Saturday, November 27, 2010

Kene Tag Rupanya... [Part 1]

Lepas 17 hari baru aku sedar aku kene tag oleh budak kecik ini.

Once you have been tagged, you are supposed to write a not with 25 things, fact,
habit, or goal about you. At the end... Choose 20 people to be tagged
you have to tagged the person who tagged you. If i tag you.
Its because i want to know more about you...

Hahahhh... Banyak la kau... Mane aku nak cekau 25 facts nih... Dah tu siap kene tag 20 orang. Pejam mata je la nak tag orang balik ni... Nanti kene pukul plak kalo tag secara berleluasa dengan sesuka hati.

Korang tau tak betapa payahnye nak kumpul 25 facts pasal diri sendiri nih??

Siap +10 hari... Makna dah 27 hari tag ni terabai... Hahaha...

Mari tengok facts yang entah apape pasal aku nih. Sebab panjang sangat aku bahagi 3 part. Ingat tak letih ke nak menaip... Dah la aku ni suka bercerita...


#1] Bersaiz mini.

Ini memang obviously nampak dengan mata kasar. Aku memang kurang ketinggian sikit. Maklum la dulu-dulu arwah mama citer aku dilahirkan tak cukup bulan. Maka tumbesaran pun tak berkadaran langsung dengan konsisten pada setiap tahun. Apa kaitan? T.T Sebenarnye family aku jenis comel-comel semua. So, aku pun dapat la genetik comel tu sikit-sikit. Just bersyukur je dengan apa yang ada. At least aku ada kelebihan nak menyamar jadi budak-budak skolah bila keadaan terdesak. Kao mampu??


#2] Suka menghilangkan diri.

Ini pun habit jugak. Kadang-kadang tu time-time kecemasan terdesak gile babi kalo korang cari aku mesti tak jumpe. Haaa... Bunyi macam suka lari dari tanggungjawab je kan... Takde la. Bukan hilang sangat pun sebenarnye orang yang tak nampak aku sebab kecik sangat. T.T. Tu la alasan dorang. tak kreatif langsung. Ciss!!


#3] Suka ketawa.

Sikit-sikit ketawa. Kadang-kadang tak lawak pun sesaje aku ketawa jugak. Sebenarnye ni cara aku nak hilangkan rase nervous. Tapi orang selalu ingat aku jenis hepi-hepi tak kira masa dan suka-suki nak tayang gigi cantik T.T Nak ketawa ni pun tengok jugak keadaan. Ada tu orang siap tuduh aku gelak macam ikut skrip. Skema punya gelak. Gelak takde perasaan. Huhu. Boleh ke camtu? Tapi ketawa ni terapi hilangkan tekanan ye tak? Jadi, marilah kita ketawa. Heeee :D


Sekali gambar gigi yang kuar. Ahaha... Ni gigi aku. ORIGINAL!!!


#4] Kuat makan.

Bagi je apa pun. Tolak batu kayu je bak kata orang-orang tua. Selagi halal, aku sebat. Lagipun buat apa nak diet-diet ni... Bak kata arwah mama... Selagi ada selera ni makan... Nanti bila dah sakit, kena makan gune straw, time tu nak menyesal pun takleh dah. Mana nikmat nak makan ciken cop dalam bentuk cecair, ye tak? Tapi beringat la sama untuk kesihatan. Bukan main sedap hati belasah makan macam esok tu semua makanan pupus. Huhu.


#5] Kuat tido.

Bila dah mengantuk, tak kira la tempat mana pun aku selambe je tido. Hatta dulu masa kat ATMA, aku adalah antara kaki tido yang tegar. Tengah-tengah panas terik, dalam barisan tengah senang diri ke, sedia ke, selambe aku lelap. Kantoi pun pasal tak gerak ikut arahan. Time tu sedia la kene starlight ngan 'kayu sakti' stap ajar kawat tu. Sampai benjol dahi. Lepas tu tahan la telinga melekat gelaran "Flower Horn". Hahaha... Ok. Bawak moto pun aku pernah tertido. Sudahnye landing baek atas rumput-rumput semak. Lepas tu sambung tido sekejap sebelum buat-buat terkejut kenapa landing atas rumput padahal 2 minit sebelum tu tengah bawak moto. Jangan tiru ye adik-adik. Sangat bahaya. Huhuhh...


#6] Tak reti nak tiup belon. Tapi skang da pandai. HAHAHA.

Ini fakta. Bukan auta. Memang selama ni aku tak reti tiup belon sampai la masa presentation thesis mula-mula tu Ixu bagi belon yang dia beli lebih-lebih untuk kawan-kawan. Aku gigih prektis tiup ok? Hasilnye skang bleh laaa... Tapi tetap tak layak masuk pertandingan meniup belon.


#7] Pernah bercita-cita nak jadik pembunuh upahan.

Hah. Horror tak cita-cita? Ni semua gara-gara cerita all-time-favourite aku, "Silence of the Lambs". Suke sungguh dengan bunuh-bunuh ni semua. Oh, pernah jugak kene kaunseling sebab cita-cita macam jahanam ni. Terus lepas tu tukar cita-cita nak jadi arkitek. Cikgu kaunseling tu cakap gaji arkitek lebih tinggi dari pembunuh upahan ni.


#8] Tak takut dengan doktor.

Ini pun ramai orang pelik. Sejak kecik berani je nak pegi jumpa doktor. Even doktor gigi. Sampai dulu masa skolah rendah, tiap kali van yang angkut budak-budak pegi klinik gigi dekat hospital besar tu datang, mesti berharap-harap agar terpilih. HAHA. Bukan apa. Time tu je dapat peluang pegi jalan-jalan dalam waktu sekolah. SANGAT SERONOK OK? Aku jugak sejak kecik tak pernah takut kalo orang konon ejek-ejek nanti pegi jumpa doktor, doktor injek. Nak tau kenapa? Ni arwah mama la citer. Masa umo berapa ntah yang kene injek kat paha tu, masa doktor tu injek aku, jarum bley patah plak kan. Tapi aku tak meraung pun. Buat muka super cool. Bekas lekuk kat paha tu ada lagi sampai sekarang. Aku pun sampai harini musyikil camne jarum tu bleh terpatah masa tu. T.T


Phuh... Esok sambung lain. Sabar eh sabar... Hehehe...

1 comment:

mE said...

chantek gigi...hohoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...