Kenapa bila aku start suka dan saje-saje usya seseorang tu... Kenapa masa tuuuu jugak laaa ade je manusia lain yang usya dia jugak. Dan lebih berani dari aku. Apsal selalu camtu ha? Padahal sebelum ni bila aku takde nak bagi perhatian dekat orang yang aku tetibe nak usya tu, sape pun takde hingin nak usya dier. Plus, aku jugak la tempat dier kaco-kaco sebab kebosanan. Sampai ada masa aku yang rimas. T.T
Ye lah. Aku jenis sedar diri sikit. Sebab yang usya seiring dengan aku tu biasanya lebih lawa. Lebih cantik. Lebih nampak ala-ala gadis melayu. Aku apa ada? Cakap pun macam petir. Mulut takde insuran. Suka cari pasal. Dah tentu orang selalu pilih yang lebih baik. Tak gitu?
Lepas tu aku terfikir, perlu ke aku nak berubah ikut standard orang yang aku suka tu semata-mata untuk nampak ala-ala perfect gitu di mata dia? Perlu ke aku buang kawan-kawan yang dah lama bertapak dalam hidup aku semata-mata sebab dorang tu sama jantina dengan orang yang aku usya tu? Nanti dier jeles.
Kawan-kawan aku tu semua jenis susah-senang-sehari-suntuk-kuar-melepak-tanpa-peduli-bau-badan-sama-sama tu... Mana ada kot nak cari kawan-kawan macam ni yang sama jantina dengan aku? Koman-koman pun nak enjoy sehari, setengah daripada hari tu mesti kena balik rumah, mandi-mandi lepas tu keluar lain.
Kitorang masuk tv. Ko ada? Janji tv walaupun cuma cctv je.
Dalam hati cakap, tak perlu la nak hipokrit kot. Kalo aku ada dier dan perlu mengorbankan kawan-kawan, tu gila namanya.
Agak susah kan nak cari manusia yang boleh terima kita seadanya? Tambah plak yang jenis pompuan macam aku. Ikut angin je nak jadik macam perempuan betul. Selalu angin lebih ke arah 50-50 walaupun bertudung.
Aku pernah dulu sekali. Tapi masa tu life aku takde la macam sekarang ni. Masa lepas zaman sekolah dulu. Dengan first love konon-konon aku tu. Masa tu aku masih ada stok ramai kawan-kawan pompuan. Dan macam baik jugak la aku ni kan. Lepas tu aku sambung blaja dekat tempat yang aku kena tendang tu. Ramai lelaki melebihi pompuan kot kat situ. Pastu da start gaduh-gaduh sebab dier sangka aku mesti sosial gila lepas tu.
Lepas tu clash. Lepas tu aku kene kick out sebab fail. Bukan pasal dia ah. Tapi aku yang rebel pegi gaduh dengan lecturer. Lepas tu ok balik. Lepas tu masuk tempat aku belajar skang. Aku teramik course yang pompuan sangat minimum. Gaduh lagi. Sebab takleh terima hakikat yang classmate aku semua lelaki dan selalu hangout dengan aku dalam library sebab nak buat discussion.
Hoiii... Apa kejadah kot kena cemburu teruk-teruk dengan classmates aku tu semua...
Ke aku yang tak berapa nak clear istilah couple tu cemana?
Aku rasa aku tak suka kot couple-couple ni. Sebab aku lagi suka melepak beramai-ramai dari cuma kuar dengan sorang lelaki.
Tambah lagi sebenarnya aku masih takut-takut dan trauma untuk rapat dengan sorang lelaki yang perlu dianggap istimewa. Yep. Trauma lagi. So, better aku keluar ramai-ramai. Dalam ramai-ramai tu pulak, aku pilih yang aku percaya macam dorang tu. Classmates aku semua baik-baik dan hormat perempuan.
Macam dulu. Tanya la mana-mana je lelaki yang penah ajak aku kuar sesame lepas tahun 2006 tu... Semua kat mulut je cakap best kuar ngan kau. Tapi dalam hati? Haha... Confirm menyumpah-nyumpah kebosanan. Melainkan ada aktiviti sampingan seperti tengok wayang secara marathon atau menghabiskan masa main bowling. Lain-lain? Haha.. Hampeeehhh...
Haishhh... Entah laa...
Oleh sebab aku bakal jadik penganggur sepenuh masa selagi sebelum dapat kerja ni, baik tutup mulut diam-diam dan jangan tanya aku soalan bila nak kawen. Pasal semua yang aku usya tu semua pun ada awek lain yang lebih baik dari aku usya dia sama. Selalu potensi untuk aku yang menang tu memang tipis pasal aku suka mengundur diri untuk bagi peluang kat orang lain yang lebih layak.
Haha.
No comments:
Post a Comment