Thursday, July 8, 2010

Pukau Ke Tamak??

Aku baca dari sini. Orang situ cakap amik dari Harian Metro. Tatau la kan... Tapi dari berita yang aku baca tu macam tak logik pulak kene pukau.

First skali dah terang lagi bersuluh yang judi tu HARAM. Kalo dia betul-betul nak tolong lelaki Indonesia tu, agak-agak hulur RM50 lebih-kurang-halal sudah la. Yang bersungguh-sungguh nak ikut pegi premis judi tu kenapa?? Nampak sangat macam tamak gila pulak, orang tu nak jual tiket tu dengan harga RM10k konon dapat hadiah RM96k... Sanggup nak beli tu. Percaya sangat ke dengan judi nih??

Tapi entah la kalo lelaki tu ada buat apape bagi dia turut kata je. Cuma kalo dah kata nak turut kata tu, berpada la sikit. Siap ikut pegi premis judi, nama pun judi kot. Lagipun kalau dia betul-betul Islam... Memang nak kene tepuk dahi sekali dengan aku tu baru ada akal sikit kot... Terang-terang judi tu haram... Adeihh...

Cakap pasal pukau ni... Aku dulu pun pernah jugak kene pukau. Tapi bukan dengan lelaki yang menangis-nangis nak jual tiket judi yang konon menang tapi takleh cash. Aku pun tak sure macam mana mula aku boleh bersembang baek punya dengan sorang pakcik ni. Tapi yang aku ingat mula-mula memang aku tak layan sangat dia ni. Tapi dia isap rokok. Lepas tu dok hembus-hembus kat muka aku.

Aku memang rimas gila dengan perokok. Tambah-tambah plak isap rokok murah cap gudang garam tu, bau pun macam bangsat punya bau asap lagi nak hembus-hembus kat aku. Ex-ex aku dulu kene terajang dengan aku pasal isap rokok la. Tu laju jugak aku clash pun. Serius aku tak suka smoker. Sebelum couple kemain janji tamau isap rokok depan aku. Tapi bila dah lama, lupa abes syarat tak boleh isap rokok depan aku. Nasib la... Memang aku tendang betul. Siap amik rokok sekotak tu buang dalam longkang. Padan muka la kata rugi isap ke apa. Kalo ye pun nak sehidup-semati, kalo mati kerana rokok, sila mati sorang-sorang. Arwah ayah aku berenti isap rokok pun sebab aku jugak. Tak tahan nak isap sorok-sorok dari aku since aku tau pasal bahaya rokok.

*Oh, lari tajuk!!*

Berbalik pada pakcik tadi... Aku tegur la leklok jangan isap rokok hembus-hembus kat aku boleh tak kan... Tapi dia keep on tanya macam-macam kat aku. Aku pulak jenis peramah tak bertempat kadang-kadang... Bantai la layan je dier tanye ape. Sampai ke tahap memang aku tak sedar langsung apa yang aku borak dengan pakcik tu. Rasanya dari hal family, ke hal belajar, lanjut ke loan PTPTpu.

Lepas tu aku memang tak sure cemana aku boleh kuarkan kad ATM aku, yang ada loan kat dalam pulak tu... Padahal banyak je lagi kad ATM yang kosong kat aku, siap confident bagitau nombor pin. Sementara tu ada kawan dia sorang lagi cuba nak amik henset aku, konon nak belek-belek. Katanya nak belikan aku topap. Aku ingat apa kawan dia cakap sebab nampak sangat kawan dia gagal pukau aku. Tapi pakcik tu serius aku tak ingat satu apa pun butir aku cakap dengan dia. Lepas dia blah baru aku sedar kad ATM aku ada dengan dia. Mula-mula aku blank jugak aku ada bagi nombor pin atau tak...

Sebab cuak takut terbagi nombor pin sekali, aku pun terus call Bank Islam. Sekali betul ada transaction 2 minit sebelum aku call tu. Burn RM 250. Tapi rugi jugak pakcik tu pukau aku. Sebab aku buat limit transaction untuk kad, semua bank aku letak limit RM 500 je sehari. Sebelum berborak dengan dia aku dah kuarkan duit dah RM 250. Aku pegi buat report polis... Kene gelak pulak. Selamba betul polis tu tak caya dengan cerita aku.

Aku mintak surat kat dia kalo nak buktikan muka pakcik yang amik kad aku tu kat cctv tempat dia kuarkan duit aku tu. Tapi polis tu suh aku usahakan sendiri pulak. Mana la bank tu sebarang nak bagi tengok cctv dorang kalo takde approve dari polis. Nampak sangat la duit aku yang pakcik tu kuarkan tu sikit sampai aduan aku tak dihiraukan.

Tapi yang aku kena tu aku yakin la kene pukau. Moral of the story, jangan duduk dekat-dekat dengan smoker. Sebab masa aku kena tu, femes cerita orang pukau orang pakai asap rokok. Tapi serius aku tak caya yang lelaki menangis sebab tak boleh cash duit judi yang dia menang sebab nak buat balik kampung tengok mak sakit tu pun merupakan satu jenis pukau jugak.

Sah-sah la judi tu haram. Salah. Adoiyaii... Aku memang setuju la kalo kata yang dalam berita tu tamak. Huhu. Apa la nak jadi dengan orang sekarang kan...

6 comments:

*Cik Sara @ D'Sahanara* said...

ni mmg sah spesies tamak n sengal..i caya u ken apukau..skang ni ckp dlm fon pun bleh kena pukau..rumah i oernah kena pukau.esok pagi pintu ternganga..ya syoknya barang ilang cuma kamera..

Mr. Asada said...

wah.. kesian lak ko kena pukau. alhamdulillah dia tak buat apa2 benda pelik lain kat ko. kena hati2 gak ni.. kira hp ko sekali la kena ambik ni?

aku dlu bukan kena pukau, tapi kena ugut. hahaha..

*lom baca lagi kisah kat berita tu.

**apesal header ko lain benar kali ni? tapi cool...

Fuz said...

yg pasal tamak itu aku setuju.
macam mana lah perempuan tue boleh percaya.
takkan nak makan duit judi.

Aslina said...

::cik sara::
huhu... bukan senang kot nak percaya benda2 macam ni... sebelum terkena tu serius tak percaya benda camni wujud... tapi bila dah terkena tu... baru percaya... tapi pukau ni macam2 kan???



::asada::
hp tak kena...sebab aku tengok kawan dia macam annoying sikit... muka pun nampak miang semacam... lagipun aku dah topap banyak kot mase tu... so, aku cakap takyah je...


::peminat katie holmes::
tau takpe... haih... tamak pun disalahkan pukau...

epalejau said...

aku tak tahu menahu pun pasal berita dalam metro tu sebab aku busan gila da nak baca metro. ;)

nyway, laki bila nak kat kita, kata sanggup nak benti merokok segala kan? paling kurang pun, kata takkan merokok depan kita..bila da dapat? macam taik..babi la jantan camtu.

oye..bapak aku kena strok dan koma sebab rokok..so jangan tanya kenapa aku benci gila dengan smoker yang sedar merokok tu tak bagus sebijik pun untuk diorang, tapi gigih nak isap jugak.

Aslina said...

::hadra::
ha'ah... aku pun tak suka smoker... tapi bila tegur cakap ngongkong la apa jadah semua...kalo tak tegur tu sebenarnya dah tak concern, dah tak sayang. haih. tu pun tak paham. pelik.

tapi bagus jugak la.boleh clash.