Friday, July 30, 2010

Muahahahahahh... Aku Puas Hatiii~~!!! MLM Tu Tumpasss~!!!

Biasa la aku dengan berita-berita sensasi ni lambat sikit nak komplen kat sini... Tatau la kenapa... Tapi dengan terbongkarnye mende ni sebab polis buat rush tangkap dorang... Skang aku dengan berbesar hati nak GELAK BESAR dekat sesape yang pernah kutuk-kutuk aku dengan osmet aku yang kurang berminat nak join segala jenis atok-nenek MLM ni.

Kazen osmet aku pernah kot bawak kitorang kuar jalan-jalan sebab nak ajak osmet aku join MLM camtu. Mujur jugak la osmet aku ada alasan yang bernas cakap dia dah memang takleh buat loan dah. Tapi gigih jugak tu nak convince osmet aku bahawa kalo nak buat loan join mende tu, senang-senang je approve walaupun overlimit.

Aku pun kemain la jugak dorang pengaruh sebab aku student. Ada student lain pun join dan da balik modal la apa jadah tu semua. Aku pulak diam je la. Last-last lepas dorang dah abeh cakap, aku cakap la aku memang tak mampu pun nak buat semua tu sebab takde sumber duit, kalo tiba-tiba aku tambah loan luar, mau PTPTN tarik balik pinjaman aku. Risk wohh... Kalo mende tu tak menjadi? Celah mana aku nak cari duit bayar yuran? Jangan buat bende mengarut final-final semester ni.

Nak tengok gambar-gambar yang dorang umpan-umpan orang suh join masa aku ikut osmet aku pegi taklimat tu tak?


Ramai kan? Yang pegang-pegang mic tu kira yang dah join la. Dorang siap buat bagi RM50 free-free je... Makan kat seafood mahal-mahal tuh. Order apa je suka. Memang mewah gila la makan free. Tapi sebab kami lambat sampai, maka table penuh. Satu tempat macam hall tu, dorang saja-saja la tempah. Apa yang aku tau, tokey kedai makan tu sure senyum sampai telinga sebab untung gila-gila malam tu. Maklum la, tempah tempat saja pun dah berapa kan...

Keta mewah takyah citer laa...


Camni hah...!!! Masa aku publish gambar-gambar ni dekat fesbuk, abang aku laju je tanya mana aku tengok keta-keta tu. Siap amik buat profile pic kot. Tapi aku cakap kat abang aku, tu semua dunia punya hal. Diam-diam duduk sudah.

So, alkisahnye, ada sorang kawan aku letak status malam hari Selasa haritu. Dekat-dekat pukul 11.30pm jugak la status dia. Polis buat serbuan angkut keta-keta mewah segala. Aku pun menyibuk la komen sebab lepas acara tu, selain aku dengan osmet di bawak makan tauhu bakar best dekat Port Klang tu, dorang gigih angkut kami ke tempat yang polis buat serbuan tu. Katanya selalu gathering kat situ. Memang ramai pun lah. Siap nak bawak jumpa sapa entah dia dulu kerja jaga, sekarang orang pulak kena "jaga" dia.

Bajet superb habes lah.

Dalam fesbuk tak payah cerita jugak lah. Kalo pasal MLM ni, siap dok kutuk kawan-kawan yang taknak join segala sebab katanya takmau ubah nasib la, sampai bila nak makan gaji la, rugi la, apa segala. Semua game psiko kot. Aku selama ni percaya MLM ni stok-stok macam abang aku dengan kakak ipar aku join macam Zhulian tu, Cosway, tu aku percaya la. Sebab barang bagus, dan kalo jadi ahli, lagi la macam-macam benefit dapat. Tak payah nak buat pinjaman banyak-banyak pun nak join.

Dah la dok tagging aku dekat gambar-gambar duit segala. Oh, tu citer lain.

Aku pun main guess je dekat status kawan aku tu. Cakap aku tau geng-geng yang ada keta-keta mewah ni. Tak sangka plak keta kena angkut sama. Dalam hati memang dok syak dah tu geng-geng Friendsclub la, Familyclub la, entah apa merepek-repek punya nama lagi la yang nampak macam mesra alam mengeratkan silatulrahim antara sesama ahli kuarga dan rakan-rakan. Padahal kawan makan kawan.

Sekali betul daaa... Siap terang-terang mention nama dalam surat khabar online tu... Aku siap print screen ni berita kat Berita Harian online. Bleh click gambar tu pegi ke berita panjang-panjang tu.


Memang sumpah aku gelak besar baca berita ni. Seriusss... Rasa puas hati sangat bila dorang kene angkut secara besar-besaran macam ni dengan polis. Lepas tu rasa macam nak jalan mendada depan orang yang sibuk-sibuk promote aku join mende ni dalam fesbuk sana. Yang aku kenal, tak kenal, semua belasah je aku nak berlagak sebab... Dorang tu dah la kena tipu buat loan yang tak berapa nak penting pun... Konon nak cepat kaya.


Rasa laa... Merana kot walaupun tak baik gelakkan orang... Tapi aku sangat-sangat puas hati. Semoga government cepat-cepat la reveal pasal ciri-ciri MLM berunsur tipu seperti dijanjikan kat sini. Biar orang-orang ni CELIK MATA SIKIT.

Ubah kehidupan konon. MLM macam ni, bukan ubah kehidupan ke arah lebih baik, makin menjahanamkan hidup ada la... Gila apa pasal MLM macam ni dah la boleh putus kawan, buang keluarga semua. Nak join MLM pun, biar la yang untung sikit-sikit sebab jual barang tu. At least nampak jugak apa benda hala tuju dia. Biar lambat asal selamat orang cakap? Dari join MLM sebab tipu orang... Apa pun tak dapat. Rugi dok ada la. Tak pasal je kene bayar loan yang sebenarnya nilai dia boleh guna untuk set-up perniagaan sendiri secara kecil-kecilan.

Sorry la kalo entry ni memang kutuk gila pasal MLM jenis tipu orang ni. Padan muka la. Memang dorang layak pun kene hanjeng kaw-kaw kat sini. Takde aku nak kesian-kesian lagi dah. Sendiri mau ingat lahh... Otak ada, sila guna dengan bijak lain kali...

8 comments:

reena said...

OHhh i likeeeee! Padan muka diorang. Tapi cam tak pernah dgr pun Friendsclub ni? Biasa dgr Hai O, DCHL, Uptrend. Saya pun pernah hilang kawan sbb MLM ni. Sebab dia tipu saya masa nak kenalkan MLM ni. Konon ajak pi minum, rupanya ajak pi cuci otak. Piiiirah!

Aslina said...

::reena::
frensclub dengan mende2 yang seangkatan dengan dier ni kebanyakkan attact golongan yang senang buat loan, cth mcm keje gov laa... pastu dorang pancing orang gune kete mewah...jarang dengar sebab dorang ni gerak senyap2 sangat...erm, dorang ni asal dari DCHL laa...

epalejau said...

hahahaha! macam nak ikut ko gelak besar-besar, sambil guling-guling atas jalan raya ni..

aku ada kot kawan macam ni, yang tak abis-abis dengan bisnes dia. tau tak aku busan? dah la kawan baek..aku piki kawan baik je yang aku sampai tak larat nak tolak baik-baik..kalo orang lain, da lama kot aku maki sedas dua je.

fndrocka said...

haha..memang Bom lah entri ni. kau pun terlibat sama lah ye memeriahkan majlis..hoho. aku ada gak pengalaman 3/4 kali dipromote secara perlahan dan intensif oleh kwn2 utk join mende2 ni. ada satu tu aku join jugak..tapi tak mahal pun...3/4 ratus je.kawan2 punya fasal.

dalm byk2 kwna ku yg join mlm ...takde sorg pun yg kaya sekrg..walaupun dulu dorg kata sebulan pun dah boleh dpt ribu2.

kalau nak gi berperang...masuk tempat musuh tapi rasa macam senang gila masuk tanpa ada halangan..haa tu maknanya ada perangkaplah.sama juga dalam nak mencari duit ni...kalau ada org cakap senang nak kaya..cepat kaya..untung berganda2...takde masalah..haaa perangkap lah tu.

Aslina said...

::hadra::
hoii... agak la nak gelak atas jalan raya... pegi gelak tepi2 sikit... nanti kene langgar...


::fndrocka::
aku bab makan free memang takyah jemput kadang2... memang laju je aku pegi... jauh pun gigih kot...

profwacko said...

YESS!!! padan muka dorang....
mentari court tu dekat je ngan tempat kerja aku.

LAGi skali... PADAN MUKA DORANG!!

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site ninaneno.blogspot.com
Is this possible?

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site ninaneno.blogspot.com
Is this possible?