Tuesday, November 30, 2010

Baa... Baa... Cakkk!!!

Cuba korang tengok sofa kat bawah ni.

Macam takde mende pun kan? Rileks je sepah-sepah tak terurus macam selalu.


Tapi... Nanti jap. Sile fokus kat bawah sofa tu... Fokus... Fokus... Fokuswadinata.. :D



Tu... Ye... Bawah tu kat anak panah tu... Apa bende tu ahh??

Jeng... Jeng... Jenggg....

CAKKKK~~!!!


Ehh... Tak jelas la... Jom kite selak-selak zoom tengok...


TADAAA~~~!!!

Patut la cari satu umah tak jumpe... Rupenye dier tido kat secret location... 
Taknak orang kacau dier tido la tu... :p

Bayangkan "memerang tanah" besar camni tido dalam kain bawah sofa tu. Mane la tak koyak-rabak barai bawah sofa tu... Actually sejak kecik lagi dier ngan Jacob (sob! sob! sebab da ilang tu) suke tido dalam tu. Mungkin dorang feeling-feeling tido terapung macam dalam buaian kot kat situ... Tapi lama-lama nanti kain tu koyak-koyak, cecah lantai mesti dah takde feeling-feeling camtu kan? Ciannn...


T.T

Bile dier tido gaya terbongkang camni aku ske sangat gelar dier "memerang tanah". Tatau knape.

Monday, November 29, 2010

Kene Tag Rupanya... [Part 3]

Ok... Ni last part... Akhirnye abes jugak tag nih. Ini baru 25 facts camni. Nasib baik la mintak 25 je. Kalo mintak 100? Dah tentu muntah-muntah korang membacenye. Sebab aku suke nak letak facts dan huraian. Ni semua akibat badi report thesis yang tak abes-abes haunted idup aku laa nih...

#19] Baby-baby kecik semua suka aku. T.T

Yang ni paling takleh blah. Budak-budak yang jenis tak suka orang pun bleh suka ngan aku. Ehehehe... Mungkin dorang ingat aku ni kawan-kawan sebaya agaknye. Kadang-kadang mak-mak baby-baby tu sendiri terkejut bile anak dorang macam peramah secara tiba-tiba dengan aku. Padahal apa benda budak tu cerita pun aku tak paham. Setakat nak iyekan je tu bleh la. Tapi aku pun suke jugak baby-baby ni. Comel jek. Budak-budak kecik pun suka gak. Tapi yang 5 tahun ke bawah laa... Yang umo lepas-lepas tu... Tengok la cemana... Kalo jenis dengar kata, aku layan je... Kalo nakal... Siap la aku cubit-cubit je kang... Ahaha... Geram-geram-geram.... :D


#20] Suka modified makanan.

Ini kebolehan semulajadi. Haha... Modified ikut sedap tekak sendiri je la. Setengah orang mana suka style aku bila handle makanan. Ada ke korang jumpe manusia yang gile mencicah keropok goreng dengan milo panas-panas? Aku la tu antaranye. Nikmat wohhhh... Atau pernah korang makan kuah asam pedas yang sikit cair dengan bihun? Konon-konon feeling-feeling bihun tomyam la kan... Tapi sedap apa. Cuba laaa... Best wooo...


#21] Tak pernah bercita-cita masuk bidang engineering.

Ini pun fakta. Cita-cita aku mula tetap nak jadik arkitek lepas kene tazkirah dengan cikgu kaunseling pasal tak best jadik pembunuh upahan. Konsisten je sampai sekolah menengah dengan minat aku yang suka melukis. SPM pun amik seni kot... Nak kira aku punya hasil lukisan, zaman skolah-skolah dulu, tiap-tiap kali ada kerja umah seni, mesti aku punya hasil antara yang terpilih menghiasi art gallery. Rajin join pertandingan melukis... Tapi entah camne ntah aku memang tak suka nak pegi interview-interview untuk amik art ni, terus la terbabas ke engineering.


#22] Tak reti nak marah orang secara serius.

Aku memang tak reti nak marah orang. Kalo aku tengah marah gile teruk camne sekalipun, tibe-tibe orang yang aku marah tu gelak-gelak tengok muka aku... Serta-merta aku akan cool down dan tumpang gelak sama. Memang fail la. Siap kat ATMA dulu tu ada 2-3 orang senior buat personal course untuk aku tentang cara-cara nak jadi tegas. Kalo tak pasal dia, sampai sekarang pun aku tak pernah nak tegas. Setakat tegas tu boleh la nak harap sikit-sikit. Tapi nak garang menyinga tu... Tak dapek laaa...


#23] Suka emo pada benda bukan-bukan dan bukan benda hidup.

Contonhya korang tengok sendiri la kat status fesbuk aku tu. Huhuhh...


#24] Tak pernah serius dalam relationship.

Punca utama aku rajin clash. Haha. Memang tak pernah amik serius. Sebab aku pun tak confident orang akan serius dengan aku. Ntah kenape ntah. Tapi aku tak pernah la nak frust menonggeng tahap dewa ke apa... Aku cuma akan frust gila-gila kalo apa yang aku usaha tu tak berbaloi dengan apa aku dapat. Contoh dalam hal-hal akademik la. Kalo setakat boifren... Datang dan pergi suke hati korang la. Takde lagi senang idup aku... Muahahaa... Tapi bile tengok makin ramai kawan-kawan da kawen ni tibe-tibe jadi risau jugak la. Tapi masih cool lagi. Hahahaha.... :))


#25] Imaginasi overrated tinggi.

Imaginasi dah tinggi. Pastu tambah dengan habit suka predict mende-mende negatif serta mengarut-ngarut. Kadang-kadang tak masuk akal pun ada. Selalu la jugak orang cakap lain, aku boleh imagine mende lain. Memang melampau jugak la kadang-kadang tu. Tapi takpe la. Dari segi pozitipnye... Maybe dier membantu brain development dengan lebih kreatif dan kritis sapa tau kan?? Hehe... Tapi memang nak kene imagine tinggi-tinggi pun kalo nak senang masuk apa benda yang aku dah belajar. Tapi bab imagine mati akibat kene kejutan elektrik waktu nak kira current dalam circuit tu memang agak melampau. Heh.


DONE!!!

P/S: Yang 20 orang tu.... Takyah laaa kan???

    Sunday, November 28, 2010

    Kene Tag Rupanya... [Part 2]

    Ahaha... Sambung semalam punya cerita tag. Kat mana kita?? Oh, ye fakta ke-9...

    #9] Membesar dalam negeri/negara yang kecik.

    Sejak kecik aku membesar di dua tempat. Pulau Pinang dengan Singapore. Ahaha... 2-2 tempat adalah kecik di mana nak pegi mana-mana pun sekejap je sampai. Sebab tu masa kecik-kecik kalo arwah ayah nak bawak jalan-jalan pegi umah mak sedara kat Ipoh ngan KL, dia punya teruja tu macam ajak naik flight pegi oversea. Konon jalan jauh gila la. Lepas tu suka la nak buat muka kesian suruh berenti kat mana-mana R&R. Sebab nak beli jajan. Padahal awal-awal lagi arwah mama dah siap buat bihun goreng buat bekal dalam tupperware besar. Lepas tu merantau ke Perlis. Pun kecik jugak. Tiba-tiba kena sambung study dekat Selangor, terus jadi batak. Lebih-lebih lagi masa mula-mula Unisel ni pindah ke kawasan pedalaman tu. Mula la rasa kenapa la Malaysia ni besar sangat T.T


    #10] Tak suka study.

    Sejak skolah rendah lagi aku ada habit ni. Memang tak suka langsung nak buat apape revision. Sekarang ni je macam terpaksa. T.T Ini juga merupakan punca kenapa aku kene reject untuk interview contoh pelajar masa skolah rendah dulu-dulu. HAHA. Ye lah. Aku mana ada life yang nampak macam struggle gila nak dapat terbaik. Keje aku balik skolah, layan tv sampai lebam. Ada homework, baru buat homework. Abes homework, layan tv. Pusat tuisyen pun tak pernah kenal apa benda tu... Apatah lagi nak jejak ke situ. Nak kata tiba-tiba aku baca buku... Hmm... Curi-curi baca majalah Gila-Gila yang abang aku beli secara senyap-senyap dalam bilik abang aku tu ada la... Sebab majalah tu jugak masa umur 5 tahun aku dah pandai membaca sebelum pegi tadika. Sebab aku rasa musyikil je dengan cerita abang aku. Nampak gambar katun lain, tapi abang aku macam cerita lain sebab dia malas nak layan aku yang banyak tanya sangat. :D


    #11] Sejak kecik sampai sekarang mempunyai kurang dari 10 orang kawan perempuan yang rapat.

    Sebelum aku tadika, arwah mama je kawan aku. Masa aku tadika, ada la sorang kawan pompuan kat tadika dengan kat umah. Yang kat umah ni putus sahabat lepas aku gunting rambut doll dier. Huhu. Kata main saloon-saloon. Kena la potong rambut. Budak-budak sebaya aku kat kawasan umah aku semua lelaki. Masa sekolah rendah pulak, kawan-kawan aku yang awal-awal adalah budak-budak cina pompuan. Dari dorang la aku bleh cakap cina sikit-sikit. Tapi Hokkien la. Sekarang jangan harap la nak ingat. Banyak dah lupa. Sekarang pun kawan-kawan aku berapa orang je pompuan. Memang kurang dari 10. Harap dalam fesbuk je ramai. Tapi tak semua aku rapat. Add sebab pernah satu skolah je. Dan mempunyai mutual fren yang super-duper ramai.


    #12] Tak suka shopping mall.

    Bosan gila kot. Dah la sejuk dalam shopping mall tu. Kedai pulak banyak tak kena dengan cita rasa aku. Melainkan certain floor yang ada jual gadget-gadget. Ataupun floor yang banyak kedai makan. Letih kot nak jalan 1 shopping mall tu. Cukup la sekali pengalaman aku ikut akak ipar aku marathon 3-4 pasaraya untuk cari baju raya-kasut raya-seluar raya anak-anak buah aku. Huhuh... Dia yang puasa steady. Aku yang takleh puasa plak kemain la teruk letihnya. Kalo nak lepak... Aku lagi suka lepak tepi pantai. :D


    #13] Suka gadget tapi tak mampu beli. T.T

    Jeles tengok kawan-kawan yang ade macam-macam gadget. Aku pun nak jugak. Tapi tak mampu nak beli je. Sedih. T.T Tapi aku sedar. Banyak bende yang lebih penting dari gadget tu. Tu semua kemahuan je. Lagipun still boleh cuba-cuba bila ada promotion ke apa kan? See... Bleh guna secara percuma gitu. Tapi takde la sampai aku nak berumah kat tempat tu semata-mata nak explore satu-satu gadget tu sampai puas hati.


    #14] Ada "kuda peliharaan" bernama Jonny.


    Citer banyak pun tak guna. Letak gambar sudah. Mesti kenal kan mende ni? Paling star dalam blog ni.


    #15] Suka komplen cerita hantu kat tv.

    Jangan tengok cerita seram dengan aku kalo taknak mood seram tu ilang. Sungguh! Tak caya tanya Kak Syima. Benda seram-seram boleh jadi bahan gelak. Haishh... Aku jugak jenis suka sangat dengan kegelapan. Kategori berani-berani ayam jugak la aku ni pun. Hehe.


    #16] Perangai tak macam umur sebenar.

    Takde kesedaran diri bahawa dah umo 25 tahun. Tapi perangai macam masih belasan tahun. Dah rupe pun lebih-kurang. Pegi mana-mana pun mesti ada orang nak check IC tengok betul tidak umo tu. Pernah kena tahan sebab polis tu sangka lari dari rumah. Paling berat dia boleh tuduh curi IC kakak. Sejak bila la arwah mama pernah beranakkan seorang kakak untuk aku... Huhuhh... Camne nak nampak matured eh?


    #17] Sangat suka benda-benda kiut.

    Rasa macam nak picit-picit!! Masa kecik-kecik pernah picit anak ayam sampai tinggal nyawa-nyawa ikan sebab geram sangat. Mujur la beliau dapat diselamatkan. T.T


    #18] Sayang kucing.

    Takleh tengok kucing yang tak dapat kasih-sayang. Tapi kalo kucing tu jenis dengar cakap ngan paham bahasa laaa... Kalo tak, terpakse bersikap kejam yang tak berapa kejam sangat. Ye lah. Sampai hati nak jentik telinga je pun. Nak buat kejam-kejam macam orang lain yang anti dengan kucing ni, sumpah tak sanggup. Huhu...


    Aishh... To be continue la plak... Kekeke... Jangan marah haaa... :)

    Saturday, November 27, 2010

    Kene Tag Rupanya... [Part 1]

    Lepas 17 hari baru aku sedar aku kene tag oleh budak kecik ini.

    Once you have been tagged, you are supposed to write a not with 25 things, fact,
    habit, or goal about you. At the end... Choose 20 people to be tagged
    you have to tagged the person who tagged you. If i tag you.
    Its because i want to know more about you...

    Hahahhh... Banyak la kau... Mane aku nak cekau 25 facts nih... Dah tu siap kene tag 20 orang. Pejam mata je la nak tag orang balik ni... Nanti kene pukul plak kalo tag secara berleluasa dengan sesuka hati.

    Korang tau tak betapa payahnye nak kumpul 25 facts pasal diri sendiri nih??

    Siap +10 hari... Makna dah 27 hari tag ni terabai... Hahaha...

    Mari tengok facts yang entah apape pasal aku nih. Sebab panjang sangat aku bahagi 3 part. Ingat tak letih ke nak menaip... Dah la aku ni suka bercerita...


    #1] Bersaiz mini.

    Ini memang obviously nampak dengan mata kasar. Aku memang kurang ketinggian sikit. Maklum la dulu-dulu arwah mama citer aku dilahirkan tak cukup bulan. Maka tumbesaran pun tak berkadaran langsung dengan konsisten pada setiap tahun. Apa kaitan? T.T Sebenarnye family aku jenis comel-comel semua. So, aku pun dapat la genetik comel tu sikit-sikit. Just bersyukur je dengan apa yang ada. At least aku ada kelebihan nak menyamar jadi budak-budak skolah bila keadaan terdesak. Kao mampu??


    #2] Suka menghilangkan diri.

    Ini pun habit jugak. Kadang-kadang tu time-time kecemasan terdesak gile babi kalo korang cari aku mesti tak jumpe. Haaa... Bunyi macam suka lari dari tanggungjawab je kan... Takde la. Bukan hilang sangat pun sebenarnye orang yang tak nampak aku sebab kecik sangat. T.T. Tu la alasan dorang. tak kreatif langsung. Ciss!!


    #3] Suka ketawa.

    Sikit-sikit ketawa. Kadang-kadang tak lawak pun sesaje aku ketawa jugak. Sebenarnye ni cara aku nak hilangkan rase nervous. Tapi orang selalu ingat aku jenis hepi-hepi tak kira masa dan suka-suki nak tayang gigi cantik T.T Nak ketawa ni pun tengok jugak keadaan. Ada tu orang siap tuduh aku gelak macam ikut skrip. Skema punya gelak. Gelak takde perasaan. Huhu. Boleh ke camtu? Tapi ketawa ni terapi hilangkan tekanan ye tak? Jadi, marilah kita ketawa. Heeee :D


    Sekali gambar gigi yang kuar. Ahaha... Ni gigi aku. ORIGINAL!!!


    #4] Kuat makan.

    Bagi je apa pun. Tolak batu kayu je bak kata orang-orang tua. Selagi halal, aku sebat. Lagipun buat apa nak diet-diet ni... Bak kata arwah mama... Selagi ada selera ni makan... Nanti bila dah sakit, kena makan gune straw, time tu nak menyesal pun takleh dah. Mana nikmat nak makan ciken cop dalam bentuk cecair, ye tak? Tapi beringat la sama untuk kesihatan. Bukan main sedap hati belasah makan macam esok tu semua makanan pupus. Huhu.


    #5] Kuat tido.

    Bila dah mengantuk, tak kira la tempat mana pun aku selambe je tido. Hatta dulu masa kat ATMA, aku adalah antara kaki tido yang tegar. Tengah-tengah panas terik, dalam barisan tengah senang diri ke, sedia ke, selambe aku lelap. Kantoi pun pasal tak gerak ikut arahan. Time tu sedia la kene starlight ngan 'kayu sakti' stap ajar kawat tu. Sampai benjol dahi. Lepas tu tahan la telinga melekat gelaran "Flower Horn". Hahaha... Ok. Bawak moto pun aku pernah tertido. Sudahnye landing baek atas rumput-rumput semak. Lepas tu sambung tido sekejap sebelum buat-buat terkejut kenapa landing atas rumput padahal 2 minit sebelum tu tengah bawak moto. Jangan tiru ye adik-adik. Sangat bahaya. Huhuhh...


    #6] Tak reti nak tiup belon. Tapi skang da pandai. HAHAHA.

    Ini fakta. Bukan auta. Memang selama ni aku tak reti tiup belon sampai la masa presentation thesis mula-mula tu Ixu bagi belon yang dia beli lebih-lebih untuk kawan-kawan. Aku gigih prektis tiup ok? Hasilnye skang bleh laaa... Tapi tetap tak layak masuk pertandingan meniup belon.


    #7] Pernah bercita-cita nak jadik pembunuh upahan.

    Hah. Horror tak cita-cita? Ni semua gara-gara cerita all-time-favourite aku, "Silence of the Lambs". Suke sungguh dengan bunuh-bunuh ni semua. Oh, pernah jugak kene kaunseling sebab cita-cita macam jahanam ni. Terus lepas tu tukar cita-cita nak jadi arkitek. Cikgu kaunseling tu cakap gaji arkitek lebih tinggi dari pembunuh upahan ni.


    #8] Tak takut dengan doktor.

    Ini pun ramai orang pelik. Sejak kecik berani je nak pegi jumpa doktor. Even doktor gigi. Sampai dulu masa skolah rendah, tiap kali van yang angkut budak-budak pegi klinik gigi dekat hospital besar tu datang, mesti berharap-harap agar terpilih. HAHA. Bukan apa. Time tu je dapat peluang pegi jalan-jalan dalam waktu sekolah. SANGAT SERONOK OK? Aku jugak sejak kecik tak pernah takut kalo orang konon ejek-ejek nanti pegi jumpa doktor, doktor injek. Nak tau kenapa? Ni arwah mama la citer. Masa umo berapa ntah yang kene injek kat paha tu, masa doktor tu injek aku, jarum bley patah plak kan. Tapi aku tak meraung pun. Buat muka super cool. Bekas lekuk kat paha tu ada lagi sampai sekarang. Aku pun sampai harini musyikil camne jarum tu bleh terpatah masa tu. T.T


    Phuh... Esok sambung lain. Sabar eh sabar... Hehehe...

    Friday, November 26, 2010

    Wujud Lagi Rupanya...

    Aku ingatkan mende LoginFB dapat RM100 tu dah pupus dah sebab macam dah lama tak nampak orang main tagging-tagging kawan-kawan aku...

    Sekali rupanya wujud lagi... Ish... Ish... Ish...

    Ade ke yang tagging-tagging tu join? Aku pelik betul la. Sape la tuan punya idea buat semua ni? Heran siot. Setau aku fesbuk ni nak join free je. Takde kene bayar apape pun... Tau tak buat konsep macam tu seolah-olah macam nak ade sebijik akaun fesbuk ni macam kene bayar? Mark Zuckerberg tau ni mesti dia geram pasal dia tak penah charge pun orang pakai fesbuk. Mesti dia rasa rugi gila tak setup fesbuk ni berbayar.

    Apa laa... Benda dah free sibuk-sibuk nak kenekan caj plak.

    Ada la sekali aku follow page orang yang buat mende ni. Siap ada fanpage kauuu... Dia state situ tiap-tiap bulan kene bayar RM100.. Kire konon macam main kutu laa... Klako jeee... Dah la tak kenal entah sape-sape... Tibe-tibe ko kene bank-in RM100 tiap-tiap bulan pulak kat orang... Tak caye bleh check video youtube dorang ni ha... (Hoh... Aku malas nak letak embedded video sini sebab bazir ruang je)

    Bawah ni aku letak printscreen bukti tiap-tiap bulan kene bayar buta-buta RM100 dekat dorang.


    Aku tatau la orang yang join mende ni pikir apa... Tapi aku rasa macam... Ishhh... Bazir duit je bende dah terang-terang free... Tapi "bijak" sangat nak susah-susah pegi bayar... Terang-terang kene tipu pun lagi nak marahkan aku. Nak tegakkan benang yang basah la tu... Ish-ish-ish....

    Korang takde rase camtu ke?

    Tapiiii... Aku tak teragak-agak nak join KALAU...

    Bayar RM100 tu aku bleh dapat 5 helai (hambik kau demand sampai 5...) tudung Syria ke... Tudung Hawa ke... Atau apape tudung yang mahal-mahal tu... Tak pun dapat sepasang-dua baju kurung atau jubah yang cantik-cantik. Amacam???

    Setakat dapat e-book yang senang-senang bleh hack bodoh-bodoh je nak buat ape ye tak???

    Wednesday, November 24, 2010

    Jangan Sayang Kitorang Sangat Boleh Tak?

    Kenapa jadual membosankan semester ni?? Arghhh...!!! Subject yang aku nak amik buat repair pun sangat-sangat-sangat-sangat membosankan hari dier... Tak menarik langsung. Kenapa la aku stuck dengan subject yang takleh nak kawtim hari dia???



    Siyes takde mood skang. Nak belek menatang thesis tu pun macam da nak muntah dah. Sorry la encik supervisor. Nampaknye minggu depan je la saye pegi jumpe incik. Saye tengah takde mood dan rase nak pukul orang ni sekarang.



    AAAAaaaa~~~!!!!


    Lepas semester ni aku btol-btol blah. Dan jugak aku harap kawan-kawan aku pun sama. Terutama yang lebih-lebih awal masuk dari aku. Kire aku 3rd year diploma dorang dah masuk first year degree sini. Lepas tu sampai sekarang tak abes-abes lagi sama ngan aku. At least aku dah ade diploma...



    Fakulti engineering... Jangan sayang kitorang sangat boleh tak?

    Tuesday, November 23, 2010

    Random #39

    Good Luck kepade semua budak-budak yang amik SPM yang bermula arini...

    Still... Aku takleh lupa SPM batch 2002 first paper adalah Add Math...

    Gile lahh... Menggelabah semua orang.

    GOOD LUCK!!!

    Sunday, November 21, 2010

    Random #38

    Kadang-kadang aku sikit bengang dengan orang yang hipokrit suka post-post video pasal dosa 24 jam fesbuk atau apape je la. So, bila aku stalk profile tukang post tu, gambar dia lagi dahsyat dari aku. Memang sebijik macam video yang dia post.

    Atau dia cuma nak tunjuk contoh dan mengaibkan diri sendiri pada masa yang sama? Then, apa point dia join social network camni?

    Sorry la kalo ade yang butthurt pasal pe yg aku tules ni. Tapi seriously la. Jangan hipokrit buleh?

    Wednesday, November 17, 2010

    Aku syak budak ni ade sikit masalah akibat kehilangan lembu kesayangan sebab kene korban pade hari raye haji tahun ni. Sebab tu jadi macam ni... Haha.. Gurau je beb...

    Amacam? Style gila budak ni lepaskan tension dia. Abeh orang lain pulak tension tengok video ni. Aku pun hampir-hampir jadik camni gak ah... Tepu kot beraya sorang-sorang kat sini. Senduk ngan sudip ada... Ending, kucing pun ada... Kaler je lain sikit. Haha...




    Tapi video ni sumpah klakar...

    Hahahahah...

    Tuesday, November 16, 2010

    Random #37

    Bulu kucing gugur + rambut aku gugur = same banyak. Any suggestion? Adakah kitorang sama2 stress tinggal berdua saje?

    Monday, November 15, 2010

    Antara Cinta & Nafsu

    Cool ke macam tu?

    Cinta ke macam ni?

    Sorry, aku taknak letak video tu kat sini sebab cukup la ramai-ramai orang lain share-share dekat fesbuk, share dekat blog, kutuk sedap-sedap hati semua... Aku taknak letak kat sini sebab aku risau nanti makin menjadi-jadi marah aku kat dorang ni. Kalo nak tengok jugak pegi la link Oh! Media kat fesbuk ni.

    Heran aku... Kenapa la pompuan tu murah sangat konon sayang tamau lepaskan laki tu, sengal pegi cium kat khalayak orang ramai. Pendek akal betul. Walaupun aku tak suke sangat nak judge orang berdasarkan rupe, tapi lelaki tu sendiri memang ada ciri-ciri yang takleh diharapkan ade pade seorang bakal pemimpin keluarga.

    Orang macam tu nak jadikan pasangan hidup? Tolong lah.

    Pompuan tu pun sama. Harap muka je cantik. Sanggup serah semua demi cinta? CINTA? Naaaaaahhh...

    Tu nafsu semua. Cinta sejati takde la macam tu kan?

    Macam quote di sini.

    Ape la nak jadik dengan generasi muda sekarang?

    Sunday, November 14, 2010

    Random #36

    Tadi tengok Buletin Utama. 13 Mei dalam pertimbangan untuk diraikan.

    Diraikan = cuti lagi la kan??

    Banyak la plak cuti dalam Malaysia ni...

    Saturday, November 13, 2010

    Syndrom Down.

    Bukan syndrom down yang penyakit tu.

    Tapi semenjak-dua menjak lepas dapat tahu kenyataan-kenyataan yang agak menyakitkan seperti result exam yang ada seketul subjek phail tu dan jugak thesis yang status TS (tak selesai a.k.a tak siap) tu, aku rasa down sesangat.

    Mana tak down nye... Ape yang aku harap, tak sama dengan yang aku dapat... Tiba-tiba aku terasa yang macam selama ni aku da jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaauh sangat dari DIA. Mana la tahu DIA turunkan ujian macam ni kat aku. DIA je ingat aku... Sayang aku sebab bagi dugaan macam ni. Tapi aku?

    Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sesuatu sedang kamu tidak mengetahui'' (Al-Baqarah, ayat 216)

    Satu hari suntuk aku duduk termenung sorang-sorang fikir pasal ni. Ye lah, tak semua kita rancang tu akan berjalan lancar kalo takde keizinan dari DIA.

    Aku mengaku... Hati aku ni semakin hari semakin jauh dari DIA walaupun DIA letak dugaan kecil, dugaan besar... Selalu aku fikir DIA tidak adil pada diri aku. Teruk rupanya hati aku ni... Padahal selama ni aku yang lalai. Leka sangat. Dapat yang bagus sikit je dah macam lupa diri lagaknye. Walhal tu sume pinjaman dan tak kekal.




    Sesape yang add aku dekat fesbuk mesti perasan kan dua status terakhir aku yang menunjukkan aku memang nak menghilangkan diri dari semua orang. YM aku senyap, Skype aku pun senyap. Entah lah. Aku memang perlukan sangat-sangat masa untuk muhasabah diri. Tambah pulak skang ni duduk umah sorang-sorang. So, sangat sesuai.

    Sorry la kalo mendadak hilang dari khalayak orang ramai dekat fesbuk tu. Ala, bukan penting sangat pun kalo aku ade atau tidak pun kan???

    Cukup la blog ni je buat medium aku meluahkan ape jugak isi hati aku. Susah ni wey kalo nak cerita personal dengan orang, face to face. Biar orang baca takpe, jangan dengar. Lagipun baca ni ikut orang jugak la kan... Mana dia tau aku tengah sebak menangis ke waktu taip. Selalu orang baca takde perasaan pun. Kalo dengar lain, nanti boleh dengar nada teresak-esak tu lebih daripada jalan cerita. Dari buang masa tak paham apa yang aku sampai menangis-nangis nak cerita baik baca je. So, baca ah.

    Tak pasti kenapa. Tapi semenjak-dua menjak ni memang aku emo-emo lebih-lebih sikit. Ada yang cakap, umur dah suku abad ni memang cepat benar emo nye. Huhuhh...

    Friday, November 12, 2010

    Friendster

    Pherghhh... Dekat berkurun jugak aku tak jengah friendster. Terbukak hati nak jengah sebab Fazar ngan Din cakap friendster dalam ranking ke-3 site yang orang Melesia bukak. Ye lah, aku pun tamau ketinggalan jugak ye tak???

    Haha. Sekali ada mesej dalam tahun ni jugak yang datangnye dari "bekas membe" aku yang pernah aku cakap dier macam nak elak aku je sejak raya tahun lepas. Memang sampai tahap berpatah arang berkerat rotan la aku jadinye. Siap bagi no. fon lagi.

    Kenapa la hidup aku skang ni jadik macam orang yang dulu penah jadi kawan baik, lepastu dengan tak semena-mena cuba nak elak-elak dari aku, sebijik macam dah buang aku dari jadi kawan... Tiba-tiba contact balik. Macam sorang minah lahanat berhutang ngan aku tu, siap dah janji nak jumpe la konon semua setel bende-bende yang tak bagus antara kitorang, tapi last-last? Senyap macam tu saja balik.

    Patut tak aku percaya minah lagi sorang ni jugak?

    Tapi aku reply mesej dia dengan cara paling lahanat jugak la. Kalo tak sedar diri tatau nak cakap apa dah la... Banyak la contact-contact. Hati aku dah tahap takleh terima apasal dulu dier macam buang aku dari jadik kawan tu takde plak nak consider nak mintak maaf ke apa...

    Teruk betul...

    Wednesday, November 10, 2010

    Kalau aku lelaki, mesti nampak serabai kan dengan rupe bermisai berjambang segala... Mujur jugak la aku pompuan.

    Okeh. Sebenarnya 2 hari kot aku tak mandi. Haha. Penangan buat draft report thesis bagai nak gile. Bayangkan pegi presentation pun tak mandi sebenarnye. Ha. Bayangkan. Bayangkan.

    Lepas tu konon dorang kasik chance aku upgrade report aku dan aku diumpan kalo draft tu bleh buat dorang puas hati dengan result sama analysis yang aku dapat tu... Okeh la lepas.

    Tapi sad ending kot. Tadi aku pegi hantar draft thesis yang berunsurkan ilmiah yang aku pun macam tak caya bleh taip tebal-tebal macam tu... Examiner aku macam dah ok dah sebab improve la dari semalam. Setakat grammar error tu stendet la. Kata taip masa tengah mamai-mamai. Janji format dah cantek. Tapi dia macam tak puas hati satu benda. So, refer la kat koordinator plak.

    Koordinator tu tanya pandangan examiner. Examiner cakap bleh je lepas, cuma ada sikit grammatical error tu je la, dengan graf yang dah asing tapi masih macam semalam. Dier nak style lain. Pastu koordinator bleh buat muka tak puas hati plak pasal examiner cakap report aku dah ok. Dia tak puas hati pasal tak pernah tengok projek aku jalan secara live. Video saje tak cukup. Aaaahahaha...

    Pastu kitorang pegi jumpa supervisor aku plak. Aku macam sikit facepalm sebab aku tak pernah nak consult supervisor pasal report apatah lagi nak jumpa selalu. HAHAHA... Dorang bincang apa benda ntah. Pastu supervisor aku jumpe aku personally. Siap tanya aku dah berapa lama blaja kat situ weh. Ahahaha... Last-last dia cakap takpe kot kalo dia BAGI PELUANG untuk present lain next semester, tapi pastikan bende project aku tu bergerak. Wah kau... Berkias kot. Siap pesan nanti 22 November, pegi jumpa dia amik balik report tu dan repair apape yang patut.

    Wah-wah-wah... Takde nak berterus terang kot cakap status thesis aku TS. TS tu macam tak siap la. Tapi sebenarnye aku tau dorang tak puas hati nak jugak tengok project tu gerak-gerak depan mata. Ye lah kau, pegi presentation naik moto. Abes la semua barai at first place. Hehehe...

    Langkah pertama untuk menghadapi masalah TS-TS ni adalah amik lesen kereta. Sapa setuju?

    Lepas tu baru fikir benda lain. Sekarang ni lepas tau status tu aku tak pasti kenapa aku sangat gembira tanpa sebab. Mungkin sebab aku tak payah nak allocate duit untuk buat hardcover tu kot. Haha.

    Sekarang aku cuma perlu berharap supaya takde satu pun subjek yang perlu repeat semester depan. Agar nanti cuma thesis aku je yang tinggal. Nanti boleh balik Penang cari kerja dulu. Kalo la takde subjek fail, first thing akan aku buat pada first week start kelas 22 November nanti adalah setelkan transkrip diploma aku dulu-dulu tu.

    Cari keje dengan diploma dulu saje la. Technician pun technician la... Janji kerja.

    Whoah!! 22 November???

    Siot cuti aku lepas final exam semester ni burn begitu sahaja. Takde serupa cuti langsung sebab tak balik Penang. Wuarghhh... Kembalikan cuti akuuuuu~~~~!!!

    Sunday, November 7, 2010

    Takut.

    Ahad

    Isnin

    Selasa. Representation.


    ************************************************


    Hmmm....

    I feel sorry for them.

    Takde jodoh, nak buat macam mana kan?

    Saturday, November 6, 2010

    Salah Orang Ngan Timing Eh??

    Aku selalu tertanya-tanya...

    Kenapa bila aku start suka dan saje-saje usya seseorang tu... Kenapa masa tuuuu jugak laaa ade je manusia lain yang usya dia jugak. Dan lebih berani dari aku. Apsal selalu camtu ha? Padahal sebelum ni bila aku takde nak bagi perhatian dekat orang yang aku tetibe nak usya tu, sape pun takde hingin nak usya dier. Plus, aku jugak la tempat dier kaco-kaco sebab kebosanan. Sampai ada masa aku yang rimas. T.T

    Ye lah. Aku jenis sedar diri sikit. Sebab yang usya seiring dengan aku tu biasanya lebih lawa. Lebih cantik. Lebih nampak ala-ala gadis melayu. Aku apa ada? Cakap pun macam petir. Mulut takde insuran. Suka cari pasal. Dah tentu orang selalu pilih yang lebih baik. Tak gitu?

    Lepas tu aku terfikir, perlu ke aku nak berubah ikut standard orang yang aku suka tu semata-mata untuk nampak ala-ala perfect gitu di mata dia? Perlu ke aku buang kawan-kawan yang dah lama bertapak dalam hidup aku semata-mata sebab dorang tu sama jantina dengan orang yang aku usya tu? Nanti dier jeles.

    Kawan-kawan aku tu semua jenis susah-senang-sehari-suntuk-kuar-melepak-tanpa-peduli-bau-badan-sama-sama tu... Mana ada kot nak cari kawan-kawan macam ni yang sama jantina dengan aku? Koman-koman pun nak enjoy sehari, setengah daripada hari tu mesti kena balik rumah, mandi-mandi lepas tu keluar lain.


    Kitorang masuk tv. Ko ada? Janji tv walaupun cuma cctv je.

    Dalam hati cakap, tak perlu la nak hipokrit kot. Kalo aku ada dier dan perlu mengorbankan kawan-kawan, tu gila namanya. 

    Agak susah kan nak cari manusia yang boleh terima kita seadanya? Tambah plak yang jenis pompuan macam aku. Ikut angin je nak jadik macam perempuan betul. Selalu angin lebih ke arah 50-50 walaupun bertudung. 

    Aku pernah dulu sekali. Tapi masa tu life aku takde la macam sekarang ni. Masa lepas zaman sekolah dulu. Dengan first love konon-konon aku tu. Masa tu aku masih ada stok ramai kawan-kawan pompuan. Dan macam baik jugak la aku ni kan. Lepas tu aku sambung blaja dekat tempat yang aku kena tendang tu. Ramai lelaki melebihi pompuan kot kat situ. Pastu da start gaduh-gaduh sebab dier sangka aku mesti sosial gila lepas tu.

    Lepas tu clash. Lepas tu aku kene kick out sebab fail. Bukan pasal dia ah. Tapi aku yang rebel pegi gaduh dengan lecturer. Lepas tu ok balik. Lepas tu masuk tempat aku belajar skang. Aku teramik course yang pompuan sangat minimum. Gaduh lagi. Sebab takleh terima hakikat yang classmate aku semua lelaki dan selalu hangout dengan aku dalam library sebab nak buat discussion.

    Hoiii... Apa kejadah kot kena cemburu teruk-teruk dengan classmates aku tu semua... 

    Ke aku yang tak berapa nak clear istilah couple tu cemana? 

    Aku rasa aku tak suka kot couple-couple ni. Sebab aku lagi suka melepak beramai-ramai dari cuma kuar dengan sorang lelaki. 

    Tambah lagi sebenarnya aku masih takut-takut dan trauma untuk rapat dengan sorang lelaki yang perlu dianggap istimewa. Yep. Trauma lagi. So, better aku keluar ramai-ramai. Dalam ramai-ramai tu pulak, aku pilih yang aku percaya macam dorang tu. Classmates aku semua baik-baik dan hormat perempuan.

    Macam dulu. Tanya la mana-mana je lelaki yang penah ajak aku kuar sesame lepas tahun 2006 tu... Semua kat mulut je cakap best kuar ngan kau. Tapi dalam hati? Haha... Confirm menyumpah-nyumpah kebosanan. Melainkan ada aktiviti sampingan seperti tengok wayang secara marathon atau menghabiskan masa main bowling. Lain-lain? Haha.. Hampeeehhh...

    Haishhh... Entah laa...

    Oleh sebab aku bakal jadik penganggur sepenuh masa selagi sebelum dapat kerja ni, baik tutup mulut diam-diam dan jangan tanya aku soalan bila nak kawen. Pasal semua yang aku usya tu semua pun ada awek lain yang lebih baik dari aku usya dia sama. Selalu potensi untuk aku yang menang tu memang tipis pasal aku suka mengundur diri untuk bagi peluang kat orang lain yang lebih layak.

    Haha.

    Friday, November 5, 2010

    Random #35

    Eh, Deepavali punya lagu raya apa ah?? Selalu kalo raya mesti ada lagu raya... Banyak pilihan plak tu... Lagu Saloma ada... P.Ramlee ada... Taon Baru Cina pun ade gak lagu... Ala... Yang GongXi GongXi tu... Ni nak sing-a-long apa sempena Deepavali ni?

    Ke aku yang tatau selama ni? Umah Ravi raya-raya Deepavali pun senyap je... Takde bunyi-bunyi lagu-lagu tamil hari raya...

    .... Atau...

    Perlukah aku layan lagu Gelimat sempena Deepavali kali ni?

    Wednesday, November 3, 2010

    Random #34

    Hek eleh... Ada lagi kan manusia jenis pegi gigih kuarkan duit banyak-banyak lepas tu layout kat mana2 pastu tangkap gambar lepas tu tag kawan-kawan konon duit hasil join apa ke nama login fesbuk dapat 100... Padahal biar je la duit tu duduk elok2 dalam akaun... Berani sangat printscreen online banking statement laa... Display nama penuh ngan no akaun skali... Ada berani? Hah? Hah? Hah?

    Aku butthurt tengok duit banyak-banyak ni sebenarnye...

    Monday, November 1, 2010

    Ehhh... Btol Ke Apa Nih?

    Sume orang tau ngan suke pasal blog Hanis Zalikha kan? Tipuuu laaa tak kenal... Hehe... Aku salah sorang reader dier jugak. Kadang-kadang je over rajin nak tinggal komen.

    Hahaha... Pastu mesti korang tau pasal video-video cute dari sorang mamat ni kepade Hanis Zalikha? Sweet kot. Heee... Mane punye ilham la dier dapat untuk wat video tu... =)

    Aku ade la komen. Entah apape je kot aku komen. Maklum la tengah pitam-pitam ngadap thesis dengan final exam kan... Kene le release tension sikit. Layan jugak la video-video itu. Heh. Pegi la blog Hanis tu cari... Malas plak mau letak link kat sini. xP

    Sekali ade plak pelawat guna nama dia. Tertanya-tanya aku mana link tu hala dan entah ye entah tidak mamat tu tinggal komen pasal aku komen blog Hanis.

    Ni bukti ni... Ni!! Ni!!!



    Hahaha... Bengong pegi letak besar-besar bukti. Link tu ke sini. Sila la like page dia. Haha.

    Ok la. Takde idea sebenarnye.

    Tengah hepi-hepi pasal kuar dengan ya sohabat lama yang balik bercuti tak berapa nak lama... Ye la, plannye aku blanja tengok wayang semua... Pasal dia pun gigih memberi kata-kata semangat time aku down sebab thesis yang menjeruk rasa membakar jiwa tu. Sekali semua fully sponsored plak. Tengs la bebanyak... Hehe. Sori takde gambar aku ngan dia. Sebab aku pun malas nak tangkap gambar. Seronok berjalan-jalan punye pasal. Padahal round dalam Midvalley je pun. T.T"

    Skang kalo bleh elak-elak gambar secara berdua je dengan mane-mane lelaki. Kang tak pasal-pasal plak kene gossip free. Tambah plak dah habeh blaja ni. Mesti kena aim saja je lah... *Oppss...*
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...