Showing posts with label pemberitahuan. Show all posts
Showing posts with label pemberitahuan. Show all posts

Thursday, October 6, 2016

Tunda Kawen

Sedih jugak la sebenarnya... Sepatutnya bulan lepas aku nikah & kenduri. Tapi chill, sambut kenduri sepupu-sepupu je pun ape ade hal kannn?? :D

Terpaksa tunda kawen. Next date mungkin 7 Januari 2017. Mungkin la. Kalau aku takde apape aral melintang. Sebab? Mungkin orang cakap dugaan orang bertunang. Huhuhh... Ape dugaan sangatnye? Kitorang jauh, si dia tak dapat nak balik, cuti tak approve, aku pun duit entah ade takde je. Haha. Janji hepi.

Dengan sape aku kawen masih lagi menjadi misteri dan akan jadi misteri sampai bila-bila.

Sedih jugak baca kisah aku dengan Incik Jep dulu tu. Dengan suwit sawit nya... Tapi aku kena admit yang dia ada orang lain yang lebih baik dari aku dalam hidup dia. So, nak buat camner kan? Chenta mudah bertukar ganti dan mudah jua dijual beli. Eh.

Alaa... Yang penting hidup mesti diteruskan. Aku pulak skarang ni agak sibuk nak selesaikan urusan nak konvo. Yaaa... Setelah merajuk 5 tahun, konvo jua akhirnya. Sekali la konvo dengan geng repeat paper seperti Zef, Apis, Puva... Layan je laa... Bukan senang. Walaupun terpaksa telan je ape orang cakap... Kan aku dulu time sekolah bukan main cemerlang. Chill la weh. Aku bukan tak pandai. Malas je. Lagipun asyik kat atas je kan, sekali sekala kat bawah boleh jugak bawak-bawak sedar diri...

P/S: Post ini back dated.

Saturday, September 5, 2015

Tajuk apa yeee...?

Aku baru belek-belek blog ni. Sambil-sambil sapu sawang...

Entahla. Rasa macam nak share kepakaran Magik programming je bila tengok blog ni. Kot-kot la berguna di masa depan. Pakar ke? Puihhh...!

Kelebet-kelebet blog ni kat bahagian setting nu. Terperanjat gak aku sebab update rasanya setengah tahun sekali je sekarang ni, membawak ke 3-4 bulan sekali. Tapi pageviews tak kalah.

Kemain link paling orang kerap bukak kat blog aku ni adalah berkaitan kad kawen. Ke semua orang sibuk search design kad kawen sekarang ni?

Takpelah. Suka hati koranglah. Jangan malu-malu, buat macam rumah sendiri.

Cakap pasal kawen ni...

Aku selaku tuan tanah kedaung blog ni, nak  buat pengumuman sikit.

9 September 2016 nanti aku nikah. Dengan sapa? Biarlah rahsia. Sape yang tau tu tau la. Tak semestinya dengan orang yang aku cerita kat sini (tengok kat belah kiri blog ni, daisypath tu pun aku dah buang)... Jodoh pertemuan kat tangan Tuhan. Suka hati korang jugak la nak gelakkan aku sebab publish kronologi camtu ke apa, tak kisah la kata aku syok sendiri ke apa, kalau nak tau dengan sapa aku kawen, boleh la datang kenduri aku nanti, kenduri belah aku dijangka 10 September 2016.

InsyaAllah 17 September 2016 pulak kenduri belah pihak lelaki dan merupakan hari terakhir aku di bumi Malaysia darul klakar ni. Pasni nak sambung belajar balik. InsyaAllah sampai PhD. Jangan sangka orang yang "tak grad" undergraduate degree tak boleh sambung postgraduate degree ye... (Haha kalau stalker "lama" tu masih melawat blog ni lagi la kan... Hihi)

Monday, July 29, 2013

Pemandu Biadap

Sape jumpe atau pemandu bodoh tu sendiri terbaca blog ni, sila contact aku dengan kadar segera. Nak buat perhitungan sebab keta aku calar kerana kebodohan dan kedegilan dia. 

Pemandu bodo je menyelit dari tepi, tak bagi signal, main himpit2. Macam la dia sorang je yang puasa kat dalam Penang ni...

Ni la rupe si bodoh terbabit. Keta jenis wira kaler gelap, staff USM kot, mungkin, coz aku nampak sticker USM kat keta tu, no plet keta DBH 6981. 

Sorry, so far aku tak penah label orang bodoh, tapi pompuan ni bodoh tahap maximum. Dah la buat keje bangang himpit keta sebab nak potong line, signal tak bagi. So, aku pun hon mcm orang gila. Ada aku kesah dia malu? 

Ni kesan calar kat keta aku sebab kebodohan dia... 
Mesti malu gila sapa yang penah ajar pompuan ni memandu. Skolah memandu mana tah ajar dia boleh menyelit untuk potong line. Orang lain beratur kemain panjang lagi. Macam la dia sorang je nak cepat. Dia ni kira nasib baik la sebab aku tengah charging phone masa tu. Kalo tak, masuk keek pasal pemandu biadap dah dia ni.

Wednesday, October 31, 2012

Wednesday Picture

Amik perhatian okeh?

Wednesday, August 1, 2012

Blog Viewer

Selama ni kan aku ingat blog aku ni tah apape je... Tapi memang tah apape je pun...

Pastu cam tak sangka la berjenis2 browser bukak blog aku ni hah... Aku susah nak caya sket... Kalo blog stat ni menipu, maka menipu lah aku kan... Hehehe...

Sebenarnya kagum jugak la ngan sesape yang view blog aku daripada tempat2 lain selain laptop atau PC... Ye lah kan... Benda semakin canggih, semakin maju... Nak jugak view blog tak semenggah aku ni kat tempat2 lain... Kui3...


Kemain kannn... iPad pon view blog aku jugak... Jadi la, walaupun sorang je yang view page tah apape aku ni... Dah la aku disable comments... Padan muka takleh nak kutuk aku kat komen dah... Muahahahah... Tak lama lagi chatbox tepi tu pon aku nak buang jugak... Ingatkan kebanyakkan yang tinggal link tu ikhlas laa nak berkawan... Sekali tinggal link website bisnes2... Sorry la dik... Hakak tak minat... Akak pon ade jugak meniaga... Meniaga tanah/rumah2 bank lelong (property business)... Mau?

Part time sikit2 je nih... Nak tak?? Kalo rasa nak beli umah ke, nak khidmat peguam bahagian perumahan yang berwibawa, cepat dan pantas, boleh la antar email ke aslina.majid@gmail.com 

Sana kita boleh cerita panjang2 hokey??

Bye, nak blah pi kedai runcit cari barang2 nak buat ais krim cempedak. Banyak cempedak kat umah, lalu ngidam eskrim. 

P/s: Hartanah dalam Penang, bahagian pulau sahaje.

Tuesday, June 19, 2012

Alhamdulillahhh...

Aduh... Memang nervous aku nak cerita...

Tengah taip ni pun gigil2 lagi gitu... Tak sudah2 since balik keje tadi...

Eh, bukan pasal nak kawen... Asal tajuk camtu je dah pikir cenggitu... Mentang2 la aku single kan... Yang tu lambat lagi kot... Masing2 nak tumpukan pade karier dulu. Ewah, karier la sangat kan... InsyaAllah tahun depan. Ops.

Sebut pasal karier ni kan...

Iskk... Pasal ni la yang membuatkan mengantuk aku time nak balik keje tadi serta-merta hilang begitu sahaja... Tapi dalam hati aku bersyukur yang amat sangat, at least aku dah nampak hint2 yang gitu2 mengenai status keje aku kelak :)

HR manager datang tempat aku mula2 tanya ok tak kalo dorang nak antar aku pegi oversea untuk 5 bulan? Aku macam... Oh, wow, dah tentu la ok, gila apa nak tolak... Tapi masa tu aku blom tanya lagi pegi mana... Pastu dia blah... Aku ingat cam memain je la kan... Pastu Syafiq, Izzat masa tu kat situ ngusik2 la aku... Kalo pegi Australia (negara project yang kitorang handle skang ni kan) boleh la pasni aku approve je apa benda dorang nak reject keje... Lebih2 lagi kalo bende tu susah... Hahaha... Aku cakap, aku on je...

Pastu HR manager tu datang balik, suruh jumpa dia sekejap... Pegi la jumpa kan... So, jeng jeng jengg...

Dia tanya aku ada masalah tak bab makanan, ade pantang larang ke, sebab restoran makanan halal memang susah nak jumpa kat situ... Err... Aku cakap je aku flexible, tak dapat restoran makanan halal, dapat pasar raya ade jual buah2 pun boleh je... Atau masak pun boleh (eceh, beriya je kan...) Sebab katanya partner aku non-muslim, pompuan la jugak... Alaa... Macam tak biasa je housemate aku berbilang bangsa dulu... Aku jenis masuk je ngan sesape, janji hal personal, kau buat hal kau, aku buat hal aku sudah... Jangan bzbody sangat...

So, aku tanya laa... Camne aku bleh terpilih kan... Dia cakap sebab english aku bagus... Pastu aku tau pasal fibre, communication, untuk project tu nanti relates energy ngan fibre... Tapi fibre tu mostly untuk telecommunications laa... Dia nak orang ade strong knowledge pasal ni... Eceh... Terharu kot dia cakap aku camtu... Then soalan best... Kat mana kan... Dia jawab...

US.

Yeah, United States. Waaaaaaa................. Tak pernah kot aku sampai US... Paling jauh pon pasport aku cuma ada cop Singapura jeeee... Yang lain2 aku kelentong budak2 kelas aku dulu, cakap aku pegi Australia la bagai tu cam merapu je... Tak sangke akhirnya peluang aku nak travel tu ada... Bukan seminggu-dua mingguuu... Tapi 5 bulan kaaauuuu...

Erm.

Aku tanya... 5 bulan tu start bila kan?

As soon as in August.

Gulp.

Nampaknya banyak benda aku kena korbankan nanti.

Takleh pegi kenduri Huda bulan September, kenduri kawen budak kecik Zefarina dengan Edi bulan Oktober nnt, kenduri cousin aku yang dijangka bulan 11, terpaksa melepaskan trip ke KK, takleh jumpa encek Jep bila beliau balik bercuti (kalo dapat keje Malaysia, mmg dia balik terus, tapi kalo tak, dia balik untuk cuti sahaja), takleh join Angah buat trip satu family bulan Disember, etc...

Yang penting...

Macam takleh nak beraya jeee...

Plan nak amik kereta pun macam kene let go je...

Bak kata encek Jep, peluang yang ada jangan disia2kan (aku translate) Sebok je aku gegeh call dia bagitau masa dia break sekejap tadi... Sebab esok sampai 10 hari akan datang dia pegi camping di Scotland... Elok la aku pun nanti jadi plan nak pegi kenduri sepupu aku kat KL... Jadi ikut siap amik leave hari Isnin 25 June nanti...

Dan 25 June tu jugak la otw balik nanti, aku kene setel jugak pasal passport... Sebab passport aku dah expired :P

Tuesday, September 20, 2011

Charlie

Ini bukan pasal "Charlie bit my finger" tu. Charlie tu comel. Lain.

Aku sejak-sejak keje nih banyak bergaul ngan orang-orang utara yang tinggal sebelah Seberang Perai sebab orang sana banyak keje kat company aku... So sikit sebanyak terlekat la loghat utara yang pure punye kat aku. Bukan setakat loghat utara je... Macam-macam bende la aku blaja dari dorang nih.

Contohnya pasal CHARLIE.

Aku ni nama je penah duduk kampung. Tapi serangga yang aku kenal cuma nyamuk tiruk, nyamuk aedes belalang dengan mentadak je. Lain-lain fail. Kumbang pon bagi aku semua pon kumbang kecuali kumbang busuk tu dia special sebab aku pernah muntah teruk sebab bau dia memang macam jahanam.

Tapi ni Charlie nih. Nama kemain nak omputeh je...

Aku mula-mula musyikil jugak menatang ape Charlie nih... Siap gigih lagi google... Rupenye camni je rupa dia... Tapi jangan memain menatang ni orang cakap bisa...


Kat tempat korang panggil menatang ni apa??

Maklumat lanjut pasal serangga ni bleh pegi sini. Aku malas nak citer panjang-panjang. Cukup la dah berkenalan dengan rupa beliau yang penuh dengan kaler feveret itu. Kredit to:



Baca lah korang kalo rajin. Malas pulak aku nak taip lebih-lebih... Aku google web ngan image "Serangga Charlie" kuar 3-3 site nih. Bleh tahan seram baca pasal serangga nih. Bleh bawak maut.

Next time sape2 rase nak bunuh diri tapi takut nak gantung diri, kelar tangan atau minum racun, boleh la try duduk kat tempat-tempat yang banyak semak-samun tapi cerah terang benderang... Tak pon seru-seru je Charlie nih... Sampai la kot beliau... Nasib baik la aku ni memang spesis suka kegelapan...

Thursday, March 3, 2011

Random #61

Sorry la semua...

Aku tengah cari mood nak update ni. Lagipun sikit busy skang. Terpaksa buat-buat bz. Huhu...

Mood swing-swing skang...

Lepas 17 Mac mungkin aku akan update secara berleluasa.

Tuesday, February 1, 2011

Hihihi... :D

Currently aku agak bz nak update blog satu lagi tu. Tapi nanti-nanti la kot baru reveal. Haha. Nak reveal blog baru tu bukan sebarangan bleh reveal. Kene mintak persetujuan ramai. Wahaha. Aku bukan macam Uncle Seekers tu berani-berani je nak dedahkan citer dier ngan mantan permaisuri. Huhu....

dengki tanak letak link Uncle Seekers sebab dia tiba-tiba da ada banyak follower

So... Nanti tunggu je la blog tu. Kalo takde apape, maybe lepas besdey aku kot baru reveal. Skang baru stage permulaan. Tapi takde best sangat pun blog tu. Cuma blog pasal sesebuah perjalanan je. Jalan-jalan mana? Apadia? Haa... Tunggu... Sebab memang takleh cerita kat blog kat sini.

Pasal kalo nak cerita kat sini nanti mampus korang muntah darah baca. Ngaku je la padahal punya liat nak cerita pasal jalan-jalan kat sini. Trip pegi Singapore tu pun dah setahun lebih tak update-update.Caring jugak aku kan nak elak korang muntah darah, atau bernanah mata baca. Hehe.

Jadik jangan plak nak merusuh kalo nampak blog ni terabai. Eh, buat statement macam la orang suka baca blog dia. Haha.

Punca lain takleh update sangat:


Enter key dah kene block.

Takleh nak buat apa dah. Huhu.

Wednesday, January 26, 2011

Jonny's Journey

Sesape yang ade add aku kat fesbuk mesti perasan kewujudan album bertajuk seperti di atas. Aku bukan apa, antar mms kat abang aku dia tak dapat plak. Ye la nak mengadu betapa disasternya keadaan Jonny ketika sampai di Kuala Selangor. Gambar ni dari enset aku sebab akak (eh? ke adik) yang keje kat Skynet Kuala Selangor ni mintak aku tangkap gambar guna enset aku. Clear sikit.


Haha. Tangkap gambar siap tau. Ni kali kedua ni berlaku kat aku bende pelik-pelik dari Skynet Penang. Kali pertama dah salah antar. Heiii... Geram aku. Kali kedua siap begini. Side mirror kiri pecah cermin dengan plet nombor kat blakang tu patah.

Takde la aku nak tunjuk plet depan tu camne rupe dier. Bukan tatau korang nih kang ade wat modal pegi tikam pasal ke-suwey-an yang terjadi ni. Eheh. Takde lah. Aku tau readers aku seme baik-baik tak layan mende-mende khurafat camtu.

Lepas tu borak lebih-kurang sebab boss dorang pun takde, aku blah la. Tapi ade ke Jonny merajuk tiba-tiba dengan aku. Da tamau start plak dah. Kalo dulu minyak setitik pun gagah lagi boleh start. Ok hyperbola la minyak setitik. Mana aku tau ye dok? Tapi selalu-selalu aku balik kelas tu minyak da lebih bawah dari E. Rileks je jalan. Maka dia merajuk dan aku pun gigih la tolak dia sampai ke Shell. Nasib baik la dekat. Tapi berpeluh jugak la.

Dah isi minyak aku terus dengan mission aku pegi workshop peribadi Jonny. Ewah. Jangan memain ko Jonny ada personal workshop tau? Haa... Sebab aku nak check, betul ke tidak apa yang mekanik kat Penang tu buat sampai seminggu Jonny tersadai kat workshop itu. Sebab abang aku cerita dorang wat wiring je. Padahal abang aku saspek coil. Apakah coil dalam moto? Adakah beliau begini?


Ohh... Bukan... Ini adalah MOSQUITO COIL. Source : libaslajulaju.

Sebenarnya bukan la coil pun. Nama mendelah bermasalah itu adalah regulator & rectifier. Pandai-pandai korang la google pasal kegunaan rectifier dengan regulator ni. Bende ni da damage dan rusty sebab da dekat 3 tahun Jonny berskandal dengan aku. Maka bila dia dah tak berkeupayaan nak menstabilkan voltage motor, maka terjadi la bateri motor overcharged atau discharged, oleh sebab itu haritu electrical system Jonny cepat je out walaupun da tukar bateri baru. Sungguh merbahaya ok bawak moto takde signal semua. Dah tak pasal kene praktikkan apa yang test JPJ dulu. T__T. Dan mekanik Jonny tu sempat lagi mengutuk regulator tu kuar dari kilang bersaiz kecik. Hehe... Mau untung maaa.... :D


 Ini lokasi beliau di dalam Jonny. Ok Jonny bersawang di dalam. T___T 



Ini rupa bentuk sebenar. Dah teroksida dan rusty teruk bak kata orang kampung aku. Abaikan sawang-sawang kat celah-celah situ kalo ada. T___T.

Dah jadi macam blog mekanik kan blog aku skang? Padahal background dengan header kemain ceria seperti gadis-gadis. Cewah. Gadis. *Muntahlajulaju*



Dan begini la rupanya bila dah pasang baru. Mana laa takde teroksida benda ni. Jonny ni da la lasak, Selasak tuan dia yang suka betul travel balik kampung dengan moto. Pulak tu bukan dekat perjalanan. Paling-paling busuk pun 343km. Itu pun bukan setakat habiskan sepanjang hari atas highway, kemain la pecut macam Valentino Rossi. Punya la feeling-feeling naik superbike padahal tak sedar diri kaki tak jejak tanah bila naik superbike. T__T.

Takpa. Nanti aku kaya tahap upline-upline unstopbebal tu semua, aku nak order custom made superbike mengikut ketinggian. Haha. Tu la masalah aku dengan abang aku. Kami ni comel sangat untuk naik superbike gempak-gempak tu. Tadi pun try-try naik Kawasaki ER-6f tu pun macam terkial-kial. Lepas tu kene gelak dengan wife tokey workshop tu. Aaa... Hampeh. :D

Wednesday, January 19, 2011

Hmm...

I just knew it that I'll be missing something or someone at first place in this week. I don't know, but just knew it. I have a bad feeling for something yet felt so uneasy since I'm returned from Penang past few days.

Dan tadi membuktikan segalanya. Btol la rasa-rasa tak sedap hati selama beberapa hari ni. Chatting pun bleh lost mind sekejap kadang-kadang. Skang da menyesal balik awal-awal. Padahal Isnin haritu mengamuk je tunggu bas lama-lama kot sebab nak pegi kelas tapi ended up tak dapat pegi pun. Da la satu kelas tu je for whole week...

Angah call bagitau sorang mak sedara da takde. Terribly shocking. Haritu tau dier jatuh dalam bilik air. But don't have any idea how long was she been warded. Almost 2 weeks kot. Terasa sikit menyesal di situ sebab balik haritu tak sempat pun melawat dia. Sebab few days lepas balik tu Jonny rosak. Nak ajak angah pegi melawat pun... Macam-macam benda kitorang kena setel sebab aku balik haritu... Pastu ended up terlupa camtu je. Ish! Ish! Ish!

I shouldn't forget. Tskkk... Sebab masa arwah mama ngan arwah ayah pegi Mekah dulu, I used to stay with her. Dia yang jaga aku untuk sebulan lebih tu... Dia adalah antara mak sedara aku yang paling aku rapat. Satu-satunya kakak kepada arwah mama sebab arwah mama punya adik-beradik semua lelaki kecuali Ngah Munah ni.

Al-fatihah buat Ngah Munah... Semoga beliau di tempatkan dikalangan golongan yang beriman...

Tak dapat balik ni untuk melawat arwah... Sebab balik dengan bas last weekend pun da mengakibatkan bajet sikit lari. T____T

P/s: Flora ni pun rupenye jenis malas bangun pagi. Orang lain sibuk cerita kucing kejutkan subuh ke apa. Tapi dia best je lagi tido kat tepi laptop ni ha.

Wednesday, December 29, 2010

Random #50

Malaysia menangggg~~!!! Kira menang la kan... Menang dengan aggregat 4-2. Walaupun kalah sikit je dalam game tadi. Eleh. Sikit je pun.

Hip hip horreyyy~~

Lambat update plak. Keh keh keh...


Tak sia-sia aku buat camni tadi... Elok-elok lepas Malaysia score first goal. Sebenarnye ada kaler hokeh... Tapi macam biskut la... Jap ade jap takde. Entah apahal TV1 memang tak dapat langsung dalam umah ni. Ini pun memang sampai half-game la aku godek-godek nak betulkan.

Monday, December 20, 2010

Random #47

Pherghhh!! Pherghhh!!! Pherghh!!!!

Kuala Selangor kini dah maju sikit kalo dulu cuma ada kepsi sampai dua, pizza hut, tesco, oldtown white coffee, secret receipe, al-ikhsan, sun inn hotel,

Tapi skang dah ada panggung wayang dengan tempat main bowling.

Sumpah jakun sekejap.

Friday, October 1, 2010

Aku Tak Sempat Nak Update Lebih-Lebih Sebab...

Sila lihat list di bawah;

27/9 - Digital Signal Processing test 1
28/9 - Sensor Engineering quiz
29/9 - Fuzzy Logic test 2
30/9 - Digital Control System test 2
2/10 - Signal & Systems test 2
4/10 - Digital Signal Processing test 2
5/10 - Sensor Engineering test 2
7/10 - Digital Control System test 3
9/10 - Signal & System test 3
14/10 - DATE SUGGESTED TO PRESENT THESIS.
15/10 - Sensor Engineering final exam
18/10 - Digital Control System final exam
19/10 - Signal & Systems final exam
20/10 - Fuzzy Logic final exam
22/10 - Digital Signal Processing final exam

Agak-agak lepas 22/10 tu kot baru aku bleh update sampai lebam. Rasa macam robocop pulak sampai hampir hari-hari pun ada test.

Study week??

Apa benda tu?

Tuesday, July 27, 2010

Hmmphhh... Mulut Orang, Kan...

First of all, congrats kepada team EIMARace Unisel yang berjaya dapat tempat pertama buat 2 tahun berturut-turut. Aku tamau komen lebih-lebih pasal suara-suara sumbang yang kutuk Unisel macam-macam lepas pertandingan tu Sabtu lepas. Sebabnya, aku pun tak berada di tempat kejadian.

Dan aku cuma tahu usaha dorang sangat berbaloi bila dalam waktu yang singkat dan pack gila, dengan budak-budak fakulti yang terlibat tu sangat lah limited sebab masing-masing pulun dengan engineering projek, mana dengan lab report, assignment yang memang dapat stok-stok selalu last minute sebelum final exam, test, re-test, final exam, dalam masa yang sama, ada yang terlibat dengan Perodua Eco-Challenge tu (2nd Runner up, beb! Congrats lagi!) Lepas tu dengan EimaRace ni lagi... Memang tough la budak-budak yang terlibat tu. Masing-masing muka tak boleh blah je rupa masa masuk kelas. Punya sewel macam mati bini.

*Gambar ni aku amik dari orang yang tag aku dekat fesbuk. Sebagai budak engineering, memang aku bangga gila jugak la dengan kawan-kawan aku. Credit to tukang upload dan diz pic was captured by Raymee Yunus.*

Tabah la kan orang nak cakap apa pun, sebab dorang bukan dalam situasi korang. Aku pun takleh nak bagi komitmen mantap macam korang. Dah la budak engineering pun berapa kerat je dalam fakulti tu. Harap bangunan je besar. Lepas pukul 3.30 petang tiap-tiap hari, terus fakulti tu sunyi sepi macam rumah mayat. Padahal tempat lain kemain meriah lagi dengan manusia sampai ke malam. Memang misterius sikit fakulti engineering dalam Unisel ni. Dah la ujung-ujung alam.

Yang pastinya aku memang percaya budak-budak ni dah buat habis baik dah
dalam bidang dorang, walaupun fakulti kitorang cuma ada course yang sangat lah basic-nya untuk engineering. Tak macam U lain... Spesific ada Engineering Automotive segala, tapi aku bajet budak-budak ni semua guna kepakaran dari tempat belajar yang lepas-lepas, pengalaman sendiri, etc. Buat U lain yang sibuk-sibuk cakap segala benda tempah la segala... Untuk pengetahuan korang la kan, sepanjang yang aku tau, benda-benda macam ni, lecturer bukak tender untuk budak-budak ni antar proposal dan pilih yang team mana yang sangat mantap cadangan untuk upgrade benda sedia ada, team tu la terpilih. No matter kau mekanikal ke, electrical ke, electronics ke, mechatronics sekalipun. Civil pun ok saja kot? Janji ada bahan, ada team work, ada komitmen, tight time pun takde hal.

Kalo facts aku salah, sori lah. Tapi sepanjang apa yang aku tau, itu la yang selalu aku nampak pun. Bab budget pun, walaupun kitorang IPTS, tapi bukan la well-known dan kaya sangat seperti yang orang sangkakan. Kalo kaya gila, takde la tiap kali buat proposal budget nak buat aktiviti, yang approve cuma tak sampai separuh dari proposed budget. Takda la time exam, kewangan begitu menekan budak-budak suruh setel semua hutang-hutang baru boleh amik slip exam, tanpa kompromi kecuali kalo alasan betul-betul munasabah. Sampai yang tengah buat tesis ni pun langsung semua pakai duit sendiri. Nak kata well-known pulak, tu untuk cerita Dunia Baru yang kadang-kadang aku rasa entah apape tu adalah. Kira good effort apa budak-budak ni pulun nak buang "stiker" Dunia Baru tu dari sinonim sangat dengan Unisel. As the kick-start, mula-mula skali budak-budak Civil dah tunjuk taring kongker buat kayak paling ringan tu. Fiber apa ke nama entah. Lepas tu naik lagi sebab CanSAT, then keep on naik untuk Perodua Eco-Challenge, EimaRace nih, dll. Bukan nak bangga terlebih-lebih... Tapi serius a reality yang Unisel ni bukan well-known sangat pun sebelum semua-semua ni selain Dunia Baru tu.

Sebagai contoh la, masa aku tercampak praktikal dekat Intel dulu. Sebelum aku mana ada student Unisel lain yang praktikal di situ? Memang nasib baik kot dapat praktikal situ, dan mula-mula sekali bila aku sebut Unisel, semua terpinga-pinga... Wujud ke universiti tu? Kat mana? Kalo makcik-makcik/akak-akak operator plak, reaksi dorang... "Ohhh.. Yang Dunia Baru tu ye? Depa belajaq sama ngan ampa ka?" Wah, meriah kot budak-budak tu sekelas ngan kitorang nih. Tak hagak betul. Lepas aku, ok la, well-known sikit dalam company besar macam tu. At least.

Tiba-tiba aku sayang gila dengan fakulti aku, Unisel dan kawan-kawan aku. Sebab? Tahun depan aku takde kat situ dah. Yeayy...

Dah, dah... Jangan nak mengarut lebih-lebih. Sila sambung buat tesis anda. Sekarang dah minggu ke-5 pun. Wuuu~~~~ :'(

Sorry la kalo rasa menyampah sebab aku bangga-banggakan Unisel dengan fakulti kejuruteraan nih. Tak suka jangan baca, ye tak? Kalo rasa nak komen kutuk-kutuk aku pasal bukak cerita ni, takpe la silakan je. Aku liberal. Tak kisah pun. Tapi kalo nak kutuk pun, kutuk betul-betul la, ada fakta, ada hujah, dan jangan nak berlindung dengan nama anonymous.

Thursday, July 22, 2010

Saya Adalah Saksi Kemalangan Dan Saya Trauma.

Gile tak tajuk?

Siyes tak main-main la aku saksi kemalangan. Dah la depan mata beb! Sumpah trauma.

Kemalangan apa?

Jeng... Jeng... Jeng... Tu la nye jadik isu hangat kat fesbuk antara aku dengan osmet aku. Tapi kitorang dok buat main-main plak taknak citer bende sebenar. Err... Tapi yang bab trauma tu memang aku tak tipu lah. Memang trauma kot.


Ni la lokasi kejadian. Biasa la rakyat Malaysia memang jenis busy body nak amik tau satu-satu hal terjadi. Tapi ni version kanak-kanak la. Aku pulak sejak nampak kemalangan tu terus macam berani-berani takut nak ke tempat yang korang nampak agak basah tu. Tu tempat kesan darah la tuh. Jiran sebelah yang cucikan. Huhu...

Ok lah. Malas nak bagi korang berteka-teki lama-lama. Sebenarnya yang eksiden tu adalah SEEKOR ANAK ANJING. Depan mata aku masa tengah feeling-feeling nak buang taik kucing dari pasir dorang tu. Mau tak terkejut. Dah la mula-mula sebelum kejadian anjing tu pun macam blur je jalan-jalan siap salah masuk kawasan umah aku ni ha.

Heh. Amacam? Mesti terasa hampeh je kan baca entry nih. Cuma aku tak bleh blah je bila sebenarnya kejadian yang berlaku depan mata aku tu, eksiden tu... Walaupun keta tu cuma langgar sekor anak anjing... Tapi at least bila dah rasa langgar sesuatu tu... Kurang-kurang pun berenti la tengok ke apa... Ni tidak... Jalan terus macam takde apape terjadi.

Teruk la orang macam tu... Tau la bawak keta besar, Avanza... Takkan la langgar pun tak rasa. Actually anak anjing tu pun da sikit besar. Memang nampak la. Kalo ye pun benci anjing, boleh tak ada rasa simpati sikit berenti turun dan tengok? Tak pasal je berbakul-bakul kene maki dengan tuan anjing tu.

Tapi aku rasa yang langgar tu memang benci anjing lah. Sebab tu dia blah buat tak reti je.

***UPDATE SEJEMPUT***

Nak tengok gambar lebih-lebih dan betapa semangat 1Malaysia nya jiran-jiran sini menghadapi pemergian seekor anak anjing, sila la ke sini

Friday, June 25, 2010

Ehem... Ehem... Etensyennn!!!


Ini Jonny. Dalam versi blink-blink. Paling star dalam blog ni. Ini gambar agak lama. Masa tu parut dia semua aku cover dengan blink-blink ini. Saja je ni. Short update. Petang nanti (skang pun da masuk ari Jumaat, kan?) aku dengan Jonny akan redah Ipoh. Maybe stay sana sampai pagi Ahad, lepas tu baru balik ke Kuala Selangor untuk teruskan misi berani-mati sampai hujung tahun. 

Sapa-sapa warga Ipoh Mali yang teringin nak berkenalan dengan Jonny atau bergambar dengan beliau, sila la buat appointment awal-awal dengan tuan Jonny ni.

Machaaa~~!!! Esok-lusa kita dating, jommm~!!! Lu blanja gua ahhh...

Juga dalam perancangan nak jumpe tuan Joni spesis yang ini. Insya-Allah kalo takde apape hal.



P/S: Huda, aku rompak header ko. Kire lebih-kurang halal la eh? Heh.


Friday, June 11, 2010

Wajah Baru.

Heh. Korang jangan ingat salah blog plak ye. Saje-saje je tukar-tukar serba-serbi bagi nampak lebih ceria walaupun isi blog kadang-kadang tu emo je lebih. Harap korang selalu-selalu la singgah ye. =)

P/S: Feeling-feeling kanak-kanak rebina la plak.

Saturday, June 5, 2010

(T_T")

Sekarang internet kadang-kadang entah macam apa je... Sejak-sejak aku upload cerita berlagak aku tengok movie online tu. Heh. Sekali skang sudah susah nak online. Nak blogwalking senyap-senyap ke blog orang pun dah tak boleh. Nak stalk-stalk orang pun dah tak boleh. 

Bukak fesbuk lagi laa... Abeh ikan-ikan selalu bila berjaya bukak, mesti dah tahap kebulur yang amat. Adeihh... Jadi tu sebab takde update hari-hari. Update bila line cemerlang je. Heh. Jangan kecik hati ye bila singgah sini.

Tengok-tengok speed test tu balik. Malaysia di ranking ke 102 untuk download speed. purata 1.94 Mb/s. Upload plak no 82. Purata 0.74 Mb/s. Bila la nak naik ni? Singapore pun tangga ke-30. Thailand pun atas Malaysia ni. Rwanda? Bosnia Herzegovinia? Pun atas dari Malaysia. Huhu...

Tuesday, June 1, 2010

Semoga Mereka Yang Dalam Misi Konvoi Bantuan Tu Selamat

Sejak semalam mana-mana blog, website, twitter, facebook, banyak update pasal status serangan tentera Israel ke atas kapal konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza tu. Memang banyak tak masuk akal dakwaan tentera Israel tu. Takde sebab pun dieorang nak tahan kapal tu. Dah la yang naik kapal tu pun semata-mata nak hantar bantuan je. Senjata pun takde. Tapi entah apape je media yang sokong Israel tu belit-belitkan cerita.

Cakap banyak pun tak gune laa... Sebab aku memang tengah malas menaip sekarang sebab aku pun tatau cerita sangat. Versi terkejut-tergempar je tahu pun. Kalo nak tulis pun banyak sangat kat sini. Apa pun, kalo nak tahu sikit detail pasal cerita ni dan kenapa aku cakap Israel belit-belitkan fakta bagi nampak penghantar bantuan kemanusiaan tu sebenarnye ala-ala terrorist... Bleh pegi ke blog Joe. Situ siap ada versi komik lagi untuk kite nilaikan sendiri hampeh tak hampeh Israel ni...

Sebelum je ke? SEMASA dan SELEPAS mananya? --> Link.