Ape perasaan aku? Entah... Sebab aku dengan husband aku tu seminggu je. So dah dua minggu aku single balik. Single secara long distance relationship balik laa kan... Tapi hari-hari jugak kitorang whatsapp. Hehehe... Nak buat cemana kan, sorang kat Europe, sorang kat Asia...
Okey. Cukup la kot. Harini aku nak cerita sikit bab budget kenduri kahwin aku. Post ni secara kasar je, yang detail-detail nanti ade dalam post-post akan datang...
Budget aku dan suami overall untuk nikah + kenduri adalah RM 5972. Untuk kedua-dua belah pihak ye... Sebab suami aku tak buat kat side dia, takut tak sempat nak kejar cuti yang limited. Haha kitorang berdua punya cuti memang limited. Jangan tanya kenapa.
Yes, RM 5972.
Macam tak percaya kan taon 2017 pun boleh dapat budget camni? Haa... Ni aku nak huraikan apa belanja yang aku, suami dan abang kandung aku belanjakan untuk kenduri ni.
Dari suami aku untuk aku -
Mas kahwin aku - RM 1000 (Selamat semua dalam ASB)
Hantaran aku - RM 8000 (Ni pun selamat dah buat bayar PTPTN tak jadi letak separuh dalam ASB macam dalam post ini)
Hantaran dan mas kahwin ni tak masuk dalam belanja sebab semua tu adalah pemberian dari suami aku solid untuk aku sorang. Ada cerita lain sebalik tu, tapi biarlah rahsia. Tu antara suami aku dan aku je yang tau.
Yang aku nak huraikan ni semua daripada pihak aku, suami dan keluarga aku untuk tetamu yang hadir. Haa kena paham tu... Aku takde la nak buat kenduri grand-grand ke apa, tapi aku punya kenduri kahwin tu still ade rupa kenduri kahwin orang melayu lain yang typical la, takde la pelik sangat sampai boleh nak viral. At least takde la terjadi kenduri kahwin buat bihun goreng dalam polisterin seperti komen dalam post ini. Hehehhh..
Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku tak plan budget awal-awal untuk kenduri sendiri ni, kenapa tak hired wedding planner? Kenapa tak budget berbelas ribu macam orang lain? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Well, secara jujurnya, aku sendiri tak percaya yang aku nak kawen. Tu satu. Kenapa sendiri pun tak percaya? Ha tu lah, dokumen kitorang bukannya siap lagi pun. So memang aku taknak la siap beriya sangat takut nanti hari kenduri kang kitorang berlakon fake je padahal belum nikah. Kang sape yang malu? Mereka dan keluarga mereka (dialog filem Ringgit Kasorga... Hahaha). Orang lain at least 3 bulan sebelum majlis dah siapkan dokumen supaya tak kalut. Tapi kitorang ni long distance. Sorang kat Penang, sorang kat Newcastle UK. Bukan boleh balik hari nak settle semua ni. Nak balik awal, komitmen kerja pulak kena fikir... Hmm...
Nak pulak bulan November lepas ada drama hampir-hampir putus tunang. Memang serious gila drama tu sampai boleh nampak la sapa yang dalam diam tak suka hubungan aku dengan dia. Tapi aku tak amik pusing sangat dengan drama tu sebabnya family dia pun lambat bertindak. Nasib baik la kan. Haha. Time kitorang dah bincang elok-elok dah okey, baru family dia tanya dia balik nak putus ke atau tak... Takpe la kitorang proceed je. Tu la punca post sebelum ni, takde nama pasangan. Masa tu memang 50-50 nak teruskan ke nak putus. Alhamdulillah jodoh masih panjang.
Sebab-sebab macam tu la aku tak nak ambil risiko nak tempah sana-sini walaupun dah last minute. Takut kitorang yang malu sendiri. Jadi aku ambik inisiatif, selagi boleh buat sendiri, aku cuba je buat sendiri. Tak jadi pun at least tak la melibatkan orang lain. Sendiri-sendiri je yang menanggung kerugian. Haaa....
Sooo...
Inilah senarai perkara-perkara yang ada dalam kenduri kahwin aku haritu.
Ni la dier taburan perbelanjaan yang memang sebenar-benar perbelanjaan untuk majlis nikah dan sanding. Takde la sanding sangat pun, cuma buat tempat untuk snap gambar jer... Lagipun takde photographer. Alaa phone sekarang kan canggih, semua orang pun dah sibuk-sibuk nak bergambar secara artistik ala-ala photohrapher power... Tapi dengan tak disangka-sangka abang kepada suami aku volunteer pulak nak jadi photographer... Terima jeee... Rejekiiii...
Back to the list. Yang full solid aku bayar sendiri - item no. 1, 2, 4, 5, 6, 7, 8, 11, 12, 13 = RM 1439
Yang aku share dengan abang aku, item no. 3. Aku bayar setakat RM 500 je, lagi RM 3200 abang aku topup kan... Dia cakap bab-bab jamuan semua jatuh atas tanggungjawab dia untuk hebahkan kenduri adik kesayangan dia, so aku okey kan sajieieeee :)
Yang full husband aku bayarkan item no. 9, 10, 14, 15, 16 = RM 833 - Semua benda last minute hahahaha...
Not bad la kan pembahagian perbelanjaan tu? Ada gak yang aku terlebih bajet (terbazir) la sikit sebenarnya... Contohnye dalam kad dengan tracing paper tu boleh je nak kurangkan lagi. Tapi aku beli yang tu paling awal, maka tak bajet lagi masa tu...
Semua ni bajet untuk kurang dari 500 tetamu... Tak silap aku, rasanya tak sampai 500 orang pun yang hadir. Dalam 350-400 orang camtu je yang datang. Masing-masing mugkin dah start sibuk sebab kenduri aku tu bukan dalam masa cuti sekolah... Elok seminggu lepas mula sekolah pun (Haha ni masa postponed kawen haritu tersalah decide...Wakaka... Ampuunnn...) Tapi takpeee... Terima kasih laa pada yang sudi hadir... Hehehe...
Daripada belanja RM 5972 tu, kadang-kadang orang cakap "duit salam kaut" tu boleh cover balik modal semua... Hahaha... Ni orang laa kata... Dan total duit salam kaut tu ade laa dalam RM 3365... Kalau nak kira dari segi "balik modal" atau berbaloi ke tak, aku rasa sangat berbaloi... Sebab kalau tolak dengan belanja kenduri tu, jadi RM 2607. Haa... Dapat kee RM 2607 je total keluar modal untuk satu kenduri?? Apepun, alhamdulillah atas kurniaan rezeki yang macam ni... Semoga murah rezeki pada yang sudi menghulur serta mendoakan kami. Amin ya rabbal alaminnn...
Duit "salam kaut" tu aku simpan kat aku sikit, aku bagi kat abang aku sikit, husband aku pun amik sikit untuk belanja honeymoon dan ada sikit buat saguhati untuk orang-orang yang kerja keras buat dish extra untuk kenduri aku haritu. Mee kari woihh... Aku pun tak sempat makan. Asalnye aku nak laksa... Tapi tu laa... Ada mak sedara aku volunteer nak buatkan mee kari, kita layan jerr...
Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Yang penting tanpa perlu buat apape loan.
InsyaAllah next post aku elaborate satu-satu pasal semua 16 item dalam list tu...
2 comments:
nice sharing :)
nice sharing
Post a Comment