Sunday, November 28, 2010

Kene Tag Rupanya... [Part 2]

Ahaha... Sambung semalam punya cerita tag. Kat mana kita?? Oh, ye fakta ke-9...

#9] Membesar dalam negeri/negara yang kecik.

Sejak kecik aku membesar di dua tempat. Pulau Pinang dengan Singapore. Ahaha... 2-2 tempat adalah kecik di mana nak pegi mana-mana pun sekejap je sampai. Sebab tu masa kecik-kecik kalo arwah ayah nak bawak jalan-jalan pegi umah mak sedara kat Ipoh ngan KL, dia punya teruja tu macam ajak naik flight pegi oversea. Konon jalan jauh gila la. Lepas tu suka la nak buat muka kesian suruh berenti kat mana-mana R&R. Sebab nak beli jajan. Padahal awal-awal lagi arwah mama dah siap buat bihun goreng buat bekal dalam tupperware besar. Lepas tu merantau ke Perlis. Pun kecik jugak. Tiba-tiba kena sambung study dekat Selangor, terus jadi batak. Lebih-lebih lagi masa mula-mula Unisel ni pindah ke kawasan pedalaman tu. Mula la rasa kenapa la Malaysia ni besar sangat T.T


#10] Tak suka study.

Sejak skolah rendah lagi aku ada habit ni. Memang tak suka langsung nak buat apape revision. Sekarang ni je macam terpaksa. T.T Ini juga merupakan punca kenapa aku kene reject untuk interview contoh pelajar masa skolah rendah dulu-dulu. HAHA. Ye lah. Aku mana ada life yang nampak macam struggle gila nak dapat terbaik. Keje aku balik skolah, layan tv sampai lebam. Ada homework, baru buat homework. Abes homework, layan tv. Pusat tuisyen pun tak pernah kenal apa benda tu... Apatah lagi nak jejak ke situ. Nak kata tiba-tiba aku baca buku... Hmm... Curi-curi baca majalah Gila-Gila yang abang aku beli secara senyap-senyap dalam bilik abang aku tu ada la... Sebab majalah tu jugak masa umur 5 tahun aku dah pandai membaca sebelum pegi tadika. Sebab aku rasa musyikil je dengan cerita abang aku. Nampak gambar katun lain, tapi abang aku macam cerita lain sebab dia malas nak layan aku yang banyak tanya sangat. :D


#11] Sejak kecik sampai sekarang mempunyai kurang dari 10 orang kawan perempuan yang rapat.

Sebelum aku tadika, arwah mama je kawan aku. Masa aku tadika, ada la sorang kawan pompuan kat tadika dengan kat umah. Yang kat umah ni putus sahabat lepas aku gunting rambut doll dier. Huhu. Kata main saloon-saloon. Kena la potong rambut. Budak-budak sebaya aku kat kawasan umah aku semua lelaki. Masa sekolah rendah pulak, kawan-kawan aku yang awal-awal adalah budak-budak cina pompuan. Dari dorang la aku bleh cakap cina sikit-sikit. Tapi Hokkien la. Sekarang jangan harap la nak ingat. Banyak dah lupa. Sekarang pun kawan-kawan aku berapa orang je pompuan. Memang kurang dari 10. Harap dalam fesbuk je ramai. Tapi tak semua aku rapat. Add sebab pernah satu skolah je. Dan mempunyai mutual fren yang super-duper ramai.


#12] Tak suka shopping mall.

Bosan gila kot. Dah la sejuk dalam shopping mall tu. Kedai pulak banyak tak kena dengan cita rasa aku. Melainkan certain floor yang ada jual gadget-gadget. Ataupun floor yang banyak kedai makan. Letih kot nak jalan 1 shopping mall tu. Cukup la sekali pengalaman aku ikut akak ipar aku marathon 3-4 pasaraya untuk cari baju raya-kasut raya-seluar raya anak-anak buah aku. Huhuh... Dia yang puasa steady. Aku yang takleh puasa plak kemain la teruk letihnya. Kalo nak lepak... Aku lagi suka lepak tepi pantai. :D


#13] Suka gadget tapi tak mampu beli. T.T

Jeles tengok kawan-kawan yang ade macam-macam gadget. Aku pun nak jugak. Tapi tak mampu nak beli je. Sedih. T.T Tapi aku sedar. Banyak bende yang lebih penting dari gadget tu. Tu semua kemahuan je. Lagipun still boleh cuba-cuba bila ada promotion ke apa kan? See... Bleh guna secara percuma gitu. Tapi takde la sampai aku nak berumah kat tempat tu semata-mata nak explore satu-satu gadget tu sampai puas hati.


#14] Ada "kuda peliharaan" bernama Jonny.


Citer banyak pun tak guna. Letak gambar sudah. Mesti kenal kan mende ni? Paling star dalam blog ni.


#15] Suka komplen cerita hantu kat tv.

Jangan tengok cerita seram dengan aku kalo taknak mood seram tu ilang. Sungguh! Tak caya tanya Kak Syima. Benda seram-seram boleh jadi bahan gelak. Haishh... Aku jugak jenis suka sangat dengan kegelapan. Kategori berani-berani ayam jugak la aku ni pun. Hehe.


#16] Perangai tak macam umur sebenar.

Takde kesedaran diri bahawa dah umo 25 tahun. Tapi perangai macam masih belasan tahun. Dah rupe pun lebih-kurang. Pegi mana-mana pun mesti ada orang nak check IC tengok betul tidak umo tu. Pernah kena tahan sebab polis tu sangka lari dari rumah. Paling berat dia boleh tuduh curi IC kakak. Sejak bila la arwah mama pernah beranakkan seorang kakak untuk aku... Huhuhh... Camne nak nampak matured eh?


#17] Sangat suka benda-benda kiut.

Rasa macam nak picit-picit!! Masa kecik-kecik pernah picit anak ayam sampai tinggal nyawa-nyawa ikan sebab geram sangat. Mujur la beliau dapat diselamatkan. T.T


#18] Sayang kucing.

Takleh tengok kucing yang tak dapat kasih-sayang. Tapi kalo kucing tu jenis dengar cakap ngan paham bahasa laaa... Kalo tak, terpakse bersikap kejam yang tak berapa kejam sangat. Ye lah. Sampai hati nak jentik telinga je pun. Nak buat kejam-kejam macam orang lain yang anti dengan kucing ni, sumpah tak sanggup. Huhu...


Aishh... To be continue la plak... Kekeke... Jangan marah haaa... :)

6 comments:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
ber tag tag sekarang
suka yang no 10

Aslina said...

::b.r.u.t.a.l.s.o.l.o::
ni tag terabai dekat sebulan... baru terjumpe tag ni... tatau la kalo2 sebelum ni pun ade tag jugak tapi tak perasan... hehehe...

apsal plak ske no.10 tu??

~Cinta Cukulet~ said...

uik...kamu dh 25? hai kakak ;p

Aslina said...

::cinta cukulet::
25 dalam ic je... hakikat sebenar baru 15.... hehehehe...

Anonymous said...

Camne nak nampak matured eh?

kahwin dgn laki yang ada family (suami org)....hehe

Aslina said...

::anonymous::

wahhh... mesra sungguh cadangan anonymous tu... hahaha...