Tuesday, September 8, 2009

Sesi Beli Baju Raya Paling Palat Di Dunia.

Ahad lepas aku dengan family abang aku kuar. Abang aku la beriye2 sangat suruh jugak2 aku beli baju raya. Kali ni dah tak kisah la kaler apa pun. Lari tema pun takpa sebab payah sangat nak cari baju raya saiz aku. Tu la...Kecik sangat. Tema tahun ini adalah kuning tahap maharaja. Tapi baju raya aku tahun ni bukan kaler kuning pun. Aku beli kaler oren. Hah! Hambik ko, oreng aku beli!

Memang tiap2 tahun aku sorang je yang lari tema. Ye la. Nampak la sikit aku ni adik kepada abang aku. Kang ramai2 sama kaler, tak best la. Terjejas sikit reputasi aku sebagai insan paling rebelious. Mana boleh beb. Reputasi kena jaga. Ok. Punca aku terbeli baju kaler oren tu pun cukup palat untuk diceritakan. Tapi aku tetap jugak nak citer. Pedulik hapa aku. Blog aku kan?

Tahun ni aku berazam nak ikut tema. Sejak jadi budak baik la katakan. Sebenarnye aku dah jadi budak baik sejak praktikal ni. Tak caya boleh tanya Alex, Loy dengan Mr.Lai. Mesti dorang cakap aku comel dan bersopan-santun. Sila baca blog lain kalo rasa menyampah. Ok2 back to our story. Haritu aku je la yang nak hunting baju raya pun. Orang ramai jugak. So, boleh la nak menyelit2 pilih mana berkenan. Abang aku dengan family dier dah tala pi Reject Shop. Cari baju jalan2 untuk anak2 buah aku.

Aku plak dengan mission aku la mencari baju raya. Aku nak cari yang ada manik2/labuci2. Aku pun nak glemer jugak raya2 ni. Apa barang nak cari baju macam smock masuk production floor walaupun corak dia santek menawan. Dalam misi aku mencari baju raya tu...Aku telah di -aim oleh auntie yang jaga booth kat situ. Tokey agaknya. Tunggu masa je aku panggil dia mintak pendapat walaupun aku dah cukup umur untuk judge senirik baju yang bakal aku beli.

Okeh. Aku memang kene mintak pendapat orang sebab aku tak biasa beli baju sorang2. So, aku panggil sorang akak yang jaga2 situ jugak. Tapi auntie tu yang datang. Muke manis je tanya aku nak cari baju hapa. Aku pun tanya la...Baju yang aku berkenan tu...Kaler kuning takde ke? Dia cakap dah habis la dikkk...Pastu boleh dier cuit pipi aku. Tau la pipi aku memang boleh buat ramai yang teruja nak cubit. Kot ye pun agak2 la. Awak tu kan takde kene-mengena dengan saya? Tapi dia buat tak kisah je follow aku cari baju kuning yang lain sambil2 tu nak cuba2 cuit pipi aku lagi. Sampai aku pulak yang rasa horror dengan tingkah laku dia.

Apa dia ingat aku ni kanak2 bawah umur agaknya? Last2 aku pun takde selera nak merayau2 cari baju lain. Oren pun oren lah. Janji aku boleh blah cepat2 dari situ. Masa nak bayar pun boleh tak ramai2 kaum dia berkumpul keliling aku sebab dia panggil dorang tengok aku. Ingat aku barang display? Paling takleh blah ramai2 tu jugak la cube2 nak cuit2 pipi aku. Lepas tu baru boleh dapat diskaun. Dapat la pengurangan 20 hengget. Nasib baik la auntie tu mintak nak cuit pipi je. Kalo mintak cium pipi aku? Sumpah aku takkan jejak Kompleks Bukit Jambul sampai tujuh keturunan.

Takleh display baju raya aku kat sini. Nanti tak seprais.
Post a Comment