pikir isi-isi nak goreng report-report yang kene antar. Mujur la lab report dah berkurun siap dan telah diantar dengan jayanya.

Teringat Jumaat lepas. Time aku tamau orang contact aku... Dan konon-konon nak menghayati hari untuk bertapa dekat library cari ilham buat pre-tesis sampai siap...

Dalam pukul 4 petang lebih aku balik umah. Bateri dah flat gila. Aku pun flat jugak haritu pasal skip makan. Pasal tatau nak makan apa sangat. Bila banyak benda nak kene pikir, dia jadi lain macam. Last-last minum air kotak cekelat je. Balik tengok budak 2 ekor tu macam sedih makanan dah abeh, aku pun refill makanan dorang. Pastu, charge enset, bupp!! Tido.

Pukul 6 petang lebih bila aku sedar-sedar je, on henset, tengok siap ada 11 miskol. Dari gaya nombor tu macam semua penting-penting. Kalo dulu masa zaman kapel-kapel, bila aku flight-mode kan enset, ex aku bagai nak rak cari aku sampai dapat notification dekat 78 miscall. Tapi haram aku nak return call. Sebab bukan penting pun. Kalo dier nak mati sekalipun, bukan aku yang kene tuntut jenazah dia, kan?

Tapi yang ni aku memang cuak gila. Ye la since minggu lepas ramai sangat orang cari aku. Entah apape alasan plak tu. EAC laa... Meeting sana-sini laa... Poyo gila macam aku Menteri Besar je nak cari-cari aku kann...

Last-last, nampak membe aku online. Pukul 10 malam lebih-lebih kot. Sebab dia salah satu manusia yang miskol aku. Bukan sekali. Sampai 3x. Apa tak gila ke rasa cemas di situ??

Aku tanya...

Apahal penting sangat sampai aku dapat banyak miskol-miskol ni?

Dia reply...

Takde ape pun sebenarnya. Balak aku nak tanya pasal result lab yang lepas je.

DANGGGG~~!!! Aku rasa macam kene panah petir.

Siot betul. Dia punya miskol tu... Macam orang tengah emergency gila kot nak bersalin tengah-tengah hutan di mana cuma line telepon je yang bleh diharapkan untuk call orang mintak bantuan.

Demm betul!! Penat aku rasa cuak je.

1 comment:

epalejau said...

haha.sengal..
tapi paling takleh blah..
bila flight mode kan nset..
sekali on balik,
takde apa-apa notification pun..
kahkahkah..

rasa macam nak bunuh diri jek time tu.