Kalau aku lelaki, mesti nampak serabai kan dengan rupe bermisai berjambang segala... Mujur jugak la aku pompuan.
Okeh. Sebenarnya 2 hari kot aku tak mandi. Haha. Penangan buat draft report thesis bagai nak gile. Bayangkan pegi presentation pun tak mandi sebenarnye. Ha. Bayangkan. Bayangkan.
Lepas tu konon dorang kasik chance aku upgrade report aku dan aku diumpan kalo draft tu bleh buat dorang puas hati dengan result sama analysis yang aku dapat tu... Okeh la lepas.
Tapi sad ending kot. Tadi aku pegi hantar draft thesis yang berunsurkan ilmiah yang aku pun macam tak caya bleh taip tebal-tebal macam tu... Examiner aku macam dah ok dah sebab improve la dari semalam. Setakat grammar error tu stendet la. Kata taip masa tengah mamai-mamai. Janji format dah cantek. Tapi dia macam tak puas hati satu benda. So, refer la kat koordinator plak.
Koordinator tu tanya pandangan examiner. Examiner cakap bleh je lepas, cuma ada sikit grammatical error tu je la, dengan graf yang dah asing tapi masih macam semalam. Dier nak style lain. Pastu koordinator bleh buat muka tak puas hati plak pasal examiner cakap report aku dah ok. Dia tak puas hati pasal tak pernah tengok projek aku jalan secara live. Video saje tak cukup. Aaaahahaha...
Pastu kitorang pegi jumpa supervisor aku plak. Aku macam sikit facepalm sebab aku tak pernah nak consult supervisor pasal report apatah lagi nak jumpa selalu. HAHAHA... Dorang bincang apa benda ntah. Pastu supervisor aku jumpe aku personally. Siap tanya aku dah berapa lama blaja kat situ weh. Ahahaha... Last-last dia cakap takpe kot kalo dia BAGI PELUANG untuk present lain next semester, tapi pastikan bende project aku tu bergerak. Wah kau... Berkias kot. Siap pesan nanti 22 November, pegi jumpa dia amik balik report tu dan repair apape yang patut.
Wah-wah-wah... Takde nak berterus terang kot cakap status thesis aku TS. TS tu macam tak siap la. Tapi sebenarnye aku tau dorang tak puas hati nak jugak tengok project tu gerak-gerak depan mata. Ye lah kau, pegi presentation naik moto. Abes la semua barai at first place. Hehehe...
Langkah pertama untuk menghadapi masalah TS-TS ni adalah amik lesen kereta. Sapa setuju?
Lepas tu baru fikir benda lain. Sekarang ni lepas tau status tu aku tak pasti kenapa aku sangat gembira tanpa sebab. Mungkin sebab aku tak payah nak allocate duit untuk buat hardcover tu kot. Haha.
Sekarang aku cuma perlu berharap supaya takde satu pun subjek yang perlu repeat semester depan. Agar nanti cuma thesis aku je yang tinggal. Nanti boleh balik Penang cari kerja dulu. Kalo la takde subjek fail, first thing akan aku buat pada first week start kelas 22 November nanti adalah setelkan transkrip diploma aku dulu-dulu tu.
Cari keje dengan diploma dulu saje la. Technician pun technician la... Janji kerja.
Whoah!! 22 November???
Siot cuti aku lepas final exam semester ni burn begitu sahaja. Takde serupa cuti langsung sebab tak balik Penang. Wuarghhh... Kembalikan cuti akuuuuu~~~~!!!
3 comments:
fuuuuu. xmandi?kau engineering in apa?
::matahari::
mechatronics. haha... tak mandi siap...
wow. mekatronik! nt sem1 lagi apply uitm lg x?jd kau department mekanikal la kan?
Post a Comment