Saturday, July 17, 2010

Kalau Dah Tau Harga Tak Masuk Akal, Kenapa Beli?

Aku agak geram bila baca cerita pasal karnival-karnival telefon bimbit. Bukan boleh percaya karnival tu semua... Baru tadi baca dekat Ondscene. Cerita baru pasal karnival tu jugak. Artis tu (artis ke?) nyaris kene tipu. Nasib baik la dapat balik duit deposit dier.

Actually karnival camni banyak gila kat mana-mana pun. Kalo perasan la, company yang terlibat tu lebih-kurang je nama yang sama... Lepas tu macam tak berapa ada office yang betul sangat. Yang keje kat booth tu pun kebanyakkan jenis kurang ajar gila kadang-kadang.

Masalahnye kan... Sape penganjur tu semua... Knape luluskan karnival-karnival macam tu walaupun dah tau henset-henset yang dijual tu tiruan. Kualiti entah ke laut ke apa... Pengguna pun lebih kurang jugak. Sedar diri tak mampu nak pakai henset super-mahal, tapi sanggup kena tipu untuk pakai yang tiruan, konon sebab harga runtuh la semua... Yang aku takleh blah tu, dalam Unisel ni pun pernah je ada karnival tu. Bukan tak pernah. Agak heran kat situ bila main approve je karnival macam tu tanpe selidik betul ke dorang tu jual barang ori macam yang dorang iklan tu.

Pada pendapat aku, company besar-besar macam Nokia, Apple, Sony Ericsson tu semua tak perlu susah-susah nak buat jualan harga runtuh untuk produk dorang sebab dari semasa ke semasa, produk dorang sentiasa je dapat sambutan hangat. Tambah-tambah lagi bila keluar sesuatu yang terbaru. Cuma kita sebagai pengguna ni pikir la sikit. Kalo setakat nak berlagak tu, baik lupakan saja.

Dulu henset-henset ni semua dalam kategori barangan mewah. Rileks je orang dulu-dulu takde kecoh nak pakai henset. Sekarang henset dah jatuh dalam kategori barang keperluan. Tapi keperluan ke kalo nak kena beli yang hebat-hebat konon ikut trend? Sila ukur baju kat badan sendiri.

Kadang-kadang aku pelik jugak dengan perangai orang-orang ni semua. Semua la sibuk nak ikut trend. Nak beli yang canggih-canggih je. Pakai pun belum tentu reti. Setakat nak berlagak depan orang. Lepas tu, dah berlagak, sekali kene ragut, kene rompak tau pulak meraung. Tau pun rugi. Eh, tu lain cerita.

Tapi karnival-karnival tu takkan berjaya kalo tak dapat sambutan dari pengguna yang jenis nak berlagak macam ni... Baik guna je henset jenama tempatan kalo agak-agak nak berlagak macam orang lain jugak. Cuma, aku tak paham la... Kenapa ye kalo orang guna henset murah-murah mesti kena kutuk kaw-kaw? Padahal fungsi henset tu untuk call dengan SMS je. Atau advance sikit, tangkap gambar dan dengar mp3 bila bosan.

Lain la kalo businessman, nak kene schedule macam-macam untuk kemajuan business dier, takpe la nak gune yang hebat-hebat. Untuk jaga reputasi. Tapi kalo budak sekolah rendah pun gedik nak pakai I-Phone, apa cerita bai?? Kalo family jenis kaya duit bersepah, takpe la. Ini jenis cukup-cukup makan je. Pastu sibuk beli henset tiruan yang harga asal tiruan tu sebenarnye jauh lebih murah dari yang sepatutnye. Tak sampai sebulan pakai, rosak. Lagi berkali-kali rugi.

Bukan takde jual henset bawah RM100. Senior engineer tempat aku praktikal pun rileks-rileks je pakai 3310. Lagi stylo. Duit berkepuk pun pakai henset jenis rilek-rilek je... Haih, sebenarnya apa dapat kalo pakai henset mahal-mahal ni? Ada dapat award ke? Cerita sikit kat aku.

P/S: Teringat kata besfren aku. Henset mahal-mahal kalo kredit asik takde je tak gune jugak. Muahahaha~~~

6 comments:

KwOnG FeI said...

haiz masalahnya sekarang orang ramai 'taksub' sgt dgn perkataan 'discount'..

kalau dah tau harga asal eg rm 100, paling murah pun dapat 20-30% iaitu lingkungan 70-80.

kalau lebih murah, mesti tak original, second hand, sudah rosak dsb....

epalejau said...

Hehe!
Selalunya tengok perkataan diskaun tu saje,smua da bulat biji mata.

Tak pikir da lebih-lebih, terus sambar sebijik!
:))

Faiz said...

org yg beli brg2 cmnie..mybe akn ckp..biar murah asal berjenama..haha..mybe la kot..haha..anyway lau beli sbb hp rosak ok la jg..nie lau juz nk tmbh koleksi je..mebazir je..dah la tiruan lak tu..haha
p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai...
***Hit My Latest Update Here***

Zinedine Zaiddin said...

Exhibitor2 penipu ni patutnya direpot kat kementerian..macam kat Kedah hari tu pn, benda yg sama jugak jadi.

Design bukan main smart lg..tengok betul2 rupa2 nya Scny Ericcscn. Disangkakan Sony Ericsson. Yang I-Phone toksah cakap la..berlambak2 yg ciplak punya. Haram xde satu pun yg original..semua pun ciplak..hampessss

nuraitul said...

betul..pelik gak..macam mana karnival karnival cmnie boleh lepas..klu cetak romoak berhempas pulas smpi lubang cacing cari..yg nie siap dpat promosi besar besaran lagi..ade kebocoran kah..??

Anonymous said...

aku bersetuju. cume henset murah nih slalu nye tebal serta nampak bulky bile letak dalam seluar.
so aku beli yg agak mahal sebab dia slim. xde la tersembul kuar bile aku letak dalam poket seluar bile tengah duduk or semayang. lgpun yg mahal lambat sket rosak.

tp aku nye henset antare murah ngn mahal lah. kire ok lah. kan. nak sony ericsson murah. kene beli secondhand lah.