Friday, September 2, 2011
Tak Jujur
Dalam bulan lepas kot kemain kepoh lagi kat fesbuk cakap information macam no fon tak secure. Mana dorang dapat citer camtu tah la pasal bende macam tu bleh set privacy dan bleh buat tipu-tipu sebenarnya.
Macam no fon aku yang official ni tak ramai jugak friendlist aku dpt detect. Kalo terlepas pon da tentu-tentu tipu. Dan hobi aku pon stalk dan amik no fon orang dari fesbuk pastu bila bosan aku miskol. Haha. Macam keji je bunyinye kan... tapi still aku miskol pon orang takleh detect no fon aku coz aku wat private number. Haha...
Aku da btol-btol kaji abes-abes pasal privacy information dan so far betul-betul hacker dan admin je bleh access privacy semua.
Apa yang aku nak bebel kat sini adalah pasal ketidak-jujuran sesetengah orang yang kat depan mengaku kawan tapi tak hormat privacy kawan-kawan yang lain. Aku tanak tuduh sebab aku pun tatau sapa punya keja, cuma memang sangat pasti kebocoran maklumat yang terjadi kat aku adalah berpunca dari kawan-kawan.
Sebagai kawan aku consider manusia macam ni takde etika. Dia pikir bagus sangat la bagi no fon kawan-kawan kepada kawan-kawan lain yang kawan tu sikit pun tak kenal orang tu siapa. Kalo confirm long lost friend takpe la. Ini sedap hati je passing number kat tah sape-sape dan bende tu berterusan sampai orang tadi rimas sebab asik dapat call cakap nak berkenalan.
Dah la kadang-kadang call pun tak kena tempat dengan masa. Bila tak layan da tuduh cakap sombong. Hellooo... awak yang ganggu privacy orang at first place ok? Pastu tak puas hati sebab tu terus la sebar no fon tu kat orang lain. Perangai sangat jilaka ok... kau ingat aku buat MLM ke suka sangat kalo orang-orang tak kenal ni call...?
Paling best buat aku confident syak kawan-kawan atau ketidak-jujuran syarikat telco dalam menjaga data no orang ni adalah no fon aku yang jenis special request. Setahu aku kalo special request ni kebarangkalian untuk nombor tu penah orang lain guna adalah lebih kurang 9999999 kali sebab nak cari combination number. Sori kalo salah kebarangkalian...
Aku salahkan provider kalo yang msg atau call tu tak tahu jantina orang yang dia call tu lelaki ke perempuan. Masalahnya yang call atau msg direct ni tau aku perempuan. Padahal dekat telco abang aku register special request number tu satu set family package atas nama dia. Celah mana orang yang dapat no aku dari telco tau abang aku ada adik pompuan yang single padahal telco yang abang aku register tu cuma simpan info pasal abang aku je? Da tentu-tentu orang lain atau abang aku sendiri punya keje. Masalahnye aku check no asing tu dlm 3 phone book abang aku, satu pon tak match. Confirm keje orang yang aku anggap kawan.
So please la... kalo ada kawan-kawan aku buat keje lahanat passing no fon tanpa pengetahuan owner dengan niat suci murni tulus ikhlas nak kenalkan aku dengan sesapa sila la hentikan. Atau lebih baik mengaku atau tanya aku dulu sebelum bagi no fon. Hormat la privacy orang lain sama... Pada aku masing-masing pon da pandai pikir baik buruk satu-satu benda dan kenal peel kawan-kawan macam mana... kalau niat nak pedajal, baik jangan kawan at first place.
Handphone skang bukan lagi benda mewah yang membuang masa tapi satu keperluan lebih-lebih lagi waktu-waktu emergency... jadi tak salah kalau hormat privacy pasal phone number tu. Korang pun menyampahkan kalau ada dikalangan kawan-kawan korang kerap tukar no phone sebab tak tahan gangguan tiap kali tu la kena save baru...
Tau lah korang benci tengok aku single sampai kemain pulun amik no fon aku siap sebar-sebar kat tah sapa-sapa...
Posted via Blogaway & HTC Sense
Dalam tag
merepek,
pendapat saya,
phone blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment