Thursday, November 22, 2012

Latah

Aku bukan la benci sangat dengan orang melatah ni... Cuma menyampah bila kantoi orang yang melatah ni buat2 latah.

Tau camne buat2 latah?

Macam... Kau dah cuit dia, tapi tetiba dia boleh pause sekejap dlm 2.5 saat lepas tu baru melatah. Melatah jenis bukan2 pulak tu. Segala mencarut habes kuar. Lepas tu buat muka tak bersalah. Dari kesian aku terus hilang respect.

Tapi melatah ni bukan la penyakit. Lebih kepada habit. Macam yg mencarut2 ni seolah2 kau amik kesempatan nak mencarut kaw2, padahal sebelum tu punya lah ayu, tertib, lemah lembut... Pastu kau nak orang kesian kat kau sebab melatah? Tolong lah... Rasa nak humban dalam kawah gunung berapi lagi adalah...

Please lah... Kalo terkejut sekalipun, tak payah la over sangat melatah lepas tu mencarut. Aku pun dulu penah melatah, tapi aku boleh je kawal. Nak plak kau muda lagi... Bukan dah tua pun. Kawan kau yang buat kau melatah pon sama la 2x5... Dah tau kau melatah carut2 lagi suka nak buat kau melatah. Elok lah 2-2 sekali aku humban. Annoying tau tak?

Lastly, aku tau bab2 terkejut ni takleh nak kawal sangat, tapi tolong la rasional/alert dengan keadaan sekeliling sikit bila melatah...

Macam makcik tadi... Mana la aku atau pengguna jalan raya yang lain tau kau ni kaki latah... Dah kau kuar simpang tak tengok kiri kanan, belasah kuar je dah tentu la kena hon... Boleh tak kau melatah langsung tekan minyak???

Please la. Nasib baik tak arwah uncle depan aku tu. Taknak aku jadi saksi tempat kejadian... See? Bahaya gila kan ikut kepala sendiri dengan melatah ni??

Sila la alert sikit... Jangan buat kepala sendiri je...

No comments: