Thursday, July 22, 2010

Saya Adalah Saksi Kemalangan Dan Saya Trauma.

Gile tak tajuk?

Siyes tak main-main la aku saksi kemalangan. Dah la depan mata beb! Sumpah trauma.

Kemalangan apa?

Jeng... Jeng... Jeng... Tu la nye jadik isu hangat kat fesbuk antara aku dengan osmet aku. Tapi kitorang dok buat main-main plak taknak citer bende sebenar. Err... Tapi yang bab trauma tu memang aku tak tipu lah. Memang trauma kot.


Ni la lokasi kejadian. Biasa la rakyat Malaysia memang jenis busy body nak amik tau satu-satu hal terjadi. Tapi ni version kanak-kanak la. Aku pulak sejak nampak kemalangan tu terus macam berani-berani takut nak ke tempat yang korang nampak agak basah tu. Tu tempat kesan darah la tuh. Jiran sebelah yang cucikan. Huhu...

Ok lah. Malas nak bagi korang berteka-teki lama-lama. Sebenarnya yang eksiden tu adalah SEEKOR ANAK ANJING. Depan mata aku masa tengah feeling-feeling nak buang taik kucing dari pasir dorang tu. Mau tak terkejut. Dah la mula-mula sebelum kejadian anjing tu pun macam blur je jalan-jalan siap salah masuk kawasan umah aku ni ha.

Heh. Amacam? Mesti terasa hampeh je kan baca entry nih. Cuma aku tak bleh blah je bila sebenarnya kejadian yang berlaku depan mata aku tu, eksiden tu... Walaupun keta tu cuma langgar sekor anak anjing... Tapi at least bila dah rasa langgar sesuatu tu... Kurang-kurang pun berenti la tengok ke apa... Ni tidak... Jalan terus macam takde apape terjadi.

Teruk la orang macam tu... Tau la bawak keta besar, Avanza... Takkan la langgar pun tak rasa. Actually anak anjing tu pun da sikit besar. Memang nampak la. Kalo ye pun benci anjing, boleh tak ada rasa simpati sikit berenti turun dan tengok? Tak pasal je berbakul-bakul kene maki dengan tuan anjing tu.

Tapi aku rasa yang langgar tu memang benci anjing lah. Sebab tu dia blah buat tak reti je.

***UPDATE SEJEMPUT***

Nak tengok gambar lebih-lebih dan betapa semangat 1Malaysia nya jiran-jiran sini menghadapi pemergian seekor anak anjing, sila la ke sini

9 comments:

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Dia takut kot..
Ingat langgar anak anjing x mendatangkan trauma ke..hi

epalejau said...

sian anak anjing tu..takde perasaan betul orang tu..tengok anak dia mati kena gigit anjing nanti...hidup ni ada karma tau.

suhaida shukor said...

nanti roh anjing tu datang kacau pelanggar lari tu... tak pun yang jadi saksi tu. HHEUHEUHEUEHUE

~mAsItAh fUaAd~ said...

kejamnye...huh..kalo benci anjng pun sume tuh ade nyawa kot..mst cine tuh maki tahap gile vavi punye lah...haihhh..manusia2....

Zo Ahmad said...

anjing yang buat aku excident arituh pon wat bodo je lpas aku jatuh bergolek2..die xdtg tlg blik pon! huh!

I_Hate_Lolipop said...

ya...saya sudah baca berita ini di blog syima. tapi kenapa kanak2 je. kejiranan anda tiada makcik internet bergerak ke?

Aslina said...

::pejuang kesenian extreme::
dia buat muka selambe je blah... padahal orang lain semua dah pandang-pandang dia. langsung takde rasa bersalah nak berentikan keta. haih...


::hadra::
uihh... tak berani jugak aku nak pikir sampai macam tu...


::suhaida shukor::
eheh... saksi adalah seorang yang baiklah... tak mungkin dier nak hantui saye. haha...


::masitah fuaad::
err... tuan anjing itu adalah india. nama dia incik ravi. dia glemer jugak kadang2 dalam blog ni.


::thenocturnalzulkhairi::
anjing tu idup lagi? gila kebal...


::i hate lolipop::
makcik internet bergerak masa tu semua tengah sibuk tengok drama ulangan ku milikmu dengan sekali harung drama ilusi kat tv3 secara marathon.

fndrocka said...

apa yang terjadi kepada anjing itu seterusnya? anjing tu tak balas dendam ke.aku pernah naik kereta dgn memeber aku,...tiba2 anjing bapak besar lintas jalan tak bagi salam..terkejut driver ..nasib baik tak langgar..kalau terlanggar tu risau gak kalau tuan punya anjing tu balun kitaorg..hoho

Aslina said...

::fndrocka::
jangan citer weh... pagi jumaat tu aku rasa macam kena kacau je... sumpah seram...pasal osmet aku cakap kucen2 tu ada dengan dia sepanjang malam sampai sebelum dia bukak pintu bilik, iaitu 10 minit lepas dia dengar aku start moto pi kelas.

yang aku cuak tu, apa benda yang sibuk ikut aku pagi tu lepas aku bangun tido??? siap main tangkap2 dengan aku masa tengah siap2 nak pegi kelas. sumpah misteri sampai skang.