Sunday, September 2, 2012

Buang Kawan

Peh peh pehhh... Bunyi macam kejam kan buang2 kawan ni... Lepas dah berapa lama dan juga ada yang dah face to face dengan aku serta menyatakan kerisauan dorang mengenai cakap2 belakang yang dia dengar pasal aku, padahal sepanjang dia bekerjasama dengan aku, nampak aku ok dan fokus pada kerja, langsung kontra dengan berita yang disampaikan, cuma aku extra teliti saje, mungkin tu buat orang kurang senang sikit.

Aku akui aku ada sikit sifat perfectionist, tapi aku cuba nak adapt dengan keadaan orang lain sebab mungkin dorang susah nak terima... Cuma perfectionist aku tak la sedahsyat orang yang pernah aku kenal... Cuba kalo dorang kenal dengan orang tu... Takyah tunggu setahun keje, baru 3 jam keje dah rasa nak berenti. Serious. Bukan aku tak biasa tengok orang datang keje dengan dia tak sampai 5 jam dah kena pecat...

Ambil masa ok nak fikir. Sebab aku tak pernah la plak terfikir sampai camni kan perangai manusia... Ish ish ishhh...

Apa pun bende yang jadi memang aku expect dah pun, cuma tak expect boleh jadi sampai tahap nak hasut2 orang semua. Lepas tu ada pulak yang mengaku kata aku fikir dia yang hasut orang. Eh, kantoikan diri sendiri nampak?

Personally aku tak pernah peduli pun apa orang nak kata pasal aku sebab apa yang aku dapat, sapa yang boleh ambil tindakan kat aku cuma superior aku je... Yang mana agak2 sama taraf ni, sori lah aku takde masa nak perasan apa korang buat... Janji keje siap, boleh balik awal, nikmati hidup tanpa stress. Orang risau kena darah tinggi sebab kerja, alhamdulillah aku tak.

Sebab sejak zaman study, aku dah terbiasa sorang2, takde "geng", dan aku suka hati mix around, tanpe perlu memikirkan perlu jaga hati sapa2 sebab bila tak suka, tak suka je. Takyah jadi hipokrit semata2 nak puaskan hati semorang.

Kawan2 datang dan pergi. Kena terima tu. Yang pergi sebab kena buang, nasib lah. Tak jejas penghidupan pun sebab populasi manusia dalam dunia ni banyak lagi, berbillion2. Melainkan kalo ramai dah pupus mungkin akan difikirkan kemungkinan nak berkawan balik dengan dorang.

Tapi dorang pun pilih untuk taknak kawan dengan aku. At least ok la dah ambil langkah awal unfriend aku sebelum aku unfriend dorang. Kurang sikit kerja aku nak click unfriend kat fesbuk tu. Mungkin sedar diri kot dier adalah talam dua muka yang dimaksudkan. Ehehehh... Aku tak mention nama... Tapi kalo dia baca ni, mesti mendidih2 dalam hati terasa dan sentap sebab dia buat benda2 yang aku cakap ni... Kalo tak buat, kenapa terasa kan? Hehehe...

Dan kat sini juga, walaupon ada yang tak pernah cari pasal dengan aku, tapi sorry juga, sebab korang se opis maka aku terpaksa juga unfriend. Cukup la terkena dengan talam dua muka yang tak dijangka. Takyah susah2 request friend ok, memang aku takkan approve. Melainkan kau sedara-mara aku je aku approve. Cuba la jadi sedara-mara aku. Kami semua keturunan perfectionist. Orang macam dorang tu mana la boleh nak tahan kan??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...