Showing posts with label bebel. Show all posts
Showing posts with label bebel. Show all posts

Thursday, June 25, 2020

I'm Still Alive!!

Its 2020 gaiss... Dah nak masuk bulan Julai dah pon. Satu dunia kalut dengan covid-19.

Blog ni plak lepas 2 tahun baru ada content balik. Aku nak cerita pasal rumah aku beli cash. Saja nak bragging hahah. Tapi macam malas.

So dah 2 tahun jugak la aku duduk rumah baru. Walaupun rumah ni aku beli secondhand, tapi kira baru la jugak bagi aku. First time ada rumah sendiri woih. Beli cash pulak tu.

Dan aku jugak dah resign dari ECHO Broadband tu. Finally. Hahaha. Looking forward new jobs. Tapi tak penting pun sebab aku takde mende nak bayar hutang. Setakat PTPTN, RM 390 je sebulan. Dapat keje gaji ciput pun aku tak kisah. Alhamdulillah aku ni sejenis low maintenance. Benda lain mcm loan ASB, tu husband aku nak bayar. Ala, sini RM795 je sebulan +/-150 pound UK jer...

Okey la cukup la buat testing. Aku nak sambung edit resume ni...


Edited:

Allahu, lepas explore blog yang dah lama bersawang ni, baru aku perasan yang banyak betul komen kena approve. Siap ada yang komen kat posting aku 11 tahun lepas pun ada. Tapi komen omputeh semua. Angpa paham ka apa aku tuleh nu? Taktau plak kalau google translate dah pandai translate slang dengan shortform apa semua hahahaha...

Sorry jugak pada yang tanya pasal doorgift kawen aku tu. Bertahun tak respond. Hahaha... Aku harap dia dapat tau la perfume tu beli tang mana...

Thursday, February 1, 2018

2nd Month of 2018

Lama rasanya tak update. Tiap-tiap minggu aku dapat notification email pasal orang copy-paste pasal Maxis Scholarship tu dengan Kad Kawen & Doorgift. Ehehe... Yang kad kawen dengan doorgift tu ramai ke nak buat style camtu weh?

Sekejap je dah masuk bulan Februari... Bulan penuh kasih-sayang katenye... Kasih sayang laa kalau hujung bulan dapat bonus... Hohohohh... Sebenarnya banyak benda aku nak cerita ni... Especially pasal tips membeli rumah lelong, lebih baik guna peguam yang agen sediakan keee atau kita punya peguam... Haaa... Nanti la aku cerita... Sebab sekarang ni macam sibuk nak belek-belek benda berkaitan dissertation untuk semester ni...

Oh ye dalam jadi tak jadi aku nak sambung study tu, tup-tup dah habis satu semester aku kat USM tu... Entah la bila keluar result, doa-doa la aku dapat keputusan yang baik yer...

Bye! Nanti ada masa aku sambung lain...

Friday, February 10, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Make up dan Baju Sanding

Bab make up dengan baju sanding ni pun boleh tahan jugak renyahnye nak bersiap...

Tapi bab ni aku reveal la jugak kot muka pasangan hidup aku yang tersayangs itteww...


Make Up

Make up ni asalnye sepupu aku nak mekapkan... Aku siap fly pegi Singapore kot untuk testing mekap ni. Mujur laa tak kene tahan balik sebab PTPTN tu. Itu pun hantu juga aku baca kat satu portal blog tu. Kesian orang tu dah excited nak bercuti ke  Bandung tapi tak dapat sebab sangkut PTPTN. Terlebih pulak cerita pasal brader tu... Okey ni la dier mekap yang aku testing untuk sepupu aku mekapkan aku di hari bahagia nanti... Ececehhh...


Mekap ni ambik masa dekat 2 jam. Time tu la tetiba hidung gatal la, pipi gatal la... Tangan takleh duduk diam. Aku pun sebenarnya tak boleh duduk diam-diam untuk walaupun 10 minit. Haha. Memang manjang je la kene marah dengan sepupu aku... Abaikan mulut aku tu... Memang uneven macam tu. Tapi bibir tu la yang pantang orang tak nampak tetiba je kene kiss (aww...!!) 🙈

Memandangkan sebelum ni ada sikit issue pasal tak jadi kawen tu. Pastu aku pun sibuk malas nak ambil peduli sebab semua kejadian tak terduga tu berlaku dalam bulan NOVEMBER. Bulan tu penuh kot jadual aku dan tak terkejar apa pun. Siap tak communicate dengan sesapa sangat masa tu sebab sibuknye tuhan aje yang tau. So, cousin aku cancel abes cuti dia. Aku tau pun masa bulan December sebab masa tu abang aku sibuk pegi memanggil ke sana sini. Dia pun sound aku kenapa aku tak inform dia yang aku still teruskan jugak kahwin. Aku cakap aku sibuk dengan konvo, IELTS, apply universities, kerja, training, target achieve, bla bla bla.  Memang sumpah aku sibuk sampai dengan bff sendiri pun tak mesej. 

Pastu aku pun macam... Hurmm... Try tanya Kak Syima tengok dia available ke tidak... Tapi dia pun since asyik push pasal baju, so aku berkira-kira jugak nak ke tanak. Dia letak harga RM250. Lepas diskaun kalau tak RM150 nikah, RM250 sanding. Kata professional kann... Itu pun aku berfikir-fikir jugak sebab memang major problem aku masa nak kenduri tu adalah DUIT. Sebabnya almost RM10k aku simpan abes camtu je tahun lepas semata-mata nak abeskan degree aku selepas merajuk hampir 5 tahun. Pastu tahun 2016 pulak sibuk beli-beli barang nak buat majlis sikit-sikit. Huhu. 

Sampai la dalam awal bulan Januari, tetiba tunang aku suruh aku cari baju sanding sama warna dengan baju songket yang dia ada



Kemain baju dia ada kauu... Meriah makngah... Dia nak jugak kuning diraja tu... Aku pun pergi laa ke Kompleks Bukit Jambul sambil merayau-rayau tanpa hala tuju ke tingkat tiga yang aku rasa ada banyak ambik tempahan baju. Kalau boleh tempah, takkan tak boleh sewa kan? Haha. Bodo jugak aku. Pegi tanya semua cakap takde bagi sewa. Padan muka. Last-last nampak satu kedai ni, Best Budget Bridal. Jumpa tokey dia Kak Ani teruihhhh...


Asalnya nak tanya pasal baju je. Tunjuk la gambar bakal suami itu. Sekali dia cakap ada yang hampir-hampir sama warna, tapi takut tak match. Dia pun nak tengok gambar baju-baju tu for real. Hmm nak kata apa, 5 Januari saja la yang available...

Tiba-tiba terpandang notis dekat pintu yang mengatakan mekap nikah + sanding cuma RM220 je... Hahahaha... Laju je mesej Kak Syima kata cancel khidmat dia. Nak amik yang ni lah. Kata dekat ngan rumah tu tipu je. In the end nak make up kena pergi ke butik dia jugak. Tapi takpe sebab bakal suami dan kawan dia stay kat Vistana. Alaa lagipun Kak Syima sampai pon dah pukul berape mase nak akad nikah tu? Mau mekap kat masjid aku kalau ikut time dia sampai tu...

Aku la bakal pengantin paling sempoi masa tu pegi jemput tunang dan kawan dia DRIVE SENDIRI okehhhh??!! Hahahahaa...


Nampak nih? Hahaha... Waktu ni tengah kalut sebab rombongan bawak duit mas kahwin terkandas kat highway dan mungkin tak sempat nak sampai on time. Tengah drift ke airport ni sebab nak tukar matawang. Buat backup. Bawah ni pose comel sikit la untuk make up nikah ni...


Aku suka gambar ni sebab aku nampak cantik giler dalam gambar ni. Hahaha... Yelah takde orang nak puji kannn... Selamber la puji diri sendiri... Aku dan suami selamat dinikahkan pada pukul 11.30 pagi atas sebab-sebab tertentu. Yang tu pun kena buat satu entry special. Sebab aku rasa dalam Malaysia ni takde lagi kes macam kitorang. Even orang cakap tentera selalu apape bab kahwin last minute pun masih lagi tak sampai tahap macam kitorang. Kitorang ni kritikal sangat dah. Hahaha...

Ni pulak makeup sanding. Aku suuukaaa gila mekap dia sebab aku nampak sweet dan lain gila sampai tak kenal muka sendiri. Hahaha... Photo credit to Best Budget Bridal




Baju Sanding

Aku rasa aku dah cerita kot kat atas tu tentang betapa dramatiknya husband aku nak suruh cari baju yang sama. Sampai baju aku jahit lace dengan manik-manik kat sini pun kena reject. Ala baju kat dinding warna hijau tu. Asalnya kitorang nak buat baju nikah dan sanding tu pakai baju yang sama je sepanjang hari. Tu plan awal.

Tapi bila 5 Januari tu masa buat appointment ke butik Best Budget Bridal tu, suami aku tu pulek yang rambang mataaa... Aku kata dah, antara dia dengan aku, dia lagi particular dan semangat tengok benda-benda yang cantik lagi proper untuk majlis kitorang... Even kalau korang tanya pasal wedding dream dia, secara detail dia boleh cerita nak itu ini. Memandangkan budget tak mengizinkan maka, wedding kitorang haritu pun dia cakap bersyukur dah at least ada wedding yang semenggah macam typical wedding. Takde la rupa wedding orang kena kahwin paksa atau kena tangkap basah.

Dannnn...  Baju-baju yang dia ada macam gambar kat atas tuh langsung takde satu pun yang match, sooo... Dia cakap pejam mata je la ambik sepasang sewa. Masa tu Kak Ani takde, ada staff dia je. Staff dia call tanya boleh ke tak... Alhamdulillah boleh... Rupanya, sebab aku book mekap tu. Kalau tak kerana mekap tu, memang dorang tak ambik la job last minit.

Memang last minute sangat-sangat kot. Rekod butik dia. Sebelum ni last minute tu cuma dalam tempoh seminggu sebelum majlis. Ni last minute yang jenis 2 hari sebelum majlis. Kau boleh hadam tak?  Hahaha... Anyway thanks banyak-banyak sebab staff Kak Ani semua sempoi-sempoi. Ambik la measurement. Memandangkan 2-2 pun bersaiz comel, so pilihan terhad. Kak Ani tengok sketch pelamin aku, dan memang nasib baik sebab aku amik warna yang jenis apa jua warna baju yang gelap-gelap boleh masuk. Huhu. Nasib baik giler...

Kak Ani caj RM400 untuk sewa sepasang baju dan aksesori tambahan. Not bad la. Kitorang dah takut ingatkan last minute dia nak caj kaw-kaw. Tapi alhamdulillah cuma RM400. Sekali dengan mekap RM600. Memang recommendable la untuk bakal-bakal pengantin yang bernasib malang dengan budget macam kitorang ni...

So, inilah bajunya...


Aku suka jugak gambar ni sebab selama aku face-to-face dengan suami aku, dari first time tahun 2010 dulu, pastu tahun 2012, walaupun aku pakai heels, dia tetap juga lagi tinggi dari aku. This time memang pertama kali seumur hidup aku sama tinggi dengan dia... Hehehe...

Sunday, February 5, 2017

Kahwin Budget Gaya Saya - Hand Bouquet dan Pelamin

Helo helo aku kembali... Cerita pasal mekap dengan baju sanding aku postponed dulu yer... Nanti senang-senang aku cerita lain...

Skarang ni aku nak cerita pasal hand bouquet dan pelamin...


Hand Bouquet

Hand bouquet aku adelah hand made. Tapi hand bouquet tu masa nikah je aku pegang sebab match dengan baju dan veil.


Match kan bunga tangan tu dengan baju semua? Abaikan muka yang bengkak tu... Nak blame jurukamera, takleh sebab jurukamera adalah tak berbayar 😭. Redho je lahh... So kepada stalker yang tengah stalk ni mesti puas hati sangat kan nampak macam aku tak berapa nak cantik kat sini. Tapi boleh kutuk dalam hati atau depan pc or phone je la. Bukannya aku dengar pun. Kutuk lebih-lebih pun yang kahwinnye aku. Hohohohh...

Hand bouquet aku kosnye hanya RM 37.60. Actually boleh dapat 2 hand bouquet dengan harga ni... Sebab aku beli:
  • 10 kuntum bunga warna soft blue
  • 10 kuntum bunga warna cream
  • 10 kuntum bunga warna pink
  • 20 tangkai "Kacang kuda" berdaun
  • 1 meter reben warna dark pink
  • 1 meter reben warna cream
  • 1 meter reben warna biru muda

Aku guna cuma 5 kuntum je setiap satu warna bunga dan hanya 10 tangkai je kacang kuda yang terlibat. Belasah je susun. Dah memang tangan seni kan... Maklum la SPM dulu subject seni aku dapat 2A. Terer la tu kan... Hehehe... 

Botol tu aku recycle je... Sebelum ni aku ade beli Pantene Leave-on Hair Treatment ke apa benda entah. Yang botolnye camni. Credit to Hairmergency
Pe lagi, koyak la dia punya cover dan tinggal la botol transparent macam dalam gambar kat atas tu... Pastu reben yang semeter tiap satu tu mula-mula aku nak lilit warna cream je. Pastu rasa macam eh bosan. Nak campak mana biru dengan pink? Sudahnye aku pintal-pintal macam buat dandan rambut. Pastu lilit je keliling botol dan tadaaa...!! Jadilah dia simple hand bouquet. Untuk nikah je la. Sanding aku guna bridal tu punya.


Cantikkan? Thanks, aku memang kreatif. Muahahaha...


Pelamin

Pelamin ni aku DIY sendiri. Ha kau gigih kan? Kata sendiri nak jadi wedding planner diri sendiri, ha ambik kau. Memang letih bila urus segala benda sendiri. Tapi yang lawak tu, dalam pada kata nak urus sendiri, sehari sebelum wedding pun sempat tengok wayang cerita Rogue 1 dengan tunang tersayang (masa tu belum jadi husband). Sampai cashier kat wayang tu pun husband aku pi tanya boleh tak dapat diskaun? Esok kitorang nak nikah ni... Haha kau hado??? Budak tu gelak-gelak pastu cakap laa bukan orang nak kahwin sibuk ke? Korang siap boleh tengok wayang? 

Pelamin ni aku deal dengan Sewa Barang Kahwin Penang 
Instagram: @sewabarangkahwinpenang
Facebook: Sewa Barang Kahwin Penang


Mula-mula memang aku nak sangat buat DIY sebab kalau nak ke bridal, matilahnakkk... Macam-macam kena ambik rasanya. Dah la bajet pun nanhado. Actually tanak pelamin pun tapi bila fikir balik, tempat yang aku nak guna buat majlis tu, part ada langsir cantik, lighting pulak haru-biru. Maka dah ditimbang kati lebih-kurang, okey la ambik je pelamin. Simple je tak sarat bunga sebab aku tau kalau bab bergambar ni selagi ada ruang sumbatkan aje... 

Aku google. First option aku nak cari Something Borrowed By Nawal... Tapi takde yang dekat. Maka dalam dok google tu melintas la facebook page atas ni. Hmm... Aku pun laju je la mesej dia. Tengah malam woi aku mesej. Haha. Pukul 1-2 pagi camtu. Dia respond pulak tu. Sembang-sembang lebih kurang tanya lokasi, esoknya aku nak pi cari tengok...

Sampai je kat lokasi... Lahaiii... Opismate aku rupanya. Adeh. Aku ni tak campur dengan orang sangat kat opis, so memang aku tak tahu pun opismate aku Kak Munick ni buat service camni... Total cost barang-barang aku sewa hanyalah RM200, security deposit RM100. Nak banding kat bridal, huhu mampos mak nakk... 

Antara item yang aku sewa dengan dia:
  • Jetset = RM40
  • Karpet bulu grey = RM25
  • Daun putih sedozen + bunga = RM10
  • 4 bantal bulat pink + biru = RM20
  • Sofa kacang = RM60
  • Juraian blink-blink 8 pcs = RM8
  • 3 kain backdrop - 2 cream, 1 pink = RM15
  • Sepasang bunga + pasu = RM20
  • Sepasang stand kayu pallet = RM10
Aku takde idea nak buat camner ni semua. Sembang-sembang dengan dia, terus keluar idea nak buat camner. Balik je rumah, aku buka laptop, buka paint apps, terus sketch sebab takut lupa. Ni la rupa sketch aku:
Hahaha... Rupa kartun bukan? Alaa... Kengkonon kan nanti dah ambik barang, boleh passing sketch ni kat orang lain mintak pasangkan... Ye lah harap macam tu... Sudahnya yang pegi pick-up barang-barang semua bakal pengantin jugakkkk... Husband aku takde lesen kereta pun selamba heret pegi ambil barang jugak... Sebab takut 1 kereta je tak muat... Nasib baik la pergi dua kereta...




Muat-muat 2 kereta... Lepas ambik tu ada appointment pulak dengan butik bridal tu sebab nak tunjuk baju-baju yang husband aku ada... Konon nak match laa kan... Sudahnya match celah mana entah la satu pun tak padan. Maka terpaksa la sewa baju sanding sepasang... Ikut luck pulak tu baju mana yang muat nanti. Yelah. Nak nikah dengan kenduri 7 Januari. Benda-benda ni semua settle 5 Januari. 6 Januari pukul 6 petang kena pegi fitting.

Lepas ambil barang ni, pegi butik tu semua, aku dengan tunang aku masa tu tatau dah nak buat apa. Nak balik rumah aku, sape pun takde kat rumah. Ada wifi je la. Takut jugak kena tangkap khalwat kang... Haa... Nak balik rumah untuk majlis pun masih takde sapa jugak. Tu yang sudahnya hantar barang ke rumah majlis, lepas tu keluar balik pegi Queensbay Mall tengok wayang. Hahahaha...

Lepas keluar Queensbay Mall, lepak McDonalds Setia Pearl pulak sampai pukul 12 tengah malam... Pastu hantar tunang aku tu ke rumah majlis. Dia tidur sana sorang-sorang. Hehehe...

Barang pelamin? Aku ingatkan 6 Januari tu ada la insan yang sudi nak tolong pasangkan... Sudahnya aku jugak dengan tunang aku pasang sendiri. Ada la Hasif tolong sikit-sikit. Dan jugak anak buah aku Hasni dengan Aiman. Dan inilah hasilnyaaa...


Sama tak macam yang aku sketch kat atas tu? Hahaha... Ni la pelamin mini aku. Pelamin ni standard pelamin tunang orang lain je... Tapi aku buat pelamin sanding. Sanding la sangat... Setakat bergambar jerrr...

Tuesday, November 22, 2016

Tinggal sebulan lebih lagi nak habis 2016.

Dan aku giat scroll blog yang dah hampir setahun aku tinggal. Hampir semua cerita dalam ni buat aku tersenyum.

Kisah confession yang tak sengaja tentang aku dan dia.

Kisah suka duka jadi student repeat paper.

Kisah motor kesayangan.

Kisah seronok gila dapat jugak kerja walaupun sebenarnya lari dari study.......... Sampai la cerita ini:

RIVAL - 28 Julai 2012. 

Skarang dah 2016. Dah empat tahun cerita ni berlalu. Aku tak pasti nak bagi reaksi apa. Kebanyakkan yang terlibat dalam kisah ni pun hampir semua dah blah dari ECHO. Tinggal brape kerat je lagi. Dan disebabkan cerita ni, aku shut semua orang dari life aku. Sehinggalah sejak awal tahun lepas ada sorang yang aku rasa dia okay untuk aku bercerita apape je pasal aku. Dia jadi supervisor aku. Apape dia backup aku walaupun aku malas nak layan kot apape orang provoke aku. Hihihihh...

Dia sorang yang rapat dengan aku dalam kategori rakan sepejabat. Sebab outstation sama-sama jadi aku pernah terluahkan apa yang pernah jadi. Its not a big deal. Dia gelak je aku cerita. Sebab dia pun lebih kurang je. Cuma dia tak bertukar karakter macam aku. HAHAHA.

Dan masih, aku tak lupa satu apa pun detail sejak 28 Julai 2012 tu. 

Kata la kan mana tau kalau-kalau yang tak suka aku tu boleh ter-stalk balik blog aku nih, satu je la aku nak bagitau... Walaupun aku lari merajuk dari tempat aku belajar dulu, sekurangnya aku habiskan la jugak apa yang aku tinggal. Lepas tu, insyaAllah tak lama lagi aku pun akan sambung master jugak. 

Aku memang agak pendendam. Tapi biasanya aku malas nak layan. Tu je.

Tuesday, November 27, 2012

Tertinggal

Sesape yang bawak kenderaan, tak kire la 2 roda, 4 roda, 8 roda atau takde roda sekalipon, sile jangan tinggal otak anda merata2 ketika memandu.

Kalo nak tinggal jugak, jangan jadi benak sangat nak jalan straight tapi himpit kiri/kanan sampai takde ruang utk moto2 nak ke sebelah kiri/kanan. Tolong bertimbang rase sket.

Orang lain pun nak hidup lama jugak. Bukan kau sorang je ok? Kang moto tu sagat keta mahal kau, kau marah... Tapi tu lah, sebenarnya tak sampai hati la plak nak panggil kau bodoh kan?

Thursday, November 22, 2012

Latah

Aku bukan la benci sangat dengan orang melatah ni... Cuma menyampah bila kantoi orang yang melatah ni buat2 latah.

Tau camne buat2 latah?

Macam... Kau dah cuit dia, tapi tetiba dia boleh pause sekejap dlm 2.5 saat lepas tu baru melatah. Melatah jenis bukan2 pulak tu. Segala mencarut habes kuar. Lepas tu buat muka tak bersalah. Dari kesian aku terus hilang respect.

Tapi melatah ni bukan la penyakit. Lebih kepada habit. Macam yg mencarut2 ni seolah2 kau amik kesempatan nak mencarut kaw2, padahal sebelum tu punya lah ayu, tertib, lemah lembut... Pastu kau nak orang kesian kat kau sebab melatah? Tolong lah... Rasa nak humban dalam kawah gunung berapi lagi adalah...

Please lah... Kalo terkejut sekalipun, tak payah la over sangat melatah lepas tu mencarut. Aku pun dulu penah melatah, tapi aku boleh je kawal. Nak plak kau muda lagi... Bukan dah tua pun. Kawan kau yang buat kau melatah pon sama la 2x5... Dah tau kau melatah carut2 lagi suka nak buat kau melatah. Elok lah 2-2 sekali aku humban. Annoying tau tak?

Lastly, aku tau bab2 terkejut ni takleh nak kawal sangat, tapi tolong la rasional/alert dengan keadaan sekeliling sikit bila melatah...

Macam makcik tadi... Mana la aku atau pengguna jalan raya yang lain tau kau ni kaki latah... Dah kau kuar simpang tak tengok kiri kanan, belasah kuar je dah tentu la kena hon... Boleh tak kau melatah langsung tekan minyak???

Please la. Nasib baik tak arwah uncle depan aku tu. Taknak aku jadi saksi tempat kejadian... See? Bahaya gila kan ikut kepala sendiri dengan melatah ni??

Sila la alert sikit... Jangan buat kepala sendiri je...

Tuesday, November 20, 2012

Bertambah-baik?

Email kena sembur lagi. Pasal quality. Macam selalu... Haha. Pasal satu scope ni lah. Apa bosan gila nak mati kot budak2 team tu. Tatau la dorang pon kene sembur ke tak, tapi aku yg tak berapa nak terlibat pon kena. Aku tak buat keja?

Heyy...

Haritu aku "buat keja" siap antar email la bagai cakap under training dengan someone someone... Yang klakar tuh direct kot antar, biasalah... Aku kan tahap2 dorang or lower KATANYALAHHH...

So aku pon last2 malas la nak amik tau. Dah la client datang haritu pon ade buat training jugak kat dorang. In fact, apa jadi pon aku tatau la, seriously training ke atau main2 saje. So salah aku ke kalo training bagai nak rak tapi careless tetap ada? Tak penah dengar pasal checklist kot. Kata senior...

Senior my ass lah... Haha. Lantak la bukan aku kene menjawap pon email tu. aku ade je rekod yang cakap aku takyah buat "keje" tu. Eh aku pon malas la nak hadap keje dorang. Haha. Jangan kata hadap keje dorang, hadap dorang depan2 pon aku jadi tak berapa nak sudi. Haa... Aku memang sombong pon. Tapi ngan dorang je lah.

Sapa baca ni kalo terasa tu nasib lah. Aku tak mention sapa2. Why not kalo terasa, tak puas hati, dtg je cakap depan2 aku kat opis dari mengutuk blakang pastu cakap aku mengata dorang secara terbuka kat blog. Haha. Tau pulak blog ni... Yang nak terasa lebih2 tu apahal? Memang keje kau la kan sebab tu terasa?

Tak penah aku rasa nak promo blog ni kat mana2... Bukan best pon, sampai ada yang sibuk nak jadi stalker? Ketagih yeh?

Monday, November 12, 2012

Jangan Cube Carik Pasal

Aku buat status ni haritu pasal hal lain, tetibe boleh lak si Hafiz ni datang menyelit kuar topic. Hahaha... Sori lah aku malas nak hide nama2 ni... Terpulang la kalo korang da baca nanti nak add dorang ke tanak... Suka hati. Tapi si Hafiz tu suami orang okeh.

Tapi tu lah... Jangan cube cari pasal ngan aku... Nak buka2 cerita pasal bila nak tunang la, nak kawen la segala...

See pengakuan terang2 di situ?? Maka, next time kalo ada orang tanya lagi bila aku nak tunang ke apa, nak kawen, kalo takde niat nak sponsor, sila dok diam2.

Aku nak sponsor tak banyak... Alang2 sponsor tunang kan, baik aku request sponsor kawen skali sbb aku malas tunang2 ni... Baek sponsor kawen terus... Sponsor kawen aku tak la banyak sangat... Just mcm kat bawah ni jer...

1- Tiket penerbangan pegi-balik untuk Incik Jep, dan pegi utk aku sebab pas kawen for sure kalo dia still keje sana, perlu la aku ikut dia pi sana kan?

2- Sponsor dewan kawen sebab kat Penang ni kalo ada baik hati nak sponsor, aku nak buat kat setia pearl island... Bukan dlm hall, tapi yang mcm balcony tu. Dengar2 situ lagi mahal... Oh ye, sekali ngan 4-5 bilik hotel room utk family belah lelaki. Kalo belah Incik Jep lak... Leh kot sewa hall kat Putrajaya tu sekali ngan Marriott hotel kat situ. Pon 4-5 bilik gak utk family aku...

3- Wedding planner yang super cool yang bleh manage utk 2-2 majlis sekali, kat Penang aku nk buat tema oldies, retro + garden sket siap ngan lampu2 chantek sbb malam kat balcony gelap. No spotlight sebab aku silau.

4- Makanan, kalo kat Penang, for dinner ngan lauk pauk mesti la mcm kat hotel, BUKAN BUFFET, tapi ala2 mcm 5 star restaurant. Ada appetizer, main course ngan dessert, utk just 200 org SAHAJA. Tau je lah kan maknanya utk saudara mara terdekat sahaja. Kat belah lelaki, suka hati dia nak buat camne pon.

5- Dress & suit kitorang seperti tempat Incik Jep selalu tempah utk dia buat persembahan, iaitu di Bangkok. LOL. Aku lak nak tempah tak jauh... Bukak fesbuk, cari je Fleur by Mrs Him... Tau kan tailor dia camne gempak... Haa...

6- Pakej spa yg best2. Include wax apape yang patut. Haha

7- Honeymoon - dlm Malaysia adalah kat The Roots (http://rootsmalaysia.com/Concept.html) dengan kalo kat luar, sile sponsor pakej ke Tavarua Island. Tatau, sile google.

See? Tak banyak kan? 7 jenis benda je aku mintak sponsor. Aku malas laa nak kuar duit sendiri atau suh Incik Jep kuar duit buat bende cam aku list kat atas tuh...

Tapi dah sebab orang suka tanya sangat kan? Apa barang tanya... Hulur la sama barang RM1000 atau ke atas... Sorang sponsor RM1000, mana tak cukup, baru kitorang topap.

Ha amacam? Lagi berani nak tanya? Memang nak buat majlis sekali harung je, takyah tunang2 memandangkan list2 aku buat ni tak masuk pon majlis bertunang...

Orang cakap tunang ni proses kenal2 antara satu sama lain... Tapi kalo dah namenye kenal lama, dekat berbelas tahun, cuma beberapa bulan kebelakangan ni je fall in love... Baek la teruskan je... Ni bukan pasal tak sabar ke apa, tapi bende baik nak lengah2 kan? Are you kidding me? Kata Islam??

Personal opinion aku adelah, tunang ni just semata2 sebab adat je skang. Tak penting sangat. Or saje buat time frame bagi pasangan tu menggelabah kumpul duit sebab nak buat majlis antaranya macam yang aku demand kalo ada yang nak sponsor. Siap ada berhutang bagai. Are you serious? Nak puaskan hati semorang tapi hutang utk majlis kawen? Are you nuts?

Aku beli keta mahal2 tau lak condemn aku membazir. At least aku beli keta tu ada la jugak kegunaan dia mungkin sampai 6-7 tahun nanti. But, hey, wedding? Nak bagi org tak mengata? Are you serious?

Kalo takde sponsor, aku just nak buat yang wajib je. Seriously. Kot orang nak mengata kat belakang sebab kene tangkap basah ke apa sebab simple sangat its up to you. Sebab lepas kawen memang aku takde dah kat sini nak dengar orang cakap blakang. Abang aku pon tak hadap nak peduli orang cakap. Tak effect gaji dia pun. Lagipun pikir logik sket. Sembang weekend seminggu sekali boleh kene tangkap basah? Are you nuts (again)?

Haha.

So, ada sponsor tak?

Kat komen tu, baru tanya sponsor, terus senyap. Sentap lettewww...

Thursday, November 8, 2012

Kurang kasih sayang

Kadang2 kan aku jadi pelik lak kat manusia2 yang kalo aku yg check keje dier... BANYAK SALAH.

Tak bosan ke baca apa yang aku list pepanjang? Aku strict. Selagi tak puas hati, selagi tu aku reject. Takde lebih-kurang-halal.

Tak bosan ke ha baca salah2 tu? Tak bosan ke nak fix banyak2?

Aku bosan tau nak mengarang ayat?

Ke dorang ni kurang kasih sayang?

Huk aloh parah la kalo kurang kasih sayang... Aku dah la susah nak sayang orang... Lebih2 lagi yang buat idup aku jadi bosan. Mau aku blacklist sampai mati.

Thursday, October 18, 2012

Mesra

Klakar kan ada orang tak pernah sangka wujudnya adik-beradik berlainan jantina yang rapat dan boleh kuar lunch makan sama2...

Kesian betei... Dorang ni tak pernah rapat dengan adik beradik kot... Kalo yang blom kawen tu, dengan boifren/tunang takde lak segan silu nak peluk2 bagai... Dengan abang/adik sendiri malu2 plak... Kata bangga sangat keturunan cantik2, hensem2...

Apa daa... Pelik betei manusia zaman skang... Tu ngan adik beradik kandung malu nak makan sama... Tah2 ngan mak ayah pon malu nak makan suap2... Huduh punya perangai! Puihhh~!!

Sunday, October 14, 2012

Takleh komen

Pelik aku... Asal try nk post comment je ilang comment aku... Fedap btol... Sudahnye aku pendam je apa benda aku nak komen kat blog org...

Apa la aku salah tekan ni... Nak online gune laptop, malas... Nak online time lunch opis hour, malas aku nanti org track aku bukak blog org... Tak suke... Privacy aku malas nak campur aduk kat opis... Well, as ex-student comp.science, aku ade jugak sikit knowledge as protection utk aku gune harte bende opis waktu opis, even waktu lunch.

Aku dah cakap, aku terlibat banyak kos, aku kurg gemar google gosip artis, aku suka general knowledge, bende boleh buat aku improve... Sebab tu la takyah nak jadi batak sangat macam setengah orang tu... Esp yang kemain sakit hati tah kenapa tak pasal2 kat aku... Dah discover blog ni pon canang abes kat semorang kata aku ngutuk... Ade ke aku sebut nama... Yg terasa sangat tu kenapa... Kalo terasa buta IT, face the fact, sila tambah knowledge.

Haha. Padahal nak bagitau aku takleh tinggal komen kat blog orang je pun... Hahaha... Kbai!

Saturday, October 13, 2012

"Penyakit"

Aku tak pasti la semenjak-dua-tiga menjak ni aku kemain tido awal... Pastu confirm pukul 2.30-4.00 pagi mesti terjaga... Pastu kelebet2 blog orang, fesbuk, twitter, instagram, pastu p toilet, pastu sambung tido.

Kalo sehari-dua takpe, ni tahap hari2. Macam skang ni, dah terjaga pukul 2.30 pagi lak. Awal sejam dari semalam... Ni takleh tido la nih sampai kul 4.00 kang. Apesal ntah... Agaknye minda ngan body aku suh bangun tahajjud tak... Bagos gak ah camtu... Mungkin akan aku usahakan ke arah lebih positif utk kebaikan diri sendiri...

Sedih arr sket, baru plan nak rileks2 hari isnin nanti, tapi hari isnin cuti cancel lak... Ade training... Ermm... Datang je lah. Terharu lak my supervisor bilang aku nih antara first priority utk pegi training... Macam yang haritu, terpaksa pilih org lain yang second-third choice pegi training sebab aku cuti2 berjimba di Sabah...

Hurm... Bersungguh dia nak jadikan aku technical support... Aku ok je... Tak pernah plak rasa beban ter-campur aduk segala benda macam2... Tapi kan, kesian pc tempat aku duduk tu... Terbeban ngan macam2 access yang aku ada... Ntah lah. InsyaAllah aku cuba jadi yang terbaik sebab orang dah percaya pada kita.

Berbalik pada takleh tido ni, ada jugak masanya time takleh tido ni buat masa tunggu Incik Jep calling2... Tapi jarang la sangat nak call time aku takleh tido ni ha... Aku pon tak harap sangat dia nak letak aku sbg first priority dalam idup dia... Sama gak macam aku... Sebab masing2 pon ade aim sendiri dlm life.

Aku ade gak target aku... Dia ada target dia... Kadang2 kitorang couple ni aku rasa tak lebih utk sedapkan hati org lain nak buktikan kitorang hepi sbb ada each other. Tapi future planning utk together, hurmm... Sesuatu yang actually aku tak pernah nak pikir, tapi bila org keep pushing aku, aku tanya dia, just niat tanya je lah... Dan kesimpulannya kitorang setuju nak setelkan bende2 lain yang jadi aim atau target dalam hidup.

Mase on the way nak pegi jumpe bekas jiran tetangga dia merangkap mak angkat dia yg dah pindah agak jauh tu... Dalam kereta tu, ada lah bincang pasal masing2 punya cita2, aim, its hard to find someone yang boleh ngam dengan aku bab2 aim/target dalam hidup... Surprisingly, dia sokong apa aku nak buat... Kalo dulu, aku cerita2 dengan ex aku, for sure kne condemn punya, sebab semua pikir asal kawen je pompuan kne ngalah, give up semua achievement dia utk berbakti pade suami... Uhhh... Baik aku takyah kawen kalo aku kne lepaskan semua impian aku...

Ok lah. Married sebenarnya our very the last priority in the list. Mesti nanti org condemn kan, apa dapat kalo asik kejar dunia... Cam aku lak nak tanya... Apa dapat kalo asik nak kejar perkahwinan/jodoh kalo kita tau, jodoh tu ada, tapi Allah lom tetapkan kita utk kawen ngan dia dalam masa terdekat... I means that kita kena tentukan nasib sendiri... If time has come, let it be... Just go with the flow...

Aku tau ramai akan cakap antara aku ngan dia tak serious sebab masing2 concentrate bende lain dulu... Tu hak individu la kan? Hak masing2... Ada org kenal seminggu terus nak kawen... Well bende camni sangat subjective. Macam kitorang... Aku perlukan masa, dia perlukan masa... Nak plak kitorang golongan perfectionist... Kalo nak plan, mesti kena betul2 nye plan...

Entah lah. Elok jugak la aku letak tajuk entry ni sebagai penyakit... Banyak orang penyakit lain2... Penyakit paling teruk skali adalah nak tengok orang lain jatuh... Kadang2 tu ada jugak org ada penyakit camni dikalangan org yg rapat ngan kita... Hati2 lah...

Bak kata makcik Sarah, bonda si Hajar, pedulikan apa orang nak kata... Kalo kita hidup berdasarkan cakap2 orang, sampai bila2 pon kita takkan maju ke depan... Dah asik ikut pandangan org lain, pastu kalo negatif yg org bagi, sampai bila2 pon kita jadi negatif...

Tapi takleh jugak buat hal sendiri sangat sebab nanti org tanya khabar org lain, kita lak jadi terpinga2 sebab lost contact... Macam dia cerita kawan2 Hajar... Hurmm... Aku tak rapat ngan dorang, so aku tatau pun ape jadi kat dorang... Cuma bonda dia cakap, dia je lah terkilan sikit sebab lepas dia tunang, kawan2 dia cam ignore dia... Aku sorang je macam biasa... In fact, aku jugak blur2 semua... Sebab aku jarang amik tau hal org. Haha...

Tak pernah rasanya entry aku fokus tepat pada satu hala sampai habes... Selalunya kalo entry panjang2 ni terbabas2 sampai 2-3 persoalan pokok yg jauh menyimpang dari topik asal...

Entry aku yg kena tajuk pon selalunya gambar2 je...

Tuesday, October 2, 2012

UPDATE!!

Malasnya nak update.

Just nak share something.


Kalo asik bagi alasan manusia tak perfect, next time kau naik flight, lepas tu flight terhempas, better takyah susah2 saman syarikat flight tu ye.

Manusia kan tak perfect. So, nasib la kalo flight ko naik tu not in a perfect condition dan terhempas.

Friday, September 28, 2012

Cuaca Tak Menentu

Sejak balik dari bercuti kat Sabah aritu, dalam 2-3 hari ni asik berhujan pegi keje, pastu lak rasenye opis tu baru service air-cond, sudahnye harini aku tumbang jua kat umah...

Keta nanti next month awal bulan baru kuar... Tapi ade keta pun harap la aku nak pegi keje naik keta... Jem sana sini, pastu driver tah apape sana sini sampai aku letak status fb sebelum ni, suh dorg jangan bawak masalah umah tangga ngan pejabat ke atas jalan raya... Nasib la sape kne hon ngan aku aritu... Beli keta mahal2 tapi tak reti bagi signal. Takkan keta mahal signal rosak pastu biar 2-3 hari kan???

Tak larat gile ni... Tapi bosan lak... Harini aku mc pasal sakit kepala tahap dewa. Tadi bawak moto pon terhuyung-hayang... Last2 pusing balik umah je... Ni pun tak abes pening lagi...

Eh, belek2 blog aku, kebanyakkan bende aku post pasal Incik Jep antar ke apa kan kebanyakkan dalam english kan? Haha... Sebenarnye kitorang ni kalo cakap melayu, dia mesti nak cakap jawa ngan aku... Mana la aku nak paham... Tak pun cakap melayu, confirm bahasa klasik yang keluar... Sebab kami berdua suka dialog2 cerita P.Ramlee... Eheheh...

Tapi ada la jugak cakap melayu nye... Cuma kdg2 lebih senang ckp english je kot... Ape pun msg memang kebanyakkan english... Takpe la at least aku leh improve english aku kan? Takde ah jadi oh my english nnt...

Attach kat bawah tu, gamba feveret dalam laut di Pulau Sapi, Sabah :)

Gamba ngan Kak Syima ni... Dan mengundang jeles yang amat sangat dari Incik Jep sebab haritu dia bercuti tak dapat tangkap gamba bawah air... Aku siap ade gambar dalam laut... Padahal iPhone sama spesis je... Dier takde waterproof casing sape suruh kan?? Aku ni pun tumpang casing compact camera... Janji ade gambar dengan anak2 ikan... Eh?

Dah la, nak sambung rehat. Nanti nak pegi klinik lak... Hurmmm...

Wednesday, September 19, 2012

Cuba Sedaya Upaya

Aku tak paham kenapa....

Dalam banyak2 manusia yang aku kenal, sejak aku mule serious dengan Incik Jep, mesti tunang orang yang hegeh2 contact aku balik tetibe cam nak konon mesra macam dulu... Gila apa??

Pulak tu yang sibuk-menyibuk kacau tu kan, ada yang pernah putus tunang sebab over mesra dengan kawan2 pompuan... Aku tau la limit nak berkawan camne... Perlu ke nak kene whatsapp hari2 tanya khabar la apa... Baik ko pegi mesej ngan tunang kau je... Sejuk gak hati dia... Alangkan aku ngan Incik Jep pon mesej sekali sekala je... Sejak2 busy ni, facetime pon jarang...

Tapi lahhh seriously aku tak paham manusia camni... Yang follow aku kat mana2 acc pon ada... Cam sial jugak rasanya... Korang dah tunang, jage la hati tunang korang. Aku pon dah ade orang lain. Pening tau tak pening...

Aku plak cam gigih elakkan diri dari dorang, tak balas mesej semua... Sendiri mau ingat la kenapa aku jauhkan diri... Tolong blaja jaga hati pompuan bakal jadi milik korang. Dia letak hantaran mahal2 tau plak korang bising kan???

Aku personally tak larat dah la kena serang dengan awek/tunang/bini orang walaupun sebenarnye aku tak hegeh langsung dengan laki dorang... Jage ah sama laki korang elok2... Aku wat tak tahu pon hegeh lagi kenapa? Nak kena siku??

Monday, September 10, 2012

Block Orang

Aku baru tau aku kne block dengan budak2 tu... See? Macam la aku hadap sangat nak stalk dorang... Takde maknanye nak tengok profile dorang. Baik aku stalk profile buah hati kesayangan jantung jiwa raga intan payung permata hati sayang...

Ada sesapa boleh bagitau aku camne nak untag nama dari gamba dorang tag kat profile dorang selain aku pun kne block dorang?? Malas nak memanjangkan list nama orang kne block ni... Unfriend dah buat dah. Ingatkan lepas unfriend takde la semak dengan notification merapu merapan. Apa motif aku kne block pun aku tatau. Tapi tak heran pun. Mcm la aku hegeh ngan orang camtu.

Da la rimas aku tengok dorang main komen banyak2 kat situ... Penuh notifications aku... Padahal bukan takleh chat je... Semak la hoi...

Sunday, September 2, 2012

Buang Kawan

Peh peh pehhh... Bunyi macam kejam kan buang2 kawan ni... Lepas dah berapa lama dan juga ada yang dah face to face dengan aku serta menyatakan kerisauan dorang mengenai cakap2 belakang yang dia dengar pasal aku, padahal sepanjang dia bekerjasama dengan aku, nampak aku ok dan fokus pada kerja, langsung kontra dengan berita yang disampaikan, cuma aku extra teliti saje, mungkin tu buat orang kurang senang sikit.

Aku akui aku ada sikit sifat perfectionist, tapi aku cuba nak adapt dengan keadaan orang lain sebab mungkin dorang susah nak terima... Cuma perfectionist aku tak la sedahsyat orang yang pernah aku kenal... Cuba kalo dorang kenal dengan orang tu... Takyah tunggu setahun keje, baru 3 jam keje dah rasa nak berenti. Serious. Bukan aku tak biasa tengok orang datang keje dengan dia tak sampai 5 jam dah kena pecat...

Ambil masa ok nak fikir. Sebab aku tak pernah la plak terfikir sampai camni kan perangai manusia... Ish ish ishhh...

Apa pun bende yang jadi memang aku expect dah pun, cuma tak expect boleh jadi sampai tahap nak hasut2 orang semua. Lepas tu ada pulak yang mengaku kata aku fikir dia yang hasut orang. Eh, kantoikan diri sendiri nampak?

Personally aku tak pernah peduli pun apa orang nak kata pasal aku sebab apa yang aku dapat, sapa yang boleh ambil tindakan kat aku cuma superior aku je... Yang mana agak2 sama taraf ni, sori lah aku takde masa nak perasan apa korang buat... Janji keje siap, boleh balik awal, nikmati hidup tanpa stress. Orang risau kena darah tinggi sebab kerja, alhamdulillah aku tak.

Sebab sejak zaman study, aku dah terbiasa sorang2, takde "geng", dan aku suka hati mix around, tanpe perlu memikirkan perlu jaga hati sapa2 sebab bila tak suka, tak suka je. Takyah jadi hipokrit semata2 nak puaskan hati semorang.

Kawan2 datang dan pergi. Kena terima tu. Yang pergi sebab kena buang, nasib lah. Tak jejas penghidupan pun sebab populasi manusia dalam dunia ni banyak lagi, berbillion2. Melainkan kalo ramai dah pupus mungkin akan difikirkan kemungkinan nak berkawan balik dengan dorang.

Tapi dorang pun pilih untuk taknak kawan dengan aku. At least ok la dah ambil langkah awal unfriend aku sebelum aku unfriend dorang. Kurang sikit kerja aku nak click unfriend kat fesbuk tu. Mungkin sedar diri kot dier adalah talam dua muka yang dimaksudkan. Ehehehh... Aku tak mention nama... Tapi kalo dia baca ni, mesti mendidih2 dalam hati terasa dan sentap sebab dia buat benda2 yang aku cakap ni... Kalo tak buat, kenapa terasa kan? Hehehe...

Dan kat sini juga, walaupon ada yang tak pernah cari pasal dengan aku, tapi sorry juga, sebab korang se opis maka aku terpaksa juga unfriend. Cukup la terkena dengan talam dua muka yang tak dijangka. Takyah susah2 request friend ok, memang aku takkan approve. Melainkan kau sedara-mara aku je aku approve. Cuba la jadi sedara-mara aku. Kami semua keturunan perfectionist. Orang macam dorang tu mana la boleh nak tahan kan??

Friday, August 24, 2012

Hipokrit

Abes bosan harini scroll balik segala facebook chat. Baca balik apa yang pernah sembang, ntah apa la aku pikir masa tu. Layan je apa dorang sembang.

Bila baca balik... Peh, macam mesra gila. Macam watdehel nampak hari2 alih2 weekend nampak online pun nak tegur? Macam rapat lak tu. Lagi la watdehel. Macam nak hantuk kepala kat dinding je rasa.

Benci gila rasanya bila sekarang ni dah tau dorang adalah super-duper-hyper hipokrit yang tak terjangkau dek imaginasi aku. Kadang2 ada jugak rindu tu nak macam dulu. Tapi bila pikir tahap hipokrit dorang tu... Tahap dah lama kot simpan perasaan, sanggup la plak kan berpura2 depan aku, buat baik depan aku semua... Rasa macam...

Peh, watdehel dorang ni buang masa camni... Tak sangka kan orang hipokrit ni dia punya kegigihan kadang2 makan tahun, last2 tetibe atas satu insiden yang tah apape pon sebenarnya... Terus keluar apa la apa yang terpendam dan terendam.

Sori la lepas ni aku memang takkan nampak dah aku beramah mesra ke apa dengan manusia2 hipokrit atau talam 2 muka. Mampos pi la nak perli2 kat status kata, boleh sombong kalo nanti mayat sendiri boleh bergolek ke kubur... Macam ah takde dorang, aku takde orang lain dah boleh dibuat kawan...

Masalahnye perlu ke aku nak berbaik, bertegur sapa dengan orang hipokrit? Aku mengaku, tinggi2 ego dorang, tinggi lagi ego aku. Elok je orang lain ok ngan aku, selain dorang. Yang ok tu pun hipokrit jugak ke? Atau sebab kesian?

Rasanya orang lain pun dah malas nak layan la bende camni. Aku lagi la malas nak layan. Sebab tanak layan la leh nampak aku senyum pun tidak dengan manusia2 tu. Kutuk depan, blakang, komplen, lantak korang ah. Senyuman aku, manis muka aku mahal gila untuk orang2 perangai camni. Bukan pasal dendam, tapi aku ego. Aku tanak mengalah.

Sebab hal hipokrit dan talam 2 muka ni bagi aku memang masalah besar. Kalo setakat gaduh pasal gurau kasar ke apa aku tak kisah nak lupakan je. Tapi hipokrit. Benda buang masa. Tak suka, kan cakap je la awal2 tak suka. Lepas sebulan dua kenal pun boleh baca dah perangai. Ini bertahun. Rasa macam... Bodo piang la pi buat baik ngan depa ni...

Sape sangka kan kuat sembahyang, nampak baik, tapi hipokrit tahap tak terjangkau dek akal. Apa tak puas hati sangat pun tah la. Bukan boleh buat kawan pon org camtu... Pesen konon nak jaga hati kawan, sampai nak tegur depan2 pun takut. Ntah apapa.

Bila pikir balik, aku pun buang masa jugak kenal orang2 camni.

Saturday, July 28, 2012

Rival

Is it called a rival? Or whatever it is...

Since I have discovered that someone really hates me and yet almost influence others to do the same  (some of them may hates me earlier than she did), I feel a lil bit more enthusiastic to face my daily working days. Uh, it sounds so dramatically irony. But trust me, that was the only feeling could describe me towards the situation. Of course I'm extremely happy with haters. Heh.

Actually we have been through a "war" in a facebook status. I don't even know what was her problem, but suddenly she hates me that much. Haha. It started when I sent out email about my concern for the group. It may sound a lil bit harsh, but if they read it carefully, and think positive, they should have to treat it as a challenge. It was too frustrated to check their daily job and listed out errors they have been made. They claimed I treat them badly whenever they asking question. Tell me now, who did ever ask me a question???

The problem is they never ask. I told to fix WITH EXPLAINATION, they said I'm show off my talented. So, do tell me how am I suppose to help them if they not even help themselves?

Oh ya. I forgot. They're all so damn smart people.

Let it be. Smart people could not accept when average people trying to fix them. Always.

LOL.