Abes bosan harini scroll balik segala facebook chat. Baca balik apa yang pernah sembang, ntah apa la aku pikir masa tu. Layan je apa dorang sembang.
Bila baca balik... Peh, macam mesra gila. Macam watdehel nampak hari2 alih2 weekend nampak online pun nak tegur? Macam rapat lak tu. Lagi la watdehel. Macam nak hantuk kepala kat dinding je rasa.
Benci gila rasanya bila sekarang ni dah tau dorang adalah super-duper-hyper hipokrit yang tak terjangkau dek imaginasi aku. Kadang2 ada jugak rindu tu nak macam dulu. Tapi bila pikir tahap hipokrit dorang tu... Tahap dah lama kot simpan perasaan, sanggup la plak kan berpura2 depan aku, buat baik depan aku semua... Rasa macam...
Peh, watdehel dorang ni buang masa camni... Tak sangka kan orang hipokrit ni dia punya kegigihan kadang2 makan tahun, last2 tetibe atas satu insiden yang tah apape pon sebenarnya... Terus keluar apa la apa yang terpendam dan terendam.
Sori la lepas ni aku memang takkan nampak dah aku beramah mesra ke apa dengan manusia2 hipokrit atau talam 2 muka. Mampos pi la nak perli2 kat status kata, boleh sombong kalo nanti mayat sendiri boleh bergolek ke kubur... Macam ah takde dorang, aku takde orang lain dah boleh dibuat kawan...
Masalahnye perlu ke aku nak berbaik, bertegur sapa dengan orang hipokrit? Aku mengaku, tinggi2 ego dorang, tinggi lagi ego aku. Elok je orang lain ok ngan aku, selain dorang. Yang ok tu pun hipokrit jugak ke? Atau sebab kesian?
Rasanya orang lain pun dah malas nak layan la bende camni. Aku lagi la malas nak layan. Sebab tanak layan la leh nampak aku senyum pun tidak dengan manusia2 tu. Kutuk depan, blakang, komplen, lantak korang ah. Senyuman aku, manis muka aku mahal gila untuk orang2 perangai camni. Bukan pasal dendam, tapi aku ego. Aku tanak mengalah.
Sebab hal hipokrit dan talam 2 muka ni bagi aku memang masalah besar. Kalo setakat gaduh pasal gurau kasar ke apa aku tak kisah nak lupakan je. Tapi hipokrit. Benda buang masa. Tak suka, kan cakap je la awal2 tak suka. Lepas sebulan dua kenal pun boleh baca dah perangai. Ini bertahun. Rasa macam... Bodo piang la pi buat baik ngan depa ni...
Sape sangka kan kuat sembahyang, nampak baik, tapi hipokrit tahap tak terjangkau dek akal. Apa tak puas hati sangat pun tah la. Bukan boleh buat kawan pon org camtu... Pesen konon nak jaga hati kawan, sampai nak tegur depan2 pun takut. Ntah apapa.
Bila pikir balik, aku pun buang masa jugak kenal orang2 camni.
No comments:
Post a Comment