Sunday, December 21, 2014

Kisah Cinta Rare

Finally aku dapat time frame kisah dongeng cinta suku jalan antara Incik Jep dengan cikgu bahasa korea dia yang pereng.

Aku gelak berguling2 dari hujung rumah sampai dapur. Serious.

Betul la kot orang Korea ni jenis feeling lebih2 tak hengat dunia. Agak2 kalo aku novelkan cerita ni, boleh jadi best seller tak? Rare ni hoi. Mana ada cerita camni lagi dalam Malaysia ni...

Sunday, December 14, 2014

Blog ni macam kurang kasih sayang je aku tengok. Bile terasa nak update je baru update. Kalo tak, terbiar je bersawang...

Aku takleh tido ni. Tu pasal la aku update pagi2 buta ni... Takde topik sangat malam ni, cuma... Kecewa sikit dengan kerenah sedara-mara... 

Terus-terang cakap, aku tak paham apa yang dorang nak aku & abang aku buat supaya dorang puas hati. Susah sebenarnya nak jaga hati orang... Pernah la aku buat eksperimen letak gambar aku dengan Jep dekat fesbuk... Fesbuk kan tempat show-off... Harus la show-off sikit...

Aku dengan Jep ni bukan la macam pasangan kekasih yang lain. Boleh jumpa face to face, dating tetiap minggu... Dia balik Malaysia je baru aku ada peluang jumpa dia. Kali ni dia balik, selain nak jumpa kawan2, kitorang plan nak bincang dengan sedara-mara belah family dia untuk wedding kitorang...

Dia ada jugak lepak rumah aku. Nak bincang dengan abang aku. Ending nya abang aku pegi bukak cerita pasal navy operation yang dia join weekend sebelum tu *facepalm*

Gambar2 dalam instagram aku, facebook aku, dia sendiri yang post. Kekadang aku takde idea pun apa dia post. Sebab phone aku selalu ada ngan dia. Aku pulak jenis belek phone lepas snap gambar je. Fesbuk kejadah semua, aku ignore je sebab betul2 nak spend time ngan dia. 

Bab bincang2 dengan family ni, takde niat pun nak ketepikan family yang lelain. Kalo kitorang nikah pun, mungkin la jemput family lain2 sikit. KENDURI ye saya ulang, KENDURI baru plan nak jemput semua kaum kerabat, saudara-mara sekalian...

Tapi ada pulak sentap. Siap tuduh biadap, buat macam takde adik-beradik. Adik-beradik aku originally aku dengan abang aku je. Lain2 semua kategori sepupu. Tak rapat sangat pun. Tapi kenapa time tu tiba2 nak mengaku adik-beradik?

Honestly aku kecik hati gila2 dengan tuduhan camtu. Sebelum komen tu pun aku dah jelaskan, kalo kitorang nikah sekalipun, cuma yang terdekat je akan aku jemput. Lain2 semua tunggu kenduri lah. Takkan aku nak ajak semua kaum-kerabat tengok aku nikah? Lagipun masa adik-beradik/anak2 dorang (oppss...) nikah, ada jemput semua keluarga? Takde kan? Yang terhampir je kan?

Entah la. Ikutkan hati aku, aku ngan Jep plan nak buat paling simple. Tunang-nikah semua sehari. Pastu majlis doa selamat sikit, jamuan makan. Semua kat masjid, setel. Tapi sebab komen camtu, abang aku pun baca, dia tiba2 jugak jadi sentap lalu nak buat majlis asing2. 

Yang terbeban sapa? Dah tentu la aku. Jep pun sebab dia tak dapat nak monitor closely planning semua. Dia kat UK, aku kat Malaysia. Camne aku nak bagitau kat family aku supaya tolong faham situasi kitorang? Nak execute event bukannya mudah. Newcastle City dengan Sungai Ara bukannya 4 jam perjalanan macam KL-Penang... Kos bukannya murah.

Kalo selalu nak balik untuk deal semua ni, bukan dorang yang nak tanggung tiket tu semua. Majlis pun kitorang jugak kene keluar duit sendiri. Aku dengan Jep bukan ada mak ayah dah untuk cover sikit majlis nak bagi semua orang puas hati... Jep duit sendiri2, aku pun sendiri2 je. Dia nak mintak adik2 kandung dia sponsor? Dorang pun tak sure nak tolong ke tak. Nak mintak dengan adik-beradik angkat dia? Buat apa? Macam aku plak... Aku sampai hati ke nak mintak sponsor dari abang aku? Dia pun still layak apply BR1M... Lagi nak mintak2 dengan dia...

Aku jugak tak paham dengan orang yang jenis claim kuat agama... Tapi masih lagi terikat dengan adat. Memang la dalam Islam ada mention pasal tunang, nikah, walimah urus, tapi takde pulak mention syarat2 yang membebankan untuk tunang, nikah, yang kita amalkan tu... 

Contohnya macam hantaran nak apape serba satu lah, nak duit, nak 5 berbalas 7 lah... Takde aku jumpa benda2 camtu. So kat mana orang nak pertikai aku buang agama dalam hal2 camni?

Ke korang semua memang nak tengok aku lari terus pegi UK, sambung master, sekali harung daftar nikah kat sana? Pastu tunggu la 3-4 tahun lepas tu, bila kitorang balik baru buat kenduri? 

Mana satu korang nak? Tak kisah kitorang permudahkan cara apape yang patut ke atau nak aku lari pegi sana ikut dia?

Pilih.

Thursday, October 16, 2014

Berhabuk...

Fiuh, fiuh *tiup habuk la konon2*

Nampak gaya macam update sebulan sekali je blog ni... Bila dah jarang update, kurang la sikit stalker kot? Terima kasih pada yang sudi jengah2... Blog korang puuunnn aku tak jengah2... Especially blog si Puan Hadra tuuu... 

Sibuk la adohaiii... Makin nak cuti, makin bertambah sibuk2 melanda diri. Entah apa yang aku sibuk2 sangat pun aku tak pasti. Kekadang blur jugak kat opis tu. Yang pasti banyak keje. Cuma kekadang tatau dari mana nak mula... 

Pastu skang ni aku tengah pening2 jugak dengan RHB bank tu. Aku tak pasti la officer tu baru dapat kes aku ke apa, tapi tak abes2 dia rajin faks ke opis aku suruh aku call balik. Katanya call aku tak dapat. Bila aku call balik, layan tak layan pulak... Eee... Geram gila pulak rasa... 

Well, biar la kat dia, aku dah bagi pun plan reschedule... Lagipun memang la pinjaman tu semua atas nama aku... Tapi bukan untuk kegunaan aku pun. Aku ni jenis sengkek2, dok senyap2 je... Untuk orang lain... Dah takkan aku nak pegi acu pisau kat leher orang tu suruh bayar jugak2 kan...

Lantak la dia nak blacklist nama aku ke apa... Lagipun abes bayar keta lagi 2 tahun ni (yeahoo!!) abes jugak la segala beban loan. Next year lepas bonus ASB kuar, terminate loan ASB. PTPTN? Entah. Tapi tetiap tahun aku bayar la jugak RM4k. RM2k dip, RM2k degree, kekadang jadi RM3k degree, RM1k dip. Bayar lump-sum setahun2 senang... Nampak la jugak nilai tu berganjak. Bayar bulan2 macam tak nampak apa yg berubah pun...

Abes bayar keta nanti, aku nak guna amount yang sama untuk bayar PTPTN. Harga keta aku dengan PTPTN yg aku dapat, lebih-kurang je RM80k in total... Dah keta boleh setel 5 tahun, takkan PTPTN tak boleh, kan??? Walaupun gaji aku tak la setanding elaun menteri atau gaji pegawai besar kerajaan...

Loan dengan bank, setakat tu je. Last keta je. Rumah? Next year insyaAllah dapat la aku merasa duduk rumah sendiri setahun-dua sebelum migrate lepas officially register & buat majlis sambutan sikit2 pasal perkahwinan kitorang ni kat Malaysia ni...

Thanks bebanyak kepada Alia blogger yang dah migrate ke US ikut husband dia tu sebab bagi kata2 semangat dan peransang untuk aku tetap dengan keputusan aku untuk bertabah dalam setahun-dua ni sampai segala urusan Jeff selesai... Memang makan tahun jugak la nak selesai pun. Haha... Orang kata umur makin naik... Ade aku kisah, sebab yg nak harung semuanya aku, bukan dorang... Cakap senang, lah...

Entah la... Rasa2 macam life aku skang ni tahan telinga, muka dengan hati dari dengar kata2 orang... Biar la apa orang nak kata... Orang kita memang majoriti suka judgemental... Masing2 berbakat jadi hakim secara tak rasmi... 

Yang penting, lagi 21 hari nak cuti panjang... Yeayy!!! Panjang cuti aku kali ni... Termasuk weekend, ada la dalam 18 hari... Sebab hal2 personal... Yang pasal charity pun ade jugak kena korban sehari... So November nanti memang aku enjoy gila kerja 7 hari je dalam sebulan... Sama macam time kena chicken pox tahun lepas :)))

Eee... Tak sabarnye nak cuti... 

Monday, September 15, 2014

Terima Kasih Kerana Melayan Saya :)

Terima kasih kepada:
1. Mardziah - dari explain pasal game, terus melarat ke isi hati...
2. Huda Luna - tetengah malam pun sudi layan whatsapp aku :*
3. Kak Syima - walaupun tengah sopping kat Langkawi sampai exceed 129kg lugages, tapi sudi lagi layan call saye ;P
4. My beloved cousin, Fatin - yg emo bagai nak rak, tapi jangan risau... Takde benda buruk jadi.
5. Iryani - hang ade bagi pendapat 2-3 ayat je haritu...

Sebab rajin melayan aduan aku haritu... Rasa macam first time ever rasa sedih sebab tergugat dengan kehadiran orang lain dalam relationship... Thanks sebab suruh aku fikir betul2 & siasat abes2... Yang ending dia malam ni, saat ni, aku baru tersedar sesuatu...

Memang selama ni aku tak pernah ambil pusing pasal apa yang dia buat, life dia, aku tak pernah gaduh sekali pun dengan dia for the sake of "open minded" thingy... Sekali sebab satu mesej suruh accept friend request kat facebook tu betul ubah 100% siapa aku selama ni, apa perasaan aku kat dia.

Maap la kalo entry ni rasa macam "babilah apa pompuan ni tulis"... Tapi ada aku kisah pasal pendapat orang... Hewhewhew...

Tadi aku antar mesej macam merajuk2 kekonon nak tarik diri la bagai (apa gila lepas celebrate 1000 days in relationship nak tarik2 diri pulak) kekonon tanak lukakan hati perempuan lain yang beriya2 mengaku tunang (padahal cikgu je pun) kekonon abes pasrah laa kan... Macam2 la ayat pasrah tahap poyo nak mampus aku bagi kat dia... Last2 dia suruh aku pikir balik apa gila dia nak bertunang dengan bini orang...

Skang aku betul2 sedar yang aku dah pandai jeles, pandai takut kehilangan dia, pandai risau sampai tak jadi nak buat apapun sebab kes tu amik alih hampir 100%  kapasiti otak aku yang tak berapa nak cerdas ni...

Selalunya kapasiti otak aku terbahagi kepada 3 seksyen:
1. Jeffri Ramli - 60%
2. Kereta - 25%
3. Kerja - 15%...

Tapi sebab cikgu bahasa korea dia tu punye mesej kat aku, maka partition otak aku otomatik berubah menjadi:
1. Cikgu bahasa korea yg gedik - 85%
2. Jeffri Ramli - 10%
3. Kereta - 2.5%
4. Kerja - 2.5%

Tu pasal Jumaat lepas memang aku pissed off gila2 dalam opis. Kebetulan pulak Mark Orman (entah apa dia dendam sangat pasal technical TPNI dengan aku pun aku tak pasti laa) cari pasal gila2 ngan aku... Dia attack keje salah orang operator yg berpotensi tinggi sampai orang tu rasa nak resign time tu jugak... Memang gile ah. Sampai nak nangis aku cakap, audit dia bagi semua beyond our capabilities. Dulu masa zaman aku join production, Barry Walker rajin attack aku. Skang bertambah sorang lagi saiko... Tambah dengan 85% masalah peribadi time tu. Perfect combo!!

Now aku lega sangat2 dah cerita abes pasal kerisauan aku pada dia... Syukur laa dia paham kenapa tetiba aku tak jadi diri aku bila sungguh2 upset dengan hal nampak remeh camni. Remeh ke? Satu perkataan tu pun dah cukup buat aku rasa mcm loser gila kot...

Yep now aku mengaku aku takut gila kehilangan dia. Memang gila2 takut kehilangan dia ditangan orang lain. Walaupun ada something yang kitorang tak berapa boleh nak share in common... Misalnye aku dengan kereta, dia dengan muzik. Tapi aku boleh lagi layan muzik bila aku tukar option favourite aku ke art & craft. Kira boleh align lagi la...

Seriously aku nangis okey bila dia cakap, holiday kali ni memang dia nak spend masa dengan aku sebab nak kenal aku dengan lebih rapat lagi, since long distance relationship ni sebenarnya sakit sangat2 untuk dihadam... Dan bila dia cakap aku sebagai best thing ever happens in his life...

Rasanya sekarang no more independent woman, strong girl dalam diri aku... Makin mudah sensitip pulak sekarang. Abes la dia. Moga2 dia takkan pernah jemu dengan aku...


Sunday, September 7, 2014

Banyak la pulak....

Saje belek2 gambar2 yang aku transfer dari phone ke laptop...

Belek2 blog jugak....

Baru tau rupanya aku banyak hutang update trip jalan-jalan.

-Trip pegi Cherating, Pahang
- Trip pegi Sabah
- Trip pegi Taman Negara Penang - part 2 (part 1 kat sini)
- Trip pegi Universal Studios Singapore
- Trip kemanusiaan Tzu Chi ke Pahang

Bulan November ni nanti ada lagi trip jejalan jelajah 1 Malaysia & China. Huhuhh...

Terus rasa malas nak update... HAHAHA!!

Sunday, August 10, 2014

Tak Tahu...

Pertama sekali, tahniah pada Hadra (epalejau.blogspot.com) sebab dah pun tukar status dari Cik Hadra ke Puan Hadra :))) 

Tak dapat hadir sebab tak expect dapat cuti raya sampai seminggu tahun ni. Maka beraya la kita di rumah family akak ipar di Perak. First time dalam hidup beraya dalam suasana kampung. Teruja baq hanggg... Aku malas nak tempek gambar kat sini... Tapi kat instagram ngan fesbuk banyak la gambar beraya siap dengan family day dorang. Pegi la tengok sana. Hehe...

Memandangkan time2 raya ni femes dengan soklan berkaitan dengan kawen... Tetiba sepanjang bulan ni sampai la ke harini, tak abes2 antara aku dengan Incik Jep bincang pasal kawen.

Macam2 benda keluar... Dari prosedur, borang2, family, entah apa2 lagi kitorang bincang. Padahal dalam masa 2 tahun ni tak mungkin kitorang kawen pun... 

Semalam aku gelak2 kat dia sebab aku cabar dia tanya abang aku... Boleh tak kawen ngan aku... Memang dia buat, tanya... Abang aku pun dengan sengal2 jawap, boleh...

Haha. Macam memain je rupanya. Tapi, setakat tanya camtu, camtu je la abang aku jawap. Aku nak bincang dengan lebih lanjut dengan dia & abang aku... 

Masalahnya skang, dia dah tanya family angkat dia (kakak2 dengan abang2 dia) pastu kakak dia cakap tak boleh kalo dia saja tanya. Kena family dengan family. Secara official, lebih formal kekdahnye... Aku macam... Kalo takde bincang utk "break the ice session" la konon2nya, camne nak ajak family pulak further discussion?? Aku confuse kot... Ahaha

Camne nak overcome benda2 camni? Aku seriously takde sesapa nak ajak berbincang. Kalo ada arwah mak, boleh la ajak sembang mintak jalan yg betul utk niat yang murni ni... Aku pun macam dia jugak, kalo tanya abang aku, camtu je la aku pun tanya. Memang jadi camtu je la. Abes satu soalan, abes.

Aku betul2 blur la camne nak start. Nak tanya abang aku, entah2 dia tak caya aku ke... Mana la tau, nanti dia ingat aku pulak yang terlebih beriya, padahal Incik Jep takde pun camtu (padahal dia mana tau betapa Incik Jep push aku suruh tanya, cuma aku je senyap sebab aku pikir bendanya lambat lagi)

Incik Jep kenal aku camne, dia tau aku tak minat keje dua kali - maksudnya ada acara merisik & meminang waktu lain, pastu tunang, lama pastu baru kawen... Dia pun tak suka camtu... Tapi skang ni memang macam susah nak percaya sebab dia sesorang kat negara orang, family dia semua kat sini nun di KL, aku ngan family aku pulak kat Penang... 

Kata nak bincang kecik2 face to face pun dah makan kos... Nak call, bukannya perkara jual beli barang kat mudah.com sampai tahap nak call tanya. Dah tentu dengan call, mungkin jugak kedua2 pihak akan anggap, hmm serious ke perkara ni? 

Nak bincang antara aku dengan Incik Jep saja? Memang setakat boleh bincang dengan anyam impian saje lah... Sejujurnya bila pikir balik betapa complicated nya perkara ni, terus aku rindu dengan arwah mak. Biasanya mak2 je boleh gali sedalam-dalam lagi nak bagi nasihat/pendapat untuk anak perempuan sendiri. Entah la. 

Skang ni dah jadi benda yang berbeza tau antara aku dengan Incik Jep. Dulu aku yang beriya tanya, pastu dia nasihatkan aku pasal hal kitorang ni, baik go with the flow je sebab masing2 pun ada cita2 dengan komitmen sendiri. Skang dah terbalik. Nampak macam aku pulak yang mengelak nak bincang hal2 camni... Aku tatau nak explain camne, puas dah aku google, tengok drama, tapi tak dapat jugak cara yang fit situasi aku dengan dia... 

Aku sayang dia, tapi sekarang aku serabut sebab bila aku decide nak kawen ngan dia, pikir life lepas kawen, tinggal family, tinggal sedara... Aku jadi sedih. Seboleh2 bila pikir camtu, aku rasa macam nak enjoy life kat sini dengan adik-beradik, sedara-mara... 

Tak ready la nak kawen + migrate. Aku tak kuat macam alia (secondsanctuary.blogspot.com)

:'(

Wednesday, July 23, 2014

Kucingku Kaka dalam kenangan

Dah takde dah keletah manja2 dia, sambut orang balik keje, datang gesel2 kat kaki, selfie sama2, dia jugak selalu join facetime ngan Incik Jep...

Haihh... Banyak betul kenangan dengan Kaka ni... Sape laa yg sampai hati pegi langgar dia... 

Sedih gile mase antar pegi vet petang tadi... Doktor pun diagnose dia tak bole idup lama. Nafas pun semput2... Darah kuar jugak ikut mulut, sikit2... 

Tapi lepas doktor bagi drip, terus dia muntah darah banyak... Sedihnyaa... Antara 3 ekor yang ada, aku paling sayang yang ni... Yang ni jugak pergi dulu...

Nanti yang mana satu dah nak release stress aku? Lala kuat bebel... Kiki pulak sombong tak suka orang peluk2 dia... Kene tunggu lagi 3 ekor yg baru tu besar la kalo nak cari kesayangan baru... 

Ya Allah, sedihnya... Tak pernah aku rasa sedih macam ni semata2 sebab sekor kucing :'(

Bukan setakat sedih je. Siap amik EL half-day untuk bawak dia pegi vet ni tau... Tak kisah la kalo ade yang nak gelak sebab aku amik half-day EL sebab kucing... Tapi serius, aku betul2 sedih... Memang terasa gila dia takde...

Friday, July 11, 2014

I'm Back :)

Yeah. I'm back.

Dah lama gila kan aku private blog ni... Dari Disember 2013 sampai semalam. Harini aku bukak balik. Pastu ubah page ni jadi kosong-kosong-kosong. Paling simple. Yelah, serabut tengok ada macam2.

Font tetap jugak tak berubah. Begitu jua hatiku pade Incik Jep. Hahaha... Memang takleh blah ayat.

Aku bosan ni sebenarnya. Sejak semalam, aku officially kena bond 6 bulan dengan opis aku. Officially. Takleh la nak lari cari keje lain. Tapi pehal aku nak cari keje lain kan? Macam malas je nak cari tempat lain. Dah 3 taon keje situ. Macam2 kerenah, macam2 orang dah aku jumpa... Langsung tak buat aku takut. Aku buat tak tau lagi ade la.

Yang kena bond gara2 benda ni lah...


Rajin baq hang bawak balik workbook ni kekonon nak prektis kat rumah. Tapi last2 tu la dia. Slambe je update blog. Maklum la sejak ade laptop baru ni... Semua benda nak testing. Takpe la. Semoga aku rajin dan entah? Okey kot.

Cuma tak sangka la kena bond 6 bulan. Haih... Lambat la pulak bulan Januari taon depan. Eh tapi lepas tu ada course lagi... Entah berapa lama pulak kena bond. Lagipun okey apa kena bond. At least aku takyah risau kena buang ke apa kalo aku buat hal. Tu pun kalo aku buat hal la. Ataupun kalo ada makhluk halus yang macam dulu2 tu yang kekonon buat aduan la sangat pasal aku  tu... Ala, yang konon teraniaya habis la sebab aku poyo kan... Konon aku kaki bodek la hapa semua... Tapi elok jugak la jaja cerita camtu. Kalo tak kerana cerita camtu, takde la orang percaya aku "boleh buat kerja". Terima kasih sangat sebab dengan cerita2 camtu, aku ada banyak ruang untuk buktikan kemampuan diri sendiri dan bukan sekadar "bodek" seperti yang didakwa.

Entah la. Aku malas nak amik peduli dengan hal2 camtu. Cuma sangat tak matang la kalo hal2 personal macam suka tak suka orang terbawak2 sampai ke keje. Sangat tak professional. Nampak sangat tak serious dengan keje. Penat je majikan bayar gaji kat orang tak professional tu.

Oh. Lastly. Hmm... I'm back. Haha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...