Kalau laa balance ink tu cukup untuk kad kahwin, maka tak perlu laa aku susah-susah masuk bajet ink dalam senarai. Ink original weh. Sebab printer aku yang guna ink pukal sebelum ni rosak. Terpaksa la guna printer satu lagi yang aku tak install ink pukal. Itu pun harga ink tu dapat diskaun RM 15 sebab aku trade-in 3 katrij ink masa buat thesis sebelum ni. Sepatutnya 4, tapi masa nak pegi beli tu satu katrij menyorok pulak.
Kad Kahwin
Kemain besar tajuk. Okey first sekali bab kad kahwin. Antara tools yang diperlukan untuk buat kad kahwin ni adalah
- Kreativiti
- Skill google image
- Skill photoshop
- Skill illustrator
First google je sample-sample kad kahwin kat google. Perati apa benda isi kandungan dalam sesebuah kad. Masa aku tengah prepare kad kahwin ni kebetulan time tu musim kahwin... Jadi belambak reference. Macam-macam jenis kad boleh buat... Tapi aku jenis malas nak serabut-serabut, maka benda simple-simple je la yang keluar dalam kad kahwin aku.
Ni kad design pertama aku. Masa tu tarikh kawen adalah plan bulan September 2016. Abang aku reject sebab nampak macam kedekut je satu A4 belah 4. Kecik dan sebagainya... Kesian orang tua yang tak nampak, jenuh nak tengok...
Itu yang wujud second version. Satu A4 bahagi 3 pulak. Yang tu masa design tu dah decide tangguh tarikh kepada Januari 2017 haritu. Yang electronic version ada kat sini... Walaupun takde nama pengantin lelaki. Hahahahhh...
Ini yang printed version punye...
Ni lepas test print satu A4, ada 3 set. Susah gak guna adobe illustrator nak set margin dengan offset nak bagi depan-belakang sama. Ye lah, aku takde formal exposure pasal adobe illustrator ni, bantai guna je janji kad siap.
Yang ni lepas dah confirm margin elok, depan-belakang offset tak lari banyak sangat pastu test potong... Ini la antara hasilnya walaupun ada nampak senget-benget sikit. Ala redho je sebab lepas dapat kad jemputan tu, takde maknanya orang nak simpan elok-elok buat frame ke apa, last confirm buang je... Tu je la ayat nak sedapkan hati aku yang "sikit perfectionist" bila kecewa sikit time potong senget-benget...
Jenis kertas pun sempoi je cari yang macam ni dekat Young Ones. Boleh laa dapat RM 0.70 sekeping. Tu pun kena merantau ke Young Ones Jalan Burma baru ada kertas yang warna putih. Kat Bayan Baru siap abes stok kot. So aku beli 5 keping yang warna pink. Buat testing print out. Rasanya ada jugak kot dapat kad jemputan warna pink... 😆
Lighting merapu sikit. Haha. Tapi percaya la kertas ni memang warna putih. Dan inilah code number kad tersebut in case korang nak cari kad yang elok untuk print cover assignment. Kad ni pun ada lebihannya so aku pun sedekah la kat anak buah aku yang darjah 3 dan form 2 in case cikgu mintak folio apape ke, dah save sebab cover page dah ada. Dia punya lebihan tu aku rasa cukup kot untuk cover folio anak buah aku yang form 2 sampai dia nak SPM nanti.
Doorgift
Part ni memang aku excited nak cerita... Sebab aku ada macam-macam plan untuk doorgift. Ada masa terasa nak tempah je... Ada masa excited nak buat sendiri... Ada masa plan nak bagi benda nampak macam mahal... Pilihan banyak...
Aku beli tracing paper tu paling awal, dalam range lagi 10 bulan nak ke majlis (majlis yang bulan Januari tu) Mase tu aku beli tracing paper untuk spare bagi majlis bulan September 2016. Aku rasa aku beli masa aku pegi second DAT untuk Gas Malaysia. Dalam bulan Febuari-Mac 2016 camtu laa... Masa bulan April 2016 baru decide nak tangguh majlis ke bulan Januari 2017...
Tracing paper ni saiz A1 asalnye. Dalam RM 2.80 sekeping. Aku terbeli dalam 30 keping. Lepas beli dia potong dah aku kira balik, alaa terlebih pulak... Terlebih banyak pulak tu. Haha. Aku anggap je la masa tu belum buat bajet lagi...
Aku plan nak buat macam casing untuk doorgift aku la guna tracing paper ni. Dan benda ni bakal memerlukan kerja-kerja menggunting dengan tahap kesabaran tertinggi...
First option aku adalah nak bagi powerbank. Haa kau, happening tak nak bagi powerbank?? Aku reccee Alibaba.com dekat dua tahun follow up pasal powerbank. Mula tu memang nak ambik dah, tapi hujung-hujung ringgit Malaysia jatuh tergolek, dan meningkatkan kos aku dengan jayanya, last-last terpaksa la lupakan powerbank tu...
Second option aku nak deal je dengan beberapa "brand" untuk doorgift dari Instagram. Yeszzaa aku nak survey apape, memang banyak study kat Instagram sana... Tapi malangnya dah antar email, antar whatsapp orang tak layan, maka kita kena la fikir option lain... Lagipun ada hikmahnya dorang tak layan sebabbb... Dengan tak disangka-sangka, dekat-dekat last minute (dalam kategori last 3 bulan nak nikah) terjadi drama yang tak dijangka dan jugak issue paling besar melibatkan duit... Nasib baik laa tak deal dengan dorang... Kalau tidak, tak tahu la camner nak bayar 😓
Sampai la ke option ketiga. Time ni nampak macam hipster jugak kalau bagi perfume. Kita pun start la study pasal perfume. Bayangkan orang lain lagi 6 bulan nak buat majlis kenduri, semua dah settle, aku ni, sampai level lagi 3 bulan nak buat kenduri, apa benda pun tak berapa nak fikir lagi. Aku start paksa diri study pasal perfume paling bajet yang boleh aku dapat...
Daaaannnn.... Aku jumpa pelbagai jenis perfume a.k.a minyak attar dekat MYDIN!!! Sebotol besar dalam 700-800ml, range harga dari RM60-RM250. Opkos sebab budget limited, maka ambik paling murah je la...
Teringat lak pasal tracing paper tu, so aku start sort out plan aku... Tracing paper buat casing untuk botol 4ml perfume. So inilah rupanya... Ni lepas print out dan buat kerja gunting-menggunting.
First batch gunting-gunting. Abang aku ngan anak buah aku excited tolong gunting. Lepas tu tinggal abang aku je dan finally tinggal aku sesorang teruskan perjuangan menggunting. Bosan wey kerja gunting ni. Aku gunting sambil marathon movie kat laptop sepanjang beberapa weekend demi menyiapkan kerja gunting ni. Gila kot lagi 2 bulan nak kenduri, tapi tak siap-siap lagi. Aku sampai tahap give up kot...
Ni pulak minyak-minyak attar yang aku guna... Perfume... Minyak attar pun perfume gak kan? Haha...
Tiga-tiga botol ni bau basic je aku amik. Sebotol cuma RM 60. Kalau bau gempak-gempak branded macam Hugo Boss laa, Escape la semua mungkin mahal. Sebab nak save bajet, aku ambik yang ni je. Not bad la sebotol ni boleh isi dalam 200 botol 4ml. Tapi tak full 4ml la... Dalam 3ml lebih kurang camtu. Bawah ni gambar-gambar proses penuangan sendiri. Haha. Sebab kalau nak yang dah siap dibotol, RM 5 sebotol. Aku nak 500-600 camtu... Dah total mencanak ke RM 2500. Tak pasal je...
Hmm... Yang ni pun masa first batch jugak. Try taruh-taruh 100 botol 4ml. Takde la susah mana pun. Hehehe... 100 botol 4ml mase tu harganya cuma RM 50 je. So aku beli sikit-sikit... Total untuk minyak attar 3 botol 500ml dengan 600 botol 4ml hanyalah RM 480. Banyak kannn beza dari RM 2500 kalau mintak dorang isikan?? Huhuhh...
Bila combine semua perfume yang dah siap, dengan tracing paper yang dah digunting, maka dah siap-siap semua jadilah dia macam ni...
Ni yang lebihan masa kenduri haritu...
Okey la ade lebih dan mungkin plan nak jual je... Hehehe...
1 comment:
Assalamualaikum. Menarik idea kreatif saudari. Google cari minyak attar/perfume kecik nak buat doorgift. Jika tak keberatan, boleh kah kongsikan kat mana saudari beli ni? Murah betul kalau dapat macam ni :)
Terima kasih :)
Post a Comment