Showing posts with label happy me. Show all posts
Showing posts with label happy me. Show all posts

Thursday, June 25, 2020

I'm Still Alive!!

Its 2020 gaiss... Dah nak masuk bulan Julai dah pon. Satu dunia kalut dengan covid-19.

Blog ni plak lepas 2 tahun baru ada content balik. Aku nak cerita pasal rumah aku beli cash. Saja nak bragging hahah. Tapi macam malas.

So dah 2 tahun jugak la aku duduk rumah baru. Walaupun rumah ni aku beli secondhand, tapi kira baru la jugak bagi aku. First time ada rumah sendiri woih. Beli cash pulak tu.

Dan aku jugak dah resign dari ECHO Broadband tu. Finally. Hahaha. Looking forward new jobs. Tapi tak penting pun sebab aku takde mende nak bayar hutang. Setakat PTPTN, RM 390 je sebulan. Dapat keje gaji ciput pun aku tak kisah. Alhamdulillah aku ni sejenis low maintenance. Benda lain mcm loan ASB, tu husband aku nak bayar. Ala, sini RM795 je sebulan +/-150 pound UK jer...

Okey la cukup la buat testing. Aku nak sambung edit resume ni...


Edited:

Allahu, lepas explore blog yang dah lama bersawang ni, baru aku perasan yang banyak betul komen kena approve. Siap ada yang komen kat posting aku 11 tahun lepas pun ada. Tapi komen omputeh semua. Angpa paham ka apa aku tuleh nu? Taktau plak kalau google translate dah pandai translate slang dengan shortform apa semua hahahaha...

Sorry jugak pada yang tanya pasal doorgift kawen aku tu. Bertahun tak respond. Hahaha... Aku harap dia dapat tau la perfume tu beli tang mana...

Thursday, February 1, 2018

2nd Month of 2018

Lama rasanya tak update. Tiap-tiap minggu aku dapat notification email pasal orang copy-paste pasal Maxis Scholarship tu dengan Kad Kawen & Doorgift. Ehehe... Yang kad kawen dengan doorgift tu ramai ke nak buat style camtu weh?

Sekejap je dah masuk bulan Februari... Bulan penuh kasih-sayang katenye... Kasih sayang laa kalau hujung bulan dapat bonus... Hohohohh... Sebenarnya banyak benda aku nak cerita ni... Especially pasal tips membeli rumah lelong, lebih baik guna peguam yang agen sediakan keee atau kita punya peguam... Haaa... Nanti la aku cerita... Sebab sekarang ni macam sibuk nak belek-belek benda berkaitan dissertation untuk semester ni...

Oh ye dalam jadi tak jadi aku nak sambung study tu, tup-tup dah habis satu semester aku kat USM tu... Entah la bila keluar result, doa-doa la aku dapat keputusan yang baik yer...

Bye! Nanti ada masa aku sambung lain...

Saturday, July 29, 2017

Aku Bertunang Dulu Pun Long Distance Jugak... Nahh Throwback :D

Hai!

Lama tak menulis kat sini. Sibuk sampai blog ni pun dah macam terabai... Konon nak buat diary...  Peeegidah! 😅

Baru-baru ni viral pasal orang bertunang siap video call sebab tunangannya jauh... Haha langsung aku pon teringat mase aku bertunang dulu pada 25-April-2015. Kirenye throwback laa nih...

Al-kisahnye aku rileks-rileks je, walaupun semua bab-bab tunang tu last minute gila - family dia inform 3 hari sebelum confirm tarikh nak ke Penang, okeh? Haha takde laa aku sempat nak plan ambik mak andam, mini pelamin grand-grand ape bagai ... In fact, dia yang menggelabah lebih-lebih. Hahaha. Tapi tak kata la dia menggelabah sebab nak bertunang ke atau menggelabah sebab nak kena lalui final paper bahasa Korea dia... Paper tu masa tu dalam pukul 10 pagi waktu UK, so, mungkin family dia datang ke Penang dalam pukul 12.00 tengah hari atau 1 petang, kiranya kat sana baru pukul 5 atau 6 pagi gittew...

Dia punya menggelabah tu sampai hantar message kat FB aku pukul 6.45 pagi tanya family dia dah sampai ke belum... Kat tempat dia sana baru pukul 1 pagi 😁


Nampak dia punya menggelabah tu? Hahaha...

Entah la kenapa aku cool gila bab bertunang ni. Sebenarnya aku tak nak bertunang pun sebab dulu antara kawan-kawan aku, aku je yang jenis blur-blur sikit dalam hal-hal macam ni... Maklum laa aku masa tu dah takde mak untuk refer hal-hal camni... Ayah pun dah takde jugak, tinggal abang aku je yang handle semua ni...

Abang aku pun menggelabah la jugak sebab 3 hari nak datang baru nak inform. Dia pun tak tahu nak panggil sape orang-orang tua untuk bawak berbincang & bercakap bagi pihak aku ni ha. Sudahnye mak su la yang volunteer bercakap. Nasib baik la sebab wakil dorang yang bercakap pun perempuan juge. Sebab kebetulan hari yang sama, anak saudara Jep ni pun nak bertunang jugak. Hmm...

Disebabkan semua benda last minute decision, maka hantaran pun sikit-sikit aje. Tapi alhamdulillah, ramai sepupu aku sponsor benda manis-manis... Nampak sedap-sedap pulak tu... Hehe...



Mana satu hantaran aku, mana satu hantaran dorang pun aku dah tak ingat dah hahaha 😂 Cukup la majlis simple-simple camtu. Oldskool sangat bak kata orang. Kawan-kawan aku yang datang cuma sorang je. Tu pun aku mesej senyap-senyap dan kebetulan dia offday haritu. Huhuhu... Susah jugak sebab aku jenis tak banyak kawan sangat. Kawan-kawan sepejabat pun tak rapat. Even yang satu opis dengan aku mana tau aku bertunang dulu.

Dan hal bertunang ni aku punya la rahsiakan sampai la hari aku bagi kad jemputan kat opis. Memang terkedu la sorang-sorang sebab tak berapa nak percaya aku nak kawen. Hehe...


Ni suasana kat luar. Masa menaip ni pun air oren tu nampak sedap... Huuuiiihhh... Haha... Makanan pun abang aku minta maktam tolong sediakan. Gulai ikan kering, nasi putih, ikan termenung goreng garing, sambal belacan, kicap, ayam goreng sikit (semua lauk favourite abang aku, okeh? Haha) untuk lebih-kurang 40 orang tetamu. Jiran-jiran pun buat kuih-kuih sikit. Okey la last minute pun tetap meriah...

Aku?

Hahaha...

Dengan baju pun asal boleh, mekap ala-kadar, selamber je la... Tunang je kan? Bukannya pertandingan ratu cantik. Dan aku takde gambar family-family semua sebab elok settle, dorang pun kalut-kalut nak balik. Ahahah...


Make up sendirian berhad. Ni pun kira nasib baik la jiran aku tak suruh aku pegi cuci balik. Kira lulus la ujian mekap secara suka-hatinya... Takde primer, takde foundation, takde moisturizer, aku bedal je bb cream pastu ha lukis la apa yang aku nak. Sebab tu la nampak tak heavy sangat. Ni pun aku dah malas nak touch-up. Kang lebih-lebih macam badut pulak. Personally aku tak suka mekap.


Ni la  satu-satunya kawan aku yang aku jemput ke majlis bertunang tu. Yang lain-lain? Sorry guys, aku memang malas nak kabor kat orang... Yelah, aku rase  macam segan-silu pulak... Umo dah 30 tahun baru nak bertunang. Hahahahh... Jadi kita simpan aje la ye...


Ni kerja kawan aku yang tu lah. Mujur laa ade pin besor gedabak tu... Dia cakap at least ada la  jugak aksesori tambahan. Sebab aku memang jenis ignorance nak mati pasal hal kecantikan ni...  Haha. Ini pun pada aku da tahap  terpaksa sangat dah ni 😌


Boleh debor nak tau dorang bincang ape. Haha. Sungguh entah apape betul aku ni... Dan yes, sesi sarung cincin tunang kat luar tempat dorang bincang-bincang tu. Tanpe adenye mini pelamin, memang togel camtu je. Haha. Kata last minute kan? Harus la nampak macam last minute.


Acara menyarung cincin pun bermula... Ini kakak Jep ye. Bukan mak dia... 


Pose setelah cincin disarungkan. See? Rileks-rileks je kan majlis tunang aku? Haha. Malas nak panggil ramai-ramai masa tu. Kan bertunang perlu dirahsiakan... Sebab terlebih rahsia la  aku takde sangat dugaan bertunang macam orang lain. Kalau ada pun bab jarang-jarang didengar contohnya masalah duit. Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar je walaupun setahun lebih jugak la kitorang bertunang...


Sempat laa facetime dengan dia sebagai officially tunang dia 😃

Ni je la kenangan bertunang secara ringkas dan punya laa berahsia. Paling best skali, memandangkan family dia orang Selangor, jawa pulak tu, maka sesi suap gula yang diamalkan di utara ni takde. Dan takde sape pon peringat. Alhamdulillah la aku tak kene makan gula... Patut la orang tak perasan yang aku ni berdarah manis  untuk setahun lebih... Haha... Tapi tu cerita tahun 2015 la... Sekarang ni dah kawen pun... Cuma blom ade peluang duduk sekali je. 

Pantang ada masa free, facetime je kejenye... Ate rindu benor katenye... Sekali facetime, dekat 2-3 jam bergayut... Kalah couple bercinta. Hahahahh... Pastu kene pulak time weekend yang esoknye Isnin kene pegi kerja... Pegi kerja dengan mata panda laa jawabnya... Kadang-kadang tu dalam opis pun kitorang bergayut sambil aku tengah buat kerja. Thanks la sebab tempat duduk baru sangat strategik untuk kitorang bersantai-santai sembang facetime 😆

Oh ye, kadang tu ade jugak officemate buat lalu-lalang kat blakang semata-mata nak lambai-lambai abam Jep ni. Abam Jep ni memang peramah orangnya... Nak jugak tegur-tegur orang kat blakang walaupun sah-sah la orang blakang tu tak dengar sebab aku pakai earphone 😂😁😁


Tuesday, January 31, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Baju Nikah dan Veil

Sampai la kita ke part yang haru-biru jugak sebenarnye. Kenapa haru-biru?? Sebab tiap kali Kak Lina (sepupu aku dari Singapore) mesej aku je mesti benda utama yang dia tanya mesti pasal baju. Aku rasa sejak aku officially bertunang (25 April 2015) dekat beratus kali dia tanya pasal baju...

Tanya pasal preparation baju la, saiz la (sebab asalnye dia cakap nak sponsor), tema la ape barang lagi semua. Aku pulak yang stress dan pening sebab aku jenis malas nak fikir, so aku malas nak jawab. Begitu juga kawan-kawan aku macam Iryani, Kak Syima dan lain-lain pompuan yang concern tentang hal-hal baju ni. Malang betul dorang ada kawan macam aku, aku malas nak fikir semua tu. Hahaha...

Baju Nikah

Baju nikah aku ni sebenarnya plan paling asal nak mintak kawan husband aku je buatkan. Total cost RM 400 untuk sepasang baju aku dengan husband. Baju husband aku dengan aku adelah jubah, yang mana warna untuk baju tu akan ikut kain yang aku ada. Kain tu ada corak pokok kelapa yang Kak Lina bagi kat aku dengan Fatin masa  kitorang pegi Singapore tahun 2013 dulu. Hambik hang lama kot aku peram kain tu tak jadi baju lagi. Hahaha...


Tapiii tak jadi sebab masa November 2016 tu tetiba husband aku jadi bercelaru macam mana ka, terus dia decide nak cancel nikah. So aku pun jenis tak fikir panjang jugak terus mesej kawan dia cakap takyah la proceed buat baju tu. Kitorang dah call off. Takde jodoh la kononnye...

Pastu tup-tup pujuk la ape semua last-last kitorang tak jadi putus. Teruskan je...

Actually aku ada banyak option baju untuk nikah ni. Cuma kena cari baju melayu je untuk husband aku supaya match dengan baju aku. Antara baju yang aku usaha taruh manik dan tempek lace banyak-banyak adalah baju ni... Segala manik dan jugak lace yang ada kat baju tu semua aku tambah sendiri okehhh... Hahaha gigih tak gigih kauuuu...


Tapi... Mulanya aku nak match dengan veil aku warna kuning, tapi masa tunjuk kat Kak Syima, dia dok awkward la apa la... So, aku dah bersusah payah jahit lace dan manik-manik situ, maka lupakan je laa... Yang jadi punca aku nak match dengan veil kuning aku tu sebab husband aku cakap dia nak pakai sampin warna kuning diraja match dengan baju melayu yang bakal kitorang cari untuk match dengan baju aku tu... Asalnya aku nak guna baju ni dan tudung + veil kuning, cari baju melayu warna ni untuk husband aku, so dia boleh pakai dengan warna kuning diraja sampin dan tengkolok dia...

Pastu dah beberapa hari husband aku duduk kat kampung dia, tetiba dia call aku bagitau kawan dia yang offer nak buatkan baju haritu nak bagi baju jubah free je kat dia untuk nikah... Aku dah pucat dah sebab terfikir warna apa la pulak tu kan... Dia whatsapp aku baju nikah yang dia bakal pakai...


Dalam gambar nampak ni warna cream... So aku selongkar almari aku dan dapati aku ada sepasang baju warna cream yang salah saiz, tak pernah pakai sebab besar dan kurang manik-manik cuma batu-batu besar...


Tengok dalam gambar eh macam match je kan... Baju kurung aku tu belah atas je memang banyak batu-batu manik tu. Kat bawah dia kosong je. Dengan kain dia pun kosong takde batu... Kena plan tambah manik-manik lagi... Mujur aku borong banyak manik-manik untuk veil haritu...


Problem solved! Buat masa tu laa... Sebab kitorang tak jumpa lagi face to face tengok baju apa sebenarnya yang aku dan dia ada... Hahaha... Yang Kak Syima tak habis-habis push suruh jumpa sebab nak match baju. Apa dia ingat Kuala Selangor dengan Penang ni macam Sentul pegi IKEA ke dekat? Aku banyak kali kot bagitau, aku cuma boleh jumpa dia start aku cuti 5 Januari 2017 dan masa tu baru husband aku dapat turun Penang nak tengok baju apa dan nak tengok apape persiapan yang kitorang kena settle kan... To be honest memang aku rasa macam nak campak je phone bila dia keep on hantar mesej suruh kitorang jumpa untuk match baju...

Sudahnya aku diam 1000 bahasa sambil bertenang tunggu je 5 Januari 2017 tiba... Whatsapp sapa pun aku tak layan sangat sebab masa tu aku pun sibuk ngan kerja.

Bila dah bertentang mata, Rupanyaaa warna baju aku lebih pada cream, baju dia warna putih. Emm... Lantok lerrr... Nanti bile bergambar tak nampak sangat kan? Haha...


Ni la hasilnye baju nikah aku. Manik-manik belah bawah tu aku tambah sikit-sikit je. Tanak la nampak sarat sangat. Nak pakai berapa jam je pun kannn... Tudung ngan veil tu warna kuning lembut. Lantokkan ajerrr...




Veil

Yang ni aku memang 100% buat sendiri derrrhhh... Hahaha... Gigih takkk??? Tengok je la gambar kat atas tu labuh mana veil aku... Sebabnye? Sebelum ni aku plan nak pakai veil warna hitam. So, gigih la beli kain transparent hitam lepas tu potong ikut apa yang aku baca kat blog b2b lain... Pastu herot la senget semua ada. Sudahnya sebab husband aku hantar mesej nak cari apape baju yang match dengan sampin kuning diraja dia, so aku pun decide beli kain lain warna kuning lembut. Takkan kuning terang kan sebab nak buat veil... So zass... Pegi Kamdar Bukit Jambul cari...

Dah beli tu semeter gitu, bidang 60, aku pun terus beli gunting kain sekali sebab gunting kain kat rumah dah uzur sangat dah. Pastu ingat nak balik je potong kat tempat rata kat rumah... Tapiii... Masa tu aku park kereta betul-betul depan kedai yang boleh jahit tepi dan jual manik-manik. So aku nekad je potong kain tu dalam kereta.

Panjang pendek aku tak kira dah... Bantai je potong... Hantar jahit tepi... Balik rumah baru sedar yang veil tu sangat la panjangnye... Hahahahhh... Tapi aku kan kental... Terus je jahit manik-manik dengan lace atas kain tu... Ni la hasilnye... Baru bahagian atas je yang siap time ni...


Ni pulak detail tepi-tepi dan keliling veil... Itu pun kalau korang nampak laa kan...


Memang saje aku susun 3 manik belah kiri-kanan... Mencabar jugak nak susun sebenarnye... Tapi orang kata usaha tangga kejayaan. Jadi la veil yang macam tu... Aku rasa kat gambar atas yang baju nikah tu jugak boleh tengok kat belakang veil aku letak manik cemana... Tak nampak pun buat-buat je la nampak... 

Ni rupa sebenar veil aku setelah layout atas katil tadi untuk snap gambar kasik orang tengok;


Oh ye sebelum korang tegur, yes, gambar-gambar dalam ni memang kebanyakkan gambar nampak muka aku macam bengkak... Punca? Aku takde pantang-larang macam pengantin lain... Rehat la apa la... Mana sempat weh, semua benda aku buat sendiri, organize sendiri, memang tersangat la letih dan takde masa langsung nak berehat.

Masa aku menaip kat sini je la satu-satunya masa aku berehat. Serious. Dan post ni sebenarnye scheduled post. Hahaha... Okey la aku  nak pegi tido dulu, babaiii...

Monday, January 30, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Kad & Doorgift

Kali ni aku nak cerita pasal kad kahwin dengan doorgift. Sebab? Benda-benda ni berkait dan berkongsi dengan item no.2 dalam senarai iaitu ink printer. Ink printer tu aku beli sebab last time baki ink dari thesis aku tu cuma ngam-ngam untuk print atas tracing paper untuk doorgift. Pastu tak cukup untuk kad kahwin 😥

Kalau laa balance ink tu cukup untuk kad kahwin, maka tak perlu laa aku susah-susah masuk bajet ink dalam senarai. Ink original weh. Sebab printer aku yang guna ink pukal sebelum ni rosak. Terpaksa la guna printer satu lagi yang aku tak install ink pukal. Itu pun harga ink tu dapat diskaun RM 15 sebab aku trade-in 3 katrij ink masa buat thesis sebelum ni. Sepatutnya 4, tapi masa nak pegi beli tu satu katrij menyorok pulak.

Kad Kahwin

Kemain besar tajuk. Okey first sekali bab kad kahwin. Antara tools yang diperlukan untuk buat kad kahwin ni adalah

  1. Kreativiti
  2. Skill google image
  3. Skill photoshop
  4. Skill illustrator
First google je sample-sample kad kahwin kat google. Perati apa benda isi kandungan dalam sesebuah kad. Masa aku tengah prepare kad kahwin ni kebetulan time tu musim kahwin... Jadi belambak reference. Macam-macam jenis kad boleh buat... Tapi aku jenis malas nak serabut-serabut, maka benda simple-simple je la yang keluar dalam kad kahwin aku.



Ni kad design pertama aku. Masa tu tarikh kawen adalah plan bulan September 2016. Abang aku reject sebab nampak macam kedekut je satu A4 belah 4. Kecik dan sebagainya... Kesian orang tua yang tak nampak, jenuh nak tengok... 

Itu yang wujud second version. Satu A4 bahagi 3 pulak. Yang tu masa design tu dah decide tangguh tarikh kepada Januari 2017 haritu. Yang electronic version ada kat sini... Walaupun takde nama pengantin lelaki. Hahahahhh...

Ini yang printed version punye... 


Ni lepas test print satu A4, ada 3 set. Susah gak guna adobe illustrator nak set margin dengan offset nak bagi depan-belakang sama. Ye lah, aku takde formal exposure pasal adobe illustrator ni, bantai guna je janji kad siap.


Yang ni lepas dah confirm margin elok, depan-belakang offset tak lari banyak sangat pastu test potong... Ini la antara hasilnya walaupun ada nampak senget-benget sikit. Ala redho je sebab lepas dapat kad jemputan tu, takde maknanya orang nak simpan elok-elok buat frame ke apa, last confirm buang je... Tu je la ayat nak sedapkan hati aku yang "sikit perfectionist" bila kecewa sikit time potong senget-benget...

Jenis kertas pun sempoi je cari yang macam ni dekat Young Ones. Boleh laa dapat RM 0.70 sekeping. Tu pun kena merantau ke Young Ones Jalan Burma baru ada kertas yang warna putih. Kat Bayan Baru siap abes stok kot. So aku beli 5 keping yang warna pink. Buat testing print out. Rasanya ada jugak kot dapat kad jemputan warna pink... 😆


Lighting merapu sikit. Haha. Tapi percaya la kertas ni memang warna putih. Dan inilah code number kad tersebut in case korang nak cari kad yang elok untuk print cover assignment. Kad ni pun ada lebihannya so aku pun sedekah la kat anak buah aku yang darjah 3 dan form 2 in case cikgu mintak folio apape ke, dah save sebab cover page dah ada. Dia punya lebihan tu aku rasa cukup kot untuk cover folio anak buah aku yang form 2 sampai dia nak SPM nanti.



Doorgift

Part ni memang aku excited nak cerita... Sebab aku ada macam-macam plan untuk doorgift. Ada masa terasa nak tempah je... Ada masa excited nak buat sendiri... Ada masa plan nak bagi benda nampak macam mahal... Pilihan banyak... 

Aku beli tracing paper tu paling awal, dalam range lagi 10 bulan nak ke majlis (majlis yang bulan Januari tu) Mase tu aku beli tracing paper untuk spare bagi majlis bulan September 2016. Aku rasa aku beli masa aku pegi second DAT untuk Gas Malaysia. Dalam bulan Febuari-Mac 2016 camtu laa... Masa bulan April 2016 baru decide nak tangguh majlis ke bulan Januari 2017...


Tracing paper ni saiz A1 asalnye. Dalam RM 2.80 sekeping. Aku terbeli dalam 30 keping. Lepas beli dia potong dah aku kira balik, alaa terlebih pulak... Terlebih banyak pulak tu. Haha. Aku anggap je la masa tu belum buat bajet lagi...

Aku plan nak buat macam casing untuk doorgift aku la guna tracing paper ni. Dan benda ni bakal memerlukan kerja-kerja menggunting dengan tahap kesabaran tertinggi...

First option aku adalah nak bagi powerbank. Haa kau, happening tak nak bagi powerbank?? Aku reccee Alibaba.com dekat dua tahun follow up pasal powerbank. Mula tu memang nak ambik dah, tapi hujung-hujung ringgit Malaysia jatuh tergolek, dan meningkatkan kos aku dengan jayanya, last-last terpaksa la lupakan powerbank tu... 

Second option aku nak deal je dengan beberapa "brand" untuk doorgift dari Instagram. Yeszzaa aku nak survey apape, memang banyak study kat Instagram sana... Tapi malangnya dah antar email, antar whatsapp orang tak layan, maka kita kena la fikir option lain... Lagipun ada hikmahnya dorang tak layan sebabbb... Dengan tak disangka-sangka, dekat-dekat last minute (dalam kategori last 3 bulan nak nikah) terjadi drama yang tak dijangka dan jugak issue paling besar melibatkan duit... Nasib baik laa tak deal dengan dorang... Kalau tidak, tak tahu la camner nak bayar 😓

Sampai la ke option ketiga. Time ni nampak macam hipster jugak kalau bagi perfume. Kita pun start la study pasal perfume. Bayangkan orang lain lagi 6 bulan nak buat majlis kenduri, semua dah settle, aku ni, sampai level lagi 3 bulan nak buat kenduri, apa  benda pun tak berapa nak fikir lagi. Aku start paksa diri study pasal perfume paling bajet yang boleh aku dapat...

Daaaannnn.... Aku jumpa pelbagai jenis perfume a.k.a minyak attar dekat MYDIN!!! Sebotol besar dalam 700-800ml, range harga dari RM60-RM250. Opkos sebab budget limited, maka ambik paling murah je la...

Teringat lak pasal tracing paper tu, so aku start sort out plan aku... Tracing paper buat casing untuk botol 4ml perfume. So inilah rupanya... Ni lepas print out dan buat kerja gunting-menggunting.


First batch gunting-gunting. Abang aku ngan anak buah aku excited tolong gunting. Lepas tu tinggal abang aku je dan finally tinggal aku sesorang teruskan perjuangan menggunting. Bosan wey kerja gunting ni. Aku gunting sambil marathon movie kat laptop sepanjang beberapa weekend demi menyiapkan kerja gunting ni. Gila kot lagi 2 bulan nak kenduri, tapi tak siap-siap lagi. Aku sampai tahap give up kot...

Ni pulak minyak-minyak attar yang aku guna... Perfume... Minyak attar pun perfume gak kan? Haha...


Tiga-tiga botol ni bau basic je aku amik. Sebotol cuma RM 60. Kalau bau gempak-gempak branded macam Hugo Boss laa, Escape la semua mungkin mahal. Sebab nak save bajet, aku ambik yang ni je. Not bad la sebotol ni boleh isi dalam 200 botol 4ml. Tapi tak full 4ml la... Dalam 3ml lebih kurang camtu. Bawah ni gambar-gambar proses penuangan sendiri. Haha. Sebab kalau nak yang dah siap dibotol, RM 5 sebotol. Aku nak 500-600 camtu... Dah total mencanak ke RM 2500. Tak pasal je...



Hmm... Yang ni pun masa first batch jugak. Try taruh-taruh 100 botol 4ml. Takde la susah mana pun. Hehehe... 100 botol 4ml mase tu harganya cuma RM 50 je. So aku beli sikit-sikit... Total untuk minyak attar 3 botol 500ml dengan 600 botol 4ml hanyalah RM 480. Banyak kannn beza dari RM 2500 kalau mintak dorang isikan?? Huhuhh...

Bila combine semua perfume yang dah siap, dengan tracing paper yang dah digunting, maka dah siap-siap semua jadilah dia macam ni...


Ni yang lebihan masa kenduri haritu...


Okey la ade lebih dan mungkin plan nak jual je... Hehehe...

Monday, December 26, 2016

Maxis Scholarship... Takde Rezeki :'(

Sebelum ni aku penah story teaser pasal Maxis Scholarship kan...  Haha kemain excited mase tuh sebab dapat panggilan first round interview... Ni aku punya story lumpsum dari masa apply sampai ke first round interview je laa... Takde rezeki untuk ke second round interview... Uhuk uhuk :'(

Ni screenshot email dorang antar... Excited nau printscreen utk apply half-day leave... Sebab aku malas la nak masuk bilik meeting semata-mata untuk layan interview ni...



Dorang interview online je, jadi memandangkan aku tengah sengkek akibat preparation untuk konvo (lepas 5 tahun merajuk tu), preparation wedding, nasib kurang baik sebab takde outstation dah lepas bulan Jun haritu... Maka save la sikit budget untuk ke sana interview, aku pulak duduk Penang kann... Dia punya nervous tu hang toksah nak cerita laa... Mana taknya kali terakhir aku join interview pun dalam 5 tahun lepas masa awal-awal apply kerja kat Echo Broadband tuh...

Siap pakej balik rumah tekup muka dengan bantal sebab nampak dah sinar harapan tak dapat kerja. Yang interview kerje aku sebelum tu punya saiko aku kan sampai punah harapan kot nak dapat kerja... Tapi rezeki tak dijangka, dapat jugak aku kerja kat Echo sampai 5 tahun plus dan masih bertahan hingga kini. LOL.

Okey back to the main topic.

Pasal Maxis ni, honestly aku pun tak jangka dorang panggil untuk interview. Yelah, dia punya application pun nampak macam main-main. Isi semua particular details pastu upload video duration approximate 1 minutes pasal topic "If I had power to revolutionize the telecommunication industries in Malaysia, I would..." 

Upload ke Youtube okeh. Siap dengan hashtag pastu set to public. Kalau jenis pemalu memang berjuta kali jugak la fikir nak upload kan... Aku pulak jenis tak kisah ape, memang belasah je upload. Peduli hapa aku. Haha. Alangkan nak cakap depan orang pun selalu aku volunteer walaupun teknik communication aku agak ke laut, inikan pulak upload Youtube. Bukan aku nampak orang pun. Haha... Yang penting tu confidence!

(-_-") *facepalm dengan diri sendiri*

Aku punya video korang boleh tengok kat sini (memang aku tak malu-malu share kan?):



LOL habis. Dengan muka sangkak lepas 90 kali "take" pasal lupa script la, anak buah aku dok bising kat luar bilik, jiran aku test ekzos kereta la, kucing main kejar-kejar atas siling, haha... Macam-macam...

Aku tunjuk jugak kat tunang aku. Dia agak impress dengan isi-isi aku, so naik la sikit confidence level tu. Tak cuba tak tahu kan...

Actually aku buat kerja gila sikit masa apply tu. Memandangkan aku dapat 3 offer masa tu (Northumbria University, Sunderland University dengan Newcastle University), so aku spam application tu dekat 5 kali kot. Haa betapa tinggi determination aku untuk nak jugak-jugak scholarship ni... 2 kali untuk Northumbria dengan Sunderland masa sebelum aku update resume personal aku, 3 kali lagi untuk 3-3 universiti lepas aku perasan resume aku sebenarnya "cacat" dan aku pun update la resume tersebut. Haha...

Kemudian tibalah hari yang dinantikan... Hari interview. LOL. Ini je screenshot yang berjaya aku ambik sebab aku takut aku terlanggar apape terms and condition kan... Jadi ni je lah termampu. Hahahaha... Nervous habaq hang masuk dalam lobby nih. LOL.


Interview berjalan dengan lancar dan aku rasa aku banyak merapu dari serious. Sebab aku pun tak sure apabenda weakness dengan strength aku. Haha. Tapi santai la sebab first round lebih kepada nak mengenali hang ni sapa... Dorang pun sebenarnya confuse apehal aku hantar sampai banyak application dengan 3 universiti. Sampai confuse nak pilih mana satu. Cuma aku banyak la jugak highlight yang kalau boleh, kalau dapat, aku nak dorang sponsor yang Northumbria. Yelah kan sekali dengan praktikal. Tak tahu la.

Interview sepenuhnye dalam bahasa inggeris. LOL. Inggeris. Lama tak guna perkataan tersebut.

Dia cakap lepas 2 minggu dorang akan update untuk next round sama ada dapat ke tak...

2 minggu hapa... Punya takut tunggu 2 minggu tu. Siap refresh email tiap sejam masa cukup perkiraan 2 minggu tu. Haha.

Akhirnya 2 hari selepas masuk minggu ke-3, hari Jumaat, hari aku tengah rileks bercuti kat rumah sebab system down, aku terima email yang agak mengecewakan.

Tak terpilih untuk next round.

Takpe la... Anggap je takde rezeki kat situ...

So, bye-bye la Northumbria University atau Sunderland University yang offer course untuk intake Januari @ February... At least aku baru ada 1 pengalaman interview yang kena reject.

Hoii... Not bad hape... Lepas 31 tahun hidup, ni first time tau tak, interview lepas tu kena reject. First time weh. LOL. Selama ni apape interview aku lepas je... Hihihi...

Pastu bila fikir-fikir balik, memang elok pun tak dapat ke second round. Mana la nak tahu tetiba second round tu aku kena pergi sana, instead of buat interview online macam first round... Kan? Dah la tengah takde duit masa tu... Elok masuk minggu ke-2 tu sebelum tau result, aku dah siap kira-kira budget dah... Nampak macam tak cukup je kalau dorang nak suruh ke sana. Well, at least ada hikmahnya :-)

Walaupun kecewa. Hehe. Takpe. Scholar lain masih ada. Harap-harap ada layang sangkut...

Selain Maxis ni, aku ade gak apply:
- Chevenings (yang ni aku harap qualified sampai tahap interview sebab aku rase aku ade banyak benda nak cerita pasal penglibatan aku dalam volunteering)
- Biasiswa Komanwel JPA
- IELTS scholarship (walaupun band 6.0 jeeee)
- Yayasan Daya Diri (yang ni last minute baru update lain, lepas tarikh tutup baru update. Apalaa)
- Yayasan Khazanah (deposit resume & offer letter jeee)

Yang lain-lain last resort yang ada, apply Mara laaa... Ape lagi kannn...

Semoga ada la rezeki aku nak sambung belajar tahun ni... Sekurangnya, kurang laa sikit jarak antara aku dengan husband kalau dapat sambung study ni... Sengsara oii jauh terpisah 2 benua ni... Bercinta je pun dah sengsara, inikan pulak dah kawen nanti :'(


Saturday, November 19, 2016

UK Study Offer

Hello semua!

Kan last post aku mention pasal universiti-universiti UK yang aku apply?

Sebenarnye skarang ni senang je nak apply mana-mana universiti luar negara tanpa guna agen. Maybe ada yang lagi suka guna agen sebab senang nak follow-up dan kita pun dah ada specific universiti yang kita aim nak sambung belajar. Pastu  akan dapat la sikit nasihat kot dari agen-agen ni...

Macam kes aku, aku randomly apply je sebab aku pun tak sure universiti mana aku nak attend. Sebab pilihan utama aku Northumbria University tu bukan dalam top 100 rank universiti dunia. Pastu ade kawan-kawan nasihatkan kalau nak apply scholarship lebih-lebih lagi MARA atau JPA kene cari universiti yang top 100 ranking. Masalahnye top 100 ranking offer course yang aku tak berapa minat nak proceed. Kalau electronic engineering, dia general. Alang-alang dah general, baik aku apply UTM je senang. (=..=")

Disebabkan skarang ni kerja aku lebih kepada telecommunication (kalau tak 100% pun, sipi-sipi pun kene gak tempias) jadi aku lebih berminat nak sambung dalam telecommunication. MMU pun ade offer telecommunication, tapi cita-cita aku kan nak merasa merantau tempat orang, jadi aku apply je la kat UK (sebenarnye sedar diri result IELTS tu tak sampai tahap boleh apply belajar kat Australia sana... Huuu >..<). Client opis aku pun ade gak sumbangkan 70% decision untuk aku further study luar negara sebab tengok dorang punye telecommunication punye advance... Wohoo... Hebat gak ah. Boleh la nak contribute kat negara sendiri lepas grad (ayat cliche)

So, ni lah dier list universiti yang aku apply randomly... Hambik kau sampai 10 aku apply.


Sorting ikut priority kerajinan aku apply. Hahaha... So far top 3 list aku tu memang aku dah aim sejak dari tahun lepas sebab dah dapat tempat tinggal yang murah dan jugak dekat gila dari rumah kawan tu. Nak buat part-time pun senang, pilih je nak buat part-time apa.

Antara benda yang kena ada untuk apply:

  1. Personal Statement yang power pasal kenapa korang pilih course tu, ape achievement korang & ape sebab universiti tu kene terima korang* 
  2. IELTS result yang sekurang-kurangnya 6.0 - 6.5 (aku 6.0 je dengan each components pun 6.0)**
  3. Degree punya certificate dengan transkrip
  4. 2 valid emails of referee korang. Kalau dah ada reference statement siap-siap lagi bagus
  5. Passport
  6. Personal CV***
  7. Kerajinan untuk taip application & upload segala jenis benda yang dorang mintak.
Perasan tak aku letak * tu? Haa ni aku nak huraikan pasal * tu...

* Personal Statement. Yang ni kena jujur "menjual" diri sendiri. Aku dengar-dengar cerita ada yang cross-check dengan UCAS sebab takut orang copy-paste sampel-sampel yang power. Maka sila la jujur dengan diri sendiri. Takde maximum words, tapi kurang-kurang buat la dalam 5-6 perenggan. Tips dier, 
  • Perenggan 1 - Mukadimah (yang ni penuh bunga-bunga chenta pun takpe :D)
  • Perenggan 2 - Pasal diploma or degree dan ape yang korang buat skarang ni...
  • Perenggan 3 - Achievement korang time blajar or dah keje...
  • Perenggan 4 - Pengalaman kerja/blaja yang related dgn course tu
  • Perenggan 5 - Apa yang influence korang nak amik course tu sangat-sangat...
  • Perenggan 6 - Penutup or apesal korang pilih nak blajar kat situ...

** IELTS. Ada kawan aku cakap dia dapat pegi Australia sebab dia mintak surat sokongan dari fakulti ke mana entah pasal course dia sebelum ni semua diajar dalam Bahasa Inggeris, termasuk FYP, thesis semua la. Masalahnye aku tak reti nak cakap dengan UNISEL nak mintak ape. Haha. Tu pasal pejam mata je amik IELTS. IELTS ni mahal baq hang. Jadi, kalau rasa kurang power tu, bawak-bawak la attend kelas untuk tambah power. Jangan jadi macam aku, esok nak exam, malam tu pukul 9 malam baru kelam-kabut nak check format la, buat few test apa semua. Huhu. Nasib baik lepas syarat minimum kebanyakkan universiti sana.

*** Personal CV. Apa kau fikir nak mintak kerja je kene ada CV? Nak sambung belajar luar negara pun kena ada CV tau... Tapi CV ni gambaran awal tentang diri korang je. Agak habis malas nak edit template la apa semua, download CV korang dari Jobstreet, pastu ubah suai sesedap rasa. Itu paling simple yang aku buat pun. CV ni jugak penting untuk apply scholarship. Jadi, buat la satu CV yang overall orang boleh rasa impress nak amik ko belajar situ atau bagi scholarship. Boleh gak mintakkan orang tolong view CV, macam lecturer ke, kawan-kawan ke, supervisor ke... 

Itu je kottt buat kali ni... Nanti aku citer pengalaman aku amik IELTS pulak yer... Papaiii...


Thursday, November 17, 2016

:) :) :)

Pherghhh... Dekat setahun rupanya aku diam dan hilangkan blog ni...

Abes serabut bersawang dah blog ni... Maklum la skarang ni paling tak pun meroyan kat twitter atau fesbuk je...

Fesbuk aku pun dah bertukar sejak tahun lepas. Kene hack la kekonon. Dapat balik. Cuma malas nak layan balik kenangan-kenangan silam, so, let it gooo...~~ let it gooo je lahh...

Banyak sebenarnye aku nak share untuk korang perjalanan hidup aku untuk tahun ni... Bile dah ade semangat nanti aku draft and autopost je segala post-post yang aku nak share. Mana tahu kot-kot berguna... Mungkin jugak aku akan share something special hujung tahun ni... Tapi kene tunggu confirmation duluu...  Jadi kene la sabar sikit :D

Summary untuk tahun ni, sampai ke saat ini...

Januari - Terlibat dengan projek Gas Malaysia. Nervous sebab baru first time. Hehe.
Februari - Dah pandai buat claim untuk outstation.
Mac - Ear infection. Yang ni pun makan bulan nak baik. Nanti aku cerita.
April - Cukup setahun bertunang dengan si dia (Sapeeee???)
Mei - Dah abes sesi outstation. Bosan-bosan kat opis, register IELTS. Haaa...
June - Puasa. Letih. Haha.
Julai  - Sambut besday time raya. Hujung Julai layan test IELTS. Nanti aku citer detail.
August  - Anak buah aku pegi operate telinga. Result IELTS keluar, tapi mintak dorg check balik.
September - Sepupu-sepupu aku kawen. Supposed aku kawen jugak bulan ni. Tapi postponed.
October - Result IELTS yang recheck keluar. Sibuk dah apply universiti kat UK.
November - Konvo UNISEL. Finally #gengrepeatpaper graduate juaaa...

Yeszzaaa... November ade banyak cerita best.

- Graduate setelah 5 tahun merajuk bawak diri dengan UNISEL
- IELTS score 6.0.
- Dapat unconditional offer dari Northumbria University, Newcastle University & University of Bristol.
- Dapat conditional offer dari University of Sunderland.
- Dapat first round interview dengan Maxis untuk Maxis What's Next Scholarship.
- Masih gigih mencari fundings untuk belajar di UK.
- Kahwin? HAHAHAHAHAA... Sabar.