Sunday, July 18, 2010

Rimas La, Rimas... Tak Paham Bahase Ke??

Buat kesekian kali aku nak mengamuk kat sini. xP.

Kenapa la perlunye wujud manusia yang tak paham bahasa? Aku rimas betul dengan orang yang bile aku dah buat tak layan, tapi tak paham-paham lagi yang aku super-bosan dengan perangai dier dan keep on begging for something yang memang aku takkan buat dengan dier. Contohnye jumpe la. Aku rasa aku ok je kalo sekali aku cakap, orang dah terima. Dan alasan aku pun cukup munasabah apa? J.A.U.H. Jauh. Dan sebagai student sepenuh masa, aku rase aku ni takde hari yang senang-lenang ada duit, melainkan kalo ada pun banyak lagi benda penting yang aku kena setel selain nak melabur ke arah bukan-bukan.

Ok lah. Kalau taknak terima alasan jauh tu, sebab mungkin akan dipersoalkan, kenapa dulu awak boleh je jumpa saya?

Dulu lain lahhh... Masa tu kalo aku takde duit pun sumber kewangan lain masih ada... Sekarang? Ada ke orang peduli kalo aku hari-hari makan megi je? Atau ada ke orang kisah kalo aku takde duit nak isi minyak moto?

Lagipun bukan aku taknak terus-terang, tapi aku takut ko kecik hati je. Sebab perangai kau annoying sangat pantang tengok aku online je nak terjah... Jadi aku pun berterus-terang la bahawa kau adalah sangat membosankan. Apa gila aku keluar dengan orang yang suka biar aku cakap sorang-sorang, takde respon dan bila aku cakap orang tak fokus aku cakap, aku diam pastu dia boleh pulak tanya kenapa diam dan suke dengar aku cakap. Gila apa orang camni?

Dan tiap patah perkataan kalo kuar dari mulut dier pun buat aku rasa loya gila. Geli. Huh. Aku bukan stok-stok sasterawan negara nak bercakap bahasa tinggi-tinggi ni. High level language programming tu aku tau la. 1000x aku sudi kalo ko sudi sembang dalam high level language dengan aku. Hah. Ada berani?

Kalau ada sekali aku pernah state pompuan sangat complicated, aku rasa lelaki yang desperate adalah 70x lebih complicated dari pompuan gedik.

Lelaki-lelaki idaman aku takde la semestinye lagi bijak dari aku. Kadang-kadang pun bengap pun aku suka jugak. Sebab tu dulu kene kutuk kaw-kaw dengan cik osmet sebab ex aku yang sempat dier kenal adalah seorang yang selenga. Haha. Untuk hiburan, dikikis dan cari pengalaman. Agak bosan, aku diamkan aje. Sampai aku kene dump.

Dulu arwah mak pesan, tak baik mainkan hati orang. Tak baik dump orang. So, dalam hidup aku cuma sekali je la aku dump orang. Tu pun ex first aku yang semua orang sayang tu. Lepas tu aku kene bebel tak hengat dengan arwah ayah. Phergh. Baru aku tau dia ada backup hebat dalam family aku. Lepas-lepas tu, bila aku mula bosan, aku senyap je la. Kalo dier paham bahasa, da tentu-tentu dier dump aku. So, nampak la macam aku ni innocent. Taktik beb.

Dan macam sekarang, aku lebih senang guna term kawan-kawan dari sibuk nak couple. So, bila dah kata kawan-kawan ni, tak kisah la nak contact bila pun, tak selalu contact pun takde terasa hati, kan? Jadi, bile da tak layan tu... Watpe nak terhegeh-hegeh lagi kan? Camtu jugak aku dengan orang lain. Bila aku selalu kaco, tibe-tibe da tak layan, aku pun paham je nak stop dan jarang contact. Jangan pelik la kenapa aku rajin diam lately. Orang yang layan aku borak je la yang aku rajin nak kacau pun.

Btw, aku pelik jugak kenapa orang yang aku "agak suka" sikit pun takde layan aku. Yang aku tak berapa suka pulak terhegeh-hegeh nak aku siap suh bagi alasan kenapa aku takleh accept dorang. Pasal hati bukan boleh buat main-main beb. Dah kata tak suka tu tak suka la. Ape jadah nak paksa aku lagi semua. Buat aku bertambah-tambah menyampah dan malas nak layan lelaki lagi ada lah.

Ada pulak yang aku sikit suka bagi reaksi sampai aku pun fobia nak suka lebih-lebih. Ye lah, aku suka sebab dier hensem. Standard la aku. Apa barang nak tunjuk yang aku suka sangat sampai dekat fesbuk nak kena komen selalu, YM nak kene tegur selalu, Tak, tak. Aku bukan jenis kalo suka akan tunjuk secara obviously suka. Nak pulak dekat orang hensem. Nanti ramai pulak cakap aku terhegeh-hegeh ngan orang. Maklum la, aku bukan dalam kategori gadis hot, dan sikit sedar diri bahawa lelaki-lelaki hensem mana nak pandang sangat orang macam aku. Dah la tak cun, rebel, degil, entah apape plak tu.

Nak pulak sejak kecik lagi aku membesar dikalangan budak-budak lelaki sampai sekarang bidang yang aku terbabas pun majority lelaki je. Lepas tu masa kecik-kecik dulu arwah atok sebelah arwah ayah pun sibuk compare aku dengan sepupu lain. Sebab aku paling buruk katanya. Yang lain-lain semua cun-cun. Low self-esteem kat situ. Sebab tu selalunya mati hidup balik pun kalo kata ada orang suka aku pun aku tetap tak caya selagi dier tak amik tindakan untuk ada ikatan yang agak rasmi dengan aku, walaupun pernah sekali menyebabkan nyawa aku sendiri hampir melayang.

****************************************

TM keje ke hari-hari Ahad camni? Aku sakit hati gila macam nak baling je telepon umah tu. Sebelum call customer nak inform ke, mintak hutang ke apa ke, boleh tak kalo prepare apape dokumen yang patut? Ini tak. 2x call umah. 2x jugak la suh tunggu sekejap. Macam nak sepak je sape yang call tu. Apa ingat aku takde keje lain ke nak buat selain nak tunggu dorang amik apape dokumen lepas dapat call umah? Pulak tu punya laa lama...

P/S: Hadra... Aku yakin ko tau pasal manusia-manusia yang aku describe dalam entry ni, jadi, kalo nak komen, plz jangan mention nama dorang ye. :)

4 comments:

epalejau said...

haha..ayat dekat p/s ko tu membuatkan aku teringat tiap kali aku tulis pasal oren, aku rasa takut semacam jek kot-kot pengomentar aku tau nama penuh oren. ;p


satu: orang yang kalau desperate, mmg komplikated dan takkan melepaskan ko macamana sekali ko kata tanak kat dia pun..taktau la nak klasifikasikan dia tu hape, tak paham bahasa ataupun desperate.

dua: rasa-rasa da abis bagi hint da kita suka kat orang tu, tapi nape dia wat tak layan. kan? kenapa? ekceli satu je reason yang aku mampu pikir dari dulu sampai sekarang, sebab dia tak suka aku. so aku nak kata maybe dia pun tak suka ko. kot? huhuuuu..macam kata kat entry aku dulu laa, maybe aku jek perasan sendiri.

tiga: same goes here! kalau kita suka, takdela pantang tgok dia on ym, buzz! pantang tengok dia update wall, comment! annoying okey! bukan takat dia jek rasa kita annoying, semua makhluk kat fesbuk tu akan cakap kita macam desperate dan terhegeh-hegeh tak pasal.

dan last sekali: ya, aku juga selalu dimomokkan yang aku ni tak santek. so macam rasa low esteem gila, sampai la ke besar ni. huuu..


kalo aku la sambut TM punya call tu, aku tunggu jgak la kot mula-mula. da lama sangat tunggu, aku letak jek..pandai2 la ko kol aku balek. kan?

Aslina said...

::hadra::
2x call... 2-2 suh tunggu. malas aku nak tunggu lama2. aku cabut wayar tepon sampai abes opis hour. hahah...

Zinedine Zaiddin said...

Mak aii..punya la marah tahap gaban ni. Malam yg sejuk tiba2 rasa bahang..hahaha

Kegiatan dumping-aweks-or-balaks sesuka hati semakin menjadi2 nampaknya..sumthg need to be done.

Pasal orang TM tu..entah la. Bila bab bayar bil nak suruh cepat, tapi bila kita ada masalah lembab nak mampos~

fndrocka said...

kau sedar tak yang luahan hati kau ni panjang...mendalam juga perasaan tak suka kau ni ye.actually aku pun mengalami situasi iras2 begini..means..somebody keep sms-ing walaupun aku tak reply..keep calling walaupun aku tak angkat.ajak jumpa bla bla ...tapi aku dah tunjuk hint mcm2 pun dia tetap buat gak.tapi nasib baik aku jenis relaks je..tak fikir komplikated.huhu.buat macam biasa.