Friday, July 30, 2010

Muahahahahahh... Aku Puas Hatiii~~!!! MLM Tu Tumpasss~!!!

Biasa la aku dengan berita-berita sensasi ni lambat sikit nak komplen kat sini... Tatau la kenapa... Tapi dengan terbongkarnye mende ni sebab polis buat rush tangkap dorang... Skang aku dengan berbesar hati nak GELAK BESAR dekat sesape yang pernah kutuk-kutuk aku dengan osmet aku yang kurang berminat nak join segala jenis atok-nenek MLM ni.

Kazen osmet aku pernah kot bawak kitorang kuar jalan-jalan sebab nak ajak osmet aku join MLM camtu. Mujur jugak la osmet aku ada alasan yang bernas cakap dia dah memang takleh buat loan dah. Tapi gigih jugak tu nak convince osmet aku bahawa kalo nak buat loan join mende tu, senang-senang je approve walaupun overlimit.

Aku pun kemain la jugak dorang pengaruh sebab aku student. Ada student lain pun join dan da balik modal la apa jadah tu semua. Aku pulak diam je la. Last-last lepas dorang dah abeh cakap, aku cakap la aku memang tak mampu pun nak buat semua tu sebab takde sumber duit, kalo tiba-tiba aku tambah loan luar, mau PTPTN tarik balik pinjaman aku. Risk wohh... Kalo mende tu tak menjadi? Celah mana aku nak cari duit bayar yuran? Jangan buat bende mengarut final-final semester ni.

Nak tengok gambar-gambar yang dorang umpan-umpan orang suh join masa aku ikut osmet aku pegi taklimat tu tak?


Ramai kan? Yang pegang-pegang mic tu kira yang dah join la. Dorang siap buat bagi RM50 free-free je... Makan kat seafood mahal-mahal tuh. Order apa je suka. Memang mewah gila la makan free. Tapi sebab kami lambat sampai, maka table penuh. Satu tempat macam hall tu, dorang saja-saja la tempah. Apa yang aku tau, tokey kedai makan tu sure senyum sampai telinga sebab untung gila-gila malam tu. Maklum la, tempah tempat saja pun dah berapa kan...

Keta mewah takyah citer laa...


Camni hah...!!! Masa aku publish gambar-gambar ni dekat fesbuk, abang aku laju je tanya mana aku tengok keta-keta tu. Siap amik buat profile pic kot. Tapi aku cakap kat abang aku, tu semua dunia punya hal. Diam-diam duduk sudah.

So, alkisahnye, ada sorang kawan aku letak status malam hari Selasa haritu. Dekat-dekat pukul 11.30pm jugak la status dia. Polis buat serbuan angkut keta-keta mewah segala. Aku pun menyibuk la komen sebab lepas acara tu, selain aku dengan osmet di bawak makan tauhu bakar best dekat Port Klang tu, dorang gigih angkut kami ke tempat yang polis buat serbuan tu. Katanya selalu gathering kat situ. Memang ramai pun lah. Siap nak bawak jumpa sapa entah dia dulu kerja jaga, sekarang orang pulak kena "jaga" dia.

Bajet superb habes lah.

Dalam fesbuk tak payah cerita jugak lah. Kalo pasal MLM ni, siap dok kutuk kawan-kawan yang taknak join segala sebab katanya takmau ubah nasib la, sampai bila nak makan gaji la, rugi la, apa segala. Semua game psiko kot. Aku selama ni percaya MLM ni stok-stok macam abang aku dengan kakak ipar aku join macam Zhulian tu, Cosway, tu aku percaya la. Sebab barang bagus, dan kalo jadi ahli, lagi la macam-macam benefit dapat. Tak payah nak buat pinjaman banyak-banyak pun nak join.

Dah la dok tagging aku dekat gambar-gambar duit segala. Oh, tu citer lain.

Aku pun main guess je dekat status kawan aku tu. Cakap aku tau geng-geng yang ada keta-keta mewah ni. Tak sangka plak keta kena angkut sama. Dalam hati memang dok syak dah tu geng-geng Friendsclub la, Familyclub la, entah apa merepek-repek punya nama lagi la yang nampak macam mesra alam mengeratkan silatulrahim antara sesama ahli kuarga dan rakan-rakan. Padahal kawan makan kawan.

Sekali betul daaa... Siap terang-terang mention nama dalam surat khabar online tu... Aku siap print screen ni berita kat Berita Harian online. Bleh click gambar tu pegi ke berita panjang-panjang tu.


Memang sumpah aku gelak besar baca berita ni. Seriusss... Rasa puas hati sangat bila dorang kene angkut secara besar-besaran macam ni dengan polis. Lepas tu rasa macam nak jalan mendada depan orang yang sibuk-sibuk promote aku join mende ni dalam fesbuk sana. Yang aku kenal, tak kenal, semua belasah je aku nak berlagak sebab... Dorang tu dah la kena tipu buat loan yang tak berapa nak penting pun... Konon nak cepat kaya.


Rasa laa... Merana kot walaupun tak baik gelakkan orang... Tapi aku sangat-sangat puas hati. Semoga government cepat-cepat la reveal pasal ciri-ciri MLM berunsur tipu seperti dijanjikan kat sini. Biar orang-orang ni CELIK MATA SIKIT.

Ubah kehidupan konon. MLM macam ni, bukan ubah kehidupan ke arah lebih baik, makin menjahanamkan hidup ada la... Gila apa pasal MLM macam ni dah la boleh putus kawan, buang keluarga semua. Nak join MLM pun, biar la yang untung sikit-sikit sebab jual barang tu. At least nampak jugak apa benda hala tuju dia. Biar lambat asal selamat orang cakap? Dari join MLM sebab tipu orang... Apa pun tak dapat. Rugi dok ada la. Tak pasal je kene bayar loan yang sebenarnya nilai dia boleh guna untuk set-up perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.

Sorry la kalo entry ni memang kutuk gila pasal MLM jenis tipu orang ni. Padan muka la. Memang dorang layak pun kene hanjeng kaw-kaw kat sini. Takde aku nak kesian-kesian lagi dah. Sendiri mau ingat lahh... Otak ada, sila guna dengan bijak lain kali...

Thursday, July 29, 2010

Gila Offer Mantap Kot...

Mesej paling superb yang pernah aku dapat dalam Tagged.Selalu dapat mesej copy-paste dari foreigner je. Kali ni real plak. Siap salah eja bersepah-sepah.

Suma gara-gara aku letak status ala-ala mencari cinta. Konon lah. Macam la aku percaya sangat dengan cinta-cinta ni. Bukan boleh buat tesis aku siap sekelip mata pun.

"How are you? Currently I'm seriously looking for a special girlfriend or a woman which looking forward for marriage. Let me intro a bit about myself, i'm 170 cm weight 55 kg, I'm mixed and currently I'm working in Penang. If you are not in penang, I will still consider if you are willing to meet me in person. I'm not very particular in your status. If you are interested, please contact me at this email address man2hire@gmail.com and we will start the relationship from there onward. Sincererity is a must because i don't want to waste my time and your time too. Only serious person may reply to the email. You can also reply in Bahasa Malaysia or English which ever you prefer. Hope to know u better.Tq"

Sapa-sapa berminat, boleh contact dia. Tengok kat profile, umo dia baru 24. Gambar profile nak Aaron Aziz je. Bajet hemsem la. Aku balas balik secara rilek-rilek je kat mesej dia;

"Sounds desperate. Btw, I'm not really that desperate to be in serious relationship. Good day, pal"

Heh.

Macam celaka tak?

Wednesday, July 28, 2010

Lensa Buruk The Contest

First-first terjah blog akak Ell sebab tajuk dia yang menarik ni, terus nampak nama kena tag untuk join contest ni jugak. Bwahaha... Punya la excited nak join contest ni sebab contest ni cuma untuk kamera bawah 10 MP je. Dan atas dari 1.3 MP. Ecehh... Kira aii layak la join. Kebetulan aii agak suka tangkap-tangkap gambar ni.

Ini penganjur yang baik hati serta budiman itu.


Comel bukan? Harap-harap ada la markah extra sebab puji-puji ni. Heh. xP

Ok... Tanpe membuang masa, mari kita tengok gambar apa yang aku gedik sangat nak letak bertanding mencuba-cuba nasib ni. Ini pun lepas buat rujukan dekat blog-blog lain yang dah bertanding, sebab ingatkan kena gambar hitam-putih je. Sekali kaler pun buleh daaa...

Taraaaa... Ini diaaa...

Macam pernah je upload gambar ni... Tapi entry mana ya... *malas nak cari*

Tajuk foto : Epal-Epal Kenduri
Model Telefon Bimbit : Nokia 5610 Xpress Music
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana ....

Cerita-cerita dalam blog (sampai yang sempat saye jengah-jengah) semua ada gambar dan tentunya gambar sendiri-sendiri. Best woo baca blog bergambar yang tak guna gambar gugel. Unik wohhh~~!!!

Pastu syarat-syarat...

Hmm... Bla... Bla... Bla... Pumpang...Pumpang... *Bley pi sini baca* Suma setel. Rasa-rasa dah cukup umo syarat dah ni. Ok. Setel. :p

Tak lupa jugak jampi sikit-sikit untuk menang sambil tiup-tiup dekat laptop sikit.

Err... Kena tag kawan-kawan ke?

Sapa terbaca ni, wajib buat. Kalo takkk... Esok pagi korang bangun tido, kepala botak sebelah. Hahahh... Takut tak?? Takut takk???

Tuesday, July 27, 2010

Hmmphhh... Mulut Orang, Kan...

First of all, congrats kepada team EIMARace Unisel yang berjaya dapat tempat pertama buat 2 tahun berturut-turut. Aku tamau komen lebih-lebih pasal suara-suara sumbang yang kutuk Unisel macam-macam lepas pertandingan tu Sabtu lepas. Sebabnya, aku pun tak berada di tempat kejadian.

Dan aku cuma tahu usaha dorang sangat berbaloi bila dalam waktu yang singkat dan pack gila, dengan budak-budak fakulti yang terlibat tu sangat lah limited sebab masing-masing pulun dengan engineering projek, mana dengan lab report, assignment yang memang dapat stok-stok selalu last minute sebelum final exam, test, re-test, final exam, dalam masa yang sama, ada yang terlibat dengan Perodua Eco-Challenge tu (2nd Runner up, beb! Congrats lagi!) Lepas tu dengan EimaRace ni lagi... Memang tough la budak-budak yang terlibat tu. Masing-masing muka tak boleh blah je rupa masa masuk kelas. Punya sewel macam mati bini.

*Gambar ni aku amik dari orang yang tag aku dekat fesbuk. Sebagai budak engineering, memang aku bangga gila jugak la dengan kawan-kawan aku. Credit to tukang upload dan diz pic was captured by Raymee Yunus.*

Tabah la kan orang nak cakap apa pun, sebab dorang bukan dalam situasi korang. Aku pun takleh nak bagi komitmen mantap macam korang. Dah la budak engineering pun berapa kerat je dalam fakulti tu. Harap bangunan je besar. Lepas pukul 3.30 petang tiap-tiap hari, terus fakulti tu sunyi sepi macam rumah mayat. Padahal tempat lain kemain meriah lagi dengan manusia sampai ke malam. Memang misterius sikit fakulti engineering dalam Unisel ni. Dah la ujung-ujung alam.

Yang pastinya aku memang percaya budak-budak ni dah buat habis baik dah
dalam bidang dorang, walaupun fakulti kitorang cuma ada course yang sangat lah basic-nya untuk engineering. Tak macam U lain... Spesific ada Engineering Automotive segala, tapi aku bajet budak-budak ni semua guna kepakaran dari tempat belajar yang lepas-lepas, pengalaman sendiri, etc. Buat U lain yang sibuk-sibuk cakap segala benda tempah la segala... Untuk pengetahuan korang la kan, sepanjang yang aku tau, benda-benda macam ni, lecturer bukak tender untuk budak-budak ni antar proposal dan pilih yang team mana yang sangat mantap cadangan untuk upgrade benda sedia ada, team tu la terpilih. No matter kau mekanikal ke, electrical ke, electronics ke, mechatronics sekalipun. Civil pun ok saja kot? Janji ada bahan, ada team work, ada komitmen, tight time pun takde hal.

Kalo facts aku salah, sori lah. Tapi sepanjang apa yang aku tau, itu la yang selalu aku nampak pun. Bab budget pun, walaupun kitorang IPTS, tapi bukan la well-known dan kaya sangat seperti yang orang sangkakan. Kalo kaya gila, takde la tiap kali buat proposal budget nak buat aktiviti, yang approve cuma tak sampai separuh dari proposed budget. Takda la time exam, kewangan begitu menekan budak-budak suruh setel semua hutang-hutang baru boleh amik slip exam, tanpa kompromi kecuali kalo alasan betul-betul munasabah. Sampai yang tengah buat tesis ni pun langsung semua pakai duit sendiri. Nak kata well-known pulak, tu untuk cerita Dunia Baru yang kadang-kadang aku rasa entah apape tu adalah. Kira good effort apa budak-budak ni pulun nak buang "stiker" Dunia Baru tu dari sinonim sangat dengan Unisel. As the kick-start, mula-mula skali budak-budak Civil dah tunjuk taring kongker buat kayak paling ringan tu. Fiber apa ke nama entah. Lepas tu naik lagi sebab CanSAT, then keep on naik untuk Perodua Eco-Challenge, EimaRace nih, dll. Bukan nak bangga terlebih-lebih... Tapi serius a reality yang Unisel ni bukan well-known sangat pun sebelum semua-semua ni selain Dunia Baru tu.

Sebagai contoh la, masa aku tercampak praktikal dekat Intel dulu. Sebelum aku mana ada student Unisel lain yang praktikal di situ? Memang nasib baik kot dapat praktikal situ, dan mula-mula sekali bila aku sebut Unisel, semua terpinga-pinga... Wujud ke universiti tu? Kat mana? Kalo makcik-makcik/akak-akak operator plak, reaksi dorang... "Ohhh.. Yang Dunia Baru tu ye? Depa belajaq sama ngan ampa ka?" Wah, meriah kot budak-budak tu sekelas ngan kitorang nih. Tak hagak betul. Lepas aku, ok la, well-known sikit dalam company besar macam tu. At least.

Tiba-tiba aku sayang gila dengan fakulti aku, Unisel dan kawan-kawan aku. Sebab? Tahun depan aku takde kat situ dah. Yeayy...

Dah, dah... Jangan nak mengarut lebih-lebih. Sila sambung buat tesis anda. Sekarang dah minggu ke-5 pun. Wuuu~~~~ :'(

Sorry la kalo rasa menyampah sebab aku bangga-banggakan Unisel dengan fakulti kejuruteraan nih. Tak suka jangan baca, ye tak? Kalo rasa nak komen kutuk-kutuk aku pasal bukak cerita ni, takpe la silakan je. Aku liberal. Tak kisah pun. Tapi kalo nak kutuk pun, kutuk betul-betul la, ada fakta, ada hujah, dan jangan nak berlindung dengan nama anonymous.

Thursday, July 22, 2010

Saya Adalah Saksi Kemalangan Dan Saya Trauma.

Gile tak tajuk?

Siyes tak main-main la aku saksi kemalangan. Dah la depan mata beb! Sumpah trauma.

Kemalangan apa?

Jeng... Jeng... Jeng... Tu la nye jadik isu hangat kat fesbuk antara aku dengan osmet aku. Tapi kitorang dok buat main-main plak taknak citer bende sebenar. Err... Tapi yang bab trauma tu memang aku tak tipu lah. Memang trauma kot.


Ni la lokasi kejadian. Biasa la rakyat Malaysia memang jenis busy body nak amik tau satu-satu hal terjadi. Tapi ni version kanak-kanak la. Aku pulak sejak nampak kemalangan tu terus macam berani-berani takut nak ke tempat yang korang nampak agak basah tu. Tu tempat kesan darah la tuh. Jiran sebelah yang cucikan. Huhu...

Ok lah. Malas nak bagi korang berteka-teki lama-lama. Sebenarnya yang eksiden tu adalah SEEKOR ANAK ANJING. Depan mata aku masa tengah feeling-feeling nak buang taik kucing dari pasir dorang tu. Mau tak terkejut. Dah la mula-mula sebelum kejadian anjing tu pun macam blur je jalan-jalan siap salah masuk kawasan umah aku ni ha.

Heh. Amacam? Mesti terasa hampeh je kan baca entry nih. Cuma aku tak bleh blah je bila sebenarnya kejadian yang berlaku depan mata aku tu, eksiden tu... Walaupun keta tu cuma langgar sekor anak anjing... Tapi at least bila dah rasa langgar sesuatu tu... Kurang-kurang pun berenti la tengok ke apa... Ni tidak... Jalan terus macam takde apape terjadi.

Teruk la orang macam tu... Tau la bawak keta besar, Avanza... Takkan la langgar pun tak rasa. Actually anak anjing tu pun da sikit besar. Memang nampak la. Kalo ye pun benci anjing, boleh tak ada rasa simpati sikit berenti turun dan tengok? Tak pasal je berbakul-bakul kene maki dengan tuan anjing tu.

Tapi aku rasa yang langgar tu memang benci anjing lah. Sebab tu dia blah buat tak reti je.

***UPDATE SEJEMPUT***

Nak tengok gambar lebih-lebih dan betapa semangat 1Malaysia nya jiran-jiran sini menghadapi pemergian seekor anak anjing, sila la ke sini

Wednesday, July 21, 2010

Takde Nak Tulis Panjang-Panjang.


Ini namanya melawan tuan. Ni lah keje dorang. Asal aku balik kelas je, penat-penat terbayang-bayang katil nak landing, dorang pun laju je meluru ikut aku masuk dalam bilik. Tengah aku sibuk-sibuk nak letak beg, bukak tudung, salin baju segala, dorang pun baek je landing atas katil aku. Siap kongker katil aku.

Abeh tu aku nak menyempit celah mana? Tengok la si Jacob tu. Kepala elok atas bantal siap. Aishh... Melawan tokey betul kucing-kucing ni.

Sorry gambar blur. Bukan selalu dapat tangkap gambar candid dorang ni. Nak cepat punya pasal. Lambat-lambat kang dah tak pose camtu dah.

Phergh. 3 hari tak update. Bukan sebab sibuk. Tapi, entah. Malas kot.

Sunday, July 18, 2010

Rimas La, Rimas... Tak Paham Bahase Ke??

Buat kesekian kali aku nak mengamuk kat sini. xP.

Kenapa la perlunye wujud manusia yang tak paham bahasa? Aku rimas betul dengan orang yang bile aku dah buat tak layan, tapi tak paham-paham lagi yang aku super-bosan dengan perangai dier dan keep on begging for something yang memang aku takkan buat dengan dier. Contohnye jumpe la. Aku rasa aku ok je kalo sekali aku cakap, orang dah terima. Dan alasan aku pun cukup munasabah apa? J.A.U.H. Jauh. Dan sebagai student sepenuh masa, aku rase aku ni takde hari yang senang-lenang ada duit, melainkan kalo ada pun banyak lagi benda penting yang aku kena setel selain nak melabur ke arah bukan-bukan.

Ok lah. Kalau taknak terima alasan jauh tu, sebab mungkin akan dipersoalkan, kenapa dulu awak boleh je jumpa saya?

Dulu lain lahhh... Masa tu kalo aku takde duit pun sumber kewangan lain masih ada... Sekarang? Ada ke orang peduli kalo aku hari-hari makan megi je? Atau ada ke orang kisah kalo aku takde duit nak isi minyak moto?

Lagipun bukan aku taknak terus-terang, tapi aku takut ko kecik hati je. Sebab perangai kau annoying sangat pantang tengok aku online je nak terjah... Jadi aku pun berterus-terang la bahawa kau adalah sangat membosankan. Apa gila aku keluar dengan orang yang suka biar aku cakap sorang-sorang, takde respon dan bila aku cakap orang tak fokus aku cakap, aku diam pastu dia boleh pulak tanya kenapa diam dan suke dengar aku cakap. Gila apa orang camni?

Dan tiap patah perkataan kalo kuar dari mulut dier pun buat aku rasa loya gila. Geli. Huh. Aku bukan stok-stok sasterawan negara nak bercakap bahasa tinggi-tinggi ni. High level language programming tu aku tau la. 1000x aku sudi kalo ko sudi sembang dalam high level language dengan aku. Hah. Ada berani?

Kalau ada sekali aku pernah state pompuan sangat complicated, aku rasa lelaki yang desperate adalah 70x lebih complicated dari pompuan gedik.

Lelaki-lelaki idaman aku takde la semestinye lagi bijak dari aku. Kadang-kadang pun bengap pun aku suka jugak. Sebab tu dulu kene kutuk kaw-kaw dengan cik osmet sebab ex aku yang sempat dier kenal adalah seorang yang selenga. Haha. Untuk hiburan, dikikis dan cari pengalaman. Agak bosan, aku diamkan aje. Sampai aku kene dump.

Dulu arwah mak pesan, tak baik mainkan hati orang. Tak baik dump orang. So, dalam hidup aku cuma sekali je la aku dump orang. Tu pun ex first aku yang semua orang sayang tu. Lepas tu aku kene bebel tak hengat dengan arwah ayah. Phergh. Baru aku tau dia ada backup hebat dalam family aku. Lepas-lepas tu, bila aku mula bosan, aku senyap je la. Kalo dier paham bahasa, da tentu-tentu dier dump aku. So, nampak la macam aku ni innocent. Taktik beb.

Dan macam sekarang, aku lebih senang guna term kawan-kawan dari sibuk nak couple. So, bila dah kata kawan-kawan ni, tak kisah la nak contact bila pun, tak selalu contact pun takde terasa hati, kan? Jadi, bile da tak layan tu... Watpe nak terhegeh-hegeh lagi kan? Camtu jugak aku dengan orang lain. Bila aku selalu kaco, tibe-tibe da tak layan, aku pun paham je nak stop dan jarang contact. Jangan pelik la kenapa aku rajin diam lately. Orang yang layan aku borak je la yang aku rajin nak kacau pun.

Btw, aku pelik jugak kenapa orang yang aku "agak suka" sikit pun takde layan aku. Yang aku tak berapa suka pulak terhegeh-hegeh nak aku siap suh bagi alasan kenapa aku takleh accept dorang. Pasal hati bukan boleh buat main-main beb. Dah kata tak suka tu tak suka la. Ape jadah nak paksa aku lagi semua. Buat aku bertambah-tambah menyampah dan malas nak layan lelaki lagi ada lah.

Ada pulak yang aku sikit suka bagi reaksi sampai aku pun fobia nak suka lebih-lebih. Ye lah, aku suka sebab dier hensem. Standard la aku. Apa barang nak tunjuk yang aku suka sangat sampai dekat fesbuk nak kena komen selalu, YM nak kene tegur selalu, Tak, tak. Aku bukan jenis kalo suka akan tunjuk secara obviously suka. Nak pulak dekat orang hensem. Nanti ramai pulak cakap aku terhegeh-hegeh ngan orang. Maklum la, aku bukan dalam kategori gadis hot, dan sikit sedar diri bahawa lelaki-lelaki hensem mana nak pandang sangat orang macam aku. Dah la tak cun, rebel, degil, entah apape plak tu.

Nak pulak sejak kecik lagi aku membesar dikalangan budak-budak lelaki sampai sekarang bidang yang aku terbabas pun majority lelaki je. Lepas tu masa kecik-kecik dulu arwah atok sebelah arwah ayah pun sibuk compare aku dengan sepupu lain. Sebab aku paling buruk katanya. Yang lain-lain semua cun-cun. Low self-esteem kat situ. Sebab tu selalunya mati hidup balik pun kalo kata ada orang suka aku pun aku tetap tak caya selagi dier tak amik tindakan untuk ada ikatan yang agak rasmi dengan aku, walaupun pernah sekali menyebabkan nyawa aku sendiri hampir melayang.

****************************************

TM keje ke hari-hari Ahad camni? Aku sakit hati gila macam nak baling je telepon umah tu. Sebelum call customer nak inform ke, mintak hutang ke apa ke, boleh tak kalo prepare apape dokumen yang patut? Ini tak. 2x call umah. 2x jugak la suh tunggu sekejap. Macam nak sepak je sape yang call tu. Apa ingat aku takde keje lain ke nak buat selain nak tunggu dorang amik apape dokumen lepas dapat call umah? Pulak tu punya laa lama...

P/S: Hadra... Aku yakin ko tau pasal manusia-manusia yang aku describe dalam entry ni, jadi, kalo nak komen, plz jangan mention nama dorang ye. :)

Saturday, July 17, 2010

Kalau Dah Tau Harga Tak Masuk Akal, Kenapa Beli?

Aku agak geram bila baca cerita pasal karnival-karnival telefon bimbit. Bukan boleh percaya karnival tu semua... Baru tadi baca dekat Ondscene. Cerita baru pasal karnival tu jugak. Artis tu (artis ke?) nyaris kene tipu. Nasib baik la dapat balik duit deposit dier.

Actually karnival camni banyak gila kat mana-mana pun. Kalo perasan la, company yang terlibat tu lebih-kurang je nama yang sama... Lepas tu macam tak berapa ada office yang betul sangat. Yang keje kat booth tu pun kebanyakkan jenis kurang ajar gila kadang-kadang.

Masalahnye kan... Sape penganjur tu semua... Knape luluskan karnival-karnival macam tu walaupun dah tau henset-henset yang dijual tu tiruan. Kualiti entah ke laut ke apa... Pengguna pun lebih kurang jugak. Sedar diri tak mampu nak pakai henset super-mahal, tapi sanggup kena tipu untuk pakai yang tiruan, konon sebab harga runtuh la semua... Yang aku takleh blah tu, dalam Unisel ni pun pernah je ada karnival tu. Bukan tak pernah. Agak heran kat situ bila main approve je karnival macam tu tanpe selidik betul ke dorang tu jual barang ori macam yang dorang iklan tu.

Pada pendapat aku, company besar-besar macam Nokia, Apple, Sony Ericsson tu semua tak perlu susah-susah nak buat jualan harga runtuh untuk produk dorang sebab dari semasa ke semasa, produk dorang sentiasa je dapat sambutan hangat. Tambah-tambah lagi bila keluar sesuatu yang terbaru. Cuma kita sebagai pengguna ni pikir la sikit. Kalo setakat nak berlagak tu, baik lupakan saja.

Dulu henset-henset ni semua dalam kategori barangan mewah. Rileks je orang dulu-dulu takde kecoh nak pakai henset. Sekarang henset dah jatuh dalam kategori barang keperluan. Tapi keperluan ke kalo nak kena beli yang hebat-hebat konon ikut trend? Sila ukur baju kat badan sendiri.

Kadang-kadang aku pelik jugak dengan perangai orang-orang ni semua. Semua la sibuk nak ikut trend. Nak beli yang canggih-canggih je. Pakai pun belum tentu reti. Setakat nak berlagak depan orang. Lepas tu, dah berlagak, sekali kene ragut, kene rompak tau pulak meraung. Tau pun rugi. Eh, tu lain cerita.

Tapi karnival-karnival tu takkan berjaya kalo tak dapat sambutan dari pengguna yang jenis nak berlagak macam ni... Baik guna je henset jenama tempatan kalo agak-agak nak berlagak macam orang lain jugak. Cuma, aku tak paham la... Kenapa ye kalo orang guna henset murah-murah mesti kena kutuk kaw-kaw? Padahal fungsi henset tu untuk call dengan SMS je. Atau advance sikit, tangkap gambar dan dengar mp3 bila bosan.

Lain la kalo businessman, nak kene schedule macam-macam untuk kemajuan business dier, takpe la nak gune yang hebat-hebat. Untuk jaga reputasi. Tapi kalo budak sekolah rendah pun gedik nak pakai I-Phone, apa cerita bai?? Kalo family jenis kaya duit bersepah, takpe la. Ini jenis cukup-cukup makan je. Pastu sibuk beli henset tiruan yang harga asal tiruan tu sebenarnye jauh lebih murah dari yang sepatutnye. Tak sampai sebulan pakai, rosak. Lagi berkali-kali rugi.

Bukan takde jual henset bawah RM100. Senior engineer tempat aku praktikal pun rileks-rileks je pakai 3310. Lagi stylo. Duit berkepuk pun pakai henset jenis rilek-rilek je... Haih, sebenarnya apa dapat kalo pakai henset mahal-mahal ni? Ada dapat award ke? Cerita sikit kat aku.

P/S: Teringat kata besfren aku. Henset mahal-mahal kalo kredit asik takde je tak gune jugak. Muahahaha~~~

Thursday, July 15, 2010

Terbakar Kampung Nampak Asap, Terbakar Hati?

Minggu ni, sepanjang harini sampai mungkin esok... Rasa tak boleh blah je... Macam takde ape je padahal dah minggu ke-3 blaja. Minggu ke-3, beb!!

Lagi... ??? Minggu lagi untuk habiskan degree aku nih. Heh. Baru terhegeh-hegeh nak abehkan degree. Orang lain sebaya aku dah abeh sambung master pun. Siap tengah simpan planning sambung PhD. Aku still lagi camni. Takpe. Pelan-pelan orang cakap.

Kenapa aku cakap terbakar hati ni?

Sebab haritu pegi kelas, sekali kelas cancel. Suka sangat la nak bagitau last minute. Dah la dalam haritu satu kelas tu je ada. Ahah!! Ada sorang membe aku, baru abeh degree, masuk campus balik, tapi jadi lecturer untuk budak-budak diploma. Macam best je kan ada kawan-kawan yang dulu sama-sama sekelas, tapi skang dah pegang jawatan assistant lecturer? =)

Dia citer kat kitorang masa interview tu semua siap ada mock-teaching. Mock-teaching adalah pura-pura mengajar. Gila palat bunyinye kalo alih bahasa. Tujuan mock-teaching ni aku rasa untuk tengok tahap confident sorang bakal lecturer kalo berhadapan ngan student untuk masuk mengajar. Membe aku citer punya la ketaq buat mock-teaching ni sampai terlupa nak tulis kat white board. Tapi lama-lama cool sebab tau lecturer-lecturer yang terlibat dalam mock-teaching tu nak psiko bakal lecturer je sebab selalunye student kadang-kadang lagi annoying dari lecturer-lecturer psiko tu.

Tak salah aku, takkan dier sorang je kene mock-teaching, dah tentu ramai-ramai yang datang interview tu pun kena mock-teaching...

Tapi apsal aku rasa ada sorang lecturer baru tu macam takleh blah ngajar. Tau la kot-kot dier nervous tengok dalam kelas ramai sangat "makhluk kurang hensem"... Tapi sampai bile nak nervous, kan... Tak cukup ke lecturer-lecturer psiko dia cemana kondisi dalam kelas?

Siap masuk kelas first day lagi dah letak macam-macam syarat. Masuk next class, dia cancel kelas. Next class lagi, dia bagi notes dan baca sebijik-sebijik notes sampai aku rasa dia macam kawan-kawan aku tengah cover nervous masa buat presentation. Kali ke-empat, paling style. Masuk kelas, tulis sikit, baca balik apa dia tulis, dan ok, kelas habis. Hoh? Rekod beb. Masuk lambat, dekat pukul 3 petang (kelas 2.30 petang, ok?), sebelum pukul 3.20 petang, kelas habis. WTF???

Kelas kelima selasa lepas. Punya la kelam-kabut aku datang kelas dia, sampai je kelas, ada notes kelas cancel. Hati ni punya la terbakarrrr... Dah la awal-awal masa kelas first haritu aku kena bahan dalam kelas, sebab lambat 3 minit dan masuk kelas dalam keadaan basah kuyup.

Wey, selalunya kan, berapa lama ye masa sorang lecturer perlukan untuk hilangkan dia punya rasa nervous nak mengajar dalam kelas? Aku rasa at least 2 kali dia masuk kelas untuk kenal pelajar dier pun, dah cukup nak bina keserasian dengan student... Tapi kalo da asik cancel kelas... Bile nak serasi kan?

Korang rasa cemana?

Wednesday, July 14, 2010

Nak Update, Tapi Macam Sibuk Sikit Dan Takde Mood.

Oleh itu, sila layan lagu ini. Seriously, cannot get this song outta my head.




Lyrics | Jem lyrics - It's Amazing lyrics


P/S: Abaikan lirik yang sepah-sepah ke laut ejaan dia...

Tuesday, July 13, 2010

Smile And Smile Again... (Part 2)

Sambung dari Part 1.

Wah, citer dier saje dah boleh split sampai 2 part. Terime kasih sebab sudi baca. Haha. Ok, let the story continues.

Dier still keep update dengan life aku. Banyak la jugak aku share, macam aku dapat result best dalam PMR tu... Masa tu dier dah fly oversea. Alahai... Makin susah la nak contact camni sebab dier dah start mulakan karier nyanyian dier segala. Dan duduk tak tetap. Tapi aku gigih jugak bagi alamat aku untuk antar surat. Masa tu kat MRSM takleh gune internet pun. Library punya pc pun bleh buat main solitaire je dengan guna words.

Pastu masa besday aku masa form 5, dier antar surat. Gila gumbira aku kot. Sebab satu-satunye surat yang ada setem cop oversea yang dihantar atas NAMA AKUUU!!!! Masa tu dier kat Germany. Heh. Sejak tu aku berangan nak sambung blaja kat German. Lantak la kos apa pun, sebab abang angkat aku ada sana. Padahal tak sedar diri malas nak study segala. Tapi sebab surat dier tu la aku punya tahap kerajinan masa tu meningkat sebanyak 60%. Ajaib. Cubemate semua ingat aku dah buang tebiat.

Disebabkan bahasa dier dalam surat tu macam best dan aku rasa masa tu aku ade sikit crush kat dia padahal dalam masa yang sama aku dalam proses to be in relationship dengan manusia dalam entry ini, ini, dan ini. Sebab crush tu jugak la, masa egg week time form 5 tu aku siap namakan telur ayam yang aku kena jaga tu dengan nama dier. Jeffriana. Tettt!! Kantoi nama abang angkat aku itu adalah Jeffri. Jeffri Ramli. Inilah orangnye. Gambar dia aku cilok dekat official website dier kat sini. Call me stalker, sebab memang aku stalker pun.

Dier saaaangat comel =+_+= *blush*

Actually surat tu first dengan last aku dengar dari dia dan aku reply balik siap bagi number henset aku masa tu. Dengan harapan dia akan call.

Ok. Tunggu dier call aku agak melampau, tapi lepas SPM dah tak contact dah. Memang lost terus. Aku online pun takde nampak dier online,email aku antar pun asik kuar mailer-daemon tu la cakap fail segala. Agak give up kat situ sebab aku nak share result SPM aku yang tak seberapa. At least aku nak jugak orang naikkan balik motivation aku sebab SPM aku tak straight A's macam PMR. Dan ramai dok bising-bising pasal tu. Hey, walaupun malas, tapi aku dah buat yang termampu, ok?

Banyak aku nak cerita dengan dia pasal aku kena masuk ATMA. Kat ATMA tu jugak internet connection aku agak cemerlang dan banyak masa lepas kelas, sukan petang, ngadap laptop. Kadang-kadang aku buat-buat macam kuar outing, tapi hakikatnya aku lepak dalam bilik online. Situ jugak la aku kenal bestfriend aku, Xord tu. See... Nampak kan real life aku sangat loyal dengan kawan-kawan? Lost contact pun tapi still keep in touch, no matter how. Tapi bila bab couple, fail. Kesetiaanku dibalas dengan clash. Salah aku jugak sebab treat dorang macam kawan-kawan. Sebab tu aku anti sikit more than friend relationship. Oh, melalut sudah. Sambung cerita.

Sampai satu hari, aku dapat email lain yang menyatakan dia dah tukar email address. Wah, gigih aku save merata-rata kan takut terlupa kat mana-mana. Tapi camtu la. Manusia mudah lupa kan? Selambe je aku leka dengan dunia aku dan terus ingat-ingat lupa nak contact dia, tapi still, kalo nampak dia online YM, laju saja aku tegur.

Dan lepas aku kuar ATMA, masa ada sikit conflict dengan Mr. Ex tu, dia rajin jugak call bila ada masa lapang. Sape tak hepi beb. Call dari overseas. Mahal + jauh tu. Still dier ingat kat adik angkat dier ni. Gumbiranya saya! =) Then masuk zaman frenster, sampai la skang, fesbuk. Ada saja aku add dier. Dan dier still tak lupekan aku sebagai adik dier. Gila terharu ok?

10 July haritu, wish besday dia dekat fesbuk. Nampak ramai yang wish. Maybe dier perasan-tak perasan je la aku conteng wall dier. Takpe la. Janji aku wish. Then guess what? Dia komen wish aku dan cakap skang dier ada kat KL!!!!! Wah, wah, wah... Hepi ni mau jumpa. Tapi, ingat pasal takde duit, hmm... Takpe la. Takde rezeki. Sekali dier mesej dekat fesbuk chat yang dia di Malaysia ni sampai September. Awww~~ Sukaaa~~!!!

Sempat jugak aku tanye soklan cepu-cemas. Bile agak-agak aku bakal ade akak ipar angkat? Tapi jawapan dier sikit wat aku kecewa. Takde yang dier berkenan plak. Dan nak concentrate habiskan study. Haih. Oleh itu, mana-mana gadis hot yang ingin berkenalan dengan beliau, sila contact saya. Muahahaha...

Agak-agak ada chance tak? Aku pun single lagi ni. Ngahahaha....

Sunday, July 11, 2010

Boleh Tak Kalo Aku Terminat Dengan Sebab Lain?

Aku bukan la minat sangat citer-citer Twilight tu. Baca novel dier lagi la tak pernah. Citer vampire yang aku suka pun stok-stok style citer macam Underworld, Buffy the Vampire Slayer, sikit-skit stok-stok macam Vampires Diaries.

Ada vampire jenis suka perang-perang lagi la aku suka. Ngahaha... Tapi Twilight tu pada aku kurang kick la dari segi action. Balik-balik citer pasal Jacob, Bella, ngan Edward tu. Huhuhu... Aku kalo plot lebih ke arah love story ni mula la lemau. Nak tertido la, rasa macam nak terajang dinding la. Err... Lagenda Budak Setan tu exception ye. Heh.

Tapi aku rasa aku terpaksa minat sebab band favourite aku mensumbangkan lagu soundtrack untuk citer dorang. Adeh. Dah la aku memang minat dengan band pakcik-pakcik tu. Since aku skolah lagi suka Muse. Tak boleh nak buat apa.

Layan je la official video Neuron Star Collision ni. =)


Ok la. Sebab lain aku minat Twilight tu pun pasal Jacob. Normal la kan pompuan minat lelaki camtu. Tapi kalo dah pesen memanjang je tak pakai baju, kadang-kadang tu rasa macam nak pegi lempang dia jugak suruh pakai baju. Ingat seksi sangat ke tak pakai baju ni. Lain la kalo Jacob pakai baju melayu. Sumpah aku jatuh cinta terus ajak kawen tak banyak soal. Heh.

Smile And Smile Again... (Part 1)

Gile kot senyum sorang-sorang padahal esemen DCS tak buat-buat. Huuu... Tak reti nak buat...

Kenapa aku senyum-senyum suke hati ni? Well... Semalam besday another person yang lama dah aku adore dan sayang gile sejak dulu eventho dier takde relation langsung dengan aku. Then dia adalah antara orang yang aku percaya dalam dunia ni. Wey, susah kot nak dapat kepercayaan dari aku. Heh.

Eh, apa pulak takde relation... Dier abang angkat aku lahh... Hoho... Rupanya dah dekat 12 tahun dier jadik abang angkat aku. Yep. Sejak aku form 1. Tapi just kenal-kenal online, calling-calling thru phone saje. Tak pernah jumpe walau sekali pun. Ekceli nak citer lebih-lebih pun aku terlupa cemana aku boleh kenal dier. Tapi rasanya masa first time aku cuba-cuba guna mIRC zaman dulu-dulu. Itu la first dengan last aku chat guna mIRC.

Aku boleh terjebak dengan chat tu pun sebab tengok cousin aku sibuk chatting macam best je. Actually ada lagi 2-3 orang aku chat sama. Tapi perangai pelik dan annoying. So aku ignore je. Aku borak dengan dier macam best je. Siap tukar-tukar email segala. Lepas tu aku ikut cousin aku pegi CC tu, aku check email dan mula pandai-pandai guna YM. Masa tu tak femes pun YM tu. Chat dekat mIRC lagi top kot masa tu.

Agak addict jugak la YM dengan dier. Masa tu dier blaja kat UiTM kot. Kalo tak dapat chat, aku tunggu email dier jek. So, sejak dari situ la dier jadik abang angkat aku. Heh. Masa zaman tu pun femes kot dok main adik-adik angkat ni. Tapi bila ingat balik, aku pun geli term-term angkat-angkat ni. Lagipun dier agak banyak la motivates aku. Blaja U ni best la segala. Aku pun ada la sikit-sikit terpengaruh. Nak plak dalam family aku yang betul-betul blaja sampai tahap U yang rapat dengan aku pun macam layan-tak layan je sebab jauh sangat, so, kire ok la ade dier.

 Boleh tak teka siapa abang angkat aku ni?

Tapi takde la selalu keep in touch macam aku dengan "adik angkat" aku Haziq tu. Sampai selalu call... Yang tu aku rasa aku macam pernah cerita dulu dalam entry "Telepon" ni. Tapi sekerat je la. Nanti aku citer lain pulak pasal dia. Yang ni memang tak boleh blah sikit sebab sekarang sejak dia punya life ok sikit, sumpah dia buat-buat tak kenal aku dah. Padahal masa zaman dia skolah dulu-dulu tu, ada problem dengan awek, ngan family, aku jugak la yang dia cari. Sampai aku tertido tepi telefon dia punya sesi luahan perasaan tu.

Ngan abang angkat aku ni, selalu jugak la lost contact. Tapi entah camne asal lost contact je mesti dapat keep in touch balik. Dulu sampai sekarang. Masa aku sibuk nak PMR langsung lost contact. Dah la masa nak PMR boleh plak aku memang totally lost contact. Dier pun maybe start sibuk ngan study dier. Time tu tak pegi CC dah sebab kat umah ada subscribe internet yang jenis 1515 TMnet yang slow gila tu. Dah jarang email, dah jarang YM. So, aku ingat akan abeh camtu je la. Mana ada benda kekal kan?

Nama dia? Nanti aku reveal dalam part 2. Itu pun kalo korang takleh nak teka sapa dia la. =)

Saturday, July 10, 2010

Sibuk Sangat Woooo...

Semenjak-dua menjak ni aku sangat sibuk. Kira bertuah la kalo aku bertegur sapa dengan orang-orang dekat YM dengan fesbuk.

Bukan sibuk apa... Sibuk layan laptop. Nak mekap-mekap laptop lagi semua. Haih, bukan senang. Al-maklum la serba baru... Layankan background desktop aku ni.


Wah, wahhh... Aku pakai MacBook ke sekarang?

Feeling-feeling tu dah ada. Rezeki je takde. Oleh itu pengguna MacBook tegar mesti dapat kesan beberapa benda tak wajar dekat desktop aku tu. Heh. Pandai-pandai la korang list down dalam komen. Itu pun kalo ada rasa nak komen la kan...

Sebenarnya aku masih setia dengan Dell ni hah. Cuma tukar operating system je. Guna Ubuntu 10.04 dah skang. Lepas ni dah takkan gune Windows dah. Sebab dah sukaaaa sangat guna Ubuntu ni. Dah la free. Lepas tu buat laptop aku jadi macam best pulak. Skang ni startup laju, takde blink-blink yang menyakitkan hati, dan takde blue screen. Kalo freeze tu biasa la. Tapi skejap je.

Ni bukti aku masih setia dengan Dell tu.


Tadaaa~~!!! Haih... Abesla pasni tesis aku pun mengalami rombakan secara besar-besaran sebab kena cari software yang betul-betul compatible dengan Linux ni. Huhu. Takpe. Cabaran. Heh. Yang pastinye ada jugak la budak kelas aku yang admire dengan interface baru ni. Hahahahhh...

Pengguna Ubuntu lain, kalo ada terbaca entry ni, bleh la sharing-sharing ape pengalaman korang gune operating system ni, dan sila tunjuk ajar. =)

Friday, July 9, 2010

Yang Ko Tibe-Tibe Nak Terasa Ni Apahal?

Macam biasa, hari Jumaat aku sangat ____________ *sila isikan tempat kosong* sebab kelas petang-petang saje. Harini agak bertuah jugak sebab dapat tengok jejaka-jejaka hensem dalam kelas pegi kelas dengan memakai baju melayu sejak-sejak dapat tau kata lecturer tu masih single. Hahahahh...!!

Eh, takdelah. Kelas kan lepas Jumaat, alang-alang balik masjid tu harus la terus ke kelas berbaju melayu. Sejuk mata memandang. Keh keh keh. Tapi yang tak pakai baju melayu tu pulak, kalo tak cari gaduh dengan aku, tak ceria hari beliau. Mujur la aku tak sampai hati nak sadung kaki dier masa lalu sebelah seat aku. Kalo tak, mesti rompong gigi pakcik tu bertabur. Dah la warga tua di dalam kelas. Heh.

Sori la kalo rasa tak bleh blah sikit baca entry aku kali ni. Pakcik yang aku nak sadung kaki dia tu bukan la intipati komplen aku pada kali ini. Makhluk yang berjaya menjadi bahan komplen aku pada harini adalah sorang budak kelas aku yang kalo aku sebut nama dia kat sini sumpah sape pun tak kenal. Padahal beliau adalah bajet glemes dalam campus.

Lepas kelas lecturer single tu, ada la lagi satu kelas lain. Entah berapa kali nak meeting tukar jadual aku pun tak paham la. Padahal ok je jadual tu. Sebab kelas lecturer jelita yang single tu pun dia takmo tukar ke hari lain. So, bagi manusia yang jenis tak reti nak sewa rumah dekat-dekat macam aku ni, satu perkara yang bagus la sebab aku takyah ulang-alik 2 kali pegi campus dalam satu hari. Jimat sikit minyak.

Kecoh la budak-budak ni nak tukar kelas. Aku sememangnye fedap dengan cadangan masa yang bukan-bukan dan alasan bukan-bukan sebab nak tukar jadual, paling takleh blah, bila tamau kelas pagi sebab malas nak bangun pagi. Lepas tu kau boleh dengar budak ni je dok bangkang kelas pagi-pagi pukul 8.30 tu. Lepas tu dah takleh blah lagi, ada pulak bagi cadangan nak buat kelas pagi-pagi pukul 7.30. Aku takde hal.

Tapi saje la terkuat sikit suara aku cakap,

"Eleh, alangkan yang duduk dekat-dekat tak pun duduk hostel pun datang kelas lambat... Ni kan pulak nak buat kelas awal-awal pagi..."

Alih-alih ada pulak laaa yang terasa kannn...

"Sape yang duduk hostel datang kelas lambat?" Katanya kan...

Aku jawap la budak semester lepas yang sekelas dengan aku. Sikit punya clear ke aku cakap budak-budak semester lepas, siap sebut la 2-3 nama budak kelas aku. Jelas langsung takde nama dia dan takde plak aku mention nama sapa-sapa dalam statement kat atas tu... Tapi mamat ni pulak terasa lebih-lebih apahal? Kau pernah datang lambat ke???

Aku sikit annoying la bila dia cakap, dia semester lepas mana ada dekat situ dan bukan dier yang datang lambat... Sebab masa tu kelas kelam-kabut kecoh-kecoh dok sibuk nak tukar jadual, jadik aku takde la amik pusing sangat apa bende dier cakap. Tapi boleh pulak gelak-gelak dengan budak sebelah dier cakap aku ni entah apape je cakap budak duduk hostel datang kelas lambat padahal semester lepas dier pegi praktikal... Macam laaa aku ade mention nama dia datang lambat...

HELLOOOOO... YANG KAU TIBE-TIBE NAK TERASA SANGAT NI APAHAL????

Haih, menyampah betul dengan orang camni. Aku cakap bukan semua budak-budak hostel datang lambat. Ala, nak kata semua pun boleh je. Foreigner tu semua duduk hostel, ada setengah tu rileks je lepas setengah jam kelas start, baru nampak muka.

Payah kan nak debate dengan orang yang bajet dia saja betul ni kan?

Thursday, July 8, 2010

Pukau Ke Tamak??

Aku baca dari sini. Orang situ cakap amik dari Harian Metro. Tatau la kan... Tapi dari berita yang aku baca tu macam tak logik pulak kene pukau.

First skali dah terang lagi bersuluh yang judi tu HARAM. Kalo dia betul-betul nak tolong lelaki Indonesia tu, agak-agak hulur RM50 lebih-kurang-halal sudah la. Yang bersungguh-sungguh nak ikut pegi premis judi tu kenapa?? Nampak sangat macam tamak gila pulak, orang tu nak jual tiket tu dengan harga RM10k konon dapat hadiah RM96k... Sanggup nak beli tu. Percaya sangat ke dengan judi nih??

Tapi entah la kalo lelaki tu ada buat apape bagi dia turut kata je. Cuma kalo dah kata nak turut kata tu, berpada la sikit. Siap ikut pegi premis judi, nama pun judi kot. Lagipun kalau dia betul-betul Islam... Memang nak kene tepuk dahi sekali dengan aku tu baru ada akal sikit kot... Terang-terang judi tu haram... Adeihh...

Cakap pasal pukau ni... Aku dulu pun pernah jugak kene pukau. Tapi bukan dengan lelaki yang menangis-nangis nak jual tiket judi yang konon menang tapi takleh cash. Aku pun tak sure macam mana mula aku boleh bersembang baek punya dengan sorang pakcik ni. Tapi yang aku ingat mula-mula memang aku tak layan sangat dia ni. Tapi dia isap rokok. Lepas tu dok hembus-hembus kat muka aku.

Aku memang rimas gila dengan perokok. Tambah-tambah plak isap rokok murah cap gudang garam tu, bau pun macam bangsat punya bau asap lagi nak hembus-hembus kat aku. Ex-ex aku dulu kene terajang dengan aku pasal isap rokok la. Tu laju jugak aku clash pun. Serius aku tak suka smoker. Sebelum couple kemain janji tamau isap rokok depan aku. Tapi bila dah lama, lupa abes syarat tak boleh isap rokok depan aku. Nasib la... Memang aku tendang betul. Siap amik rokok sekotak tu buang dalam longkang. Padan muka la kata rugi isap ke apa. Kalo ye pun nak sehidup-semati, kalo mati kerana rokok, sila mati sorang-sorang. Arwah ayah aku berenti isap rokok pun sebab aku jugak. Tak tahan nak isap sorok-sorok dari aku since aku tau pasal bahaya rokok.

*Oh, lari tajuk!!*

Berbalik pada pakcik tadi... Aku tegur la leklok jangan isap rokok hembus-hembus kat aku boleh tak kan... Tapi dia keep on tanya macam-macam kat aku. Aku pulak jenis peramah tak bertempat kadang-kadang... Bantai la layan je dier tanye ape. Sampai ke tahap memang aku tak sedar langsung apa yang aku borak dengan pakcik tu. Rasanya dari hal family, ke hal belajar, lanjut ke loan PTPTpu.

Lepas tu aku memang tak sure cemana aku boleh kuarkan kad ATM aku, yang ada loan kat dalam pulak tu... Padahal banyak je lagi kad ATM yang kosong kat aku, siap confident bagitau nombor pin. Sementara tu ada kawan dia sorang lagi cuba nak amik henset aku, konon nak belek-belek. Katanya nak belikan aku topap. Aku ingat apa kawan dia cakap sebab nampak sangat kawan dia gagal pukau aku. Tapi pakcik tu serius aku tak ingat satu apa pun butir aku cakap dengan dia. Lepas dia blah baru aku sedar kad ATM aku ada dengan dia. Mula-mula aku blank jugak aku ada bagi nombor pin atau tak...

Sebab cuak takut terbagi nombor pin sekali, aku pun terus call Bank Islam. Sekali betul ada transaction 2 minit sebelum aku call tu. Burn RM 250. Tapi rugi jugak pakcik tu pukau aku. Sebab aku buat limit transaction untuk kad, semua bank aku letak limit RM 500 je sehari. Sebelum berborak dengan dia aku dah kuarkan duit dah RM 250. Aku pegi buat report polis... Kene gelak pulak. Selamba betul polis tu tak caya dengan cerita aku.

Aku mintak surat kat dia kalo nak buktikan muka pakcik yang amik kad aku tu kat cctv tempat dia kuarkan duit aku tu. Tapi polis tu suh aku usahakan sendiri pulak. Mana la bank tu sebarang nak bagi tengok cctv dorang kalo takde approve dari polis. Nampak sangat la duit aku yang pakcik tu kuarkan tu sikit sampai aduan aku tak dihiraukan.

Tapi yang aku kena tu aku yakin la kene pukau. Moral of the story, jangan duduk dekat-dekat dengan smoker. Sebab masa aku kena tu, femes cerita orang pukau orang pakai asap rokok. Tapi serius aku tak caya yang lelaki menangis sebab tak boleh cash duit judi yang dia menang sebab nak buat balik kampung tengok mak sakit tu pun merupakan satu jenis pukau jugak.

Sah-sah la judi tu haram. Salah. Adoiyaii... Aku memang setuju la kalo kata yang dalam berita tu tamak. Huhu. Apa la nak jadi dengan orang sekarang kan...

Wednesday, July 7, 2010

Lalala~~

Tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya menyambut besdey yang ke-18 untuk kali ke-7. Eh, dah lama rupanya aku hidup di muka bumi ni kan... Alhamdulillah masih boleh bernafas dengan baik dan masih lagi waras sampai ke hari ni.

Keh keh keh.

Terima kasih kepada semua yang concern dengan menconteng wall dekat fesbuk beserta segala macam jenis ucapan. Termasuk jugak yang hantar SMS segala sejak masuk tengah malam tadi.

Skang aku tengah tilik-tilik nombor sapa aku nak tembak untuk call ajak bergayut sebab aku dapat free calls sepanjang hari ni. Tengs la Maxis. Macam tau-tau je aku single dan takde sape nak contact, time tu la dia nak bagi free calls. Siot betul.

Tapi tu tak cukup hebat.

Hadiah besdey paling hebat yang aku terima adalah...

Aku berjaya letak jawatan. Heh. Surat aku nak letak jawatan tu diterima tanpe banyak soal. Membe aku yang setiausaha tu nak letak jawatan, takleh plak. Kesian gila. Timbalan ni letak jawatan memang relevan. Tu baru best. Takde aku nak ngadu-ngadu aku tak suka nak attend meeting lagi dah kat sini.

Oh, ye. Mesti ada yang perasan aku disable birthday notification kat fesbuk pagi-pagi tadi. Ini disebabkan oleh, aku tak sanggup nak hadap apape juga kemungkinan yang berlaku sepanjang sesi kelas. Kalo budak-budak ni tau la. Tapi tadi pun aku nyaris kene campak ke tengah hujan. Eleh, hujan je pun, apa la sangat kalo nak banding pengalaman aku sambut besdey kat Atma dulu. Siap kene baling dalam tong sampah besar. Siot je kan?

Anyway... Semoga apa yang aku plan tahun ni, tahun depan, tahun depan-depan, semua jadi kenyataan.

Ada sapa-sapa nak bagi adiah? Boleh PM aku. Haha.

Sunday, July 4, 2010

Ni Je Aku Nak Cakap.



Picture credit to Sokernet

Memang aku minat cam gila dekat Klose tu. Tapi aku pun confuse sebenarnya apa yang aku minat. Mungkin hidung dia yang mancung. Heh. Tapi orang tak consider pun dia soccer star. Lantak la. Tapi aku sokong German dalam mana-mana match bola baek Euro atau World Cup. Sebab dorang jenis main bola dalam satu pasukan. Betul-betul macam apa yang game bola sepak suppose-to-be. Bukan macam setengah team tu... Mentang-mentang ada "star" kat dalam team tu... Star tu pun tunjuk skill hebat-hebat dia sampai ke laut peginya skill. Sampai orang kenal team tu pasal dia star kat dalam, dia main sorang-sorang. Sumpah macam kera sumbang.

Apape pun, jangan memain dengan German punye team, ok? Dorang tu macam killer machine. Hahah... Komen lebih-lebih pun tak guna... Baik korang pegi Sokernet tu, baca entry tu termasuk komen-komen skali... Germany players ada banyak pakej best-best. Paling best skali team spirit kuat ahh... Setakat lawan dengan team yang tumpu dekat dorang punya star player je lebih tu.... Ibarat macam makan kacang Ngan Yin sambil pejam mata je laa... Kene gulai la bagai... Heh.

Lastly, sorry untuk classmates yang sibuk-sibuk antar mesej dekat fesbuk chat/YM/enset dan langsung aku tak layan sebab seronok gila layan game Germany dengan Argentina semalam. Lepas abes World Cup ni mungkin hidup aku akan kembali seperti sedia kala.

Woi...Woi.... Woiii... Ingat la ni final semester woiii... Banyak memain plak....

Sesungguhnye tahun ni adalah sangat mencabar bagi aku... Mana dengan movie best-best nya... Mana dengan world cup lagi... Final semester lagi... Tesis lagi... Hah... Banyak kot mende... Tapi sekarang siap rileks gila taip blog ni hah.

Tempting betul... Study pun susah gila nak concentrate...

Haih...

Lagha... Lagha...

Apepun, untuk semi-final nanti... Aku harap gila German bleh ke final. Kalo kalah pun, takde la kalah teruk-teruk sangat kot. Lagipun time match dorang tu... Adalah hari-agak-bertuah untuk aku. Heh. Takde boifreng nak tolong wish besday atau kasik adiah besday macam arwah ayah selalu buat tu pun takpe... Kalo German bleh ke final pun dah cukup buat aku rasa tu adalah adiah besday yang best gila dan boleh pegi kelas dengan senang hati tanpa emo-emo walaupun aku rasa ramai tu dok tengah plan nak pekena aku kaw-kaw pada tarikh tu...

Siap tukar jadual kelas kot. Mula-mula aku ingat hari Rabu tu aku free da lepak-lepak kat umah tanpa gangguan sapa-sapa... Maklum laa... Cik Osmet pun ada hal haritu... Tapi dorang ni macam dengki jeee. Sebab tu jugak aku remove info berkaitan tarikh tu dari fesbuk. Yaaa... Stalker aku adalah ramai... Huhuhuhhhh....

Saturday, July 3, 2010

Aku Rasa World Cup Tahun Ni Adalah Paling Klakar Dalam Sejarah.

Aku tak pernah sampai sakit tekak berhari-hari semata-mata sebab gelak dekat player-player main bola untuk world cup kali ni. Siyes sampai sakit-sakit perut la. Segala sakit-sakit akibat period yang aku selalu kena tahap macam pompuan mengandung tu semua pun terbang-terbang gembira la. Segala rasa nak muntah ke apa jadah semua pun masuk balik dalam perut la senang cerita.

Kali ni boleh tahan jugak pasukan yang tak terjangka mara ke next match tu boleh pegi next match. Ada yang komplen pengadil sucks. Sebab tahun ni punya world cup kan dok ada kecoh-kecoh pasal judi legal la apa jadah semua... Bila nak kaut untung, orang judi-judi ni mesti la nak vote pasukan gagah atau gah-gah... Kan? So, maybe aaa ada manipulation kat situ. Tapi bila pasukan yang tak expect menang BOLEH menang, tak ke untung banyak dekat orang yang anjurkan judi tu? Yang bodo tu orang yang sibuk nak berjudi laa... Heh.

Tapi bagi pendapat aku laaa... Bukan setakat pengadil je sucks... Player pun boleh tahan hampeh jugak. Motivasi kurang lepas pasukan lawan yang dianggap lemah dapat masukkan gol. Mula la main huru-hara. Strategi semua ke laut. Punya laaa gigih kot semangat berpasukan dorang sampaikan ada sesetengah match yang aku tengok, macam takde strategi... Takde defend, takde attack, semua dok pulun hambat bola...

Macam tadi la Brazil dengan Netherlands, first half smart lagi. Masuk second half... Haih... Strategi ke laut. Main ikut suka hati je. Boleh pulak main kepung-kepung. Haha. Sumpah kesian aku tengok player yang terpinga-pinga kene kepung beramai-ramai dengan player Brazil. Hahahahhh~~

Lepas tu player Brazil suka main acah-acah jugak. Tau la masing-masing hebat menari samba... Kot ye pun takyah laa nak praktikkan sangat tengah padang. Paling tak tahan tu dekat corner padang tu... Abes kot rumput-rumput kat situ terangkat naik. Tsk!

Kejap lagi Ghana dengan Uruguay plak. Kira get ready la untuk keputusan yang tak terjangka. Tapi aku malas nak tengok. Nak tunggu malam esok tu hah. German dengan Argentina.

Sebagai penutup, Klose hensem.

Keh keh keh...

Friday, July 2, 2010

It's Julyyyy~~~!!!

Bulan Jun dah abes. Musim kenduri kawen pun dah abes. Rasa macam tatau-nak-cakap-apa bila tengok status kawan-kawan dekat fesbuk dah bertukar dari Cik ke Puan... Err... Applicable pertukaran ni untuk pompuan-pompuan je la. Dari single ke married. Dalam umur macam-macam aku ni, perlu la nak percaya yang status married kawan-kawan adalah benar semata-mata punya benar melainkan "kawan-kawan" yang masih bersekolah tu. Gedik gila kot tengok status married. Padahal PMR pun belum lepas. Kalo in relationship tu aku boleh la lagi terima. Budak-budak sekarang kan advance. Anak buah aku yang darjah 1 tu pun dulu masa tadika pun dah ada boifreng, nokkss!!! Sentap la jugak aku dengar sikit. Heh.

Then masuk semester baru ni pun aku ada noticed yang kawan-kawan yang sama-sama final semester dengan aku hampir semua dah ada life-partner-to-be. Heh. Macam, oh, wow!! Masa cuti sebulan tu hari pun yang masih single tu ada masa jejak awek-awek. Dan masing-masing penuh semangat nak abeskan semester ini dengan jayanya. Siap ada planning habis semester ni, terus kawen. Wah! Penuh semangat ok? Aku je maintain single. Plan lepas abes semester ni adalah kerja. Adalah itu masanya yang tepat untuk berbudi balik kepada Incik Asrul dan keluarga beliau. Agak ralat di situ sebab aku tak dapat nak berbakti pada mak ayah. T____T. Takpe. Aku yakin dorang sentiasa mengingati dan mendoakan kesejahteraan anak-anak dorang yang masih di dunia ni, seperti mana kami sentiasa mengingati dan mendoakan dorang. ^_^

Oh, lupa... Aku bakal menganggur selama sebulan saja lepas abes semester ni. Cuti puas-puas pada bulan Disember nanti. InsyaAllah kalo ada rezeki, bulan Januari 2011, Intel panggil aku keje ngan dorang balik. Ok la kan ada dah yang berstatus under consideration. Kalo ada nak kutuk aku keje dengan Jews, silakan. Macam la korang nak tolong carikan keje untuk aku kan? Orang dah offer ni dah kira besar rahmat dah. Memang bertepatan jugak la dengan prinsip aku... Rezeki ada di mana-mana. Jangan memilih sangat, nanti menyesal. Sebenarnya kalo kilang Ah Tong Kicap sekalipun offer aku keje, aku terima je. Malas nak cari-cari dan memilih-milih. Siyes aku sedar yang aku ni takde la hebat mana pun sampai macam ada orang tu, ditaja untuk buat master. Huhuhh... Ye, aku sedar semua tu. Aku tak la hebat sangat. Most of the time adalah loser.

Nak cari life partner?

Rasanya tunggu Incik Asrul buat list nama-nama yang layak untuk adik beliau ni. Macam tak minat pulak nak mencari-cari... Nak bercintan-cintun secara sendiri-sendiri. Macam give-up pun ada. Bukan apa, sebab aku kan special sikit. Most of the time orang yang tabah je boleh tahan ngan aku... Ex-ex aku mana tahan ngan aku. Sebab aku ni agak kasar, not-so-romantic, takde nak manja/gedik gila babi macam pompuan-pompuan lain bila kapel, agak independent, lebih suka anggap guys adalah bestfriend dari special. Paling suck skali adalah aku kurang percaya pada cinta. Ala, cinta tu bukan masuk dalam 6 rukun iman yang wajib untuk orang Islam hayati tu kan? So, takde la penting sangat.

Lagipun aku kapel sebelum-sebelum ni pun mana berjaya sangat. Eventho aku kapel dengan manusia yang paling tak hensem sekalipun, lepas tak berapa lama kapel dengan aku, mesti ada awek lagi hot yang berkenan nak mengorat dia. Aku pun pelik kenapa boleh jadi macam tu. Dan biasanya ex aku akan dump aku untuk pompuan macam tu. Lepas tu kalo pompuan tu mulut puaka, dia akan maki-maki aku tak sedar diri. Tang mana tak sedar diri tu aku pun tak paham. Tapi tak lama lepas tu clash dengan ex aku. Endingnye ex aku bertukar jadi gay. Bukan sorang-dua jadi macam tu. Tak salah aku dah 4-5 orang ex aku jadi macam tu. Kesian gila.

Tolong la aku masih macam takde mood lagi. Bertambah-tambah takde mood bila hari Jumaat petang plak boleh ada kelas lagi. Padahal pagi kosong gila. Macam tepu pulak rasa kena pegi kelas petang-petang. Jumaat pulak tu. Lalu masuk campus ikut gate depan, guard dah pandang-pandang apsal budak ni pakai proper sangat masuk campus. Padahal petang Jumaat je pun. Time orang pakai sempoi-sempoi je buat pegi kelas. Esoknye kan weekend???

Hoh. Weekend. Nak jalan-jalan, tapi duit limited. Dan aku agak blur, kenapa sekarang aku isi minyak RM 5 macam selalu-selalu tapi tank tetap tak full tahap hampir melimpah. Tank minyak Jonny semakin meluas ke semenjak jalan jauh-jauh ni? Pastu tahan 2 hari je berbanding 3 hari pegi-balik campus semester lepas. Ke, jarak perjalanan semakin jauh? Huhuhh... Takk pahaaammmm... >_<
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...