Monday, September 28, 2009

Rasa2 Laa Kannn...

Aku rasa aku dah dapat jawapan kepada persoalan semalam. Bukan hal orang nak meminang ke hape. Ini besar punye hal. Boleh menjejaskan masa depan aku kalo silap planning. Betik la Unisel ni...Nak sabotaj aku pun takkan la sampai antar mamat tu jadik supervisor aku haa...

Kepada yang tatau hujung pangkal masalah aku dengan orang itu... Aku memang tak brape nak ngam dengan dier sejak zaman2 diploma. Sombong semacam...Pastu jap2 OK...Jap2 entah apape je dier layan student... Kadang2 bila pi jumpa dia...Baik cakap dengan dinding lagi tenang. Mentang2 la dier lecturer dan orang banyak puji2 dier terbaik. Oppss... Harap2 dier tak bace la blog aku yang kurang ilmiah ni...Dier kan baca bende2 ilmiah je...Mwahaha~~!!!

Siyes bagi aku dier lagi dahsyat dari anaconda yang aku mimpi gigit kaki aku sampai kudung semalam. Bukan apa...Tak kena gaya...Memang terkubur la hajat aku nak naikkan pointer semester ni...Uhukk~~!!!
sweating

Sunday, September 27, 2009

Camne Kira Ni?

Orang2 tua cakap, kalo tido mimpi kena patuk dgn ular tu tandanya orang nak datang masuk meminang. Tapi semalam aku mimpi ular la. Bezanya aku kena serang dengan lima ekor anaconda. Seko da gigit kaki aku sampai kudung.Ha, tu nak kira camne tu?

Friday, September 25, 2009

Esok Hari Sabtu

Gile. Tajuk takde kaitan. Aku cuma nak bagitahu ni. Aku dah ada double-chin. Tak payah nak tegur2. Memang nampak sangat pun. Tu laa...Banyak sangat buat senaman mulut hari raya ni. Ha, padan muka.

Takde gambar. Segan nak tunjuk. Huhu.

Tapi sedara2 aku yang lain komplen aku makin kurus. Nak cari gaduh ke?

Wednesday, September 23, 2009

Apa Aku Nak Buat Ni?!!!

Huarghhh~~!!!

Report kene analyze arini (patutnye semalam)... Tapi bila tengah syok2 tunggu generate parameter jadah sume tu tiba2 kuar error message cenggini.

At Least One Parameter in Report encountered errors. The charts and / or tables of the paramter may be blank. Contact Site Support if any help is needed

Bukan untuk satu rollup report, tapi 3-3 skali kuar bende yang sama...

Camne nak buat nih? Takkan Server kat US pun cuti raya lama2? Tension la bai cenggini~~~!!!

Tuesday, September 22, 2009

SLR Untuk di Jual

Ada seorang jejaka hensem mau jual SLR beliau.
Siyes ni bukan main2.

Ini gambar secara webcam guna Yahoo Mesengger.


Sapa2 minat boleh contact:

Muhd. Johan Ariff
0129852859
misterjohan@yahoo.com
johan_mach@yahoo.com
johan_mach@hotmail.com

pilih mana email korang suka...

Details:
Canon 1000D
Lens 18-200mm
Baru beli tak sampai 3 bulan.
Lain2 spec korang bley gugel senirik.

***UPDATE SPEC***

Canon DSLR 1000D
Tamron Lens 18-200mm
SD Card 4Gb
Tripod 88
Camera Beg
UV Filter 52mm
Glass LCD Protector


Sebab nak jual: Bajet tak cukup nak beli Honda Jazz.
Harga cadangan: RM3000 (Confirm BOLEH NEGO!!!)


Itu je owner dier gitau kat aku pun...
Rasa2 minat boleh angkut tanpa banyak soal, okeh?

Huh!!

Apsal sepanjang hari raya sejak raya pertama sampai sekarang aku gile melayan lagu Boulevard of Broken Dreams? Siap sing-a-long lagi part " I walk alone, I walk alone..."

Apahal?

speechlesss

Hari Lebaran = Hari MeLEBARkan Badan.

Raya ke-2

Semalam aku terasa gile tepu kebosanan. Nak keluar...Abang aku pesan suh tengok2 kot2 sape2 nak datang umah. Maklum la...Masa raya pertama haritu ramai sangat komplen takde sape2 kat umah ni ha. Last2 hasilnye raya ke-2 tu kene berwaspada sikit la kot2 sedara2 datang. Huhu. Dah la semalam tv buat hal. Boleh plak la tengah eksaited nak layan citer Los dan Faun tu...Tibe2 tengok kat info tu macam bangang je. Entah ape citer plak tak abeh lagi, dah catat citer tu tengah on-air. Bengong2 betul info semenjak-dua menjak ni. Orang lain pun raya jugak. Tapi takde la nak sasul2 bagai sume...Hasilnye aku tertido depan tv. Kul 3 pagi baru bangun tutup tv dan pindah tido dalam bilik. Sorry ye Darweena... Tak sempat nak inform tak pegi umah ang. Mengantuk gila sebab bantai suku periuk nasik goreng. Huhu...Banyak gila aku makan. Tu belum campur dengan ketupat dan beberapa ketul lemang yang abang aku tinggal untuk aku tu... Ayam goreng lagi...Kuih2 raya lagi...Waaahhhh~~~


Raya ke-3

Ape aku buat harini? Melepak ke umah Hajar. Best woo pi umah dier. Hajat hati nak terus gi umah Iryani. Tapi dia dah start keje plak arini. Lama wohh tak jumpe ngan mak Hajar nih. Paling takley blah mak dier komen kalo la Hajar ni ade abang, confirm aku tak single dah skang. Alamak...Alamak...Haha...Nasib baik jugak kan? Bertahun mak dier tak nampak aku...Melambung2 puji kata aku makin segak. Adeii... Padahal aku rasa aku sama je cam dulu. Tinggi tak pulak bertambah. Cuma hari lebaran ini je aku terasa aku semakin melebar dari segi paksi-X badan aku nih. Akibat makan tahap terlampau semalam. Tapi harini pun boleh tahan jugak makan. Kuih raya kat umah Hajar tu siap tapau bawak balik lagi. Nasib baik la tak bawak balik nasik ayam yang mak dier buat. Kalo tak...Rekod tu makan tanpa henti. Tu tak masuk sesi mencekik masa tunggu membe aku datang umah tadi. Dan jugak lepas dorang balik.

Astagfirullah banyaknye aku makan~~!!!

Tu la hobi aku time2 tak brape sibuk dan masa cuti. Mujur la masa kat Kuala Selangor tu duit ala2 kene catu. Jadi makan pun kene beringat sikit. Skang kat Penang. Sendiri mau paham la keadaan orang yang hobinya makan ketika bosan seperti aku.

Buat Incik Azmi... Saye mungkin takkan kurus kot.
Tapi saya tetap comel (orang la kata...Bukan saya kata).

yehee

Betul lah weh...Hari Lebaran adalah hari meLEBARkan badan.

Monday, September 21, 2009

Raya...? Raya ke?

Aku tension. Tiba2 enset aku tak dapat detect memory card plak. Kalo tak aku dah nak upload dah gambar Aiman hensem pakai baju melayu. Sumpah memang hensem. Kalo Cinta Cukulet tengok tu memang confirm angau tak sudah2 sampai raya ke-10.

Okeh. Raya aku biasa2 saja. Tapi letih jugak la semalam abang aku beriye2 nak pusing satu island mencari sedara-mara. Sorry le kepade sedara2 dan "pengutip cukai pintu" yang datang ke umah petang2 sebab kami takde kat umah. Harap moto je ade 3 kat depan tu... Tapi takde orang pun.

Oh ye! Nak bagi korang sume bertambah jeles tahap maksima...Aku masih lagi dapat duit raya. Haha~~!!! Dun sangka I dah 24 takleh dapat duit raya ye...

Okeh. Sebab aku rasa enset aku dah mule buat hal sebab aku asik tukar2 simkad... Rasa2 wajar tak aku pegi cari USB Modem? Atau sapa2 yang keje Dell boleh tak tolong aku explain kenapa aku tak boleh guna slot simkad untuk mobile broadband kat tempat bateri tu? Padahal aku check profile, ada je untuk Celcom...?

Saturday, September 19, 2009

Kad Raya. Canggih Vs. Tradisional

Huhu... Malam raya baru nak publish pasal kad raya. Entah sekarang ni aku ade mood atau tak nak beraya esok setelah konon2 penat la alih2 barang kemas umah. Kemas ke?

Nak citer pasal kad raya plak. Tahun ni sorang blogger je suh aku kutip kad raya kat blog beliau. Jadi tanpe buang mase, aku pun display je la kat sini. Tq banyak2 la. Erm, kalo ade blogger lain suh kutip kad raya, sorilah tak perasan sebab dah jarang jenguk blog orang. Ini pun sebab dier menjerit kat shout box tu suh gi amik. Elok la kirenye aku tempek sini.

Leh tekan gamba kad ni untuk gi blog orang yang kasik kad ini.

Dikesempatan ini aku juge nak ucapkan berbanyak2 terima kasih kepada mereka yang sudi pos kad raya kat aku. At least ada jugak la kad raya pada tahun ni. Dari tahun lepas 2 keping je...Tahun ni dah naik jadi 5 keping.

Saja mau tayang jugak kat sini.


Dari kiri, atas : Cinta Cukulet, Zatiel, Zowie.
Bawah, dari kiri: Hadra, Jam

Dan kepada yang bagi kad raya kat Fesbuk, Frenster, tag kat Tagged, ngan mana2 je la social network lain...Terima kasih banyak2. Semoga lepas aku publish entry ni mood raya datang dengan tiba2. Huhu...

Nak feeling2 raya macam dulu2...
cry03

Hepotesis Ramadan #10

Sebenarnye aku rindu sama penyimpan mohor besar hari raya. Bila dier muncul kat tv ha? Kalo semalam...Miss la aku sebab semalam Astro tak dapat siaran sebab hujan lebat...

Anyway...Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Mintak ampun mintak maaf kalo ada terkutuk2 sikit kat sini...Terbuat2 tak layan...Terngumpat...Dan segala macam ter- lagi la. Termasuk la ter-"tak balas" kad raya. Ehehe...
muacksss
Muah3x!!! Sayang korang semua~~!!

Friday, September 18, 2009

Hepotesis Ramadhan #9

Nanti aku publish entry pasal kad raya pada malam raya. Kot2 la boleh dapat sikit semangat nak raya tu. Masih takde mood nak raya until now ni. Camne?
sweating01

Tuesday, September 15, 2009

Perbandingan

Oleh kerana ada yang bertanya itu hari pasal pergelangan lengan baju yang aku tak brape nak berkenan tu... So, kat sini ada la aku nak display 3 jenis lengan baju... Enjoy~~!!

laalaaa


1. Smock Production Floor. Aku bawak balik sebab nak basuh. Ehehe...yeee



2. Baju rider aku naik moto pegi ke mana2...yehee


3. Baju hawt ala2 Datuk Ct. Nurhaliza.


Kan lebih kurang je semua? Time2 raya nak jugak aku merasa tak seperti memakai smock atau menjadi rider. Nak jugak jadi ayu2 time raya...cry03


P/S: Perasan tak entry aku kalini banyak benda gedik2 ni? Thanks to Kak Nora (Rose Harissa) sebab letak entry pasal cara2 nak buat menatang gedik ni secara simple kat blog dia...Hihi~~!!

Monday, September 14, 2009

Hepotesis Ramadhan #8

Ramai betul orang baik2 dekat2 nak abeh puasa nih. Tadi beli air oren untuk berbuka pun... Sampai2 kat moto baru sedar ada 2 bungkus. Rasanya tadi mintak satu je. Bayar pun singgit.

Owh, patut la tadi dengar brader tu cakap "Phone...Phone..." Baik ada makna rupanya. Huhuhh...Aku plak salah paham ingatkan dier cakap phone aku bunyi. Pelik jugak. Mana dier dengar. Dah la aku letak mode silent. Sorry la bro...Takleh bagi nombor kat sebarangan orang lah.

Peace.

Saturday, September 12, 2009

Hepotesis Ramadhan #7

Baru aku tau. Punca baju raya ala2 smock tahun ni datangnya dari Datuk Ct Nurhaliza. Cheh! Biar la dia sorang je nak pakai baju camtu. Lu orang nak follow apahal? Kesian la sikit kat orang macam aku yang masih mengagungkan baju kurung moden kontemporari tu...

Wednesday, September 9, 2009

Walaupun Tarikh Harini Cantik...Tapi...

Haa...09-09-09...Santek gile tarikh nih. Harini jugak besday Feli dengan Jack. Sapa dorang ni? Cari kat Fesbuk aku dekat bahagian Friends. Hepi besday kat korang. Wish kat blog saja dah cukup. Jimat belanja.

Masa aku balik keje tadi, tiba2 dari kejauhan dah nampak asap. Mula2 aku ingatkan sembur ubat nyamuk. Macam haritu. Siap bomba datang sebab salah faham. Loceng trigger tanda kebakaran. Padahal sembur ubat nyamuk je. Ni tidak. Real punye kebakaran. Asap pun kaler hitam berjelaga. Kat tingkat 14, Pangsapuri TNB.

Ramai jugak la tengok. Aku pun sama menyibuk. Maklum la. Orang Malaysia kan prihatin? Tapi dari dalam kawasan rumah je la. Cakap banyak pun tak guna. Baik aku tunjuk gambar terus, kan? Aku malas nak susun gambar elok2 macam entry yang sudah2. So, korang layan je la gambar2 yang aku nak tayang ni. Sorry la kalo kualiti gambar tak cun macam pakai DSLR. Kamera aku guna Nokia 5610 Xpress Music saja.


Amik jauh2 dulu. Jadi Korang leh dapat gambaran brape jauh pangsapuri tu dari umah aku...


Zoom sikit2...Haa...Tingkat 14 tuu~~!!!


Horror tak? Horror tak?


Masalah tekanan dan projectile air oleh pihak bomba. Bukan senang weh! Masa ni bumbung dah hilang. Jatuh bertimpa2 ke bawah. Nasib la keta yang kat bawah tu kalau kena...


Antara rakyat2 Malaysia yang prihatin. Tuuu...Celah2 kat padang tu hah...











Para wartawan tempat kejadian.


Tuesday, September 8, 2009

Sesi Beli Baju Raya Paling Palat Di Dunia.

Ahad lepas aku dengan family abang aku kuar. Abang aku la beriye2 sangat suruh jugak2 aku beli baju raya. Kali ni dah tak kisah la kaler apa pun. Lari tema pun takpa sebab payah sangat nak cari baju raya saiz aku. Tu la...Kecik sangat. Tema tahun ini adalah kuning tahap maharaja. Tapi baju raya aku tahun ni bukan kaler kuning pun. Aku beli kaler oren. Hah! Hambik ko, oreng aku beli!

Memang tiap2 tahun aku sorang je yang lari tema. Ye la. Nampak la sikit aku ni adik kepada abang aku. Kang ramai2 sama kaler, tak best la. Terjejas sikit reputasi aku sebagai insan paling rebelious. Mana boleh beb. Reputasi kena jaga. Ok. Punca aku terbeli baju kaler oren tu pun cukup palat untuk diceritakan. Tapi aku tetap jugak nak citer. Pedulik hapa aku. Blog aku kan?

Tahun ni aku berazam nak ikut tema. Sejak jadi budak baik la katakan. Sebenarnye aku dah jadi budak baik sejak praktikal ni. Tak caya boleh tanya Alex, Loy dengan Mr.Lai. Mesti dorang cakap aku comel dan bersopan-santun. Sila baca blog lain kalo rasa menyampah. Ok2 back to our story. Haritu aku je la yang nak hunting baju raya pun. Orang ramai jugak. So, boleh la nak menyelit2 pilih mana berkenan. Abang aku dengan family dier dah tala pi Reject Shop. Cari baju jalan2 untuk anak2 buah aku.

Aku plak dengan mission aku la mencari baju raya. Aku nak cari yang ada manik2/labuci2. Aku pun nak glemer jugak raya2 ni. Apa barang nak cari baju macam smock masuk production floor walaupun corak dia santek menawan. Dalam misi aku mencari baju raya tu...Aku telah di -aim oleh auntie yang jaga booth kat situ. Tokey agaknya. Tunggu masa je aku panggil dia mintak pendapat walaupun aku dah cukup umur untuk judge senirik baju yang bakal aku beli.

Okeh. Aku memang kene mintak pendapat orang sebab aku tak biasa beli baju sorang2. So, aku panggil sorang akak yang jaga2 situ jugak. Tapi auntie tu yang datang. Muke manis je tanya aku nak cari baju hapa. Aku pun tanya la...Baju yang aku berkenan tu...Kaler kuning takde ke? Dia cakap dah habis la dikkk...Pastu boleh dier cuit pipi aku. Tau la pipi aku memang boleh buat ramai yang teruja nak cubit. Kot ye pun agak2 la. Awak tu kan takde kene-mengena dengan saya? Tapi dia buat tak kisah je follow aku cari baju kuning yang lain sambil2 tu nak cuba2 cuit pipi aku lagi. Sampai aku pulak yang rasa horror dengan tingkah laku dia.

Apa dia ingat aku ni kanak2 bawah umur agaknya? Last2 aku pun takde selera nak merayau2 cari baju lain. Oren pun oren lah. Janji aku boleh blah cepat2 dari situ. Masa nak bayar pun boleh tak ramai2 kaum dia berkumpul keliling aku sebab dia panggil dorang tengok aku. Ingat aku barang display? Paling takleh blah ramai2 tu jugak la cube2 nak cuit2 pipi aku. Lepas tu baru boleh dapat diskaun. Dapat la pengurangan 20 hengget. Nasib baik la auntie tu mintak nak cuit pipi je. Kalo mintak cium pipi aku? Sumpah aku takkan jejak Kompleks Bukit Jambul sampai tujuh keturunan.

Takleh display baju raya aku kat sini. Nanti tak seprais.

Sunday, September 6, 2009

Xtvt Buang Masa (Hahaha~~!!)

Mesti korang perasan tibe2 kat sebelah kanan blog aku ade poll. Siap suh vote lagi orang itu. Haha...Mesti korang tertanye2 apahal minah ni...Masuk air ape tibe2 buat poll sebegitu rupe...

Tak ahh...Aku belum mereng...Saje je wat poll untuk menyedapkan hati sorang manusia itu...Hehehh... Beliau mempunyai tahap ke-perasan-an yang tinggi bahawa beliau boleh sepopular Mawi. Apehal la kan...Layan je... Kata buah hati sorang...Oppss...

Hahahh...Sila la undi sesedap rasa...Takde expired date pun poll tu...Tapi undian hanya sekali je kot...Ikut IP address...Kalo tak pun ikut korang punye login email...Kot laa...Entah...

Undi ikut la ape korang suke...Huhuhh...

Friday, September 4, 2009

Hepotesis Ramadhan #6

Baju kurung moden skang gaya ala2 jubah smock wajib pakai kalo nak masuk production floor. Tiba2 kat hujung lengan ada pulak getah. Kalo setakat letak butang je takpe lagi. Takde citarasa raya langsung.

P/S: Knape baju raya saiz kanak2 maksimum sampai saiz 14 je? Buat la 16 ke...18 ke...Boleh jugak aku beli...

Thursday, September 3, 2009

Hepotesis Ramadhan #5

Bulan Ramadhan (Lapar) + Sejuk gedik + Turun-naik pegi production floor semata2 nak panaskan badan = Letih yang amat bila balik umah~~!!!

Knape skang ni dah ramai suka balik awal? Balik kul 5.15 ptg pun jalan dah jem teruk?

(Pffttt...Kantoi blah awal dari opis~~)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...