Monday, December 9, 2013

Takleh Tido

Sepanjang 2 minggu cuti ni kan, jadual tido aku dah lari gile2. Ntah kenapa ntah. 

Nak kata pengaruh Incik Jep, rasanya macam takde effect pun. Dalam 2 minggu aku cuti ni dia call pun time lunch hour dia, kalo kat Malaysia dalam pukul 8.30mlm camtu la... Tak ganggu time tido pun.

Aku blur la. Apa yang aku risau gila pun aku tak pasti. Sebab 2-3 hari sebelum ni aku dah cuba kurangkan tido petang. Memang tak tido langsung la. Lepas tu, aku cepat ngantuk pukul 11.00mlm macam biasa sebab dah tak tido petang.

Skarang ni masalah baru plak timbul. Dah elok2 ngantuk pukul 11.00mlm tu, dah siap tido lena bagai, tetiba boleh terjaga dalam pukul 1.30pagi camtu. Skang dah dekat pukul 3.00pagi. Dah sejam setengah aku terjaga terkebil2 tak boleh nak sambung tido.

Nak kata panas, kadang2 siap sejuk gigil2 lagi ha. Nak kata sejuk pulak, kipas dalam bilik aku ni memanjang je speed tahap maksimum. 

Acaner nak mula keje balik rabu nanti... Kang elok plak terlentok atas meja dari waktu lunch lajak sampai waktu balik kanggg... Eishhh... Ape bende takleh tido ni... Huwaaa... Tolonggg...

Sunday, December 8, 2013

Hitam

Harini aku habeskan masa dengan google pasal kicap dengan chickenpox. Pasal aku teringinnnn sangat nak makan megi goreng indo mee... Megi tu kan ade kicap... Kalo tak letak, tak feel laa kan...


Aku mati2 la selama ni ingatkan pasal kicap tu ade soya, soya kan kekacang, maka tak digalakkan sangat makan kicap sebab soya. Maklum la supervisor aku yg chinese tu suh pantang semua kekacang.

Tapi tadi aku google2 semua jumpa plak statement pasal kicap takleh, KOPI O pun tak boleh... Aku jadik hah? Kenapaaa...

Rupanya pasal warna dia hitam. Takut nanti berparut hitam2 pulak. Jadi, kopi pun sama. Sebab warna dia hitam... Kenapa mesti diskriminasi warna hitam ni... Sebab aku pun bukan la putih sangat sampai nak kene risau teruk camni...

Tapi aku rasa ni MITOS je la kot. Mitos yang tak dapat dipastikan. Minggu kedua aku kene chickenpox ni, aku kena pulak cirit-birit tahap tak terbendung lagi, maka doktor yang sama check chickenpox aku telah prescribe CHARCOAL TABLET untuk aku makan hilangkan angin2, dan cirit-birit. Bau sebijik mcm Chikit Tek Aun... 


Aku kene makan ubat ni sampai la cirit-birit aku lega, tapi tu la, sebab badan aku panas sangat kot, jadinye skejap ok, skejap tak ok... Sampai aku rasa nak tido semua dalam toilet je... 

Kali ketiga pegi klinik, doktor lain plak, dia bagi ubat lain dan cadangkan aku minum kopi-o atau teh-o atau milo-o dengan makan biskut cap pingpong. Nak berat sikit, makan moi je. Segala roti, ayam, sayur semua lupakan kekonon nak rehatkan usus. 

Hadoiii... Memang power la penangan chickenpox dengan pakej cirit-birit sebab panas dalam badan ni... Dah la ubat2 klinik bagi semua panas2... Sebab nak mc punye pasal, dan desperate gila nak sembuh, aku percaya je la dengan ubat2 ni semua...

Tau tak? Last2 cirit-birit aku lega macam tu je lepas minum sebotol Yakult. Sampai skang dah okey. Tengok esok lusa pulak camne keadaan aku... 

Rabu ni start keje balik ^_^

Nah, sebagai selingan, tatap la gamba kucing kesayangan aku ni, Memiow yang juge hitam keseluruhan badan. Hitam itu menawan, apaaa...


Wednesday, December 4, 2013

#chickenpox part 2.

Ni la rupe aku sepanjang kene chickenpox ni. Harini 4 December 2013 masuk 11 hari aku kene chickenpox ni. Gamba kat bawah ni adelah dari awal sampai semalam.


Takde la teruk mana pun muka aku. Yang teruk kat badan. Tapi tak sesuai utk tatapan umum. Haha... Jadi, sepanjang kene demam campak ni aku dapat 13 jenis pantang-larang daripada kawan2 fesbuk serta mak bff (makcik Azizah - mak kepada Iryani). Mari kite tengok apa pantang-larang dia...

1- Takleh kena hujan (skang ni pulak musim hujan kannnn)
2- Takleh makan makanan berkicap
3- Takleh makan makanan berkacang
4- Takleh makan seafood
5- Takleh makan telur
6- Takleh makan benda bergoreng
7- Takleh makan rambutan & durian (tapi aku berjaya makan seulas durian! Teringin wey... Durian kampung pulak tu)
8- Takleh kuar umah (yang ni aku tak ikut sangat sebab takde sape jaga aku, takde sapa leh aku mintak tolong. Penah je kuar pakai purdah. Kau ade?)
9- Takleh mandi (yang ni pun aku tak ikut. Doktor suruh at least mandi 2x sehari)
10- Kena makan ayam banyak2 (namapun chickenpox kan?) untuk bagi kuar campak tu banyak2 dengan cepat (so hari2 aku makan kuayteow th'ng, nasi ayam tanpa kicap, sup ayam, ayam masak merah lauk kenduri, megi ayam)
11- Minum air kelapa banyak2 bagi sejuk badan dan kuarkan campak banyak2.
12- Minum air masak, air zam2, air penawar, air cap badak utk sejukkan badan (air zam2 dan air penawar ditaja oleh mak bff)
13- Beramah mesra dengan daun semambu.

Haha bukan senang wey nak ikut pantang-larang ni tambah plak takde pengawasan... Tapi sebab aku bekas pelajar ATMA, maka ada lagi la serpihan disiplin2 yang tertinggal, maka agak berdisiplin jugak la aku ikut pantang2 tu semua...

Tu pantang-larang... Meh tengok senarai ubat pulak yang doktor bagi. Doktor klinik panel opis aku ni dia jenis bagi seminggu-seminggu. So dia boleh pantau aku dah okey ke tak. 


Ni ubat2 dia bagi masa first week. Paling mahal dan paling hazab nak habeskan adalah yang 7 papan siap ikat getah untuk 7 hari katanya. Yang tu antiviral. Sepapan ada 5 bijik, besar2 pulak tu. Habiskan semua. Tercekik2 aku telan sampai kena cari gaviscon sebab pedih ulu hati :(


Yang ni ubat2 untuk second week. Punya la banyak vitamin c dengan ORS dia bagi... Takpe, demi kulit sehalus dulu, ku turutkan juaaa... 

Bila gabung ubat2 ni dengan pantang-larang tu, hasil dia memang best. Sampai sakit2 kulit aku bila rasa campak2 tu berlumba2 nak kuar. Masalahnya sampai harini tak habis2 sebab ada masih lagi baru naik. Tatau la bila nak abes naik ni ha...

Oh ye. Pasal mandi. Sebenarnya kene campak ni, patut mandi. Ni sebab nak ilangkan miang2 punca gatal2 selain untuk sejukkan badan. Nak mandi pun ada step diaa... 

First kena mandi dengan air suam. Jangan air panas, melecur kang... Mandi la air suam 2-3 cebok, pastu sambung mandi ngan air paip sejuk macam biasa... Sabun tu perlu! Tapi kene gosok pelan2. Nak cuci muka pun guna buih sabun je. Nak pakai pencuci muka boleh, tapi jangan yg jenis ada scrub tu. Yang lembut2 takpe. Macam aku, facial wash ade scrub, jadi aku belasah je sabun mandi. Kepala lak nak syampu hari2 pun okey kot. Ikut keselesaan... 

Jadi memang kene mandi. Alaa lagipun dah dewasa kan... Budak2 lain la kalo tak mandi pun takpe sebab silap bagi mandi kang menjerit2 dorang sakit. Kulit jadi sensitif gila okey bila kena chickenpox ni... Pastu dia naik pulak tak kira tempat, maka sayangi la kulit sendiri :(

Pastu pasal daun semambu. Bagi sapa yang tak kenal, ni ha daunnya... Ni pun tajaan bff. Tengs la kat adik dia susah2 je panjat amik daun ni untuk aku...


Daun ni buat lapik kat atas tilam masa tido. Agak2 gatal2 badan, boleh golek2 je kat daun ni... Tak pun pesan dekat orang yang tolong carikan daun ni supaya amik sekali daun tu dalam bentuk macam ni (sorry la daun dah kering. Haha)


Yessza bentuk ala2 kipas gitteww... Bukan apa, senang bentuk camni, nanti agak2 emergency gatal2 ke kan, boleh feeling2 ala2 ulik mayang sambil tepuk2 ke badan... Nak menari terus pun boleh...

Ni lah apa yang aku lalui hari2 dikala chickenpox ni. Takde ape sangat sebenarnya, cuma sebab kita kena ni waktu umo dah lajak gini, jadi kene lebih berhati2 sikit laa bagi menjamin kesejahteraan kulit. Nak plak aku ni kan lom kawen lagi. Kang biar parut banyak2 ni ada jugak Incik Jep mintak diskaun hantaran sampai 96% haa... Tak ke haru??

Cuma nanti bila dah habis betul nanti kalo ada lagi parut2 baru aku nak cari bio-oil ataupun vitamin e macam cadangan kengkawan aku. Rupanya ada 2-3 orang dalam friendlist yang kena campak waktu umo 20-an macam aku ni... Best betul share pengalaman dengan dorang. Ada yg kulit sensitif, ada yg kulit normal, ada yang jenis tak kisah macam aku...

Okey la semoga apa aku merepek ni berguna la untuk rujukan sesapa yang kena chickenpox di luar zaman kanak2 macam aku... 

Tuesday, December 3, 2013

Kronologi


Sebab gamba ni la buat aku jadi sentimental sikit malam ni. Gamba ni taon 2012 aritu... Waktu dia dengan John melawat Penang. Tenkiu John, sebab tolong tangkap gamba ni :)

Tadi kat twitter sebab gamba ni la aku tulis kronologi singkat pasal perkenalan kitorang. Saja nak tulis jugak skali lagi kat blog sebab aku tengah bosan. Kena chickenpox sangat membosankan okey! Apa pun takleh buat. Okey, nah kronologi antara aku dengan dia. Kat blog leh taip panjang2... Bacalah sampai muntah.

1998 - Mula kenal kat mIRC. Aku syak masa tu aku ikut sepupu2 aku semua pegi internet cafe dekat rumah. Sebab bosan tunggu dorang, maka aku pun try2 jugak chatting untuk first time dan last!! Dengan dia je aku bagi email, sebab dia jugak wujudnya email chronic_imp@yahoo.com tu. Haha... So kat sini semorang yang baca part ni dah tau sapa pemilik chronic_imp@yahoo.com yang kadang2 secara misteri2 pegi komen kat blog orang...

1999 - Aku form 2. Masa ni dah wujud 1 cybercafe dalam kawasan skolah. Sejam rm2 kalo tak silap. Mahal tu. So rajin jugak aku masuk situ dalam setengah jam, cuma untuk check email dia ada ke tidak. Rajin la jugak berbalas2 email. Sampai la aku discover satu port baek punya atas surau. Macam stor tinggal, tapi ada banyak pc kat dalam. Ada 2-3 pc dapat sambungan internet. Hari2 aku lepak situ sebelum waktu skolah sesi petang bermula... Bas skolah aku kan sampai awal... Tapi tak selalunya email aku berbalas... Masa ni dah start ber-abang2 angkat bagai. Haha. Lawak kot...

2000 - Aku rajin stayback. Skolah sesi pagi. Masa ni aku form 3. Tapi malangnya email aku dah macam tak berbalas langsung. Agak lost contact kat situ. Aku jadi down sikit, tapi sebab nak dekat PMR, pastu plak tercabar dengan budak cacat penglihatan yg sama kelas ngan aku dapat 6A dalam trial (aku trial takde sebijik A pun, haha), aku pun jadi seorang yang pulun gila. Stayback utk study okey? Kawad ke mana, email pun ke mana. Usaha berbaloi sebab dapat 8A. Dapat result baru check balik email. Rupanya email dia yang sebelum tu dah takleh bukak. Patut la lost contact. Sekurangnya dia tak lupa aku camtu je. Contact jugak guna email baru tu.

2001 - Lost contact sekali lagi sebab aku dapat masuk MRSM. Kat perpustakaan sana takde access internet. Boleh main spider solitaire dan guna mso words untuk buat report project berkumpulan serta surat rasmi aktiviti PRS dengan Kelab Pengguna. Haha. Balik cuti sem or weekend je bukak email dengan connection internet 1515. Bila takde connection, main spider solitaire lagi. Haha. Tahun ni jugak dia start merantau. Bukan merantau warrior, tapi merantau ke negara orang. Siap bagi alamat kot (nak suruh antar surat letteww) tapi aku email balik, bagi alamat MRSM. Tapi satu email tu je la aku balas pun. Sebab dia antar pun satu je. Hahaha...

2002 - Tahun ni aku agak sibuk pasal masa ni aku dah macam gila kuasa je kat maktab tu. AJK keceriaan blok aku, setiausaha PRS aku, pengerusi kelab pengguna aku, AJK biro kebajikan pun aku. Ada masa aku tulis surat, banyak tulis pastu buang. Rasa macam tak kena. Tapi yang aku pos tu skali je sebab sepanjang form 5 aku balik time cuti panjang je, maka tak guna internet sangat. Tulis surat siap antar gambar aku sekali okey??? Tetiba dia balas surat jugak uolls!! Haaa memang kecoh satu maktab sebab ada surat atas nama aku bersetemkan German. Mujur MRSM aku jenis rileks2 je. Cikgu tak gaduh nak check apa isi surat2 yang kitorang dapat... Terus tampal kat dinding surat tu wat pencetus semangat belajar. Pencetus la sangat. Rajin blaja la setakat 2 hari je. Pastu sambung ke habit asal. Tido tak kira masa. Sampai roommates penah buat bacaan Yaasin semata2 nak suruh aku bangun study. Tapi dalam hati berangan jugak nak jadi macam dia :)

2003 - Masa ni aku kat ATMA. Lepas ada laptop sendiri dan belasah kabel milik Yus, aku rajin online. Time ni la kenal dengan Xord la, Wenkt (tapi Wenkt da tak berapa ingat aku dah skang walaupon aku follow dia kat twitter. Haha!) Kalini up sikit. Rajin jugak bukak YM... Jadi rajin la chat sepatah dua kata sebab dia pun sibuk dengan keje dia. Aku pun tatau dia buat apa. Tapi masa ni aku da bagi no fon aku (bawak henpon curi2 pegi ATMA, sebab first year takleh bawak henpon. Siap sorok dalam tin biskut. Kau ada?) Dan dia rajin call aku. Sebab aku takde kredit nak call dia dan korang paham2 la taon ni topap camne, harga nak call mak oii... Baik aku tunggu orang call je. Dah la curi2 bawak, lagi rajin nak call sampai abes topap?? Cari nahas nama dia. Weekend je boleh kuar outing beli topap pun. Tu pun kalo dapat pelepasan...

2004 - Pun rajin call dan YM. Tapi skejap2 jugak sebab dia cakap timezone lain2. Dia nak tido baru aku nak YM. Mula2 masuk Unisel kan? Broadband pun takde lagi masa ni... Harap kat GPRS je. Masa ni dapat guna YM kat phone pun dah kira abes canggih gila dah habaq hang... Masa ni aku rajin dapat missed call number pelik2. Rupanya memang dari dia. Memang missed call laa... Hang telepon pukui berapaaaa... Dah la hobi tetap aku ni tido je sepanjang masa. Tapi masih boleh ber-YM laa... Cuma kat phone mana boleh webcam. Dah la phone aku masa tu Siemens scorpion. Bajet ganas/gempak laa kan...

2005 - Aku tak ingat apape pasal taon ni. Aku rasa kitorang lost contact lagi taon ni. Taon ni banyak pressure bagi aku sebab sakit arwah mak makin melarat sampai aku penah mengamuk dalam dorm sebab ada sorang kekonon ustaz cakap mak aku dah lama mati, badan dia ada "benda" tumpang. Memang sakan la aku ngamuk... Tapi ironiknya taon ni aku baik dengan sorang brader burger yang sanggup belikan kuayteow kungfu tengah2 malam dan delivery masuk hostel. Kuayteow tu takyah bayar okeh. Free. Bebudak dorm aku yg lain yg mana nak order burger, semua kene bayar. Aku sorang je free. So agak banyak hiburan dalam tahun ni sampai lupa kat dia :')

2006 - Rajin YM balik. Tapi sekadar mesej ringkas2. Kekadang berbalas, kekadang tak. Masa ni yang mana aku couple, semua dah clash. Sebab tu la aku rajin contact dia. Tetiba rasa bersalah gila sebab aku cari dia masa aku bosan takde hiburan je. Tapi takpe kot sebab dia pun jauh. Lagipun nak cemburu apa, kitorang kan macam adik-abang je... Apape masalah peribadi, semua aku citer ngan dia. Selalunya dia rajin la nak nasihatkan aku jangan ikut hati sangat... Walaupun dalam taon ni ada beberapa kesilapan hidup yg mengundang 1001 penyesalan dah aku buat. Apa benda? Lupakan je la... Aku pun dah lama try lupa. Sesekali teringat, boleh histeria aku nangis. Tapi skang dah tak camtu dah... Aku dah boleh move on. Watpe nak cerita lebih2 aib sendiri kat sini kan...

2007 - Taon ni pun dia rajin call jugak. Asal tinggal mesej kat YM suruh call, laju je dia call... Slalunya dia call aku sebelum dia buat persembahan katanya. Aku pun curious. Apa dia buat kat luar negara tu? Last2 aku baru jumpak friendster ngan myspace account dia. Laju je la add. Dari myspace account dia aku discover personal website dia pasal nyanyi2 ni semua. Aku tak pernah bukak video dia nyanyi sebab internet masa ni masih lagi slow tahap jahanam. Haha. Taon ni jugak lepas discover semua social network account dia, baru laa aku tau camne rupa dia... Gila kan, selama ni kenal suara je sebab call... Dia je kenal aku sebab aku penah antar gambar... Aku rasa ni la satu2nye perkenalan paling tulus penah aku ada. Carry on je tanpa kenal rupa. Padahal kalo bleh kat Unisel tu, sape nak rapat ngan aku, salah satu kriteria mestilah hensem atau sedap mata memandang. Hahaha... Tapi cuma gambar je la. Aku yakin je tu gambar dia sebab semua social network dia ada guna gambar yang lebih-kurang sama... Ntah apesal la aku percaya jee ngan mamat ni...

2008 - Ni taon mula2 aku ade account fesbuk. Sebab game la aku terjebak ada fesbuk ni... Haha... Tapi masa ni aktif kat friendster lagi... Taon ni jugak mula rapat dengan geng2 1985 kat friendster... Tak silap jugak taon ni aku start buat blog ni lepas arwah mak da takde. Agak tragis jugak la taon ni dan dekat YM je dia mampu nak sabarkan aku yang masih lagi emo2 sebab mak da takde, siap pointer aku pun drop gila dalam taon ni pasal arwah mak pegi time exam. Ntah apa aku jawap masa tu, aku pun tatau... Pastu campur lagi dengan kerenah ex aku lak taon ni. Macam2 hal. So tu la, aku cari dia bila aku blank, bila ada masalah je... Rajin dia dok dengar segala masalah aku... 

2009 - Aku dapat tau dia ada fesbuk. Haha... Laju je add. Dia je la last aku request add orang. Lepas2 tu semua orang request add aku. Haha... Dan masih sembang2 macam adik abang... Melalui YM, melalui fesbuk chat tu, call pulak dah jarang2. Oh lagi satu, taon ni jugak kot aku ada Skype. Ada laa add dia, Skype la jugak, tapi disable video sebab aku cakap aku takde webcam... Padahal ade jeee... Malas nak on. Haha... Rasa macam teruk je aku ni kan? Fesbuk dia jugak masa ni dah banyak gamba, so aku rajin jugak la stalk dia... Tak banyak beza ngan gamba dier dalam friendster ngan myspace dulu... Aku anggap dia wujud. Hahaha gila apa dari 1998 sampai taon 2009 baru nak confirm dia wujud!!!! Boleh tengok kan cara aku layan dia camne? Macam pelik2 je... Macam bila aku ada hal je baru cari dia mintak pendapat. Macam teruk gila. Bila aku hepi2 jarang aku share dengan dia... Aku syak dia pun suspect aku ni budak bermasalah. Entah bila aku hepi2 pun dia tak penah tau. Ye la da dok cari dia time ada masalsh je, camne??

2010 - Dia praktikal kat Malaysia!!! Bulan puasa... Dlm 15 or 16 Ramadhan aku jumpa dia secara live untuk first time. Dari 1998 tak penah jumpa ni. Mula2 dia cakap nak belanja berbuka KFC je... Tapi tah camne tukar plan pegi rumah kakak2/abang2 dia kat Shah Alam (yang later aku baru tau tu semua kakak2/abang2 dia dari family angkat je) Dah la ajak Kak Syima sekali. Haha. Dah la berbuka apa je sebab nak pegi Shah Alam punye pasal. Dah la aku pun silap tunjuk jalan nak pegi Shah Alam tu. Dah la sebab dia kelam-kabut nak jumpa aku, dia boleh tinggal briefcase dia dalam teksi dan mengakibatkan macbook dia hilang. Tapi dia boleh rileks lagi. Aku ngan Kak Syima pulak membebel2 marah2 pasal macbook ilang. Bende mahal oiii... Sejujurnya masa tu aku macam nervous nak jumpa dia tapi aku buat2 cool. Dah la soalan first dia tanye ade boifren dah ke? Buat aku rase mcm nak marah pun ada pasal aku baru lepas frust dengan budak skot sendiri (ex-ATMA dulu). Tapi aku cool jawap aku sibuk dengan kelas sampai takde masa nak cari boifren (alasan takleh blah). Sebenarnya dia ni banyak cakap, maka aku boleh ngam sampai sesat jalan pegi Shah Alam sebab sebok bersembang dan teruja nak tau kehidupan dia kat negara orang. Paling aku tercengang dengar dia cakap omputeh. Slang okeyyy... Aku pon tak mampu rasanya masa tu. Balik rumah dok bergosip ngan Kak Syima pasal slang dia. Seminggu tak abes gosip! Ada jugak la part kene perli dengan abang dia sebab bawak anak dara orang berjalan2. Terutama bila dia introduce aku sebagai adik angkat. Muahahahah... Pelbagai jenis ucapan aku dengar lepas tu. Tak sangka plak mustajab sampai kitorang dah tak jadi adik-abang da skang. Hahaha... Lepas jumpa kali pertama tu, kitorang makin rapat dan aku Skype pun dah rajin bukak2 webcam ;P

2011 - Tapi aku masih lagi menafikan aku da mula suka dia, suka cara dia... Kadang2 kitorang sembang2 Skype atau chat saje2 banyak terlepas cakap pasal hati la semua, pastu cover balik konon2 aku nak concentrate kat final year aku, dia pun nk fokus master dia. Pastu bulan Jun aku start keje ngan Echo ni... Dah jarang sikit contact. Pastu aku kekonon jatuh chenta dengan sorang budak ni... Aku tak pasti aku betul2 jatuh chenta ke atau apa, yang pastinya lepas clash dengan budak tu aku rasa perit gila sampai hilang semangat. Well, dia jugak yang aku cari, gitau semua pasal budak tu... Pastu mungkin ada perasaan nak cari rebound tu, dengan begitu berani sekali aku cakap aku nk jadi awek dia. Haha gila apa aku yang cakap okey. Kemain cakap sayang dia semua. Padahal aku rasa memang aku tengah cari rebound je masa tu... Tapi tak sangka dia amik serious. Aku pun macam tanak la main2 da sebab lepas aku cakap camtu, dia pulak bersungguh2 jaga hati aku semua. Terharu okey. Takpe la. Kasik try dulu tengok. Rupanya senang je. Dah la kitorang tak penah bergaduh. Dan relationship ni jadi sangat la senang flow dia sampai macam takde apape halangan. Sampai aku jadi seronok dengan apa yang ada. Makin bulat aku sebab seronok punye pasal. Wahahaha...

2012 - Tak pernah citer pasal plan nak balik, alih2 tanya aku bila raya. Aku jawap ah, sekali dia cakap dia nak balik raya. Skali nak jumpa aku, nak jumpa abang aku. Nak bawak aku jumpa family dia. Aku macaammm... HAH??!! Memang betul2 dari rebound jadi serious. Aku tak tolak. Tapi macam tak caya pun ada. Tengok je la gambar kat atas tu. Antara gambar yang awal2 yang kitorang ada sejak upgrade relation dari adik-abang kepada makwe-pakwe. Wakakaka. Tapi seriousss nervousss jumpe dier ni. Sama je rasa macam first jumpe 2010 dulu. Kadang2 rasa macam tak kena. Nak pulak bila kuar berdua. Awkward! Aku introduce dia kat abang aku, family abang aku dengan family Fatin je. Dorang okey dengan dia. Aku takut abang aku reject je sebab first2 jumpa, dia pakai shorts ngan sleveless shirt je okeh. Hahaha... Mase aku gi jumpe family dia, aku cool jugak sampai umah adik ipar dia pukul 5 pagi. Haha. Semangat. Pastu jumpe family kawan2 dia, memang okey la so far takde sape pun reject aku. Hepi gila bila semorang support. Cuma soklan bile nak kawen tu yang masih menjadi misteri sampai sekarang. Sebab aku pun tatau. Dia pun tatau. 

Kitorang ni nama je kenal dari taon 1998, tapi sebenarnya tak abes berkenalan lagi walaupun ramai orang cakap kitorang nampak serasi, seiras, ntah apape lagi la... Dia, aku tak pasti, mungkin nak hidup dia stabil sebelum settle down. Aku? Sama macam dia dan banyak lagi mission aku belum tercapai. Kalo bleh aku nak capai sebelum settle down. Tah la. Easy-peasy sangat relation kitorang sampai kitorang decide ikut flow je. 

2013 - Ada la sikit cabaran dan dugaan dari orang yang tak penah kenal aku camne, dia camne, tapi nasib la. Bawak la citer camne pun, ada aku nak melenting? Ada je orang pertikai pasal kenapa aku pilih dia... Boleh tengok balik kronologi dari atas sampai perenggan ni... Walaupun jauh, tapi kebanyakkan masa dia je rajin layan aku, bagi nasihat, buat aku hepi, tak pernah aku tengok dia sedih, marah (kecuali time phone dia kene curi la - tapi marah tak teruk sangat pun). Entah la. Tak abes kenal lagi pun, tapi dalam ramai2 lelaki yang penah aku kenal, dia je la straight terus tak ragu2 nak jumpa abang aku. Call aku pun, kalo ada apape, dia sembang jugak ngan abang aku... Selain dia, takde lelaki lain yg berani nak jumpa family aku direct (except first crush aku la. Haha)

Peh jauh betul aku cerita. Bertahun2. Dari 1998 sampai 2013 semua sebab gambar kat atas tu... Berapa baldi dah korang muntah ni? Ada rasa loya2 lagi tak? Tak abes lagi ni... Hahahaaa... 

Aku punya prediction untuk taon 2014 antara aku dengan dia? Entah la. Tak jadi kawen lagi pun aku tak kisah. Aku tetap jugak akan tunggu dia. Aku tanak orang lain. Aku nak dia jugak walaupun aku nervous gila bila berdepan face to face dengan dia. Face to face kat facetime pun kadang2 aku jadi malu2. Camno? 

Penah baca kisah orang yang degil camni? Haha. Aku je la yang degil tu agaknye. Degil sebab dia je. Degil sebab manusia bernama Jeffri Ramli.

Okey habis.

Thursday, November 28, 2013

You really know how to make my day!

Hehehe :*


Wednesday, November 27, 2013

Idea baru

Tengs Che Ta ngan Zain Saidin yg dapat sponsor sebanyak 13 juta. Sekurangnya berita dorang dapat sponsor ni memberikan idea yg baru kat aku dalam menepis soalan cepu-cemas yang tak berapa nak relevan dalam hidup. Haha


Nanti, kalo orang tanya "kau bile lagi?" Boleh la nak jawap ngan muka kerek gila, "tunggu kau sponsor 13 juta macam Che Ta dapat". 

Agak2 terkedu tak yang bertanya tu? Hehehe... Tak dapat sponsor sampai 14 juta, 13 ribu pun mak okey je, janji sponsor... Ada berani? 

P/s: Tengok gamba pre-wedding Che Ta ngan Zain ni, nampak Zain macam orang tua tua je. Haha.

Monday, November 25, 2013

Bosan tak terbendung

Harini adelah hari ke-3 aku kene chickenpox. Hari pertama cuti tak pegi keje atas alasan chickenpox tu.

Naik ruam berair lom abes lagi, tapi tiap kali rase gatal... Uhhhh... Jenuh tahan. Gatal lak jenis bukan gatal dekat melembung berair tu, tapi dikawasan kulit yang takde melembung berair tu. Kalo ada melembung berair tu, kat bahagian tengah2 mesti gatal. Boleh gosok2 tapi kena hati2 jangan sampai melembung tu pecah... Mencabar gila okeh!

Sebenarnya ni FIRST TIME aku kena demam campak. Terer tak terer arwah mak aku punya jaga aku sampai tak penah kene demam campak ni. Kalo orang lain yang kena pun, aku takkan kena. Paling hebat pun demam panas je. 

Tapi sebenarnya baik la zaman kanak2 je demam campak ni. Sebab dah dewasa, bila kena ni, nak plak melembung tu start naik kat tempat "yang tak sepatutnya"... (Baca dengan educational purpose ya, bukan blog lucah sini)... Nak pulak kat "kawasan tu" ada bulu2... Peh memang nangis la kau nak kekalkan tahap hygenic... Nasib baik la aku shave hari sabtu tu. Kalo tak... Cuba bayangkan...

Takyah contoh situ la, kat kepala aku, banyak jugak naik, pun dah rasa nak botakkan kepala... Tiap kali sikat rambut, berkerut2 muka nak setting tekanan gigi sikat dengan kulit kepala... Apa lagi bahagian situ yang dah tentu2 tempat kita buang air kecik... Adeih. Susah woo nak jelaskan!

Kalo nak kira cuti, memang best sebab lepak je kat rumah. Tapi sampai pukul 4 petang je aku dah start merancau2 kebosanan. Dah la dengan pantang takleh kuar rumah... Sebab aku tak demam, aku memang jadi bosan gila la... Kalo takde chickenpox ni memang dah ajak sepupu kuar jejalan dah. Pedulik la duit ada ke takde, janji kuar... 

Ni seminggu la kebosanan aku kat rumah. Entah boleh seminggu ke atau kena extend sebab belum sampai ke kaki lagi. Aduhhh memang bosan okeh. Sampai drain bateri, caj balik pulun main candy crush je sepanjang hari. Aku takleh bayangkan camne anak jiran sebelah aku boleh survive dengan tak berbuat apape dalam rumah (sebab mak dia jaga dia)

Nah gamba selfie aku dikala kebosanan tahap nak mampus masa tunggu tiket candy crush pegi next episode.

Nampak je macam takde apape, tapi aku yg tanggung derita ni punya la sedih sebab kulit muka dah tak selicin semulus sebelum ni gara2 melembung2 berair yang naik ni :'( 

Badan aku plak penuh merah2 polkadot. Sayu gila tengok cermin. Sentuh kulit sendiri rasa menggerutu adalah satu perasaan yang sangat tak best. Sekarang baru aku rase pengalaman orang yang punya jerawat batu bila pegang kulit sendiri tak halus licin :'(

Wuuu nak nangis! Tapi mujur ade Incik Jep sudi call tengok keadaan tunang tersayang beliau ni... Terubat sikit perasaan :')


Ha, lagi 5 hari nak abes cabaran Movember dia. Lagi 5 hari je la aku boleh tatap wajah "pengetua skolah bermisai halus" ni. Lepas ni dah takde dah. Dia pun rimas dengan misai. Apa lagi aku yang rimas dengan melembung2 berair chickenpox ni... Huhu... 

Tengs jugak la siap bagi idea aku buat bisnes dengan chickenpox aku ni... Haha... Wat lawak betul time2 aku tengah sedih pasal kene chickenpox ha... 

Aku harap, sembuh ni, keadaan kulit aku akan sama macam dulu jugak. Tanak la jadi lain... Harap2 laaa...

Dan sikit iklan (idea Incik Jep)... Kalo sesapa rasa susah nak mintak cuti lama2 boleh la datang jumpe aku. Kita hangout sehari-dua. Bayaran boleh nego. Lepas lepak ngan aku, confirm boleh dapat chickenpox punya. Siap pakej cuti 2 minggu berehat di rumah. Aku ni mc seminggu je. Tapi kalo tak abes naik, memang kene extend jugak la jawapnye...

Sunday, November 24, 2013

#chickenpox

Jumaat lepas (22/11/2013) aku start mc. Dah la pening, boleh plak terpelecok jatuh dalam bilik air. Terpijak kucing plak tu. Kesian Memiow... Kepala aku pon terantuk kat dinding. Darah sket. Memang horror gila la. Penangan migrain. 

Aku ni ada migrain, tapi sekali2 kena, peh, memang kaki tak jejak lantai rasanya. Terus feeling terbang2 di angkasa. Pastu, nak makan pun takde mood. Dah la rasa bersalah ngan Memiow tak abes lagi. Dia pun marah gila kat aku agaknya. Terus bawak diri masuk stor blakang sambil pose ayu cenggini.

Feeling sungguh pompuan ni!

Berikutan cerita aku mc jumaat lepas, tetiba je hari sabtu tu naik ruam2 kecik kat badan. Mula2 aku ignore je, tapi makin lama, makin banyak pulak. Hari ahad (harini) terus aku jadi stress bila dia siap pakej gatal2 segala... Maka tunggu la abang aku balik dari Navy punye event... Nak pegi klinik. Awal2 dah tanya dah klinik mana ada doktor pompuan... Segan la makcik ni haa nak tayang badan tak cun yang dah penuh dengan bintik2 merah kat doktor laki...

Tanye la sorang opismate ni, klinik panel opis bukak ke tidak, dan klinik mana ada doktor pompuan... Mula2 ingat nak pegi Klinik Budi je, dekat ngan rumah... Tapi macam lebih baik pegi klinik panel kan... Apape claim nanti meyakinkan la sikit... Klinik Desa Ara yang slalu aku pegi ni doktor laki... Segan! =_="

Mujur Klinik Luke bukak, dan doktor pompuan! Horey! Yang tak bestnya tu, sebab aku takde slip medical opis punye, jadi apape hal kene la bayar dulu. Sedih gila kot kene caj sampai RM230! Anti-viral tu yang mahal katenye. Dah la bagi anti-viral tu utk seminggu punya stock. Satu hari makan 5 bijik. Pehhhh...


Tuu tablet yang kena ikat dengan getah2 tu paling mahal tu. Nasib baik mc seminggu, dia bagi supply 7 hari je. Kalo mc sampai 2 minggu? Supply utk 14 hari? Mau gigil aku nak bayar RM400 dulu... Mentang2 la boleh claim... Kaw2 depa ni caj... Haiyooooo...

Calamine lotion yang dia bagi tu, wangi sikit dari yang anak buah aku dapat dari Klinik Singapore. Paling best, takde kaler putih2 macam pakai bedak sejuk. Aku pakai dengan gembira sapu sampai satu badan. Hahaha...

Pastu, aku betul2 tak pasti apa yang boleh, apa yang tak boleh masa demam campak ni... Sebab takde rujukan kan... Ni la satu kerugian bile takde seseorang yang boleh dipanggil "mak" utk jaga kita dikala sakit. Jangan nak tipu aku la kata kalo sapa dah kawen nanti suami yang jagakan, busuk2 pon confirm cari mak jugak! Hehe...

Maka aku post la status kat fesbuk mengharap simpati kawan2 utk kongsi2 tips atau pantang-larang mak dorang pasal hal2 camni... Yang aku google semua pasal budak2 je. Jarang ada yang dewasa ni... Aku pulak saiz je kanak2, tapi dah umo 28 okeyy!! Ada la salah satu tips dari Tn. Rahmad suh kawen je, confirm ade yang jagakan...

Hurmm... Aku yakin benau Tn.Rahmad ni banyak tengok drama atau baca novel. Pengaruh Akin (wife dia) la ni kot. 

Sebenarnya aku ni jenis realistik sikit. Aku tak harap pun kalo aku kawen nanti, bile aku sakit, suami aku akan jage aku (mungkin sampai kene amik emergency leave ke? Haha) walaupun Incik Jep cakap dia AKAN buat camtu bile aku tinggal dengan dia nanti (hahahaha!) Tapi ape pun kita masih akan berharap pada seorang mak kan? Sebab kalo tengok real-life... Sanggup ke seorang ayah amik cuti sebab anak dia sakit? Tak silap aku cuma golongan mak2 je yang prihatin nak amik cuti sebab anak sakit. Lain la jenis buat keje sendiri, boleh laa nak amik cuti tengok anak sakit, ye dok??

Lagipun aku mintak tips utk aku survive selama seminggu (5 hari bekerja; 9-12 jam waktu bekerja) sebab dalam jangka masa tu memang takde sape2 pun tengokkan aku... Kang jiran tengok kang, kene bayar lebih plak kan sebab anak buah aku, dorang jagakan, bukan free okeh! Takkan aku nak harap budak form 2 atau budak darjah 4 jage aku... Silap2 dorang kuar jumpe kawan2, tinggal aku sorang2 dalam umah =_="

Memang tu la satu2nya benda yang aku rindu gila dekat seseorang yang bergelar mak. Mak kan sanggup buat ape je untuk anak dier... Gile rindu okeh dengan golongan mak2 ni... Tapi bukan la mak yang modern ni, mak yang biasa2 ni... 

Tetiba aku terfikir... Kalo aku dah ikut Incik Jep nanti, tinggal dengan dia, kalo aku ngandung, bersalin, aku stay dengan dia jugak ke atau kene hantar balik Malaysia? Mak dier jagakan?? Huhu... Tah la. Cuak pulak pikir. Jenuh nak survive berpantang sendiri2 kat negara orang nanti... 

Kengkawan aku yang blaja oversea dulu semua siap import mak dorang suh jagakan dorang masa berpantang. Aku ni nak import mak celah mana...

Oh ye, demam2 pon sempat jugak lawat tapak bakal rumah aku :)

Sebuah apartment masih dalam pembinaan, dijangka siap taon depan dalam bulan April-Mei. Lokasi? Sini
Salah satu dari IdealONEresidence. Hiii... Tak sabarnye nak duduk rumah sendiri!!! **refer cerita bengang yang haritu**

Saturday, November 23, 2013

Kahwin

Semenjak-dua-tiga-menjak ni aku agak "sakit jiwa" dengan iklan radio pasal sorang makcik yg slamber suka hati perli anak sedara dia pasal hal kawen. Antara isi iklan tu adelah, 

Makcik: adik kamu sudah, kamu bile lagi?
Anak sedara dia: sibuk. Takde masa nak urus hal2 kawen.
Makcik: *terus promo pameran pengantin apa ntah*
Anak sedara dia: *tetiba suh carikan calon*
Makcik: cantik2 camni pun takde calon?

Aku rasa terganggu sebab:
1. Memang kalo nak kawen ni kene pegi pameran kawen utk survey2 benda2 berkaitan majlis ke?
2. Kita semua sedia maklum pameran tu semua akan sediakan pakej RM10k ke atas sekali harung termasuk catering+pelamin+jurukamera. Aku jenis tak minat semua2 ni.
3. Kena perli sebab cantik2 masih takde calon. Mcm, ko dah kenape, makcik? 

Entah. Memang umo aku makin menaik. Bukan takde hati nak kawen, tapi bile pikir masalah sendiri, pastu pulak prosedur nak selesaikan masalah tu. Maklum la Malaysia, kannnn...

Masalah utama aku adelah pasal ada Indon penah gune identiti aku... Abang aku cakap dulu dalam sijil nikah dia, dia guna nama asal dia macam dalam passport... Tapiiii leh caya kerrrr... Dulu ye la kot ada salinan mykad aku je. Mana tau lepas tu terus dapat mykad betul? Dah dapat mykad betul, tetibe kang nak daftar kawen atas nama aku pulak? Huihhh gile baq anggg... Dah la lepas rampas salinan haritu, takde plak aku tengok minah Indon tu kene tangkap...

Tapi mungkin takde kot sebab tadi bff aku mesej bagitau dier dah selesaikan hal daftar untuk kursus kawen. Takde masalah. Mungkin sekali la takde apape masalah. Tapi dorang ni ade buat semakan ke? Haa tu kita tak pasti. Jadi, aku anggap takde apape la kot.

Hehe gile kan? Orang lain sebaya2 aku dengan bff tu siap dah beranak pinak bagai, aku dengan dia baru terhegeh2 nak daftar kursus kawen. Bff aku tu takpe la kot dah yakin sangat nak kawen taon depan... Aku? Haha.

Alaa tapi kalo aku dah nikah, bukan kat Malaysia pun, ade ke orang peduli?? Nak pulak kitorang ni "long distance relationship". Motif aku join kursus kawen ni pun untuk daftar dalam Malaysia je. Supaya nanti kalo terbukak pintu hati ni nak daftar dalam Malaysia, dan rajin nak bayar denda, boleh la ada sijil dalam Malaysia. Dengar2 denda dekat RM3k kan? Buat duit sungguh!

Tapi tak kisah la, sebab kitorang memangggg jauh... Jumpa? Facetime sudah... Ada rezeki, pegi berbulan madu luar Malaysia. Takde la banyak songeh sangat. Lagipun aku bukan artis nak main sorok2 macam Wawa Zainal tu. Cuma aku tak minat nak kongsi hal peribadi aku. Kat blog ni okey kot? Biar orang baca dan tertanya2. Mesti sape2 yang baca ni tengah musyikil kan yang aku ni sebenarnya camne? Haha. Malas la nak jawap. Rasa nak tahu, meh la tanya terus. Tapi maaf la kalo saya takde mood nak jawap soalan anda...

Bab daftar dalam Malaysia ni, sebenarnya kawan satu tempat keje dengan bff aku pun ade masalah macam aku jugak. Haha. Bukan aku sorang2 je la yang runsing pasal hal2 camni... Kawan dia lagi best. Nama dah ada dua. IC ada dua. Pernah kawen koboi je orang cakap (Apa la bagi gelaran koboi? Padahal cukup je ikut syarak, ikut Islam, cuma tak ikut BUDAYA MELAYU je, family semua tau, takde masalah) takde cincin kawen, takde hantaran. Memang sempoi abes. Pastu plak bila terbergaduh ngan suami, siap bakar sijil nikah luar Malaysia tu. Skang anak dah tiga orang. Tapi takde dokumen pengesahan dah nikah. 

Senasib la daftar kursus kawen sebab nak betulkan keadaan. Dia mungkin sebab tanak orang salah paham. Aku? Orang salah paham pun takpe. Takde hal. Aku kat sini, dia kat sana. Pandai2 la urus. Ermm... Anak? Aku tengok kawan2 opis yang ngandung, pastu beranak, aku rasa, aku tak sedia lagi. Lagipun dah janji... Kalau aku mengandung, kena duduk dengan dia. Berhenti kerja, tukar warganegara. 

Aku rasa, aku tak sedia lagi untuk benda sebesar tu. Kalo tukar warganegara, ape motif aku nak amik kursus kawen ni? Saja suka2? Ikut trend? Sebab tanak kene cekup kalo bercuti sama2 dalam Malaysia? Ahaha. Cuba la teka.

Apa status aku? Entah. Tapi aku bahagia je camni. Serius tak kacau hidup sesiapa.  Majlis? Nanti la. Ada rezeki, kalo ingat, mungkin la akan dibuat. Hari dah ada. Sabtu atau ahad. Tarikh je belum ada. Hehe. Mungkin kalo nak jemput ramai2, suruh Incik Jep je la buat. Aku ikut kepala aku la. Majlis utk sedara-mara terdekat dgn bff je. Private party. Memang takyah susah2 la kot tunggu jemputan aku dalam Penang ni la kot. 

Ntah apesal aku tetiba jadi agak skeptikal bab2 majlis kawen ni semua sebab aku rasa semua tu bazir je. Padahal motif dia nak war2kan perkahwinan dan ada la makan2 sikit... Ini nak kene outdoor photography la, sanding la, tangkap gambar la, berinai. Fuh, macam bukan aku je nak lalui benda remeh-temeh camni. Baik kumpul family semua lepak ramai2 dalam restoran. Makan besar. Cukup. 

Hurmm... Bila aku nak buat camni? Haha. Nanti la. Bila2 senang. Meh la sama2 tolong pikir kat aku ni ha. Hehe.

Thursday, November 21, 2013

Bengang

Eeee marah btol ngan satu bank ni... RHB Bank... Dorg punye agent kalini spesis kurang ajar gile. 

Aku tau dorg ni agent sbb tak bagitau pon dorg dari cawangan mana... Masalahnye memang kurang ajar gile. Dalam opis aku yg jawap call dier pun cakap yg call tu garang gile. 

Actually memang aku ade pinjam ngan RHB ni... Tapi sikit je la. Dalam RM3k sebab nak cover bayaran geran rumah. Yep, yep dah dapat rumah sendiri... InsyaAllah taon depan aku pindah kuar dari rumah abang aku... Rumah dah ada, dalam pembinaan... OC je lom dapat lagi...

Aku stop bayar skejap dalam 2 bulan camtu sebab ada kes. Aku pinjam byk yg aku tulis tu je, tapi tetiba ada 2 akaun. So, peguam feveret aku da pon antar surat kat bank, dengan beberapa org perseorangan pasal ni. Bank tu paham je.

Yang tak paham bahase adelah agent dorang. Merepek lebih. Kalo betul la bank yang cari aku, apehal bank tu cawangan Bayan Baru siap call aku minggu lepas tanya nak tambah loan ke tak... 

Nampak tak ketidak-sepakatan di situ? Agak2 la nak mengamuk pon. Aku plak pesen takde mood nak gaduh, lepak je la. Antara iyekan atau tidak je la. Tapi bengang la jugak. Dah la garang nak mati. 

Kes aku tu? Jadi kes polis dah. Aku ingat dah abes kes duplicate ic aku tu... Taon 2011 dulu kot. Skang ni dia buat balik.

Harus la mak mengamok nyahhh!!!

Tuesday, November 12, 2013

Chef Wannabe

Bile facetime ngan dier, mesti time dia bz tengah masak la hape. Waktu sini pukul 4.36 pagi kot, sana pukul 8.36 malam. Aku ngantuk2 sebenarnye mase tu... Tapi layankan je la. Rindu punye pasal. Hihihi...


Tajuk masakan adelah "masakan thai". Ntah ape yang Thai pun aku tatau la. Sebab aku nampak dia letak pes kari. Kari Thai la kot. Heee... Nampaknye kalo aku tak reti masak pun okey kot... 

Kikiki... Tu je nak update. Huahuahua. Tengs sebab buang masa baca. Takde resepi pon. 

Thursday, November 7, 2013

Movember

Ape tu "Movember"?

Hah. Pandai la google sendiri. Haha... Takde lahh... Movember ni macam charity la jugak, tapi lebih pade lelaki utk raise awareness regarding prostat cancer or other male cancer...

Movember adelah gabungan perkataan antara "moustache" dan "november". Its kind of cute sebab sepanjang november kite boleh tengok lelaki macho yang aware pasal charity ni simpan misai...

Comel gila hokey tengok orang tak pernah ada misai tetiba ada misai. Contohnye Incik Jep. Hahaha... 


Nampak tak misai? Nampak tak? Nampak tak?? Haha....

Abaikan kelebaran muka beliau yang makin melebar, and jangan tanya aku camne facetime kalini boleh nampak muka dia je penuh screen sampai muka aku pun tak nampak dalam ni...

Aku penah request nak tengok camne rupe dier kalo bermisai... Aku bajet ala2 Aizat Amdan laa kan... Hahaha... Tapi harini memang bertuah la sbb dia confess dia join awareness campaign ni dan akan simpan misai utk sebulan.

Well, harini baru 7th November...

Kita tunggu sampai 30th November nanti, apakah yang bakal terjadi... Adakah dia masih sweet macam Aizat Amdan atau dah bertukar jadi camni???

Credit to epicmoustacheblog.blogspot.com

Hahahahaha... Larikkkk...!!!!!!


Saturday, October 26, 2013

Wedding Dress

Memang awesome gile kawan aku, Dr. Emyliana Su'aif punye wedding dinner dress... Its totally simple yet gorgeous :)


In love with her dress. Kalo lepas ni dia ada event apape pun macam tak rugi je ade dress ni. 

Aku tanye dier, takde bende2 lain yg sarat2 atas kepala tu ke utk match dengan dress ni? Dia cakap no, ini je. Simple as that. I was like whoaaa... 

So later for my wedding reception, I'm definitely going for dress like this! No hanky panky swarovski, manik, liplap patches, and whatnots.

Aww... Anyway, congrats, darls :)

Sunday, October 20, 2013

3 Cerita

Malas nak up 3 entry asing2. Letak je la satu terus sekali. Lagipun macam la ade orang nak baca sangat blog syiok sendiri ni. Haha.

Cerita 1

Dulu orang cakap "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri" sebab apape pun dahulukan tanah asal usul takde la nanti orang tuduh lupa daratan bila berjaya di tempat orang.

Sekarang dah terbalik pula, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri orang" sebabnya? Menteri kata, tak suka negara ni, boleh keluar. Nak buat macam mana, ketentuan. Hehe.


Cerita 2

Ada orang cakap, sementara bujang ni baiklah hadir kenduri kawan2 or sedara-mara yang bertunang (kalo dijemput) atau kenduri kahwin dorang buat meriahkan majlis. Takut nanti kemudian2 bila giliran kita pula orang tak sudi datang.

Maka dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada kawan2 yang susah payah jemput rsvp kenduri kat fesbuk, tapi saya tak hadir... Tahniah buat kalian, harap bahagia hingga ke akhir hayat :)

Sebab? Hurmm... Masalah cuaca ni. Jarak semua bukan penghalang... Tapi bila cuaca hujan je, hujung minggu lagi, memang saya sibuk. Kalo dah kaki tido tu, letak bom kat sebelah pun tak sedar dah. Baca yaasin atau laung azan tepi telinga je untuk nak pastikan saya ni hidup lagi ke atau dah arwah. Huhu.

Tapi takpe. Datang tak datang majlis saya nanti, saya tak kecik hati pun. Mungkin sebab, belum tentu saya nak buat majlis dengan menjemput rakan2. Mungkin yang paaaaaaaling rapat je la dijemput. Mungkin juga takde majlis. 

Dah takde majlis, nak jemput apa ye tak?


Cerita 3

Semenjak harga minyak naik ni, malas gila nak isi minyak. Sampai indicator tunjuk 0km utk minyak pun boleh buat tak tahu je drive. Paling jauh pegi dengan 0km minyak, lepas paras bar merah tu adalah +/-25km. 

Dari jalan dalam bandar Kuala Kangsar, exit ke highway, sampai ke R&R Behrang. Siap sempat take over lori lagi tengah highway tu. Memang la dalam tank tu masih ade petrol... Tapi berapa jauh la sangat boleh pegi. Cuma boleh lepas sampai lebih 25km, terkejut la jugak rasanya.

Baru tau, kereta sendiri ni kadang2 tak payah isi petrol sangat pun. Dengan gas dalam tank pun boleh pegi jauh jugak. Tapi tak berani la buat keje gila tanak stop kat Behrang tu. Hehe.

Oh ye, ford fiesta s adalah bukan kereta hybrid. 


Cukup la 3 cerita. Esok kalo ada cerita lain, saya sambung. Sekarang ni nak sambung tido. Hujan. Mengantuk ni walaupun tadi dah tido dekat 12 jam...

Tengok la kalo rajin, saye up entry berkisar tentang rumah, prosedur yg patut semorang tahu...

Monday, October 14, 2013

Kasut

Lama tak post kat sini kan? 

So harini aku nak cerita pasal kasut. Takk bukan aku beli kasut baru pun, cuma kasut. Mesti hujung2 korang tak sangka kasut pun boleh jadi satu entry.

Kita specific skop sikit mengenai saiz kasut. Dalam dunia ni macam2 nombor digambarkan mengenai saiz kasut. Secara umumnya orang tahu, saiz 4 tu kecik, saiz 8 tu besar.

Adakah perlu dalam satu situasi kat kedai kasut, saiz 8 dah abes, yang tinggal cuma saiz 4, adakah kita perlu pasrah amik jugak2 saiz 4 tu? 

Apakah kita perlu akur cakap pekedai tu bila kita cakap tak muat la saiz 4, nak jugak saiz 8... Tapi pekedai tu marah kita balik sebab tak cukup usaha. Kita takleh mintak saiz bersesuaian, meh?

Adakah kita nak paksa diri pakai jugak saiz 4 tu walaupun dah tau, separuh saiz a.k.a tak muat? Bila dah paksa, apa impak mental dan fizikal kita yg biasa pakai kasut saiz 8, tetiba kene pakai saiz 4? 

Okey sekarang, kita tukar kasut tu dengan usaha. Bukan hape, tadi aku terbaca status kawan2 yang aku tak amik pusing dia punya political view, tapi dia bising pasal ada orang tanak cuba alternatif lain nak tingkatkan ekonomi sendiri memandangkan harga barang dah naik. Dia kata tak cukup usaha dan banyak alasan.

Bagi aku simple. Aku up status saiz kasut. Mungkin bagi dia, cara dia join something MLM tu membantu tingkatkan pendapatan dia. Tu rezeki dia. Ada orang lain pulak dah kene tiau kaw2 dengan MLM sampai trauma, cuba2 berniaga sendiri, tapi masih tak berjaya sebab banyak persaingan mungkin, tapi kita tak boleh judge dia tak cukup usaha.

Ada setengah orang pulak juggling 3-4 keje part time selain keje utama. Pun masih belum berjaya ke tahap yang dia anggap berjaya, adakah kita boleh judge dia tak cukup usaha? 

Ada setengah orang dok lepak je tapi consider berjaya sebab dah ada apa yang orang berusaha berhempas pulas tu dambakan. Camne citer lak tu?

So, usaha = berjaya adalah subjektif. Kita takleh judge orang sangat kalo kita rasa kita dah berjaya, tapi orang yg kita judge tu lom sampai ke tahap macam kita, maybe kita dah banyak duit, so kita expect kejayaan dia diukur dengan banyak duit sama ngan kita. Salah woi konsep tuuu... Tapi nak relate berjaya dengan rezeki tu boleh la kot, sebab kalo tak berjaya, takde rezeki kan orang panggil? Aku terbaca blog greenapple tu. Bab rezeki. Aku malas nak cari link, korang cari la sendiri.

Rezeki ni kadang2 bukan dalam bentuk duit. Aku mengaku, dulu aku macam dia jugak innocent, asal rezeki je pikir duit. Tapi rezeki ni datang dalam macam2 cara. Mungkin jugak orang yang berusaha juggling 3-4 keje part time tu, rezeki dia bukan dalam bentuk duit simpanan, tapi dalam bentuk dia kenal ramai contact. Mungkin nanti dia nak buat apape, nak recommend apape, senang. Networking orang panggil.

Berbalik kepada pekedai marah cakap kita tak cukup usaha bila dah cuba pakai saiz 4, tapi bising tak muat maka nak saiz 8 jugak. Itu yang aku nak highlight. Bising a.k.a komplen. Kita komplen utk keselesaan kita, watpe terseksa jiwa dan raga nak pakai saiz 4 jugak sedangkan kita BOLEH request option utk dia call-in stock size 8? Adakah kita perlu jadi pak turut dan dinafikan hak?

Kita takleh blah pegi kedai lain saje, meh? 

Haha. See? Banyak related antara cerita tentang kasut dengan kehidupan kita. Dari kasut kita boleh huraikan tentang usaha, berjaya dan rezeki. 

Renung2kan dan selamat hari raya Aidiladha.

Sunday, September 15, 2013

Kene kelentong :-/

Semalam, aku tengah lepak2 depan tv macam selalu... Tetibe masuk facetime call dari buah hati terchenta... Katanya mak suruh call, urgent. Siap bagi mesej kat whatsapp lagi no fon kalo2 aku tak save no fon mak dier. Ade ke tak save?


Kemain cuak kot, kenapa kan tetiba mak suruh call :-/... Da la lamaa sangat tak sembang ngan makcik Aishah ni... Jangan kata makcik Aishah je, dengan mana2 mak angkat yang list panjang berjela tu pun jarang nak sembang. Call apetah lagi kan, sebab busy. 

Lagipun tanak la touching sangat emosi sembang dengan golongan mak2 ni... Pasal dah 6 tahun tak dapat sembang dengan mak kandung sendiri... Kang bergenang je air mata sembang dalam phone dengan golongan mak2 ni. Biasa kalo mak sedara, takde makna la nak bergenang air mata kan...

Dengan bismillah (sebab lama tak call) kite pon call la tanye kabo, sembang macam2 la... Touching je sembang dengan mak Incik Jep ni... Nak pulak dia sempat tanya soklan touching macam;
1. Bile nak datang sana lagi?
2. Selalu je Jep call
3. Cemana dengan Jep skarang...

Wah... Paling takleh blah, soklan first tu aku leh jawap pasal harga minyak naik... Haha. Pening betul ade bakal menantu kire sket bab2 harge bahan bakar. Aisey. Haha... Tapi dier pun paham... Aku pun busy... Puchong pun jauh dengan Penang... Tapi taon depan, insyaAllah aku sampai... Haa plan nak pegi lepas terjah kenduri Kak Syima kat Kuala Selangor nanti :)

Jawapan second tu, terus terang aku cakap aku rasa serba salah nak jawap. Walaupun Incik Jep cakap mak dia tak kisah, tapi sape tau hati orang tua kan? Aku dengan dier just tunang dari jauh je. Blom ade apape ikatan yang kukuh lagi, takkan nak cakap selalu call kan... Aku risau sangat kalo ada orang tua terasa hati bila anak lelaki dia jarang contact dia, tapi contact orang yang lom ade ikatan sah lagi dengan kerap. 

So jawap je la ikut kelapangan masing2. Paling safe la aku rasa. Sebabnye masing2 sibuk, masa pun lain2 kan (padahal aku sibuk tido je lebih pun - banyak kene pikir, banyak problem, tido je lah) haha! Aku tak bagitau yang dalam bracket tu. Kang reject terus jadi menantu kalo tau hobi aku tido ;p

Soklan ke-3 tu aku rasa mesti dia senyum2 je kot kat sana dengar jawapan aku... Kitorang okey je... Okey macam selalu2... Hehe... Dia pon cakap bagus la, harap sampai bile2. Cewah. Green light :)

Macam2 jugak la sembang. Aku syak Incik Jep ni kalo call dia selain cerita pasal life sendiri, confirm cerita pasal aku jugak kat mak dia. Sebab makcik Aishah ni tau je ape jadi kat aku walaupun aku tak call dier sendiri cerita pasal aku :-/

Hujung2 kan dah takde idea nak citer apa, so off je la call. Lagipun dah lambat sangat dah... Tengah malam kot. Nampak mesej whatsapp tu pun dalam pukul 23:42 or 11.42 mlm? Jam aku lak cepat 10 minit. Huhu... Kemain kau... Ade call bakal mak mentua tengah2 malam?

Pastu call balik Incik Jep, gitau mak dia cakap takde apape urgent pun? Haaa langsung kena gelak kaw2 lepas tu. Dia cakap saje je tipu aku. Sebab harini besday mak dia. So suruh aku call buat surprise. Masalahnye bukan nak bagitau awal2 suruh call sempena besday!! Eeee!!


Kekadang, aku rasa macam, dia treat aku bukan setakat tunang jarak jauh, girlfriend, tapi macam wife dah. Kata dah long distance relationship ni boleh buat orang jadik gila kadang2. Dah tu siap pakej lupa. Hahaha. 

Aku syak jugak mak dia pun risau pasal status aku dengan dia sebab, kitorang jauh, aku ngan keje lak dah permanent, dia? Jangan harap la dia nak keje kat Malaysia ni selagi tak dapat tempat dalam Petronas atau mana2 company gempak2. 

Pastu semalam mak dier cakap ngan aku, dier dapat offer keje lain pulak. Bile aku tanya, dia cakap keje baru tu offer extra £10000 per year dari sekarang ni. Means, kalo company sebelum ni bagi £36000 setahun, company lagi satu offer jadi £46000 setahun. Cuba convert ke RM. Mampu ke mana2 company dalam Malaysia nak offer gaji dalam RM macam yang dia dapat skang ni?

Hurmm... Camne ek?

Monday, September 9, 2013

9/9/2013

It has been 635 days since we decided to be in serious relationship. 


Macam tak caya je bleh survive long distance relationship camni. Tak penah gaduh2. Cuma sekali sekala memain sentap2 tu ade la. Tapi sudahnye masing2 gelak je lepas tu. Dia susah nak marah orang, aku plak jenis susah nak marah orang aku sayang :P

Long distance relationship ni start taon 2011 je. Tapi relationship sebelum tu start dari taon 1998 lagi. Memang tak jangka langsung boleh survive lagi.

Lagi 365 hari je cukup 1000 hari. 

Ape jadi lepas 1000 hari? Entah. 

Tapi excited je masing2 nak tunggu genap 1000 hari tu. Sebab masing2 tak sangka boleh tahan sampai tahap camni. Dah la long distance relationship ni penuh cabaran. 

Ada aku kesah bab2 cabaran2 ni semua? Yang aku kisah, asalkan dia paham aku, aku paham dia, sama2 paham bila sibuk macam orang gila, sama2 macam nak gila, cukup. Hehe. 

Tuesday, August 20, 2013

Malas

Aku nak update secara panjang lebar pasal PTPTN vs CCRIS. Tapi malas lak rase. Aku rasa baik korg view je profile fb aku utk tau cerita lebih lanjut. Pasal ramai jugak tukang komen nya...

Yang cerita situasi kengkawan aku tu, nanti2 la bila senang aku cerita.

Sunday, August 18, 2013

Tah pehal rindu sangat ;P

Hehehe... Lama tak contact kot. Sana busy, sini busy... Punyaa laa calling2 merepek2 semua...


Boleh? Siap sambil main dumbell pon leh borak lagi. Tu paling takleh blah tu... Ntah ape citer, aku pun dah lupa. Tapi aku la yg banyak cakap secara tetiba. 

Selama ni kitorang asik wat ekpressi muka tanpa bicara. Hehe


Abes la quota internet aku kalo tetiap minggu camni... Mujur la tak selalu calling lama2 camni... Mujur jugak, dia yg call :D

Sedih ni, aku rasa wifi free tu dah filter ip aku ngan pc yg kat rumah la. Boleh connect, tapi tak dapat internet. 

K, fine... Nothing is free now :'(

Sunday, August 11, 2013

Kosmo! ni takde berita lain ke?


Ni cerita dalam akhbar Kosmo! semalam. Tapi aku bukan nak elaborate pasal ni, aku nak elaborate pasal isu bawah ni;

Keratan harini;

Pinjam bank weh! For 1 day or 2 days event yang tak menjanjikan keuntungan, except beban pihak lelaki. Malas ah nak cerita, aku pon lom amik kursus kawen. Last belajar bab munakahat pun time form 5. 

Value dia sama dengan PTPTN aku (dip+degree), sama value dengan kereta aku (ford fiesta s - harga sept 2012), sama value dengan ASB loan aku (aku amik 25 tahun la kekonon, tapi... Aku nak cut off lepas 5 tahun nnt - so, value interest saje aku dapat balik macam aku pinjam), dan last sekali, sama value dengan harga kos binaan rumah yang bakal aku dapat.

Bezanya, dorg buat pinjaman utk belanja, aku ada pinjaman yang 4-5 taon dari sekarang bakal bertukar jadi aset. Hurmmmm... Sedih kot dengan orang camni... 

Paling takleh blah, aku baca statement, sorang penjawat awam ni (lelaki), berkenalan dengan anak orang berada (pompuan), sebab tu dia diberikan syarat wang hantaran tinggi dan kenduri secara besar-besaran. This is sooo stupid. Haha. Tapi jodoh takleh nak tolak kan? 


Ape aku leh cakap adelah, dorang semua ni adelah gile! Haiyyoo... 

Kenapa la aku baca semua ni, aku dah la allergic dengan pembaziran membabi-buta ni. Family aku dulu ada bisnes kelapa parut, walaupun aku bukan businesswoman, tapi apa yang aku buat, semua aku pikir untung dikemudian hari. Haish, takleh terima ah bende2 camni.

Kalo aku kawen nanti (kalo la kan) aku nak semua bende sponsor ah. Tak kuase aku nak kuarkan duit bebanyak utk event yang bagi org lain puas hati. Ada aku kesah orang nak kutuk belakang2 sebab buat simple2?

Saturday, August 10, 2013

Problem

Aku ade masalah nak pronounce nama bebudak yang baru lahir ni... Especially yang lelaki. Cemana mak ayah dorg pronounce eh? Kekadang mana aku dengar sangat mak ayah dorang sebut nama ni. Kemain laju2 sebutnya.

Takde ke yang nak letak nama simple2 je? Pastu nama2 ni macam ikut trend... Ada tak eh tersama nama bila masuk skolah nanti? 

Time anak buah aku yang sulung lahir, mase tu trend nama Amirul... Bile masuk skolah, kemain bersepah nama Amirul... Lepas tu trend nama Aiman... Ramai je nama Aiman... Tu nama simple okey lagi mudah sebut... 

Last year trend nama Rayyan. Ramai je nama Rayyan. Pun bleh sebut lagi. This year trend nama Aisy. Ce kabo cemana nak pronounce Aisy ni... Adakah "a-ish" or "ai-sh" or "ai-shi"?? Confuse mak tauuu!!

Sunday, August 4, 2013

Hurmm

Excited dia pagi ni share story dia dah officially passed test "Life in UK". Just another few steps to become a British citizenship. For real. 

He gonna letgo his Malaysian citizenship. Tetiba aku jadi sedih. Tatau apesal. Maybe sebab dia cerita ngan aku, next year baru dia nak buat semua ni... Tapi test pon dah pass, so not so long way to go. 

Takpe, mujur la kitorang blom plan lagi pasal kawen. Haha. So aku ade banyak la masa lagi kat sini. Banyak lagi la kot... Atau... Still dengan long distance relationship macam sekarang. 

Banyak citer pasal long distance relationship yang penah aku baca, dorg sama citizenship, cuma bermastautin je kat luar. Ending dia balik juge ke pangkal jalan. Atau, yg mana hold citizenship luar negara (memang lahir sana) join program Malaysia my second home. Suka nau dorg dengan Malaysia. Tapi dier ni, give up citizenship.

Ahaha. Aku tatau ape aku pikir, tapi nak kata tak ready lagi, memang ah. Tatau sampai bila baru aku ready. Da la raya taon ni mungkin last aku raya kat sini. Pasal raya next year aku da janji nak beraya ngan dia kat sana. Haha. Agak2 Angah bagi tak aku pegi sana taon depan? Hihi...

Tuesday, July 30, 2013

Kad Kahwin

Ni semua gara2 Mardziah la ni post gamba kad kahwin berbentuk bil elektrik. Maka terus aku kemain semangat google macam2 jenis kad kahwin untuk sepanjang tahun 2013 ni... 

Semua gambar2 adalah hasil pencarian dalam Google. Aku tak edit langsung, so terima kasih bebanyak kepada yang share dalam Google agar senang mencari. Ni saje suka2 je pun.

Kad kahwin bil elektrik.

Kad kahwin Google inspired (tapi da tukar daa)

Kad kahwin berbentuk pasport + tiket flight

(MAS tak mintak komisyen ke gune logo ni?)

Kad kahwin instagram

Kad kahwin fesbuk 

Kad kahwin twitter

Kad kahwin youtube

Kad kahwin skype

Kad kahwin pembalut coklat




Kad kahwin kipas


Kad kahwin puzzle (jenuh ok!)

Kad kahwin scrabble

Kad kahwin google chrome tab

Kad kahwin disket (gila olskool)

Kad kahwin tuxedo

Kad kahwin BBM

Kad kahwin buku skolah 

Kad kahwin tiket bola

Kad kahwin tiket F1

Kad kahwin wayang gamba

Kad kahwin poskad/sampul surat


Kad kahwin surat khabar

Kad kahwin versi CD

Kad kahwin iphone

Kad kahwin bentuk cek



Kad kahwin bentuk road-tax

Paling tak tahan...

Kad kahwin angry bird pon ade!!

Tapi tak celen kad kahwin zaman2 abang aku dengan kakak ipar dulu... Aku la tukang design kerawang2 semua. Alaa jenis guna kertas A4 pastu lipat 4 tu... Tapi takde dah contoh. Haha. 

Memang sep gila la kad zaman abang aku dulu. Pegi print satu cantik2 dalam kertas warna putih, pastu antar gi kedai fotostet bebanyak dekat kertas kaler. Kertas kaler tu lak bawak sendiri. Kalo orang buang pun tak ralat sangat. Masa tu fotostet baru 2 sen sekeping. 

Cuma aku terfikir... Aku baru je buang kebanyakkan surat2 atas meja aku ni include kad kahwin orang. Banyak kot aku buang. Nak simpan buat apa ye tak? Agak2 korang ralat tak kalo buat kad kahwin cecantik, tapi orang buang je lepas kenduri abes.

Tetiba aku rasa macam pembaziran. Hurmmm...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...