Sunday, October 16, 2011

Gambar Best

Gambar-gambar kat kem Jati Diri yang 3 hari 2 malam tu sebenarnye dari minggu lepas-lepas lagi kot dah ada. Aku je lambat pegi tengok sebab tatau nak tengok kat mane... Ehehe...

Nah klik je gambar bawah tu untuk tengok semua gambar-gambar yang ada. Haha. Layan...


Gamba ni adalah pekakas untuk main waterfall rapelling. Memang mencabar habes la habaq hang... Turun waterfall dengan air deras-deras... Berapa kali aku tergolek. Tapi bagus gak gambar aku tergolek takde dalam nih. Muahahaha...

Saturday, October 15, 2011

Sandal



Baru aku perasan selama ni aku memang fokus kat satu brand je kalo beli sandal "lady like". Pulak tu satu-satunya brand yang aku rasa best bila pakai, selesa, tahan lasak dan saiz 6.

Ye. Saiz 6. Selama ni aku beli selipar jepun ke, kasut sport ke, semuaaaa saiz 4. Kecewa gila bila kaler idaman takde saiz. Termasuk kasut bowling pon saiz 4. Buat kena gelak kat kaunter je. Kali ni aku yang gelak besar.

Ada sapa-sapa tau pasal Zara's tak? Aku google asik kuar benda tak berkaitan je. Pedulik la sandal Gucci ke apa ke... Zara's jugak matching dengan kaki lebar aku. Dah la murah. Tahan sampai setahun lebih plak tu. Memang kene la dengan aku yang jenis malas nak shopping kasut macam pompuan lain.

Posted via Blogaway & HTC Sense

Wednesday, October 12, 2011

Eksiden.


Smalam kat simpang 4 Jalan Tengah tuh... aku jatuh moto. Dalam percubaan nak buat U turn sebelah Stream. Tatau la dia tak nampak aku ke atau memang pesen tak sabar-sabar nak jalan. Selalu aku nak U turn memang aku kat sebelah kanan mana-mana keta. Pastu kalo keta tu betul-betul nak U turn, memang dorang pon rapat ke kanan jugak sampai takde ruang moto nak mencelah. Habit Penang driver memang camtu.

Tapi makhluk smalam tu tah tamak ruang ke atau memang tak biasa bawak keta besar-besar, tapi bajet terer, tak pasti.

Tapi bodoh gila la duduk lorong kanan, tak masuk kanan, tapi nak pegi terus. Dah la signal moto aku mana ada untuk U turn. Ada je aku bagi signal nak ke kanan.

At least bagi ah aku lalu dulu.

Pastu langgar aku plak.

Siap pause lagi.

1 minit...

2 minit...

4 minit...

Dekat 5 minit aku cuba nak bangun. Dengan moto hempap aku lagi... nasib baik takde apape. Lebam je la sikit. Aku da la dengan letih-letih balik keje... dalam minggu ni aku belum rest lagi aku rasa. Hari-hari termasuk weekend ada hal. Pagi sampai malam.

Gigih jugak la nak bangun sendiri.

Sorang pon takde tolong.

Aku da bleh bangun tu, nak start moto balik, baru la owner keta tu kuar dari keta tanye aku ok ke tidak.

Apsal orang lain sibuk-sibuk hon je tapi tak tolong eh?

Apa dorang ingat driver tu langgar hantu ke sampai dia tak gerak-gerak lagi?

Siyes aku tak paham smalam.

Selalu aku tengok kat tv, drama-drama semua the moment they hit people, terus gegas kuar tengok orang kene langgar tu if takde ruang untuk lari sebab moto jatuh melintang jadi penghalang (kecuali 4x4 la. Bleh je naik atas keta lain. Baca: KL gangster)

Tak teruk pon. Aku je lebam-lebam sikit. Still boleh pegi keje lagi. See? Komited gila aku kan bab-bab keje ni? Huhu.

Kejadah la sangat komited. Baru nak lilit tudung dah mengalir air mata sebab tangan terseliuh takley nak angkat lelama.

So harini aku MC. Buat pertama kali seumur hidup masa dah kerja ni.

Posted via Blogaway & HTC Sense

Posted via Blogaway & HTC Sense

Sunday, October 9, 2011

Cengkerik.


Aku bukan la hebat sangat cakap omputeh nih. Tapi kalo bagi aku peluang bercakap... lantak la bahasa apa pon selamba aku belasah.

Yang penting confident supaya sesuatu kelas tu takde bunyi cengkerik walaupun lokasi kelas bukan la dalam hutan.

Kenapa orang jadi malu-malu nak mengaku kuasai sekurangnya 2 bahasa eh? Dah kelas tu in english kan takkan ko nak cakap dalam bahasa melayu plak kan?? Speakup je laa.

Client dah la pesen tak minat blaja bahasa melayu. Sekurangnya bina la keyakinan diri. Bagi kukuh. Boleh nampak la berapa kerat je buat kelas macam riuh.

Camne ni?

Kata technical engineer.

Posted via Blogaway & HTC Sense

Friday, October 7, 2011

Pengotor.


Kah3... susah kan bila bukan sorang yang perhati kita sepanjang kita kat tempat dia...

Dah la aku jenis bawak barang pada kadar paling minima... standard la pakai baju ulang2 dan pade mase yg sama segan nak pinjam washing machine orang...

Maybe aku tak peduli sangat sebab aku takde bau badan yang kuat kot... tah... sebelum ni aku lepak ngan budak-budak kelas aku sampai dua hari berturut-turut sebab nak buat tesis tu siap ulang-ulang pakai baju yang sama takde plak yang bising...

Yeah. Aku mungkin slamber kat luar je nampak pakai baju yang sama... tapi kat dalam sape tau kan... hahaha... eh pe aku merepek... dah2... suke hati lahh!!

Posted via Blogaway & HTC Sense

Malam Jumaat.



Haha. Aku nak tanye pe bende yang menerjah kepala korang bile baca tajuk tu?

1. Malam Jumaat banyak antu merayau.

2. Malam Jumaat baca Yaasin.

3. Malam Jumaat untuk yang da kawen je.

4. Malam Jumaat... Esok Jumaat. Last day keje untuk week nih.

Aaa... Takley tipu-tipu. Tak baek. Huhu. Tahyul je yang percaya no.1 tuh...

Bukan nak citer sangat pasal malam Jumaat ada apa pon... Aku je stress sikit malam tadi. Stress sebab... Erm... Terasa lebih-lebih sket je. Tapi still ada effect la dalam hidop.

Lalu membawak la diri ke tepi pantai. Dengar deruan ombak. Camtu laa aku bila stress. Takde maknenye nak terapi shopping segala. Gila apa tengah serabut-serabut lagi nak shopping. Kang tak pasal bertambah stress waktu beratur nak bayar. Nak pegi shopping butik... Sama je. Rakyat Penang ramai sangat kaki shopping.

Berani pulak kan aku pegi tepi pantai sorang-sorang, cari port yang memang orang tak duduk, pastu layan perasaan sorang-sorang kat situ. Malam Jumaat pulak tuh. Ye ber-tahyul lagi...

Ok la da ngantuk. Nak tido dulu. Gudnite semua.

Posted via Blogaway & HTC Sense

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #6



Posted via Blogaway & HTC Sense

Wordless Wednesday #5



Posted via Blogaway & HTC Sense

Sunday, October 2, 2011

Lari.


Aku sebenarnya bukan la jenis manusia yang kuat sangat macam yang orang kenal aku berdasarkan apa yang dah aku lalui sepanjang hidup ni.

Kadang-kadang aku kalah jugak. Pastu aku lari. Lari dari orang, lari dari masalah. Macam skang. Aku dah jadi macam pelarian. Aku pun tak paham apa masalah aku. Kata pegi kem jati diri haritu bleh buat aku makin berjati diri. Tapi makin pengecut lari-lari macam ni ape citer? Mungkin aku bercuti je kot masa tu... makan angin je lebih sambil beraktiviti lasak.

Ramai jugak bising hidup aku dah semakin lifeless. Semenjak-dua menjak ni aku pon sedar aku macam lifeless. Hidup aku kat opis je. Tu pun da macam jarang cakap dengan orang. Kecuali kalo tech support. Plus overtime dalam keterpaksaan lagi... parah betul.

Gambar-gambar happy hour release tension masa kem jati diri haritu tah mana hala tah peginye. Takde tanda2 penganjur nak upload pun. Takkan nak lari elak-elak macam aku jugak...

Ntah la. Aku dalam bas ni. On the way balik Penang. Dari Putrajaya. Kadang-kadang tu menipu ni berkesan jugak untuk aku melarikan diri dari semua ni. Mungkin aku nak berehat. Cuti yang panjang untuk susun balik hidup menghala ke jalan yang benar.

Aku cuma perlukan sorang kawan yang boleh lead aku berfikir dari sudut lain. Yang berani tegur aku tanpa ada rasa "kau kan blaja tinggi, tapi apsal nak aku tegur jugak salah kau?"

Aku rasa sepanjang pelarian aku ni....

Aku da jumpa sorang.

Takpe ah. Kawan je pun. Bukan sahabat. Membe dia pun cakap dia tak layak jadi sahabat. Haha. Bengong.

Apa ntah aku cari sepanjang lari-lari camni. Ingat best ke lari dari masalah?

Sekurangnya lepas berlari ni aku dah bersedia untuk terima satu tembakan tepat di kepala. Nice one. Heh.

Posted via Blogaway & HTC Sense

Posted via Blogaway & HTC Sense

Monday, September 26, 2011

Letih.


Minggu lepas adalah minggu yang sungguh sibuk. Hmm... Nanti la aku citer seme... Nak kena cari gambar lagi...

Dah dapat link gambar dengan video, korang layan je la gambar-gambar best kem jati diri TeSSDE dari 23-25 September lepas. Sangat enjoy ok.

Injured pon sikit je. Otot kejang sket je. Tapi cepat gak aku recover. Baru aku sedar benefit buat warming up dengan betul.

Harini balik umah bukan macam selalu waktu pejabat plus overtime. So, bleh la rileks-rileks sikit. Harini ada kelas softskill. Punya la soft kelas tu sampai bleh nampak Izzat duduk paling depan pon sengguk-sengguk lelap mata. Haha.

Posted via Blogaway & HTC Sense

Tuesday, September 20, 2011

Charlie

Ini bukan pasal "Charlie bit my finger" tu. Charlie tu comel. Lain.

Aku sejak-sejak keje nih banyak bergaul ngan orang-orang utara yang tinggal sebelah Seberang Perai sebab orang sana banyak keje kat company aku... So sikit sebanyak terlekat la loghat utara yang pure punye kat aku. Bukan setakat loghat utara je... Macam-macam bende la aku blaja dari dorang nih.

Contohnya pasal CHARLIE.

Aku ni nama je penah duduk kampung. Tapi serangga yang aku kenal cuma nyamuk tiruk, nyamuk aedes belalang dengan mentadak je. Lain-lain fail. Kumbang pon bagi aku semua pon kumbang kecuali kumbang busuk tu dia special sebab aku pernah muntah teruk sebab bau dia memang macam jahanam.

Tapi ni Charlie nih. Nama kemain nak omputeh je...

Aku mula-mula musyikil jugak menatang ape Charlie nih... Siap gigih lagi google... Rupenye camni je rupa dia... Tapi jangan memain menatang ni orang cakap bisa...


Kat tempat korang panggil menatang ni apa??

Maklumat lanjut pasal serangga ni bleh pegi sini. Aku malas nak citer panjang-panjang. Cukup la dah berkenalan dengan rupa beliau yang penuh dengan kaler feveret itu. Kredit to:



Baca lah korang kalo rajin. Malas pulak aku nak taip lebih-lebih... Aku google web ngan image "Serangga Charlie" kuar 3-3 site nih. Bleh tahan seram baca pasal serangga nih. Bleh bawak maut.

Next time sape2 rase nak bunuh diri tapi takut nak gantung diri, kelar tangan atau minum racun, boleh la try duduk kat tempat-tempat yang banyak semak-samun tapi cerah terang benderang... Tak pon seru-seru je Charlie nih... Sampai la kot beliau... Nasib baik la aku ni memang spesis suka kegelapan...

Monday, September 19, 2011

Iklan? Takde.

Kali ni memang aku betul-betul blog ikut suka hati aku. Kejadah iklan-iklan nuffnang la ape semua aku dah completely remove dari page aku ni ha...

Bukan apa... Jenuh aku pikir email dengan password mana aku guna untuk login nuffnang tu tapi tak dapat-dapat. Migrain dapat la. Lagipun aku mane la glemer sangat. Pegi mampos la semua tuh... Gaji aku dapat tetiap bulan pon cukup untuk sara idup aku sendiri sampai tatau nak buat ape dengan lebihan gaji tiap-tiap bulan. Untuk simpan sesaje, simpan emergency, simpan nak kawen, simpan pegi haji, dah allocate dah. Tapi masih ade lebih. Watpe nak tamak-tamak ye tak?

Nanti mati pon buku akaun mana boleh bawak masuk kubur...Apa lagi kad ATM. Kene libas dengan Munkar ngan Nangkir tu ada lah...

So, tak kisah la sesape nak jenguk ke tanak jenguk page aku pon aku tak kecik hati. Bukan ade aktiviti tambahan untuk korang jenguk-jenguk page ni pon kan... :)

Oh ye, hepi besday dekat membe aku yang dulu agak baik dengan aku, tapi since awek dia suka sangat cari pasal secara lisan dengan nada perli-perli kat aku secara berkias-kias, maka aku decide remove termasuk dia dari frenlist aku. Sape kenal tu kenal lah. Kem salam banyak-banyak kat dier okeh.

Sunday, September 18, 2011

Nametag Skolah.

Start harini, kalo rajin pasni aku nak reveal koleksi-koleksi bende yang aku simpan atau penah ade. Sebab nak story pon hidup aku makin hari makin bosan plak skang. Nak citer pasal tempat keje... Malas la plak. Pe barang cerita aku buat OT hari-hari nak kumpul duit nak kawen ye tak?

Nak citer pasal makan... Lunch aku bukan menarik pon... Balik-balik nasik ngan ikan atau nasik ngan ayam. Sayur aku malas nak makan. Kedai makan tu takde buat kangkung goreng belacan. Semua sayur aku reject buta-buta je. Lebih-lebih lagi taugeh. Memang dasar diskriminasi.

Nak citer pasal zaman aku kecik-kecik kang nauzubillah nakal aku nih, dari elok-elok orang sangke aku pompuan melayu terakhir sebab tiap-tiap hari Jumaat aku pakai baju kurung pegi opis kang orang pikir aku samseng dalam Penang plak... Nama je pakai baju kurung, tapi rempit pegi opis tetap macam selalu-selalu. Eh.

So, untuk first-first nih aku reveal nametag zaman skolah yang aku simpan lagi sampai skang... Epic kan kumpul nametag. Senang kengkawan lama nak add kat fesbuk. Dah gadoh aku letak muke aku dorang tak ingat la... Tak kenal nama sangat lahh...


Paling atas tu masa skolah rendah. Second masa lower secondary. Skolah seme pompuan. Batch aku je suci murni nametag kaler putih. Bajet suci ah kan... Next, zaman-zaman budak baik aku mase kat MRSM Perlis. Jangan main-main aku setiausaha PRS tu.

Disebabkan aku yang pegang jawatan setiausaha, maka PRS bukan lagi Pembimbing Rakan Sebaya, tapi dah bertukar jadik Pelingkup Rakan Sebaya... Sebabnye aku la antara kaki tido yang tegar. Sampai budak bilik aku, siap panggil budak bilik sebelah kumpul ramai-ramai tepi katil siap bacakan Yaasin sebab nak suruh aku bangun tido. Nasib baik la takde yang perangai over jahanam sebut "Marabbuka" tepi telinga slow-slow... Kalo ada, bukan setakat meloncat terjun katil je, tah-tah terus aku buat solat sunat taubat sekali... Last tu...

Eh, satu nametag je bukan time skolah.

Paling bawah tu. Zaman kena lanyak macam buruh kasar atau zaman kadet busuk dekat ATMA. Tu je lah kenangan yang ada. Aku skuadron bravo dulu. Sapa kenal Kechek Flower Horn... Ahaha... Aku lah tu... Hari-hari kene starlight kat dahi tak pon kene tunjal ngan cota sebab tido dalam baris... Memang benjol la dahi. Aku serba-boleh apa... Tengah-tengah panas terik, berdiri tegak pon aku boleh tido tanpe tumbang.

Kira serba-boleh la jugak kan?

Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #4

Ketinggian aku memang tak standard rupanya................ :'(


Paling kanan tu aku. Tskk...

Tuesday, September 13, 2011

Masalah.

Semorang pon ade masalah. Tak kire la masalah mende pon asal memeningkan kepala je tu consider masalah la kan... Mana ada masalah buat hati senang... Kalo sapa penah ada masalah tapi buat hati senang tu, ok bleh geng ngan aku. Meh sep sket. *high five*

Haha. Tu lah situasi aku skang.

Ada masalah, tapi masalah yang menyebabkan hati sikit lega.

Sebab ape eh??

Pasal... Erm... Bende paling pantang aku sebut. Pegi link sini kalo nak tau.

Haritu... Aku ni cepat panik sikit... Tambah plak budak-budak opis kemain sibuk lagi plan cuti beramai-ramai... Ye lah kan ade event penting dalam hidop... Aku plak da ala-ala panas hati dah dengar bende-bende camni... Tapi standard la kan orang baru grad, memang camtu pon perangai... Aku je keras sikit buat tak layan...

Sebab aku join program government wat tu kan... Tak mau-mau la aku panik sebab takut orang cakap aku tipu, padahal blom abes lagi. The truth is aku memang da abes da... Cuma ada la makhluk yang saje buat palat bagi 1001 alasan tanak bagi aku lepas. Aku pun tak sure kenapa.

Paling aku panas hati terbakar jiwa raga adalah masa dekat-dekat nak raya tu hari. Ada la budak nih ske menyemak dalam geng aku (phergh, geng la sangat kan) sebab dia tau masuk group sama ngan aku dah takyah risau mende... Semua keje gerenti setel. Hebat tak hebat blakang kira, tapi hasil memang mantap. Budak ni mesej aku... Dah la awal-awal kantoi aku memang dah delete no fon dia dari list aku... Tah apsal aku memang panas hati dengan dia sebab dia baik dengan budak-budak berlagak yang aku tak suka tuh... Siap jadik abang angkat dorang lah konon-kononnye...

Sebenarnya payah aku nak benci orang, tapi budak-budak tu start cari pasal dengan aku... Memang sampai harini la aku takkan suka nak berkawan ngan dorang... Lantak ah nak cakap perangai aku cam bebudak skolah rendah ke hape, janji hati tak sakit.

Ok berbalik pade mamat tadi... Dier sesaje la mesej aku konon da lama tak jumpe kan, nak jumpe ah time konvo nanti... Nasib baik ah dalam mesej je... Kalo depan-depan dah kene sound direct kot ngan aku... Celah mana aku nak konvo tesis pon tarak markah lagi... Tak lepas-lepas.... Sebab nak jaga tatasusila kan, aku jawap ah aku tak konvo kot taon nih... Pasal masalah tu tak setel...

Sekaliii... Ambikkkkkk... Dia bukak citer project dia pon bukan bergerak pon, tapi sebab supervisor dia adalah pompuan saiko tuh, so elok je dier dapat B+. Aku dah terbakar da hati dengar pengakuan dier. Adalah 78% pahala puasa aku haritu terbang sebab hati tengah panas... Aku ni sampai dekat RM2000 duit abes ke bende menyusahkan idup tu haram singget pon takley claim, siap extra laptop jahanam lagi... Lebih dari RM2k jugak kalo kira kos laptop jahanam sekali... Mamat tuh? Project hantar kedai, report pon consider nipis. Yang aku report setebal-tebal alam boleh plak pompuan saiko tu cakap result meragukan... Nasib baik la duit ptptn. Kalo duit aku sendiri memang aku straight pegi bakar je campus aku tu tanpe banyak soal.

Aku penah mintak abang aku call supervisor aku sebab aku takleh call sesape secara formal pasal gatal sangat buat private number yang sudahnya kalo aku call orang time office hour, sapa pon takkan jawap call aku. Semua ingat bank cari. Abang aku cakap, supervisor aku bagitau dia panel penilai tanak lepaskan. Weyyyy... Panel penilai tu 25% je pon dari markah penuh... 60% dari supervisor kot... 10% jumpa supervisor... Cuma 5% je presentation... Yang korang nak menyusahkan idup aku suruh pegi present sampai lebih pat-lima kali tu buat apa dowwww... Ingat campus aku tu dengan umah aku sama jarak macam USM pegi umah aku ke???

Nak aku fail, tukar tajuk kan senang inform awal-awal... Ini tidak... Bila aku nak jumpa, siap buat appointment semua, bila time aku sampai campus, time tu la jugak kan tiba-tiba ada meeting tergempar la, emergency leave la padahal masa aku nak bertolak dari umah sewa pegi campus tu bukan main lagi cakap ada dalam opis. Bila aku tanak jumpa bersepah pulak muka dia melepak kat cafe macam takde keje dah nak dibuat.

Solution dia, sebab aku nak clarify betul-betul tanak orang cakap aku lari dari university, aku tanya la HR aku pastu citer semua apa terjadi kat aku... Apsal palat sangat ade lecturer camtu, pasal konvo semua... Then rupanya HR tu tak kisah pon... Once aku dah sign dengan dorang, dorang consider aku undergrad yang da setel pengajian, tapi kalo ada apape lagi belum selesai, aku boleh carry on apply apape yang patut kalo nak untuk sure aku betul-betul tamat pengajian. Phuh. Selesai satu hal.

So, aku just mintak kejesama dorang buat surat je. Konvo tak konvo pegi mampos. Ada aku kisah pasal konvo nih?? Aku nak konvo dengan kawan-kawan baik je. Biar la budak-budak tu konvo tahun ni. Macam la aku nak sangat konvo dengan dorang... Bikin panas hati jeeee...

At least ada la jugak masalah yang menyenangkan hati aku lepas dah citer dengan orang yang sepatutnye. Gile takut woo aku kalo orang sangka aku tipu ke lari ke apa ni... Dah la payah nak dapat kerja dengan status tak pasti macam ni... Syukur sesangat aku dengan keje sekarang ni... Asalkan tak menyusahkan orang dan bleh pegang duit sendiri tu pon dah cukup bagi aku... Janji aku tak memilih keje... Lagipun aku bukan ah dalam golongan best student ke hape... Agak-agak boleh score pon ikut nasib je... Nak letak aku dalam kategori student nakal, bermasalah... Hmmm... Tu lagi ok kot...

Abes je aku consult problem aku dekat HR kan... Rasa macam 75% beban di kepala terbang begitu saje...

Monday, September 12, 2011

Nilai Hantaran.

Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini (Ringgit Malaysia) dan Status Pelajaran di Seluruh Semenanjung :-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000-RM3,000
SPM : RM3,000-RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000-RM12,000
DEGREE : RM12,000-RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000-RM20,000
PHD : RM20,000-RM30,000

Yang mana satu calon isteri anda?


Gelak guling-guling aku bace status yang kemain ramai sibuk share sekitar last week dekat fesbuk memasing. Erm... Perlu ke letak hantaran camni punya banyak ikut standard blaja pompuan tuh...

Dulu-dulu masa aku kecik-kecik ada la jugak aku berangan hantaran tinggi-tinggi sebab jiran sebelah umah aku cakap aku pandai. Huahahaa... Apa kaitan ntah. =..="

Tapi skang bila dah merasa pegang duit sendiri dan terasa agak sakit hati, macam dikhianati bila orang senang-senang pinjam duit kita yang kemain berhempas-pulas la cari duit tu tapi last-last bila mintak balik atau request untuk duit tu pegi ke hala lain banyak pulak alasan dia, maka aku pikir balik tak relevan ah nak letak hantaran tinggi-tinggi nih...

Aku rasa bende camni lebih kepade nak menunjuk-nunjuk kat orang. Pastu boleh tak pikir betapa remuk relai hati tengok duit yang korang penat-penat kumpul selama setahun (kalo ada yang bertunang setahun la... Atau ada dari start kapel lagi dah simpan duit siap-siap mungkin amik masa 2-3 tahun) boleh habis dalam masa 3 bulan terakhir persiapan kawen? Worst to worst rasa macam penat-penat kumpul RM30K, tetibe abes camtu je dalam masa 3-4 bulan atau macam satu hari je???

Kalo pertikaikan downpayment keta boleh bayar apsal kawen takleh kan??

Cube pikir sikit... Ko kawen tu... Majlis-majlis tu kan ade ke benefit untuk diri kau? Setakat nak tayang kecantikan dan ke"mahal"an baju tempah, sewa, pinjam untuk satu hari kat orang ramai, rentikan leee... Kalo keta ke, ada jugak benefit mase depan. At least emergency ko ade la jugak kenderaan nak bawak ko ke spital walaupun bukan ko yang driving... Ini majlis kawen. Sorry, aku tak nampak benefit untuk diri sendiri kat situ.

Nak ke orang ramai-ramai yang attend majlis kawen kau tu nanti nak tolong kau kalo kau terdesak tiba-tiba terpaksa kena jugak mintak tolong lebey-lebey lagi soal duit... Silap-silap haribulan, bukak pintu pelawa masuk umah pon takde...

Tapi nak buat camne kan kalo tak buat meriah-meriah orang sibuk mengata. Eleh biar je la orang mengata. Bukan boleh cacat fizikal pon kalo dengar orang mengata. Pas 2-3 tahun stop la dorang mengata kan... Nak pulak kalo kau buat majlis simple-simple pastu tak lama lepas kawen sebab rezeki murah dan berkat pasal majlis simple tu terus ko naik pangkat la hape... Kan diam kan orang yang mengata tuh? Kau pon senang hati takde hutang keliling pinggang semua...

Aku dah la pesen berkira sikit semenjak pegang duit sendiri nih... Aku suka nak guna duit hasil penat lelah aku keje sengkang mata sampai dekat-dekat rabun ngadap PC pejabat tu ke arah benda yang bagi aku puas hati dan rase berbaloi-baloi. Contohnye pegi bercuti. Ini kenduri kawen? Alahaiii... Dah la kena jamu orang makan. Lauk tak sedap orang komplen plak... Pelamin tak cantik pon komplen... Semua benda nak komplen...

Mintak sponsor? Tau plak dok diam-diam...

Tak kira lahhh... Nanti kalo aku nak kawen, aku nak jugak sponsor. Tak kira. Hahahaha... Hantaran kalo separuh WAJIB masuk dalam ASB aku. Hahahahahahhh... Pedulik hapa akuuu... Takde mase aku nak pikir tema la apa benda kat majlis aku nanti... Asal selamat sudah. Ahahahaha...

Sunday, September 11, 2011

Weight Management.

Aku ade la terbace post akak D kat sini pasal orang komplen-komplen berat naik lepas raya sebab open house la semua... Siap kat situ ada nak calculate BMI lagi... Aku pon gatal tangan la tekan kot brape BMI aku... Maklom laa last main kira BMI ni masa kat ATMA dulu je... Lepas je kene tendang, jangan harap la aku nak peduli pasal BMI aku tuh...

Tapi terang-terang situ tunjuk aku ni dalam kategori overweight. Haha. Berat aku sekarang 60kg tahu? Memang berat mata memandang... Hahaha... Dah la dengan ketinggian tak standard aku nih... Lagi laa kan kalo orang tahu confirm dok bahan aku gemuk la hape...

Realitinya....

Tak pernah ada orang cakap aku gemuk. Haha. Dorang cakap aku nampak biasa je...

Belek laa Wordless Wednesday haritu tengok. Puasa tak puasa berat aku dengan saiz badan aku maintain je sama... Tak lebih tak kurang. Kalo kurang pun ada la turun 2kg je sepanjang bulan puasa haritu... Tu pon sedara-sedara aku dah komplen apsal aku nampak macam anak pelarian... Tak ceria, nampak cengkung padahal raya tuh aku demam kot...

Pasal berat aku jugak la siap penah jadik isu bila aku sibuk nak derma darah. Kat campus aku dulu lahh... Masa tu berat aku dalam 63kg camtu la last timbang kat umah masa tu. Tak sure apasal aku senang hati sangat melantak makan macam dunia bakal berakhir masa zaman blaja dulu... Tapi nurse tu suruh aku naik sampai 3 penimbang. Gigih tak gigih sebab ingat time aku naik penimbang je penimbang rosak... Sebab tak caya tengok orang kecik je... Tapi berat subhanallah dahsyat.

Kawan-kawan aku dah bisik-bisik siap confirm ada hantu raya menumpang hidup tambah berat badan kat aku. Apa ke tahyul gila pemikiran kawan-kawan aku... Huhu... Sedih mak noks!

Aku pon tak paham dengan keadaan yang menimpa diri aku... Maybe sebab effect kena "dera" kaw-kaw zaman-zaman kadet dulu kot. Serius ah masa mula-mula join ATMA dulu aku je obes. Memang ketara la bentuk badan semua sebab aku je nampak bulat kat situ. Masa tu berat aku 69kg. Lepas training 3 bulan sebelum masuk belajar macam U lain, berat aku dah jadi 48kg. Hohohhh... Dasatkan... Lepas tu aku berjinak-jinak dengan weight training dalam gym, naik la jadik 52kg. Maintain sampai la aku berambus dari situ.

Lepas tu nak naik berat balik sampai macam sekarang nih, amik mase bertahun jugak laa... Diet ke bersenam ke haram la tak pernah kecuali bersenam ringan macam sit-up ngan lari setempat. Tu pun sebab nak bagi hilang bosan duduk rumah. Kalo tak tido, online. Kalo tak online, tido. Punya la kedekut nak kuar jalan-jalan time-time weekend aku nih...

Tapi naik pun tak la ketara mana sangat. Sebab baju-baju aku semua still saiz S dan tak pulak sendat macam nangka... Cuma tu la aku memang musyikil dengan iklan-iklan pengurangan berat badan semua... Betul ke berat badan orang-orang tu awal-awal semua berat macam aku tapi tak muat nak pakai baju saiz S?? Semua belasah konon muat XL je... Aku pakai baju saiz M pon orang dah komplen baju bergerak...

Cuma aku memang terus-terang la cakap berat aku memang 60kg. Sapa-sapa nak amik aku buat bini harus la pikir 4-5 kali... Ye lahh... Berat aku bukan sama macam artis-artis model-model ke semua. Nak suruh aku turunkan berat?

Heh. Sorry lah. Aku cari orang yang boleh terima aku seadanya dan bukan suruh aku berubah secara fizikal sebab dia. Tidak nehi nehi nehi sama sekali... Hahaha...

Sebenarnye aku pon tatau amende aku merepek kat sini... Tapi tu la masalah aku... Ada cara-cara nak setel tak masalah camtu? Aku try buat balik training macam kadet yang aku dapat sepanjang aku duduk ATMA dulu pun dah tak berkurang pon berat aku... Rasa otot-otot mengembang tu ada lah... Ke aku patut register gym je?? Tapi macam takde mase plak nak pegi gym selalu...

P/s: Sape-sape nak sponsor premium beautiful kat aku pon ok jugak. Tarak hal la. Aku anggap je adiah besdey aku yang dah lepas dulu. Hahahaha...

Saturday, September 10, 2011

Semua Dah Lepas.

Apa aku nak update ni? 

Saja je nak bagi semak reading list korang. Muahahaha...

Padahal takde mende pon nak citer...

Bz keje kot... Balik umah je teros tido tak hengat... Bangun je sedar-sedar dah pagi... Siap-siap pegi keje... Pastu stay sampai ke petang, tambah buat OT sebab nak balik pon bosan je menghadap orang yang tak best di rumah... Orang yang tak suka kita buat apa kita nak tengok dia kan...

Ada sapa buat rumah terbuka lagi tak esok? Esok Ahad ni tengah free nih. Hehe.

Saturday, September 3, 2011

Kenduri Kawen


Salam Sabtu...

Harini raaaaaaaaamai gile kawan-kawan aku buat kenduri kawen pade harini setelah selamat akad nikah semalam. Nak list kemain ramai lagi... macam nak pegi... ye la kan save lunch aku... kalo nasib baik dapat la tapau sampai ke malam cover dinner harini semua...

Tapi itu lah... setakat respon rsvp kat fesbuk je la... aku pun segan nak pegi sebab sorang-sorang. Mungkin la ramai yang aku kenal kat tempat kenduri tu... tapi tak syiok la aku pegi sorang-sorang sebab aku cuma keep in touch dengan pengantin je... kawan-kawan pengantin tak semua aku rapat. Kang tak pasal aku jadi kera sumbang yang awkward nak start sembang dengan kawan-kawan lama dan sudahnya aku bawak diri duduk bucu-bucu khemah...

Memang orang yang aku penah kenal, tapi kalo tak rapat, tibe-tibe suruh aku pegi beramah mesra memang tak dapat la kan kalo orang tu pun awkward macam aku jugak... bukan la aku demand seko boifren ke teman aku, tidak... at least ada la sorang membe rapat kot buat teman untuk macam kau la pegi dulu salam ngan tuan umah, tak, kau la, kau laaa... boleh main siku-siku dan tolak-tolak macam iklan raya ASB tu...

Lagi satu aku segan nak pegi sebab takde kad. Oh kemain la aku respond kat rsvp siap bagi alamat umah bagai, tapi jangan kata kad kawen, apa benda poskad pon tak sampai ke umah aku... macam jemput random ko nak datang, datang tanak datang aku takde hal langsung je...

Orang tua-tua cakap kalo tak pegi kenduri orang, nanti orang tanak datang kenduri kita. Iskkk dilema betul la bab nak pegi sorang-sorang ni... tapi kalo betul macam pe orang tua cakap tu... ok jugak. Memang bleh bajet la kot bape orang je dapat hadir ke kenduri aku... tu pon kalo aku sempat la berkenduri kawen kan...

Aku sedar taon ni ramai je aim aku wat kenduri sebab aku sibuk-sibuk attend rumah terbuka raya dan siap pakai inai bagai raya ni... tapi tak semestinya korang kena expect perkhabaran gembira dari aku... sebenarnya seboleh-boleh tahun ni semua orang yang buat rumah terbuka aku attend bukan setakat pegi makan je...

Tapi aku nak sangat salam mintak ampun dengan maaf kalo ada terkasar bahasa, salah silap terhutang semua seboleh-boleh aku nak bayar balik sebelum...

Mana la kita boleh jangka kan kalo korang expect kenduri kawen dari aku, tapi korang cuma sempat attend kenduri arwah untuk diri aku ke kan...

Kita tak boleh jangka semua ni.

Kepada kawan-kawan yang aku tak dapat bertandang ke kenduri kawen korang, aku harapkan korang bahagia sampai akhir hayat ok?

Posted via Blogaway & HTC Sense

Friday, September 2, 2011

Tak Jujur


Dalam bulan lepas kot kemain kepoh lagi kat fesbuk cakap information macam no fon tak secure. Mana dorang dapat citer camtu tah la pasal bende macam tu bleh set privacy dan bleh buat tipu-tipu sebenarnya.

Macam no fon aku yang official ni tak ramai jugak friendlist aku dpt detect. Kalo terlepas pon da tentu-tentu tipu. Dan hobi aku pon stalk dan amik no fon orang dari fesbuk pastu bila bosan aku miskol. Haha. Macam keji je bunyinye kan... tapi still aku miskol pon orang takleh detect no fon aku coz aku wat private number. Haha...

Aku da btol-btol kaji abes-abes pasal privacy information dan so far betul-betul hacker dan admin je bleh access privacy semua.

Apa yang aku nak bebel kat sini adalah pasal ketidak-jujuran sesetengah orang yang kat depan mengaku kawan tapi tak hormat privacy kawan-kawan yang lain. Aku tanak tuduh sebab aku pun tatau sapa punya keja, cuma memang sangat pasti kebocoran maklumat yang terjadi kat aku adalah berpunca dari kawan-kawan.

Sebagai kawan aku consider manusia macam ni takde etika. Dia pikir bagus sangat la bagi no fon kawan-kawan kepada kawan-kawan lain yang kawan tu sikit pun tak kenal orang tu siapa. Kalo confirm long lost friend takpe la. Ini sedap hati je passing number kat tah sape-sape dan bende tu berterusan sampai orang tadi rimas sebab asik dapat call cakap nak berkenalan.

Dah la kadang-kadang call pun tak kena tempat dengan masa. Bila tak layan da tuduh cakap sombong. Hellooo... awak yang ganggu privacy orang at first place ok? Pastu tak puas hati sebab tu terus la sebar no fon tu kat orang lain. Perangai sangat jilaka ok... kau ingat aku buat MLM ke suka sangat kalo orang-orang tak kenal ni call...?

Paling best buat aku confident syak kawan-kawan atau ketidak-jujuran syarikat telco dalam menjaga data no orang ni adalah no fon aku yang jenis special request. Setahu aku kalo special request ni kebarangkalian untuk nombor tu penah orang lain guna adalah lebih kurang 9999999 kali sebab nak cari combination number. Sori kalo salah kebarangkalian...

Aku salahkan provider kalo yang msg atau call tu tak tahu jantina orang yang dia call tu lelaki ke perempuan. Masalahnya yang call atau msg direct ni tau aku perempuan. Padahal dekat telco abang aku register special request number tu satu set family package atas nama dia. Celah mana orang yang dapat no aku dari telco tau abang aku ada adik pompuan yang single padahal telco yang abang aku register tu cuma simpan info pasal abang aku je? Da tentu-tentu orang lain atau abang aku sendiri punya keje. Masalahnye aku check no asing tu dlm 3 phone book abang aku, satu pon tak match. Confirm keje orang yang aku anggap kawan.

So please la... kalo ada kawan-kawan aku buat keje lahanat passing no fon tanpa pengetahuan owner dengan niat suci murni tulus ikhlas nak kenalkan aku dengan sesapa sila la hentikan. Atau lebih baik mengaku atau tanya aku dulu sebelum bagi no fon. Hormat la privacy orang lain sama... Pada aku masing-masing pon da pandai pikir baik buruk satu-satu benda dan kenal peel kawan-kawan macam mana... kalau niat nak pedajal, baik jangan kawan at first place.

Handphone skang bukan lagi benda mewah yang membuang masa tapi satu keperluan lebih-lebih lagi waktu-waktu emergency... jadi tak salah kalau hormat privacy pasal phone number tu. Korang pun menyampahkan kalau ada dikalangan kawan-kawan korang kerap tukar no phone sebab tak tahan gangguan tiap kali tu la kena save baru...

Tau lah korang benci tengok aku single sampai kemain pulun amik no fon aku siap sebar-sebar kat tah sapa-sapa...

Posted via Blogaway & HTC Sense

Wednesday, August 31, 2011

Raya & Merdeka...

Raya taon ni aku perasan ramai gila orang berbaju raya tema warna merah terang ang ang atau merahnya mak ngah... Terasa seperti boria plak bila singgah tiap-tiap umah je mesti ada tetamu dorang jugak satu family tema warna merah... Sebelum-sebelum ni susah woo nak jumpa orang decide tema yang sama... Semua ni bila tanya je dorang salahkan esoknye (harini) merdeka. Ade kee...

Takde sangat gamba raya taon nih... Kalo ade pon da selamat jadik default pic kat fesbuk. Muahahaha... Satu tu je la gamba aku ade. Ngan lagi satu gamba ngan baju konon-konon dan paling kontroversi... Inai kat jari... Yang tu aku malas nak upload sebab eksklusif aku sent MMS kat sorang je sebab kemain sibuk lagi nak tengok baju raye warne merah aku pasal tak sama tema warna kuning macam dia lalu sampai ugut-ugut takmo jadik bff dah. Ape ke siot punye ugutan...

Pe hal salah ke raya-raya pakai inai... Kemain laa kan spekulasi kuar tibe-tibe... Tapi aku chill je... So far disebabkan taon ni first year aku beraya sebagai seorang pekerja... Maka soklan paling top yang orang tanye kat aku adalah kat mana aku keje... Muahahaha... Rasa macam ramai je caring... Ohh tacing gilaa...

Buat raya taon ni selamat ah takde tanye soklan pelik-pelik lain... Tunggu la tengok raye taon depan... Mau menggelupur aku cari alasan. Wahahahaha...

Cuma taon ni aku macam segan-segan je nak bagi duit raya kat orang... Sebabbbb...

Tetibe je aku dapat duit raya lagi.

Adoyaiii... Sikit punya vogue aku raya-raya tu pon orang still ingat aku budak-budak lagi. Aiyayayayaaa... Tapi apa ada hal ye tak... Orang bagi, amik je laa... Selagi orang nak bagi kannn... Sila salahkan saiz aku yang agak mini ni. :D

Anyway, tu je la raya aku taon ni... Selamat hari merdeka seme... Pasni da aku beraya sorang dan nak sambung pegi beraya umah kawan-kawan yang tak balik kampung...

Thursday, August 25, 2011

Special Ability.


Wah kemain tajuk omputeh kan... Sebenarnye aku takde la mende special sangat cuma lebih pade cacat. Special tu nak menyedapkan hati je...

Aku jenis banyak cakap... Tapi bila nervous, pon maintain jugak banyak cakap tu... Cuma aku sama spesis ngan Cheryl Samad. Pesen cakap laju-laju. Lagi nervous lagi la laju aku cakap.

Masalahnye kalo aku cakap sebutir-sebutir slow-slow, aku sendiri yang terasa mengantuk bleh?

Lagi satu aku sangat la tak pandai ajar atau explain berikutan aku cakap lelaju tu. Makan 3-4 kali jugak la explain baru orang paham ape aku nak sampaikan... Sampai kadang-kadang orang boleh salah paham mende aku ajar... Huhu...

Tapi yang aku heran tu... Camne dulu aku bleh ala-ala debat argue dengan orang kalo tak puas hati pasal satu-satu benda ha? Ke sebenarnya selama ni aku argue dengan orang dalam bentuk penulisan? Huhu...

Ape pon kalo da tahap orang lain sampai da ke manager komplen aku cakap laju-laju ni... Kene la amek inisiatif untuk berubah sikit... Tapi kalo dah gelabah, camne nak kontrol eh? Ada tips tak? Rileks-rileks pon aku cakap lelaju gak masalahnye...

Posted via Blogaway & HTC Sense

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #3

I'm Blogaway user. Sesape yang bace ni plis take note... Aku nak bace blog korang thru phone susah... Sile enable apape yang patot... :D



Wordless Wednesday #2



6 hari lagi...

Monday, August 22, 2011

Ultimate Tips Tekel Awek

Hah... Jarang ada orang nak share tips macam ni... Aku rasa aku kot first person nak reveal semua supaya jejaka-jejaka kaki online semua dapat tekel awek idaman korang yang korang minat secara diam-diam masa online...

Sebenarnye spesis-spesis pompuan yang selalu kene reject, pastu next time orang lain plak nak kenal dan in relationship dengan dia, then been dump again, pastu jumpa yang lain adalah proses paling membosankan tahu?? Sama la macam aku. Sebagai pompuan, aku da letih kot nak layan persoalan yang sama tiap-tiap kali ada makhluk selamba-suka-hati antar mesej kat fesbuk kata nak berkenalan. Tolong la... Its so 1998, okehhh...

Lain laa kalo yang hantar mesej macam tu seorang yang noob dan baru lepas belajar cara-cara nak on PC. Memang considerable la kan. Tapi berapa ramai yang noob betul-betul punya noob? Kalo korang boleh pecah masuk firewall semata-mata nak layan website porn, jangan panggil diri sendiri noob. Tu dah lebih dari expert namanya okey...

Kalo biar aku membebel lebih-lebih sampai tahun depan pon korang tak dapat tips macam ni dari aku... Bahahaha... Okeh... Sebenarnya tips dia cuma la satu jeeeeeeeeee....... Iaitu.......

Tahu semua pasal dia.

Knape aku cakap camtu?? Wey dah korang minat pompuan tu mesti la korang kena tau semua pasal dia... Macam jugak korang minat artis walaupon artis tu sumpah tak kenal korang, tapi terharu jugak dia bila time sesi beramah mesra dengan artis ada fan dia yang hargai dan tau apa dia suka... Tacing kan? Tacing kan??

Aku rasa tak susah pon nak tahu semua pasal awek-awek zaman skang ni. Semua boleh google je. Cuba kata korang nak tekel Hamis Jalika kan... Taip 3 huruf pertama pon dah tersenarai nama dia dalam suggestion... Apa lagi awek-awek yang korang suka kan... First thing confirm la korang tau nama penuh semua... Tatau nama camne nak google... Except aku... Ahaha... Aku bukan top hits dalam google maka memang susah sikit nak cari pasal aku. Ape pon, mana ada kemahuan kat situ ada highway... Bak kata Adnan Sempit lah kan... Sebab tak semua pompuan sekarang suka kalo orang tanye macam-macam pasal diri dia yang kalo boleh korang stock stalker susah mati senang-senang je bleh cari... Bosan tahu nak ulang-ulang semua pasal diri sendiri tiap kali kenal new guy...

Melalui peluang stalk secara besar-besaran tu jugak laa macam-macam info korang boleh dapat pasal dia... Dari rupa bentuk dia sejak kecik sampai dah besar lawa cun melecun, hingga la ke aktiviti harian, kat mana dia berada, apa dia suka, semua lahhhhhh.... Sekarang semua hujung jari je maaaa... Bila dah puas hati baru la boleh proceed ke next step iaitu tegur-tegur la dier ajak sembang macam dah lama kenal.

Cuma pantang dorang satu je... Jangan obvious sangat tanya nak amik tau hal ehwal kuarge dorang... Tapi bende tu semua pon boleh google jugak la sekarang... Tarak hal.

Remember guys... Pompuan sangat la gembira bila orang amik tau pasal dorang... Tapi pada-pada jugak la amik tau pon... Jangan la nampak sangat jadi stalker teruk dan sampai dapat tanggapan percuma yang korang adalah dari jenis stalk orang untuk cari next victim nak simbah asid. =..="

Senang je lahhh nak tekel pompuan zaman IT skang nih... Sapa cakap susah... Lain la zaman dulu-dulu siap kene antar surat semua sebab tengok gambar dekat ruangan Mekar Setaman URTV dolu-dolu tu... Wakakakaka... Situ pon memang ah limited details korang nak letak...

Skang dah ade fesbuk, blog, twitter... Hah, stalk la sampai lebam... Dah cukup ilmu di dada baru ah tegur-tegur ke apa... Borak-borak kosong pon okey jeee... Bila respon da bagos baru ah ajak kuar ke apa... See??? Slow and steady je... Senang je bai... Yang penting ko dapat buat pompuan tu comfort dengan kau nak share ape saje pon dah boleh kata almost 50% kau dah curi hati dia...

So, good luck guys!! :D

Sunday, August 21, 2011

Kalo Dah Smoker Tuuu

Aku penah buat entry pasal punya la tak suka aku dekat smoker, tapi alih-alih ex aku semua pon smoker pade taon 2009 dulu. Lama dahh... Siap berazam nak kumpul duit ikut harga rokok... Tapi memandangkan time tu aku tak keje tetap dan masih belajar, maka simpan je la niat aku nak buat simpanan nak banding dengan harga rokok.

Sekarang aku dah start keje... Apa aku nak pon kebanyakkan aku dah dapat, why not start gaji bulan ni aku akan simpan sehari seploh hengget, sama dengan RM310 untuk bulan ni atau bulan-bulan yang ada 31 hari sebulan dan RM300 untuk bulan-bulan lain-lain untuk confirm tiada yang mustahil aku bleh buat saving dengan duit yang orang buat untuk beli rokok...

Kenapa aku nak bukak balik citer pasal merokok ni??? Haritu ada la sekali aku RT Kak Fenny pasal nih...

Harga rokok : RM10 (sekotak) x sehariJumlah tahunan : RM 3650Tempoh Merokok : RM 3650 x 5 tahun = RM 18250
Maka...Orang-orang yang merokok WAJIB MENUNAIKAN HAJI kerana lebihan harta mereka yang selama ini disia-siakan dan dibakar..via anis diyana :D

Tah celah mana muncul perkataan via anis diyana tu pon aku tak perasan... Tapi camtu la lebih kurang dan tweet aku semua aku associate dengan fesbuk... So, kuar la jugak kat fesbuk tu kan... Maka ada la komen-komen pasal tu... Ada laa satu manusia ni sesat nak jugak tanye bukti apakah wujud manusia yang simpanan dia macam yang dalam tweet tu dalam masa 5 tahun guna duit beli rokok tuuu...

Bukan takda... Contoh depan mata aku pon ada... Iaitu abang aku... Malangnye dier takde la komited sangat nak saving hari-hari sebanyak perokok tegar membazir duit kearah kesesatan dan boleh membunuh orang lain... Dengan duit sebab dia tak merokok jugak laa aku tengok takde la sesak sangat dia tiap-tiap bulan komplen dengan situasi ekonomi dan politik Malaysia... Macam kat blog Papanda nih.

Cuba korang pikir sapa manusia paling banyak komplen harga barang naik, harga minyak naik, harga rokok naik... PEROKOK kan antara manusia terawal komplen semua tu... Dah bajet lari... Nasib laa kannn... Sapa suruh merokok at first place ye tak? Padan muka laa...

Ok berbalik ada cerita abang aku ni... Dalam umo dia baru 36 tahun sekarang niii... Ada tak antara korang yang masih stuck dengan bayar balik pinjaman yang macam-macam seperti keta, umah, semua... Confirm ada kan... Well, proud to say, dia takde langsung pikir nak bayar mende-mende tu semua... Sebab tak merokok, dia boleh manage financial very well... Kadang-kadang tergelincir tu not expectable laa kan... Lagipon kampung wife dia kan jauh... Ada sekali almost tiap-tiap minggu balik kampung wife dia... Bukan setakat raya je... Kau hado??? Tak mampooo kannn????

Sebenarnye bile bace tweet Kak Fenny tuh... Baru aku pon terfikir nak bukak akaun Tabung Haji... Hahaha... Sebelum ni mana aku ada... Kang duit tu yang aku beriye nak saving tu aku terletak dalam akaun biasa kang tak nampak sangat beza... Kang terbelanja kang haa... At least dalam Tabung Haji ke orait la kot nampak la jugak bukti tanpe faedah macam ASB... Kalo letak dalam ASB tu mcm main tipu lak kan... Hehehe...

Well memang aku kene buat sesuatu in case terjatuh hati dengan smoker lagi dan boleh motivate dorang dari segi financial... Walaupon aku budak engineering, tapi bab-bab manage duit aku terer apa... Tak caya tanya ex-osmet dengan abang aku... Tiap kali loan masuk je semua setel... Dari yuran pengajian sampai la ke benda-benda sara hidup macam sewa umah, servis moto (tiap-tiap bulan okeh... Ingat student tak mampu ke? Dari ko blanje awek tak tentu pasal, baik ko take care pasal kenderaan yang bawak ko cari rezeki/menimba ilmu tiap-tiap hari) dan bil-bil berkaitan. Takde aku hujung-hujung bulan mintak duit ngan parents. Camne gaye nak mintak duit ngan parents pon aku dah lama lupa...

Tak lupa jugak ex-ex aku yang smoker dulu jugak la antara orang paling banyak bising bila sebut soal hantaran. Haha. Takde saving lettewww... Status under geng blogger yang letak tweet atas tuh pon ada jugak yang komen pasal blanje awek seminggu MINIMUM RM100. Siap ngan jumlah tahunan dan tempoh expired (clash eh?)... Hehehehe... Tapi aku tak pernah nak kisah pon pasal semua tu sebab aku jenis awek yang independent dan liberal. Mana aku suka dating-dating ni semua...

Kalo boleh malas aku nak jumpa... Ye lah... Kalo jumpa-jumpa pon nak buat ape je... Balik-balik tengok wayang, makan fast food. Pastu kalo selalu sangat, nanti komplen plak awek dah gemuk. Sibuk plak nak suruh kurus-kurus. Tapi pelik ah. Dan tak paham kenapa lelaki taknak hargai sangat awek-awek yang malas nak kuar dating ni. Weyyy... At least awek tu bagi chance kau kumpul duit agar tak tersedak bersilat depan mak ayah bila time merisik je dah letak hantaran puluh-puluh ribu... Nak plak kalo ada akak masih single, confirm la kau kene taji serba-dua...

Tu pon takleh pikir ke... Wahahahahaa...

Anyway, kenapa tak boleh kan, kumpul sehari RM10, dari sedekah kat 7E atau kedai jual rokok, baik la saving dalam akaun Tabung Haji... Ye tak... Untung-untung terussss je ko dapat panggilan wat haji dalam umo yang tengah sihat-sihat ni...

TRIVIA: Kalo nak prove pasal simpan-simpan duit tu... Apa kata yang dah keja semua... Yang bergaji at least RM1.5k sebulan tengok balik betul-betul berapakah amount EPF/SOCSO korang tiap-tiap bulan yang company deduct dari gaji... Its almost HALF of the required saving to compare with smoker, tahu??? Kalo aku bercita-cita nak simpan 300 sebulan, kat EPF/SOCSO ada state at least 130+30 lebih dari majikan... So... Pegi la check dengan KWSP kalo tak caya...

Now?? Tak percaya aku lagi??

Saturday, August 20, 2011

Cuba Bayangkan......

Aku yakin kebanyakkan dah tengok kan clip Max 24:7 Kpop wannabe tuh... Takmau dah nak share sini... Nanti aku yang muntah... Waktu skang muntah ok lagi... Kang dibuatnye pagi-pagi time puasa kang muntah teruk akibat stress macam hari aku tertengok clip tu camne? Kan lebur tak pasal je puasa aku... Rugi tuuu... Mujur haritu aku stress je... Tak sempat muntah lagi... Mujur gak haritu aku terlajak tido tak bangun sahur... Muntah angin mana batal puasa ye dak...

Nak komplen lebih-lebih pon, bende dah wujud kan... So, aku cuma tertanya-tanya kadang-kadang... Camne laa perasaan budak-budak dalam group tu... Dah la ramai kemain sampai 12 orang... Kalo training wat pemain bola sepak pelapis negara pon orait jugak... Tapi dorang pilih bidang nyanyian... Takleh nak cakap ape la...

Good part is, mesti semua orang kenal dorang punyalahhh...!! Kenal sebab? Loya tengok masing-masing adalah poser kpop. Dengan gayanya... Dengan stylenya... Pastu pose mesra ramai-ramai ala-ala err... Serious shit aku pon macam, erk... Lelaki ke nih??? Btw, ramai-ramai sangat pon tak best jugak... Tambah plak style-style camtu kadang-kadang da jadik macam trend budak-budak baru nak membesarkan... So, aku nampak semua samaaaa jeee rupa... Seriously I wonder why...

Dia punya trend style macam tu kemain hangat sampai aku tak boleh beza anak-anak buah aku dengan kawan-kawan dia... Sebab aku nampak masing-masing dah macam kembar dah, semua nak buat style sama ala-ala Korean gitteww macam dalam gambar... Mujur jugak laa aku jenis perasan orang bila tengok baju... Huhu...

Berbalik kepade budak-budak kpop wannabe nih... Kau nak ke berdepan ngan family sepupu-sepapat time-time raya tu cakap camni...

"Eh, korang tau tak? Aku laa salah sorang dalam Max 24:7 tu..."

Korang rase nak gelak guling-guling ke atau menangis dengar pengakuan macam tu??? Tapi kalo kene gelak pon, mesti dalam hati dier ade cakap...

"Pedulik la nak gelak pon... Aku #retis, kau hado???"

Mungkin dorang bangga ngan pencapaian dorang dan style dorang buat mase skang... Ikut trend la katakan... Pedulik la muka jawa tulen pon, janji style Korean-Korean... Nampak cumels dan jambu *muntah lelaju*

Apeponnn...

Aku tertanya-tanya bila dorang sampai umo-umo macam aku ke nanti... Atau lebey tua sikit ke... Let say dah kawen ada anak-anak... Dorang akan move on ke atau still dengan style cenggitu? Atau... Dah tua bercucu-cicit nanti tergamak ke dorang nak ngaku tu dorang zaman muda-mudi dengan style camtu dan clip yang super-duper takleh blah camtu...

Seriously aku terbayangkan dorang cakap camni kat cucu-cucu...

"Atok dulu join group kpop wannabe..."

*Cucu-cucu pandang muka atok dengan wajah takde perasaan dan blank*




Ke dorang bleh berbangge dengan diri sendiri lagi ke camne?

Sebab kebanyakkan legend-legend contoh macam legend rock kapak tu... Bila dah lama menyepi dari industri hiburan... Sesekali kumpul balik ahli pastu wat come back kira nampak gempak dan mantap ah jugak kan... Contoh laa... Macam kumpulan Search ke... Masing-masing dah tua pon kan... Tapi still rock to da max la bila perform balik macam dedolu... Memang aku impress gile ah... Tabik baek punye...

Tapi kalo macam MAX 24:7 nih...

Korang boley imagine tak lagi 20 tahun akan datang kalo dorang kengkonon nak buat come back?

*Banyak masa lagi nak muntah sebelum masuk waktu imsak*

Thursday, August 18, 2011

11 Hari Dah Tak Update.

Sebenarnye blog aku ni sejak bila ntah aku declare sebagai diary. Apa benda pon mesti nak mengadu kat sini. Memang kadang-kadang tu penuh emosi menyampah-marah-bengang... Kadang-kadang tu plak mende-mende klakar... Kadang-kadang aku pon tatau nak letak kategori apa... Tu malas aku nak ping blog kat mana-mana... Buang masa je orang baca... Takde motif pon...

Tapi dah lama rasanya tak citer bende klakar. Sebab semenjak-dua menjak ni takde sangat mende-mende klakar terjadi dalam hidup. Lebih berat kepada bende-bende serius dan malas la aku nak cerita tahap keseriusan dia tu camne... Maklom la kan pasal keje. Mana bleh nak main-main... Kang majikan pon bayar gaji memain kang haa tau pon kau nak meraung kan...

Nak citer pasal puasa... Alhamdulillah da nak masuk 18 hari ni blom 1 hari pon fail lagi. Hehe. Tahniah untuk diri sendiri. InsyaAllah aku bajet bleh posa penuh tahun nih. Biasa laa pompuan kann... Tapi dengan penuh yakin ni nak puasa penuh.... Jangan cakap aku cacat plak sebab bleh bajet nak puasa penuh... Huhuhh... Sebenarnya aku dah biasa pon puasa penuh sebelum ni... Ahh buat apa nak cerita lebih-lebih kan...

Nak cerita pasal juadah berbuka... Hari-hari pon ada je muka aku je kat Pasar Ramadan Bayan Baru tu. Ada la sekali jadik mayor situ... Pastu miss sehari sebab malas nak pegi... Maka title mayor pon dirampas orang. Siap sekarang pon gigih laa kalo tak beli-beli pon setakat lalu je pon gigih nak check-in. Paling jahanam kalo jenis check-in jarak jauh dari umah je. Haha. Macam celaka kan?? Maka jangan percaya sangat lokasi aku kat foursquare tu... Kadang-kadang sedap hati je check-in... Padahal duduk bergolek atas katil kat umah...

So nak citer apa lagi ni? Pasal stalk orang?

Sekarang aku stalk dia, dia stalk aku...

Tapi masing-masing malas nak cakap apape... Call sudah, sms sudah, fesbuk chat takyah citer laa... Asal nampak online je tego... Sekali tiba-tiba dia stop sms ngan call aku, tu ok lagi... Steady... Tapi bila kat fesbuk pon tak online... Mengakibatkan aku bad mood sepanjang hari macam ayam berak kapur selagi tak contact-contact.

Cuma sekarang aku dah tau cerita sebenar kenapa takde khabar berita dalam beberapa hari ni... Tiba-tiba jadi hepi tak tentu hala lepas tu sampai takleh nak tido. Padahal cuti nye tadi. Nuzul Quran. Pagi karang dah kene keje balik. Tak tido-tido lagi. Haishhh... Apa laa nak jadi kan...

Jadi takleh tido sebab terfikir kalo tiba-tiba aku bleh ter-serius ngan dier.

Dah la masing-masing umo pon dah 26. Masing-masing da malas nak pikir banyak sebab over fikir camne nak tutup mulut orang sebab masih single. Huhuhh... Tambah plak dier penah putus tunang.

Masalahnye skang ni lebih kepada aku.

Dia jaoooohhh woiii orang Sabahhhh...

Takpe la. Abaikan. Dier memain je kot macam makhluk-makhluk sebelum ni... :D

Susah ah nak caye kalo orang nak serius ngan aku. Dah berapa kali terkena. Macam cerita ni ngan yang ni lagiii laa sadis... Dah-dah, aku tanak dah syok sendiri ke apa...

Nak pegi sahur, pastu tido... Kang bangun, mandi terus siap-siap gi keje je...

P/s: Aku letak shout box tepi tu untuk eratkan silatulrahim... Ada masa aku pegi melawat balik sapa-sapa yang elok-elok tegur aku kat situ... Tapi kalo da ada yang buat kurang ajar kat situ... Ada aku remove je bende tu karang... Berbudi bahasa la sikit... Kita orang Malaysia maaa....

Sunday, August 7, 2011

Leggings.

This is the best, bro!!





Aku tak paham dengan orang suka pakai leggings.

Aku tau dorang tak mampu beli seluar. Nak aku sedekah ke sluar-sluar aku yang da tak muat tu kat dorang?? Kesian dorang kan... Nak jimat-jimat beli leggings yang berharge bawah RM30 tu dari beli sluar jeans harge dekat-dekat RM100...

Eh, tapi aku rasa leggings lagi mahal dari jeans bundle kat pasar malam kan? Dah la bundle pon tebal, tahan lama... Kau tak basuh seminggu, sebulan pon takde sape perasan.

Tapi leggings... Ada jenis malas nak basuh tu... Baru recycle pakai 2 hari dah berbau-bauan menusuk hidung kuar. Pastu basuh plak jenis celup-celup (bagi jenis malas nak pakai washing machine semi-auto yang ada kat umah macam aku). Mana feel basuh celup-celup je. Baik beros kuat-sekuat-kuat hati. Macam jeans. Feel kot tenyeh berus kuat-kuat tapi tak gadoh nak koyak ke apa pon...

Aku pon ade leggings. Ehem.

Tapi aku pakai dengan baju renang aku yang tang bawah seksi sikit tuh. Tak salah kan... Kui3x... Baju renang aku pon ade skirt tau tutup bontot mantap aku neh. Hahaha... Tapi dalam swimming pool je la aku begitu. Kuar pegi tempat selain swimming pool macam pegi jalan-jalan ke kejadah nak pakai leggings.

Orang buduh je pakai leggings kuar jalan-jalan.

Kau suka pakai leggings?

Kau la buduh. Kena raba, padan muka. Salah kau jugak kan?

Jangan kata lelaki... Aku pon rasa macam nak slap laju-laju bontot pompuan yang pakai leggings. Lebih-lebih lagi jenis body mantap macam Rozita Che Wan. Tayang sangat sapa suruh kan...

 Sangat lah auummm...

Eh, puasa beb. Adoi... Adoi... Kurus pahala puasa dok imagine benda bukan-bukan... Tskkk...

Friday, August 5, 2011

Batas Pergaulan.

Ape pendapat korang pasal batas-batas pergaulan? Takyah cakap Islamik sangat, straight je secara general. Mengenai lelaki dan perempuan SEBELOM KAWEN.

Aku tertarik nak ulas sikit pasal nih sebab dalam group yang manjang je aktif kat fesbuk aku tu ade ah tetibe je ternaik topik terselit dalam komen-komen yang berjela-jela pasal "perlu ke OPEN utk lelaki @ perempuan untuk sama2 memilihkan pasangan mereka pakaian kecik@dalaman anda sblum bkahwin..ya atau tidak" ye, aku copy-paste je kat sini. Haha.

Ini pendapat aku ah kannn...

Kalo aku, aku pon reti segan kot. Sedangkan bende dalam-dalaman ni dulu kalo arwah mak nak belikan untuk aku dulu-dulu pon dia gigih tunggu time just aku dengan dia je pegi shopping mana-mana secara berdua... Inikan pulak nak harap orang yang berisiko tinggi untuk clash tak kira masa mungkin sejam-dua lepas tu ke, teman belikan atau tolong pilih... Lain laaa kalo dah sah nikah kan... Ko jage la ape ko nak jage sampai lebam.

Walaupun katanya kita ni semua educated, takkan asik nak pikir pasal ituuu jeee... Kene ah open sikit kann... Tapi sempoi-sempoi aku pon still jugak kolot kalo dah masuk bab-bab privacy. Pada aku even ko dah kawen pon takkan semua benda ko nak suruh laki kau amik kisah kan... Mesti nak jugak satu ruang peribadi. So, terpulang la kat korang nak set up apa limit ruang peribadi korang. Jangan tipu la cakap takyah nak ruang peribadi semua... Pastu nanti tekanan perasaan je emo kat fesbuk, emo kat twitter, emo kat blog pasal konon tak semua orang paham ko. Bila dah sampai satu part orang tak boleh nak paham pasal ko, patut part tu ah ko letak je limit tu untuk privacy ko. Untuk diri sendiri je. So, nanti takyah dah nak komplen-komplen ko kene handle orang yang tak paham pasal ko. Sebab ape? Ko boleh handle sendiri tanpa tekanan langsung.

Respect tu penting.

Kalo dah dari kapel lagi dah tau saiz, citarasa la bagai semua, takde makna la semua tuh... Tak seprais la orang cakap kan... Kalo ko pesen memang jenis perahsia tu takpe lah jugak kan... Kang ape perasaan legal husband ko bila tiba-tiba time-time nak shopping barang-barang dalam-dalaman tu sebab ko excited sangat lalu ter-cerita yang ex ko dulu suke pilihkan bra jenis ropol-ropol ada labuci-labuci kat husband ko. Lain la kalo ko kawen dengan orang yg penah teman ko beli bra. Tu takde hal la... Maksud aku kalo jodoh ko ngan kapel ko tak berapa nak panjang lalu ko kawen dengan orang lain. Ha, apacer??

Pastu dengan bertambah excited nye ko beli benda yang sama dengan citarasa ex ko pilihkan tuh depan husband ko, tapi ko pon tak sure husband ko teruja jugak ke tidak sebab kau sibuk bercerita dengan gembira pasal kenangan pilih mende-mende begitu dengan ex kau. Ala, normal ah kan pompuan kalo bercerita tak penah tak excited. Aku pon begitu. Kang husband ko nak buat seprais kat ko belikan mende-mende camtu, camne? Kang ko tak suke ke hape, ko tak pasal-pasal akan tak sengaja bandingkan dier ngan ex ko dulu. Jangan cakap kat aku lah yang husband ko tak kisah. Sikit sebanyak MAYBE dia rasa eh, pehal plak wife dia lebih ingat kat orang lain berbanding dia? Trust me. Lelaki ni ego. Malas nak cakap je. Luar nampak cool. Dalam hati panas berasap berapi sape tau?

Sian doh, tak pasal je self confidence dier jatoh pasal orang paling rapat dengan dier pon boleh gaduh ngan dier pasal tu. Ha, jangan ingat bende ciput camni tak lead pade penceraian. Walopun aku blom kawen, tapi sebab aku baaaaaanyaaaakk sangat kawan-kawan lelaki melebihi pompuan, sampai yang lelaki-lelaki tu pon kadang-kadang terlupe bahawa aku pompuan, sikit sebanyak aku bleh laa bajet pemikiran dorang camne, ego camne...

Tu ah pasal aku malas nak ber-relationship sangat dengan lelaki. Kadang-kadang terasa macam aku gay je masa kapel-kapel dulu. Bukan nak ngaku aku lesbian ke hapa... Tapi masalahnye aku boleh predict ape kaum dorang akan buat bile berdepan dengan situasi sekian-sekian. Ex-ex aku pon komplen aku membosankan sebab aku bleh survive walau dalam ape jua situasi, so aku takde nak depends sangat dekat dorang. So, selain rasa terabai (sebab aku malas nak reply call/sms) dorang ade gak rase tak diperlukan sangat (bab ni aku nak salahkan abang aku sebab banyak sangat turunkan ilmu living skill style McGyver kat aku).

Kecuali bab nak alih moto bila moto aku dihimpit kat tempat parking moto. Bab tu dengan muka tak malunye aku pegi mintak tolong sape-sape lelaki gagah perkasa tolong angkat dan alih moto-moto yang sibuk himpit moto aku padahal tempat parking kemain luas-luas alam lagi. Kalo harap aku alihkan, alamatnye seme moto kat situ jatuh berderai ah macam domino. Pernah terjadi. Takde orang nampak, terus aku lari je. Peduli hapa aku cctv tu rakam ke tidak. Sapa suruh parking rapat-rapat sangat, atau yang datang kemudian tu suka-suka hati alih-alih moto-moto lain supaya tempat parking dia seluas-luas alam pasal urusan dia sekejap je kat situ.

Muahahaha...

Itu pemahaman aku secara general. Logik akal semua...

Kalo bersandarkan Islam... Aku rasa banyak kot ayat-ayat al-Quran, hadis dan segala dalil pasal batas pergaulan antara lelaki dengan pompuan yang belum berkahwin. Even nak kuar dating pon sebenarnye patot bawak sekali yang muhrim dengan kita. Tapi berapa ramai yang praktikkan? Aku ngakulah dulu aku pon kalo kata kuar dating, celah mana nak angkut kawan-kawan kejadah semua kan... Cuma, kalo style aku, jumpa-jumpa semua setakat sekejap je la. Maklum laa... Aku kan lebih pentingkan tido dari jumpa-jumpa orang ni. Aku nak salahkan pencipta YM, fesbuk, skype, twitter, dengan blog akibat kemalasan aku bersosial dengan orang yang real. Sebab selain tido, aku akan online. Selain 2 benda tu, maknanya aku kat tempat keje la tu. Aku sangat sibuk kalo masa bekerja okeeehhhh... Haha.

Nampak macam aku nih baik la plak kan buat posting camni... Ye lahhh... Mungkin sekali sapa-sapa yang pernah kenal aku camne dulu, mungkin ah bising... Ahhh... Poyo ahh minah nii... Kau pon sama jeee dulu... Tapi tu DULU... Manusia mana tak penah buat silap kan... Apa yang kita jadi harini, kalo tak kerana kesilapan yang lepas, dah tentu kita akan jadi tak sedar, lupa diri dan kurang berhati-hati dalam segala tindak-tanduk perlakuan kita. Kan?

Aku cuma kongsi pendapat. Memang aku nak berubah. Tapi tu ah... Perubahan tu bukan boleh mendadak kan? At least apa aku taip kat sini, bukan setakat nak share pendapat dengan orang atau nak menunjuk-nunjuk yang aku ni baik ke apa... Tapi untuk peringatan kepada diri sendiri jugak... Maklum laa kan... Umo pon makin meningkat... Tah-tah lepas aku tido ni nanti dah tak bangun-bangun ke kan... Sapa tau ye tak?

Thursday, August 4, 2011

Stalker Part 3...

Selain "Pathetic vs. Annoying" dulu tu...

Ada lagi citer best pasal ex aku dan fesbuk. Eh nak citer pasal skandal pon apa ada hal kan... Hahahaaa...

Baru-baru ni aku ade dapat request dari ex aku yang aku rasa satu ketika dulu aku da nyaris-nyaris da nak introduce dekat semua makhluk dalam umah aku. Tapi tu la masalahnye aku ni... Masa dulu tu ngan busy tak ketahuan hala dengan blaja (sebenarnye tido je lebih). Mana dengan emo-emo dengan bas (masa tu blom ade moto) dengan teksi laa, dengan assignment laa, dengan groupmates berlagak bagos laa... Macam-macam... So, memang aku tangguh je la kejenye sesi suai kenal dengan family aku.

Sebenarnye memang malas pon aku nak hangkut dier balik sekali ke Penang. Kang nak campak dier ke mana kann... Aku pon jenis malas nak pikir banyak-banyak... Sebok sangat nak suruh aku bawak mengalahkan pompuan tu kenapa... Ending dia sampai sudah laa aku takkan introduce. Cuba kalo pesen berani mati tiba-tiba muncul depan umah aku ke... Touching la jugak kan... Aku pon skang pesen sikit-sikit rajin je nak check-in kat 4Square tu. Kan da mudah nak cari umah aku... Haha...

So, nak dijadikan citer, dier pon fedap kot terasa macam aku tak bape nak serius, so, dia buat-buat drama sedih la masa tu cakap mak dier nak kawenkan dier ngan sepupu la kekdahnye sebab aku pon ala-ala tarik tali. Ajak jumpe, kadang-kadang ok, kadang-kadang malas... Aku okeh je clash ni... Paling kuat pon meroyan laa dalam 2-3 hari... Kena hari lepas tu ada test ke apa, confirm lupa terus dah pe jadi... Taaapiiii.... Dalam hati punyaaa laaa hepi sebab satu beban dah lari.

Kalo tak, selain assignment, kepala aku asik serabut pikir kalo masa tu aku jadik aa kan kawen ngan dia, 1001 benda aku kena korbankan. Termasuk degree aku. Tak ke sedih kauuuu... Penat-penat buat hutang dengan PTPTN, pastu takyah keje. Manyak hensem. Abes sape nak bayar balik bulan-bulan. Kalo dier pesen millionaire takpe la jugak. Terus aku suh bayar cash RM81k kat PTPTN tu. Ini dating pon kadang-kadang boleh slambe suh aku topap minyak moto. Alasan, sebab aku pon tumpang naik... Pe kes aku nak berharap dia bayarkan PTPTN aku tu...

Haha... Korang jangan nak gelakkan aku plak knape awal-awal aku tak sengaja pilih dier at first place. Aku pon malas nak citer plus aku bukan caye sangat ngan black magic ni. Bende lama dah kan... Tapi yang aku tau salah-satunye yang baek pasal beliau ni adalah beliau merupakan antara manusia yang cukup senang nak mintak tolong. Cakap je kau stranded kat mana, jauh dekat slambe je datang ala-ala penyelamat dunia. Tapi duit minyak kene la cover nanti.

Berbalik pade request beliau... Aku mati-mati la kan ingatkan da kawen ke ape sebab masa clash ngan aku dulu kemain beriya lagi cakap kena ikut kehendak kuarga la apa semua... Lagipun aku pon jenis tak dengar sangat cakap dia... Suruh kurus, aku tanak kurus... Pehal plak nak suruh aku kurus-kurus kalo aku suh dier berenti merokok pon dier tanak... Kalo aku dah lawa sebab kurus kang confirm la mati idup balik aku jadi lupa daratan. Ye lah, sempoi-sempoi aku pon kalo orang puji cantik, lawa, memang tak sedar diri sikit jadinye walaupon pujian yang dilemparkan sangat ah ada udang sebalik mee atau tanda perli-perli, tapi aku tetap buat-buat tak paham...

TAPIIII...

Setelah aku stalk abes profile beliau...

Ketahuilah bahawasanya yang add aku guna akaun dia tu bukan diri dia sendiriii...

Tau sapa?

Tunang dia.

Aku macam...

Pherghhh... Pherghhh... Sapa cari sapa ni... Aku pas abes ngan mamat itu, pe bende pon aku elak... Call, email, SMS, name it. Semua aku ignore. No fon pon sampai aku rasa dia trap aku dengan no fon orang lain baru aku balas. Ada la rugi 30 sen. 2 SMS je. Pastu lantak kau la teros idup aku aman damai selama... Hmm... Ada laa dalam 2 tahun lebih kot. Lepas tu skandal biasa-biasa tu ade ah sikit-sikit... Mana meriah hidup tanpe skandal... Padahal skandal la sangat kan... Kawan rapat je ponnnn...

Skang ni kire camne ni? Adakah aku penah buat salah sampai tunang dier gune akaun fesbuk dia nak add aku? Sebab mamat ni dari yang aku kenal, mana la nak layan sangat mende-mende macam ni semua... Tapi tatau laa kan kalo dah berubah... Da arr dalam wall dier aku detect 2 jenis style tulis. Satu elok sikit which is I have an idea that was his fiancee... Satu lagi penuh typo dan kita pon tak boleh nak hadam apa yang dia nak bagitau. Which is clearly la dia punya style. Dari dulu lagi. SMS dia dulu-dulu pon 10 dia hantar, 2 je aku paham. Entah camne la aku boleh terjebak ngan dia. *Tepuk dahi sendiri*

Dorang kawen hujung tahun ni. Bulan doblas kot kalo tak silap. Atas hasil usaha aku stalker. Sila tepuk sikit.

Paling aku rage skali sebenarnya adalahhh...

Dulu kemain lagi kan suruh aku kurus la semua... So, aku ingatkan awek baru a.k.a tunang dier confirm ah stok-stok Lisa Surihani ke, paling tak pon Liyana Jasmay kannn... Sekaliii... Nan hado pun...

Aku bukan against orang gemuk. In fact, kecik-kecik aku ni pon kalo nak sangat kira berat ikut BMI tu, confirm berat aku kat tempat OBESE. Muahahahahahaaa... Kalo tengok sini confirm korang tak caye aku obese kan? Tapi itulah hakikatnye. Muahahahahaha...

Nah gambar dorang untuk tatapan semua. Alaaa... Macam la korang kenal sape kan bila aku dah letak gambar begini... Gambar camni jugak ah penyebab kenapa aku tak suka kapel-kapel semua nih. Masa aku kapel dulu pon mana ada nak bergambar gini... Paling-paling pon gambar duduk/berdiri secara skema sebelah-menyebelah. Takdenye aku gambar cenggini dalam koleksi...



Pikir ahh...

Kita mana bleh predict atau demand lebih-lebih kan pasal sape jodoh kita...

Atas dasar tu jugak ah aku malas nak pikir lebih-lebih. Haha. Idup biar sempoi... Kawan biar ramai... Kawan berdasarkan paras rupa je tak kekal weh. Makin naik umo, rupe bukan makin chantek... Lain la kalo pakai susuk Siam...

Memang malas betul aku nak approve ex aku nih. Lebih-lebih lagi jenis suka buat drama la bagai macam ni... Kene kawen ngan sepupu laa... Sumpah aku ingat anak-anak dia dah 4 (ikut perkiraan aku, setahun kembar 2)

P/s: Pasal salah sorang skandal aku tu lain kali ah citer. Asal aku dah approve je, laju je tuko gambar, dari gambar peluk dengan awek, terus letak gambar single. Dasar lelaki... Heh.

Tuesday, August 2, 2011

Buah Hati Baru.

Ni arr buah hati pengarang jantung yang baru. HTC Wildfire. Takde ah canggeh mane sangat, tapi cukup la untuk memuaskan nafsu aku yang suka online di mana-mana dan bila-bila saja. Bye-bye laptop. Anda bakal diabaikan. Hoho.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, July 30, 2011

Aku Blur Sangat Pasal Ni...

Kat timeline twitter tadi aku nampak citer-citer pasal pemohon tukar nama sebab tukar jantina tu dah meninggal. Kesian. Murung sangat pastu jantung tak stabil. Berita penuh kat sini.

Cuma aku blur sikit la. Maklum laa mana ada aku tengok citer "... Dalam Botol" tu dulu... So, memang aku tatau...

Camne dorang nak uruskan jenazah dier eh? Sape yang kene mandikan dia semua? Sebab dia dulu lelaki... Pastu dah bedah jantina tukar jadik pompuan... Kalo semula jadi khunsa, pastu dia buat pilihan hidup untuk teruskan sebagai salah satu jantina tu aku clear lagi la tentang sapa patut uruskan jenazah dia...

Bukan nak bukak aib doh, tapi aku musyikil je. Ada sapa-sapa boleh citer detail tak pasal ni?

Friday, July 29, 2011

Kenapa Orang Susah Nak Caya Ha??

Aku sikit pelik dengan orang sekitar aku. Kenapa payah betul nak percaya kalo aku cakap aku single? Aku  tak puas hati betul kalo aku sendiri dah mengaku tapi tukang tanya tu provoke lebih-lebih. Tau tak sebenarnye kalo ikutkan hati aku tak kuasa lah nak bertata-susila sangat dengan orang yang jenis lebih-lebih cakap aku tipu. Eh, ko tak caye blah la. Nak aku sepak laju-laju ke hapa?

Aku memang demand. Haha. Ini kisah benar.

Aku sangat demand untuk orang paham aku dari aku paham orang. Sebab aku memang senang boleh je masuk ngan mana-mana geng pon. Boleh adapt ah kan...

Tak caya bleh contact ex-ex aku yang aku pon tak sure kat mana tah dorang semua tu tanya apa sebab dorang clash ngan aku. Mesti dorang cakap aku demand dan tak peduli sangat. Hoho. Sangat betul. Dah clash kot baru aku emo. Itu pon tahan la emo seminggu. Pastu aku teruskan penghidupan seperti biasa seperti takde apape pernah berlaku dalam hidup.

Susah beb nak cari orang yang bley tahan dengan perangai aku.

Rasanya takde. Serius takde. Haha.

Sebab actually aku tak minat sangat kapel-kapel. Sejak dulu lagi. Maklum ah... Cara aku membesar banyak dipengaruhi oleh abang aku. Percaya atau tak, apa abang aku minat, semua turun kat aku skang. Sampai aku rasa kadang-kadang dia bukan sedar pon aku pompuan. So, kurang sangat-sangat ah pengaruh unsur-unsur pompuan dalam diri.

So, masa kapel dulu-dulu, kalo ex aku buat tak peduli kat aku, aku 10 kali tak peduli kat dia. Ada macam takde ah orang cakap. Nak kuar dating? Sebulan sekali pon payah. Sebab aku yang tak suka kuar. Eh, ok apa aku tak suka kuar berdua-duaan. Walaupon tak la bosan sangat sebab ade ah jugak rase nak spent masa sesama tu kan... Tapi pada aku membazir ah. Baik dia kumpul duit untuk mase depan kitorang je. Takde ah gadoh tak ketahuan hala tak pandai nak manage duit sebelom kawen segala... Tuduh awek perabis duit ah... Hantaran patut kurang ah sebab dah banyak spent duit ngan awek dulu. Bodo je. Keje sia-sia.

Tapi malangnye zaman-zaman tu aku je pikir macam tu. Ex aku takde plak camtu. Pada dia, enjoy je ah macam kawan-kawan lain. Dasar suka ikut kawan-kawan. Aku pantang ikut-ikut nih. Aku suka jadi rebel. Lain dari orang lain. Bila lain dari orang lain, orang cepat recognize aku. Bukan setakat recognize saiz badan yang tak berapa nak tinggi ni je. Tapi recognize kebolehan aku. Sampai sekarang memang aku lain dari yang lain.

Pastu aku sangaaaaatttt laaa susahhhh nak contact call/sms sepanjang masa dengan boifren aku time-time konon kapel dulu. Biasanya dorang ah selalu contact aku. Tu pon medium berbayar. Aku suka lagi guna medium percuma. Macam YM, skype... Tapi apa ke malang, ada boifren dulu-dulu stok suka sangat bergayut phone la... SMS tak kira masa laa... Rimas tau rimas. Lagipon ko sape nak tau pasal aku kan...

Arwah pon tak penah kisah aku nak buat apa ke apa... Ini plak manusia takde kaitan hidup atau mati ngan aku... Oh pelisss... Lain la kalo dah btol jadik suami aku, baru ah aku respect sikit. Time-time macam tu lantak la aku respect macam kawan-kawan biasa je ah. Aku pon ade gak kawan-kawan lain untuk dihabeskan masa bersama-sama. Pe kejadah aku nak buang kawan-kawan yang aku dah kenal lama dari kapel aku tuh kan... So far aku takde ah rugi sangat sebab kalo aku senyap tu, tau-tau je phone aku dah bertopap. Haha. Mintak ganti balik, aku sepak laju-laju. Aku tak mintak pon dier kasik. Mintak balik? Buruk siku.

Then apa yang aku demand?

Aku cuma demand dorang paham sikit habit aku.

#1. Aku dengan kucing tak jauh beza. Pantang ada masa lapang je mesti tido. Sampai mata ala-ala lebam panda pon takde nak kisah. Janji tido tu penting. Bukan tak pernah aku tido sehari-suntuk lebih-lebih lagi kalo keuzuran. Memang belasah tido je ah keje aku. Aku takkan curang ah. Kuar ngan mana-mana laki ke... Memang aku jenis tak bape suke kuar... Kejadahnye aku nak kuar ngan orang lain. Lain laa kalo kuar makan ke... Ahahaha. Aku punya obses dengan tido sampai dulu budak-budak bilik aku dah siap panggil budak bilik sebelah semua pakat-pakat baca Yaasin ramai-ramai semata-mata nak suruh aku bangun study. Dah la aku tak suka study-study ni.

#2. Aku gile moto. Siyes kat Penang ni aku tatau nak caye kat sape, kedai mana untuk aku antar servis moto aku tetiap bulan sambil blaja-blaja sendiri-sendiri pasal moto. Kat Kuala Selangor dulu siap ade personal mekanik lagi. Memang dia tumpu kat moto aku je. Berbayar okeh. Tapi ikut apa yang dier modified ah. Sekarang? Sedih aku tengok si Jonny tu. Macam terbiar sikit. Bawak laju pon da macam tak sedap sangat. Kalo duduk ngan aku cerita pasal moto sampai terbabas 2-3 hari tak tido pon aku takde hal. Pasal moto gak aku sangat la suka speeding. Tiap-tiap pagi pegi keje tu, setakat 100km/j tu benda biasa je. Blom lagi campo skill-skill menyelit-nyelit celah-celah keta, lori, bas lagi tu...

#3. Gadget pon aku suke gak. Suka amik tau je lah. Nak kumpul? Tunggu aku abes bayar PTPTpu yang ntah bile bleh setel tuh. Ajak cerita-cerita pasal tu pon ok jugak. Tapi tak ah setegar aku ngan moto. Hoho.

#4. Bola. Oh bende ni sejak azali lagi aku memang fanatik. Hahaha. Cuma skang je makin ketara semenjak #harimaumalaya nampak taring. Dulu aku buat tak kisah sangat pasal ni... Time worldcup je aku sibuk-sibuk. Pasal bola ni aku serius minat strategi pasukan, taktikal... Bukan nak usya player hensem. Nama player pon bukan aku ingat sangat. Alangkan nama sedara-sedara sendiri pon ada aku lupa. Inikan pulak nak ingat nama orang luar tah sapa-sapa. Lain ah kalo player tu jenis outstanding. Ada la jugak nak aku ingat nama dia. Masa musim worldcup, orang lain sokong team hebat-hebat, aku stick dengan German je selagi Klose main dalam team tu. Walaupon tak penah champion, tapi dorang konsisten. Haha. Dalam ramai-ramai ex aku, macam sorang-dua je layan bola. Lain-lain tu rasanya renang berirama dorang suka la kot.

#5. Say no to dating. Haha. Aku tak suka buang masa kat luar. Lain la kalo ajak aku berbasikal ke... Jogging ke... Mancing ke... Memang ah aku ok je... Kalo setakat ajak kuar nak menternak lemak makan fast food pastu tengok wayang, pastu komplen suruh aku kurus.... Memang alamatnye menempah pelempang jepun dari aku ah kan... Sapa yang galak sangat ajak menternak lemak tuh? Cakap! Cakap! Pastu dah la seko-seko mampu makan fast food je konon nak nampak cool macam kapel lain. Pastu ada hati plak nak jumpa hari-hari. Kalo tak hari-hari, tetiap minggu. Pastu nak suruh kurus? Go to hell.

See? Tak banyak kan aku demand? Tapi ntah kenapa memang aku tak jumpe lagi ah manusia yang tak kisah pon bende-bende aku demand ni sambil berfikir kalo pas kawen memang aku maintain habit ni ke atau dah makin berkurang. Dah nama pon single, mesti la aku buat sesuka hati aku. Buat apa nak jaga hati orang kalo orang takde langsung nak jaga hati aku, ye tak?

Kah kah kah.

Motif aku buat post nih?

Ntah. Aku nak clarify aku memang tak minat pon bende-bende camni. Plus aku kalo bleh cari lelaki yang serba-serbi lebih dari aku sebab aku suka bertanya. Nak bukti aku suka bertanya? Takyah la. Manager aku pon pening tengok macam-macam benda aku tanya dekat support tu setiap kali nak buat keja. Dan aku suka share macam-macam yang aku tau. Tapi bukan gosip. Aku tak suka gosip. Sikit-sikit tu bleh ah...

Aku tak suka amik tau pasal personal. Aku suka sembang bende-bende general... Dari segi style plak aku prefer orang jenis sederhana... Tapi nampak smart. Bukan nerd, tapi at least kemas ahhh... Tak selekeh sangat... Dan mempunyai ciri kepimpinan yang mantap memandangkan dulu aku ni pon dalam golongan yang agak gila kuasa jugak dulu. After all macam skang nih lepas aku filter abes manusia yang aku penah kenal, penah tau... Last-last korang tau sape je menepati citarasa aku?

Manager aku.

Hahahahahaha...

Mati ah dier da 40 lebey kot. Kang mampos aku kene serang ngan wife ngan anak-anak dia.

Hahahahahaha............

Thursday, July 28, 2011

#HarimauMalaya

Malam nih nanti penuh ah trending hashtag nih kat twitter.

Duh, aku tatau dapat tengok ke tak game malam nih. Anak-anak buah aku cakap tv takley tengok... Ape hal... Mintak-mintak jugak work load harini tak banyak sangat. Boleh arr habiskan keje... Balik awal... Lepak mamak ke mana tengok bola.

Sorang-sorang pon sorang-sorang la. Ada aku kesah?? Mesti ramai lagi puak lain tengok bola sama. Bleh join hapa... Bak kata budak-budak kelas aku dulu... Walaupon aku sorang-sorang, tapi mana-mana geng pon aku bleh masuk, join buat penyamaran konon geng tu jugak. Except jenis gedik. Haha.

Malas ah nak pikir. Harini gaji. HAHAHA. Malangnye OT aku untuk bulan ni macam tak cover semua je... Takpe, takpe. Harap-harap semua nanti untuk raya nanti. Dah la bulan Ogos nanti ada kenaikan. Ahaha.

GO #harimaumalaya GOOO!!

P/s: Macam boifren kazen aku pon main gak malam nih. Tapi team singa tu ah. Aahhh... Pedulik hape. Kazen tak kazen. Aku tetap sokong  #harimaumalaya. Wuakakakaka...!!

Wednesday, July 27, 2011

Kacang


Anak buah aku paling hensem lagi kacak yang bongsu tu cakap makanan dalam piring ni adalah...


KACANG.

Sunday, July 24, 2011

Recharged.

Puas hati 2 hari Sabtu Ahad nih aku lepak kat umah je kejenye... Da lepak tu pe lagi? Tido je laa banyak dari berjaga. Nak OT Sabtu takleh sebab opis tengah renovate. Padahal keje tak siap-siap lagi. Memang ah Isnin nanti kelam-kabut la jadinye. Tapi keje aku tu takleh nak salahkan aku jugak sebabnye da last minute baru assign kat aku.

Kalo assign awal-awal kan bagus? Sebab dalam masa 1 hari aku bleh siapkan 2/3 dari keje tu. Berbanding orang yang mula-mula dorang assign tuh plak dalam masa 2 hari baru dapat cara camne nak buat. Tu lah tanak tanye ngan aku camne nak explore bende-bende gitu. Haaahaha... Kesian dia. Takpe laa...

Takde nak citer apape sangat... Sebab... Ntah... Boring pon ada nih... Pastu sakit pinggang lagi... Da asik salah tido, pastu dudukkk jeee... Pastu baring... Jalan-jalan ke jogging ke semua ke laut sejak-sejak keje nih. Adeihhh... Camne nak bagi ilang sakit pinggang ni ha? Dah puas aku suruh anak-anak buah aku pijak-pijak belakang. Skang macam dah tak berapa nak mujarab. Kang suh abang aku pijak kang arwah plak aku...

Theeennnn... Sebab banyak sangat masa lapang, selain tido, aku abeskan dengan menghadap fesbuk... Maka dikesempatan ini aku nak ucapkan tahniah buat satu-satunya kazen yang sebaya merangkap kembar tak berapa nak rasmi aku sebab dah pon bertunang. Miahahaha. Ni la hasil bila naik je news feed kat wall menunjukkan beliau telah menukar gambar profile pic kepada gambar beliau dan tunang. Well... Aku kan stalker berjaya. Keh3x.

Cuma malang sikit bagi aku sebab........

Yang masih single macam aku cuma tinggal berapa kerat je. Tu ponnnn semua lagi muda dari aku. Tu pooonnnn semua dah ade kapel... Kene cover steady ah raya ni bagi menepis soklan bukan-bukan yang datang dari segala pihak yang tak puas hati tengok aku single. Muehehehee...

Err... Ke patut je raya ni aku beli tiket siap-siap pegi negara lain je? Sambut raya kat sana sorang-sorang. Mana ada beza pon dengan sambut sorang-sorang kat sini lepas raya ke-2 ke-3 dan seterusnya.

Sebab tu aku sorang je tak apply cuti raya.

Ahhh... Cukup ah raya 3 hari jeee.... Bukan ada kampung aku nak balik ponnn... Kan? Kan? Kan?

P/s: Ni post ke-777. My lucky number. Muahahaha... :D

Saturday, July 23, 2011

TeSSDe

Amende TeSSDe ni?

TeSSDe adalah... Technology Specialist in Specific Domain Expertise. Leh refer sini.

Pehal aku nak sangat citer pasal ni?

Sebenarnye dalam seminggu lepas, kitorang yang ade bachelor degree nih dipanggil untuk briefing pasal program ni. Program ni agak la membantu company untuk bagi peluang kepade fresh graduate tingkatkan potensi diri dan bukan buta-buta je pegang jawatan engineer dalam company.

Macam masa aku praktikal dulu... Kebanyakkan engineer fresh graduate nama saja engineer. Tapi keje dorang adalah hari-hari extract report, bentang report, extract report, bentang report. Bosan aku tengok. Pastu berlagak dengan operator-operator plak. Bila mesin down, bukan engineer yang fix. Technician jugak yang datang fix. Pastu technician kutuk-kutuk blakang kata engineer tak reti buat keje. Haha. Especially abang aku.

Gila kot kutuk engineer kaw-kaw. Tapi paling aku tak tahan tu bila part tanya nak ukur arus letrik boleh tak guna digital multimeter. Sumpah aku gelak guling-guling dari depan tv sampai kat pintu depan umah. Tak tipu. Kalo engineer tu stock amik kos takde kaitan dengan bidang dia, camne bleh clarify diri dia sebagai engineer?

Ok ni lah motif program tu sebenarnya. Supaya yang dah ada qualification academically akan jadik lebih skill dalam bidang masing-masing. Bonus : SPECIALIST. Bukan senang beb untuk undergraduate yang ada pengalaman kurang setahun untuk bergelar specialist. Sebab bidang engineering ni luas. Tambahan plak masa kat university, sapa pulun dia la terer. Pulun apa? Pulun toyol. Haha. Tak la... Pulun study la. Tapi mostly semuaaaaa banyaaakkk theory. Aku berani bet fresh lecturer baru abes master umo dalam 24-25 baya-baya aku semua takda pengalaman keja melainkan praktikal. Kecuali dia pernah ada pendedahan pasal program ni. Tapi... mustahil ah. Best student mana layan nak keje. Semua kaki study je.

Apa ah sangat kan praktikal nih? Dah la paling lama pon 6 bulan. Paling sekejap macam aku la... 3 bulan je... Aku time praktikal pon balik-balik keje macam setiausaha je. Generate report, antar report, cari masalah, buat masalah, selesai masalah. Tu je. Nak kata handle machine... Mungkin ada la sikit sebab aku suka menyibuk dekat makcik-makcik operator dengan technician. Aku suka belajar dari basic. Dari dasar. Supaya nanti bila dah naik lebih tinggi, kita takkan bongkak dengan orang bawahan sebab kita penah rasa perit jadi orang bawahan.

Berbalik pada program ni.

Aku pon tatau nak elaborate panjang-panjang, tapi yang aku tau, aku dah sign mende ni petang semalam. Dalam tempoh yang ada ni dorang nak pantau kitorang semua yang dah sign ni perform ke tidak dalam keje. So far dalam minggu nih aku dah outstanding dah. Sampai segan-segan aku supervisor cakap aku kemain ah over teliti dengan sistematik. Celah mana sistematik tu aku pon tatau la.

Untuk pengetahuan korang... Hujung bulan 12 dulu pon aku ade dapat offer pasal ni jugak. Under position trainee semiconductor analog IC design R&D engineers. Bukan job offer. So kirenye jodoh aku ngan mende TeSSDe ni panjang laa kan... Dah keje kat sini pon ade jugak offer bende yang sama. Alhamdulillah... So, pas ni kalo aku abes contract setahun dengan TeSSDe dan jugak tempat keje skang... Kalo nak berambus pegi mana-mana pon bleh demand gaji tinggi sebab aku dah tahap specialist. Walaupun dengan hanya setahun pengalaman.

Bagus gak program camni kan?

Cuma lepas ni kot aku takkan dapat keje ngan kilang ah sebab speciality aku mungkin dalam telecommunication atau pon fibre optic. Melainkan kilang yang terlibat dalam telecommunication. Tak sabar nak menjalani program ni secara penuh. Training pon untuk part "job-on-working-attachment" yang 8 bulan pon kat tempat keje skang je... Yang offer aku bulan Desember tahun lepas pon dorang nak campak aku kat kilang Sony, Bangi tu. Haha... Lagi 4 bulan intensive course macam seminar, tutorial, semua tu kat USM jek. Orait ah kan... Dekat pon dekat... Last-last merasa jugak aku masuk USM.

Hehe...

Saturday, July 16, 2011

Random #71

Hangen je komentator balik-balik komplen team Malaysia buat kesilapan mudah. Cuba ko duduk tengah padang tengok camne. Biasa la manusia buat kesilapan then baru dia belajar dari kesilapan.

Anyway, puas hati ngan game Malaysia vs. Liverpool. 9 gol tu beb. Malaysia pon titik 3 bijik kat Liverpool. Puas hati gile walaupun Malaysia kalah. I think its a good start kan? Bukan calang-calang tu nak bagi sampai 3. Heh.

Thursday, July 14, 2011

Entry Bikin Panas.

Sorry kalo entry ni sentap nak mati dan jugak mengakibatkan ada yang marah-marah.

Aku tau skang ni feymes sangat fesyen contact lens ala-ala mata bulat galak konon comel macam Korean tu. Macam-macam style dan harga pon mengejutkan murah... Lotsa stock. Mudah didapati di mana-mana.

Tapiiii.........

Tahukah korang bahawa membeli contact lens dari bukan pengedar yang sah, atau contact lens yang kita tak pasti tahap secure hygenic la apa jadah medic term yang susah-payah optometris kedai-kedai spek mata belajar selama lebih-kurang 5-6 tahun itu adalah BAHAYA?

Sepanjang pengetahuan aku... Dalam banyak-banyak organ yang ada kat badan kita, paling sensitif adalah mata. Sebab mata ni bukan sebarangan dia punya layer. Semua ala-ala bahan berasaskan air. Sebab tu kalo korang memang pesen rabun teruk, kalo nak pakai contact lens, dekat kedai spek kemain lagi dorang bebel secara panjang lebar tentang penjagaan contact lens.

Tapi aku tak kisah pon kalo korang tak sayang mata. Heh.

Serius. Aku concern sebab aku penah keje kedai spek. Macam-macam jenis mata aku jumpa. Paling horror adalah yang bajet tau pakai contact lens, esoknye datang balik komplen mata irritate teruk bila pakai contact lens kedai yang aku keja dulu tu. Padahal dia yang tak ikut arahan betul-betul.

So, plis lahh... Nak bergaya tak salah... Tapi jangan pilih cara paling membahayakan organ penting plis... Menyesal kemudian hari sangatlah tak berguna.

Kalo korang pikir... Ahhh... Lantak laahhh... Kau saje nak provoke bagi kedai spek untung banyak sebab contact lens kan... Anda salahh... Huuu... Aku cuma bagi peringatan je...

Kalo korang pandai jaga limit pemakaian contact lens tu, tahap kebersihan korang, persekitaran korang nak pakai contact lens... Tak kisah... Mahal ke murah its up to you... Tapi kalo baru-baru nak belajar pakai contact lens konon ikut fesyen... Better korang consult dulu pakar mata dan dapatkan penerangan secara detail-se-detail-detail-nya sebelum berkecimpung dalam arena pemakaian contact lens.

Nanti kalo korang da ter-hilang penglihatan akibat kecuaian sendiri... Camne korang nak baca blog best-best... Camne korang nak cari bahan nak kutuk kata aku ni bajet best... Takkan nak dengar khabar angin bertiup je kot... Tak feeling ah tak jadi saksi dengan MATA kepala sendiri. Betul tak? Heh.

P/s: Jangan tido kalo tengah pakai contact lens. Bahaya!! Bukan short term effect, its long term effect.


Salam sayang,

Bekas pekerja Focus Point tahun 2004.

XoXo.

Wednesday, July 13, 2011

Pathetic Vs. Annoying.

Aku penah suarakan yang aku single. Tapi takde la desperate sangat sampai ada yang kemain gila-gila match make la segala. No, no... Aku blom tahap desperate nak berlaki lagi. Aku hepi-hepi lagi dengan hidup sekarang.

Masalahnye bila ada manusia yang rasa aku selalu tegur dia kat fesbuk chat tu sebagai satu tanda yang konon aku nak kat dia. Let me name him as H. Dia rasa dia taknak kat aku maka dia kelam-kabut kemain introduce aku punya profile dekat kawan-kawan. Siap passing-passing no fon aku lagi bagai. Watdehel. Dah la tak tanya aku kalau-kalau no fon aku tu boleh ke tidak dier bagi dekat kawan-kawan. No respect kat situ. Number phone aku bukan la hak milik public ok?

Then it happen to be bila orang aku tak kenal LANGSUNG request add friend kat aku di fesbuk adalah kawan si H ni. Let me name him as W. Aku memang bangsa malas nak approve orang yang aku tak kenal sekarang ni jadi kawan kalau dia tak sertakan mesej kenapa aku patut approve dia. Wey, apa motif aku enable button message walaupun belum add aku as friend pon still boleh mesej aku in case nak bagitau apape. Kan senang? Tapi dah H ni iye-iye sangat suruh aku approve, asal aku chat je dia mesti mention bila nak approve kawan dia... Terpaksa ok?

Aku nak tegur orang kat fesbuk chat pon bermusim. Ikut mood aku dan bila macam aku suka nak sembang dengan sesape. Suka hati aku la kan kalo ada temporary feelings walaupun dengan kawan-kawan sendiri. Apa temporary feelings? Boleh tengok dekat blog terfaktab. Memang selalu sangat lah aku ada temporary feelings macam ni.

Biasa pon manusia yang kat fesbuk chat yang tibe-tibe aku jadi rajin nak chat tu pon selalu jugak tanya aku what if kalo dia ajak aku nikah. Selalunya jugak aku takde bagi jawapan apape. Kalo ada pon aku twist the fact. Aku bukan kenal dia sangat pon, just tumpang sekaki membahan gambar tadika aku dekat album kawan aku, memang la boleh je cepat ngam ngan aku. Dan so far takde la sangat chat jenis annoying ke apa dengan aku. Good enough la kan.

Paling takleh blah tu sibuk sangat match make aku dengan sorang kawan dia. W tu. Aku memang tak kenal, tak penah tumpang sekaki dok bakar-membakar gambar kawan-kawan aku macam mamat H ni dengan kawan-kawan aku yang lain. W adalah tak bercampur sangat dengan dorang. Camne aku nak tau dia jenis boleh bawak bergurau kasar ke halus ke kejam ke atau senang dibuat membe ke sebab tak macam H ni?

Then tadi masa aku tengah syiok-syiok terlelap lepas isyak sebab ngantuk sangat, ada la pulak manusia call. Aku jawap je la call sebab aku bukan ada masalah dengan sapa-sapa. Lagipun mana la tau kot-kot kawan-kawan lama aku call ke kan... Pasal ada sekali tu tergatal tangan ter-reset abes semua bende dalam phone aku sampai semua no phone dalam phone hilang. Tinggal yang penting-penting je dalam simkad.

Satu pantang aku kalo dah call, aku tatau sapa sebab aku tak penah save nombor tu, then orang yang call aku pon semestinya tau yang dia first time call aku, langsung tak kenal aku, tapi bila call suruh main teka-teki pulak sapa. Kalo mood aku ok, memang ah aku layan je. Kau bagi la hint banyak camne pon kalo dah aku cakap aku tak kenal, TOLONG bagitau kau sapa, nama apa semua. Jangan sampai aku tinggikan suara dalam phone. Memang la suara aku macam kanak-kanak, tapi sila jangan menyesal kalo dah cari pasal dengan aku. Aku jenis tak maki orang, tapi aku suka bagi ayat sentap makan dalam.

Ini cakap kawan. Nak kenal. Watdehel la nak kenal dah tu tak reti-reti nak bagitau nama? Kalo kawan sekalipun, takda nama? Lepas tu dah la hipokrit sangat claim cakap kenal aku la semua. BULLSHIT! Kalo ko betul kenal aku, ko takkan komplen kenapa aku cakap tak bunyi loghat utara. Semua kawan-kawan aku noticed pasal ni. Eventho yang baru kenal aku tak sampai sejam pun noticed benda ni. Kalo aku cuba cakap loghat utara pon selalunya memang boleh buat orang gelak kat aku dan slambe kutuk depan-depan tolong jadi diri sendiri.

Dah sampai part komplen tu memang aku mendidih dah la. Dah la aku tanya sapa lepas 5 kali baru jawap, pastu claim kenal aku, tapi ada hati nak komplen benda kecik macam ni. Memang aku sound tepek la sekali kat phone. Sejak keje drafting ni aku memang sensitif dengan bende-bende particular macam ni. Sekalipun benda tu kecik sekecik kuman.

"Kalo da tatau apape pasal aku, jangan la hipokrit sangat mengaku kenal la semua, paham?"

Terus aku letak tanpe tunggu apa explaination dari orang sebalik sana. Pastu datang la sms kat henset aku, baru gelabah tau aku bengang, marah. Ingat aku gedik sangat ke nak berkenalan la apa dengan orang? Ingat aku suka ke buat macam ni? Tau plak nak komplen cakap aku sombong.

Memang aku sombong. So? Ada masalah ke?

Kat status fesbuk aku update status emo-emo macam tu. Sampai orang yang buat salah tu mengaku jugak kat status tu. Aku dah puas hati betul orang tu yang salah. Sebab masa call dia boleh cakap nama orang lain. Memang watdefish betul orang tu. Aku tak perlu cuak sebab dah ngaku kat status, maka slambe aku unfriend beliau. Walaupun dah minta maaf. Lantak laa... Aku cuma tak suka manusia pesen macam ni.

Tu lah. Sapa suruh cari pasal dengan aku kan?

Bajet aku macam pompuan lain ke tergedik sangat nak layan orang macam ni?

Kalo ko approach aku cara elok, professional, aku tak kisah pon nak berkawan dengan sapa-sapa eventho aku tak kenal langsung. Tapi kalo dah cara pathetic dan annoying macam ni dengan harapan aku layan, sorry banyak-banyak la derrr...

Ada jugak yang bising sebab perangai aku macam ni ah mengakibatkan aku memang payah sikit nak couple atau kenal orang lain ala-ala citer sweet-sweet salah no fon kejadah lepas tu couple lepas tu kawen. Oh, no, no... I'm realistic person ok? Sebab aku realistic la aku amik engineering. Dulu la. Ah, tapi aku memang realistic lah. No fairy tales kejadah semua. Aku cuma boleh baca je. Nak menghayati ke, atau letakkan diri aku kat situ, no way.

Aku sombong. Kadang-kadang aku senang rapat dengan orang yang sekepala dengan aku, tapi tak semua. Memang sangat la rapatnya sampai sesetengah orang boleh misjudge relation kitorang. Percayalah, dah banyak kali pun macam ni. Tapi camtu je la. Relation cuma setakat kawan dan tak lebih dari tu. Bukan tak pernah cuba cross border, tapi memang tak boleh. Aku lagi senang berkawan.

Cuma jangan cari pasal dengan aku. Tu saje.

Wordless wednesday? Go to hell.