Tuesday, January 31, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Baju Nikah dan Veil

Sampai la kita ke part yang haru-biru jugak sebenarnye. Kenapa haru-biru?? Sebab tiap kali Kak Lina (sepupu aku dari Singapore) mesej aku je mesti benda utama yang dia tanya mesti pasal baju. Aku rasa sejak aku officially bertunang (25 April 2015) dekat beratus kali dia tanya pasal baju...

Tanya pasal preparation baju la, saiz la (sebab asalnye dia cakap nak sponsor), tema la ape barang lagi semua. Aku pulak yang stress dan pening sebab aku jenis malas nak fikir, so aku malas nak jawab. Begitu juga kawan-kawan aku macam Iryani, Kak Syima dan lain-lain pompuan yang concern tentang hal-hal baju ni. Malang betul dorang ada kawan macam aku, aku malas nak fikir semua tu. Hahaha...

Baju Nikah

Baju nikah aku ni sebenarnya plan paling asal nak mintak kawan husband aku je buatkan. Total cost RM 400 untuk sepasang baju aku dengan husband. Baju husband aku dengan aku adelah jubah, yang mana warna untuk baju tu akan ikut kain yang aku ada. Kain tu ada corak pokok kelapa yang Kak Lina bagi kat aku dengan Fatin masa  kitorang pegi Singapore tahun 2013 dulu. Hambik hang lama kot aku peram kain tu tak jadi baju lagi. Hahaha...


Tapiii tak jadi sebab masa November 2016 tu tetiba husband aku jadi bercelaru macam mana ka, terus dia decide nak cancel nikah. So aku pun jenis tak fikir panjang jugak terus mesej kawan dia cakap takyah la proceed buat baju tu. Kitorang dah call off. Takde jodoh la kononnye...

Pastu tup-tup pujuk la ape semua last-last kitorang tak jadi putus. Teruskan je...

Actually aku ada banyak option baju untuk nikah ni. Cuma kena cari baju melayu je untuk husband aku supaya match dengan baju aku. Antara baju yang aku usaha taruh manik dan tempek lace banyak-banyak adalah baju ni... Segala manik dan jugak lace yang ada kat baju tu semua aku tambah sendiri okehhh... Hahaha gigih tak gigih kauuuu...


Tapi... Mulanya aku nak match dengan veil aku warna kuning, tapi masa tunjuk kat Kak Syima, dia dok awkward la apa la... So, aku dah bersusah payah jahit lace dan manik-manik situ, maka lupakan je laa... Yang jadi punca aku nak match dengan veil kuning aku tu sebab husband aku cakap dia nak pakai sampin warna kuning diraja match dengan baju melayu yang bakal kitorang cari untuk match dengan baju aku tu... Asalnya aku nak guna baju ni dan tudung + veil kuning, cari baju melayu warna ni untuk husband aku, so dia boleh pakai dengan warna kuning diraja sampin dan tengkolok dia...

Pastu dah beberapa hari husband aku duduk kat kampung dia, tetiba dia call aku bagitau kawan dia yang offer nak buatkan baju haritu nak bagi baju jubah free je kat dia untuk nikah... Aku dah pucat dah sebab terfikir warna apa la pulak tu kan... Dia whatsapp aku baju nikah yang dia bakal pakai...


Dalam gambar nampak ni warna cream... So aku selongkar almari aku dan dapati aku ada sepasang baju warna cream yang salah saiz, tak pernah pakai sebab besar dan kurang manik-manik cuma batu-batu besar...


Tengok dalam gambar eh macam match je kan... Baju kurung aku tu belah atas je memang banyak batu-batu manik tu. Kat bawah dia kosong je. Dengan kain dia pun kosong takde batu... Kena plan tambah manik-manik lagi... Mujur aku borong banyak manik-manik untuk veil haritu...


Problem solved! Buat masa tu laa... Sebab kitorang tak jumpa lagi face to face tengok baju apa sebenarnya yang aku dan dia ada... Hahaha... Yang Kak Syima tak habis-habis push suruh jumpa sebab nak match baju. Apa dia ingat Kuala Selangor dengan Penang ni macam Sentul pegi IKEA ke dekat? Aku banyak kali kot bagitau, aku cuma boleh jumpa dia start aku cuti 5 Januari 2017 dan masa tu baru husband aku dapat turun Penang nak tengok baju apa dan nak tengok apape persiapan yang kitorang kena settle kan... To be honest memang aku rasa macam nak campak je phone bila dia keep on hantar mesej suruh kitorang jumpa untuk match baju...

Sudahnya aku diam 1000 bahasa sambil bertenang tunggu je 5 Januari 2017 tiba... Whatsapp sapa pun aku tak layan sangat sebab masa tu aku pun sibuk ngan kerja.

Bila dah bertentang mata, Rupanyaaa warna baju aku lebih pada cream, baju dia warna putih. Emm... Lantok lerrr... Nanti bile bergambar tak nampak sangat kan? Haha...


Ni la hasilnye baju nikah aku. Manik-manik belah bawah tu aku tambah sikit-sikit je. Tanak la nampak sarat sangat. Nak pakai berapa jam je pun kannn... Tudung ngan veil tu warna kuning lembut. Lantokkan ajerrr...


Ehh ter-crop muka husband pulak... 😆 Dia tak kisah pun. Lagipun aku rase selagi aku malas nak reveal sape dia ni awal-awal... Jeng-jeng-jengggg...


Veil

Yang ni aku memang 100% buat sendiri derrrhhh... Hahaha... Gigih takkk??? Tengok je la gambar kat atas tu labuh mana veil aku... Sebabnye? Sebelum ni aku plan nak pakai veil warna hitam. So, gigih la beli kain transparent hitam lepas tu potong ikut apa yang aku baca kat blog b2b lain... Pastu herot la senget semua ada. Sudahnya sebab husband aku hantar mesej nak cari apape baju yang match dengan sampin kuning diraja dia, so aku pun decide beli kain lain warna kuning lembut. Takkan kuning terang kan sebab nak buat veil... So zass... Pegi Kamdar Bukit Jambul cari...

Dah beli tu semeter gitu, bidang 60, aku pun terus beli gunting kain sekali sebab gunting kain kat rumah dah uzur sangat dah. Pastu ingat nak balik je potong kat tempat rata kat rumah... Tapiii... Masa tu aku park kereta betul-betul depan kedai yang boleh jahit tepi dan jual manik-manik. So aku nekad je potong kain tu dalam kereta.

Panjang pendek aku tak kira dah... Bantai je potong... Hantar jahit tepi... Balik rumah baru sedar yang veil tu sangat la panjangnye... Hahahahhh... Tapi aku kan kental... Terus je jahit manik-manik dengan lace atas kain tu... Ni la hasilnye... Baru bahagian atas je yang siap time ni...


Ni pulak detail tepi-tepi dan keliling veil... Itu pun kalau korang nampak laa kan...


Memang saje aku susun 3 manik belah kiri-kanan... Mencabar jugak nak susun sebenarnye... Tapi orang kata usaha tangga kejayaan. Jadi la veil yang macam tu... Aku rasa kat gambar atas yang baju nikah tu jugak boleh tengok kat belakang veil aku letak manik cemana... Tak nampak pun buat-buat je la nampak... 

Ni rupa sebenar veil aku setelah layout atas katil tadi untuk snap gambar kasik orang tengok;


Oh ye sebelum korang tegur, yes, gambar-gambar dalam ni memang kebanyakkan gambar nampak muka aku macam bengkak... Punca? Aku takde pantang-larang macam pengantin lain... Rehat la apa la... Mana sempat weh, semua benda aku buat sendiri, organize sendiri, memang tersangat la letih dan takde masa langsung nak berehat.

Masa aku menaip kat sini je la satu-satunya masa aku berehat. Serious. Dan post ni sebenarnye scheduled post. Hahaha... Okey la aku  nak pegi tido dulu, babaiii...

Monday, January 30, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Kad & Doorgift

Kali ni aku nak cerita pasal kad kahwin dengan doorgift. Sebab? Benda-benda ni berkait dan berkongsi dengan item no.2 dalam senarai iaitu ink printer. Ink printer tu aku beli sebab last time baki ink dari thesis aku tu cuma ngam-ngam untuk print atas tracing paper untuk doorgift. Pastu tak cukup untuk kad kahwin 😥

Kalau laa balance ink tu cukup untuk kad kahwin, maka tak perlu laa aku susah-susah masuk bajet ink dalam senarai. Ink original weh. Sebab printer aku yang guna ink pukal sebelum ni rosak. Terpaksa la guna printer satu lagi yang aku tak install ink pukal. Itu pun harga ink tu dapat diskaun RM 15 sebab aku trade-in 3 katrij ink masa buat thesis sebelum ni. Sepatutnya 4, tapi masa nak pegi beli tu satu katrij menyorok pulak.

Kad Kahwin

Kemain besar tajuk. Okey first sekali bab kad kahwin. Antara tools yang diperlukan untuk buat kad kahwin ni adalah

  1. Kreativiti
  2. Skill google image
  3. Skill photoshop
  4. Skill illustrator
First google je sample-sample kad kahwin kat google. Perati apa benda isi kandungan dalam sesebuah kad. Masa aku tengah prepare kad kahwin ni kebetulan time tu musim kahwin... Jadi belambak reference. Macam-macam jenis kad boleh buat... Tapi aku jenis malas nak serabut-serabut, maka benda simple-simple je la yang keluar dalam kad kahwin aku.



Ni kad design pertama aku. Masa tu tarikh kawen adalah plan bulan September 2016. Abang aku reject sebab nampak macam kedekut je satu A4 belah 4. Kecik dan sebagainya... Kesian orang tua yang tak nampak, jenuh nak tengok... 

Itu yang wujud second version. Satu A4 bahagi 3 pulak. Yang tu masa design tu dah decide tangguh tarikh kepada Januari 2017 haritu. Yang electronic version ada kat sini... Walaupun takde nama pengantin lelaki. Hahahahhh...

Ini yang printed version punye... 


Ni lepas test print satu A4, ada 3 set. Susah gak guna adobe illustrator nak set margin dengan offset nak bagi depan-belakang sama. Ye lah, aku takde formal exposure pasal adobe illustrator ni, bantai guna je janji kad siap.


Yang ni lepas dah confirm margin elok, depan-belakang offset tak lari banyak sangat pastu test potong... Ini la antara hasilnya walaupun ada nampak senget-benget sikit. Ala redho je sebab lepas dapat kad jemputan tu, takde maknanya orang nak simpan elok-elok buat frame ke apa, last confirm buang je... Tu je la ayat nak sedapkan hati aku yang "sikit perfectionist" bila kecewa sikit time potong senget-benget...

Jenis kertas pun sempoi je cari yang macam ni dekat Young Ones. Boleh laa dapat RM 0.70 sekeping. Tu pun kena merantau ke Young Ones Jalan Burma baru ada kertas yang warna putih. Kat Bayan Baru siap abes stok kot. So aku beli 5 keping yang warna pink. Buat testing print out. Rasanya ada jugak kot dapat kad jemputan warna pink... 😆


Lighting merapu sikit. Haha. Tapi percaya la kertas ni memang warna putih. Dan inilah code number kad tersebut in case korang nak cari kad yang elok untuk print cover assignment. Kad ni pun ada lebihannya so aku pun sedekah la kat anak buah aku yang darjah 3 dan form 2 in case cikgu mintak folio apape ke, dah save sebab cover page dah ada. Dia punya lebihan tu aku rasa cukup kot untuk cover folio anak buah aku yang form 2 sampai dia nak SPM nanti.



Doorgift

Part ni memang aku excited nak cerita... Sebab aku ada macam-macam plan untuk doorgift. Ada masa terasa nak tempah je... Ada masa excited nak buat sendiri... Ada masa plan nak bagi benda nampak macam mahal... Pilihan banyak... 

Aku beli tracing paper tu paling awal, dalam range lagi 10 bulan nak ke majlis (majlis yang bulan Januari tu) Mase tu aku beli tracing paper untuk spare bagi majlis bulan September 2016. Aku rasa aku beli masa aku pegi second DAT untuk Gas Malaysia. Dalam bulan Febuari-Mac 2016 camtu laa... Masa bulan April 2016 baru decide nak tangguh majlis ke bulan Januari 2017...


Tracing paper ni saiz A1 asalnye. Dalam RM 2.80 sekeping. Aku terbeli dalam 30 keping. Lepas beli dia potong dah aku kira balik, alaa terlebih pulak... Terlebih banyak pulak tu. Haha. Aku anggap je la masa tu belum buat bajet lagi...

Aku plan nak buat macam casing untuk doorgift aku la guna tracing paper ni. Dan benda ni bakal memerlukan kerja-kerja menggunting dengan tahap kesabaran tertinggi...

First option aku adalah nak bagi powerbank. Haa kau, happening tak nak bagi powerbank?? Aku reccee Alibaba.com dekat dua tahun follow up pasal powerbank. Mula tu memang nak ambik dah, tapi hujung-hujung ringgit Malaysia jatuh tergolek, dan meningkatkan kos aku dengan jayanya, last-last terpaksa la lupakan powerbank tu... 

Second option aku nak deal je dengan beberapa "brand" untuk doorgift dari Instagram. Yeszzaa aku nak survey apape, memang banyak study kat Instagram sana... Tapi malangnya dah antar email, antar whatsapp orang tak layan, maka kita kena la fikir option lain... Lagipun ada hikmahnya dorang tak layan sebabbb... Dengan tak disangka-sangka, dekat-dekat last minute (dalam kategori last 3 bulan nak nikah) terjadi drama yang tak dijangka dan jugak issue paling besar melibatkan duit... Nasib baik laa tak deal dengan dorang... Kalau tidak, tak tahu la camner nak bayar 😓

Sampai la ke option ketiga. Time ni nampak macam hipster jugak kalau bagi perfume. Kita pun start la study pasal perfume. Bayangkan orang lain lagi 6 bulan nak buat majlis kenduri, semua dah settle, aku ni, sampai level lagi 3 bulan nak buat kenduri, apa  benda pun tak berapa nak fikir lagi. Aku start paksa diri study pasal perfume paling bajet yang boleh aku dapat...

Teringat lak pasal tracing paper tu, so aku start sort out plan aku... Tracing paper buat casing untuk botol 4ml perfume. So inilah rupanya... Ni lepas print out dan buat kerja gunting-menggunting.


First batch gunting-gunting. Abang aku ngan anak buah aku excited tolong gunting. Lepas tu tinggal abang aku je dan finally tinggal aku sesorang teruskan perjuangan menggunting. Bosan wey kerja gunting ni. Aku gunting sambil marathon movie kat laptop sepanjang beberapa weekend demi menyiapkan kerja gunting ni. Gila kot lagi 2 bulan nak kenduri, tapi tak siap-siap lagi. Aku sampai tahap give up kot...

Ni pulak minyak-minyak attar yang aku guna... Perfume... Minyak attar pun perfume gak kan? Haha...


Tiga-tiga botol ni bau basic je aku amik. Sebotol cuma RM 60. Kalau bau gempak-gempak branded macam Hugo Boss laa, Escape la semua mungkin mahal. Sebab nak save bajet, aku ambik yang ni je. Not bad la sebotol ni boleh isi dalam 200 botol 4ml. Tapi tak full 4ml la... Dalam 3ml lebih kurang camtu. Bawah ni gambar-gambar proses penuangan sendiri. Haha. Sebab kalau nak yang dah siap dibotol, RM 5 sebotol. Aku nak 500-600 camtu... Dah total mencanak ke RM 2500. Tak pasal je...



Hmm... Yang ni pun masa first batch jugak. Try taruh-taruh 100 botol 4ml. Takde la susah mana pun. Hehehe... 100 botol 4ml mase tu harganya cuma RM 50 je. So aku beli sikit-sikit... Total untuk minyak attar 3 botol 500ml dengan 600 botol 4ml hanyalah RM 480. Banyak kannn beza dari RM 2500 kalau mintak dorang isikan?? Huhuhh...

Bila combine semua perfume yang dah siap, dengan tracing paper yang dah digunting, maka dah siap-siap semua jadilah dia macam ni...


Ni yang lebihan masa kenduri haritu...


Okey la ade lebih dan mungkin plan nak jual je... Hehehe...

Sunday, January 29, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya

Harini 29 Januari 2017, maknanya dah 22 hari aku bergelar seorang isteri.

Ape perasaan aku? Entah... Sebab aku dengan husband aku tu seminggu je. So dah dua minggu aku single balik. Single secara long distance relationship balik laa kan... Tapi hari-hari jugak kitorang whatsapp. Hehehe... Nak buat cemana kan, sorang kat Europe, sorang kat Asia...

Okey. Cukup la kot. Harini aku nak cerita sikit bab budget kenduri kahwin aku. Post ni secara kasar je, yang detail-detail nanti ade dalam post-post akan datang...

Budget aku dan suami overall untuk nikah + kenduri adalah RM 5972. Untuk kedua-dua belah pihak ye... Sebab suami aku tak buat kat side dia, takut tak sempat nak kejar cuti yang limited. Haha kitorang berdua punya cuti memang limited. Jangan tanya kenapa.

Yes, RM 5972.

Macam tak percaya kan taon 2017 pun boleh dapat budget camni? Haa... Ni aku nak huraikan apa belanja yang aku, suami dan abang kandung aku belanjakan untuk kenduri ni.

Dari suami aku untuk aku -
Mas kahwin aku - RM 1000 (Selamat semua dalam ASB)
Hantaran aku - RM 8000 (Ni pun selamat dah buat bayar PTPTN tak jadi letak separuh dalam ASB macam dalam post ini)

Hantaran dan mas kahwin ni tak masuk dalam belanja sebab semua tu adalah pemberian dari suami aku solid untuk aku sorang. Ada cerita lain sebalik tu, tapi biarlah rahsia. Tu antara suami aku dan aku je yang tau.

Yang aku nak huraikan ni semua daripada pihak aku, suami dan keluarga aku untuk tetamu yang hadir. Haa kena paham tu... Aku takde la nak buat kenduri grand-grand ke apa, tapi aku punya kenduri kahwin tu still ade rupa kenduri kahwin orang melayu lain yang typical la, takde la pelik sangat sampai boleh nak viral. At least takde la terjadi kenduri kahwin buat bihun goreng dalam polisterin seperti komen dalam post ini. Hehehhh..

Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tak plan budget awal-awal untuk kenduri sendiri ni, kenapa tak hired wedding planner? Kenapa tak budget berbelas ribu macam orang lain? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Well, secara jujurnya, aku sendiri tak percaya yang aku nak kawen. Tu satu. Kenapa sendiri pun tak percaya? Ha tu lah, dokumen kitorang bukannya siap lagi pun. So memang aku taknak la siap beriya sangat takut nanti hari kenduri kang kitorang berlakon fake je padahal belum nikah. Kang sape yang malu? Mereka dan keluarga mereka (dialog filem Ringgit Kasorga... Hahaha). Orang lain at least 3 bulan sebelum majlis dah siapkan dokumen supaya tak kalut. Tapi kitorang ni long distance. Sorang kat Penang, sorang kat Newcastle UK. Bukan boleh balik hari nak settle semua ni. Nak balik awal, komitmen kerja pulak kena fikir...  Hmm...

Nak pulak bulan November lepas ada drama hampir-hampir putus tunang. Memang serious gila drama tu sampai boleh nampak la sapa yang dalam diam tak suka hubungan aku dengan dia. Tapi aku tak amik pusing sangat dengan drama tu sebabnya family dia pun lambat bertindak. Nasib baik la kan. Haha. Time kitorang dah bincang elok-elok dah okey, baru family dia tanya dia balik nak putus ke atau tak... Takpe la kitorang proceed je. Tu la punca post sebelum ni, takde nama pasangan. Masa tu memang 50-50 nak teruskan ke nak putus. Alhamdulillah jodoh masih panjang.

Sebab-sebab macam tu la aku tak nak ambil risiko nak tempah sana-sini walaupun dah last minute. Takut kitorang yang malu sendiri. Jadi aku ambik inisiatif, selagi boleh buat sendiri, aku cuba je buat sendiri. Tak jadi pun at least tak la melibatkan orang lain. Sendiri-sendiri je yang menanggung kerugian. Haaa....

Sooo...

Inilah senarai perkara-perkara yang ada dalam kenduri kahwin aku haritu.


Ni la dier taburan perbelanjaan yang memang sebenar-benar perbelanjaan untuk majlis nikah dan sanding. Takde la sanding sangat pun, cuma buat tempat untuk snap gambar jer... Lagipun takde photographer. Alaa phone sekarang kan canggih, semua orang pun dah sibuk-sibuk nak bergambar secara artistik ala-ala photohrapher power... Tapi dengan tak disangka-sangka abang kepada suami aku volunteer pulak nak jadi photographer... Terima jeee... Rejekiiii...

Back to the list. Yang full solid aku bayar sendiri - item no. 1, 2, 4, 5, 6, 7, 8, 11, 12, 13 = RM 1439
Yang aku share dengan abang aku, item no. 3. Aku bayar setakat RM 500 je, lagi RM 3200 abang aku topup kan... Dia cakap bab-bab jamuan semua jatuh atas tanggungjawab dia untuk hebahkan kenduri adik kesayangan dia, so aku okey kan sajieieeee :)
Yang full husband aku bayarkan item no. 9, 10, 14, 15, 16 = RM 833 - Semua benda last minute hahahaha...

Not bad la kan pembahagian perbelanjaan tu? Ada gak yang aku terlebih bajet (terbazir) la sikit sebenarnya... Contohnye dalam kad dengan tracing paper tu boleh je nak kurangkan lagi. Tapi aku beli yang tu paling awal, maka tak bajet lagi masa tu... 

Semua ni bajet untuk kurang dari 500 tetamu... Tak silap aku, rasanya tak sampai 500 orang pun yang hadir. Dalam 350-400 orang camtu je yang datang. Masing-masing mugkin dah start sibuk sebab kenduri aku tu bukan dalam masa cuti sekolah... Elok seminggu lepas mula sekolah pun (Haha ni masa postponed kawen haritu tersalah decide...Wakaka...  Ampuunnn...) Tapi takpeee... Terima kasih laa pada yang sudi hadir... Hehehe...

Daripada belanja RM 5972 tu, kadang-kadang orang cakap "duit salam kaut" tu boleh cover balik modal semua... Hahaha... Ni orang laa kata... Dan total duit salam kaut tu ade laa dalam RM 3365... Kalau nak kira dari segi "balik modal" atau berbaloi ke tak, aku rasa sangat berbaloi...  Sebab kalau tolak dengan belanja kenduri tu, jadi RM 2607. Haa... Dapat kee RM 2607 je total keluar modal untuk satu kenduri?? Apepun, alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang macam ni... Semoga murah rezeki pada yang sudi menghulur serta mendoakan kami. Amin ya rabbal alaminnn...

Duit "salam kaut" tu aku simpan kat aku sikit, aku bagi kat abang aku sikit, husband aku pun amik sikit untuk belanja honeymoon dan ada sikit buat saguhati untuk orang-orang yang kerja keras buat dish extra untuk kenduri aku haritu. Mee kari woihh... Aku pun tak sempat makan. Asalnye aku nak laksa... Tapi tu laa... Ada mak sedara aku volunteer nak buatkan mee kari, kita layan jerr...

Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Yang penting tanpa perlu buat apape loan.

InsyaAllah next post aku elaborate satu-satu pasal semua 16 item dalam list tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...