Sunday, December 14, 2014

Blog ni macam kurang kasih sayang je aku tengok. Bile terasa nak update je baru update. Kalo tak, terbiar je bersawang...

Aku takleh tido ni. Tu pasal la aku update pagi2 buta ni... Takde topik sangat malam ni, cuma... Kecewa sikit dengan kerenah sedara-mara... 

Terus-terang cakap, aku tak paham apa yang dorang nak aku & abang aku buat supaya dorang puas hati. Susah sebenarnya nak jaga hati orang... Pernah la aku buat eksperimen letak gambar aku dengan Jep dekat fesbuk... Fesbuk kan tempat show-off... Harus la show-off sikit...

Aku dengan Jep ni bukan la macam pasangan kekasih yang lain. Boleh jumpa face to face, dating tetiap minggu... Dia balik Malaysia je baru aku ada peluang jumpa dia. Kali ni dia balik, selain nak jumpa kawan2, kitorang plan nak bincang dengan sedara-mara belah family dia untuk wedding kitorang...

Dia ada jugak lepak rumah aku. Nak bincang dengan abang aku. Ending nya abang aku pegi bukak cerita pasal navy operation yang dia join weekend sebelum tu *facepalm*

Gambar2 dalam instagram aku, facebook aku, dia sendiri yang post. Kekadang aku takde idea pun apa dia post. Sebab phone aku selalu ada ngan dia. Aku pulak jenis belek phone lepas snap gambar je. Fesbuk kejadah semua, aku ignore je sebab betul2 nak spend time ngan dia. 

Bab bincang2 dengan family ni, takde niat pun nak ketepikan family yang lelain. Kalo kitorang nikah pun, mungkin la jemput family lain2 sikit. KENDURI ye saya ulang, KENDURI baru plan nak jemput semua kaum kerabat, saudara-mara sekalian...

Tapi ada pulak sentap. Siap tuduh biadap, buat macam takde adik-beradik. Adik-beradik aku originally aku dengan abang aku je. Lain2 semua kategori sepupu. Tak rapat sangat pun. Tapi kenapa time tu tiba2 nak mengaku adik-beradik?

Honestly aku kecik hati gila2 dengan tuduhan camtu. Sebelum komen tu pun aku dah jelaskan, kalo kitorang nikah sekalipun, cuma yang terdekat je akan aku jemput. Lain2 semua tunggu kenduri lah. Takkan aku nak ajak semua kaum-kerabat tengok aku nikah? Lagipun masa adik-beradik/anak2 dorang (oppss...) nikah, ada jemput semua keluarga? Takde kan? Yang terhampir je kan?

Entah la. Ikutkan hati aku, aku ngan Jep plan nak buat paling simple. Tunang-nikah semua sehari. Pastu majlis doa selamat sikit, jamuan makan. Semua kat masjid, setel. Tapi sebab komen camtu, abang aku pun baca, dia tiba2 jugak jadi sentap lalu nak buat majlis asing2. 

Yang terbeban sapa? Dah tentu la aku. Jep pun sebab dia tak dapat nak monitor closely planning semua. Dia kat UK, aku kat Malaysia. Camne aku nak bagitau kat family aku supaya tolong faham situasi kitorang? Nak execute event bukannya mudah. Newcastle City dengan Sungai Ara bukannya 4 jam perjalanan macam KL-Penang... Kos bukannya murah.

Kalo selalu nak balik untuk deal semua ni, bukan dorang yang nak tanggung tiket tu semua. Majlis pun kitorang jugak kene keluar duit sendiri. Aku dengan Jep bukan ada mak ayah dah untuk cover sikit majlis nak bagi semua orang puas hati... Jep duit sendiri2, aku pun sendiri2 je. Dia nak mintak adik2 kandung dia sponsor? Dorang pun tak sure nak tolong ke tak. Nak mintak dengan adik-beradik angkat dia? Buat apa? Macam aku plak... Aku sampai hati ke nak mintak sponsor dari abang aku? Dia pun still layak apply BR1M... Lagi nak mintak2 dengan dia...

Aku jugak tak paham dengan orang yang jenis claim kuat agama... Tapi masih lagi terikat dengan adat. Memang la dalam Islam ada mention pasal tunang, nikah, walimah urus, tapi takde pulak mention syarat2 yang membebankan untuk tunang, nikah, yang kita amalkan tu... 

Contohnya macam hantaran nak apape serba satu lah, nak duit, nak 5 berbalas 7 lah... Takde aku jumpa benda2 camtu. So kat mana orang nak pertikai aku buang agama dalam hal2 camni?

Ke korang semua memang nak tengok aku lari terus pegi UK, sambung master, sekali harung daftar nikah kat sana? Pastu tunggu la 3-4 tahun lepas tu, bila kitorang balik baru buat kenduri? 

Mana satu korang nak? Tak kisah kitorang permudahkan cara apape yang patut ke atau nak aku lari pegi sana ikut dia?

Pilih.
Post a Comment