Showing posts with label random series. Show all posts
Showing posts with label random series. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Random #72

Kat opis aku sekarang dilanda musim berkepercayaan baru. Boleh bikin sentap jugak dengan kepercayaan dorang kali ni...

"Mana2 gadis single yang tak kuar lunch, adalah berkemungkinan besar akan mengadakan majlis pertunangan ataupon pernikahan tak berapa lama lagi"
Oleh itu sejak hujung bulan April lepas memang aku tak penah miss lagi kuar lunch sampai ke harini.

Tahyul gila.

P/s: Majlis bersanding/kenduri kawen lain... confirm dah ada tempek kad kawen kat board general kat depan opis tu ha...

Saturday, July 16, 2011

Random #71

Hangen je komentator balik-balik komplen team Malaysia buat kesilapan mudah. Cuba ko duduk tengah padang tengok camne. Biasa la manusia buat kesilapan then baru dia belajar dari kesilapan.

Anyway, puas hati ngan game Malaysia vs. Liverpool. 9 gol tu beb. Malaysia pon titik 3 bijik kat Liverpool. Puas hati gile walaupun Malaysia kalah. I think its a good start kan? Bukan calang-calang tu nak bagi sampai 3. Heh.

Tuesday, July 12, 2011

Random #70

Walau sesopan mane pon pompuan tu di tempat-tempat awam, walaupun dia nurse paling lemah lembut, percayalah kalo bagi dia bawak moto kat area jalan paling jem teruk dalam Penang, tak mustahil dia boleh kuarkan segala skill-skill rempit terpendam.

Serius.

Walaupun pakai baju kurung.

Eh, tu aku...

Monday, June 27, 2011

Random #69

Merajuk.

Harini lunch makan roti ikan bilis je. Sebab kedai kegemaran lunch termurah RM1.80 sehari tutup. Tak sanggup beli nasik dari mamak berhampiran sebab apron dia kotor dan tak ketip kuku.

Balik umah je, tengok kat dapo, ada plastik sampah berisi kulit durian. Frust. Dorang makan durian tak ajak. Padahal dah 2-3 hari lepas aku punya mengidam nak makan durian. Huhu.

Merajuk ah merajuk. Esok lapar baru pegi cari makanan balik.

Friday, June 3, 2011

Random #68

Dalam satu situasi kemalangan jalan raya. Kelihatan sebuah lori sederhana besar terbalik dan sebuah superbike Naza yang handle dan tank minyak hancur.

Persoalan kat sini...

Lori tu langgar superbike, lori boleh terbalik eh?

Gile kentaaaaaaaaaaaaanggggggggggggggggggg~~~!!!

Monday, May 30, 2011

Random #67

Huarghhhh................

Bestnye sambung baring-baring sebelum esok-lusa-tulat-tunggeng. Mintak-mintak la semuanya ok. Amin :D

Baru rase letih bawak moto dari Penang-Kuala Selangor. Baru terasa. Sebab terasa malas tibe-tibe nak pegi Shah Alam esok. Dan pegi KL. Buat apa? Huh. Biasa lah.

Kalo takkkkkkkk elioookkkkk jugaaaakkkkk...

Kite bako je FK tu.

Thursday, May 19, 2011

Random #67

Eh, tak abes lagi ke isu budak mencarut kat orang pakai tudung agak urban tu? Budak tu macam familiar je. Macam batch sikit senior kepade membe-membe TESL aku dulu je. Biar la dier... Malas jugak aku nak amik port pasal tu. Kubur masing-masing ye tak? Tah-tah jap lagi tertido ke lalu terus tertido selama-lamanya kan sape tau kan.....

Tapi tabik ah komen dia 600++ lebih kot. Dahsyat... Dahsyat... *geleng-geleng kepala*

Nama dia sedap ah. Harap lepas ni peribadi dier lebih "sedap" sesedap nama dia. :D

Saturday, May 14, 2011

Random #66

Mana pegi entry aku buat semalam???

ARGHHHHHHHHHHH~~!!!

Dahsyat betul blogger update ni, kebanyakkan blog-blog letak entry baru semua ilang. Termasuk la aku. Ada recover tak mende-mende ni semua nanti?

Wednesday, May 11, 2011

Random #65

Kenapa jugak kalo dekat fesbuk, orang tukar relationship status dari single kepada "in relationship" kemain laju lagi ramai-ramai orang pakat-pakat like siap ucap tahniah lagi padahal yang tukar status tu plak baru jejak skolah menengah?? Yang tukar status "married" yang betul-betul punya married siap dengan kenduri semua takde sape pun nak like. Ok. Selalu aku sorang je yang like.

Ada apa dengan "in relationship" ni wey? Aku pernah la cuba dulu. Ramai jugak la lepas tu kemain lagi ucap tahniah. Pe motif ntah. Padahal aku memain je masa tu. Saja test. Rupanya ramai suka tengok couple-couple ni lebih dari yang dah sah kan? Hihi...

Monday, May 9, 2011

Random #64

Jangan tatau plak hari ibu semalam aku pun sambut sekali. Ye laa... Title mak sedara kepada 3 orang anak sedara. Pastu wish-wish jugak untuk semua mak angkat. Konon mau list dalam twitter. Tapi tak muat plak.

Baru aku tau kemain ramai mak angkat aku rupanya. Heh. Sempat celebrate sorang. Pegi makan-makan kat Padang Broom, Penang. Aku menyelit je ikut sebenarnye. Heh. 

Mak mentua je blom ade.

Friday, May 6, 2011

Random #63

Dah lepas 8 tahun kenal style hi hi bye bye, harini baru tau dia ada kembar. Dah la nama pun tak penah nak amik tau. Apa pelik benar awak ni Aslina..........................

Patut laa ada masa kita kemain la sengih-sengih lambai-lambai dia bleh buat bodo macam tak kenal kita...

Sunday, April 10, 2011

Random #62

Benda paling tahyul dalam dunia adalah cinta tanpe ikatan yang sah. Cinta tanpe ikatan tak menjanjikan apape, jadi jangan terlalu lurus konon nak berkorban.

So, jangan percaya pada tahyul. Nanti menyesal. Boleh bawak mati. Aku serius ni.

Thursday, March 3, 2011

Random #61

Sorry la semua...

Aku tengah cari mood nak update ni. Lagipun sikit busy skang. Terpaksa buat-buat bz. Huhu...

Mood swing-swing skang...

Lepas 17 Mac mungkin aku akan update secara berleluasa.

Saturday, February 26, 2011

Random #60

Barang sape nak cari wife memang jenis super-duper pandai masak dan educated, sila la stalk-stalk kawan-kawan anda yang blaja nun jauh di luar negara. Nescaya tak mengecewakan perut dan tekak anda.

Wakakaka... Aku lupa sapa punya statement ni. Tapi sumpah memang takleh blah ah. :D

Wednesday, February 16, 2011

Random #59

Flora... Kucing... Aku tules babies ke?? Hahaha... Sebab aku rasa dia half-half manusia kot.

Patutnye kittens.

Ok la nak tido. Hujan ni. Syiok wooo... Tunggu orang online tak muncul-muncul... Sibuk sangat agaknye. Aku pun sibuk jugak. Tapi saja buat-buat free. Gila kan? Jangan tiru perangai aku :D

Tuesday, January 25, 2011

Random #58

Blog saya sungguhhhhhhh ceriiiaaaaa....!!!!

Saya sukaaaa....!!! :D

Thursday, January 20, 2011

Random #57

Mau tukar header.... Mau tukar header.... Tapi masih malas nak buat... Jangan kata tukar header.... Ini kerja terpenting di dunia ni pun tak gerak-gerak lagi. Camne la projek aku nak transform jadik optimus prime kalo asik takde gerak-gerak mende lagi???

P/s: Jonny maybe sampai esok... Yeayyy!!!

Sunday, January 16, 2011

Random #56

Dia pun pandai rindu bila da seminggu tak jumpa....


Lenguh tangan ni weyyy~~!!!

P/S: Kantoi Kak Syima terbeli kolar anjing kat dia. Ni mesti pasai pink karer ni...

Friday, January 14, 2011

Random #55

Balik nanti naik bas... Huuu... Jonny da beberapa hari sakit dan duduk dekat workshop... Dier suke-suki tibe-tibe panel tu tanak nyala semua. Signal pun tanak nyala... Siap da tukar bateri semua pun blom ok-ok lagi... Abang aku cakap penah jadik kat moto dia. Masalah coil. Tapi brader-brader workshop tu macam tanak amik kisah je... Dah sedih aku lama plak Jonny kat situ... Huwaaa~~!!

Thursday, January 13, 2011

Random #54

Bwahahahah... Budak unstoppable yang mesej inbox fesbuk aku memang jenis wasatiah la kot. Aiseyyy... Aku nak jugak tau ape dier nak huraikan pasal unstoppable ni... Nampaknye macam takde rezeki... Huhuhh...